Satu pose dari di laman istana Wakasa Onigajo di puncak gunung Tsuruoyama, Tottori. |
ALHAMDULILAH permusafiran saya ke negara Matahari Terbit selama lima hari enam malam sudah berakhir semalam.
Menjelang Subuh tadi saya selamat sampai ke tanah air setelah menempuhi penerbangan malam selama enam jam setengah. Penerbangan kami cepat 15 minit, syukur.
Tanah air yang sewaktu saya tinggal diselaputi jerebu tebal ada kawasan dilanda jerebu sehingga mencecah hingga 200 IPU banyak sekolah ditutup, membabitkan puluhan ribu pelajar terpaksa diberi cuti.
Kini jerebu sudah agak pulih. Sebaik saya keluar dari lapangan terbang, langit cerah dan siddik fajar seakan memberi tahu saya, negeri kamu sudah Ok.
Insya-Allah berkat doa kita semua yang sayangkan negara, negara kita akan bersih daripada dihurungi jerebu. Semuga bencana angkara manusia itu tidak akan berulang di tahun-tahun akan datang.
Pun begitu tampaknya jerebu walaupun ia menyesakkan
nafas tetapi ia tidak sekejam suasana politik negara yang masih tidak ada titik koma apa lagi nokhtah. Pihak pembangkang terus-terusan menyerang kerajaan PH. Pembangkang seakan tidak dapat berkompromi langsung, mereka lebih kejam daripada jerebu. Sedihnya elemen agama dan bangsa terus dimainkan demi meraih untung politik.
Ignore politik.
Sepanjang saya bermusafir saya igronekan segala maklumat dan perihal politik, baik persengketaan antara opisi dengan kerajaan atau pun percanggahan dan adu domba sesama sendiri dalam parti kerajaan PH. Saya bermusafir antara lain untuk merihatkan akal fikiran di samping cuba mencari penawar untuk mengubat perangai orang kita yang suka dengki dan sakit hati dalam berpolitik.
Bagaimana pun telinga dan hati politik saya tidak dapat rihat. Sebegitu mendengar khabar kematian ahli Parlimen Tanjung Piai Dr Md Farid Mat Rafik, hati mula diusik resah. Di kepala sudah tergambar perang kecil politik akan meletus lagi. Pirake itu akan jadi perang kecil politik (Pekepo). Begitulah apa yang terjadi di negara Malaysia ini yang rakyatnya tidak pernah lelap daripada politik. Kita berpolitik lebih kejam daripada jerebu yang datang hanya di hujung tahun, tetapi kita berpolitik sepanjang tahun.
Dari kejauhan sudah saya bayangkan apa yang berlaku nanti, tentu pilihan raya itu akan hebat dan sengit. Pihak oposisi akan menggunakan pilihan raya itu sebaik mungkin untuk mendapat sokongan rakyat.
Sebaik kembali dari lawatan ke China Salahuddin terus ke pusara Allahyarham Md Farid. |
"Benar", saya membalas kepadanya, 'Din, Tanjung Piai menjadi simbol kekuatan dan penerimaan rakyat pada anta. Walaupun anta bukan mewakili kawasan itu secara langsung tetapi sebagai anak watan, anta kena bertanggungjawab."
"Iya Ti, ana akan pastikan kemenangan dan akan mengerahkan segala kekuatan yang ada," kata Salahuddin. Saya dapat bayangkan betapa menjelang Pirake itu dan sehingga keputusan diumumkan ia menjadikan Timbalan Presiden Amanah itu tidak tenang, sibuk sekali. Salahuddin boleh memandang begitu sahaja pilihan raya itu kerana ia tidak membabitkan partinya, tetapi ukhwah PH menyebabkan pilihan raya itu menjadi tanggungjawab juga.
Jadi sepanjang lima hari berkelana di Jepun khasnya di Osaka dan di Prefektur Tottori yang terletak nun jauh ke bahagian Barat kira-kira 200 km dari Osaka, saya cuba mendiamkan diri dengan politik untuk sejenak. Walaupun ada kekawan minta komen apa-apa isu politik terkini selama tempoh saya bermusafir, mengenai pembatalan mesyuarat Amanah, mengenai Anwar Ibrahim nak jadi PM, tentang Dr Mahathir akan tetap tunaikan janji kepada rakyat menyerahkan jawatan PM kepada Anwar, dan apa-apa, saya diamkan sahaja. Saya memberi penuh konsentrasi kepada pemusafiran saya.
Insya-Allah banyak cerita dan pengalaman yang dikutip semasa di sana dan akan saya kongsikan dalam blog ini sebagai ole-ole untuk penjengok setia blog ini. Saya akan membuat catatan khasnya mengenai perjalanan itu. Tentu yang banyaknya ialah mengenai kehebatan nilai-nilai baik bangsa Jepun yang sudah kerap diperkatakan. Dan kerana saya bermusafir bersama Husam Musa, adalah cerita-cerita atau kisah lama beliau semasa bersama PAM dahulu tersebut, dan akan saya nukilkan.
Teringat kepada ucapan Mohamad Sabu dan kekesalannya kepada negara Islam. Katanya nilai-nilai Islam tidak ada kepada negara Islam tetapi dimiliki oleh beberapa negara kafir di Eropah dan termasuklah Jepun. Benar.. kata Presiden Amanah itu dan akan saya nukilkan kelak mengesahkan apa yang Mat Sabu katakan itu. [wm.kl.3:44 pm 25/09/19]
No comments:
Post a Comment