Saturday, March 19, 2011

Rileks Sabtu

Jangan Percaya Dengan Janji Taib Mahmud

Hendaknya rakyat Sarawak tidak mudah percaya dan terpesona dengan janji Taib Mahmud yang akan mengundurkan diri selepas pilihan raya nanti. Itu hanyalah janji politik yang bohong. Sejarah sudah banyak berlaku janji orang politik tidak pernah tepat. Penuh dengan munafik dan kepuraan-puraan.

Orang politik boleh mebabur seribu janji tetapi mereka akan melupai dan menafikan apa yang dibuat sendiri. Kalau sudah terdesak, hidu tahi pun orang politik sedia melakukannya.

Ingat orang politik tidak akan memenuhi janjinya. Mulut mereka manis membujuk seperti menanam tebu di bibir mulut. Taib berkata begitu kerana dia sudah tahu kebencian rakyat kepadanya sudah melimpah dan melata.

Mudah saja kalau beliau ikhlas, beliau tidak akan bertanding di mana-mana kerusi pada pilihan hari yang akan tiba bila-bila masa saja. Selagi beliau bertanding di mana-mana kerusi bermakna beliau masih terus untuk bertakhta sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Sekiranya ada rakyat Sarawak mempercayai kata-kata Taib itu nescaya mereka akan tertipu hidup-hidup. Orang politik tak ubah seperti pokok parasit, apabila ia berpegang kepada sesuatu batang dia tidak akan lepas hatta sampai pokok itu mati. Orang politik juga macam lintah darat, sekali dia sudah tahu bahawa darah itu manis dia akan menghisap sampai kering.

Sebenarnya sikap dan perangai munafik dan gila kuasa orang politik ini bukan saja terbatas kepada Taib sahaja, tetapi ramai lagi. Tengok dan perhatilah sendiri, ada yang sudah bongkok tujuh dan uzur tetapi masih mengidamkan kerusi. Kalau diserahkan kerusi mereka akan terus pikul (duduk) atasnya.

Kalau diharap mereka akan undur sendiri ibarat kata jauh panggang dari api?

Sekali lagi ditegaskan janji Taib untuk berundur selepas pilihan raya hanya satu umpan untuk perdaya rakyat Sarawak saja. Ia tidak akan menjadi kenyataan. Dan Taib pula akan menggunakan alasan bahawa dia masih kuat dan sihat kerana baru saja berbini muda dengan Lebnonis. [wm.kl.1:30 pm 19/03/11]

1 comment:

1Crony said...

Kalau tulisan Tuan MSO ini dijadikan risalah dan diedarkan kepada ribuan rakyat Sarawak, nescaya riwayat politik Taib Mahmud dan keluarga jutawan (jutawan dunia) ini akan berakhir selepas PRN Sarawak ini. Tetapi selagi rakyat Sarawak masih suka memakan janji kecil-kecilan Ketua Menteri mereka dan pihak munafik SPR yang berkomplot bagi memenangkan Taib Mahmud, maka lupakanlah sahaja tentang keadilan dan hak rakyat marhaen di negeri Kenyalang tersebut dan selamat menderita untuk 5 tahun lagi demi mengayakan lagi Ketua Menteri mereka.