Thursday, March 12, 2015

Haron Din mahu segerakan kerjasama Pas dengan Umno?

SUSUPAN PETANG                                                                         

Mursyudul Am Pas yang baru.
Dengan mempercayai kata-kata seorang rakan saya yang mempunyai hubungan rapat dengan Dr Haron Din, perlantikan bomoh Islam itu sebagai Musyidul Am Pas sebagai menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam akan mempercepatkan proses kerjasama politik antara Umno dengan Pas.

Rakan saya itu baru-baru ini yang berjumpa dengan Haron Din memberitahu, desas desus cadangan ada sebahagian pimpinan Pas ingin melihat Umno dan Pas bergabung mendapatkan persetujuan Dr Haron dan menurut rakan saya itu, (Haron) mahu agar proses itu kalau hendak diadakan ianya perlu disegerakan.

"Dr Haron mahukan proses itu dijalan denga segera dan jangan tunggu saat dekat pilihan raya kerana ia akan menimbulkan masalah dimana akan berlaku kekeliruan kepada aali," cerita kawan itu yang minta agar namanya tidak disiarkan.

Wednesday, March 11, 2015

Kepelikan dan keganjilan pengurusan negara kita

POJOK TENGAHARI                                                                      

Cuba perhatikan beberapa hal yang pelik tetapi sudah menjadi kebiasaan berlaku dalam negara "tigatujuhkosongsatutujuh" ini. Pertamanya mengenai isu syarikat pelaburan kementerian kewangan yang dipimpin Najib Razak 1MDB.

Parlimen diberi tahu hari ini kononnya wang lebihan pelaburan di kepulauan Cayman sebanyak AS1.103 juga telah pun dibawa balik.

Ia dibawa bukan ke negara ini, tetapi disimpan di Singapura. Al pelik ibnu ganjil. Alasan kenapa wang itu disimpan di Temasik ialah untuk memudahkan pengeluaran tunai kerana peraturan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ketat. Mengikut peraturan BNM setiap pengeluaran RM50 juta memerlukan kelulusan BNM.

Tuesday, March 10, 2015

Fahami masej Pas Kota Bharu kenapa tidak cadang Hadi

RIMAS MALAM                                                                              

Tidak sampai 12 jam Pas Kota Bharu membuat cadangan agar Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi calon untuk mencabar jawatan presiden yang dipegang oleh Abdul Hadi Awang, bekas Adun Jengka itu telah membuat kenyataan menolak cadangan Pas Kota Bharu itu.

Penolakan awal itu mungkin bagi mengelakan pencalonan beliau itu menjadi viral di media baru. Selain itu juga untuk menyatakan kesetiaan kepada presiden sekarang ini. Sambil menolak pencalonan itu sempat juga Tuan Ibrahim berkempen untuk mengukuhkan kepimpinan ulama, specialnya Abdul Hadi.

Katanya pencalonan itu sesuatu yang mengejutkan yang tidak membina keutuhan parti. Sebenarnya ia bukan mengejutkan, dan pencalonan itu adalah untuk membuka demokrasi. Orang seperti Tuan Ibrahim sahaja menganggap demikian.

Monday, March 9, 2015

1MDB garu kepala Najib, Husam buat laporan polis

KENYATAAN                                                                                  

Husam bercakap dengan media selepas buat laporan polis.
Ada agen Umno bertauliah cuba memberi justifikasi terhadap ketidakhadiran Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di majlis penerangan berhubung 1MDB dan sekaligus himpunan solidariti untuk Najib Razak yang diadakan semalam.

Tulis beberapa agen bertauliah Umno itu sebagai menjawab ulasan beberapa pemerhati politik berhubung majlis berkenaan tanpa kehadiran Muhyiddin. Agen bertauliah Umno menulis kononnya ketidakhadiran TPM itu sesuatu yang bukan luar biasa dan tidak perlu dibangkitkan. Lebi ironisnya agen bertauliah Umno menuduh pemerhati pro-pembangkang sengaja menimbulkan kemelut itu.

Saturday, March 7, 2015

Hujan MEMELUHKAN rakyat berhimpun bebaskan Anwar

CATATAN KECIL                                                                                                                  

Himpunan disalah satu lokasi.
Himpunan "Kitalawan" sebagai solidariti atas pemenjaraan Anwar Ibrahim yang diadakan hari ini satu permulaan terbaik yang membawa tanda api refomasi tidak akan padam. Setelah hampir sebulan Anwar diringkukkan dalam penjara, beberapa himpunan diadakan tetapi sambutan tidak memberangsangkan.

Berlainan hari ini kehilangan Anwar sudah mulai dirasai rakyat yang mereka inginkan kepada Anwar.

Menurut laporan lebih 10,000 hadir dan turun di jalan raya mendesak Najib Razak berundur sekaligus meminta Anwar dibebaskan.

Friday, March 6, 2015

Formula mantapkan Pas jadi kapal yang kuat

KHUTBAH                                                                                                           

Hendaklah saya bercakap secubit saja di hari Jumaat nan mulia ini fasal parti agama Pas yang keadaanya kini agak panas sedikit kini. Wap yang bergelora dalam parti itu bukan sahaja kerana parti itu akan mengadakan pemilihan dalam muktamar pada Jun nanti, tetapi ekoran perkembangan sekitarnya menghangatkan keadaan, dan ada persoalan yang menyimpulkan tebal dalam kepala.

Abdul Hadi menanti sendukan nasi daripada Husam.
Pertembungan penyokong dua pihak dalam parti itu masih berterusan. Ibarat kumpulan kertuk dan rebana, para pemain kedua-dua kumpulan sedang giat memperkemaskan rebana dan kertuk masing-masing. Belira atau lidah kertuk perlu dirisik halus dan licin untuk menghasilkan suara yang mersik dan nyaring memanah kalahkan suara kertuk lawan.

Begitu juga ikatan dan tali taut rebana perlu diterikkan agar belulang tegang dan bila dipalu ia mengeluarkan bunyi gemuruh bergema jauh mengambusi bunyi rebana lawan.

Najib berdepan dengan hari-hari merah sebelum Jun

LONGKARAN SORE                                                                                          

Keresahan Najib Razak tentang kedudukannya sebagai Perdana Menteri kini semakin jelas. PM itu sudah tidak dapat menyembunyikan dirinya umpama berdepan dengan malam dingin tetapi memiliki selimut yang pendek. Selimut Najib kini menjadikan serba salah, tarik ke kepala nampak kaki, selindung kaki nampak kepala. Kepala yang separuh botak akan dipangkah nyamuk.

Najib berdepan hari merah.
Kalau sebelum ini beliau oleh cool, tidak mengambil kisah terhadap apa-apa yang dilemparkan kepadanya, tetapi kini tidak begitu lagi. Najib benar-benar kepanasan bagaikan cacing terdedah di bawah cahaya suria.

Tindakan mahkamah yang diambil terhadap beberapa pihak dan individu yang membangkitkan soal kedudukannya serta kelemahan dalam menguruskan negara terutamanya berhubung isu dalam 1MDB, menjadikan Najib sudah ketidak cukupan ruang untuk berselindung. Telinganya juga sudah habis pekak untuk tidak mendengar apa yang diperkatakan mengenai 1MDB.

Thursday, March 5, 2015

Maza, Kazim perlu sedar peranan media massa

NOTA MALAM                                                                                                       

Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Kazim Elias tidak patut bergeseran pendapat dan mendedahkan kepada umum tentang ketidaksetujuan mereka mengenai sesuatu mauduk. Sebagai orang yang berada dalam kelas tersendiri mereka seharusnya menjadi model kepada orang ramai.

Kazim Elias
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dr Maza orang tahu dan kenal siapa dirinya. Seorang ulama yang berfikir terbuka, progresif, telus dan tegas dengan ilmu dan amalannya.

Begitu juga dengan Kazim Elias dia merupakan seorang penceramah agama yang hebat dan diminati ramai terutamanya kaum Hawa. Kaum Hawa dan jantan tua tidak kering gusi mendengar ceramahnya.

Beliau juga pernah dijemput oleh Umno untuk berada dalam parti itu menjadi inti sebagai menarik perhatian dan mendendengkan Umno sebagai parti agama.

Apa beza Anwar dengan Sirul Azhar

MEREMBAH RASA                                                                                           

Orang marah atau benci apabila para penyokong Anwar Ibrahim bersama keluarganya berhimpun di perkarangan pasaraya Sogo pada setiap Sabtu sebagai ikhtiar untuk membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada penjara Sungai Buloh. Ada yang mencemuhi perbuatan anak-anak muda dan penyokong Anwar itu melampau dan menganggui urusan hidup orang orang.

Lebih sadis lagi, pihak berkuasa (aparat kerajaan) turut bertindak mencegah dan menghalang perjuangan anak muda pendokong Anwar itu. Mereka disekat daripada berhimpun dan ada yang sudah digiring ke balai polis dan akan didakwa mengikut akta-akta bersesuaian.

Sunday, March 1, 2015

Siapa layak jadi pengganti Najib?

RENCANA AHAD                                                                                              

Walaupun kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri masih kelihatan tidak terganggu dan beliau masih menjalani urusan kerja harian seperti biasa, tetapi dalam minda pemerhati politik sudah terbata-bata dengan beberapa wajah dan nama-nama yang akan menggantikan beliau sebagai PM.

Najib sudah sedar yang dia tidak diperlukan.
Semakin dekat dengan tarikh matinya (sebenarnya tarikh akan dimatikan), makin rancak pula orang membicarakan soal siapa paling layak mengganti Najib. Kepala pemerhati dan pimpinan politik termasuk dalam Umno juga sudah sendak dengan persoalan siapa yang akan menjadi PM ke-7. Bahkan sudah ada wakil rakyat Umno mengimpikan kedudukan masing-masing apabila berlaku perubahan tampuk pimpinan nanti.