Friday, July 27, 2012

Mahathir Ada Kepentingan 20% Dalam Berjaya Group?

SEBELUM BERBUKA


Mahathir Mohamd bekas PM selama 22 tahun yang ditaati dan dianggap tokoh 'syahdu' serta dianggap sebagai mujadid oleh setengah glongan dalam Umno menganggap bekas PM itu sebagai terbaik apabila tidak mengumpul harta untuk dirinya sepanjang berkhidmat sebagai perdana menteri, terdedah akan kemunafikannya apabila seorang ahli korporat memberitahu Mahathir dikatakan mempunyai banyak kepentingan dalam beberapa syarikat tertentu di negara ini.

Mahathir Mohamad
Kata ahli korport itu Mahathir mengaut keuntungan menerusi komisyen yang diberikan oleh syarikat-syarikat di mana mendapat projek bernilaian billion ringgit yang dianugerahkan olehnya. Mahathir juga mendapat komisyen (saguhati) dari setiap projek mega yang diluluskan bernilai ratusan juta ringgit.

Beliau yang mengakui menjadi senang kerana Mahathir, mendedahkan Mahathir dikatakan mempunyai kepentiungan 20% dalam syarikat Berjaya Group yang turut terlibat dalam perjudian seperti Sport Toto, Magnum dan sebagainya.

"Mungkin ramai orang tidak tahu akan kepentingan Mahathir kerana kebijaksanaan beliau dalam menyembunyikan kepentingan itu," kata ahli korporat itu yang menjadi nomines kepada tokoh perniagaan terkenal dari Umno di zaman Mahathir berkuasa.

Akui beliau yang kini masih menjadi beberapa lembaga pengarah syarikat ada kepentingan dengan Umno, pandangan dan sokongannya kepada Mahathir berubah apabila mengetahui hal itu.

Jelasnya lagi selain Berjaya Group, Mahathir juga mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat gergasi lain. Misalnya syarikat pembinaan (kontrektor) telah menganugerahkan beberap unit banglo untuk Mahathir yang kini hasilnya dikutip dengan menyewakan dengan pendapat RM800,000.00 sebulan.

Paling mengejutkan Mahathir juga dikatakan, mempunyai kepentingan bukan dari syarikat-syarikat besar tetapi syarikat kecil juga beliau mendapat manfaatnya. Di Langkawi katanya Mahathir memiliki beberapa gerai yang disewakan kepada peniaga tempatan dengan kutipan hasil kurang RM1,000 untuk satu unit.

Pendedahan ini menafikan tanggapan seorang wakil rakyat yang menjual kepada orang kampung Mahathir kononnya perdana menteri yang tidak kaya dan paling bersih. Wakil rakyat yang pernah menyatakan kesanggupan untuk mencium punggung Mahathir pernah mendapat imbuhan RM1 juta tunai dari bekas PM itu, bertegas mempertahankan Mahathir paling bersih di antara pemimpin yang lain di negara ini.

Ketidakpercayaan Mahathir adalah PM Malaysia terkaya juga timbul apabila setiap kali ditimbulkan isu pembolotan harta, Mahathir berjaya meragui keyakinan orang ramai dengan jawaban yang bersifat menyinis.Apa-apa sesuatu yang benar mengenai dirinya akan diakui secara sinis menyebabkan orang tidak percaya kepada dakwaan buruk ke atasnya.

Misalnya kalau ada tuduhan mengatakan dia seorang diktator atau tidak amanah akan dijawab; iya saya memang diktator dan tidak amanah. Secara tidak langsung dengan jawaban menyinis itu Mahathir boleh mengelirukan pandangan orang terhadapnya.

Sebenarnya banyak bukti jelas menunjukkan Mahathir banyak membolot harta negara. Contohnya macam mana salah seorang anak lelakinya  boleh muncul menjadi orang yang disenaraikan 10 terkaya di negara ini. Apakah perniagaan anak lelaki beliau itu? Tidak pernah terdedah apa-apa perniagaan anak lelakinya itu seperti mana dilakukan Syed Mukhtar Al Bukhari atau orang-rang kaya lain khasnya dari kalangan Cina.

Kekayaan anak Mahathir itu pasti akan menjadi tanda tanya. Kegagalan mencari sumbernya akan menyerlahkan bahawa kekayaan anaknya itu adalah hasil pemberian Mahathir untuk anak-anaknya. Dari mana wang itu diperolehi? Jawablah sendiri. Kata Abdullah Badawi setelah jadi PM baru dia mengetahui bahawa seorang PM mempunyai kuasa besar boleh melakukan apa saja, dan mungkin mengumpulkan harta kekayaan kemudian dicampak kepada anak beranak sendiri. Cis... kepada wakil rakyat yang menjual kononnya Mahathir PM terbersih! [wm.kl.3:48 pm 27/07/12]

Tukar Machang Dengan Bachok Apakah Tindakan Betul?

MENGALAH HARI


Seperti awal-awal diketahui Saifuddin Nasution Ismail telah bersiap sedia untuk meninggalkan Kelantan seperti dua orang lagi ahli parlimen yang berstatus sama beliau sebagai bukan anak Kelantan, iaini Salahudin Ayub, (Kubang Kerian) dan Nasharudin Mat Isa (Bachok). Ketiga mereka adalah orang luar yang bukan anak Kelantan.

Apakah tindakan mereka itu ada kena mengenai dengan plan dikemukakan pihak tertentu dalam Pas Kelantan yang tidak mahu lagi kepada orang luar bertanding di Kelantan kerana tindakan itu mencuri peluang anak-anak Kelantan berbakat menyempatkan diri menjadi pemimpin.

Saifuddin Nasution Ismail
Bagaimana pun nasib seorang lagi ahli Parlimen luar Kelantan, Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) masih belum diketahui. Setakat ini tidak ada pula ternampak signal merah diberikan kepada Bendahari Pas Pusat itu agar juga keluar dari Kelantan. Namun ada gerakan bawah tanah di Kuala Krai berpusat di Guchil yang mahu Hatta juga ikut pulang bersama Saluhudin Ayub, Nasharudin dan Saifuddin.

Ada molek dan ada tidaknya kalau ahli parlimen luar Kelantan itu pulang ke kampung halaman sendiri. Misalnya kesediaan Salahuddin untuk akur kepada kehendak dan suasana semasa politik di Johor adalah tepat. Beliau anak Johor kelahiran Tanjung Pia wajar pulang ke negeri asalnya. Pas yang kini mula berkembang dan mendapat tempat di hati orang Johor memerlukan seorang tokoh intlek-harmonis seperti Salahuddin.

Begitu juga kalau Saifuddin pulang ke negeri asalnya di Kedah. Molek benar beliau bertanding di Kulim Bandar Bharu, kawasan yang dikencing hancing dan diberak oleh ahli parlimen 9/10. PKR perlu memulihkan imejnya di kawasan itu selepas rakyat dikencing hidup-hidup oleh si pembohong nombor wahid Malaysia. Sudah pasti kehadiran Saifuddin akan terubat sakit hati rakyat kawasan itu serta menyuntik semangat kepercayaan semula kepada PKR.

Bagaimana pun di sini saya tidak hendak mengisahkan akan kepulangan wakil rakyat luar itu, tetapi apa yang hendak saya 'mengutir' sedikit mengenai tindakan PKR Kelantan yang telah melakukan pertukaran kerusi, 'sayang sama sayang' dengan Pas melibatkan dua kerusi. Katanya kerusi Machang yang bakal ditinggalkan Saifuddin akan ditukar secara 'sayang sama sayang' dengan kerusi Bachok milik Pas.

Urusan pertukaran ini khabarnya sudah dibuat. PKR telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan menyatakan nawaitu dan tujuannya. Sama ada Pas menerima atau tidak cadangan ini tidak dapat disahkan. Soalnya apakah rasional pertukaran itu dilakukan dan apakah Pas semudah itu akan menyerahkan kerusi itu?  Pentingnya apakah PKR sudah berbincang lumat dengan Pas Bachok?

Memang kedudukan PKR di Machang kurang selamat. Walaupun ahli parlimennya disandang sendiri Setiausaha Agung PKR yang juga merupakan tokoh masa depan dalam PKR tetapi ia tidak menjamin sokongan. Saifuddin gagal menjadi seorang wakil rakyat ala-ala Kelantan seperti mana dikehendaki. Kesibukan beliau selaku setiausaha agung parti juga menambahkan ketempangannya di Machang. Justeru kerana tidak mampu memenuhi naluri politik Kelantan yang unit dan masih terkepong dalam kelontong nyiur itu menyebabkan Saifuddin sendiri meragui akan sokongannya kekal. Dalam pilihan raya lalu Saifuddin yang berlawan dengan Sazmi Miah hanya menang lebih 1,460 nundi saja.Makanya sebelum kalah baik mengalah.

Perkembangan itu menyebabkan Saifuddin perlu meninggalkan Machang dan dalam masa sama satu mekenisme perlu dicari bagi mengekalkan kerusi berkenaan. Pemerhti politik kabur untuk melihat masa depan kerusi Machang apakah ia dapat dipertahankan atau tidak. Dalam masa sama PKR tidak ada tokoh 'galak' di Machang untuk menjadi pengganti Saifuddin.

Begitulah unit dan ganjilnya politik ini. Tokoh yang berwibawa, dikenali sebagai pemidato yang mapan dengan hujah, fakta dan figure bukan bererti berjaya mendapat sokongan rakyat. Ertinya, rakyat bukan saja mahu kepada wakil yang bijak dan petah bercakap tetapi yang penting reti dan rajin bergaul serta 'menguruspedulikan' apa yang mereka mahukan mengikut budaya dan tradisi yang mereka fahami. Dalam hal ini Saifuddin seperti gagal atau tidak betah untuk menuruti budaya itu.

Mungkin atas masalah itu maka kerusi Machang perlu dikembalikan kepada Pas untuk diuruskannya. Pas dilihat berkemampuan untuk mempertahankan kerusi berkenaan. Pas mempunyai ramai tokoh untuk dicalonkan. Misalnya menantu MB yang pernah menjadi kontroversi sebelum ini, Abdul Arifahmi Abdul Rahaman boleh diketengahkan untuk dijadikan calon. Keilmuan dimiliki bekas Ceo PMBK itu sudah pasti dapat membawa idea-idea baru bagi membangun Machang. Cuma sayang sedikit Ariffahmi belum dilihat sebagai seorang wajah bakal wakil rakyat sebaliknya dominan sebagai tokoh korporat. Mungkin beliau masih memerlukan sedikit masa lagi untuk diasuh menjadi wakil rakyat.

Zulkefli dan Ariffahmi boleh ganti Saifuddin di Machang.
Begitu juga Adun Pulai Chondong, Zulkefli Mamat boleh dibawa ke kerusi parlimen. Lagipun prestasinya di Pulai Chondong katanya sudah tidak mengacang seperti dulu. Cara berfikir dan gagasan-gagasan idea perniagaanya yang tidak membuahkan hasil lumayan selalu diperkatakan sebagai tanda-tanda kegagalan beliau sebagai wakil rakyat. Wajar juga kalau Pas mahu kekalkan Zulkefli sebagai wakil rakyat beliau dibawa ke dewan Parlimen.

Pendeknya dari segi calon Pas mengatasi PKR. Kalau itulah alasan PKR hendak melepaskan kerusi Machang kepada Pas memang logik merupakan satu keputusan yang betul. Tidak ada guna kerusi itu dipertahankan kalau ianya tidak akan membawa kemenangan. Boleh bertanding tetapi kalah, tidak ada apa-apa erti sebab dalam politik kemenangan kandati satu undi itulah hakikat dan makrifatnya.
 
Kerusi yang dikatakan menjadi sasaran dan idaman PKR ialah Bachok. Persoalan timbul kenapa PKR memilih Bachok. Apakah asas-asas yang menjadi penilaian maka Bachok dipinang oleh PKR bukan kerusi lain, misalnya Kota Bharu, Gua Musang, Jeli, Pasir Puteh atau pun Pasir Mas. Inilah yang hendak diketahui, formula apa dan mimpi apa digunakan oleh PKR maka Bachok dipilih.

Dan kalau pun perlu pertukaran, apakah ianya mesti kerusi parlimen juga kerana Machang adalah parlimen? Perhitungan secara 'harfiah' begitu, parlimen dengan parlimen tidak begitu bagus. Yang penting PKR perlu memikirkan pertukaran itu memastikan kemenangan. Kalau ada mana-mana kerusi Adun yang boleh menjana kemenangan PKR kenapa tidak pilih kerusi state sahaja?

Pandangan parlimen harus ditukar dengan parlimen bukan bijak dalam konteks politik di Kelantan. PKR harus sedar realitinya bukan mudah untuk mereka menguasai parlimen dengan kedudukan dan pengaruh yang terhad. Maka wajar PKR bertukar kerusi, mencari kerusi yang kondusif dan lebih menyakinkan. Lagipun PKR bersahabat dengan Pas menerusi PKR. Kalau kerusi parlimen penting untuk membolehkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, bukahkah Pas sudah ada dan akan membantunya? Jadi kerusi parlimen bukannya satu-satu pilihan.

Wan Suhaimi Wan Daud
PKR atau mana-mana pihak kena ubah cara berfikir dalam menentukan kemenangan. Bagi saya pertukaran terbaik untuk menyelamatkan kerusi PKR (parlimen Machang) ialah dengan memilih mana-mana kerusi state yang boleh memberi jaminan. Dalam tinjauan rambang saya salah satu kerusi state di mana PKR mempunyai pengaruh dan kekuatan ialah di Dun Chetok di Pasir Mas. Jadi kenapa PKR tidak berfikir untuk bertukar ganti parlimen Machang dengan Dun Perak. Juga adil rasanya kalau PKR mewakili salah satu Dun di Parlimen Pasir Mas bagi menunjukkan kesepakatan. Kewajaran ini ditambah dengan keterserlahannya pengaruh PKR di sini yang diterajui Dr Wan Suhaimi Wan Daud.

Apa pun berbalik kepada Bachok mungkin PKR terutamanya Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan Abdul Aziz Kadir yang dilihat sebagai kapten parti ada rahsia tersendiri kenapa Bachok menjadi pilihan.
Boleh jadi juga kerana Bachok adalah kerusi bakal ditinggalkan orang luar (Nasharudin), maka ia menjadi idaman. Kalau berdasarkan pengaruh PKR tidak berapa kuat di Bachok. Ketua Cabangnya pun orang tidak tahu. PKR tidak begitu menonjol di Bachok.

Kalau hendak dikira Tumpat dan Pasir Mas lebih sesuai untuk dijadikan pertukaran. PKR memang menyerlah di kedua buah cabang itu. Berani dikatakan pengaruh dan kemeriahan PKR di Pasir Mas dan Tumpat mengatasi pengaruh dan kemeriahan Ketereh dan Tanah Merah walaupun cabang itu mempunyai ahli Parlimen.

Kenapa kawasan ini tidak menjadi pilihan atau pun perjudian PKR untuk ditukar dengan Machang. Disebabkan kerana kabur mengenai asas dan formula ini sesetengah orang jadi fikir tidak habis kenapa PKR memilih Bachok untuk dijadi tukar ganti.

PKR Kelantan khasnya Pengerusi Perhubungannya Abdul Aziz Kadir perlu memberi jawaban tepat dengan tindakan ini. Aziz dan biro politik juga perlu membuat penilaian semula apakah pertukaran ini tepat dan betul yang akhirnya boleh memengkan parti itu dan tidak ada mana-mana orang terluka hati dengan formula berkenaan?

Adalah malang sekali seperti mana disebut pemilihan Bachok kalau sekadar ingin memberi laluan kepada bekas ketua Umno Bachok Zaiyadi Awang Noh bertanding di situ. Kajian politik yang menunjukkan Zaiyadi mampu berdepan dengan Awang Adek tidak boleh dijadikan asas utama untuk PKR mengambil Bachok. PKR harus melihat dari semua sudut. Mungkin betul dari pihak Aziz Kadir atau Saifuddin Nasution dan sebagainya, tetapi tidak tepat bagi orang lain.

Andaian Zaiyadi boleh menewaskan Awang Adek sebenarnya tidak cukup dan bukan alasan konkrit untuk PKR memilih Bachok. Masih ada sudut-sudut lain yang perlu dilihat secara serisu dan menyeluruh. Misalnya Pas sendiri mempunyai calon yang mungkin sama hebat kalaupun tidak lebih hebat dari Zaiyadi. Apakah perbincang mendalam dengan Pas sudah dibuat bukan saja di peringkat tertinggi tetapi dari kalangan akar umbi. Pandangan dan maklumat akar umbi diperlukan kerana kalau teralpa perkara ini ia boleh menimbulkan masalah besar.

Mengenai Zayadi, kalau betul PKR ingin menyandangkan harapan kepada bekas ketua pemuda Umno itu, apa yang perlu dititik beratkan oleh PKR ialah Zaiyadi masih belum menjadi ahli PKR. Beliau bukan seorang pejuang PKR dan jasanya kepada parti masih belum ada seurut bulu roma. Kalaulah sandaran itu diletakkan kerana hubung sentimental dengan Zaiyadi semasa dalam Umno ia tidak kena, kerana Umno dan PKR harus dipisahbezaskan.

Dan jika Zaiyadi benar-benar bersedia untuk menjadi calon PKR beliau harus melakukan korban kubra. Beliau harus keluar dari sayap perteduhan untuk menunjukkan kejantanan dan kepahlawanan beliau sebagai seorang pejuang. Angan-angan akan ada orang akan menghamparkan karpet merah untuk kita juga jangan dijadikan pertaruhan. Dalam politik seseorang itu kena berani, bermuka tebal dan sanggup mengambil risiko. Cagaran untuk sebuah perjuangan ialah pengorbanan! [wm.kl.1:13 pm 27/07/12]

Al Haram As Syarif Merindui Sapaan Kita

CATATAN MUSAFIR UMRAH (2)

Apabila menerima berita berupa tawaran untuk ke masjid Al Aqsa saya jadi terperagah sama ada hendak percaya atau tidak 'pertanyaan tawaran' itu. Saya kira ianya sebagai satu ilusi dan harapan orang yang kekagenan tidak menentu saja untuk melihat dan menyapa masjid berkenaan. Mana mungkin untuk ke Baitulmaqdis kerana ia kini dikuasai oleh regim haram Israel dan kedudukan Palestin masih terus bergolak?

Kira-kira 25 tahun sebelum ini saya pernah mencuba untuk ke Palestin, tujuannya sama untuk melihat dan menziarahi masjid berkenaan serta tempat sejarah di sekitarnya. Namun usaha itu gagal. Saya cuba masuk bersama satu rombongan dari Mesir menerusi Terusan Suez tetapi tidak berjaya. Sampai dipertengahan jalan kami di minta berundur.

Lebuhraya dari airport ke airport, bersih dan cantik.
Ketika melawat Lebanon empat tahun lepas saya ke bandar Tripoli di mana bandar itu bersepadanan dengan Syria... juga timbul keinginan untuk melangkah ke Baitulmaqdis. Terfikir apakah boleh kalau saya menyusup masuk ke Juruselam?

Masjid Al Aqsa di zoom dari Bukit Olives.
Foto As Sakhra ini saya rakam khas untuk anda.
Tetapi kerana mengenangkan kekejaman Israel manakala negaraku Malaysia tiada hubungan diplomatik, bahkan di pasport menghalang keras dari memasuki Israel, hasrat dan keinginan itu dipendamkan begitu saja. Hanya saya melihat bukit bukau di Tripoli yang memisahkan Syria - Israel dengan Lebanon. Selepas pada itu saya tidak terfikir untuk menjejak kaki ke Baitulmaqdis bahkan berkhayal di bawah pokok jambu batu pun tidak, apa lagi untuk bersolat dan menghayati pelbagai tempat bersejarah dan penuh sentimental di bandar suci itu.

Hinggalah saya diberitahu ada pakej umrah ke tiga buah masjid termasuk ke Baitulmuqadis, cita-cita dan rindu lama itu berbunga kembali. Saya membuat sedikit penyelidikan, benar pintu ke Baitulmaqdis kini sudah terselak sedikit, dan masjid al Asqa sedia menanti tetamu dari Asia Tenggara bagi menghuraikan penyeksaan Zionis ke atasnya.Orang-orang yang disalid rindu sudah pun terbang ke sana.

Apa lagi, tawaran  bak mimpi itu saya menerimanya penuh bernafsu. Saya melupai akan keadaan iklim dan cuaca yang panas di Timur Tengah ketika ini, khasnya di Makkah dan Madinah yang mencecah hingga 47 celcius.  Saya terus memunajat serta memahatkan azam dan nekad dihati; kali ini aku akan melakukan umrah di tiga masjid suci agamaku, Islam. Aku ingin melakar sejarah peribadi.

Dalam pada itu teringat juga fatwa dari beberapa ulamak yang melarang umat Islam ke Israel, kerana kononnya pemergian itu sebagai membantu bangsa jahat dan bajingan itu. Kedatangan kita akan  memberi sokongan dan ikut menyumbang ekonomi kepada negara Zionis itu? Fatwa itu sedikit sebanyak boleh menggugahkan perasaan. Tetapi bila mengingatkan fatwa adalah suatu konsensus ulamak yang dibuat atas maslahat-maslahat tertentu, bukan mutlak, atau firman menjadikan saya sedia untuk melanggar fatwa berkenaan.

Saya menjadikan firman Tuhan kita, yang mengezetkan masjid Al Aqsa adalah antara tiga masjid suci di mana darjat dan nilai kepada sesiapa mendirikan atau menghormati masjid itu akan mendapat pahala berlipat ganda. Kedudukan masjid itu begitu suci dan agung sekali. Ini terbukti dengan firman Allah dalam Surah Ishak ayat 1 bermaksud; Maha Suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam dari masjid Haram ke masjid Al Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengetahui.

Keinginan dan nekad juga terletak atas keyakinan dan ijtihad sendiri. Saya bertanya kepada diri sendiri kalau aku sebagai orang mengakui muslim tidak mengunjungi masjid itu siapa lagi. Mustahil ia akan dihormati dan disanjungi oleh si kafir. Bagi saya sikap menjauhkan diri dari masjid itu atau pun memulaunya kerana ia dikuasai Israel merugikan masjid itu sendiri dan secara tidak langsung menunjukkan orang muslim takut untuk membela haknya. Mengambil sikap akur atau takut dengan keadaan yang berlaku bagi saya samalah dengan mahu melupa rumah suci itu.Bukankan tidak menghiraukan kepada sesuatu dianjurkan Allah satu kebaculan?

Sebab itu dalam soal ini kalau boleh semua orang Islam perlu menjadi seperti Israel, maksudnya semangat dan kesombongan didalam membela haknya. Israel tidak pernah gentar dan merasa berputus asa, bangsa penyembah anak lembu merah itu tetap memperjuang dan mempertahankan haknya menegakkan kebatilan. Dalam masa sama mereka juga merampas hak orang lain. Padahal masjid Al Aqsa itu khasnya dan amnya Al Haram as Syarif kawasan meliputi masjid dan Kubah Batu Sakhara itu adalah hak Islam, hak yang benar dan lagi dibenarkan serta wajib dipertahankan kemuliaanya.

Berdasarkan pemikiran dan pandangan emosi itu saya merasakan fatwa itu; menjauh masjid Al Aqsa dengan apa juga alasan keduniaan tidak relevan dan tepat. Fatwa melarang mengujungi Israel untuk melaram ke tempat-tempa hiburan, perjudian, sexsual dan sebagainya memang betul dan berdosa, tetapi kalau mengunjung al Haram as Syarif kawasan dimana terletaknya kubah batu as Sahkara atau Dome of the rock serta masjid Al Aqsa rasanya tidak salah?

Jadi saya membuat kesimpulan sendiri untuk menafikan fatwa dan larangan itu dengan menegaskan, saya akan memasuki Palestin untuk ke Baitulmaqdis bagi menziarahi dua memorial bersejarah itu. Kalau tertakdir saya akan mati di sana, saya akan menganggap kematian itu sebagai syahid. Dengan membuat fatwa itu saya mengagah diri juga untuk ke Israel. Diam-diam sebelum 'israk' ke Israel saya merenung dalam-dalam ke muka isteri, anak-anak dan cucu saya.

Rasa gerun dan takut

Sebelum berlepas timbul juga rasa gerun dan takut berbaur dengan kebimbangan yang cemas. Perasaan itu bertangkai dan berbuah di hujung hati sanubari.  Apa lagi mendengar berbagai cerita dan penjelasan menakutkan mengenai Israel oleh pihak agen umrah. Kononnya kawalan dan pemeriksaan ketat sekali sehingga boleh memenatkan diri. Peralatan IT termasuk laptop, galaxy, camera video dan sebagainya tidak digalakkan. Peralatan itu semua boleh melengahkan perjalanan kerana akan melalui pemeriksaan yang detail dan renyah atau pun tidak mustahil akan dirampas terus.

Gara-gara itu saya meninggal gadget yang agak canggih dan membawa yang sekadar boleh digunakan saja. Bukan saja saya, orang lain juga rupanya begitu. Phobia atau rasa takut kepada Israel menyebabkan saya akur tanpa hujung periksa meninggalkan segala peralatan 'perang' saya dan membawa sekadar saja. Saya sudah bersedia untuk kehilangan segala peralatan itu jika berlaku sesuatu di luar dugaan.

Ketakutan kepada Israel ini sebenarnya ditokok tambah walaupun kejahatannya memang tidak terlawan oleh bangsa dan kaum lain. Israel adalah bangsa paling jahat dan bangsat di dunia ini. Tetapi ketakutan kepadanya adalah diperbesarkan.

Perkara ini dilakukan Israel sendiri. Mereka mempropagandakan mengenai apa saja yang tidak menyenangkan manusia di sana. Tujuannya ialah mereka tidak mahu dunia luar (Islam) datang melawat Baitumaqdis. Bagi mereka lawatan itu akan memberi semangat dan kekuatan kepada umat Islam di sana untuk terus mempertahankan masjid dan segala artifek sejarah yang penting itu. Lawatan umat Islam dari luar bagaikan memberi setitik darah kepada muslim di Baitumaqdis untuk mereka menerus jihad. Israel sendiri tahu kunjungan umat muslim ke Baitumaqdis sebagai menambah roh untuk menghidupkan masjid itu.

Makanya media massa terus menerus menaburkan propaganda dengan menyebarkan keadaan-keadaan tidak menyenangkan di sana. Digambarkan berlaku pergolakan dan pesengketaan. Seolah tidak ada ruang untuk kita menapak di sana bagi menjengok masjid Al Aqsa. Mendengar dari laporan-laporan itu ia seolah-olah Baitulmaqdis dihujani peluru setiap hari. Setiap kali membaca laporan menyebabkan terbayang di mata akan mayat bergelimpangan. Itulah yang kita rasa dan nampak. Pihak Yahudi berjaya menakutkan umat Islam dari dunia luar untuk datang bertandang ke sana hatta untuk menuruti sunnah Rasulullah.

Apabila menjejak kaki ke bumi Israel (sebenarnya Palestin) apa yang dibayangkan itu tidak begitu rupanya.  Tel Aviv bandar raya Israel aman dan damai. Malahan bandaraya ini juga indah dan moden. Apa yang digambarkan peperangan itu, tidak terjadi di sana. Kekalutan berlaku jauh dari Baitulmaqdis. Pergolakan sebenarnya berlaku di Semenanjung Gaza, Hebron dan tempat-tempat lain.

Melihat dan merasai itu terjawab kepada saya kenapa pesengketaan berpanjangan tanpa ada selang masa tidak berlaku di Baitumaqdis. Ia adalah kerana di sini adalah bandar atau tanah suci yang diterima oleh penganut tiga agama samawi; Islam, Yahudi dan Kristian. Keutuhan Baitulmaqdis sebagai tanah suci masih dihormati oleh semua pihak. Dalam erti kata lain semangat dan kepercayaan beragama penduduk di sini masih utuh dan menebal. Dari segi sejarahnya Yahudi memperakui bahawa kawasan itu Al Haram As Syarif adalah tempat suci yang tidak boleh diladuni dengan darah.

Kenapa dikatakan begitu kerana kalau dilihat kepada kekuataan serta kelengkapan yang ada kepada Israel yang menguasai bandar berkenaan mereka boleh hancurkan bila-bila masa masjid Al Aqsa. Namun kerana mereka yakin dan mempercayai bahawa masjid itu dipagar oleh para malaikat, dijaga sendiri oleh Tuhan menyebabkan mereka terpaksa berpura-pura menghormati kawasan itu tanpa menumpahnya dengan darah.

Mungkin juga mereka sedar bahawa usaha itu tidak akan berhasil. Beribu tahun sebelum ini mereka pernah melakukan pembunuhan ke atas muslim dan pengkhianatan ke atas masjid itu secara langsung sampai sebahagian besar masjid itu hancur. Tetapi kerana ia sudah digezetkan sebagai dijaga oleh Tuhan, kehancuran itu dibina semula seperti mana yang ada pada hari ini menjadikan mereka waspada dan berpura-pura.

Hasrat dan cita-cita Yahudi untuk menghancurkan tidak akan padam selama-lamanya, hinggalah ke hari kiamat. Tetapi saya percaya usaha itu tidak akan berjaya selagi umat Islam masih wujud di atas dunia ini. Doa-doa yang dibaca untuk kesejahteraan Al Haram As Syariff akan menjadikan bumi suci itu akan dipelihara dan dijamin Allah.

Kebenaran daripada kitab-kitab bahawa Palestin sebagai bumi penuh berkat memang dapat dirasai oleh sesiapa saja yang hijabnya dibuka Allah. Saya sendiri merasai keadaan ini. Sebaik pesawat memasuki ke ruang udara Tel Aviv, tatkala melemparkan pandangan ke luar tingkat melihat pertama kali bumi itu menyebabkan bulu roma merembang dengan tiba-tiba. Kelembutan, kedamaian dan kesejukan menyelinap masuk ke dalam diri, persis menghisap sirap dengan straw di kala kehausan. Aduh...

Perasaan seterusnya tidak dapat digambarkan. Terasa tidak mahu turun dari pesawat dan biarlah ia menerawang meratah ke segenap bumi para nabi dan ambiak itu. Terbukti (al bayinat) buat saya terhadap apa yang dikisahkan dalam kitab, atau pun apa yang disebut-sebut oleh arwah datuk saya, bahawa Baitulmaqdis adalah sebahagian daripada syurga begitulah mitos dan legendanya! Tetapi ternyata ia benar!

Bersambung.
[wm.kl. 6:27 am 27/07/12]

Thursday, July 26, 2012

Kajian Politik UMM Menghabiskan Beras

MENYELAMI MAKSUD

Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga diajuk-ajukan sebagai Universiti Umno Malaysia telah membuat kajian politik di negeri itu untuk mengetahui pandangan orang ramai mengenai beberapa perkara. Dua perkara yang menarik serta dijadikan fokus, siapakah tokoh Umno paling layak untuk menjadi Menteri Besar Kedah, dan kedua sejauh mana sokongan orang ramai kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang dikepalai Pas kini.

Kajian itu menunjukkan Mukhriz Mahathir adalah tokoh paling layak untuk menjadi MB Kedah kerana Mukhriz dikatakan orang yang boleh menyelesaikan masalah rakyat di negeri itu. Mukhriz juga dianggap sebagai orang yang rajin menemui rakyat. Apakah penyifatan Mukhriz sebegitu hanya berdasarkan kepada 'kerajinan' calon ketua Pemuda Umno yang kalah itu semata-mata?

Pemilihan Mukhriz itu sekaligus menafikan beberapa nama lain yang disebut-sebut bakal menjadi MB Kedah sekiranya UBN menang. Mereka ialah menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga ketua penerangan Umno Kedah Mohd Jamil Khir Bahrom, Pengerusi Umno Kedah, Ahmad Bashah Md Hanafiah dan bekas Mb Mahadzir Khalid.

Keputusan mengenai kajian itu diumumkan oleh seorang profesor bernama Rohana Yusof.

Apabila membaca laporan ini saya tersenyum kambing bersendirian bukan kerana apa, nampak sangat laporan berkenaan dibuat mengikut kehendak politik pihak tertentu dan bukan kajian bebas dan adil. Apabila nama Mukhriz disebut dan layak jadi MB, saya dapat merasakan kajian itu disengajakan dan ia mempunyai motif tersendiri.

Kalau kajian setakat hendak meletakkan Mukhriz sebagai bakal MN atau pun mahu menggambarkan kerajaan Pakatan lemah sebenarnya UMM tidak payah suasah payah membuat kajian itu dan menggunakan mahasiswa serta menghabiskan.

Lama sebelum ini saya sudah membuat ramalan yang akhirnya Mukhiz si anak Mahathir Mohamad itu akan ditimbangkan sebagai bakal MB Kedah. Saya tidak mempunyai banyak teori tetapi cukup setakat melihat kepada keghairahan Mahathir dalam mencatur dari dalam rumahnya mengenai kedudukan Mukhriz di Kedah.

Secara logiknya saja Mahathir sebagai orang politik apa lagi cita-cita dan nafsu politiknya tidak pernah luput pasti mahukan ada seseorang mewarisi puasaka politiknya. Mahathir amat arif dalam dunia politik, atau dengan memiliki kuasa politik seseorang itu mendapat apa saja yang ia kehendakki hatta harta rakyat atau isteri orang.

Mahathir sudah pun mengecapi nikmati itu selama 22 tahun dan dia tidak pernah puas dengan apa yang ada. Jadi tidak hairan kalau beliau beriya mencatur dan menyediakan galah untuk anaknya panjat ke atas kemudian menjadi sepertinya. Mahathir sedar dia mempunyai berlautan harta benda yang harus dijaga sebaik mungkin. Harta yang diperoeleh dalam politik hanya perlu dijaga dan dikawal oleh kuasa politik.

Sekiranya Mukhriz naik ke atas kedudukan harta benda, maruah serta nama baiknya (yang sebenarnya jahat) dapat dipertahankan. Mahathir mempunyai harapan tinggi dengan Mukhriz bermula sebagai MB Kedah dia diharap akan menapak ke atas menjadi Timbalan Presiden Umno kemudian menjadi TPM tatkala ayam jagoh Mahathir Muhyuddin Mohd Yassin (ah terlupa Udin anak Yassin) menjadi PM kelak.

Mudah sahaja teori mengenai bagaimana Mahathir hendak meletakkan anaknya di bekas kerusi yang ditakhtai selama 22 tahun itu hendak difahami.

Bagi Mahatthir game ini tidak akan menjadi kesalahan sebaliknya semacam mendacarnya. Mahathir akan merasakan dia sebagai bekas MB tidak sempurna kalau cita-cita itu tidak menjadi kenyataan. Dia selamanya akan malu dan kalau mati matanya tidak akan tertutup kalau Mukhiz tidak sampai ke tahap dikehendaki.

Dia akan merasa tercabar serta malu dengan pencapaian bekas dua PM Razak Hussein dan Hussein Onn yang mana keduanya telah berjaya meletakkan anak mereka ditempat hari ini sebagai pewarisi tahkta politik di negara ini. Razak anaknya Najib telah menjadi PM, manakala Hussein anaknya Hishamuddin kini sedang menuju ke jalan itu itu.

Kesimpulannya kajian dibuat UMM itu dengan menamakan Mukhriz sebagai layak menjadi MB Kedah adalah kajian menghabiskan beras semata-mata dan ia tidak lebih daripada kajian politik yang mungkin menerima upahan demi mencapai cita-cita Mahathir Mohamed. [wm.kl.4:02 26/07/12]

Pilu Dan Sebak Di Masjid Al Aqsa..

CATATAN MUSAFIR UMRAH (1)

Pertamanya saya ingin menyatakan kesyukuran yang maha dalam dan tiada hujungnya ke hadrat Allah s.w.t. kerana telah mengizinkan saya melakukan pemusafiran umrah di ke tiga buah masjid suci; masjid Al Aqsa (Baitulmaqdis), masjid Haram (Makkah) dan masjid Nabawi (Madinah) seperti mana dihajati dan kemudiannya telah mengembalikan ke saya ke tanah air dengan sihat dan selamat.

Setersnya memberikan saya kekuatan ingatan dan ilham untuk mencatat segala peristiwa, kenangan, gamatan menerusi jiwa dan juga kesan psikologi terhadap apa yang saya lihat di sepanjang ekspedisi penuh bermakna dan diharap mendapat keberkatan itu.

Al Sakhara dari jauh selepas Isyak. Sayu...
Terima kasih juga kepada para penjengok blog Merah Tinta yang menanti dan sabar menunggu pengeposan intri-intri baru dari saya. Selalu saya menginsafi, tanpa sokongan dan pacuan semangat daripada penjengok sekalian ia tidak memungkinkan untuk saya menjadi rajin mengisi blog seperti adanya. Sedia maklum apa yang saya lakukan ini adalah amal ibadat dan inilah sumbangan saya sebagai balasan yang Allah s.w.t. berikan sedikit bakat tahu menulis dan membaca serta membuat pemerhatian. Saya berdoa dan mengharapkan kerja-kerja saya ini diterima dengan baik oleh-Nya.

Alhamdulilah atas semangat dan sokongan itu semua, pelawat (page view) blog saya sudah mencecah angka 10.5 juta dua minggu lepas. Angka ini genap sewaktu saya meninggalkan blog selama dua minggu. Penerusan penjengok menyelak blog saya meskipun tiada pengeposan baru adalah komitmen anda yang mengharukan saya. Terima kasih. Jumlah kunjungan ini juga saya anggap sebagai imbuhan galakan dan semangat untuk saya menulis dan terus menulis, bercerita, menganalisa dan sesekali 'membebel'. Insya-Allah... selagi pena ini tidak patah dan tinta masih mengalir, sokongan masih ada saya akan menulis ke helaan nafas terakhir.

14 Hari Menyunyikan Blog

14 hari saya meninggalkan blog kesepian tanpa diisi dengan apa-apa catatan, sudah tentu saya resah dan rasa bersalah. Mungkin mereka yang hanya menanti saya di blog merasa lama atau mengira saya keuzuran atau sudah mufarakah dengan blog. Tetapi bagi mereka ada akaun Fb dan menjadi rakan saya dapat mengikuti perjalanan saya, kerana di sana ada saya membuat catatan-catatan ringan sekadar menghkhabarkan keadaan saya dan di mana saya berada serta apa yang sedang saya lakukan.

Satu pidato sebaik selesai Jumaat di depan masjid Al Aqsa.
Dalam tempoh dua pekan itu (pekan itu minggulah... ni bahasa Indonesia), banyak peristiwa yang berlaku terutamanya dalam negara kita, khasnya dalam gelanggang politik. Sudah tentu apa-apa isu yang timbul saya memberi kupasan dan pandangan saya sendiri secepat mungkin - begitulah selalunya. Tetapi kerana kebanyakan isu-isu itu saya perhatikan adalah putaran isu yang sama cuma ditampilkan dalam veriasi berbeza, tambahan saya berada jauh kemudahan berinternet pula terhad, tidaklah saya berkesempatan untuk membuat ulasan seperti selalu. Dan tidaklah pula di sini mahu mengambil masa untuk menoleh kepada isu-isu 'mahabul' itu. Apa mahabul? Mahabul dalam konteks ini sepele.

Biarlah isu-isu terutamanya berupa kenyataan pemimpin politik, provokasi dan fitnah-fitnah putik dan mentah itu diulas oleh pihak lain. Saya percaya penjengok sekalian sudah pun membaca ulasan dan mencerakinkan sebelum ia ditelan. Di antara isu-isu yang dilambung itu menjelaskan keadaan amat terdesak dan kehabisan modal pihak tertentu.

Dalam catatan berhubung permusafiran ini saya akan tumpukan kepada kenangan kunjungan saya ke Baitulmaqdis khasnya masjid Al Aqsa. Rasanya itu lebih penting kerana catatan-catatan di Makkah dan Madinah mengenangi kehebatan, keagungan dan kesucian serta kekaguman terhadap kedua-dua masjid di tanah haram itu sudah pun saya lakukan sebelum ini. Lagipun apa yang menarik jiwa saya dalam musafir umrah kali ini ialah Baitulmaqdis khasnya masjid Al Aqsa. Catatan mengenai Baitulmaqdis ini tidak akan dibuat secara berturutan dan mengikut kronologi perjalanan saya. Ia akan diseling seli dengan catatan semasa berbagai itu untuk mengelakkan kejemuan.

Demi Tuhan tidak pernah saya termimpi dan mengira yang suatu hari kedua belah kaki saya akan menjejaki bumi suci dan bertuah bernama Baitulmaqdis. Lebih bertuah dan mengharukan lagi kaki saya dapat menapak masuk ke dalam masjid yang suci itu kemudian mendirikan solat di dalamnya kemudian bersimpuh mendoakan segala-gala yang saya inginkan termasuk kesejahtraan negara dan agama.

Pengangkatan saya ke sana oleh Allah saya jadikannya sebagai takdir di luar mimpi kehidupan saya. Makanya wajarlah kalau saya merasa megah, bangga, bertuah, diistemewakan Allah. Justeru sebaik saja saya melihat kubah Qubbat As Sakharah dan kubah masjid Aqsa jiwa saya merintih, hati saya menjadi lebu ... dan air mata saya mengalir berjuraian di pipi. 

("Ya Allah aku bangga dan berterima kasih hari ini kerana Kau mengangkat aku ke sini, dapat bersolat dan berdoa kepadaMu. Masjid akhir bagiku... Ya Allah panggil dan bawalah bersama anak isteriku, cucuku, ibuku, rakan dan sobatku dan rakan-rakan Fb ku...ke sini. Biar mereka meyaksikan sendiri sejarah dan menghayati akan kehebatan agama-Mu..." begitulah antara patah doa saya di mihrab masjid Aqsa).

Saya tidak tahu kenapa. Diri menjadi hama, sekecil-kecilnya tatkala terpandang kedua lambang atau syiar agung bersejarah itu. Sudah lama kubah As Sakharah atau Dome of the rock, gambarnya tergantung dirumah saya. Sejak lebih lima tahun lalu. Gambar itu saya beli sesamasa kunjungan ke Bosnia - Hezegovina. Tidak sangka, gambar yang digantung itu menjadi denak kepada hati saya untuk satu hari saya akan melihat dan 'menjamahnya' sendiri dengan seluruh pancaraindera saya.

Kenapa saya katakan saya tidak sangka dan tidak termimpi? Walaupun saya mengetahui nama masjid itu dari kecil, tetapi kemampuan saya dan keadaan semasa perdearahan masjid itu yang kritikal menyebabkan tidak mungkin untuk ke sana. Al Aqsa kini di bawah kekuasaan dan pengawalan Israel. Israel adalah dikenali sebagai musuh semua bangsa manusia yang paling kejam di dunia ini. Apakah dengan kudrat seorang aku, anak bumi Gual Nibong... bisa untuk menembusi kawalannya? Tidak mungkin! Jadi apabila ia menjadi mungkin itulah menyebabkan saya sebak, sedih dan menangis serta merasa hina di hadapan rumah Allah itu. Begitu tercabar sekali dengan kebesaran dan kemuarhan Allah terhadap hamba-Nya. Kepergian saya itu juga membuktikan bahawa Israel boleh dirempuh... kalau mahu dan nekad.

Nama masjid Al Aqsa saya dengar sejak dari kecil lagi. Selepas solat Maghrib sementera menanti waktu Isyak, arwah datuk (Othman Yaacob - al Fatihah untuknya) akan bercerita mengenai masjid ini dan kisah-kisah bersangkutan kepada beberapa orang makmum yang menjadi pengikut setianya pada setiap malam. Ruang inilah yang diambil oleh arwah untuk bercerita mengenai sejarah Islam, peristiwa bersejarah dan kehebatannya bagi menanamkan bibit-bibit iman dan tauhid kepada Allah.

Dan sebagai antara cucu yang rapat dengannya dan sering menenamaninya tidur di balaisah saya mencuri mendengar segala cerita, kisah dan berita itu. Apabila ada kesempatan bersamanya saya akan bertanya lebih lanjut darinya apa-apa yang terbuku dalam kepala. Boleh jadi juga rangsangan untuk mengetahui kemudian melapor (jadi wartawan dan penulis) yang wujud dalam diri saya ini tumbuh dari sitausi itu.

Ceritanya tidak lencong seperi mana disebut dalam kitab, hadith dan Quran. Al Aqsa adalah masjid pertama dijdikan kiblat oleh orang Islam. Masjid yang berkembang siam dengan kubah As Sahkarah yang berjarak kira-kira 80 meter di mana di dalamnya Nabi Muhammad naik (mikraj) ke langit untuk bertemu Tuhan di siratulmutha setelah melakukan perjalanan malam - Israk dengan menaiki Boraq dari masjid Haram ke Al Aqsa. 

Dikisahkan pula Boraq ini pula berbandan separuh manusia separuh lagi haiwan. Kalau dulu-dulu ada orang Pakistan menjual gambar Boraa ini yang badannya seperti kuda bersayap dan kepalanya berwajah seorang perempuan cantik mempesonakan.


Saya masih ingat di rumah Pak Su Brahim (Ibrahim Muhammad) di kampung saya Gual Nibong, Rantau Panjang Kelantan tergantung gambar ini di tengah pintu utama di rumahnya. Apakah gambar borak ini masih ada atau sudah hlang tidak dapat dipastikan. Hanya di rumah Allahyrahm sahaja mempunyai gambar ini. Kebetulan bapaknya keturunan India yang mana sangat 'melankolik' dengan kisah-kisah begitu.

Saya hanya mengetahui sekadar itu saja dan tidak dapat menggambarkan lebih dari apa yang dikisahkan. Akal fikir dan fizikal saya juga tidak mampu untuk memikirkannya. Paling-paling kalau ingin mengenali Boraq itu saya akan ke rumah Pak Su Brahim untuk melihat gambar yang diframekan dan digantung di tengah pintu itu. Demikian halnya kononya ada batu tergantung terletak di bawah As Sakhara juga saya ketahui sejak dari kecil lagi.
Berihat diparking di mana di sinilah Nabi berihat selepas solat.
Saya bertuah kerana cerita dan kisah-kisah yang dituturkan arwah datuk itu saya sempat melihat dan merasainya sendiri. Batu tergantung yang dikatakan terletak di bawah kubah itu saya saksi dengan mata kepala sendiri. Demikian juga dengan tempat di mana Nabi dikatakan menambat Boraq juga saya mampir sendiri. Demikian juga kesan telapak kaki Jibrail serta batu yang kononnya ingin mengikut ke langit juga saya jamah dan lihat sendiri. Paling istimewa saya turut berihat di tempat Nabi berihat selepas solat dua rekaat di gua batu tergantung itu.  Apakah ia benar... saya ada perhitungan dan siasah tersendiri mengenai segala apa yang dilihat itu...

Sengotinya saya tidak pernah berusaha untuk ke Baitumaqdis bagi menemui masjid yang namanya sudah lama saya ketahui itu. Jadi apabila ada peluang semacam pesan Allah untuk ke sana, saya tidak berlengah dan melepas peluang menayanggupi permusafiran umrah ini meskipun tahu halangan dan cabaran zahiriah untuk ke sana susah dan mencabar. Sehinggalah kaki saya singgah di hadapan kubah Al Sakhara dan memijak lantai mihrab masjid Aqsa yang terletak di taman Al Haram Al Syariff itu yang juga dikatakan mihrab Nabi Musa a.s. baru saya percaya bahawa saya memang sampai ke laman suci Tuhan itu.

Sebelum itu hatta sesudah sudah mendarat di Tel Aviv saya tidak yakin saya akan sampai kerana kawalan ketat Israel ke atas masjid itu saya kira tidak mungkin saya dapat masuk apa lagi memeluk Aqsa dan menghirup kubah Sahkarah dan bernuang seketika di bawahnya. Tetapi kehendak dan izin Allah melenyapkan segala andaian manusia.

Bersambung...
[wm.kl.6:30 am 26/07/12]

Wednesday, July 25, 2012

Saya Sudah Pulang

Tepat jam 7:22 minit petang pesawat udara Royal Jordan yang membawa saya bersama lebih 350 orang penumpang lain selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Alhamdulilah pemusafiran umrah saya ke tiga buah masjid suci; Al Aqsa, Al Haram dan Nabawi selamat dan sempurna semampu yang terdaya dilakukan oleh saya dengan izin Allah juga.
Mentari indah yang sempat dirakam dari kaca kapal terbang di KLIA.

InsyaAllah esok saya akan mula memblog. Banyak isu-isu tertinggal oleh blog saya dalam dua minggu lepas. Semasa musafir saya mencuba untuk mengisinya, tetapi tidak berjaya... terutamanya sesama berada di Juruselam, begitu terdesak sekali untuk saya menulis memberi gambaran langsung secepat mungkin sebaik mata dan hati saya menyapa masjid berkenaan yang penuh bersejarah di mana keadaan kini seolah-olah dalam terbiar dan bisu.

Air mata saya terus mengalir laju sebaik saja melangkah masuk ke Dome of The Rock (Sakhara) di mana di situlah tempat Nabi kita Muhammad s.a.w. melalukan perjalanan penuh misteri waktu malam, Israj dan Mikraj ke langit untuk menerima syariat solat. Dan semasa berada di gua yang terletak di bawah dome itu di mana tempat Nabi mendirikan solat sebelum Mikraj ke langit, jiwa saya menggeletar bercampur sebak, pulu dan entah apa-apa perasaan yang mengilankan. Diri menjadi terawan-anwan dan dibelit rawan secara tiba-tiba. Perasaan menyelimuti diri menyebabkan saya bagaikan berada di alam lain. Banyak kali saya berastghafar didalam hati mengngati diri dan pencipta.

Banyak lagi sejarah dan memorial yang terdapat  disitu yang boleh dilihat dan dijadikan iktibar. Saya akan cuba mencatatnya secara bersiri Insya-Allah jika diberikan kekuatan semangat dan iman oleh Allah. [wm.kl.11:04 pm 25/07/12]

Wednesday, July 11, 2012

Musafir Umrah Ke Tiga Masjid Suci

Catatan Peribadi


Insya-Allah esok kalau tidak ada arang melintang saya akan berrmusafir sambil mengerjakan umrah di tiga buah masjid suci, Masjid Al Aqsa di Baitumaqdis, Masjid Al Haram di Makkah al Mukarramah dan Masjid Nabawi di Madinah Munawarah. Perjalanan saya akan bermula ke Baitulmaqdis kemudian ke Makkah dan Madinah.

Masjid Al Aqsa di Juruselam.
Saya dijangka akan mendarat di Tel Aviv setelah transit beberapa jam di Aman Jordan lusa. Dari Tel Aviv akan bergerak ke Baitulmaqdis atau Jurusalam yang kini sebahagiannya dikuasai oleh Israel.

Menurut tentatif musafir saya akan berada selama tiga malam empat hari di Baitulmaqdis selepas itu akan ke Makkah. Besar kemungkinan saya akan memegang puasa, permulaan ibadat puasa Ramadhan 1433 H di Makkah sebelum bergerak ke Madinah sebelum kembali ke tanah air 25 Julai 2012.

Insya-Allah sekiranya ada kemudahan internet saya akan membuat catatan perjalanan ke tempat-tempat suci yang penuh bersejarah sangat didambakan ini. Paling merujakan dan mendebarkan saya ialah untuk melihat masjid Al Aqsa di mana di sinilah tempat Rasulullah melancarkan projek naik ke langit - Israk Mikraj demi umatnya yang disayangi. Menerusi projek inilah Rasulullah dan nabi-nabi lain sampai ke siratulmutha dan menerima syariat sembahyang dari Allah s.w.t.

Selain itu seperti sedia maklum bumi Jurusalam atau Baitulmaqdis tempat yang penuh bersejarah dan permulaan ketamadunan (agama) manusia di atas muka bumi ini. Di bumi itulah tempat tumbuh dan membiakknya tiga agama samawi, Islam, Kristian dan Yahudi.  Di sinilah tapak penyatuan manusia dan di sinilah juga menjadi medan perebutan, pertentangan, pembunuhn dan sebagainya. Pendek kata di sinilah segala-galanya bermula dan berakhir bersesuaian ia dianggap sebagai pusat dunia dan dipercayai oleh agama Yahudi sebagai lokasi terdekat sekali dengan syurga.

Di sini terdapat kesan-kesan sejarah termasuk makam para nabi dan wali. Antara makam-makam terkenal kedapatan di sini, Nabi Ibrahim, isterinya Siti Sara, Lieah, Nabi Musa, Nabi Ishak bersama isteri Rafiqah dan Isa. Di sini juga terdapat sekandi waliyullah Rabitul Adawiyah, Salamn Al Firisi dan lain-lain. Bangunan bersejarah berusia ribuan tahun atau tapak pembinaan yang beriuan abad juga masih dapat disaksikan sebagai bukti kekuasaan Allah hingga ke hari ini.

Kerana inilah kunjungan pertama saya ke bumi dianggap suci selepas dua tanah haram; Makkah dan Madinah, sudah pasti keghairahannya menyelimputi diri menyebabkan rasa tidak sabar untuk memijak bumi itu dan mengenali sejarah dan ketamdunannya.

Doakanlah agar saya diberikan kesihatan dan kegagahan fizikal dan minda luar biasa untuk membolehkan saya mencatat dan merakam setiap apa yang saya temui, rasai dan hayati di sana nanti. Paling penting dan utama semoga saya mendapat umrah yang mabrur dan Nabi kita Muhammad s.a.w. menerima saya sebagai umatnya.  [wm.kl.9:12 am 11/07/12]

Tuesday, July 10, 2012

Sudah Ada Darah Luruh Di Putrajaya

Lintasan Rasa

Kejadian amuk di pintu masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya petang semalam menyebabkan berlaku kematian apabila polis tidak ada iktiar lain untuk menghalang si pengamuk melainkan menembaknya, merupakan kejadian pertama seumpama itu berlaku di kompleks kerajaan Putrajaya. Kejadian berdarah itu seharusnya diambil iktibar oleh semua pihak dan perlu memastikan ia tidak akan berulang lagi.

Negara tidak memerlukan tindakan-tindakan agresif berani mati seperti itu. Kita semua kena waras dalam melakukan tindakan sehingga tidak mencatatkan sejarah malang buat negara dan bangsa. Dalam kejadian semalam tidak dapat disahkan siapa yang benar dan siapa terkhilaf? Sudah pasti ada pihak yang benar dan salah dalam kejadian itu. Sebabnya, kalau kedua-dua benar, ia tidak sampai senapang meletup dan darah tumpah di pintu masuk ke pejabat Perdana Menteri.

Cuma apa yang terus menyendap di dalam kepala saya sebaik membaca laporan mengenai kejadian itu, teringat kepada kata-kata dan ucapan Perdana Menteri Ha Najib Razak mengenai kesediaanya untuk mempertahankan Putrajaya ke titisan darah terakhir. Najib dalam satu kenyataan membalas tindakan dan usaha gigih pembangkang untuk merampas kuasa politik, menegaskan yang beliau (UBN) akan mempertahankan kekuasaan itu sehingga ke titisan darah terakhir. Satu kenyataan yang penuh emosi.

Ucapan Najib itu masih dalam konotasi politik. Tetapi dari sudut lain ia bersifat jenayah. Hal-hal atau unsur darah, tembak, bunuh dan sebagainya adalah unsur-unsur jenayah atau dikaitkan dengan perilaku jenayah. Apakah kata-kata Najib tempoh hari telah merangsang si pengamuk untuk bertindak demikian?  Begitukah?

Makanya orang politik hendaklah menjaga mulut dan perasaan. Mereka perlu kawal kata-kata dan butir ucapan jangan sampai bersifat atau ada elemen jenayah kerana ia memberi reaksi kepada pihak lain. Perlu ingat yang menghidup manusia ini perasaan. Perasaan pula menguasai diri seseorang itu. Jika seseorang gagal mengawal perasaan maka berlakulah kejadian-kejadian yang di luar normal kehidupan seperti apa yang berlaku itu.

Mudah-mudahan di masa akan datang.. bermula hari ini, jangan ada sesiapa yang bermain dengan perasaan atau pun mengusik perasaan orang lain sewenang-wenangnya. Berpolitiklah dengan cermat dan waspada. Mungkin orang yang menyebut kata-kata jenayah tidak bermaksud sampai ke tahap seburuk itu dan ia hanya gurauan...atau ancaman,  tetapi kena ingat orang yang mendengar dan menerimanya ada penilaian lain. Kata-kata yang tidak bijak itu boleh membenihkan dendam yang akhirnya berbuah kejahatan.

Atas peribadi saya menyeru kepada semua pihak hentikan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyentuh perasaan di antara satu sama lain. Juga hendaklah perbuatan jahat yang sampai menganggu hak asasi seserorang dibatasi dan diawasi. Bertindak waras dan serdarhanalah dalam apa juga bidang kerana itu adalah sebaik-baik tindakan. Tindakan melampau membahayakan semua orang dan boleh membakar negara.

Bila berlaku tragedi ambuk di JPM dan ada kematian dan pemnbunuhan yang buruknya adalah negara kita juga. Kandati Tuhan boleh mentakdirkan apa saja yang Dia kehendaki kita diberi hak dan dituntutan mendoakan agar takdir itu tersisih jauh dan tidak berlaku. Perlu kita menyedari di mana kita (berdiri dan mengambil timbangrasa) di antara kuasa hamba dan kuasa Tuhan dalam konteks ini. [wm.kl.10:21 am 10/07/12]

Jenayah Di AKSB: Satu Penghuraian

Laporan Khas

Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bergelegak sedikit beberapa hari ini mungkin tidak akan sampai ke peringkat tahap didih (100 darjah celcius), ini kerana punca sebenar kenapa berlaku kemelut di pejabat AKSB kononnya berlaku jenayah (pencerobohan bilik seorang pegawai) sudah terjawab dan sudah bisa dibuat kesimpulan.  Dakwaan awal mengenai beberapa dokumen dan peralatan kantor pegawai berkenaan hilang adalah kurang tepat.

Saya mendapat pejelasan dari Hanapi.
Alhamdulilah, pihak syarikat berkenaan termasuk Pengurus Besar AKSB Ir. Mohamad Hanapi Mahmud memberi kerjasama baik menjelaskan isu yang ditarik oleh blog saya tempoh hari. Semalam saya terbang khas ke Kelantan untuk mencari jawaban dan menghuraikan masalah berkenaan. Semuanya atas inisiatif sendiri dan kapasiti sebagai penulis. Semua itu dibuat tanpa prejudis dan untuk kebaikan dan keadilan semua.

Beberapa maklumat yang saya terima sebelum ini membolehkan saya mencuit AKSB memerlukan penganalisaan, dan apa yang saya kehendaki sudah terjawab serta hampir memuaskan hati.

Mungkin ada pihak-pihak lain yang lebih mengetahui sedalam mana 'loji air' Kelantan tidak akan berpuas hati dengan apa yang saya jelaskan. Saya tegaskan saya menjelaskan terhadap apa yang tersimpul dalam kepala saya. Tidak mustahil kalau ada yang membuat tohmahan lain pula kepada saya. Biasalah...

Bagus juga isu itu diecer dalam blog kerana pihak yang terlibat ada terasa sakitnya. Mereka yang terkutir juga wajar merasa demikian. Kerana saya sebagai penulis akan mengutir dan mecubit seisapa saja, untuk mendapat perkara yang benar dan betul. Mungkin kalau tanpa kutiran dan cubitan ini saya menjadi jahil dengan isu air ini dan menganggap ia adalah hasil kejahatan Umno keseluruhannya.

Dalam penjelasan atau analisa ini saya hendak mulakan dari tindakan NGO bernama MRTK yang membuat onar dan menjaja isu air Kelantan yang kemudiannya cuba meletakkan kesalahan ke atas pihak pengurusan iaini AKSB di mana akhirnya natijah akan terjatuh atas kepala kerajaan Pas Kelantan. Ngo itu yang dulunya diimpin oleh Inchek Ibrahim Ali kemudian Rosli Ibrahim, bekas senator... ini bergerak aktif kebelakangan ini cuba menimbulkan persepsi buruk kepada AKSB. Tindakan ini tidak usah bercerita panjang dan banyak berhelah, orang sudah tahu akan matlamatnya. Bak kata orang terkilas ikan di air sudah tahu jantan atau betina, siapa dan puak mana menunggang belakang MRTK.

MTRK tidak berbuat sesuatu kalau bekas presidennya tidak arah? Suisnya ada di Kuala Lumpur. Semasa bekas presidennya makan nasi setalam dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, MTRK tidak aktif menjadi penyambung lidah syaitan kononnya untuk membela kemungkaran dan menghapus penyelewengan. MTRK malahan seakan mati terus. Tetapi setelah nasi di talam habis, lauk ditalam dilahap barulah NGO ini muncul kembali yang dipimpinan oleh orang yang pernah disenaraikan sebagai bankrasi.

Tidak menjadi masalah... MTRK boleh bangkitkan apa saja isu demi kepentingan rakyat, tetapi biarlah secara adil dan profesional. Bangkit dan ungkitlah atas matlamat yang suci dan bersih. Atas tanggungjawab dan kekepentingan bangsa dan rakyat bukannya kerana menjadi alat dan perkakas kepada mana-mana individu. Kita seharusnya berjuang kerana Allah demi rakyat bukan kerana kepentingan lain demi tembolok kita.

Namun apa yang diungkitkan MTRK itu keterlaluan dan meleset. Paling mendukacitakan ada agenda lain di sebalik isu-isu mengenai kelemahan pengurusan di AKSB yang ditimbulkan itu. Pihak AKSB dan kerajaan negeri tidak bermasalah perlu menerima ungkitan MTRK itu selagi ia beradat, adil dan munasabah. Apa juga perkara diperkatakan perlu diambil tindakan dan peka terhadapnya. Tetapi kalau tindakannya mencermin tindakan seekor kuda atau pun lembu tenggala sawah, ia sudah tidak perlu diberi perhatian lagi bahkan perlu dijuah kerana tindakan sebegitu satu pengkhiatan.

Tetapi dari sudut lain yang mungkin menjadi persoalan dan dikesali, siapakah yang memberi maklumat kepada MTRK sehingga Ngo itu boleh mengecer akan apa saja keburukan tentang AKSB? Ini yang menjadi persoalan. Sama ada perkara itu betul atau tidak... itu satu hal, tetapi yang mendedahkan maklumat kepada pihak ketiga itu satu perkara lain yang dikesalkan.

Tindakan ini tidak amanah dan perlu dikesali oleh warga ASBK kerana ia menyentuh soal kredibiliti dan maruah. Sikap itu tidak ubah seperti ingin membuang najis tetapi berak di setesen bas. Satu tindakan yang bodoh dan melanggari ikrar dan sumpah perkhdimatan yang dilafazkan. Kenapa dikatakan begitu, kerana pihak ketiga seperti MTRK itu tidak akan tahu masalah dalaman kalau bukan ada gunting dalam lipatan yang membukanya.

Memorandum 34 Perkara

Apa diketahui, isu-isu yang dibangkitkan sebagai modal politik oleh MTRK untuk mengecam AKSB ianya bermula daripada memorandum 34 perkara yang dibuat oleh kakitangan syarikat berkenaan. Memorandum inilah yang menjadi perkara pokok serta punca kepada apa yang berlaku di syarikat itu sekarang ini. Memorandum itu ditandatangani oleh 10 orang kaki tangan AKSB yang tidak berpuas hati dan mungkin berniat baik untuk memperbaiki keadaan dalam AKSB yang dari kaca mata mereka banyak kecacatan dan kelemahan menyebabkan syarikat air Kelantan bermasalah.

Sekali lagi lagi ditegaskan memorandum itu tidak ada cacat celanya. Malahan ia suatu ibadat oleh kumpulan 10 itu. Tetapi apa yang menyebabkan memorandum itu dilihat menjadi penyakit ialah kerana pengurusan terhadap memorandum itu tidak berjalan dengan lancar. Ada prejudis dan sangkaan buruk kepada memorandum berkenaan yang dihantar kepada pihak Lembaga Pengarah (AKSB) pada Mac 2010.

Pihak Lembaga Pengarah telah bertindak ke atas memorandum itu menurut prosuder sepatutnya. Sebuah perunding dilantik untuk mengambil tindakan ke atas memorandum itu termasuk menyiasat apa-apa dakwaan di dalam memorandum itu terhadap AKSB. Sebanyak RM300 ribu katanya dibayar atau dibelanjakan untuk perunding berkenaan. Ertinya memorandum itu tidak dipendam seperti mana disalah anggap sesetengah pihak.

Hasil siasatan itu, seperti dijelaskan Hanapi perunding mendapati tuduhan di dalam memorandum itu tidak benar. Bertolak dari itu pihal Lembaga Pengarah telah memutuskan supaya satu siasatan dalaman (Demostic Inqiry) perlu diadakan kerana dalam memorandum itu terdapat unsur-unsur prejudis, memburukkan seseorang serta boleh menjatuhkan imej AKSB. Malangnya disebabkan beberapa masalah, teknikal siasatan itu tidak dapat dijalan dalam tempoh yang dikehendaki, menyebabkan timbul persepsi memorandum itu tidak dipedulikan dan pedihnya timbul tuduhan individu politik sengaja melindungi orang-orang tertentu.

Tuduhan-tuduhan secara senyap termasuk menerusi surat layan terhadap individu tertentu dan juga AKSB menjadikan perang dingin berlaku dalam AKSB di mana perang dingin memberi kesan tidak baik kepada syarikat itu dan menyebabkan tumpuan untuk memulihkan keadaan air tidak dapat dijalankan secara fokus. Memorandum yang berniat baik, tujuan untuk membaiki keadaan AKSB telah bertukar menjadi punca pergeseran, salah tanggapan di dalam AKSB.

Lebih malang lagi di celah-celah kegawatan inilah menyelinapnya musuh-musuh kerajaan Kelantan menggunakan isu ini untuk memburukkan lagi keadaan.  Dari sehari ke sehari pihak yang memasang lukah di pergentingan makin kuat melaung dan melalak mahu menghuduhkan ASKB dan kerajaan Kelantan. Dan tentulah perkara yang paling menyakitikan hati apabila isu ini sampai kepada SPRM. Apabila ia sampai ke sini isu ini sudah dianggap serius dan wajarlah kalau pihak pentadbiran AKSB mengambil tindakan 'menyiasat' mengenali musuh dalam selimut kerana ia sudah melampau.

Menjadi tugas dan tanggungjawab pengursan AKSB untuk menyelesaikan isu ini. Kerana mempercayai siapa atau kumpulan mana membawa angkara maka siasatan ke atas mereka diperlukan. Tindakan ini juga wajar. Sekiranya pihak berkenaan, di dalam hal ini mereka yang diberi tunjuk sebab dapat memberi jawaban memuaskan hati dan tuntas, mereka tidak perlu takut dan gentar. Dalam kedudukan ini pihak pengurusan tidak boleh dipersalahkan kerana ada peruntukan berbuat demikian, menyiasat dan memberi surat tunjuk sebab.

Solusinya hasil pemerhatian saya, untuk menyelesaikan kemelut ini ataupun bagi mengurangkan tahap didihan air Kelantan semua pihak kena membuang segala kelodak mazmumah yang tertampal di hati. Gantikan sifat-sifat keji itu dengan sifat baik, mahmudah. Selagi sifat-sifat ini berkembang biak dan bertapak di istana Iblis (hati) maka selama itulah air Kelantan tidak akan jernih dan bersih. Sekarang ini baru saya faham kenapa di sesetengah tempat di Kelantan paip jadi tersumbat dan mengeluarkan air berkeladak kerana orang yang mengurus air bermasalah, berdengki sesama sendiri.

Apakah AKSB memerlukan satu reformasi menyeluruh? [wm.kl.9:02 am 10/07/12]

Monday, July 9, 2012

Hasan Akidah Sudah "Gemulah" Dalam Pas

Cerita Tengahari

Bukan saja para pemimpin Pas terkhususnya Khalid Samad, Dr Rani Othman ataupun Dzulkefli Ahmad, ahli dan penyokong Pas Selangor juga tidak perlu mengenang, mengingat bahkan menyebut nama Hasan Ali atau Hasan Akidah lagi. Biarlah nama itu buruk dan mereput bersama berlalunya musim dan zaman. Jangan merasa kesal dan hiba kalau nama itu subur dalam Umno atau apa-apa Ngo kerana semangnya Umno wajar menjadi baja kepada orang seperti Hasan Akidah.

Hasan Ali
Jadi kalau ada desas desus mengatakan Hasan Akidah hendak berdebat dengan Pesruruhjaya Pas Selangor Dr Ab Rani Othman atau sesiapa usah dilayan, dan anggaplah kerenah Hasan itu bak si ayam iseng yang gilakan sangkak. Begitulah dalam dunia ayam.... apabila seekor ibu ayam hilang kuasa, hilang kudrat dan hilang peluang untuk mengeramkan telornya dia akan menjadi iseng dan tidak waras, berak dan kencingnya juga tidak lawas. Dia akan menyebut-nyebut kepada sangkak dan bekasnya. Perjalanan dan pergerakannya macamlah ayam gila. Kata Mohd Amar Nik Abdullah ayam gila tidak boleh disembelih apa yang boleh diharapkan biarlah ia dilanggar lori begitu saja.

Dia teringat apa yang ada di dalam sangkak atau hidup sebagai seekor ibu ayam yang sedang mengeram telor (kuasa) yang mana banyak keistimewaan dan kuasanya. Ayam di atas sangkak berada di tempat tinggi berbanding dengan ayam-ayam lain, yang tidur dalam reban secara semula jadinya. Ibu ayam mengeram di bawah perutnya ada puluh telor yang boleh dianggap sebagai zuriat dan kuasa kepada statusnya sebagai ibu ayam. Bapak ayam juga tidak akan terliur untuk mengusik ayam yang sedang mengeram kerana menghormati ia sedang mengerjakan amanah mulia sebagai ayam, bagi meneaskan generasi penerus.

Namun seperkara perlu diingatkan mengenai perangai ayam menyeram ini ia memiliki tahi yang besar dan busuk, keras dan liat. Di masa kecil dulu saya selalu melihat bagaimana jijik dan peritnya kawan-kawan yang terpijak tahi ayam mengeram! Hehe...

Jadi kalau Hasan Akidah ada menyebut keinginan hendak berdebat dengan pemimpin Pas, itu bermakna dia terkenang kepada musim-musim percintaanya di dalam Pas dan kekuasaanya sebagai ahli Parlimen dan anggota Exco. Kononnya perdebatan itu untuk mencari jalan penyelesaian, adalah bohong sama sekali.

Kalau pun hendak memperbetulkan kesalahan Pas juga bohong sama sekali. Perdebatan itu tidak lebih dan tidak kurang bagi Hasan menunjukkan kebijaksanaannya dalam berpidato, bercakap menggunakan bahasa bambastik dan penuh retorik sedangkan ia tidak lebih dari jalak yang berkokok atas jemburan - kokok berderai-derai ekor dan sayap bergelumang tahi. Dan kalau Hasan 'tergehan' hendak berdebat juga bagi mengilang air liur ajaklah Khir Toyo untuk beradu mulut, rasanya Khir adalah regu terbaik kerana kedua mereka merupakan orang 'mengulatkan' diri dalam politik partian masing-masing.

Nasihat kepada Hasan dia tidak perlu menyentuh dan terkenang kepada Pas lagi. Dia tidak ada kena mengena apa dengan Pas. Dia sudah memilih jalan baru menyokong Umno atas prinsi-prinsip yang dijalurkan dalam Ngonya. Perjuangan Hasan serasi dengan Umno. Aspirasinya sama dengan Umno. Matlamatnya sama dengan Umno. Nah... elok kalau Hasan menumpukan tenaga dan usaha kepada memastikan Umno menang di Selangor. Terbaik buatnya kemenangan itu akan membawa tuah kepadanya.

Terlanjur bercakap fasal Hasan, saya teringat kata-kata Hasan kepada saya di Legend Hotel Kuala Lumpur pada suatu hari. Katanya; berikan saya tiga bulan (sebagai MB) saya akan dapat menyelesaikan banyyyakkkkk... masalah di Selangor. Tiga bulan sheikh, tiga bulan saja, katanya sambil mengangkat tiga potong jari, jari manis, jari tengah dan jari telunjuk. Bergetar-getar dengan mimik muka dan mencebek mulut macam punggung kerbau hendak beranak songsang.

Saya memahahami konotasi dan irama kata-kata itu menujukkan Hasan seorang yang kelas dan profesional dalam pentadbiran. Dia ingin mengatakan dia adalah pakar segala-galanya. Dia membayangkan dia lebih bijak dan mampu dari Khalid Ibrahim MB Selangor kini. Tetapi....

Dalam pertemuan itu saya ada bertanya kepadanya apa akan jadi kalau Datuk tidak akan dilantik menjadi Pesruhjaya Pas Selangor. (Saya sudah tahu yang dia tidak akan dilantik). Apakah Datuk kecewa? Oh tidak... saya redha... kalau ada orang berkampuan dari saya, kalau ada orang lebih bijak dari saya... saya sedia melepaskan jawatan itu... Itulah jawaban Hasan Akidah yang ketika itu meletakkan harapan dan penghormatan tinggi saya kepadanya. Saya mengira dia akan menterjemahkan kesucian dan keikhlasan tutur bicaranya.

Tetapi apabila beliau telah membuat seribu onar yang bertolak setelah tidak dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor diikuti dengan tindakan beliau seperti hari ini - menjadi persis ibu ayam mengeram, segala penghormatan itu hilang bahkan timbul rasa sedih dan hiba kerana begitu jadinya nasib seorang fasalitator terhebat dan terhandal di negara ini yang telah khatam Quran dalam usia 12 tahun. Sungguh tidak sangka sejauh itu walaupun kesetiaannya sudah dijangka sejak awal-awal lagi.

Sekali lagi diulangi, permintaan atau cabaran Hasan Akidah itu jangan dijawab oleh sesiapa di Selangor. Biarlah dia berkokok sendiri seperti burung ketuk (pungguk) di pelepah nyiur.... kerana ia akan berhenti bergeduk (berkokok) apabila hari menjelang siang. Burung ketuk (alis hantu dan sama specis dengannya nya ) hanya galak di malam hari terutamanya di malam samar-samar diterang bulan dan akan diam bila mentari sudah menglalahi hari. Hassan kini merindui semula bulan yang pernah jatuh ke atas ribanya. [wm.kl.12:32 t/hari 09/07/12]