Tuesday, May 9, 2017

Demam pilihan raya di Kelantan mulai merebak

CATATAN PERJALANAN

Bendera Amanah megah berkibar.
Minggu lepas saya berada di Kelantan empat hari, bermula 26 hingga 29 April 2017. Jarang saya ke Kelantan mencecah tiga malam. Paling-paling lama pun dua malam. Selepas menemui ibu, merasa masakan, melihatan tanamannya di belakang rumah atau bermanja dengannya serta bertanya khabar waris warah saya akan balik ke Kuala Lumpur bergelumang dengan dunia rutinan saya.

 Saya tidak betah di Kelantan akhir-akhir ini. Semacam sudah hilang keseronakan yang ada selama ini. Kelantan seakan tidak berseri lagi, bau wangi cempaka suntingan Cik Siti Wan Kembang seakan sudah sirna entah ke mana. Terasa juga diri terasing. Keadaan itu menyebabkan berada di negeri itu penuh dengan kesunyian dan keterkilanan.

Saturday, May 6, 2017

Lubang besar Pas hampir siap?

KABINET PAS

Umpama perjalanan rombongan membawa anak teruna (pengantin) menuju ke pelamin untuk dipersandingkan, semakin lama ia semakin dekat menghampiri pelamin yang dibina bersebelahan kamar tidur. Pembawa bunga manggar dan penjunjung pulut kuning dan segala macam barangan (mahal hantaran) atas "par" juga bersemangat mengiringi perjalanan pengantin.

Mustapa dibuang ke laut.
Tuan Ibrahim bersedih?
Kompang juga semakin rancak dibunyikan. Tum tum tum... bertalu-talu diselang dengan tepuk tangan bergemuruh. Dibantu pula dengan cuaca dan suasana yang "ceria-mera" sekali. Perjalanan sang pengantin lurus dan lawas tiada tersekat-sekat lagi apabila setelah segala onak dan duri menghalang jalan laluan sudah ditebas tebang dan dibuang lempar jauh.

Friday, May 5, 2017

Syukur blog Merah Tinta genap satu dekad

CATATAN 10 TAHUN BLOG MERAH TINTA

Tanggal 17 April lalu genap 10 tahun blog Merah Tinta ini dibangunkan dan menemui anda penjengok sekalian. Dalam tempoh itu saya telah membuat 5,502 posting atau catatan dalam berbagai topik sosial, budaya dan politik berserta dengan ribuan keping gambar. Paling ketara ialah mengenai topik hal ehwal politik negara.

Sebenarnya blog ini bukan sahaja berkisar kepada catatan sInggungan isu-isu politik, tetapi ia mencakupi sosial, budaya, perjalanan - advanture ke setiap pelusuk dunia, peristiwa dan sebagainya. Selebihnya juga merupakan catatan peribadi kehidupan sosial saya sendiri.

Wednesday, May 3, 2017

Kedudukan kerajaan Selangor tunggu Azmin balik

TITIK MALAM

Abdul Hadi Awang
Penerimaan usul tahaluf syiasi, pemutusan hubungan politik Pas dengan PKR di muktamar Pas telah menimbulkan berbagai spekulasi. Semua ia memberi kesan negatif kepada Pakatan Harapan (PH), terutamanya mengenai kedudukan kerajaan Selangor yang secara relatifnya didokong oleh tiga buah parti PKR, DAP dan Pas campur dengan dua Adun Pas yang dianggap "khianat" dan menyertai Amanah.

Sejak usul berkenaan diluluskan secara sebulat suara oleh para perwakilan muktamar Pas ke 63 di Kedah, WhatsAap saya diterpai pelbagai pertanyaan dan juga maklumat. Setengah maklumat itu sudah beredar di media sosial sehinggakan memaksa pihak tertentu memberi penjelasan.

Keikhlasan dan ketulusan seorang Mahfuz

PENGAMATAN

Mahfuz tegur pemimpin kerana dia sayangkan Pas.
Saya mengangkat kedua belah tangan, tabik hormat kepada Mahfuz Omar bagi menyatakan kekaguman dan penghormatan kepada ahli Parlimen Pokok Sena itu atas sikap berani, ikhlas dan jujur yang ada kepadanya selaku pejuang politik.

Mengikuti ucapannya dalam ceramah di Kota Bharu malam tadi, bagi saya Mahfuz bukan sahaja berjiwa besar tetapi telah memperhambakan dirinya 100 peratus untuk merealisasikan cita-cita perjuangan yang ditarbiahkan kepadanya selama ini menerusi parti agama itu.

Tuesday, May 2, 2017

PAS perlu ambil pengajaran dari kehadiran angin ribut

MUKTAMAR PAS KE 63 

Ucapan penggulungan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, satu detik yang sangat ditunggu-tunggu tetapi sayang tidak dapat atau sempat diikuti oleh saya dan orang lain juga yang mengikuti muktamar berkenaan menerusi siaran langsung streamyx itu. Tiba-tiba sahaja talian streamyx  terputus apabila saat untuk mendengar ucapan presiden itu tiba. Saya harap ia bukan sabotaj sebaliknya kelemaan dihadapi parti itu kerana kemiskinannya?

Sebahagian khemah expo dibaham ribut.
Jadi tidak dapatlah saya membuat ulasan atau sorotan ucapan penanggulungan Abdul Hadi itu. Untuk mengelak kejadian berulang diharap Pas lebih bersiap di masa akan datang sesuai dengan "kematangan" usianya 63 tahun. Secara berseloroh saya menyarankan agar Pas mengadakan muktamar di tempat "selamat" dan lebih selesa seperti di Dewan Merdeka di masa-masa akan datang, apabila parti itu sudah menguaai Malaysia kelak. Parti itu patut menggunakan kesempatan daripada hubungan baiknya dengan Umno dewasa ini.

Monday, May 1, 2017

Nasaruddin Hassan gagal rebut kerusi naib presiden

SENGGANG MASA

Muktamar parti agama (Pas) ke 63 akan berakhir sekejap lagi. Ketika ini muktamar dihentikan seketika sementara menunggu ucapan penggulungan oleh presiden Pas Abdul Hadi Awang kerana gangguan masalah teknikal. Seperti mana diumumkan oleh pengerusi tetap penghawa dingin dalam dewan muktamar itu tidak berfungsi kerana masalah eletrik.

Suasana dalam dewan muktamar menjadi panas menjadikan para muktamirin tidak selesa. Penghawa dingin tidak berfungsi semasa wakil muslimat membuat ucapan penangguhan. Pengerusi membuat pengumuman muktamar dihentikan sementara kerja membaik pulih penghawa dingin selesai.

Sebebelum itu, keputusan pemilihan telah diumumkan dimana Nasaruddin Hassan, gagal meraih salah satu daripada tiga kerusi naib presiden. Kerusi itu kekal kepada tiga penjawat sebelum ini, Idris Ahmad, Mohd Amar Nik Abdullah dan seorang lagi, lupa nama. Nasaruddin hanya mendapat 478 undi berbanding Idris 1,062, Mohd Amar 950.

Untuk jawatankuasa pusat ahli Parlimen Pasir Mas yang baru ini jatuh tergolek di laman sendiri dalam perebutan jawatan naib Yang Dipertua Pas Pengkalan Chepa menang dengan undi terbanyak. Kemenangan itu boleh jadi kerana undi simpati atas kekalahan yang memalukan beliau sebelum ini.

Ulasan penuh mengenai muktamar ke 63 ini akan saya postkan paling lewat tengah hari esok. [wm.kl.4:01 pm 01/05/17]

Pas sudah siapkan lubang besar untuk menimbus dirinya

MENURUN BULAN

Muktamar parti agama ke 63 yang sedang berlangsung di Kedah adalah kemuncak kepada pencapaian BN khasnya Umno untuk menghancurkan parti compingannya yang ditubuh tahun 1951 itu.

Usaha Umno untuk memporak perandakan Pas sememangnya bermula sejak lama dahulu, tetapi usaha itu lebih kepada memelihara Pas untuk menjaga kepentingannya.

Sebelum ini Umno menjadikan Pas laksana sebagai "monyet" atau "kera" untuk memanjat nyiurnya sahaja. Mana-mana nyiur tinggi digunakan "Pas" untuk gugurkan manakala nyiur rendah dipetik dengan tangan.

Sunday, April 30, 2017

Debaran Azmin Ali sudah berakhir - Pas putus hubungan dengan PKR

LANGSUNG DARI KEDAH

Baru sekejap tadi Muktamar Pas ke 63 yang sedang berlangsung di Kedah telah melulus dan menerima usul memutuskan hubungan (tahalus syiasi) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Usul berkenaan dibawa oleh 23 Pas kawasan dan dua Dewan, Ulama dan  Dewan Pemuda. Usul itu datang dari kawasan di hampir seluruh negeri kecuali Kelantan dan banyaknya dari Terengganu.

Usul itu dibentangkan oleh wakil Dewan Ulama, Zulkifli Ismail (foto) kemudian ia disokong oleh wakil Pas dari kawasan Pasir Mas.

Pun begitu untuk urusan selanjutnya usul berkenaan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama (MSU) untuk membuat tindakan seterusnya. Apakah MSU akan mengadakan istikharah berjemaah atau pun cukup mengambil suara dari muktamar petang ini untuk mengutuskan surat rasmi kepada PKR, memaklumkan yang partinya sudah tidak ada hubungan dengan PKR lagi.

Tuesday, April 25, 2017

Muktamar Pas kenapa Azmin yang berdebar?

ULASAN 

Siapa berselfie dengan siapa, Hadi ke Azmin.
Mukatamar Pas ke-63 yang akan berlangsung empat hari lagi tidak mendebarkan banyak pihak dalam kalangan Pas terutama pemimpin tertingginya. Walaupun ada pencabar untuk jawatan naib presiden, tetapi ianya bukan suatu yang menarik untuk dinanti-nantikan dan tidak begitu mendebarkan. 

Sama ada berjaya atau tidak ahli Parlimen Temerloh, Nasaruddin Hassan menjadi salah seorang naib presiden, ia bukan perkara yang dinanti-tunggukan.