Thursday, December 8, 2016

Batal jemput Dr Mahathir tindakan dukacita

SESUDAH SUBUH

Tindakan mengaibkan Dr Mahathir.
Jika diambil kira dari segi jenis manusia serta latar belakang yang menguruskannya, saya kira pemimpin Umno jauh lebih baik daripada sikap para pemimpin parti agama (Pas).

Pemimpin Pas kebanyakan mereka yang agak terkunci dalam dunianya sendiri dan dipengaruhi dek latar belakang pendidikan yang suka menghukum kononnya bersandarkan sunah dan Quran, menjadikan ia dikira berbeza dengan pemimpin Umno, yang lebih sosial dan terbuka.

Makanya tindakan yang diambil Pas terhadap pemimnpinya yang berpaling tadah atau tidak bersedia akur kepada kehendak mullanya sejak dulu hingga kini akan dihukum sampai ada yang dituduh sebagai menderhaka atau pun kafir.

Tidak pelik kalau sikap itu ada di kalangan sesetengah pemimpin Pas, kerana mereka ahli fakeh kononnya yang tahu apa sahaja sehingga ke dalam hati seseorang. Orang agama apabila terdesak atau mahu keluar daripada keadaan tertekan akan menggunakan hukum agama sebagai penyelesaian atau membela diri. Cara itu dikira praktikal dan tidak boleh dipersoal.

Orang agama sering menggunakan kunci neraka dan syurga dalam sebarang tindak tanduknya. Manakala orang menggunakan akal dianggap sebagai sekular.

Tetapi apabila suasana itu beraku juga kepada pemimpin Umno sikap yang diamalkan oleh Pas itu ia sesuatu mengejutkan. Tidak salah kalau dikatakan mungkin tindakan yang diambil itu adalah atas nasihat daripada parti agama berkenaan yang sebelum ini mengaku untuk menasihati kerajaan alias Umno. Akhir-akhir ini banyak sikap negatif milik Pas dipinjamkan oleh Umno.

Keadaan ini saya merujuk kepada apa yang berlaku terhadap Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Siti Hasmah Mohd Ali yang semalam menerima surat pembatalan jemputan mereka ke istiadat lafaz ikrar dan menandatangani jawatan Yang diPertuan Agong dan timbalannya pada 13 Disember ini.

Pembatalkan itu sesuatu yang mendukacita orang ramai kerana ia berlaku ke atas bekas Perdana Menteri dan pemimpin yang dikagumi negara selama ini. Pembatalan itu yang persis untuk memalukan bekas PM tidak sepatutnya terjadi.

Disebabkan watikah itu dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, bererti tindakan itu melibatkan kesemua sembilan orang raja-raja? Apakah pembatalan itu ada sangkutan dengan politik? Kalau ada ia menunjukkan Raja-Raja juga tidak senang dengan Dr Mahathir? Mungkin terlalu huduh kalau hendak dikatakan begitu kerana kedudukan Raja-Raja itu maksum daripada politik dan tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Raja-raja adalah payung dan institusi yang sangat mulia dalam konteks negara ini. Apa juga usaha atau permainan mengheretnya adalah satu perbuatan keji lagi mengaibkan.

Namun bagi saya kerana negara kita mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan, dimana raja digerakkan oleh eksekutif yang menguasai perlembagaan, maka ia tidak boleh tidak tindakan ke atas Dr Mahathir dan isterinya itu akan dianggap adalah kerana sentimen politik. Ada titik emosi dendam kesumat?

Berdasarkan hakiki institusi itu maka Raja-Raja tidak ada sangkutan dengan politik. Itu persepsi umum. Tetapi bagi saya kerana konsep raja berpelembagaan tentu ia ada campur tangan atau dilakukan atas sentimen politik. Mungkin juga ada orang bertindak dengan beraling-alingan dengan institusi itu.

Apa yang berlaku itu mungkin bagi Dr Mahathir tidak berasa apa-apa dengan tindakan itu. Apabila beliau sudah nekad untuk terjun ke gelanggang siasah semula melawan Najib Razak demi mmpertahankan negara, atau pun untuk mencapai cita-cita peribadinya beliau telah siap sedia gala-galanya, hatta masuk penjara sekalipun.

Dalam ucapannya pada satu forum di Shah Alam bulan lepas beliau ada mengatakan, harga sebuah perjuangan itu adalah keberanian. Tanpa keberanian perjuangan tidak akan berlaku.

Benar, sesuatu perubahan itu boleh dilakukan dengan adanya keberanian, Tindakan beliau berpusing 361 darjah melawan Najib dan menyerang bekas parti yang dipimpinnya adalah keberanian luar biasa dan tindakan dibuat dengan memejam mata. Mereka yang waras tidak mudah menuduh Dr Mahathir degil dan keras kepala melinkan ia berbuat begitu demi negara.

Kerana memiliki sifat itu beliau sudah sedia segala-galanya. Pembatalan jemputan terhadapnya itu tidak sedikit pun mengilankannya. Tetapi yang kesal dan berasakan ia sesuatu tidak elok dan tidak pantas ialah dipihak yang mengeluarkan watikah itu.

Membaca dan memahami isi watikah pembatalan itu ia semacam masih menghormati Dr Mahathir dan Siti Hasmah bila mana ia disudahi dengan doa dan harapan agar kedua Yang Berbahagia itu sihat. Tetapi doa itu kontras dengan mesej watikah itu yang dikira agak melampau dan memalukan Dr Mahathir dan isteri. Ia sesuatu yang tidak patut dan juga boleh disifatkan sebagai kurang beradat (diplomasi) tidak sesuai dengan institusi berkenaan kalau mengenangkan Dr Mahathir adalah bekas pemimpin negara ini.

Lebih terasa apa lagi beliau juga merupakan peneriman darjah Kerabat Diraja (DK), Kelantan dan Johor, darjah tertinggi. Ironisnya yang akan melafazkan ikrar pegang jawatan adalah Sultan Kelantan.

Justeru dengan apa yang berlakaku itu bolehkah dikatakan ada campur tangan politik di pihak Raja-Raja? Wajarkah kalau pihak Raja-Raja ikut sama bermain politik. Saya tidak nampak permainan politik langsung atau atas pandai-pandai Raja-Raja, melainkan ia mendapat arahan daripada pejabat Perdana Menteri. Fungsi dan peranan perdana menteri dalam sistem raja berpelembagana ialah menasihat Yang Dipertuan Agong.

Persoalannya sebagai institusi beradat dan berdarjat, apakah kalau ada arahan daripada penasihat (PM) kandati ianya tidak berjurus, maka Raja-Raja perlu mematuhuinya?

Sesungguhnya apa yang berlaku itu satu peristiwa yang malang kepada umat Melayu di zaman moden ini. Kalau di zaman bahari dahulu, pembesar dihukum bunuh, dibuang daerah dan sebagainya adalah biasa. Ia tidak pelik kerana ketika itu raja-raja lebih bersikap bersultan dimata dan beraja di hati.

Tetapi era ini era digital dimana raja-raja sendiri sudah berpelajaran tinggi, apa yang berlaku di zaman "ritu" sudah tidak sesuai lagi. Penerusan tindakan dan perangai itu juga menyebabkan orang boleh beranggapan dalam sistem perajaan itu tidak mengalami evolusi ketamadunan. [wm.kl. 11:31 am 08/12/16]

No comments: