Monday, March 21, 2011

Susupan Petang

Video Lucah dan Kelab Anti Demokrasi Malaysia

[Ulasan Mendalam Mengenai video Lucah Dalam Siasah] PAGI ini saya baru melancarkan kelab anti politik demokrasi Malaysia di Facebooks. Tujuannya untuk selidik sejauh mana rakan Fb saya bersetuju dengan saya mengenai politik demokrasi negara ini.

Pada saya politik kita sudah sampai ke peringkat di luar nilai ketamdunan sebenarnya. Tindak tanduk manusia dalam politik untuk mendapatkan kuasa akan dilakukan dengan apa cara sekalipun. Adat, agama dan perikemanusiaan di belakangkan.

Tidak kira apakah tindak itu bermoral atau tidak, tidak dipedulikan. Asalkan di situ ada keuntungan dan kepuasan nafsu. Dan penting dapat imbuhan dan upah. Nampak sangat sesetengah isu dilakukan untuk kepentingan perut. Pendedahan dan pembongkaran dibuat bukan untuk dijadikan iktibar lagi tetapi memburukkan seseorang secara melampau tanpa mendapat kebaikan darinya walaupun sebesar anak kuman kurus.

Apa dinamakan hikmah sudah pun hilang dari pertimbangan kemanusiaan mereka. Politik kita mengajar rakyat menjadi bodoh dan tidak ada maruah diri. Saya rasa politik haiwan lebih baik dari politik orang negara ini. Haiwan walaupun tidak ada peraturan tetapi masih patuh kepada peraturan dan tabiat semula jadi mereka. Haiwan masih menjaga batas-batas susila mereka sebagai haiwan. Perlukah manusia berguru dengan haiwan?

Ambil saja kambing, seekor kambing jantan tidak akan mengoda kambing betina yang mengandung. Dia akan tinggalkan si betina bila ia sudah tahu si betina mengandung. Demikian juga dengan kucing, kalau si jantan sudah tahu betina mengandung ia akan tinggalkan.

Betapa banyak kucing jantan menunggu untuk mengawani seekor kucing betina, mereka tidak akan berebut. Mereka akan buat Q-up lepas satu-satu, bergilir-giliur. Mereka sabar menanti dan tidak menggunakan kekerasan. Elok kalau ahli politik kita memerhati tabiat kambing dan kucing. Tidak mengapa menjadi tolol dan bodoh untuk mendapat ilmu yang baik.

Berlainan dengan manusia politik, mereka hilang pertimbangan. Kawan akan dikhianati, janji akan dimungkiri. Amanh juga akan dinoda. Segala kebusukan orang juga akan didedahkan semahu-mahaunya walaupun mungkin asalnya mereka bersahabat baik atau sama-sama melakukan kebejatan, namun kerana terdesak dan wang ringgit rela dilakukan.

Jadi saya ingin menyelidik sejauh mana kawan Fb saya bersetuju dan melihat berapa kotornya politik yang diamalkan di negara ini. Maka saya melancar kelab berkenaan.

Dan serentak dengan saya perlancaran itu tersebar satu berita yang tidak enak didengar yang didedahkan hari ini. Seorang manusia yang menamakan diri mereka sebagai Datuk T telah panggil wartawan mendedahkan video lucah di Carcosa Seri Negara?

Dengan pendedahan ini ia boleh dijadikan satu lagi bahan untuk menilai jenis politik negara ini.

Menjadi persoalan saya kenapa ianya didedah di Carcosa Seri Negara, itu rumah kerajaan. Bila ia didedahkan di situ maka nampak siapa yang terlibat. Ia seperti direstui sendiri oleh pihak kerajaan. Sebuah rumah bersejarah seperti itu rasanya tidak layak untuk dijadikan tempat menayangkan video lucah.

Tidak tahu siapa watak dalam video berkenaan. Tetapi kini sudah tertumpu kepada Anwar Ibrahim. Walaupun tidak jelas namun kecederongan untuk menyatakan watak dalam video lucah itu adalah Anwar.

Di sini saya tidak menolak kenyataan ke atas video itu kalau ia berlaku. Ia mungkin Anwar mungkin juga Najib atau mungkin juga Muhyiddin? Kita boleh beranggapan demikian selagi ianya tidak didedahkan secara jelas. Hari ini dunia IT sungguh canggih dan mengatasi pemikiran biasa manusia. Boleh jadi watak dalam video itu adalah super impose? Mana tahu?

Apakah selepas ini ada satu lagi pendakwaan yang hanya berdasarkan video berkenaan? Dan saksinya orang yang menyediakan video berkenaan, Datuk T. Siapa Datuk T akan didedahkan kemudian. Di Malaysia segala-galanya boleh jadi.

Apa yang saya nampak video berkenaan adalah untuk dijadikan umpan pada pilihan raya Sarawak. Ia akan disebarkan seluasnya di sana. Mungkin pada masa ini cd video berkenaan sudah pun diproses jutaan keping untuk dihantar ke Sarawak. Maka selepas ini akan terbeliaklah mata orang Sarawak menyaksinya nanti.

Rakan Fb saya yang belum menyatakan sokongan kepada kelab yang dilancar itu mungkin boleh mengambil kes video ini sebagai bahan baru untuk dijadikan iktibar serta membenarkan apa yang kita lakukan, tolak keserabutan dan kebejatan politik. [ttdi. 4:20 pm 21/03/11]

Sunday, March 20, 2011

Isitimewa Ahad

Lelaki Itu Rupanya Seorang Penyair

KERAP sangat saya berselisih dengannya dijalanan. Dia melilau dengan motor handycapnya, motor honda bertayar empat. Kelajuannya boleh tahan juga. Ikhlas saya katakan kadang-kadang saya mendesis sendiri melihat dia menunggang motosikal istimewanya itu yang ada kalanya memotong laku kenderaan saya.

Saya tidak pernah mempedulikan siapa dia, melainkan dia seorang yang kurang upaya. Tetapi melihat dia menjajah jalan hingga kadang-kadang sampai ke Jalan Genting - Klang yang sibuk menggambarkan dia seorang berdikari. Dia melakukan sendiri untuknya tanpa mengharap atau dibantu sesiapa.

Terfikir dalam hati dia ni bukan sembarangan. Kalau dia mempunyai sekeping hati yang penakut dia tidak mampu menggerakkan dirinya dalam keadaan kurang upaya itu sejauh itu. Namun itu apabila sesekali dia berlegar di luar kawasan menjelaskan akan kemampuannya - kelemahan fizikal tidak mengurangkan jiwanya.

Kerana kerap berselisihan di persimpangan jalan untuk ke kediaman saya, di Jalan Wangsa Melawati, terfikir dia ini tinggal tidak jauh dari rumah saya. Mungkin sekitar ini saja. Kalau ia dari kawasan lain, untuk apa dia selalu berlegar dan berdecun dengan motornya di lokasi-lokasi di Wangsa Melawati dan AU.

Sebenarnya jauh tersandar dalam minda saya bahawa dia seorang insan yang bukan saja istimewa tetapi mempunyai kebolehan yang menajubkan. Itu selalu terjadi dalam hidup ini tersalah jangka dari sangka. Semua itu mengajar kita supaya tidak menuduh sebelum menyaksi sesuatu dengan mata kepala sendiri. Kata orang tidak kenal disebabkan itu tidak cinta.

Lelaki berbadan gempar dan bergerak menggunakan motisikal istimewa ini sebenarnya seorang penyair yang hebat. Di sebalik ketidak mampuannya untuk bergerak, bercakap dan menulis seperti sastera sempurna fizikal lain, tetapi dia memiliki bakat yang besar. Lebih sesuai kalau dikatakan memilik sekeping hati perasa yang jauh dan bisa menujahkan isu dengan bahasa hati yang sungguh menggertarkan.

Bertuah sungguh rasanya kerana dapat bertemu dengannya pagi ini, minum kopi dan menerima sebuah antologi yang dihasilkannya yang diberi judul "Tajam Fotomorgana". Lelaki yang istimewa itu ialah Mohd Roslan Shariff.

Mencerita bagaimana pertemuan berlaku apabila beliau menghubungi menerusi Fb kelamrin. Dia menceritakan keadaan dirinya dan setelah itu baru saya terperasaan bahawa dia selalu saya lihat dan dia juga selalu melihat saya cuma tidak terbetik untuk menyapa. Akuinya bukan kerana apa, kerana keadaanya dalam kekurangan. Pertuturannya tidak jelas yang dirasakan sukar untuk difahami.

Sebenarnya itu tidak ada masalah buat saya, sebab saya bukan saja berkawan dengan menteri ataupun wakil rakyat tetapi lama sebelum kenal wakil rakyat atau menteri saya sudah mempunyai 36 orang teman yang buta. Jadi untuk berhubung dengan mereka yang kurang upaya serta melayani cerewet mereka sudah menjadi perkara biasa.

Ternyata kebolehan dan bakat Roslan terpancar dari antologi berkenaan. Kesempurna, kualiti dan tatautur antologi itu yang cantik dan menarik menggambarkan siapa Roslan sebenarnya. Antologi itu menjalinkan kesempurnaan beliau seorang hamba yang sebenarnya.

InsyaAllah saya akan menyorot antologi berkenaan dan akan disiarkan dalam ruangan Sastera dan Budaya dalam Siasah. Cuma di sini apa nak dikatakan puisi-puisi Roslan menarik dan mempunyai kekuatan puitis yang tidak terkalah dan ia perlu dibaca dan dihayati dengan jiwa kemanusiaan.

Antologi itu mempunyai 73 buah puisi dengan berbagai tema yang dijual dengan harga RM23 bagi Semanjung dan RM25 Sabah dan Sarawak. Harga ini tidak mahal dan bukan nilai sebenarnya untuk rumpun puisi berkenaan.

Mengikut catatan credit page antologi ini diterbitkan oleh sebuah syarikat yang saya kira sangat prihatin kepada nasib orang kurang upaya di negara ini.

Tahniah kepada Roslan dengan doa diberikan Allah ilham dan kekuatan untuk terus berkarya. Setidak-tidaknya dengan terbitnya antologi Tajam Fotomorgana membuktikan bahawa anda sudah berada di dunia ini dan berbakti kepada-Nya menerusi puisi. [wm.kl.10:15 am 20/03/11]

Saturday, March 19, 2011

Sorotan Petang

Dun Sarawak Bubar, Kubang Kerian Calon Mohamad Sabu

ADA dua berita yang mengejutkan saya hari ini. Satu berita dari Sarawak mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak, katanya akan dilakukan pada Isnin depan. Notis mengenai pembubaran itu telah pun dihantar kepada Yang Dipertuan Negeri Sarawak.

Berita ini sudah pun diduga oleh banyak pihak.

Tetapi satu lagi berita yang benar memeranjatkan saya ialah dari Kelantan. Pas kawasan Kubang Kerian yang mengadakan muktamar kawasan hari ini katanya telah mencalonkan Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden Pas yang akan direbut pada muktamar awal Jun nanti.

Apa yang memeranjatkan, Kubang Kerian merupakan kawasan yang diketuai oleh Husam Musa, calon timbalan presiden dua tahun lepas yang turut menjadi calon untuk merampas jawatan berkenaan dari Nasharudin Mat Isa bersama Mohamad Sabu.

Pencalonan Mohamad Sabu itu memberi signifiken dan akan ditafsirkan dengan berbagai-bagai pentafsiran. Apakah ia satu tektik yang diatur sedemikian rupa untuk dijadikan ikutan kawasan-kawasan lain? Logiknya kalau tidak ada mengadakan masakan Kubang Kerian bermurah hati untuk membuat muqadimah mencalonkan Mohamad Sabu.

Sebelum ini saya ada mendengar desas desus mengatakan Husam akan memberi laluan kepada Mohamad untuk merebut jawatan timbalan presiden satu lawan dengan penyandangnya Nasharudin. Tetapi berat untuk saya menerima strategi demikian.

Mulanya saya tidak percaya akan desas desus berkenaan. Ia dianggap sebagai satu prejudis atau berita angin saja. Tetapi apabila hari ini kawasan Kubang Kerian mencalonkan bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu, ia mengesahkan desas desus itu. Soalnya apakah politik Husam di sebalik pencalonan Mohamad itu?

Ataupun pencalonan itu adalah kehendak kawasan Kubang Kerian dan tidak merupakan endorsement Husam? Kalaulah ia tanpa campur tangan Husam apakah Husam begitu lemah di kawasannya sendiri? Mengejutkan juga, katanya Husam hanya dicalonkan untuk merebut jawatan kuasa sahaja? Tetapi tidak sesuatu yang menghairankan kalau Husam benar-benar bersikap demokratik di dalam hal ini.

Sementara itu Pas Kawasan Kubang Kerian tidak membuat pencalonan terbuka untuk jawatan Naib Presiden dan Presiden dan menyerahkan kepada Jawatankuasa untuk berbuat demikian. Adalah dipercayai Pas Kubang Kerian akan mengekalkan ahli Parlimennya, Sallahuddin Ayub untuk jawatan Naib Presiden.

InsyaAllah saya akan ulas dan memberi gambaran mengenai perkembangan ini beberapa hari nanti setelah melihat reaksi dari tindakan Pas Kubang Kerian itu. Kita sama-sama renung dan selidiki apakah muslihat di sebalik ini ataupun tindakan Pas Kubang Kerian itu seolah memberi umpan beracun yang akhirnya termakan oleh Yang Dipertuanya sendiri? [wm.kl.6:30 pm 19/03/11]

Rileks Sabtu

Jangan Percaya Dengan Janji Taib Mahmud

Hendaknya rakyat Sarawak tidak mudah percaya dan terpesona dengan janji Taib Mahmud yang akan mengundurkan diri selepas pilihan raya nanti. Itu hanyalah janji politik yang bohong. Sejarah sudah banyak berlaku janji orang politik tidak pernah tepat. Penuh dengan munafik dan kepuraan-puraan.

Orang politik boleh mebabur seribu janji tetapi mereka akan melupai dan menafikan apa yang dibuat sendiri. Kalau sudah terdesak, hidu tahi pun orang politik sedia melakukannya.

Ingat orang politik tidak akan memenuhi janjinya. Mulut mereka manis membujuk seperti menanam tebu di bibir mulut. Taib berkata begitu kerana dia sudah tahu kebencian rakyat kepadanya sudah melimpah dan melata.

Mudah saja kalau beliau ikhlas, beliau tidak akan bertanding di mana-mana kerusi pada pilihan hari yang akan tiba bila-bila masa saja. Selagi beliau bertanding di mana-mana kerusi bermakna beliau masih terus untuk bertakhta sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Sekiranya ada rakyat Sarawak mempercayai kata-kata Taib itu nescaya mereka akan tertipu hidup-hidup. Orang politik tak ubah seperti pokok parasit, apabila ia berpegang kepada sesuatu batang dia tidak akan lepas hatta sampai pokok itu mati. Orang politik juga macam lintah darat, sekali dia sudah tahu bahawa darah itu manis dia akan menghisap sampai kering.

Sebenarnya sikap dan perangai munafik dan gila kuasa orang politik ini bukan saja terbatas kepada Taib sahaja, tetapi ramai lagi. Tengok dan perhatilah sendiri, ada yang sudah bongkok tujuh dan uzur tetapi masih mengidamkan kerusi. Kalau diserahkan kerusi mereka akan terus pikul (duduk) atasnya.

Kalau diharap mereka akan undur sendiri ibarat kata jauh panggang dari api?

Sekali lagi ditegaskan janji Taib untuk berundur selepas pilihan raya hanya satu umpan untuk perdaya rakyat Sarawak saja. Ia tidak akan menjadi kenyataan. Dan Taib pula akan menggunakan alasan bahawa dia masih kuat dan sihat kerana baru saja berbini muda dengan Lebnonis. [wm.kl.1:30 pm 19/03/11]

Friday, March 18, 2011

Sementara Budu Dituang

Mahathir Diktator Demokrasi III

"MACAM mana Mahathir boleh terlibat dengan pemecatan Pas dari BN Tengku?" Tanya saya kepada Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh seorang yang kuat berpegang kepada amanah. Dia tidak akan mudah memecahkan apa-apa rahsia khususnya rahsia parti dan kerajaan yang dia tahu. Beliau juga seorang yang kuat berpegang kepada undang-undang.

Sebab itu kalau kita tengok kenyataan atau kritikan beliau kepada mana-mana pihak penuh berwaspada dan berlapik. Beliau seorang yang sangat menghormati undang-undang. Dalam masa sama seorang yang naif. Sudah tiga kali beliau ditipu hidup-hidup oleh Mahathir Mohamad.

Satu kelebihan Tengku Razaleigh dia tidak akan mencampur adukkan politik dengan persahabatan. Walaupun Mahathir mengkhiantinya, tetapi persahabatan dengan Mahathir diteruskan juga. Tengku Razaleigh seorang politician yang profesional.

"Amba bersain (berkawan) dengan dia Sayuti. Sebagai sain amba akan hormati dia. Walaupun dia buat jahat ke ambo, tidak ada masalah, sebab itu soal politik. Tetapi ambo tidak akan membalas kejahatannya," begitulah kata Tengku Razaleigh.

Sebab itu apabila Mahathir menuduh bukan-bukan kepada beliau termasuk menggunakan wang RM20 juta untuk menewasnya dalam perlawanan merebut jawatan presiden Umno tahun 1987, memoir Mahathir itu boleh diragui akan kejujurannya. Di manakah Mahathir mendapat maklumat itu. Apakah daripada Ibrahim Ali?

Mulanya Tengku Razaleigh keberatan untuk mendedahkan rahsia bagaimana Dr Mahathir khianat kepada Pas. Tetapi setelah diasak dan berjanji tidak akan menulisnya dimana-mana (ketika itu), akhirnya beliau menceritakan kronologinya.

Menurut Tengku Razaleigh punca kenapa Pas ditendang dari BN ianya bermula dengan satu peristiwa di Johor, di tanah rancangan Felda. Ketika itu Datuk Mohd Asri Muda menjadi Menteri Kemajuan Tanah Dan Wilayah. Jadi semua tanah rancangan dan juga hal pembangunan tanah berada di bawah portfolionya.

Sesuai dengan kedudukan itu Asri cuba membuat reformasi ke atas tanah rancangan termasuk Felda. Salah satu refomasi itu ialah dengan mengaktifkan Pas di tanah-tanah rancangan yang selama ini merupakan kubu kuat Umno. Di sinilah kebijaksanaan politik Asri. Bagaiman pun usaha Asri itu mendapat tentangan dari Umno. Kononnya semasa bersetuju untuk bergabung dengan Umno dulu, syarat lisan dibuat, bahawa Pas tidak dibenarkan menubuhkan cawangan di mana-mana tanah rancangan.Check Spelling
Larang itu tidak dipatuhi. Maka wujudlah beberapa cawangan Pas. Keadaan ini tidak menyenangkan dan cukup membimbangkan sesetengah pemimpin Umno. Apa lagi cawangan Pas yang mulai ditubuh itu mendapat sambutan dari kalangan peneroka Felda. Mungkin ini kerana mereka dapat melihat perbezaan pendekatan dan juga pengisian aktiviti antara Pas dengan Umno.

Seperti mana cerita Tengku Razaleigh berlaku satu peristiwa di salah sebuah Felda di Johor. Ketika itu Pas mengadakan majlisnya di situ. Kebetulan pula Umno juga mengadakan majlis di tempat yang sama di mana jaraknya tidak berapa jauh.

Kerana jalanya tidak banyak, para pemimpin Umno yang hendak ke majlis mereka terpaksa melalui melewati majlis Pas. Sewaktu pemimpin Umno melintas majlis Pas inilah berlaku sorakan oleh orang Pas.

Menurut Tengku Razaleigh sorakan telah disalah sanggap oleh Umno sebagai memperli pemimpin mereka. Walhal apa yang berlaku penyokong Pas menyorak kerana bersemangat apabila majlis mereka lebih ramai dari majlis Umno. Dan sorakan itu juga bukan sesuatu yang serius pun, kata Tengku Razaleigh.

Bermula periswai itulah timbul salah anggap. Umno memandang serius. Kata Tengku Razaleig ia tidak berakhir disitu saja, tetapi kejadian itu dilaporkan kepada pihak atasan Umno di Johor. Kemudian ia terbawa pula ke peringkat pemimpin tertinggi di Kuala Lumpur.

Cerita Tengku Razaleigh lagi, akhirnya peristiwa itu sampai kepda Mahathir. Di sinilah Mahathir megambil peluang untuk menyocokkan jarum jahatnya. Dalam satu mesyuarat dengan Pemuda Umno di Kuala Lumpru, kata Tengku Razalegh Mahathir, Mahathir telah mencadangkan agar Umno mengambil tindakan kepada Pas. Beliau cadangkan agar perkara itu disampaikan kepada Hussein Onn.

Bila mesyuarat MT diadakan dan Mahathir ketika itu sebagai salah seorang naib Presiden Umno telah mendesak Hussein Onn supaya mengambil tindakan ke atas Pas. Alasan Mahathir kalau Hussein tidak mengambil tindakan kedudukan Umno akan terancam. Di sinilah puncanya.

Jadi kata Tengku Razaeigh atas cadangan Mahathir itulah akhirnya Hussein mengambil tindakan tanpa terlebih dahulu memberi warning kepada Pas. Apabila mendapat mandat dari Hussein Onn itu maka Mahathir terus menjalankan jarumnya dengan mencipta berbagai isu untuk menimbulkan kebencian Umno kepada Pas. Kemucak kepada rancangan jahat Umno- Mahathir itu kata Tengku Razaleigh, ialah dengan menghuruharakan Kelantan kemudian melatkkan Kelantan dibawah pemerintahan darurat.

Manakala sejarah bagamana berlaku ke atas kerajaan Kelantan gara-gara projek tunjuk perasaan itu sudah terbungkus dalam sejarah. Kerana itu kerajaan Kelantan yang berusia 18 tahun jatuh terguling.

Kesimpulannya orang bertanggungjawab mencampak Pas keluar atau yang memutuskan silaturahim antara Umno dengan Pas ialah Mahathir bukannya Hussein Onn.

Melihat kepada ketegangan orang Melayu hari ini seperti mana dianggapkan Umno, yang menuduh Pas sebagai punca pecah belah, ianya adalah disebabkan orang Umno sendiri bukannya Pas. Lebih merujakan lagi orang itu ialah bekas presidennya, Mahathir Mohamad. Adalah adil mungkin kalau Nik Aziz tindak hingin untuk berkawan dengan Umno kecuali parti itu menukar dasarnya. [wm.kl 8:45 pm 18/03/11]

Tazkirah Jumaat

Judi, Kerajaan Kelantan Tidak Perlu Tolak Ansur

SAYA tidak tahu apakah ia wajar atau tidak untuk Kelantan memikir semula tindakannya melarang perjudian big sweep di negeri itu. Kenyataan MB, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikeluarkan semalam sedikit mendukacitakan dan ia semacam ditekan.

Dalam kenyataan yang dibaca oleh setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari, menjelaskan kerajaan Kelantan akan mempertimbang balik pengharaman ke atas perjudian big sweep.

Kata kenyataan itu pihak kerajaan Kelantan akan meminta penasihat undang-undang membuat kajian semula ke atas tindakan yang diambil sebelum ini.

Apabila kerajaan Kelantan membuat 'ralat' itu maka timbul persoalan apakah sebelum larangan itu diketatkan kerajaan Kelantan tidak meminta pandangan penasihat undang-undang terlebih dahulu? Sepatutnya penasihat itu diminta memberi pandangan terlebih dahulu baru dilaksanakan penguatkuasaan untuk mengelakkan ia menimbulkan implikasi undang-undang.

Dengan apa yang berlaku, setelah timbul implikasi baru hendak ambil pandangan penasihat undang-undang ini bermakna tindakan itu dibuat tanpa mendapat pandangan penasihat undang-undang terlebih dahulu. Bolehlah dikatakan tindakan itu songsang atau pun berjalan tidak mengikut kepala? Jika ini berlaku agak malanglah bagi sebuah kerajaan yang sudah berusia 20 tahun.

Itulah jadinya kalau membelakangkan peraturan.

Dalam hal ini saya kira kerajaan Pas Kelantan khususnya Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sudah memahami hal ini. Mereka sudah tahu apa yang boleh dan tidak boleh. Sebab di MPKB-BRI sendiri ada penasihat undang-undang malahan Exco yang menjaga MPKB-BRI juga seorang lulusan undang-undang dan pernah menjadi peguam terkenal di Kota Bharu. Masakan MPKB-BRI tidak menghitung dari berbagai aspek perundangan sebelum ianya dikuatkuasakan.

Justeru apa yang saya nampak mengenai isu ini ialah tekanan daripada pihak bukan Islam dan ia ada implikasi politik kepada Pas. Jika semakan terhadap tindakan itu dilakukan sekali lagi kerajaan Kelantan 'mengaku kalah' kepada tekanan dan tidak berani untuk mempertahankan keputusan. Saya bimbang kalau keadaan ini berulang kerap sangat lama kelamaan orang boleh mempersoalkan wibawa kerajaan Kelantan yang megah dengan Membangun Bersama Islam itu.

Tekanan kepada kerajaan Kelantan ini jelas kerana pengumuman itu dibuat setelah Pas berjumpa dengan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR. DAP diwakili oleh Ketua Pemudanya, Loke Siew Fook; Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Liew Chin Tong dan manakala PKR oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mohd Nor Manuty. Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali turut hadir sama.

Saya rasa didalam hati kecil Nik Aziz tidak bersetuju dengan langkah penyemakan semula tindakan itu. Apabila kenyataanya dibaca oleh Ahmad Fadhli ini bermakna beliau berat untuk memikir semula tindakan yang diambil sebelum ini. Kalau perkara itu diambil berat sudah pasti beliau sendiri akan mengumumkannya.

Sebelum ini MPKB-BRI sudah merampas penjualan tikit big sweep di dua buah premis di Kota Bharu serta menyita premis yang menjualnya. Ekoran tindakan itulah menimbulkan masalah dan bantahan dari sesetengah pihak. Rakan Pas dalam Pakatan - Dap dan PKR tidak begitu suka dengan tindakan Pas itu. Tentunya mereka lebih memikirkan soal kepentingan politik daripada tanggungjawab dan amanah untuk mencegah kemungkaran.

Nampak di sini Pas Kelantan menghadapi sedikit masalah dalam hal ini. Tindakan mereka sudah betul dan tepat sesuai dengan aspirasi kerajaan, tetapi lain pula dari kalangan rakan-rakan mereka, tidak bersetuju dengan tindakan itu. Masalah ini berlaku ialah kerana kelainan ideologi politik. Di sinilah bahanannya bagi Pas berkawan dengan DAP dan PKR. Dari satu sudut Pas mendapat keuntungan politik tetapi dari sudut lain Pas semacam kehilangan tanggungjawab dan amanah.

Pas boleh berkawan dengan sesiapa saja hatta Yahudi atau Israel tetapi Pas perlu menjaga agar nawaitu perjuangannya serta identitinya tidak lenyap gara-gara persahabatan itu. Pas juga kena pastikan dalam hubungan 'diplomatik politik' itu Pas sentiasa mendapat keuntungan darinya bukan merugikan diri.

Di sini saya hendak sarankan supaya kerajaan Kelantan terus dengan keputusannya sebelum ini. Jangan biarkan apa juga bentuk perjudian. Big sweep kena haramkan sama ada yang dijual di dalam premis atau pun di bawah pokok. Saya nak tanya apakah berjudi di tempat terbuka dengan berjudi di tempat tertutup ada perbezaan di sisi Allah?

Walaupun perjudian itu bukan memberi ruang kepada orang Islam, tetapi ia lebih memberi kepuasan kepada bukan Islam tetapi itu bukan alasannya. Pada saya haram tetap haram. Katakan sesuatu yang benar itu walaupun pahit.

Sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab dan memiliki kuasa mencegah kerajaan Kelantan kena tegas dan membenteras apa juga bentuk judi dan maksiat. Sekiranya kuasa yang dimiliki PBT hari ini tidak mencukupi untuk bertindak menghapuskan perjudian seperti big sweep itu, nah bagi kuasa kepada mereka secukupnya.

Pas mempunyai kuasa majoriti di Dun Kelantan jika perlu kepada kuasa tambahan itu maka pindalah perlembagaan. Tetapi saya rasanya untuk memberi kuasa kepada PBT bagi membasmikan perjudian tidak sampai pun memerlukan pindaan perlembagaan tetapi cukup setakat menambah enakmen kecil Majlis-Majlis Perbandaran dan seumpamanya sahaja. Yang penting mahu.

Kerajaan Pas Kelantan tidak seharusnya bersikap toleran di dalam hal ini. Tolak ansur berlebihan kepada pihak-pihak tertentu rasanya tidak wajar. Misalnya semata-mata untuk membolehkan orang bukan Islam melakukan maksiat atau aktiviti yang bertentangan dengan mereka, kerajaan Kelantan tidak perlu akur. Sebagai rakyat Kelantan atau orang yang bermastautin di Kelantan seharusnya tunduk dan patuh kepada kerajaan dan peraturan-peraturannya dan bukan sebaliknya. Ruang hak asasi bukan segala-galanya!

Contohnya bagi mereka yang ingin minum arak, berzina atau berjudi mereka boleh hijrah ke negeri-negeri lain yang membenarkan kegiatan berkenaan. Misalnya kalau untuk berjudi big sweep mereka boleh berpindah ke Terengganu kerana di situ ia boleh dibeli tanpa halangan. Kalau hendak hiburan dan perempuan, datang ke Kuala Lumpur, atau pergi ke Ipoh atau Kuantan, semua ada di situ.

Jadi tidak timbul di sini saya rasakan kerajaan negeri perlu menjadi anjal (liberal) dalam soal-soal yang ditetapkan Allah kerana kepentingan politik. Di sini juga saya hairan dengan sikap dan pendirian Pas dalam isu ini. Sepatutnya Pas pusat membuat pendirian tegas menyokong tindakan kerajaan Kelantan itu dan bukannya menganggap isu itu adalah isu terpencil di negeri itu. Sikap sebegini menyebabkan orang akan bertanya apakah conscious sebenar Pas terhadap perjuangan.

Saya selalu teringat kepada pesanan Tok Guru, bahawa hidup manusia ini bukan setakat di dunia sahaja, tetapi selepas mati nanti ada lagi kehidupan. Manusia ini akan dihisab bukan di sini tetapi di akhirat besok.

Pada saya tidak guna kalau kita menang politik, dapat kuasa tetapi tidak dapat menguatkuasakan kerana kemenangan begitu adalah sia-sia sahaja. Bertolak ansur, berhikmah di dalam politik pada saya hanya satu kebaculan saja. Besok Allah bukan saja tanya kerajaan UBN tetapi Allah juga akan hisab kerajaan-kerajaan Pas dan Pakatan Rakyat. [wm.kl.9:11 am 18/03/11]

Thursday, March 17, 2011

Menanti Hujan Teduh

Pulau Brasmana
Kehilangannya Tidak Pernah Dirasai

SESIAPA yang ke Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Langkawi terutamanya, akan terpandang hotel yang terletak di hadapan jeti berkenaan. Nama hotel berkenaan agak unik sedikit iaitu Putera Brasmana. Kalau dilihat kepada kelazimannya nama Brasmana itu semacam nama orang, kerana di depannya di padankan dengan Putera. Putera selalunya didhomankan kepada anak lelaki jantan berketurunan raja-raja.

Kerana menyinggahi Kuala Perlis atau melalui di situ sekejap saja, mungkin tidak ramai yang mengetahui apakah rahsia disebalik nama hotel berkenaan. Siapakah yang bernama Brasmana itu sebenarnya. Apakah ianya anak raja atau seseorang yang terkenal laksana pahlawan atau panglima di Perlis. Atau apa?

Sebenarnya Brasmana adalah sebuah pulau. Kenapa ia diabadikan di situ ada kisah dan ceritanya pula.

Adapun pulau itu terletak tidak jauh dari hotel berkenaan. Kalau berdiri di Jeti Kuala Perlis akan dapat dilihat dengan jelas pulau berkenaan dalam kedudukan melintang panjang. Asalnya pulau ini berada dalam perairan Malaysia. Dalam kata lain ia adalah khazanah negara ini. Tatkala kita mengetahui sejarahnya kita akan sayu dan sedih melihatnya kerana kini ia sudah menjadi milik orang.

Seperti mana dituturkan oleh seorang tokoh Umno Perlis, disebabkan kesilapan yang dibuat oleh juruukur kita menyebabkan pulau itu berpindah tuan kini menjadi hak Thailand. Kejadian ini berlaku dalam tahun 80-an. Tercenggang saya mendengar cerita itu dan sukar untuk mempercayainya. Kesilapan? Kesilapan macam mana sehingga secoping tanah milik kita berhijrah ke tangan orang lain.

Tidak pernah pula saya terdengar akan perpindahan itu ataupun polemik mengenai pulau berkenaan. Apakah ia tidak pernah digegerkan? Yang nyatanya kehilangan pulau berkenaan tidak dirasai oleh rakyat negara ini apa lagi untuk ditangisinya.

Ini tidak menghairankan kerana rakyat negara ini tidak sensitif terhadap hak dan kepentingan mereka. Kehilangan sebuah pulau tidak menjadi masalah kepada mereka. Inilah fikiran yang lama kelamaan menyebabkan bukan saja pulau tetapi tanah Semenanjung ini pula boleh lenyap dan bertukar nama kepada orang lain.

Tidak lama dulu kita telah hilang Pulau Batu Putih menerusi mahkamah timbang tara. Untuk beberapa waktu pulau itu menjadi milik kita. Tetapi kerana ketidak pedulian kita serta kebodohan menteri luar khasnya, akhirnya pulau itu telah melayang ke tangan Singapura. Kehilangan itu juga tidak ditangisi oleh banyak orang.

Memang tiada ada aset atau kekayaan di pulau berkenaan. Kalau ada pun pacat, unggas dan batu-batu yang kematu saja. Tetapi biarpun begitu bagi warga yang tahu menilai sejarah dan tahu menghargai hak mereka tidak mudah itu menyerahkan kepada sesiapa kerana pulau itu maruah dan air muka rakyat negara ini.

Apabila mahkamah timbang tara memutuskan pulau Batu Putih menjadi milik Singapura tidak ada seorang pun rakyat negara ini bangkit memprotes.

Begitu juga rakyat negeri Johor yang dikatakan lebih berhak ke atas pulau berkenaan. Pemimpin NGO yang hari ini melompat macam beruk mabuk todi, berarak ke sana berarak ke sana kononnya mempertahankan hak kepentingan Melayu dan negara ketika itu entah ke mana hilang. Mereka juga tidak membuka mulut memprotes kehilangan pulau berkenaan. Padahal sebahagian besar dari mereka waktu itu sudah pun berkhatan dan bersunat.

Sikap tidak peduli dan mudah menyerah atas rasa selesa tidak seharusnya diamalkan oleh anak watan negara ini. Kita semua harus sedar dan insaf dan melihat apa juga hak kita harus diambil berat. Jangankan sebuah pulau sepatutnya sebiji pasir pun kita kena pertahankan, jangan dibiarkan. Ambillah falsafah dan larangan yang dikenakan ke atas jemaah haji agar tidak membawa pulang walaupun sebutir pasir atau batu di tanah haram Makkah dan Madinah.

Larangan itu bukan saja-saja melainkan ada hikmah dan mesejnya tersendiri. Dalam hal ini saya mengambil pengertian bahawa Allah menyuruh kita menjadi bumi kita agar tidak 'diranyai' oleh mana-mana pihak.

Tetapi bila mengenangkan akan sejarah lampau yang berlaku di zaman pasca azab (penjajahan) apa nak menghairankan kerana pulau jauh lebih besar dan bermaruah dari Batu Putih dan Brasmana itu pun kita lepaskan begitu saja. Bukankah? [wm.kl.5:00 pm 17/03/11]

Wednesday, March 16, 2011

Ulasan Pertemuan

Macam Mana Terengganu, Boleh Menang Ke?

[kemaskini] AGAK lama tidak berjumpa dengan Ustaz Abu Bakar Chik, bekas ketua Pemuda Pas dan juga bekas Exco Terengganu dan kini salah seorang ahli jawatan kuasa Pas pusat. Paling akhir berjumpa dengannya sewaktu muktamar Pas dua tahun lepas.

Hari Ahad lalu tanpa disangka-sangka terserempak dengan beliau di Kangar Perlis. Ketika saya melangkah masuk ke hotel penginapan tiba-tiba dia mengangkat tangan menguit-nguit ke arah saya. Pemandangan ustaz ini masih jelas, dalam jarak 40 meter dia masih dapat mengecami saya.

Biasalah kalau berjumpa dengan beliau, akan berbual panjanglah kami. Tajuknya pula tentulah perkembangan politik semasa terkhusus mengenai masa depan negara, agama dan ummah. Tidak pernah teralpa ialah mengenai Pas.

Belum sendik molek saya duduk di ruang tamu itu, dia sudah bangun menuju ke ruang cafe meminta seteko tea. Bak ini saya puji Ustaz Bakar, dia agak lain dengan orang Terengganu lain yang jarang untuk bertanya kawan makan atau pun belum.

Saya tidak tahu apakah ini budaya atau sifat orang politik Terengganu atau hanya segelintir sahaja. Ramai juga saya kenal orang politik Terengganu, tetapi mereka berbeza dengan pembawaan dan budi Ustaz Bakar yang suka belanja makan. Kalau saya ke Terengganu dia akan bawa ke mana ada gerai colek sedap ataupun nasi dagang sedap untuk makan.

Mustapa Ali saya kena lebih 30 tahun lalu, sehingga kini tidak pernah pun minum setengah cawan tea yang dibelanjanya. Kalau berjumpa dengannya di hostelnya di pejabatnya di Harakah, barulah merasa tea, itu tidak boleh dikira belanjanya kerana tea itu tea pejabat. He he..

Ibnu Batutah.

Bukan itu saja Ustaz Bakar dalam kaca mata saya dia seorang yang bersungguh dan rajin membuat kerja dakwah dan perjuangan partinya. Beliau boleh pusing seluruh Malaysia untuk mendapat maklumat atau mencari resolusi berhubung sesuatu perkara yang membelenggu parti. Kalau parti ditimpa masalah dia nampak gelabah dan cemas. Tanpa dia sedar saya menggelarnya sebagai Ibnu Batutah, kerana dia kuat berjalan dan mengembara mencari maklumat dan membawa risalah parti.

Dia akan turun rumah pada Subuh hari dan akan berada di luar beberapa hari. Dia akan jelajah ke seluruh Malaysia. Tidak pula saya tahu apakah dia juga ada 'cawangan' atau 'ranting' lain di negeri selain Terengganu seperti kebanyakan wakil rakyat Pas yang suka membuka cawangan baru.

Tengah hari itu dalam masa terhada beberapa perkara sempat kami singgung. Diawal perbualan dia sudah menanyai saya mengenai Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Apakah persepsi saya kepada Abdul Hadi Awang selama menjadi presiden Pas. Saya faham kenapa itu yang disuakan kerana baru-baru ini saya mengkritik agak keras bekas MB Terengganu itu.

Ustaz Bakar merupakan pendokong Abdul Hadi nombor wahid. Dia sangat menghormati Abdul Hadi sebagai tok guru, presiden parti dan kawan. "Enta ni nak kritik orang besar saja, orang kecil macam ana tak nak kritik langsung," begitulah kata Ustaz Bakar dia menyindir apa yang saya lakukan ke atas Abdul Hadi.

Saya berterus terang kepada beliau, kenapa saya kritikan Abdul Hadi ialah kerana beberapa perkara yang saya nampak dan lihat sendiri. Saya menghormati ilmu beliau sebagai seorang ulama. Tetapi sebagai Presiden Pas ada hal-hal yang saya tengok tidak memuaskan hati saya selaku pemerhati politik Pas.

"Macam mana kita nak bulatkan sokong kepada beliau. Beliau kena disokong barulah dia dapat berbuat apa yang sepatutnya, termasuk yang enta kritikan itu," tiba-toba Ustaz Bakar melontarkan cadangan itu.

"Suruhlah naib-naib presiden menyokong dan membantunya," kata saya. Saya lihat naib-naib presiden semacam tidak membantunya!

Dia lantas meminta supaya saya tidak perlakukan begitu, mengkritik Abdul Hadil keras sangat. Katanya Abdul Hadi seorang yang baik, dia orang jujur. Tetapi saya persoalkan presiden memerlukan kepada sifat itu, tetapi ia juga memerlukan kepada ketegasan. Dalam pemerhatian saya dalam isu-isu tertentu Abdul Hadi tidak tegas dan ia gagal untuk merealisasikan keputusan atau ideanya. Tindakannya tidak menggambarkan dia seorang presiden yang berwibawa dan berpengaruh.

"Dia tegas! Tidak betul kalau enta kata dia tak tegas...," tegas Ustaz Bakar. Lantas saya menyebut beberapa keadaan di mana Abdul Hadi akur kepada Mursyidul Am Pas sehingga melupai kuasa eksekutif parti yang ada kepadanya. Hal ini diakui Ustaz Bakar dengan berkata; memanglah dengan Tok Guru Kelantan dia tidak boleh buat apa, dia kena kalah. Tetapi kalau dalam hal lain dia tegas.

"Tapi biarlah, cuba fikirkan macam mana nak perkuatkan kedudukan dia, dia kena disokong," tukasnya lagi mahu menutup isu itu.

Selain bertanya soal presiden beliau juga bertanya mengenai timbalan presiden Nasharudin Mat Isa, mengenai wibawa dan keupayaannya. "Saya nak tanya enta ikhlas dari hati ke hati macam mana pandangan enta kepada Ustaz Nasha?" tanya beliau.

Saya jelaskan dalam beberapa hal status Nasharudin sebagai timbalan tidak menyerlah. Ia gagal menjadi seorang timbalan apa lagi bakal menjadi presiden. Ia semacam tidak diberi peluang oleh presiden sendiri. Dalam perhatian saya juga Abdul Hadi seperti tidak sedia memberi peluang kepada Nasharudin atau membimbang untuk menjadi penggantinya.

"Begitu enta tengok, salah tu. Tidak betul tu..." tukas Ustaz Bakar lagi.

"Itu yang ana tengok," tambah saya penuh yakin.

"Jadi adakah tokoh lain yang lebih layak enta tengok. Macam mana dengan Tuan Ibrahim Tuan Man? Enta tengok macam mana dia?" Ustaz Bakar beralih pula kepada Tuan Ibrahim. Kenapa?

Saya tidak faham apakah maksud beliau bertanya demikian. Cuma apa yang saya katakan penilaian awal dan dari luar terhadap Tuan Ibrahim beliau masih belum teruji. Kalau untuk dijadikan calon presiden bukan orangnya. Perlancaran tabung buluh untuk mengumpul dana bagi menghadapi pilihan raya bagi saya menjadi ukur sejauh mana tinggi dan rendah minda politiknya. Maaflah kalau itulah pemikirannya beliau ketinggalan di belakang.

Persoalan lain diajukan Ustaz Bakar ialah tentang harapan Pas di Terengganu dalam pilihan raya ke-13 nanti. "Macam mana anta fikir Terengganu, boleh ke Pas ambil..?" tanya beliau. Topi ini menyebabkan beliau lebih ghairah dari topik lain.

Kerana soalan ini juga dari hati ke hati maka saya menjawab dari hati ke hati. Buat masa ini belum ada modal besar untuk Pas Terengganu merampas negeri berkenaan. Perbalahan dalam Umno tidak boleh dijadikan aset kepada Pas. Apa yang penting Pas kena cipta ombak di Terengganu untuk menghayutkan bahtera UBN. "Kalau ada ombak Pas Terengganu ada harapan, tetapi kalau tidak ada, susah," sambung saya ikhlas.

Ombak itu pula tambah saya mestilah bergabung dengan gelombang dari Kuala Lumpur. Jika berlaku gelombang (wave) dan ia bergabung dengan ombak ciptaan Pas di Terengganu barulah bahtra UBN akan hayut dan tenggelam. Ombak di Terengganu menghanyut, wave dari KL akan menenggelamkannya.

"Ombak kecil dah ada di Terengganu," kata Ustaz Bakar tanpa menghuraikan bagaimana ia tercetus dan sedang berlaku kini. Mungkin berpandukan kepada sambutan program anjuran Pas ke belakangan ini yang mendapat sambutan hangat, contohnya himpunan di Kemaman baru-baru ini.

Tetapi saya menekan yang ombak itu tidak akan memberi impak besar. Kerana beliau bertanya dari hati ke hati maka saya jawab dari hati ke hati. Pada saya salah satu untuk mencetuskan ombak di Terengganu ialah Pas Terengganu kena tukar pemimpin usang mereka dan ganti dengan pemimpin muda yang dinamik.

Pemimpin tua termasuk dirinya sendiri, Mustapa Ali dan lain-lain. Mereka boleh berperanan dalam parti sebagai penasihat tetapi bukan duduk di barisan utama semasa dalam pilihan raya. Dalam pilihan raya mereka jangan bertanding lagi. Jangan cuba menonjolkan mereka akan memimpin kerajaan kalau Pas menang.

Nampaknya Ustaz Bakar bersetuju dengan pandangan itu tetapi saya faham ianya sukar untuk dilaksanakan. "Pemimpin muda telah ada, tetapi mereka tidak turun ke bawah, tidak mahu dekati rakyat," katanya.

Memang itulah masalah. Ada beberapa nama disebut yang terdiri dari pemuda lulusan peringkat doktorat, berpotensi menjadi pemimpin tetapi masalahnya mereka hanya berkokok di dalam bilik hawa dingin saja dan menjadi konsultan politik tidak sudi atau rajin untuk mendekari rakyat.

Dalam politik kelulusan akademik atau kepakaran dalam sesuatu bidang tidak menjamin kita akan diterima rakyat. Selain itu rakyat juga ada penilaian lain, yang sering diambil kira ialah keramahan dan kekerapan pemimpin menemui mereka seberapa banyak yang boleh.

Baik Ustaz Bakar maupun saya tidak puas berbual hari itu. Kerana masing-masing dikejar waktu Zohor yang sudah lanjut kami permisi dulu. Ustaz Bakar janji untuk bawa saya pusing ke seluruh Ternegganu bagi menilai ombak yang sudah mulai menguak di Terengganu sejak ke belakangan ini. Ayuh kita ke negeri penyu menangis. [wm.kl. 10:00 am 16/03/11]

Tuesday, March 15, 2011

Malam Menyambung

Mahathir Diktator Demokrasi II

CERITA ini boleh dijadikan renungan dan bukti sejauh mana Mahathir Mohamad seorang yang ikhlas dalam politik? Ternyata cerita ini menunjukkan kelicitan dan munafik Mahathir sebagai seorang politik. Moral cerita ini saya tidak salahkan Mahathir, kerana inilah politik sepenuhnya. Mahathir seorang pure politician dan seorang diktator demokrasi yang tertakluk kepada prinsip 4C. Dengarlah cerita ini.

Dari moral cerita ini semoga para peminat dan pengkagum Mahathir akan tahu idola mereka itu siapa sebenarnya. Apakah ianya manis dari konteks Melayu dan Islam. Sesekali kita jangan mudah terpana dengan kehebatan pembangunan yang dibawa olehnya. Pembangunan material hanya boleh melindungi kebusukan hanya seketika saja. Tanpa banyak kita soal berapa risiko yang kita terpaksa memikulnya.

Fikir dengan akal yang sihat, selama 22 tahun kalau Mahathir dan anak beranaknya tidak mengumpul harta, 'bundak' sangatlah. Dari mana Mirzan mendapat wang untuk meletakkan beliau di antara 'laksawan' Melayu di negara ini? Apakah kekayaan itu kerana bakat semula jadi? Sejauh manakah kebolehan beliau. Semua orang tahu sejauh mana jaguhnya beliau.

Jadi kekayaan yang dikaut itu tidak lain dan tidak bukan kerana dia anak perdana menteri dan bekas perdana menteri. Iya... ada anak perdana menteri yang miskin, tetapi perdana menteri yang benar-benar berjuang untuk rakyat dan tidak memanipulasikan harta rakyat tidak akan menjelamakan laksawanan seperti itu. Kenapa Tomy Suharto kaya kerana bapanya presiden Indonesia. Kenapa anak-anak Gaddafi kaya raya kerana bapanya presiden Libya.

Berbalik kepada cerita tadi; satu petang saya mengunjungi Tengku Razaleigh Hamzah di rumahnya di Langgak Golf, Ampang. Kunjungan itu dalam rangka untuk mengadakan interviu deanngannya.

Sebelum sampai ke tujuannya, menjadi kebiasaan Tengku Razaleigh akan membuka senario politik dan membuat flsh back kepada kisah lampau untuk dihubungkaitkan dengan suasana semasa. Sebab sejarah politik dan kekejian manusia sering berulang. Dia mahukan saya faham gerak genta politiknya.

Entah macam mana cerita punya cerita tersentuhlah fasal kejadian Pas ditendang keluar dari Barisan Nasaional semasa Hussein Onn jadi presiden Umno dan Perdana Menteri.

Banyak orang beranggapan penendangan keluar BN itu adalah kerja jahat Hussein Onn dan pecah amanah terhadap usaha Tun Razak untuk menyatu padukan Melayu. Saya sendiri mempercayai akan tragedi itu disebabkan Hussein Onn, berdasarkan maklumat waktu itu.

Walaupun semasa membentangkan akta darurat untuk Kelantan di Parlimen tahun 1978 Hussein bersumpah - Demi Allah - dia tidak bermain politik di Kelantan, namun sumpah itu tidak boleh dipercayai.

Kata Hussein "demi Allah saya tidak main politik di Kelantan." Demikianlah lancar dan lancangnya mulut Hussein Onn menggunakan nama Allah untuk melindungi kesalahan di Kelantan.

Samalah dengan tindakan orang politik hari ini akan bersumpah wallahi, wabilahi dan watalahi...untuk menafikan kesalahan yang mereka lalukan. Walhal seluruh dunia tahu yang dikahbarkan Allah dengan berbagai sumber bahawa kejahatan itu dilakukan. Pada saya dari segi ilmu kejiwaannya mereka yang menggunakan nama Allah untuk menegakkan kebenaran jelas mereka itu bersalah.

Untuk apa berjanji kalau bukan untuk dimungkiri? Pada saya perjanjian dibuat adalah untuk saling memungkiri bukan untuk saling menjaga amanah. Sebab kalau kedua pihak suci hati, amanah, tidak perlu kepada perjanjian lagi... Hukum Allah hanya tertakluk kepada orang beriman saja. Apakah dinamakan beriman kalau kita menahan pantak untuk dicatuk oleh orang lain?

Orang Pas juga percaya sungguh mereka di tendang Umno itu disebabkan oleh Hussein Onn. Ternyata setelah lebih 30 tahun kemudian baru tahu di mana dan siapa angkara kejadian itu - sebab Pas ditendang keluar dri BN sehinggakan sampai kini ia memeritkan Nik Aziz. Peristiwa itulah menyebabkan Nik Aziz perit sampai ke liang lahad bila disebut BN atau kalau diajak untuk berbaik dengan BN.

Nik Aziz pun satu hal dalam hal ini.

Saya secara peribadi tidak akan mengetahui akar umbi sebenar tragedi itu kalau bukan Tengku Razaleigh Hamzah yang menceritakannya. Cerita Tengku Razaleigh adalah benar dan betul bagi saya sebab Tengku seorang yang tidak sejahat yang Mahathir sangkakan menggunakan RM20 juta untuk mengalahkannya. Apakah Mahathir tidak menggunakan wang dalam agenda politiknya. Tanya Ibrahim Ali si anak tirinya itu?

Dalam urusan perdagangan politik Mahathir tidak mengotori tangan sendiri. Dia bijak tetapi dapat dikesan juga akhirnya. Sebab bila bangkai sudah busuk dia akan terhidup juga ke hindung anjing.

Tetapi orang yang menjadi lanun atau mencari wang untuk kepentingan Umno dan Mahathir ialah para menterinya. Dua daripada sudah pun dipanggil Allah mungkin sedang disoal berhubung aktiviti rasuah dan aktitivi ala along yang dilakukan untuk tuannya bernama Mahathir.

Cerita punya cerita akhirnya sampai ke kemuncaknya. Kata Tengku Razaleigh, banyak orang tidak tahu kejadian di sebalik itu (terkeluarnya Pas dari BN), apakah puncanya dan sebab musababnya.

"Semua orang kata Allahyarham Hussein Onn, tidak. dia melakukan, dia hanya bertindak atas desakan seseorang," kata dan tegas Tengku Razaleigh. Sambung Razaleigh lagi yang bertanggungjawab dan desak Hussein bertindak sehingga Pas ditendang keluar dari BN ialah Mahathir. Bersambung bila rajin dan ada masa. [wm.kl.9:15 am 11/03/11]

Monday, March 14, 2011

Susupan Malam

Perang Demo DNA di Negaraku

SEMALAM beberapa puak yang dipercayai diupah oleh Umno telah menaikkan manila kad mendesak supaya Anwar Ibrahim menyerahkan sample DNA nya. Desakan itu dibuat ekoran mahkamah memerintah Anwar menyerahkan sample DNA nya setelah mahkamah menolak bukti DNA yang diambil secara tidah sah semasa Anwar di tahan semalaman dalam lokap.

Bila mahkamah menolak sepatutnya pendakwa merasa malu dan bertanggungjawab atas mengambil bukti salah dengan menarik balik kes berkenaan. Tidak perlu permohonan terhadap keputusan bicara dalam perbicaraan.

Kita akur dengan mahkamah. Hakim mempunyai hak dan budibicaranya. Cuma kita tidak tahu apakah Anwar juga mempunyai hak yang tidak dapat diatasi oleh hak dan kuasa serta budi bicara mahkamah untuk tidak menyerahkan sample DNAnya.

Di sini bukan soal Anwar penakut atau tidak, tetapi apakah arahan mahkamah itu wajar setelah mahkamah gagal mendapat DNN dari beliau cara tidak sah?

Saya bersetuju dengan pandangan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang bahawa tunjuk perasaan mendesak agar Anwar beri sample DNA adalah bermotif politik. Benar... kalau bukan kerana politik kenapa penunjuk perasaan itu gila-gila untuk mendesak Anwar. Banyak kes yang melibatkan kepentingan negara boleh dijadikan isu untuk mendesak mahkamah.

Misalnya kes pembunuhan taukeh kosmetik bersama pegawai bank dan peguamnya. Kes itu adalah satu kes yang dahsyat yang belum pernah berlaku di negara ini. Dibunuh, dibakar dan dilempar abu dan tulangnya ke dalam sungai. Dahsyat! Tetapi kenapa si penunjuk perasaan tidak bertindak demikian. Tidak bangkit untuk membuat desakan supaya mahkamah menghukum si pelaku. Apakah mereka takut kepada India ke?

Apabila mereka hanya mengambil bahagian dan menjadi 'berang' kepada kes Anwar (Melayu) nampak sangat yang kad manila yang mereka julang itu dibeli oleh pihak tertentu. Ah... takkanalah diberi RM1.50 (harga manila kad) sanggup berdemo. Nampaknya apa yang berlaku di Indonesia, mengambil upah dengan berdemo sudah berjangkit kepada segelintir rakyat negara ini.

Apakah kegiatan ini ada sangkut paut dengan kelembapan ekonomi dan penganggur yang kian bertambah?

Rasanya semua pihak tidak patut membiarkan perbuatan tidak bertamadun ini. Pihak penyokong Anwar tentunya tidak akan mendiamkan diri. Mereka juga ada akal tentu akan bertindak balas ke atas apa yang dilakukan oleh penunjuk perasaan yang diupah itu.

Sudah terdengar ura-ura PKR akan mengadakan kempen atau pun tunjuk persaaan DNA juga. Kali ini mereka akan mendesak Najib Razak memberi DNA untuk kes pembunuhan Altantuya, manakala mendesak Rais Yatim untuk kes rogol pembantu rumah.

Kempen itu akan diadakan besar-besar dan dijangka akan dilancarkan minggu depan. Pasti kempen itu tidak ada keperluan dan 'kosekuannya...' tetapi itulah yang akan berlaku. Bila isu dibawa ke dalam politik dan diselesaikan secara politik maka ia akan berpanjangan. Dunia politik tidak mengira apa. Kalau tahi Nik Aziz berwarna hijau pun puak UBN akan memprotes ataupun menggunakan sebagai isu untuk mencari laba mudah.

Demikian juga kalau najis Mahathir tiba-tiba biru berbelang merah-merah, ia akan diambil menjadi isu oleh pihak yang melawannya. Nah demikian kotor dan bersahajanya dunia politik di negara ini. Apakah ini dikata maju dan kemajuan?

Kalau PKR melancarkan perang kempen mendesak Najib memberi DAN dan mengebohkan semula kes pembunuhan Altantuya, pasti keadaan jadi kalut. Peperangan DNA akan berlaku di negaranya. Perang ini bolehlah dinamakan Durjananya Najib Anwar (DNA).

Memang tiada keperluan untuk meminta Najib dan Rais Yatim menyerahkan DAN mereka, tetapi itulah politik yang saya katakan tadi ia akan mengeksploitkan apa saja yang tercapai tangan.

Di sini untuk menghentikan perang sia-sia ini adalah baik kalau semua pihak berhenti berfikir secara kotor dan mulai berfikir dengan jilah. Mereka yang benci Anwar akan tidak merasa puas hati selagi Anwar tidak dipenjarakan. Kalaupun Anwar memberi DNAnya dan didapati dia tidak bersalah, penunjuk perasaan itu tetap akan melaksanakan kerjanya kerana mereka diupah. Di sini bukan soal keadilan dan kebenaran tetapi soal cari makan. Cari makan....

Sesuatu isu yang kita hadapai depanilah dengan waras dan profesional. Misalnya mengenai kes Anwar itu apabila mahkamah sudah menolak bukti itu, apakah perlu Anwar sendiri memberi bukti bagi menyalahkan diri sendiri? Logiknya bodohkan. Keadilan apa kalau Anwar di dalam dan orang lain diluar? Tentu tidak ada rasionalnya di sini. Jangan kata Anwar penakut, atau keengganan itu menampakan dia bersalah, apa yang perlu dilihat ialah keadilan yang waras di dalam hal ini.

Janganlah mengharapkan Anwar akan masuk ke syurga setelah dia bertaubat dalam penjara sementara kita pula akan berjelapak dalam Neraka akhirnya kerana memberi keadilan kepadanya.

Kepada penunjuk perasaan seharusnya juga mendesak dua tiga lagi DNA yang ditemui di lubang jubur pembacuh kopi itu agar tampil ke depan, kita juga nak tahu siapakah mereka. Ia bolah jadi DNA mereka yang yang bergelar menteri sebab ada menteri yang jadi gay di negera ini.

Sepatutnya penunjuk perasaan upahan turut desak pembacuh kopi itu, memberi tahu dengan jujurnya bahawa selain Anwar orang-orang tertentu telah mencatut juburnya. Masakan ada dua tiga DNA kalau hanya seorang yang mencatut juburnya. Yang pastinya bukan seorang yang mencatut juburnya tetapi ramai. Ini bukan rekaan tetapi hasil pemeriksaan dijalankan ke atas jubur pembacuh kopi itu. [ttdi.kl.7:30 pm 15/03/11]