Thursday, May 9, 2019

Jumpa mahaguru padi Myanmar.

CATATAN PERJALANAN
[Siri Kedua]

PEMBURUAN Sein Ta Lone tidak begitu memuaskan kerana ketika ini "mango berlian" itu masih belum benar-benar matang. Musim matang sepenuhnya masih belum tiba. Sein Ta Lone baru mula masak, membuang buruk kata orang. Jadi aroma dan keenakan sebenarnya belum dapat dirasai sepenuhnya.

Semasanya kami dihidangkan buah berkenaan semasa makan tengah hari di sebuah restoran Thailand di bandar Yangon, rasa manis sebenarnya belum dirasai, kerana isinya masih rasa "letal" dengan getahnya.

Ini menunjukkan ia belum masak sepenuhnya. Jika ia sudah masak sepenuhnya lidah tidak akan berasa "letal".

Sein Ta Lane akan masak sepenuhnya pertengahan Mei nanti dan klimeknya pada Julai. Pertengahan Julai atau akhir Julai, musimnya sudah berakhir. Jadi kunjungan kami terawal sedikit. Menurut pekebun dan penjual buah-buhan di Yangon, dalam bulan puasa ini gerai buah-buahan di tepi-tepi jalan akan diceriai dengan Sein Ta Lone. Tidak dapat dipastikan pula apakah ada pesta Sein Ta Lone yang dianjurkan di Myanmar?

Nampaknya pemburuan ini sama seperti memburu Alphonso atau Banganpali mango India yang terkenal itu.

Ke New Delhi.
Tahun lepas sambil untuk mehilangkan penat selepas berpilihan raya, saya bersama Husam ke New Delhi untuk menikmati Alphonso yang dianggap sebagai raja mango di negara itu. Alphonso ini adalah antara buah mango yang menjadi kesukaan Raja-raja India di zaman dahulu kala.

Sejarah penghasilan mango di India sungguh menarik sekali. Ramai yang tidak tahu bahawa buah ini menjadi kegemaran dan hidangan istana di India. Buah mango adalah menu utama di istana di India.

Sayang semasa kami tiba di benua India itu, musimnya sudah habis. Musim Alphonso masak baharu sahaja habis. Kemuncak mango ini masak ialah bulan Mei. Kami ke New Delhi akhir bulan Jun. Usahkan untuk dapatnya satu dozen, sebiji pun tidak dapat merasa. Yang tinggal hanya mango jenis-jenis lain, Kaser, Dahsre, Mallika, Rajapuri, Totapuri dan lain-lain. Itu pun bukan semua jenis ada, kebanyakan sudah musim masaknya sudah habis.

Apabila saya diberi tahu Husam di Myanmar ada sejenis mango hebat, maka saya terliur untuk ikut sama. Sayang nasib kami di Myanmar dalam memburu mango terhebat ini sama dengan pemergian ke New Delhi tempoh hari.

Pun begitu, kerana perjalanan kami lewat misi: kemanusiaan dan pedagangan, kehampaan untuk merasai Sein Ta Lone itu bukan sesuatu mengecewakan. Seperti saya nyatakan diawal tadi, perjalanan Husam ke Myanmar itu serampang dua mata. Kehilangan atau kegagalan menemui Sein Ta Lone diganti dengan penemuan lain yang sangat bererti.

Kalau hanya semata-mata untuk menikmati mango, rasanya tidak berbaloi untuk merempuh iklim panas di sana mencecah hingga 40 celcius. Apa lagi dengan kemudahan eletriksiti di Myanmar tidak memuaskan, sering kali blckout dan tidak cukup karan menyebabkan berada dalam hotel pun panas menyinga.

Berjumpa Mahaguru padi Myanmar.

Kyi Sein sedang memberi taklimat kepada
Husam berhubung perjalanan aktiviti kejuruteraannya.
Kami mungkin kecewa dengan Sein Ta Lone, tetapi kami masih bernasib baik. Dalam kunjungan itu, (tanpa pengetahua saya) kami dapat bertemu dengan beberapa ahli perniagaan khususnya dalam bidang pertanian dan perikanan yang siap diatur oleh, Tan See Seng dan Wan Rusli Wan Hassan.

Salah seorangnya Kyi Sein, seorang usahawan berjaya dan terkenal di Myanmar terutamanya dalam bidang pertanian dan pembalakan.

Perjumpaan dan mengenali Kyi Sein ini sesuatu yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit kerana ilmu yang ada kepadanya sungguh merujakan. Kyi Sein bolehlah dianggap sebagai Mr Padi di Myanmar.

Sebelum terlibat dalam dunia pertanian, Kyi Sein awalnya seorang pengusaha balak yang berjaya di Myanmar. Disebabkan ada pertelingkahan dengan kerajaan Junta, menyebabkan pengusahaan itu dihentikan dan beliau mengalih ke bidang pertanian.

Beliau kini muncul sebagai pengusaha padi berjaya di Myanmar dan banyak memberi bantuan kepakaran serta khidmat nasihat kepada Jabatan Pertanian Myanman dan para petani. Beliau juga turut menyedia atau mengeluarkan peralatan pertanian sendiri.

Beliau memiliki pusat kejuteraan sendiri untuk merekacipta peralatan pertanian seperti traktor (kereta pembajak sawah), mesyen penanaman dan penuaian padi. Fungsi bengkelnya selain membaik-pulih peralatan yang rosak atau yang sudah lama, ia juga merekacita peralatan baru berinovasi yang disesauai dengan kegunaan setempat. Kyi Sein seorang yang sungguh inovatif.

Misalnya beliau mereka mesyen membajak yang berbeza semasa musim hujan dan musim kering. Kelainan mesyen ini membolehkan mesyen berkenaan tahan lama. Mana-mana alat atau perkakas jentera yang masih baik diambil dan disuaikan dengan mesyen baru, dikitar semula.

Kyi Sein beri taklimat
keluasan tapak pembenihannya.
Untuk mendapat gambaran lebih jelas aktiviti pusat kejuruteraanya kami dibawa melawat ke bengkelnya dan mendapat penjelasan berkaitan aktiviti kejuteraannya. Dalam bengkel itu dipenuh dengan peralatan pertanian yang dalam proses pembaiki dan juga ditunjuk alat-alat pertanian yang direka ciptanya sendiri.

Kebanyakan jentera adalah yang lama berbagai jenama yang  dibaik-pulihkan. Setelah peralatan itu diperbaiki ia dijual kepada petanai dengan harga lebih murah. Cara Kyi Sein mengendalikan kerja ini juga menjimatkan kos disamping merupakan kebajikannya kepada petani dan sumbangan untuk Myanmar.

Pengalaman berguna.

Tapak benih Sein
seujana mata memandang.
Pengalaman atau apa dipraktikan oleh Kyi Sein ini sangat berguna buat Husam untuk diadaptasikan bagai mengurus Kada yang terlibat dengan sektor pertanian dan mempunyai pelbagai peralatan pertanian yang berbagai.

Salah satu juzu' yang saya nampak, ialah Kada boleh praktikan langkah tidak membazair dengan mengnyahkan peralatan pertanian yang lama kemudian diganti baharu, sedangkan ia boleh dibaik pulih. Difahamkan Kada tidak mesra untuk membaik pulih peralatannya sebaliknya lebih suka memberi yang baru?

Kepakaran yang ada kepada Myi Sein boleh diimport atau dipelajari oleh bahagian Kejuteraan Kada, dan juga agensi lain seperti Mada atau Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang membabitkan menggunakan peralatan atau jentera pertanian.

Barang kali elok juga kalau Kada mengirimkan juruteranya untuk melawat ke bengkel Kyi Sein bagi mempelajari bagaimana cara untuk mengelakkan pembaziran dan peralatan tani Kada daripada dijadikan besi buruk, sedangkan ia mungkin ada yang boleh diperbaiki.

Selain daripada mempunyai bengkel kejuteraan sendiri, Kyi Sein juga terlibat dalam proses membangunkan benih padi. Untuk ini beliau memiliki kira-kira 8,000 ekar bendang untuk menghasilkan benih padi baru bagi kegunaan petani tempatan dan juga di eksport. Bendang berkenaan terletak kira-kira 60km di Timur bandaraya Yangon.

Boleh dikatakan penyediaan benih padi baru untuk para petani di Myanmar dibekalkan olehnya. Kaedah atau cara Kyi Sein dalam membangun industeri pada khususnya mengeluarkan benih boleh dikira moden kerana semuanya menggunakan peralatan atau jentera moden dan diurus secara sistemetik.

Dikesempatan itu Husam dan saya dibawa dengan menaiki kenderaan pancuan empat roda untuk meninjau kawasan bendang benih. Pemandangan sungguh menakjub dan mengusik perasaan apabila petak-petak sawah beranika varieti yang dihasilkan oleh Kyi Sein secara persendirian. [wm.kl.10:58 am 05/09/19] Bersambung.

No comments: