Sunday, July 17, 2016

Najib perlu berhenti, Zahid perlu berani

ULASAN PETANG

Apa yang sedang "berbagar-bagar"  dan bermain dalam kepala anda kini? Dan apakah harapan yang ada nantikan daripada apa yang sedang anda fikirkan? Iya, kepala kita yang sayang kepada negara dan merasakan negara sudah berada di ambang kehancuran, terkesimak dengan apa yang meletus semalam, pendendahan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengenai saman awam yang berkaitan langsung dengan maruah dan "keselamatan" negara kita.

Ianya mengenai skandal 1MDB syarikat pelaburan strategik milik kerajaan yang diperkatakan sejak beberapa tahun ini. Pendedahan DOJ semalam memberi maklumat dan menjadi akses baharu menyebabkan kita semua "terkejut beruk" dengan apa yang berlaku. Pendedahan itu juga sekaligus memadamkan pesepsi terhadap 1MDB yang dicorakkan oleh kerajaan, (Najib Razak) sebelum ini sebagai berjalan dengan teratur dan terhindar daripada sebarang penyelewengan.

Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka (yang dibeli dan diupah Najib), menunjukkan skandal memburuk dan membusukkan negara itu hanya rekaan pembangkang dan permainan Dr Mahathir Mohamed semata-mata dalam merebut kuasa, kononnya jauh dari kebenaran. Sebermula ia didedah dan dipersoalkan oleh Anwar Ibrahim sejak tahun 2012 semua prejudis kepada maklumat itu sebagai tindakan jahat oposisi.

Namun pendedahan DOJ semalam, kian menjawab persoalan itu. Kohong makin menyumbat hidung. Ia merupakan maklumat terbaharu perkembangan skandal berkenaan yang sungguh merujakan kita. Apakah Amerika kecewa dengan sesuatu di Malaysia atau dengan Najib, maka pihak Jabatan Kehakimannya bertindak demikian? Rasanya tidak. Jabatan itu lebih ke arah menegakkan kebertangungjawabannya sesuai dengan kedudukan negara berkenaan dan sebagai mengawal wibawanya. Amerika walaupun dikenali dengan negara jahat, tetapi ia sangat obses kepada mengawal jenayah di negaranya.

Kenapa ia mengejutkan, kerana pada saat-saat isu atau skandal berkenaan seakan reda dan mahu berakhir apabila ia disandiwarakan dan dikosmetikkan demikian rupa oleh mereka yang diupah oleh Najib, tiba-tiba pula DOJ mendedahkan perkara itu. Ia semacam bom jangka yang dipasang tetapi gagal dimusnahkan, maka bila tiba masanya ia meletup.

Ertinya usaha Najib untuk memalsukan bom jangka berkenaan dengan berbagai-bagai cara sebelum ini termasuk pecat Peguam Negara, dan diganti dengan orang kepercayaanya, gangguan siasatan SPRM, guna polis dan pacar-pacar hina dalam kabinetnya, gagal sama sekali.

Demikian lumrah alam dan sunatullah, kebenaran itu tidak dapat ditutup.

Yang kita semua tunggu dan nanti kini apakah sikap dan reaksi Najib dengan pendedahan oleh DOJ itu? Apakah dia terus bertahan dengan sikap dan gaya lembut kenyataan hari ini, ataupun bersikap sama seperti presiden Pas, "berklu klik" macam ikan keli dalam besen? Apakah Najib sudah berbai'ah doa dan cara berpolitik daripada Hadi Awang?

Dalam pada itu pendedahan DOJ itu menyebabkan pemimpin parti pembangkang, menjadi kian galak. Pendedahan DOJ itu menyokong apa yang mereka perkatakan sebelum ini. Ia diharap akan membuka mata pihak-pihak yang sengaja memicing mata untuk melihat kebenarannya. Ini termasuk juga pihak Majlis Raja-Raja yang diharap menjadi payung pelindung rakyat. Diharap pendedahan DOJ itu memberi pengetetahuan baharu kepada mereka dan membuat tindakan sewajarnya dengan kedudukan mereka.

Beberapa orang pemimpin pembangkang telah pun memberi reaksi awal dan sekaligus memberi jalan keluar kepada Najib. MB Selangor Mohamed Azmin Ali menggesa Najib mengosongkan kerusi. Katanya Najib tidak boleh berselindung lagi dan kena berterus terang dengan apa yang berlaku dan tidak terus berdalih dengan menganggap skandal ini bukan memalukan negara.

Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa pula meminta sebuah Siasatan di Raja yang ahlinya bukan pilihan PM ditubuhkan. Pandangan Husam itu sejalur dengan pandangan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendesak Yang diPetuan Agong menitah agar ditubuhkan Siasatan di Raja.

Sikap dan reaksi para pemimpin itu tidak perlu dilihat mereka bersuara demi kepentingan politiknya, sebalik semua dibuat adalah untuk rakyat. Ini sesuai dengan apa yang diucapkan oleh Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Awam Amerika Syarikat, Andrew McCabe dalam mengulas mengenai tindakan Jabatan itu, katanya;

"Skandal dalam 1MDB menyebabkan rakyat Malaysia ditipu pada skala besar (menerisi) skim yang hampir berlaku diseluruh negtara."

Demikian pandangan dan perhatinnya orang asing kepada masalah negara. Ia kontradik dengan sikap diambil oleh sesetengah pemimpin dalam kerajaan di Malaysia, yang menerima dan rela bersubahat dengan Najib melindungi skandal berkenaan. Bukankah mereka termasuk 40 penyamun seperti dalam filem Ali Baba dengan 40 penyamun?

Pendedahan DOJ itu juga menjawab sikap diambil oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang sanggup dilucutkan jawatan dan kedudukan sebelum ini. Tidak syak lagi tindakan Muhyiddin itu satu pengorbanan besar baginya untuk menyelamatkan negara dan perlu dihargai rakyat. Seandainya dengan pendedahan DOJ itu masih ada pihak hendak pertahankan Najib, walaupun diupah, ternyata mereka adalah "orang-orang gila".

Persoalan sekarang ini, apa yang anda harap dan nantikan hasil daripada tindakan DOJ itu. Iya, tanpa perbicaraan itu berjalan dan lengsai sudah cukup untuk Najib mengambil tanggungjawab dengan berundur. Beliau perlu mengosongkan kerusi dan letakakan jawatan. Pendedahan DOJ semalam bertaraf dunia yang mengaibkan rakyat dan negara.Manakala nilai skandal itu pula mengatasi apa yang berlaku di Amerika.

Bagaimana pun saya yakin Najib tidak mudah akur dengan segala cadangan-cadangan itu dan terkesan dengan pendedahan DOJ. Sebagai orang yang sudah hilang deria malu, dia tetap akan kekal dengan pendiriannya kini, terus jadi PM selagi tidak rebah dalam bilik air kemudian "selak kera" berberapa hari. Bagi Najib beliau rela mati mempertahankan apa yang dituduh ke atas dirinya itu daripada berundur diri secara terhormat dan mengambil tanggungjawab, mengaku kekhilafan. Beliau rela begitu walaupun sejarah akan mengenangnya sebagai PM yang jatuh dengan skandal kewangan terbesar.

Dan di sini saya nampak hanya satu cara sahaja untuk menggeserkan Najib daripada kedudukan kini bagi mengelakkan dia terus rakus menggunakan kuasa dengan membina berbagai-bagai akta mempertahankan dirinya, yakni timbalannya kini Ahmad Zahid Hamidi harus mengambil risiko dan tanggungjawab melakukan "kudeta" ke atas Najib. Zahid mampu melakukannya dan insyaAllah rakyat akan bersamanya. Dari konteks Umno hanya Zahid yang boleh dan mampu merebahkan Najib dengan kapastiti dan pengaruh yang dimilikinya.

Apakah Zahid berani? [wm.kl.2:00 tm 21/07/16]
Post a Comment