Saturday, February 28, 2015

Perhimpun Perpaduan Melayu satu retorik

BACA SABTU                                                                                 

Malam ini akan berlangsung Perhimpunan Perpaduan Melayu yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) hasil gabungan 248 buah Ngo Melayu.

Sempena himpunan itu juga akan dibaca waad atau ikrar. Ia kemudian akan ditandatangi oleh 57 pemimpin Melayu. Perhimpunan malam ini selain pembacaan ikrar sebagai acara kemuncak ia disusuli dengan solat Maghrib, pembacaan puisi dan pidato oleh perdana menteri.

Kehadiran dianggarkan 30,000 orang. Ikrar atau waad yang akan dibaca malam ini sebagai mengganti waad Melayu 1946. Apakah waad 1946 dulu?

Friday, February 27, 2015

Tiada guna himpunan untuk selamatkan Najib

ULASAN BERITA                                                                           
   
Rancangan untuk mengumpulkan ketua-ketua bahagian Umno dalam satu perjumpaan pada 8 Mac ini bagi menyatakan solidariti kepada Najib Razak menunjukkan kedudukan Perdana Menteri itu semakin tercabar dan kritikal.

Sekiranya Najib berada dalam keadaan stabil, kukuh dan "sihat" sudah pasti himpunan berkenaan tidak perlu diadakan. Himpunan itu boleh diibaratkan himpunan untuk membaca Yassin kepada seseorang yang sedang bertarung dengan Malikimaut.

Menurut seorang ketua Umno bahagian sehingga kini 170 ketua bahagian di seluruh negara telah menyatakan kesediaan untuk hadir.

Thursday, February 26, 2015

Kepimpinan Najib turun ke tahap paling rendah - Husam

KENYATAAN                                                                                                     

Husam: Helah Umno...
Keputusan Umno yang tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Chempeka disifatkan Husam sebagai parti itu penakut yang berada di tahap paling rendah.

Tindakan itu juga sebagai satu helah untuk Umno menampakkan kelemahannya dengan menjadikan perpaduan sebagai helah.

Dalam satu kenyataan Husam berkata, tindakan Umno itu juga membuktikan kata-kata keramat Tokguru Nik Abdul Aziz yang berbunyi; "tidak ada sebab untuk demo (Umno) melawan kawan (Pas)". Bagi Husam tindakan Umno yang diumumkan Najib Razak semalam seperti akui Najib.

Husam menempelak Umno yang memperkaui Tokguru selepas  ketiadaanya yang perjuangan Islam itu lebih penting berbanding perjuangan kebangsaan. Bagi Husam apa dilakukan Umno alias Najib itu hendaklah dinilai dari segi politik bukan suatu keikhlasan.

Berikut disiarkan speenuhnya kenyataan Husam Musa:

Wednesday, February 25, 2015

Najib diberi kata dua berundur atau berdepan dengan masalah?

Semalam saya jumpa dengan veteran Umno dia memberi tahu kedudukan Najib Razak sebagai PM kini terancam. Menurut veteran itu Najib diberi kata dua, sama ada berhenti sebelum Mac ini atau berdepan dengan masalah.

Beliau tidak menyebut apakah masalah itu. Nama orang memberi kata dua itu juga disebut tetapi saya tidak mahu nyatakan disini.

Tetapi dipercayai ia ada kena mengena dengan satu perkara yang boleh memalu dan menyusahkan Najib. Bagaimana pun ia tidak akan didedahkan kalau Najib sedia berundur dengan baik.

Kita tunggulah sehingga akhir bulan ini. Tidak mahu ulas panjang-panjang di sini. [wm.kl.9:57 pm 25/03/15]

Tuesday, February 24, 2015

Najib boleh nasihat Agong untuk ampunkan Anwar


BUKA RASA                                                                                    

Hari ini agak kalut sedikit keluarga Anwar Ibrahim apabila tempoh dua minggu yang dibenarkan untuk Ketua Pembangkang yang disabitkan kesalahan liwat dan dijatuhi penjara lima tahun bagi membuat petisyan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 14 hari genap hari ini.

Jika salam ini sampai ke hati tentu ada  ada setitik rasa.
Lanjutan itu sekiranya Anwar tidak mengemukakan petisyen menyebabkan kedudukannya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh akan terlucut secara automatik seperti mana kehendak perlembagaan negara. Jadi penyerahan petisyen hari ini oleh keluarganya bagi mengelakkan status Anwar sebagai ahli parlimen terlucut.

Isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama anak perempuan keduanya, Nurul Nuha ke Istana Negara lewat petang tadi untuk menyerah petisyen berkenaan. Manakala anak sulungnya Nurul Izzah ke parlimen untuk memberitahu Speaker parlimen mengenai petiysen berkenaan.

Pas perlu muktamadkan sikap yang mengelirukan

PANDANGAN                                                                                 

Memerhati segala macam pergolakan dan perkembangan dalam Pas ke belakangan ini tidak siapa boleh menafikan parti itu diamuk dengan masalahnya tersendiri. Kehebatan amukan itu menunjukkan keadaan parti itu tidak boleh dianggap ia mengalami krisis dalaman persis ribut dalam cawan, tetapi berpotensi untuk merebak lebih besar sehingga menjelmakan ribut taufan.

Ahmad dan Najib, salam sudah kemas hati belum tahu.
Adalah silap kalau pimpinan parti itu mengira krisis itu perkara mudah dan biasa saja yang dapat diuraikan seperti mengasingkan minyak dengan air yang ketara dilihat. Sebab perkembangan dan apa yang berlaku kini menjurus kepada kemelut lebih besar jika tidak ditangani dengan fatanah.

Justeru melihat kepada apa yang berlaku kini Pas perlu bertindak segera mengambil keputusan yang tegas bagi meletakkan parti itu ke atas satu landasan dan jalur jelas dan boleh diyakini orang. Perkucaran pandangan politik sesama pemimpin Pas kini menjadikan parti itu bahtera yang bergoyang dan akan hanyut tanpa ada haluan.

Monday, February 23, 2015

Resolusi Multaqa sebagai pengemas kilas...

ULAS MULTAQA 2                                                                        

Saya menelaah dan menghayati beberapa kali 16 resolusi yang dicapai dan dirumuskan hasil Multaqa Ulamak se-Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak Pas. Multaqa atau pertemuan itu merupakan program berkala dewan itu, dua kali setahun. Kekerapan itu berkebetulan pula dengan peruntukan Perlembagaan Pas yang menetapkan parti itu akan membuat pemilihan kepimpinan setiap dua tahun sekali.

Kerana kebersamaan itu menyebabkan ada "syaitan" beranggapan tujuan Multaqa itu diadakan sebagai menjadi platform atau pun landasan bagi dewan itu berkempen memastikan kepimpinan ulama yang menjadi slogan parti agama itu, dan orang yang disucikan kekal dan tidak diganggu oleh kumpulan lain yang juga menghulurkan niat untuk mengembangkan Islam menerusi organisasi bernama Pas.

Mungkin begitulah pentafsiran daripada kaca mata politik. Tetapi beberapa resolusi yang diputuskan serta keadaan dalam pertemuan itu tidak boleh dinafikan ia merupakan wadah kempen atau persiapan menjelang muktamar Pas Jun nanti. Ia diadakan untuk kepentingan segolongan bukan secara keseluruhan demi mengukuhkan Pas.

Sunday, February 22, 2015

Shafee Abdullah lebih kurang Umi Aflida sahaja

SESUDAH SUBUH                                                                          

Shafee meneruskan kerja Umi Aflida.
Tidak timbul dan tidak penting bagi negara "tigatujuhkosongsatutujuh" ini apakah tindakan Muhammad Sahafee Abdullah yang turun ke lapangan untuk mendedahkan butiran perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, apakah ianya menyalahi undang-undang dan boleh dikelasifikasi sebagai menghina mahkamah atau pun tidak.

Shafee merupakan ketua pendakwa yang dilantik oleh kerajaan untuk mengendalikan kes berkenaan.

Undang-undang negara ini semacam tidak terkena kepada sesiapa yang boleh membantu mengekalkan kekuasaan dimiliki oleh pemimpin Umno dan BN hari ini. Ada semacam tindakan double standard sudah lama berlaku dan ia dibenarkan.

Saturday, February 21, 2015

Duhai ulama Pas jangan jadi macam ular Tedung

ULASAN MULTAQA                                                                      

Ahmad Yaakub: Mamai kata Najib.
Dewan Ulamak Pas telah mengadakan Multaqa Ulamak se-Malaysia II, semacam persidanganlah, sehari suntuk di Serdang Selangor hari ini. Persidangan itu katanya disertai kalangan ulama dan agamawan, yang mendominasinya dewan ulama dalam Pas.

Saya tidak mengikut keseluruhan isi serta hasil dicapai dalam Multaqa berkenaan. Saya hanya membaca laporan dalam protal berita mengenai ucaptama berserta beberapa resolusi dan butiran perbincangan (perbahasan) di sekitar Multaqa tersebut. Boleh tahan juga lidah para ulama apabila bersuara, ia persis seperti "lawi ayam" berkarat.

Tuesday, February 17, 2015

Ahmad Awang boleh ditimbang jadi Musyidul Am

PANAS MENTARI                                                                                              

Ahmad Awang
Pas jangan memandang mudah untuk mencari seorang tokoh agamawan setanding dengan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am Pas kerana jawatan itu penting dan merupakan lambang Pas sebagai sebuah parti agama. Justeru orang yang hendak dilantik biarlah kalau tidak setanding tetapi kiri, bersih dan ikhlas dalam perjuangan bukan saja dilihat bersih dan warak.

Dia juga mestilah bukan sahaja fakeh agama tetapi mempunyai daya politik dinamik.

Bukan bermakna apabila Tokguru meninggal maka pengisi jawatan itu secara mutlaknya timbalannya Dr Haron Din. Haron boleh memangku sementara keputusan mutakamd dibuat.