Monday, April 30, 2018

Balada Nik Omar mengheret kontroversi melinangkan air mata

SESUDAH SUBUH

Nik Omar tenang untuk bergerak ke pusat penamaan calon.
PUTERA sulung yang juga anak kedua bekas Mursyid Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar Nik Abdul Aziz, 53, jadi isu sejak awal lagi. Sebaik Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan apabila beliau menunjukkan minat kepada wadah pembaharu itu, ia sudah menjadi isu.

Bahkan beliau sudah pun diumumkan telah menyertai parti itu siap memegang jawatan dengan menggunakan nama samaran sebagai Muhammad Marwan. Di situlah kontroversi terpacak.

Saturday, April 28, 2018

Nik Omar bertanding di kerusi ayahnya, di Dun Chempaka.

LINTAS LANGSUNG

PUTERA sulung Allahyarham Nik Abdul Aziz, Nik Omar, 54 (foto) yang menjadi kontroversi kerana pembabitnya dalam politik hari ini terus menimbulkan persoalan apabila beliau muncul di pusat penamaan calon di Pengkalan Chepa untuk menyerah borang pencalonan.

Kemunculan Nik Omar, jam 8:45 pagi mengejutkan khalayak politik kerana beliau sebelum ini dikhabarkan mungkin membatalkan niatnya untuk bertanding kerana masalah keluarga.

Ada desas desus mengatakan hasratnya itu dihalang oleh ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishaq kerana bimbang berlaku pertempuran dengan adiknya Nik Muhammad Abduh yang dibayangkan akan diletakkan Pas di Dun  Chempaka.

Friday, April 27, 2018

PH menghidangkan calon bergizi berbanding Pas dan BN

ULASAN 

PAKATAN Harapan (PH) menjadi parti terakhir mengumumkan calon-calon mereka. Majlis pengumuman berlangsung di bilik gerakan PH Kadok dalam suasana gerimis malam yang dingin.

Katanya hujan turun sejak sebelum Maghrib lagi yang kadang kala bertukar menjadi hujan mencipta suasana dingin dan tenang. Seakan sudah ditetapkan sebaik selesai sessi sidang akhbar oleh Husam Musa, hujan redha ini memberi bayangan majlis itu direstui.

Mengutip kata-kata Pengerusi PH Kelantan Husam Musa yang berucap mengalu-alu para calon serta memberi sinopsis latar belakang iktisad calon, ternyata calon-calon PH mempunyai komposisi di kalangan mereka yang berketrampilan berbagai-bagai bidang. Sekaligus menggambarkan PH kaya dengan tokoh dan profesional yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat.

Thursday, April 26, 2018

Pas kemukakan senarai calon kitar semula

ULASAN PAGI

Mengibar bendera selepas calon diumumkan.
MALAM tadi Pas Kelantan telah mengumumkan 59 calon-calonnnya yang akan diturunkan dalam Piraum 9 Mei nanti. Ia diumumkan sendiri oleh presidenya Abdul Hadi Awang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu.

Pengumuman pencalonan oleh presiden ini pertama kali berlaku di Kelantan.

Wednesday, April 25, 2018

Rakyat perlu faham kenapa SPR haramkan gambar Dr Mahathir

ULAS PETANG

SPR telah membuat syarat tambahan mengenai bahan kempen pilihan raya umum kali ini di mana menghadkan kepada gambar presiden parti, timbalan dan mereka setaraf dengannya sahaja boleh diguna pakai sebagai bahan kempen.

Gambar selain daripada itu diharamkan.

Syarat tambahan ini bukan sahaja pelik tetapi ia suatu syarat gila bercanggah dengan naluri demokrasi dan juga hak bersuara dibenarkan perlembagaan. Jika diselami ia dibuat bukan untuk menambah baikkan demokrasi dan juga SPR tetapi mengotorkan demokrasi.

Tuesday, April 24, 2018

Taklimat calon PH meriah tetapi kurang mantap?

LAPORAN

Sebahagian calon-calon PH berikrar.
SAYA baru balik dari majlis taklimat kepada calon-calon Pakatan Harapan yang diadakan di Dewan Sivik MMPJ Petaling Jaya. Majlis itu diadakan dua sessi, penerangan kepada para calon PH dan kedua majlis ucapan umum diikuti dengan sidang akhbar.

Saya mengikut majlis umum, di mana ketua-ketua parti, (Majlis Presiden), Dr Mahathir Mohamad, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng memberi ucapan menitik semangat dan amanat kepada para calon.

Sunday, April 22, 2018

BN Kelantan pamer keyakinan untuk tawan Kelantan

ULASAN

Mustapa Mohamed bersemangat mengemukakan
manifesto partinya. Foto: Fathil Asri BH.
UBN Kelantan tampaknya ke depan berbanding dengan Pas dan Pakatan Harapan (PH) apabila mencuri peluang awal untuk membentangkan tawaran dan janji (manifesto) untuk rakyat Kelantan dalam pilihan raya kali ini.

Pedaluan BN mengemukakan manifestonya bagi dinilai oleh rakyat menunjukkan BN tidak sabar-sabar untuk menawan Kelantan.

Friday, April 20, 2018

Mek mengambil berat tentang solatku

BELASUNGKAWA

SEBAGAI anak sesiapa pun mempunyai banyak peristiwa dan kenangan bersama ibunya. Ibulah yang menganugerahkan sejuta kenangan kepada kita.

Ibu adalah orang paling hampir dengan diri kita. Kita dilahirkan dari rahimnya kemudian dibesarkan dengan mandian doanya menjadikan kita manusia seperti hari ini.

Ibu adalah guru pertama buat kita, yang mengajar makan, mengajar berkata-kata dan mengajar segala-gala alif bha tha kehidupan.

Wednesday, April 18, 2018

Ibu saya meninggal dunia

PEMAKLUMAN

Ibu tercinta saya Hajjah Mek Thom Haji Salleh telah kembali ke Rahmatullah pagi ini di hospital Machang dalam usia 76 tahun kerana sakit tua.

Kepulangannya setelah genap enam bulan adikanda saya Rusmini kembali ke Rahmatullah.

Jenazahnya akan dibawa ke kampung halaman di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan.

Jenazah insya-Allah akan dikebumikan selepas Asar nanti.

Atas simpati dan doa anda penjenguk blog Merah Tinta diucapkan berbanyak terima kasih. [subang. 12:54 t/hari 18/04/18]




Saturday, April 14, 2018

Kerajaan sementara Kelantan perlu hormati konvensyen

Abu Talib Othman
SELEPAS SUBUH

MALAM tadi saya berjumpa dengan bekas Peguam Negara Abu Talib Othman semasa sama-sama bertahlil kesyukuran sempena hari ulang tahun Tengku Razaleigh Hamzah di rumahnya. Dikesempatan itu saya sempat bertanya beliau berhubung bidang kuasa atau pun peranan kerajaan sementara (caretaker) yang wujud sekarang ini apabila parlimen dibubarkan.

Apa yang ingin diketahui berhubung cadangan kerajaan sementara Kelantan untuk memanggil mesyuarat bagi meluluskan kontrak pemberian kawasan balak.