Friday, April 9, 2021

Pintu Ajal Belum Terbuka

Bab Kedua

TAHU SAKIT

JIKA kita seorang “pencerap” yang baik kepada keadaan diri kita, baik dari dalam atau dari luar, kita akan tahu setiap perubahan yang berlaku ke atas diri kita. Kita akan maklum apa-apa perubahan yang kita alami.

Mustahil kita tidak tahu tentang apa-apa berlaku ke atas diri kita. Sebab semua perkembangan; rasa, perasaan, naluri dan sebagainya kita dapat mengalaminya. 

Setiap anggota yang menjadi komponen kita ada fungsi dan peranan tersendiri yang sangat unik dan istimewa. Kita seharusnya menyadari evolusi diri baik external dan internal, jasmani dan rohani. Tujuh pancaindera utama kita adalah radar atau nalar sumber (signal) kepada diri kita; mata, hidung, lidah, telinga, dan lima yang lain yang tidak berbentuk fizikal. 

Thursday, April 8, 2021

Indahnya saat Bongor berbunga...

KELESTARIAN

Bongor Putih dan Bongor Pink.
KETERBATASAN kita untuk bergerak lantaran pandemik memberi peluang untuk kita menjadi lebih dekat dan mesra dengan alam. Takdir ini menjadikan kita juga lebih mengenali alam dan tersedar dari sebuah kelupaan. 

Pandemik memberi banyak hikmah kalau kita menghayati dengan seluruh pancaindera. Ia menjadi kita terpaling kepada sesuatu yang mungkin sebelum ini kita terlupa atau buat-buat tidak perasaan dengannya, walhal ianya sangat hampir bahkan sebahagian daripada kita, yang menyumbangkan beberapa keistimewaan pula dalam melengkapkan hidup ini yang unik. 

Tuesday, April 6, 2021

Pintu Ajal Belum Terbuka

Bab Pertama 

SAKIT NIKMAT MEMBAWA RAHMAT

DI MANA ku hendak mulakan penulisan buku, PINTU AJAL BELUM TERBUKA (Biografi pengidap kanser Limpoma) ini; merupakan sebuah catatan pengalaman sebagai penghidap kanser? 

Kadang kala kebuntuan dalam mencari permulaan ini menjadikan kerja sesuatu penulisan tidak bermula. Berhari-hari fail atau folder yang sudah dibuka ditinggalkan sepi. Ada kalanya fail dan folder berkenaan terjeruk menjadi “masam” dan kusam begitu saja. 

Lama kelamaan dilupakan, kemudian lupus bersama berakhirnya jangka hayat sesebuah laptop atau komputer. Begitulah nasib sesebuah karya atau idea seorang penulis. 

Monday, April 5, 2021

Pintu Ajal Belum Terbuka (Pengenalan).

Akhir tahun 2015 saya disahkan oleh doktor Onkologi mengidap kanser limfoma tahap II yang menyebabkan saya terpaksa menjalani rawatan kemoterapi. Saya menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam kali atau enam pusingan.

 Alhamdulilah kanser yang saya hidapi itu dapat diatasi. Kini sudah masuk tahun keenam menjadi "warga kanser" atau "alien man" dan sudah diisytiharkan sebagai "merdeka".

Sejak awal-awal lagi saya bercadang untuk menulis buku menceritakan perihal kanser dan pengalaman menghadapinya. Ia penting untuk menjernih dan memberi pencerahan terhadap beberapa mitos dan tanggapan negatif yang menakutkan mengenai kanser; kanser dianggap pembunuh. Tetapi itu bagi saya ia bukan penawar melainkan cabaran menyeksakan jiwa bagi seseorang penghidap kanser. 

Buku ini dikira penting untuk berkongsi apa-apa maklumat, temuan dan juga kaedah yang saya pakai untuk melawannya. Sebenarnya sewaktu dalam ward lagi saya sudah mula menyusun dan menulis rangka buku ini. Bahkan beberapa siri awalnya juga sudah saya muatkan dalam blog atau media sosial. 

Malangnya penulis itu selalu terhenti-henti dan tersangkut-sangkut serta diganggu oleh penulisan lain yang seperti tidak mahu memberi laluan. Penulisan politik dan hal ehwal semasa yang tidak pernah kunjung padam dan membosankan itu menganggu penulisan dan penyudahan buku ini.

Sebahagian besar daripada buku ini sudah pun siap ditulis. Kesemuanya saya anggarkan mempunyai 15 bab. Mana-mana bahagian yang sudah siap akan saya siarkan dalam blog ini secara bersiri, diharap menjadi penggenap masa lapang selepas mengambil rehat untuk tidak menulis perihal politik yang merewelkan itu.

 Insya-Allah saya akan siarkan secara bersiri buku PINTU AJAL BELUM TERBUKA - Biografi Kesakitan ini dalam blog ini. Selamat membaca. [wm.kl.10:24 05/04/2021]

Perhatian

RIHAT

Untuk beberapa waktu saya berhenti daripada mengisi blog ini khasnya bersabit dengan su-isu politik. Pohon kemaafan kepada penjengok setia blog ini atas keputusan yang saya ambil ini mungkin menghampakan anda. 

Saya akan kembali menulis isu-isu politik yang tidak pernah ada kesudahan itu apabila saya sudah merasakan perlu. Terima kasih. [wm.kl. 7:50 ama 05/04/2021].


Wednesday, March 31, 2021

Sembilan menteri Umno bersama Muhyiddin?

 SPEKULASI


WALAUPUN perhimpunan agung Umno (PAU) telah memutuskan wakil rakyat mereka yang jadi menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan PN akan menarik balik sokongan pada Ogos depan, namun arahan itu seperti tidak akan dipedulikan oleh sembilan menteri dan lima timbalan menteri.

Sembilan menteri itu ialah, Annuar Musa, Noraini Ahmad, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ismail Sabri Yakob, Shamsul Anuar Nasarah, Halimah Mohamad Sadiqe , Hishammuddin Hussein, Reezal Merican Naina Merican dan Adham Baba.  

Monday, March 29, 2021

Kesan keputusan Umno dalam PAU semalam

ULASAN PAU

PAU 2020 yang diadakan 28 Mac 2021.
PERHIMPUNAN Agung Umno (PAU) 2020 yang tertangguh sejak setahun lalu telah diadakan dan sudah berakhir semalam. PAU semalam dilihat dari berbagai sudut dan kepentingan dengan citarasa masing-masing sesudai diwaktu pandemik. 

Ada mengatakan ia sebagai satu himpunan untuk meluluskan solusi yang sudah dibuat awal dan ada juga mengatakan sekadar rutin biasa Umno sebagai mematuhi peraturan ROS.  Kedua-dua pandangan itu boleh diterima dan ada kebenarannya. 

Thursday, March 25, 2021

Umno sudah pasti tolak PBBM, mungkin terima Keadilan?

JELANG PAU 

Anwar dan Zahid walaupun jasad
jarang berjumpa tetapi batin mereka melekat.
PERSIDANGAN Agung Umno (PAU) bermula lusa (27 dan 28 Mac 2021) adalah moment penting bagi menentukan masa depan parti itu untuk menghadapi Piraum ke-15. 

Lantaran itu para perwakilan harus bijak dan berpandangan jauh dalam membuat keputusan dalam PAU itu nanti kerana apa-apa solusi dicapai akan diguna pakai untuk penentuan masa depannya.

Naratif Piraum ke-15 Umno nanti akan terserlah dalam PAU itu. 

Sunday, March 21, 2021

Memahami isi surat Umno Ketereh

SUSUPAN PAGI 

UMNO bahagian Ketereh telah menghantar surat bertarikh 19 Mac 2021 kepada presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan empat perkara untuk dilaksanakan segera. 

Ia merupakan tuntutan dan desakan, memorandum. Apa dikemukakan itu sebagai menuntaskan beberapa perkara sebenarnya yang berada dalam jiwa ketua Umno Ketereh Annuar Musa bukannya desakan atau suara umum Umno.

Empat perkara itu, pertama Umno Ketereh menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) gabungan BN dengan Pas, GPS Sabah dan GRS Sarawak.

Kedua mengesorkan supaya BN dan PN segera memulakan rundingan kerusi serta membentuk gabungan terkuat untuk menentang PH dalam Piruam ke-15.

Monday, March 15, 2021

Umno kena waspada dengan politik diplomasi Azmin

ULASAN

Azmin sang pemikat yang handal.
AZMIN Ali telah melontarkan idea politik diplomasinya kepada Umno dengan mengajak parti itu duduk berbincang bagi memperkuatkan kerajaan PN. Sambil melupai soal 13 kerusi parlimen yang dibawa lari Azmin berkata tumpuan perlu kepada kesemua 222 kerusi. Azmin memang seorang yang licit dan lincah dalam mencari kesempatan politik untuk menyelamatkan dirinya.