Saturday, December 31, 2016

Selamat tahun baharu dan terima kasih

UCAP SELAMAT

Saya mengucap selamat tahun 2017 baharu kepada para pejengok sekalian. Untuk maklumat mungkin untuk seminggu ini blog ini tidak dikemaskini. Untuk pengetahuan mulai hari ini saya membuka langkah musafir misi kemanusiaan ke luar negara.

InsyaAllah jika ada kemudahan dan kesempatan saya akan cuba mengemaskinikan blog ini semasa di perantauan nanti. Saya sangat berharap semoga perjalanan musafir misi kemanusiaan ini berjalan lancar dan jaya.

Atas ingatan, ucap selamat dan doa daripada para pejengok sekalian diucapkan berbanyak terima kasih. [klia.kl. 6:55 am 31/12/16]

Thursday, December 29, 2016

Perebutan tanah: Bila keadilan tidak tegak maka terbongkar kemungkaran

BAHAGIAN (6)

Walaupun isu penjualan senidang tanah di Lebuh Raya Rantau Panjang - Pasir Mas dan pertikaian mengenainya, ia tidak sebesar isu 1MDB dari segi nilainya, tetapi kesan moralnya sama sahaja dengan skandal 1MDB yang memualkan itu.

Nilai skandal 1MDB (dikira wang yang disonglapkan ke dalam akaun presiden Umno Najib Razak ialah RM2.6 billion), sementara nilai tanah yang dipertikai itu hanya sekitar RM 22 juta sahaja. Walaupun begitu ia dianggap besar apabila berlaku dalam parti agama yang pemimpinnya bercakap bersendikan Quran dan Hadith.

Wednesday, December 28, 2016

Tawaran Khalid kepada Pas anti klimeks

RESPONS

Khalid Samad
Tampaknya pemimpin Amanah masih menaruh hati dan harapan dengan parti agama (Pas) untuk berbaik-baik dan bekerjasama bagi menentang UBN satu lawan satu dalam Piraum akan datang. Keinginan itu mengiktiraf bahawa Pas masih ada kekuatan walaupun kini sudah berpecah.

Walaupun parti agama itu sudah menunjukkan belang dan ketegasannya menolak sebarang kerjasama di kalangan pembangkang membabitkan Amanah dan DAP, tetapi masih ada pemimpin Amanah terliur dan pelahap untuk mengajak sama Pas.

Apakah pemimpin itu masih terkenang-kenang wangi kentut sesetengah pemimpin Pas semasa berada dalam parti itu dulu? Hanya lidah dapat merasa pahit, kelat, manis, masam dan masin.

Monday, December 26, 2016

Desah derita pelarian Syria menyapa indra rasaku

CATATAN ISTIMEWA

[kemaskini] Perang saudara yang juga dikenali dengan pemberontakan ke atas kekejaman regim Bashar as-Assad di Syria telah menelan ratusan ribu nyawa dan membentuk jutaan pelarian. Kehilangan dan kemusnahan harta benda usah disebut.

Kesangsaraan dan penderitaan angkara perang itu telah melaut luas dan lebarnya. Konflik saudara itu menyebabkan lebih sejuta rakyat Syria yang tidak berdosa dan bingung dengan kejadian itu menjadi pelarian. Mereka mengungsi meninggal kampung halaman mengelakkan terjebak dalam kemelut perang yang dahsyat.

Kedahysatan perang yang sudah berlarutan lebih setengah sedekad sampai ada yang meramalkan ia menjadi api pemula perang dunia ketiga dan membayangkan khiamat hampir tiba? Nauzubillah Minzalik. Belum ada petanda yang ia akan tamat.

Sunday, December 25, 2016

Isu perebutan tanah di Rantau Panjang, kunjungan Hadi ke Tehran

PEREBUTAN TANAH


Mahkamah Tetapkan Bicara Tahun Depan.

Ada dua isu melingkungi parti agama (Pas) yang menarik untuk diperkatakan waktu ini. Walaupun kedua-dua isu itu bersifat personal tetapi kerana ia membabitkan pemimpin tinggi atau tokoh Pas maka ia secara tidak langsung mengheretkan parti agama itu dan mendamgekannya. Suka atau tidak ia diberi perhatian dan dijadikan modal kering dalam politik.

Pasti dalam Piraum 14 nanti kedua-dua isu itu akan digunakan oleh musuh Pas, khansya Umno sekiranya ia tidak dilengsai dengan baik. Atas kebimbangan itu maka kedua-dua isu itu penting perlu diberi tumpuan serta mencari penyelesaiannya.

Saturday, December 24, 2016

Sendu Husam membuat saya tidak bisa tidur

KEMANUSIAAN

Aisyah turut tertegun
dengan kesebakan datuknya.
Diri kita ini kadang-kadang akan berubah hanya kerana sedetik peristiwa atau sekelumit kejadian sahaja. Tidak semestinya peristiwa itu besar yang berlaku di hadapan mata, tetapi cukup sekadar mengetahui dan menghayatinya dengan jiwa insaf.

Atau pun hanya kerana satu peristiwa sahaja ia boleh membuat kita hilang rasa "meta" dan kemanusiaan kita relai dan lunyai. Lebih membahagiakan lagi perubahan yang spontan dan drastik itu juga tanpa diduga memberi sesuatu pengajaran besar penuh pengertian, memaknakan hidup kita sebagai hamba-Nya yang relatif lemah.

Saya kembali ke dalam diri saya sendiri. Saya sebenarnya seorang yang sukar untuk menangis. Air mata saya sangat mahal untuk jatuh tanpa ada tujuan yang tersendiri dan mengenatik yang kuat. Jiwa saya liat untuk menjadi sayu.

Friday, December 23, 2016

Penderitaan rakyat Aleppo mendapat perhatian Darul Hijrah

TABUNG UNTUK ALEPPO

[kemaskini] Penderitaan dan kesangsaraan saudara seagama kita di Aleppo Syria angkara kekejaman regim Bashar as-Assab mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia. Segenap insan yang mempunyai peri kemanusiaan sedang menangis dan kepiluan dengan apa yang dialami mereka kini.

Pengeboman para pemberontak fahaman Sunni yang menguasai bumi Aleppo oleh regim Bashar merupakan peristiwa menyanyatkan hati sebagai menutup tirai tahun 2016. Tanpa mempersoalkan hak dan kebesan bersuara mereka, apa yang berlaku itu satu kekejaman Syiah terhadap Sunni.

Hari ini ribuan rakyat Aleppo hidup dalam penderitaan dan kesengsaraan kehilangan tempat tinggal, kemusnahan harta benda serta melarikan diri mencari perlindungan. Manakala ribuan kanak-kanak dan orang tua terus dihimpi kesejukan dan kelaparan. Keadaan cuaca sejuk kini, dibawah 5 celcisu (-5) menambahkan lagi penderitaan mereka.

Tuesday, December 20, 2016

Membaca nawaitu cadangan gabung Amanah dengan PKR

MERABA RASA

Salahuddin tolak cadangan Azmin.
Cadangan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya Parti Amanah Negara (Amanah) bergabung dengan partinya (PKR) ditolak dengan penuh hormat oleh Salahuddin Ayub.

Sebelum ini Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga dilaporkan mengambil sikap sama.

Penolakan itu tepat, jauh sekali menunjukkan Amanah sombong atau pun angkuh. Keperluan dihasratkan Azmin itu ada kulihanya tetapi bukan waktu ini. Ia juga dianggap anti klimeks disaat Amanah baharu selesai mengadakan konvensyen dan berjaya menunjukkan kekuatannya kepada khalayak.

Pengajaran dan pelajaran daripada "kenakalan" Mohd Faiz

SINGGUNGAN

Tengah anak muda bernama Mohd Faiz.
Sebermula saya membaca status (print skirin) yang ditulis anak muda bernama Mohd Faiz Yusof yang dikongsikan oleh beberapa rakan Facebook saya, dalam hati saya sudah berasa tidak sedap. Ada sepatah ayat yang saya kira boleh membawanya ke lubang nahas. Patah itu berbunyi "letak jawatan sebagai Agong".

Cadangan itu sangat tajam dan berbisa yang juga diangkat sebagai satu keberanian. Dari sisi lain ia satu sikap kurang sopan dan perbuatan sengaja membuka jerut untuk dimasukkan leher. Saya sendiri tatkala menangkapi perkataan itu "bersumut" dalam hati; biadap budak ni. Timbul perasaan kesal apabila gambar Mohd Faiz ditempelkan dengan lambang parti Amanah. Firasat saya juga terus mengira apa yang berlaku itu untuk menjejaskan Amanah.

Monday, December 19, 2016

Buku baharu saya sudah siap dicetak sedia untuk beredar..

PERHATIAN

Alhamdulilah buku baharu saya, buku ke 50 (Sambutan Jubli Emas) sudah siap dicetak. Mulai esok pengiriman menerusi pos laju kepada para penempah awal akan dibuat. InsyaAllah lusa atau tulat penempah awal akan mulai menerima buku masing-masing. Sehubungan itu dimaklumkan, tawaran istimewa dengan potongan postage sebanyak RM7.30 masih dibuka.

Cover hadapan
Kepada penjenguk budiman yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh hubungi saya langsung menerusi WhatsAap ke nombor 019 2336996 atau pun ke nombor 013 2336776 untuk mendapat keterangan lanjut. Harga buku ini RM35.00 di Semenanjung dan RM45 di Sabah dan Sarawak.

Atau anda boleh juga mendapat keterangan di iklan yang terletak di side bar dalam blog ini.
 Ringkasan mengenai buku setebal 432 muka surat ini; ia menjawab beberapa persoalan yang kini sedang berputar dan berkisar dalam kepala umum, antaranya mengenai Pilihan raya umum (Piraum) ke 14 kelak. Apakah ianya diadakan awal tahun hadapan ataupun selepas bulan September? Atau pun Piraum sudah tidak akan diadakan lagi?

Saya menyelami gelora mengenai Piraum itu dan optimis ia besar kemungkinan diadakan pada tahun hadapan (2017) dan tidak mungkin akan berganjak ke tahun 2018. Kenapa? Persoalan itu dijawab dalam buku ini, dalam bab khas berjudul "Piraum 14 Menarik dan Mendebarkan".

Selain mencari tarikh pilihan raya ke 14, buku ini juga cuba memberi huraian kepada persoalan siapakah PM selepas ini? Judul buku ini "Siapa PM Selepas Najib" sedikit sebanyak memberi gambaran kepada anda semua untuk membuat telahan siapakah sosok berkenaan. Mungkin anda setuju dengan saya ataupun ada pendapat lain.

Menerusi buku ini juga saya menyorot mengenai apa dinamakan teori Rahman yang membentuk nama-nama PM Malaysia sebelum ini. Teori berkenaan dianggap sudah habis dengan Najib sebagai penutupnya. Dalam buku ini saya membuka teori baharu, yakitu teori Rahim sebagai kembar atau kesenimbungan kepada teori Rahman.

Gambar wajar pemimpin yang menghias kulit buku ini adalah nama-nama yang disorot dalam teori berkenaan. Yang pasti merjukakan ialah apabila dalam buku ini saya memberi gambaran dan ramalan bahawa mungkin Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menjadi PM, alasan kerana beliau terkeluar dari teori berkenaan. Kenapa?

Dan subjek yang tidak dapat saya lupakan turut dimuatkan dalam buku ini ialah menyuluh mengenai nasib dan keadaan Pas di Kelantan. Apakah parti itu berjaya mengekalkan kerajaanya di Kelantan atau pun ia akan tumbang. Ada hujah-hujah dan faktor yang disertakan dalam bab ini untuk dilihat meramalkan mengenai nasib Pas Kelantan.

Bagi saya kehilangan Tokguru Nik Azizi Nik Mat meninggalkan masalah besar kepada Pas. Penjelmaan Parti Amanah Negara (Amanah) juga menambahkan lagi beban asmara Pas. 

Atas perhatian anda semua diucapkan berbanyak terima kasih. [wm.kl.8:52 pm 19/12/16]