Sunday, February 14, 2016

Asyraf Wajdi perlu banyak belek kamus politik

ULAS ISU

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Asyraf Wajdi Dusuki (foto) berharap supaya pelantikan Haron Din sebagai Ketua Kluster Sosial Dakwah Majlis Perundangan Islam (MPI) tidak dipolitikkan ini kerana . menurutnya Haron paling tepat bagi mengepalai kluster itu dan ia sebagai satu penghormatan kerajaan kepadanya.

Asyraf juga kata pelantikan itu bukan satu penghinaan kepada Haron Din seperti disifatkan oleh sesetengah orang. Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa pesimis dengan pelantikan itu dan beranggap ia menghina Pas.

Sokongan Asyraf atas pelantikan Haron itu kerana dia mengenali Haron sebagai tokoh dakwah negara berbanding dengan politik. Tanggapan itu memang betul jika dilihat perjalanan perjuangan Haron yang tersekat-sekat dalam politik dan dakwah.

Saturday, February 13, 2016

Seperti disaran Husam dihadap ke Jawatankuasa Disiplin

TERKINI

Tiada tindakan drastik terhadap Husam Musa diambil oleh Pas hari ini apabila mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas memutuskan bahawa bekas Naib Presiden Pas itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti dalam kadar segera.

Ertinya tidak ada apa-apa tindakan terhadap Husam seperti didesas desuskan termasuk sama ada dipecat daripada Pas atau digantung keahliannya.

Menurus laporan dipetik, Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan mesyuarat yang dipengerusikan Abdul Hadi Awang memutuskan Husam dirujuk kepada jawatankuasa disiplin selepas meneliti laporan berhubung salah laku Husam ada kes.

Friday, February 12, 2016

Jadikah Husam dipecat atau digantung keahlian esok?

SEBUAH SALAM

Orang dalaman parti agama (Pas) yang rapat dengan Ibu Pejabat parti itu di Jalan Raja Laut semacam sudah dapat menduga apakah nasib bakal diterima bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa esok.

Husam milik kekuatan sendiri.

Desas-desas kuat bertiup besok Pas akan membuat pengumum penting bersabit Husam Musa. Ada dua kemungkinan akan berlaku dan diterima Husam esok, sama ada dipecat daripada Pas atau tindakan digantung keahlian. Itulah yang diharap sesetengah orang Pas yang sudah skeptikal sangat dengan bekas "assoib" Allahyarham Tokguru Nik Abdul Aziz itu.

Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan sudah memberi "angin" dengan mengatakan Husam boleh dikenakan tindakan termasuk dengan bentuk tindakannya sekali. Suara Setiausaha Agung adalah suara dalaman parti?

Thursday, February 11, 2016

22 Tahun menjadi MB apa yang Nik Aziz tinggalkan?

RENCANA KHAS

Husam menyambut kedatangan Tokguru penuh hormat.
Esok 12 Februari bersamaan 3 Jamadi Awal 1437 genap setahun Allahyarham Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kita. Mungkin ramai orang menulis mengimbaukan nostalgia dan juga menyebut jasa dan budinya yang dicetak sepanjang beliau menjadi MB dan berjuang dalam Pas sempena genap setahun pemergiannya itu.

Dan saya juga tidak terkecuali berbuat demikian. Artikel ini bukan bererti saya mengenangnya setelah 365 hari ketiadaanya, tidak... saya mengenangnya hampir setiap hari. Kekosongan yang ditinggalkan "memohonkan" kerinduan yang rendang buatnya. Al Fatihah untuk Tokguruku.

Wednesday, February 10, 2016

Minta maaf tidak update blog

PERHATIAN

Hari ini seharian di hospital untuk rawatan lajutan diri. Tidak sempat untuk update blog. Isu politik pula macam musim durian luruh berlambak-lambak dan tidak terkejar. Tetapi ada dua mauduk yang akan saya sorot esok, mengenai Mohamad Sabu baling mikrofon dan genap setahun Allahyarham Tokguru Nik Aziz kembali ke Ramatullah. 

(Perkembangan diri saya Alhamdulilah bertambah baik dan gagah).

Peristiwa bendera BN yang dipasang tertumus (terbalik) di Kedah rasanya tidak perlu disorot, saya lepaskan kepada bloger di Utara melaporkannya. Kejadian itu agak menarik juga. Manakala desas desus parti agama (Pas) akan membuat pengumuman penting mengejutkan Sabtu ini akan diulas kemudian. Mungkin hari Jumaat. 

Ramai yang whatsaap dan PM bertanya saya apakah berita atau perkara yang hendak diumumkan itu. Setengah sudah dapat mengagak, dan setangah lain seperti biasa menuduh saya sengaja mainkan perasaan, membuat spekulasi bodoh. Bodoh ke cerdik kita tunggu. 

Hanya jauhari mengenali manikam. Terkilas ikan di air sudah dapat dikenali jantan betina atau pondan dan bapuk.

Apa-apa pun tunggu "bukroh" (bukroh tu gak esoklah bahasa Arab). Insya-Allah. Wassalam Mso. 

Tuesday, February 9, 2016

Sabtu ini Pas akan buat keputusan penting dan mengejutkan?

PANAS ELNINO

Sabtu ini parti agama Pas diberitakan akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Parti. Mesyuarat itu dikira penting dan bakal mengumumkan satu keputusan yang mengejutkan khalayak politik. Dipercayai sebelum mesyuarat itu diadakan satu mesyuarat lain yang khusus dijalankan.

Biarlah saya tidak menyebutnya di sini terlebih dahulu. Dari maklumat dalaman perkara yang hendak diumumkan sudah pasti akan dilakukan. Ia seakan sudah dimuktamadkan?

Dalam pada itu kita berharap biarlah Pas membuat ralat terhadap apa yang hendak diumumkan itu. Tangguh dan fikir dahulu. Ini untuk kebaikan parti itu juga. Walaupun segala alasan dan maklumat yang diterima dianggap benar dan sahih, tetapi tindakan bakal dibuat itu tidak merupakan satu kebijaksanaan dan memberi kebaikan kepada parti pimpinan ulama dari Terengganu itu.

Rakyat perlu berani untuk perbetul kepincangan negara

SELEPAS SUBUH

Tengku Razaleigh menyampaikan ucaptama.
Kemunculan media sosial yang merupakan instrument yang dicipta untuk kemudahan manusia berhubung, berintraksi atau untuk memperolehi dan menyebar maklumat telah memberi ruang baharu kepada orang ramai dan ia makin popular.

Selain media baharu menjadi pengganti kepada media massa konvensional, ia juga berfungsi menjadi alat penyambung antara seseorang dengan seorang yang lain tanpa mengira sempadan dan jarak. Cara untuk aplikasi dan aksesnya juga mudah dan rengkas, sesiapa boleh mengakseskannya asalkan memiliki peranti capaian internet.

Monday, February 8, 2016

Sokong keputusan Peguam Negara apakah Khalid ditekan?

RASA JIWA

Khalid Nordin
Selepas selesai menyingkirkan Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah, Umno membuka langkah seterusnya dengan mengadakan kempen mengukuhkan sokongan kepada Najib Razak. Umno mungkin lega kerana isu penyingkiran Mukhriz di Kedah tidak berapa meruncingkan, bila mana proses menggugurkan Mukhriz berjalan lancar.

Mukhriz dan bapanya seakan sudah mati akal untuk berhadapan dengan Najib dan semua peluru yang dilepaskan Mahathir seakan semua tidak lut untuk melumpuhkan Najib.

Pun begitu kempen mengukuhkan kedudukan Najib sebagai presiden diteruskan juga dengan memulakannya di Johor. Kempen ini bagi memastikan Najib mendapat sokongan teguh Umno dan sekaligus melemahkan Dr Mahathir untuk mengatur serangan balas seterusnya.

Wednesday, February 3, 2016

Berapa lama pula Ahmad Bashah mampu bertahan sebagai MB?

ANALISA 

Pergolakan dan kemelut politik dalam Umno Kedah yang dilihat berakhir hari ini apabila Mukhriz Mahathir telah mengumum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan serentak itu nama Ahmad Bashah Md Hanapiah (foto) diumum sebagai penggantinya, bukan merupakan titik nokhtah kepada segala-galanya di negeri Jelapang Padi itu.

Pelantikan Ahmad Bashah bukan bererti dunia politik Umno Kedah akan aman dan tenang, sebaliknya selepas ini ia akan memulakan babak baharu yang lebih menarik dan dramatik. Kalau sebelum ini, Mukhriz bermati-matian untuk menjaga kedudukan dan maruah politiknya dari "jatuh berdebuk", selepas ini giliran Bashah pula berbuat demikian. Malahan Bashah mempunyai tugas berat untuk mempertahankan diri dan kedudukannya.

Kemelut politik Umno Kedah akan diulas esok

PERHATIAN

Saya akan menyorot pergolakan politik Umno Kedah yang membawa kepada perletakan jawatan MB Kedah oleh Mukhriz Mahathir hari ini, malam ini atau esok. Bagi saya pergolakan atau kemelut dalam Umno Kedah itu masih belum berakhir. Malahan episod hari akan membuka fasa baharu.

Pelantikan Ahmad Bashah Md Hanafiah sebagai MB mengganti Mukhriz bukan memuktamadkan segala-galanya, bahkan ia dilihat bakal menghanguskan hutan riung dan lalang Umno seluruhnya. Jauh sekali untuk memadamkan api dan bara yang sedang menjilat tubuh Umno Kedah khasnya.

Najib Razak orang menjadi ruh di sebalik pergolakan itu juga tidak dapat lena walaupun Mukhriz sudah turun takhta. Umum sedang menanti apakah tindakbalas Dr Mahathir Mohamad seterusnya? Dan penting juga untuk melihat apakan labauntung parti oposisi di Kedah? Wassalam Mso.