LUAHAN PAGI
SEMUA orang yang "kegelian" kerana seronok, dan sedang dilambung ombak keseronokan dan bergembira dengan kemenangan besar PH sehingga berjaya membentuk kerajaan baharu Malaysia hendaklah waras dan syukur menerima kemenangan itu.
Jangan menyambutnya dengan emosi yang berlebih-lebihan atau sebak yang boleh mengulai diri kerana ia membahayakan diri. Rasional, di sini menerima kemenangan itu sebagai sesuatu anugerah dan menyedari ianya bukan mudah untuk digapai. Hasil kemenangan itu perlu dianggap amanah bukannya ghanimah. Mengisi kemenangan itu dengan tanggungjawab bukan mendabik dada.
Wednesday, May 16, 2018
Memaknakan kemenangan, mengertikan perjuangan
Labels:
Memaknakan Kemenangan
Monday, May 14, 2018
Kabinet - jangan cicirkan Husam
SESUDAH SUBUH
KETEWASAN kubra Pakatan Harapan (PH) 59 - 0 di Kelantan dan 40 - 0 di Terengganu sesuatu menyedihkan. Bertambah sedih apabila rakannya di negeri-negeri sebelah Barat banjaran Titiwangsa menang besar.
Bukan setakat menang besar, tetapi boleh menguasai negeri-negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Makin membaca dan menganalisa kehebatan PH di sebelah Barat itu, makin berat jiwa menanggungnya. Mereka menang besar manakala kita pula kalah parah. Kosong, telur tembelang.
![]() |
| Husam Musa diharap jadi penawar duka untuk Pantai Timur. |
Bukan setakat menang besar, tetapi boleh menguasai negeri-negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Makin membaca dan menganalisa kehebatan PH di sebelah Barat itu, makin berat jiwa menanggungnya. Mereka menang besar manakala kita pula kalah parah. Kosong, telur tembelang.
Labels:
Husam Musa
Sunday, May 13, 2018
Faktor rakyat Kelantan tolak PH
MENYOROT POLITIK KELANTAN
KE MANA saya pergi saya akan ditanya mengenai nasib Pakatan Harapan (PH) di Kelantan. Entah kenapa saya seolah-olah menjadi papan hitam untuk ditulis dengan pertanyaan dan persoalan itu. Selama saya berada di pusat pengawalan (kem berhimpun) wakil-wakil rakyat PH di sebuah hotel di Petaling Jaya, setiap kawan dan orang mengenali hubungan saya dengan Kelantan bertanya tentang negeri ku itu.
"Kenapa Kelantan dan apa jadi dengan Kelantan, Tokti?" Semua bertanya dengan mempamerkan bayangan wajah sedih mendukacitakan.
Mereka hairan dan anih dengan apa berlaku di Kelantan, nasib yang menimpa PH. Kelantan dan Terengganu menjadikan dua buah negeri yang seakan tersisih dari negeri-negeri di sebelah pantai Barat. Penyisihannya begitu ketara sekali apabila PH tidak mendapat satu kerusi pun di negeri berkenaan hatta sekadar untuk dijadikan benih untuk menanam di musim mendatang.

Ulasan Politik
Percayai Dr Mahathir jangan cepat melatah
ULASAN PAGI
![]() |
| Dr Mahathir perlu sokongan padu dari PH. |
Pembentukan kabinet awal Dr Mahathir itu menjelaskan dirinya berlaku adil dan saksama setelah memikir segenap aspek.
Labels:
Dr Mahathir Mohamad
Friday, May 11, 2018
Keadaan kritikal di Perak dan Kedah.
ULASAN 2
KELANTAN menjadi negeri pertama membentuk kerajaan baru selepas Piraum ke 14. Upacara mengangkat sumpah dan penyerahan watikah pelantikan MB berlangsung di Istana Kota Lama semalam, tidak sampai 24 jam selepas pilihan raya selesai. Ahmad Yakob sekali lagi mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar untuk penggal kedua.
Terengganu menyusul negeri Kelantan. Malam tadi Sultan Terengganu menerima perkenaan Dr Samsuri Mokhtar menghadap untuk mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu bersama barisan Exconya.
![]() |
| Ahmad MB penggal ke dua. |
Labels:
Pilihan Raya ke 14
Upacara yang membulu hati
ULASAN
SETELAH menanti dengan penuh resah dan debaran selama hampir lima jam upacara penyerahan watikah pelantikan Perdana Menteri kepada Dr Mahathir Mohamad akhirnya ia selesai dengan jayanya.
Tempat jam 10:05 minit tadi Dr Mahathir menerima watikah pelantikan dan mengangat sumpah memegang rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 di hadapan Yang DiPertuan Agong Sultan Muhammad Ke V. Dr Mahathir kini sah menjadi perdana menteri Malaysia yang baru.
![]() |
| Dr Mahathir melafazkan sumpah menyimpan rahsia. |
Tempat jam 10:05 minit tadi Dr Mahathir menerima watikah pelantikan dan mengangat sumpah memegang rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 di hadapan Yang DiPertuan Agong Sultan Muhammad Ke V. Dr Mahathir kini sah menjadi perdana menteri Malaysia yang baru.
Labels:
Dr Mahathir Mohamad
Thursday, May 10, 2018
Kemenangan PH adalah milik semua orang
MESEJ PAGI
KEMENANGAN manis penuh bersejarah Pakatan Harapan semalam bukan milik para pemimpin PH semata-mata, tetapi ia miliki semua rakyat yang mahukan perubahan dan mahu menumbangkan kerajaan kleptokrasi. Justeru sewajarnya kita merasa bangga dan bersyukur sedalam-dalamnya kepada Tuhan.
Seluruh pengundi PH perlu dikalungkan ucapan tahniah dan syabas atas keberanian dan kesedaran mereka. Semoga titik sedar ini akan diikuti atau pun disedari sama oleh mereka yang sebelum ini melemparkan berbagai-bagai tuduhan kepada PH. Hentilah kebencian bermusim itu yang tidak memberi menguntungkan kita untuk kita hidup dalam sebuah keamanan.
Tidak terlupa juga disebalik kemenangan itu ia membawa makna besar kepada sang wira penggerak kebangkitan bangsa, Anwar Ibrahim. Tentu Anwar gembira dan bangga dengan kemenangan itu. Kemenangan PH juga pastilah akan melenyapkan segala suka duka dan penderitaan yang ditanggungnya selama ini.

Pakatan Harapan
Friday, May 4, 2018
Setelah lima hari berkempen BN, Pas dan PH sama-sama ada peluang
ULASAN AWAL
KEMPEN Piraum ke 14 sudah masuk ke separuh masa pertama. Pukul 12:00 tengah malam ini bermakna sudah 120 jam kempen berlalu. Ertinya ada separuh masa lagi, sebanyak lima hari atau 120 jam sebelum ia ditamatkan jam 11:59 tengah malam 8 Mei.
Setelah berkempen selama lima hari, sedikit sebanyak sudah dapat dilihat cula, kedudukan parti (komponen) masing-masing. Untuk negeri Kelantan, di sini saya akan membuat penilaian dari beberapa aspek external sahaja, apa yang saya lihat dan juga dibuat oleh pemerhati lain. Rasanya tanggapan saya tidak jauh beza.
![]() |
| Antara suasana perarakan untuk proses penamaan calon. |
Setelah berkempen selama lima hari, sedikit sebanyak sudah dapat dilihat cula, kedudukan parti (komponen) masing-masing. Untuk negeri Kelantan, di sini saya akan membuat penilaian dari beberapa aspek external sahaja, apa yang saya lihat dan juga dibuat oleh pemerhati lain. Rasanya tanggapan saya tidak jauh beza.
Labels:
Analisa Awal Kel
Fenomena Nik Omar dan gambaran awal Piraum 14
PERHATIAN
SAYA memohon berbanyak kemaafan kepada penjengok blog ini kerana mungkin kecewa apabila tidak ada pengeposan baru sekerapnya dua tiga hari ini. Ini kerana saya sangat kesuntukan masa. Bagaimana pun catatan-catatan ringan terus dibuat yang dikongsikan dalam Facebook MSO II dan tweetir. Anda boleh menjejaki saya di situ.
Insya-Allah malam ini saya akan "bersiaran" dengan membuat ulasan awal perkembangan pilihan raya ke-14 ini khasnya di Kelantan. Setelah lima hari berlangsung kempen secara rasmi sedikit sebanyak kita sudah dapat mengintai parti (komponen) mana ke depan dan yang mana ketinggalan di belakang.

Nik Omar
Wednesday, May 2, 2018
UBN dan Nik Omar
DARI FB
PETANG semalam semasa menyerah sebahagian poster pilihan raya Nik Omar kepada petugas parti PH di Hulu Kelang, sebelumnya saya sempat berjumpa dengan dua orang anak muda yang akan mengundi buat pertama kali dalam Piraum ke 14 di sebuah restoran mamak.
Mereka meminta untuk berjumpa dan minum kopi dengan saya. Saya faham kenapa mereka ingin berjumpa kerana ingin mendapat penjelasan atau cerita mengenai pilihan raya. Ingin mendapat tip untuk mengundi? Saya berbangga dengan sikap mereka berdua kerana ambil berat kepada politik.

BN dan Nik Omar
Subscribe to:
Posts (Atom)