Wednesday, April 30, 2014

Kerajaan Melaka tidak jadi kaya

RILEKS MALAM                                                                                  

Kerajaan Melaka tidak jadi nak jadi kaya apabila harta karun yang kononnya ada dalam sebuah gua di Pulau Nangka tidak dijumpai. Sehubungan itu juga syarikat yang diberi kontrak selama empat bulan untuk mencari harta karun berkenaan ditamatkan menjelang tengah malam ini.

Bagaimana pun menurut Ketua Menteri, Idris Haron pencarian itu akan diteruskan oleh syarikat lain yang akan menumpukan pencarian di kawasan lain.

Dalam dunia serba moden hari ini masih ada lagi orang mempercayai kepada harta karun. Daripada berangan-angan untuk mendapat wang secara mudah, baik Idris membuka projek tanam ubi buat tapsai atau bina kilang cancaluk secara besar-besaran. Ada kulihayanya.

Begitulah kalau KM tidak mempunyai buah fikir bagaimana hendak memajukan negeri, terpaksa percaya kepada bomoh dan tahayul. Bukan mudah menjadi pembesar negeri, angkat sumpah senang tetapi hendak mengisi tanggungjawab itu payah.

Cuba panggil pula bomoh Ibrahim Mat Zain suruh dia teropong kedudukan harta karun berkenaan. [wm.kl.8:43 pm 30/04/14]

Kata Khalid dia akan jadi MB setakat penggal ini saja

SUSUPAN PETANG                                                                             

Maaflah petang-petang begini sambil minum kopi Aceh dan kueh "kosong" saya nak mulakan posting ini dengan ketawa ala-ala Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani; hahahahaaaaa. Kenapa saya memilih ketawa Abdullah Sani kerana sesuai untuk mengulik hati saya apabila terbaca cuplikan twiter MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang berbunyi; Saya tidak bercadang menjadi MB penggal ketiga, tetapi hanya akan menghabiskan penggal ini."

Dia juga menyebut pada akhirnya nanti dia mahu dikenali orang yang berkhdimat kepada rakyat.

Kenapa saya ketawa, kerana Khalid mengeluarkan kata-kata itu pada saat dia sedang bertarung nyawa dengan Azmin Ali untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR. Dia bercakap ketika dia masih berada atas kerusi MB Selangor yang didudukinya dengan kuasa politik.

Khairy: Kalau nak bodek Najib pun biar bermutu

ULASAN PAGI                                                                                      

Najib Razak sudah semestinya mahukan kedatangan Barack Obama ke negara "tigatujuhkosong" beberapa hari lepas mengharapkan sesuatu kesan besar ke atas pentadbirannya. Paling diharap ialah Obama memuji transformasi dilakukan sebaik mengambil alih pucuk pimpinan negara daripada Abdullah Ahmad Badawi.

Najib bukan sahaja mengharapkan Obama memuji Malaysia "cekap" dalam mengendalikan pencarian MH370 kosong, (yang tidak diketamui hatta bayang sampai kini) tetapi jauh dari itu.

Najib mahukan presiden Amerika itu mengatakan, wah Malaysia kini sedang mengorak langkah ke depan dan bakal menjadi pemancu ekonomi Asean. Atau pun lebih istimewa lagi kalau Obama mengatakan Malaysia menjadi negara Islam moden contoh dengan pendekatan "wasatiyyah"nya.

Tuesday, April 29, 2014

Harap Teresa Kok tidak berbohong?

UALASAN MALAM                                                                              

Teresa Kok wakil DAP.
Pas hari ini telah mengadakan penerangan mengenai hukum hudud kepada rakannya dari PKR dan DAP bertempat di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Ia dibuat tentulah apabila dua rakan mereka itu kurang setuju dengan cara Pas menimbulkan hukum hudud dan melayan pihak Umno untuk memberi sokongan kepada Pas. Saya tidak mahu membuat dugaan awal apakah hasil pernerangan yang dikatakan berlangsung selama dua jam itu.

Menurut laporan, individu yang hadir ialah; Naib Presiden PKR Tian Chua, anggota MPP Sivarasah Rasiah manakala dari DAP Timbalan Setiausaha Agung Ngeh Khoo Ham, ahli parlimen Kluang Liew Ching Tong dan ahli parlimen Seputeh Teresa Kok.

Pihak Pas atau kerajaan negeri Kelantan pula diwakil sendiri oleh MB, Ahmad Yaakub dan timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah.


Monday, April 28, 2014

Ada orang berani kecam Obama selepas dia balik

SENYUM MALAM                                                                                

Bekas ahli parlimen Pasir Mas yang kalah empat kali, hanya berani melaung mengherdik presiden Amerika Syarikat Barack Obama selepas presiden itu terbang meninggalkan negara ini pukul 10:00 pagi tadi.

Semasa Obama berada di negara ini lebih 60 jam, ahli parlimen berkenaan yang juga presiden kepada NGO rasis menikuskan diri tidak "berketek" - senyap tipas.

Ahli parlimen itu marah kepada Obama yang memberi ingatan kepada Najib Razak supaya tidak melakukan diskriminasi ke atas rakyat bukan Islam negara ini sekiranya Najib mahu Malaysia maju.

Mencari hujung jatuh hukum hudud (1)

ENCANA KHAS                                                                                 

Kalau dicari entri 'hukum hudud' atau 'hudud' adalah paling popular disebut oleh rakyat Malaysia hari ini. Perkataan ini tertebar ke dalam minda banyak orang khasnya orang-orang politik Pas dan Umno. Soal hudud rancak diperkatakan. Ia terhenti ketika Barack Obama datang ke sini dan akan bersambung sebaik beliau pulang hari ini.

Abdul Hadi perlu berterus terang.
Ia mula timbul apabila kerajaan Kelantan bercadang untuk membentangkan private bill di parlimen bagi meminta pramisi kepada kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan hukum berkenaan di Kelantan.

Sir dan muslihat politik, langkah kerajaan Kelantan itu bagi membolehkan mereka memiliki lesen untuk tidak laksanakan hukum hudud sahaja, apabila lesen sebelum ini sudah tamat tempoh. Surat bantahan Dr Mahathir Mohamad terhadap hukum hudud yang dihantar kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dijadikan lesen untuk tidak laksanakan hudud, tidak dapat dijadikan lesen lagi sebab ianya sudah expired. Maka lesen baru diperlukan untuk memberi jawaban dan helah kepada rakyat.

Sunday, April 27, 2014

Jawatan TP: Azmin unggul di Kelantan

PEMILIHAN PKR                                                                                 

Perebutan jawatan timbalan presiden PKR di antara tiga calon seperti diduga sengit. Penyandang jawatan Mohamed Azmin Ali tidak mudah untuk menepis dua pencabarnya Saifuddin Nasution Ismail dan Abdul Khalid Ahmad.

Sekiranya pengundian di Kelantan merupakan indikator kepada kedudukan sebenar mereka, Azmin masih lagi mampu mengekalkan kedudukannya. Keputusan tidak rasmi pengudian di seluruh 13 Cabang PKR Kelantan semalam menunjukkan Azmin mendapat 1,059 undi diikuti oleh Saifuddin sebanyak 806 undi dan Khalid Ibrahim mendapat 667 undi.

Azmin menguasai cabang Ketereh, Tanah Merah dan Rantau Panjang, manakala Saifuddin menang besar di Machang dan Gua Musang. Khalid pula mendapat kepercayaan ahli dari bahagian Pasir Mas, Tumpat.

Di cabang lain kedudukan hampir sama rata, cuma di Kota Bharu Azmin hanya mendapat tiga undi sahaja. Penolakan terhadap Azmin di Kota Bharu sangat jelas.

Semalam juga pengundian di Terengganu dan Pahang. Setakat ini tidak ada keputusan yang masuk dari Pahang. Hari ini pengundian di negeri Johor, Melaka dan Sarawak. [wm.kl.3:47 pm 27/04/14]

Obama datang ke negara ini bukan hendak tengok panorama

DISEBALIK SPEK                                                                                 

Kunjungan Presiden Barack Obama ke negara  "tigatujuhkosong" ini disambutkan hebat oleh sesetengah rakyat Malaysia. Bagi pemimpin kerajaan pula kesudian Obama menyinggahi negara ini satu sejarah dan memberi kredit besar kepada Najib Razak selaku perdana menteri dan kerajaannya. Mengapa tidak, sejak tahun 1963, pertama kali seorang presiden Amerika, Lyndon B Johson menjejak kaki ke bumi ini, inilah pula presiden Amerika (Obama) ke dua yang datang ke sini.
Khairy pun masuk dalam twiter gambar kereta Obama.

Sudah tentulah kedatangan dianggap bersejarah itu diraikan demikian rupa, ia bagaikan sebuah "jenawari" besar. Kedatangan Obama itu bagaikan hadirnya seorang maharaja yang menguasai seluruh lautan yang datang dengan kapal besar. Ia disambut bak kata orang tua-tua tidak cukup telapak tangan dengan nyiru ditadahkan.

Semua orang kampung dan bandar teruja dengan kehadiran itu. Maka berlumba-lumbalah untuk menyambut kedatangan serta melihat-lihat akan rupa parasnya. Yang buta datang dipimpin, yang kudung datang digendung. Ibu yang sedang mengeram anak di atas "gerai berdiang" pun datang meninggalkan anak semata-mata hendak menyambut kedatangan Obama.

Saturday, April 26, 2014

Selamanya masa untuk laksana hudud tidak ada dalam Umno

ULASAN                                                                                               

Sewaktu Najib Razak membuat pernyataan sikapnya mengenai hasrat kerajaan Kelantan hendak mengemukakan perundanagn persendirian (private bill) di parlimen bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II (hukum hudud) dilaksanakan, saya berada di Alor Star. Najib juga ketika itu berada di Kedah dan kenyataan itu dibuat dalam perhimpunan apa dinamakan Himpunan Para Ulamak Kedah. Ia berlangsung di kediaman MB di Mantaloon, Alor Star.

Kelmarin rupa-rupanya Najib mengadakan lawatan sehari ke Kedah, selain menghadiri majlis ulamak itu beliau juga merasmikan RTC Kedah di Changloon. Jet peribadinya tiba sejam lebih awal dari ketibaan saya.

Himpunan ulamak itu diadakan dua hari dan Najib hadir pada hari penutup. Khabarnya beberapa orang tuan guru yang mempunyai pondok, yang sebelum ini menjadi kubu Pas turut sama hadir menyertai himpunan berkenaan. Tidak pasti berapa orang tuan guru yang hadir, kata lima orang guru utama, dan setengah qaul kata hanya seorang sahaja, selebihnya anak-anak buahnya saja.

Selamat memilih kepada ahli PKR

SUSUPAN TENGAHARI                                                                       

Bermula hari ini (26 April) hingga 11 Mei depan seramai 496,203 ahli PKR di seluruh negara aqkan menuanaikan tanggungjawab mereka untuk memilih barisan kepimpinan untuk sessi 2014 - 2016. Seramai 203 calon untuk semua jawatan di peringkat pusat menawarkan diri bertanding, kecuali presiden yang sudah dimenangi Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila lawannya, Anwar Ibrahim menarik diri.

Pecahan itu ialah seramai empat merebut jawatan Timbalan Presiden, 15 Naib Presiden, 74 jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, dua calon Ketua Wanita, tiga calon Timbalan Ketua Wanita, enam calon Naib Ketua Wanita dan 30 calon majlis pimpinan wanita.

Tiga calon merebut jawatan Ketua Angkatan Muda, empat calon merebut jawatan Timbalan Ketua, sembilan calon Naib Ketua dan 62 calon pimpinan Angakatan Muda.