Monday, December 19, 2016

Buku baharu saya sudah siap dicetak sedia untuk beredar..

PERHATIAN

Alhamdulilah buku baharu saya, buku ke 50 (Sambutan Jubli Emas) sudah siap dicetak. Mulai esok pengiriman menerusi pos laju kepada para penempah awal akan dibuat. InsyaAllah lusa atau tulat penempah awal akan mulai menerima buku masing-masing. Sehubungan itu dimaklumkan, tawaran istimewa dengan potongan postage sebanyak RM7.30 masih dibuka.

Cover hadapan
Kepada penjenguk budiman yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh hubungi saya langsung menerusi WhatsAap ke nombor 019 2336996 atau pun ke nombor 013 2336776 untuk mendapat keterangan lanjut. Harga buku ini RM35.00 di Semenanjung dan RM45 di Sabah dan Sarawak.

Atau anda boleh juga mendapat keterangan di iklan yang terletak di side bar dalam blog ini.
 Ringkasan mengenai buku setebal 432 muka surat ini; ia menjawab beberapa persoalan yang kini sedang berputar dan berkisar dalam kepala umum, antaranya mengenai Pilihan raya umum (Piraum) ke 14 kelak. Apakah ianya diadakan awal tahun hadapan ataupun selepas bulan September? Atau pun Piraum sudah tidak akan diadakan lagi?

Saya menyelami gelora mengenai Piraum itu dan optimis ia besar kemungkinan diadakan pada tahun hadapan (2017) dan tidak mungkin akan berganjak ke tahun 2018. Kenapa? Persoalan itu dijawab dalam buku ini, dalam bab khas berjudul "Piraum 14 Menarik dan Mendebarkan".

Selain mencari tarikh pilihan raya ke 14, buku ini juga cuba memberi huraian kepada persoalan siapakah PM selepas ini? Judul buku ini "Siapa PM Selepas Najib" sedikit sebanyak memberi gambaran kepada anda semua untuk membuat telahan siapakah sosok berkenaan. Mungkin anda setuju dengan saya ataupun ada pendapat lain.

Menerusi buku ini juga saya menyorot mengenai apa dinamakan teori Rahman yang membentuk nama-nama PM Malaysia sebelum ini. Teori berkenaan dianggap sudah habis dengan Najib sebagai penutupnya. Dalam buku ini saya membuka teori baharu, yakitu teori Rahim sebagai kembar atau kesenimbungan kepada teori Rahman.

Gambar wajar pemimpin yang menghias kulit buku ini adalah nama-nama yang disorot dalam teori berkenaan. Yang pasti merjukakan ialah apabila dalam buku ini saya memberi gambaran dan ramalan bahawa mungkin Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menjadi PM, alasan kerana beliau terkeluar dari teori berkenaan. Kenapa?

Dan subjek yang tidak dapat saya lupakan turut dimuatkan dalam buku ini ialah menyuluh mengenai nasib dan keadaan Pas di Kelantan. Apakah parti itu berjaya mengekalkan kerajaanya di Kelantan atau pun ia akan tumbang. Ada hujah-hujah dan faktor yang disertakan dalam bab ini untuk dilihat meramalkan mengenai nasib Pas Kelantan.

Bagi saya kehilangan Tokguru Nik Azizi Nik Mat meninggalkan masalah besar kepada Pas. Penjelmaan Parti Amanah Negara (Amanah) juga menambahkan lagi beban asmara Pas. 

Atas perhatian anda semua diucapkan berbanyak terima kasih. [wm.kl.8:52 pm 19/12/16]

No comments: