Monday, July 10, 2017

Hadir hendak tengok berlian merah jambu RM116.75 juta?

ENEKDOT SORE 

Sekali lagi rumah terbuka hari raya Najib Razak di Pekan mendapat perhatian ramai dari semua lapisan masyarakat sehingga mencecah 70,000. Semasa rumah terbuka Perdana Menteri di raya pertama minggu lalu di Putrajaya ia juga mendapat perhatian rakyat, angka kehadirannya dilaporkan juga 70,000.

Tanpa menafikan angka itu sengaja diperbesarkan untuk menunjukkan rakyat sayang dan kasih kepada pemimpin nombor satu negara itu, kehadiran begitu ramai tentu ada sebab musababanya. Mungkin ada mengatakan orang ramai datang beraya dengan Najib kerana hendak menikmati makanan percuma.

Sunday, July 9, 2017

Kawan lama masih di hati, tiada warna parti di hati...

RUMAH TERBUKA PAS

Bersama Sharkar dan Tuan Ibrahim.
Tidak pasti sudah berapa tahun saya tidak hadir ke rumah terbuka parti agama (Pas). Mungkin dua atau tiga tahun atau lebih. Terakhir saya hadir ialah ketika rumah terbuka diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Majlis hari itu sungguh meriah dan hangat padang terbuka di kelab berkenaan penuh sesak.

Selepas itu saya tidak menghadirinya lagi, sama ada terlepas atau tidak terperasaan. Apa lagi dua tahun ketika saya keuzuran (2015 - 2016) ditambah pula meletusnya kemelut dalam Pas, perbalahan dan perpecahan ia tidak memberi kesempatan dan mengurangkan minat saya untuk hadir. Kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku.

Saturday, July 8, 2017

Ahmad kena berterima kasih kepada Husam dan batalkan perjanjian


CUPLIKAN FB

Inisiatif Husam Musa mendedahkan projek "Musang Ngenge", kerajaan Kelantan, (Carbon Credit yang telah meluluskan 1 juta ekar hutan simpanan kekal (HSK) kepada Cilmate Protectors Sdn Bhd) sepatutnya dialu-alukan oleh MB Kelantan Ahmad Yakob kerana telah membongkar suatu jenayah bertaraf 1MDB yang pada masa ini sedang meratah orang awam yang ghairah untuk kaya.
Syarikat Climate Protectors Sdn Bhd yang menanda tangani perjanjian dengan kerajaan Kelantan itu rupanya terlibat dengan skim cepat kaya menerusi intenert yang menggunakan EcoBit. Skim berkenaan telah menggunakan projek Carobn Credit itu sebagai modal atau aset untuk mengabui mana awam agar melabur dalam skim berkenaan.


Dalam masa dua minggu sahaja, skim "cepat kaya" internet itu berjaya mengumpul RM17 juta. Para pelaburnya bukan sahaja dari Malaysia, tetapi di seluruh dunia, termasuk juga di kalangan pegawai kerajaan di Kelantan sendiri.

Friday, July 7, 2017

Husam terima ancaman saman dari Tang Too Siah?

SUSUPAN PAGI

Selepas membuat pendedahan bertalu-talu mengenai wujudnya penyelewengan ala-ala penipuan persis Jho Low dalam skandal 1MBD terhadap kerajaan negeri Kelantan menerusi projek Carbon Credit akhirnya Husam Musa mendapat ancaman saman oleh oknum yang dikaitkan langsung dengan projek berkenaan.

Oknum yang terkait dalam pendedahan Husam itu adalah Tang Too Siag yang menjadi CEO kepada Climate Protector Sdn Bhd syarikat yang diberikan konsensi hutan simpan kekal (HSK) seluas 1 juta ekar yang kini riuh randah diperkatakan bukan sahaja di Kelantan tetapi Malaysia seluruhnya.

Wednesday, July 5, 2017

Bahasa Melayu - ketegasan Zahid dihargai

SUSUPAN PETANG

Tindakan melonggarkan syarat lulus Bahasa Melayu peringkat SPM untuk dilantik secara kontrak Pegawai Perubatan Grade 41 yang menjadi polemik sehari dua lalu kini telah selesai apabila Kabinet memutuskan kelonggaran itu ditarik balik hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini mengumumkan perkara itu. Tindakan beliau itu tepat dan sangat dialu-alukan. Tindakan Zahid itu pasti mendapat tepuk sorak kemenangan di kalangan pencinta bahasa Melayu dan pejuangnya. Syabas.
 

Monday, July 3, 2017

DBKL kurang profesional, atau apa?

CERITA DI LAMAN 

Bukan roboh tetapi disengetkan sahaja.
Pembinaan gerai berkerangka besi dan berlantai simen berbentuk kekal di simpang Jalan Wangsa Mewalti 4, di Wangsa Siaga di sepanjang bulan Ramadhan lalu menjadi perhatian umum, khasnya bagi penghuni atau pemunya tetap rumah-rumah di sini. Saya sendiri juga turut merunggut setiap kali melihat di depan gerai yang sedang dibina itu.

Pembinaan gerai jualan berbentuk kekal itu sebagai mengganti gerai sebelum ini, yang dikira sudah lumaya berbanding dengan gerai-gerai lain yang bentuk dan materialnya sedarhana sahaja, dengan sekaki payung atau sebuah bangku. Kalau pun agak menjolok mata ada gerai yang pelantaian, lantainya disimen untuk menjamin kebersihan. Tiada masalah.

Sunday, July 2, 2017

Perkembangan di Sarawak meresahkan orang Kuala Lumpur?

ULAS ISU

Keputusan kerajaan Sarawak menghantar pasukan peguam ke London untuk mengkaji perjanjian dan bahan rujukan Perjanjian penubuhan Malaysia 1963 (MA1963) adalah perkara biasa sahaja tetapi jika dilihat dari sudut keperluan kenapa ia berbuat begitu ia meresahkan Kuala Lumpur.

Seperti mana kata Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg perkara itu biasa sahaja, tetapi sudah tentu ia membuat Najib tertanya-tanya kenapa harus dihantar pasukan peguam ketika ini. Dari segi suasana politik pada masa kini tidakan dan keputusan diambil Sarawak itu tidak manis kerana ia memberi implikasi politik dan ia seolah-olah ingin menghantar sesuatu mesej.

Umum tahun Piraum menjelang tiba, Kuala Lumpur pula sangat berharap kepada suasana dan pengaruh BN Sarawak yang utuh untuk membantu Umno-BN di Semananjung. Apabila tiba-tiba Sarawak menghantar pasukan peguam mengkaji perjanjian berkenaan ia boleh disifatkan Sarawak tidak bersedia menenangkan keadaan apa lagi memberi petunjuk kepada Kuala Lumpur yang BN negeri itu setia dan akur dengan kehendak Kuala Lumpur.

Harap Ahmad Yakob tidak terlancar projek "Musang Ngenge"

EKSKLUSIF PAGI

Ahmad mengumukan projek Carbon Credit.
Dalam diam-diam kerajaan Kelantan sedang meneroka dimensi baharu dalam perdagangan bertaraf dunia demi rakyat Kelantan apabila merintiskan projek apa dinamakan Carbon Credit. Apa dia carbon credit?

Sumpah, saya pun pertama kali mendengar terma ini. Inilah menunjukkan bahawa kerajaan Kelantan khasnya pimpinan Ahmad Yakob yang dianggap "senyek" (lembab dan tidak berdaya maju) sebenarnya seorang MB yang berpandangan jauh dan ikut sama terbangkit unuk menganyam awan biru di langit.

Saturday, July 1, 2017

Isu sampah di Kelantan dan tabiat rakyat

Abdul Fattah mengetuai punggutan sampah. Foto: Syam Ghaz.
SUSUPAN PETANG

Banyak teman media sosial mengangkat status mengenai sampah di Kelantan. Saking banyaknya busuk dan huduh pula jadi ruang media sosial terutamanya muka buku -- Facebook. Usaha pihak kerajaan negeri menganjurkan kerja amal punggut sampah dikritik hebat dan Exco berkaitan sampah, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Abdul Fattah Mahmood dipalu dan disindir secukupnya.

Friday, June 30, 2017

Husam tegur Hadi elak jadi macam Ahok

SESUDAH SUBUH 
Husam: Hadi langgar ayat Quran?

Kenyataan Husam Musa yang dibuat semasa berucap di majlis hari raya anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) di Kota Bharu malam tadi mengaitkan Abdul Hadi Awang sedikit agak keras, tetapi tepat.

Ia tentu akan menjungkitkan ekor mereka yang taksub kepada pemimpin utama parti agama (Pas) dan akan meledakkan api kemarahan kepada Husam. Ekoran kenyataan Husam semalam mungkin selepas ini ia akan menjadi polemik berpanjangan dan Husam akan diserang habis-habisan.

Sebalik kalau ia dilihat dari sudut positif kenyataan itu membawa kebaikan kepada Hadi dan juga partinya.