![]() |
| Mustapa dan Ahmad ubah stail politik lama. |
Sunday, March 12, 2017
Politik Kelantan: Menggorek harapan Umno terajui Kelantan
ANALISA (BHG 1)
Tiga persoalan yang terpendam dalam minda umum apabila menjengok atau "merasar" (menganalisa sambil membayangkan) politik di Kelantan hari ini. Lebih tepat lagi mencari jawaban apa yang akan berlaku dalam Piraum ke-14 nanti. Persoalan paling popular ialah apakah Pas masih mampu mempertahankan kerajaan yang ditinggalkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Labels:
Analisa Politik
Malaysia terlibat jual senjata dari Korea Utara?
KENYATAAN MEDIA
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub meminta Kerajaan Malaysia menjelaskan kepada rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa terdapat syarikat dan individu yang menjual senjata dari Korea Utara di negara ini.
Katanya masyarakat umum tahu Korea Utara adalah negara penyangak (rogue state) dimana hubungan diplomatik dan hubungan dagang harus ditangani dengan teliti dan cermat sesuai dengan beberapa konvensyen dan peraturan antarabangsa.
Beliau mendedahkan barangan berkenaan ada dijual di sebuah bangunan di kawasan Little India, Kuala Lumpur.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub meminta Kerajaan Malaysia menjelaskan kepada rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa terdapat syarikat dan individu yang menjual senjata dari Korea Utara di negara ini.Katanya masyarakat umum tahu Korea Utara adalah negara penyangak (rogue state) dimana hubungan diplomatik dan hubungan dagang harus ditangani dengan teliti dan cermat sesuai dengan beberapa konvensyen dan peraturan antarabangsa.
Beliau mendedahkan barangan berkenaan ada dijual di sebuah bangunan di kawasan Little India, Kuala Lumpur.
Labels:
Salahuddin Ayub
Saturday, March 11, 2017
Isu 136,272 pengundi tiada alamat di Selangor, Hashim kena bertanggungjawab
ULASAN
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Mohd Hashim Abdullah tidak boleh berasa dia tidak bersalah berhubung kes 136,272 pengundi di Selangor yang tidak mempunyai alamat, apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan kerajaan Selangor untuk menyoal balasnya berkaitan perkara itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendengar rayuan semakan keputusan dibuat kerajaan Selangor memberi alasan untuk tidak membenarkan permohonan kerajaan Selangor memanggil Hashim, kerana Hashim tidak ada maklumat mengenai perkara itu.
Alasan itu betul, tetapi senario yang berlaku dalam daftar pemilih di Selangor itu jelas tempang menunjukkan kelemahan SPR dibawah tanggungjawab Hashim selaku pengerusi di mana atas maruahnya sebagai seorang suruhanjaya bebas beliau kena bertanggungjawab.
![]() |
| Inilah Hashim Abdullah. |

Friday, March 10, 2017
Ahmad Yakob malu besar di Kg Laut
KHABAR KELANTAN
Sekiranya Ahmad Yakob tidak mengamalkan "sunnah" politik Najib Razak, politik tidak bermaruah dan tidak ada air muka, serta jika beliau berpegang kepada saksiah Islam yang dilaung-laungkan pasti apa yang berlaku di Kampung Laut, Kelantan malam tadi sudah cukup untuk beliau berfikir banyak kali dan mengambil keputusan berihat dari berpolitik.
Ini kerana peristiwa semalam cukup memalu dan mengaibkannya sebagai MB dan juga Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan.
![]() |
| Cikgu Rahim istyhar perang terbuka dengan Pas. |
Ini kerana peristiwa semalam cukup memalu dan mengaibkannya sebagai MB dan juga Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan.
Labels:
Ahmad Yakob
Thursday, March 9, 2017
Syed Azman lebih rasional daripada Hadi Awang?
BERITA PENYU
Adun Batu Burok Syed Azman Syed Ahmad Nawawi hari ini telah mengemukakan notis usul kepada Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu untuk mengkaji semula Enakmen Kesalahan Jenyah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah tertangguh pelaksanaan sejak 15 tahun lalu.
Notis usul itu telah diserahkan kepada Setiausaha DUN Terengganu jam 10:35 pagi tadi.
Enakmen berkenaan diluslan oleh DUN Terengganu pada 7 Julai 2002 dan diperkenankan oleh Sultan Terengganu pada 2 September tahun yang sama. Ianya digezet pada 25 Oktober 2003 dengan mencatat ia berkuat kuasa pada 27 Oktober 2003. Perkara ini tercatat dalam dokumen TR.P 10/2003.
Adun Batu Burok Syed Azman Syed Ahmad Nawawi hari ini telah mengemukakan notis usul kepada Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu untuk mengkaji semula Enakmen Kesalahan Jenyah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah tertangguh pelaksanaan sejak 15 tahun lalu.
Notis usul itu telah diserahkan kepada Setiausaha DUN Terengganu jam 10:35 pagi tadi.
![]() |
| Syed Azman |
![]() |
| Abdul Hadi Awang |
Labels:
Syed Azman dan Hadi
Wednesday, March 8, 2017
Renung jatuh bangun parti agama (Pas) Selangor
RENUNGAN SORE
Mari kita tinjau perjuangan parti agama (Pas) di Selangor khususnya penglibatan mereka dalam pilihan raya serta pencapaian dan prestasinya.
Parti itu mula mengambil bahagian dengan menyertai pilihan raya buat pertama kali dalam tahun 1959. Penyertaan parti itu dalam pilihan raya tersebut tidak membawa apa-apa hasil. Kosong. Mungkin juga ada calonnya yang yang wang pertaruhan. Bolehlah ia dianggap penyertaanya untuk merasai suasana pilihan raya dan untuk menimba ilmu.
Penyertaan parti itu dalam pilihan raya pada tahun 1964, juga tidak memenangi apa-apa kerusi, begitu juga pada tahun 1969.
Pada tahun 1978 dan 1982 parti agama itu tidak menyertai pilihan raya kerana pada masa itu Pas bekerjasama dengan Umno menyertai Barisan Nasional (BN).

Pas Selangor
Tuesday, March 7, 2017
Krisis diplomatik Malaysia - Korea Utara perlu dijelaskan kepada Dewan
SINGGUNGAN MALAM
Ketidaksegeraan Speaker Dewan Rakyat Pendikar Amin Mulia untuk memenuhi permintaan Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail (foto) untuk mendapat penjelasan kerajaan mengenai ketegangan hubungan Malaysia - Korea Utara menunjukkan Speaker tidak mempunyai kata pemutus berhubung hal-hal sepenting itu mengikut budi bicaranya.

Sikap Pendikar Amin itu menjelaskan kedudukannya sebagai Speaker yang bebas meleset sebaliknya menyerlahkan beliau masih terikat dengan nada dan arahan Perdana Menteri.
Seperti kata Dr Wan Azizah, Pendikar Amin mengambil maklum tetapi tidak dapat memutuskan bila masa untuk mengarahkan wakil kerajaan (PM) memberi taklimat berkaitan perkara itu.
Pendikar Amin menjadikan ketiadaan Menteri Luar Anifa Aman sebagai alasan.
Labels:
Krisis Diplomatik
Sunday, March 5, 2017
Hishamuddin eksploit lawatan Raja Salman untuk politiknya?
KOMENTAR
Panjang lebar, memakan ruang semuka penuh Hishamuddin Hussein menulis merakamkan pengalaman, keterujaan dan ulasan beliau mengenai kunjungan Raja Arab Saudi, Raja Salman ke Malaysia beberapa hari lepas.
Tulisan Hishamuddin itu dimuatkan dalam akhbar berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris, New Sunday Time keluaran 5 Mac, 2017.
Manakala dalam bahasa Melayu pula dalam Berita Minggu (?), pada hari yang sama. Kedua keratan akhbar itu dimuatkan dalam twiternya.
![]() |
| Keratan akhbar memuatkan tulisan Hishamuddin. |
Tulisan Hishamuddin itu dimuatkan dalam akhbar berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris, New Sunday Time keluaran 5 Mac, 2017.
Manakala dalam bahasa Melayu pula dalam Berita Minggu (?), pada hari yang sama. Kedua keratan akhbar itu dimuatkan dalam twiternya.
Labels:
Hishamuddin Hussein
DAP dan Amanah lebih fokus jatuhkan BN
MENJOLOK MENTARI
Sehingga tulisan ini diperbuat kedudukan parti-parti pembangkang yang berhajat untuk menentang BN dalam Piraum akan datang masih belum memutuskan pendirian mereka. Kerjasama menerusi Pakatan Harapan (PH) yang sudah digagaskan juga belum mendapat konsensus menyakinkan. Belum mantap.
Kalau ia boleh dianggap padu dan jelas hanya di antara dua buah parti sahaja, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). Dua buah parti lagi, PKR dan PPBM masih berjerubu, ketidaktentuan hala tuju, sementara sebuah parti lagi (parti agama) sudah boleh di ignore.
Kedua-dua parti ini, DAP dan Amanah tidak banyak membuat kerenah. Mereka nampak kosentrek untuk berhadapan dengan BN walau apa pun akan berlaku. Kedua-dua parti ini tidak mengelirukan pandangan umum dan rakyat. Inilah gaya politik yang dimahui, tegas dan pantas.
Sementara dua buah parti lagi, PKR dan PPBM masih lagi belum kejap dan masih teraba-raba mencari jalan yang dianggap paling ideal. Kedua-dua parti ini umpama berada dalam guni yang diikat kemudian dicampak ke dalam gelap gulita. Strateginya tidak jelas dan kabur.
Sehingga tulisan ini diperbuat kedudukan parti-parti pembangkang yang berhajat untuk menentang BN dalam Piraum akan datang masih belum memutuskan pendirian mereka. Kerjasama menerusi Pakatan Harapan (PH) yang sudah digagaskan juga belum mendapat konsensus menyakinkan. Belum mantap.
Kalau ia boleh dianggap padu dan jelas hanya di antara dua buah parti sahaja, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). Dua buah parti lagi, PKR dan PPBM masih berjerubu, ketidaktentuan hala tuju, sementara sebuah parti lagi (parti agama) sudah boleh di ignore.
Kedua-dua parti ini, DAP dan Amanah tidak banyak membuat kerenah. Mereka nampak kosentrek untuk berhadapan dengan BN walau apa pun akan berlaku. Kedua-dua parti ini tidak mengelirukan pandangan umum dan rakyat. Inilah gaya politik yang dimahui, tegas dan pantas.Sementara dua buah parti lagi, PKR dan PPBM masih lagi belum kejap dan masih teraba-raba mencari jalan yang dianggap paling ideal. Kedua-dua parti ini umpama berada dalam guni yang diikat kemudian dicampak ke dalam gelap gulita. Strateginya tidak jelas dan kabur.
Labels:
Pakatan Harapan
Saturday, March 4, 2017
Perjanjian Bangkok II belum termeterai?
ULASAN LEWAT
Saya ke Bangkok selepas dua hari presiden parti agama (Pas) Abdul Hadi Awang ke negara Gajah Putih itu pada 20 Februrari lalu. Saya ke Bagkok pada 23 Februari, bukan untuk menjejaki langkah dan perjalanannya, jauh sekali untuk mengintip apa yang beliau lakukan di Bangkok.
Tidak ada apa-apa keperluan pun untuk saya berbuat demikian. Apakah ada perjanjian Bangkok ke- II atau tidak?
Hendaknya jangan salah anggap dan politikan saya ke Bangkok, kalau saya mengisahkan sedikit apa yang berlaku di sana pada masa dan tarikh Hadi ke sana atau pun apabila saya mengkhulasahkan sedikit tentang suasana di sebuah hotel penginapannya.
![]() |
| Ramli Musa dan Wahab menghimpit Hadi di Bangkok. |
Tidak ada apa-apa keperluan pun untuk saya berbuat demikian. Apakah ada perjanjian Bangkok ke- II atau tidak?
Hendaknya jangan salah anggap dan politikan saya ke Bangkok, kalau saya mengisahkan sedikit apa yang berlaku di sana pada masa dan tarikh Hadi ke sana atau pun apabila saya mengkhulasahkan sedikit tentang suasana di sebuah hotel penginapannya.
Labels:
Bangkok
Subscribe to:
Posts (Atom)