Friday, March 11, 2011

Tahniah

Kamaruddin Jaaffar Akhiri Zaman Duda

BEKAS Setiausaha Agung Pas yang juga ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaaffar telah mengakhiri zaman dudanya selama dua tahun malam tadi apabila beliau diijab kabulkan dengan Yushazlinda. Majlis meraikan perkahwinan kedua Kamaruddin itu diadakan di sebuah hotel di Shah Alam.

Sdr Safwan rakan Fb saya telah mengirimkan gambar perkahwinan berkenaan. Kelihatan dalam gambar mengapik pengatin ialah Anwar Ibrahim bersama isterinya Wan Azizah.

Kepada Kamarudin Jaaffar dan Yushazlinda diucapkan selamat pengatin baru dan tahniah.

Nak tanya sikit ke mana pemimpin Pas? Apakah tidak dijemput ataupun mereka berada di meja vvip di bawah? [wm.kl.8:40 am 11/03/11]

9 comments:

mahaza said...

Mula-mula tahu fasal perkahwinan ni apabila YB Nizar 'cabut' lari dari parlimen awal untuk pergi ke majlis akad nikah. Dia juga memaklumkan ramai pimpinan hadir. Tiada gambar tidak bermakna tidak hadir. Tidak perlu dimanipulasi. Azmin juga pergi ke majlis tersebut. Sekadar makluman

umnoningok said...

Salam pak mso..

sesekali pelik juga apa yang ada dalam minda pak mso, seolah2 cuba nak mengenakan antara pkr dan pas? untuk pengetahuan pak mso pemimpin pas juga hadir antaranya mahfuz omar, dr,hatta, dr. zulkifli cuma pada meja vip kat sini tak tahulah sebab gambar bukan 'wide angle' semalam lagi saudara mahfuz omar dah pos gambar perkahwinan dalam twitter nya. harap pak mso janganlah dok timbulkan perkara2 yang cuba untuk memperkecilkan antara satu sama lain. terima kasih.

M Rajoli Al-Qlantani said...

Salam Pak MSO,

sedikit pembetulan.. majlis meraikan pengantin diadakan di Masjid Tengku Kelana Kelana Jaya bukannya dilkasi yg disebutkan..

najahudin said...

"Nak tanya sikit ke mana pemimpin Pas? Apakah tidak dijemput ataupun mereka berada di meja vvip di bawah?"

statement yg spatutnya tak kuar utk ucap tahniah.. penuh dgn hati dot dot dot

kita yg tak dtg patut dptkn info sblm tanya soalan tu.. lokasi tpt majlis pun dah salah.. buat kat hotel?? heheh...

mohd sayuti omar said...

Perhatian bukan nak laga pemimpin, itu tafsir yang salah dan tak tahu apa yang tersirat di hati saya.
Di hujung catatan itu saya dah jelaskan apakah pemimpin Pas berada di meja vvip di bawah. Saya hanya tafsirkan kepada gambar yang dikirimkan.
Yang penting cuba baca apa mesej yang tersirat itu, kalau saya cerita nanti teruk dan itu baru boleh memunahkan keadaan. Kekadang penjengok lebih bijak dari kita?

bulya nazim bin lob aziz said...

Apa2pun dikesempatan ini saya ucapkan tahniah kepada pasangan YB tu, dan didoakan semoga diberkati dan bahagia dunia dan akhirat.

mohd sayuti omar said...

Saya rasa ramai yang cerdik dari yang otat kemetot membaca blog saya.

JAMILKUCING said...

Itulah sebabnya saya tak sokong pas. sebab kebanyakan ahlinya terlampau taksub, tak bulih langsung jentik sikit pemimpin mereka , bauik betul , benar betul,

Fikir sendiri yang kawin tu pemimpin pas. tapi kenapa anwar yg jadi pengapit . saya terpaksa taip baik baik sebab sdr mso minta jgn taip kasar kasar dalam blog beliau hehehehe. harap yang ini lulus.

Ustaz Haji Fikri Awang Al-Kelantani said...

Salam... Elok juga pimpinan tinggi PAS tak ada di barisan atas bersama pengantin...takut-takut tak terkawal hati dimajlis yang nampak keelitan itu... Pimpinan PAS elok ambil sikap sederhana dalam hal penampilan keelitan sebegini... Ini tak memerintah Malaysia lagi !... Tak sedap hati kalau gaya elit menjadi amalan.... Jadi terputus hati dengan rakyat dan ahli yang dibawah walaupun itulah pengurusan elit yang pro...konon, namun meninggalkan kesederhanaan. Jangan banding dengan UMNO kerana ia sudah terkeluar dari batas-batas keindahan Islam sejak sekian lama. UMNO dulu, kini dan selamanya tetap bergaya mewah walaupun melaungkan perubahan dan telah berubah konon !. ....Raikanlah kesederhanaan dan kesubahatan kerana ia membawa erti jaga agama ! Apa pun..."Selamat berbahagia Dato', ...dengan iman dan taqwa bersama isteri tersayang". Sekian, mohon menukilkan tinta dan terima kasih Tuan Haji MSO.