Monday, October 7, 2019

Umno perlu adakan majlis paluan berundur

ULAS PANDANG

Hishamuddin dan Khairy turut hadir di kongres Maruah
Melayu. 
SELAIN dari Annuar Musa yang diundang secara rasmi sebagai mewakili Umno ke Kongres Maruah Melayu (KMM), ada dua sosok daripada Umno yang juga turut kelihatan dan hadir sama. Mereka dimaksudkan itu bekas Ketua Pemuda Umno Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kehadiran mereka berdua ini tampak lebih lunak dan tidak berlebihan berbanding kehadiran Annuar yang nampak seakan pelahap menagih kasih daripada Dr Mahathir Mohamad. 

Sunday, October 6, 2019

Kongres Maruah Melayu gagal ubah magnitude politik negara

ULASAN

Sebahagian peserta kongres maruah Melayu.
MUNGKIN kerana nawaitu dan niat pihak penganjur atau mereka yang berada di belakang penganjur Kongres Maruah Melayu (KMM) yang berlangsung hari ini tidak ikhlas, maka kongres itu tidak menjadi.

Ia tidak memberi impak besar yang boleh merubah "magnitude" politik negara seperti diharapkan. Kongres itu berlalu begitu sahaja mungkin sama dengan himpunan perpaduan ummah Pam - Umno di PWTC baru-baru ini, yang berlalu bagaikan angin lalu.

Friday, October 4, 2019

Akhirnya Salahuddin laksanakan kata, tenggelamkan bot asing

SUSUPAN PETANG

Salahuddin membunyikan siren menandakan
proses pelupusan bot bermula.
SEBAGAI menteri baru dalam kerajaan baru saya dan orang ramai memerhati penuh minat apa-apa dilakukan menteri serta pendekatan pentadbiran yang diambilnya.

Salah seorang menteri yang jadi perhatian saya ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub. Kedudukan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dalam kerajaan penting kerana kementerian yang dipikulnya adalah kementerian kanan, mempunyai lebih 10 stakeholder.

Tuesday, October 1, 2019

Kongres Maruah Melayu Zainal perlu ikhlas

Zainal Kling
KEMUSYKILAN
MENURUT pihak yang menganjurkan kongres Maruah Melayu yang akan diadakan 6 Oktober depan ia diadakan bukan bermotif politik dan juga tidak memperalatkan universiti. Comel kalau begitu. Tampak seperti ia untuk mencari resolusi bagaimana untuk menyelamatkan air muka Melayu daripada diinjak.

Presiden Pam Abdul Hadi Awang dilaporkan akan hadir pada kongres berkenaan. Jawaban dan kesudian Hadi itu seperti mana diumumkan Setiausaha Agung Pam, Takiyuddin Hassan menunjukkan beliau juga dijemput untuk hadir kongres berkenaan bersama Dr Mahathir Mohamad.

Monday, September 30, 2019

Jangan ambil peduali dengan hewan pengawal

SUSUPAN SUBUH

Syed Husin pandangannya
dijadikan bahan untuk kecam
Anwar.
DALAM perjalanan pulang daripada menghadiri majlis meraikan Dr Siti Zainon Ismail yang yang dinobatkan sebagai Sasterawan Negara (SN) ke -14 di Madrasah Seni Banda Dalam Gombak sekejap tadi saya dihubungi seorang Ahli Parlimen (MP) yang bertanyakan perihal kenyataan seseorang mengecam Anwar Ibrahim tanpa sebab dan kaitan jelas dengannya.

Seseorang itu biarlah saya tidak menyebut namanya, kerana namanya terlalu najis bagi tinta saya. Sejarah yang dilakarinya cukup memualkan. Cukup saya menyebut dengan "seseorang". Saya rasa penjengok blog ini tahu siapa seseorang itu?

Memang menjadi amalan saya, saya tidak akan menyebut nama seseorang yang saya membencinya. Mungkin cara saya salah, tetapi ini adalah amalan saya. Maaf. 

Saturday, September 28, 2019

Sultan Ismail Petra, sultan yang prihatin

BELASUNGKAWA

Almarhum Sultan Ismail Petra
(1949 - 2019)
SULTAN Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah mangkat hari ini kira-kira jam 8:11 pagi di hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu Kelantan.

Baginda tutup usia dalam 70 tahun setelah gering beberapa lama.

Baginda menaiki takhta kesultanan Kelantan pada 30 Mac 1979 sehingga 30 September 2010. Penurunan baginda daripada takhta kesultanan Kelantan menimbul sedikit kontroversi. Baginda diganti dengan putera sulungnya Sultan Muhammad Ke V yang kini berkuasa di kerajaan Kelantan.

Friday, September 27, 2019

Jangan tekan Dr Mahathir dan resahkan Anwar

REAKSI

Apa orang bilang Anwar tetap memayungi Mahathir.
APABILA Dr Mahathir Mohamad dilaporkan memberi tahu wartawan di New York yang beliau akan jadi PM paling lama pun tiga tahun, ramailah yang resah gelisah, ada yang membuat tangkap layar laporan itu dan mengedar dalam grup WhastAap sebagai bahan provokasi.

Saya yang tidak suka menyertai mana-mana grup WhastAap juga turut sama menberima tangkap layar laporan berkenaan ada yang meminta saya memberi sedikit komen.

Thursday, September 26, 2019

Dr Maza patut jadi seikhlas Rajak bin Hawyah

SESUDAH SUBUH

Maza harus berani dan ikhlas. 
DI HENING Subuh ini saya telah membaca surat Dr Mohd Asri Zainul Abdin kepada Dr Mahathir Mohamad. Disebabkan surat itu dinamakan "surat terbuka", maka saya juga turut mempunyai hak untuk aksesnya. 

Apabila surat dibuat secara terbuka bermaksud ia untuk dibaca oleh sesiapa sahaja selain orang yang dituju itu.

Nama lagi ia surat terbuka, maka semua orang boleh membaca dan menganalisanya. Apa tersirat di sebalik sesuatu surat terbuka itu ialah ingin mendedahkan apa tersimpan dalam hati si penulisnya.


Wednesday, September 25, 2019

Lima hari keluar dari jerebu menghirup kedamaian di Jepun

Satu pose dari di laman istana Wakasa Onigajo
di puncak gunung Tsuruoyama, Tottori.
MUSAFIR KE JEPUN

ALHAMDULILAH permusafiran saya ke negara Matahari Terbit selama lima hari enam malam sudah berakhir semalam.

Menjelang Subuh tadi saya selamat sampai ke tanah air setelah menempuhi penerbangan malam selama enam jam setengah. Penerbangan kami cepat 15 minit, syukur.

Thursday, September 19, 2019

Perhatiaan bercuti di luar sekejap

Untuk beberapa hari blog ini tidak akan dikemaskinikan. Mulai hari ini hingga 24 September nanti. Insya-Allah selepas itu nanti saya akan kembali berblog. Terima kasih.