PANDANGAN
PERBICARAAN dan spekulasi terhadap politik Malaysia seharusnya jadi lebih menarik dan rancak apabila jatuhnya kerajaan PH dan tertubuhnya kerajaan "Curitokrasi" hasil rompakan secara mufakat dilakukan secara bersama oleh Bersatu, serpihan PKR, UBN, GPS dan juga Pas. Peristiwa penggulingan kerajaan PH itu seharusnya jadi satu topik perbincangan menarik yang menghidupkan gelora siasah negara.
Ramai yang terkesima dengan apa yang berlaku dan tidak percaya kalau kerajaan PH yang sebelum ini didendangkan hanya mampu bertahan sepenggal sahaja, tetapi ternyata hanya berusia 22 bulan, tidak sampai separuh penggal. Kerajaan PH adalah kerajaan kemetot dari segi usianya. Apakah ia bakal menjadi satu sejarah?
Para pemerhati dan penganalisa masih belum sempat membuat kajian dan penyelidikan masing-masing, dan belum pun menyimpulkan secara tuntas pihak mana atau individu mana menyebabkan berlakunya angkara rampasan kuasa itu. Belum ada tesis lengkap mengenai peristiwa Februari 2020. Apa lagi ramalan atau pun spekulasi berhubung dengan keupayaan kerajaan Curitokrasi itu.
Perbicaraan dan ulasan berhubung kerajaan itu kini tergantung, ini semua ekoran melandanya Coronavirus (Covid-19) yang menyerang dunia termasuk negara kita awal Februari lalu.
Coronavirus atau Covid-19 semacam dewa penyelamat kepada kerajaan Curitokrasi itu daripada diulas dan dipertuturkan. Apabila Covid-19 menyerang dengan tiba-tiba orang teralpa kepada kejadian (rampasan kuasa) dianggap khianat itu. Covid-19 dikira lebih jahat dan kejam daripada pelaku pencurian kerajaan PH itu.
Kebetulan pula kudeta itu tidak membabitkan kecederaan, pertumpuhan darah, ia berjalan dengan aman dan baik. Tidak ada keributan dan huruhara berlaku. Itu menyebabkan rampasan kuasa itu jauh lebih baik dan berkemanusiaan berbanding dengan Covid-19.
Muhyiddin dan arkitek kerajaan baru itu boleh menarik nafas panjang untuk tidak menerima serangan dan ulasan berterusan buat seketika. Pemain politik khasnya pihak yang kecewa dan kesal dengan kejadian itu, yakni pembangkang mengambil jalan berdamai dengan tidak menyentuh perihal politik, dan masing-masing fokus untuk membendung Coronavirus. Walaupun mereka marah membara di hati, tetapi ditahan untuk berlunak dengan keadaan yang ada.
Walaupun ada juga sedikit sebanyak tutur-turut dan cakap-cakap politik, serangan balas, tetapi ia tidak ketara sangat kerana masing-masing beringat dan berwaspada agar tidak sampai dituduh tidak prihatin kepada masalah negara. Kalau pun yang tidak boleh bersabar dan marah para penyokong bawahan yang terus menggodam dan membahan di media sosial.
Kandati pun begitu pembangkang, bekas kerajaan semacam tidak dapat menyembunyikan kekesalan dan marah dengan apa yang berlaku. Kerana itu pantang ada kesilapan dilakukan oleh menteri kerajaan Curitokrasi, hatta kalau pun ada yang tersasul menyebut angka mereka akan sindir dan diejek habis-habisan khas oleh penyokong bekas kerajaan PH.
Kesimpulannya, kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku kepada kerajaan Curitokrasi itu seterusnya, khasnya selepas berakhirnya era Covid-19. Apakah Muhyiddin berjaya bertahan dan mampu mengutuhkan kerajaan itu atau sebaliknya ia jadi persoalan besar. Ini kerana serangan dan kecaman kepada kerajaan itu masih belum dimulakan secara serius.
Biarlah, wabak yang melanda ini berakhir dahulu. Adalah tepat kalau semua fraksi politik dalam negara ini termasuk pembangkang, memberi tumpuan kepada Covid-19 kalau pun tidak menyokong memberi idea, atau tindakan fizikal, tetapi berilah peluang kepada kerajaan yang ada sekarang ini menguruskannya.
Bagaimana pun sesudah Covid-19 berlalu nanti saya cukup yakin kerajaan Curitokrasi akan berhadapan dengan pelbagai bentuk serangan dan gangguan. Seperti mana kerajaan PH mendapat gangguan diawal mereka membentuk kerajaan, seperti itulah juga kerajaan PN itu akan mengalaminya nanti. Pasti pembangkang akan menyerang kerajaan PN itu secukup-cukupnya. Kelemahan, kegagalan dalam tempoh dua bulan itu akan dibangkitkan. Mereka juga akan menggerak rakyat untuk mengecam kerajaan yang dibentuk dengan menafikan mandat rakyat.
Mereka akan membelasah habis-habisan pembentukan kerajaan berkenaan dan akan cuba meremeh temehkan apa-apa pengisian bakal dibuat kerajaan berkenaan. Apa lagi sehingga kini kerajaan Curitokrasi itu masih belum ada manifestonya sendiri atau belum membentangkan apakah blue print untuk menyelamatkan Melayu dan mendalulat Islam yang dipersoalkan dan dijadikan alasan kenapa mereka menentang kerajaan PH sebelum ini.
Di sini saya tidak mahu berkongsi dan menduga apakah bentuk serangan dan peluru yang akan dilontarkan oleh oposisi kepada kerajaan Curitokrasi itu. Kita tunggu dan menanti bagaimana kreatifnya orang politik saling mencerca sesama sendiri dan membuat lawak mempesona dan menipu rakyat. Sudah pasti oposisi tidak akan duduk diam.
Namun saya yakin mereka (oposisi) sedang bersiap sedia kini. Apa yang hendak saya bentangkan di sini mengenai jangkaan saya akan berlaku beberapa kejutan politik selepas ini. Saya yakin selepas negara diistyharkan selamat dari Covid-19 perang politik akan disambung semula kerana ia tidak ada pengakhiran.
Rancangan.
Sejak awal-awal lagi pembangkang merancang untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin sebagai PM. Disebabkan angka jumlah ahli parlimen yang menyokong Muhyiddin untuk jadi PM diragui, maka oposisi mahu kedudukan Muhyiddin itu disahkan di parlimen. Secara hakikat demokrasinya pembangkang tidak mengikhtiraf Muhyiddin sebagai PM selagi ia tidak disahkan oleh parlimen.
Di situlah nanti mereka mengharap Muhyiddin akan dijatuhkan kerana mereka yakin ahli Parlimen Pagoh itu tidak cukup sokongan di parlimen sekaligus kerajaan Curitokrasi akan tumbang. Apa diharap daripada kejadian itu, tentulah mereka (oposisi) diberi peluang untuk menjadi PM. Sebab itu tarikh awal sidang parlimen ditetapkan pada 8 Mac, dituntut oleh oposisi. Tetapi malang buat mereka dan nasib baik buat Muhyiddin dengan datangnya Coronavirus, sidang itu ditangguhkan sehingga 18 Mei. Penangguhan itu setidak-tidak memberi sedikit kelegaan sementara buat Muhyiddin.
Sebenarnya ia tidak semudah dirancangkan itu. Kalau pembangkang diberi kesempatan untuk membentuk kerajaan mereka semula dengan mengambil mana-mana individu sebagai PM ia tidak akan memuktamadkan kemelut politik negara. Pasti kerajaan itu akan diserang balas pula oleh oposisi ketika itu. Maka terbaik adalah dengan memulangkan semula kuasa kepada rakyat untuk memberi mandat baru. Soalnya apakah kita sanggup dan mempunyai perbelanajan kewangan yang cukup?
Berdasarkan suasana dan kondisi politik begitu, saya tidak yakin kedamaian politik negara akan tercapai sekiranya berlakunya undi tidak percaya walaupun ia memberi kemenangan kepada mana-mana kelompok sekali pun.
Jangaakan selepas Covid.
Memandang demikian kondisi politik, saya menjangkakan ada beberapa kejadian akan berlaku selepas pasca Cobid-19. Jangkaan ini mungkin tidak disetujui dan dikira tidak masuk akal. Tetapi apa yang hendak saya jangkakan, ini adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan begitu sahaja atas sifat politik itu, serba kemungkinan. Tidak ada sesuatu pun yang mustahil dalam dunia politik.
Lantaran demikian rencam dan seninya politik, maka saya menjangkakan akan ada beberapa kejadian atau gerakan politik, atau "insiden politik" mendatang di Malaysia selepas berakhirnya Covid-19 kelak. Antara yang mungkin berlaku:
Kemungkinan pertama: Muhyiddin selaku perdana menteri akan terus berusaha untuk mengukuh kedudukannya dan juga kerajaannya. Untuk ini ada kemungkinan beliau akan mengambil beberapa pendekatan yang tidak munasabah atau drastik tetapi tidak mustahil dan ganjil dalam politik:
i) Beliau akan menawarkan kerjasama dengan pembangkang. Untuk ini beliau boleh dan sedia untuk menawarkan kepada mana-mana sahaja parti pembangkang, misalnya PKR. Pertemuan antara Muhyiddin dengan Anwar Ibrahim baru-barun ini tidak boleh dipandang sebagai satu pertemuan biasa saja, melainkan ia diselit dengan agenda lain. Pemikiran orang politik itu berlapis-lapis dan cakap berkias menyembunyikan rahsia.
Apa yang perlu difahami, Muhyiddin kini menghadapi tentangan daripada partinya sendiri. Bersatu kini terbelah dua, satu dikuasai oleh Muhyiddin sebagai presiden dan satu pihak lagi dikuasai oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi.
Walaupun Amanah ditentang oleh sekutu Muhyiddin dalam PN, yakni Pas, tetapi penentangan Pas kepada Amanah tidak sehebat penentangan mereka kepada DAP. Setidak-tidaknya Pas dan Amanah mempunyai DNA yang sama. Pernah berak sejamban. Sekiranya kesemua kelompok dalam PN ikhlas dan benar-benar untuk mewujudkan kerajaan Melayu berteraskan Islam, maka tiada jalan lain melainkan dengan kaedah itu yang pernah diteladankan oleh Nabi. Apakah benar mereka ingin melaksanakan wawasan itu?
Bagi saya kemungkinan untuk Muhyiddin berkerjasama dengan PKR dan Amanah lebih mudah dan munasabah untuk beliau bergabung semula dengan Dr Mahathir Mohamad. Sekiranya berlaku penggabungan itu kerajaan Curitokrasi juga secara automatik menguasai 2/3 parlimen. Apa lagi buat masa ini Dr Mahathir adalah individu yang dicurigai oleh Muhyiddin kerana terheret dengan phobia masa lalu kepada Mahathir seperti dihadapi Najib dan Abdullah Badawi.
Kemungkinan kedua: Boleh jadi Muhyiddin mengemaskan kerjasama dengan Umno sahaja. Untuk ini beliau boleh dan perlu melupai sengekta peribadi dan perbezaan pendapat dalam soal mengurus negara dengan Ahmad Zahid Hamidi dan juga Najib Razak. Muhyiddin perlu bersedia untuk melupai dosa-dosa mereka itu sekiranya beliau ingin berkeadaan kukuh di kerusi PM. Demi survive politik Muhyiddin boleh menarik balik prinsip integeritinya yang tidak mahu mereka yang tidak bersih.
Jika tidak sanggup menerima samaada Zahid dan Najib, tidak mungkin Muhyiddin dapat bersama berada dalam gerabak Umno kerana mereka kedua adalah kepala geranak Umno. Untuk menerima mereka berdua Muhyiddin boleh ignore tentang segala tuduhan dan dakwaan ke atas mereka. Perdana menteri boleh melakukan apa sahaja dengan kuasa pregogatif yang ada.
Muhyiddin sedar dan dapat merasakan bahawa peranaan parti gabungan PN lain seperti MCA, MIC, GPS dan Pas tidak banyak boleh membantu mereka. Pas tidak mempunyai apa-apa kuasa penarik (super meganetik) bagi menjamin kedudukannya kerana parti itu tidak ada political will melainkan hanya pengikut dan penasihat sahaja.
Justeru kondisi yang ada kepada Pas tidak menakutkan beliau lagipun beliau dapat membaca yang Pas sukar untuk berpaling untuk bergabung dengan mana-mana kelompok pembangkang kerana beberapa pemimpin mereka sedang menikmati habuan pangkat dan kedudukan. Setengah pemimpin Pas kini persis ayam diberi beras sih di bawah "perukup". Kerana itu ia tidak menakutkan Muhyiddin.
Maka untuk mengukuhkan kedudukan dan menjaga maruah kerajaan sekurang-kurangnya wujud sehingga habis penggal beliau boleh mengambil jalan itu.
Kemungkinan ketiga: Muhyiddin akan berusaha mendapat sokongan Dr Mahathir dan parti sepenuhnya. Peluang ini beliau akan perolehi selepas sahih dipilih sebagai presiden nanti. Kekalahan Mukhriz Mahathir yang mencabar beliau untuk jawatan presiden, mungkin menyedarkan Mahathir dan Mukhriz bahawa mereka berdua beranak tidak mungkin dapat menguasai parti lagi. Kegagalan menguasai parti bermakna mereka sudah tidak ada wadah lagi, sedang nafsu politik perlu dilayani.
Bagi Mukhriz pula beliau lebih betah bersama Bersatu daripada parti-parti lain apa lagi Umno sekiranya beliau ingin terus berpolitik sekiranya beliau gagal mencabar Muhyiddin kelak. Untuk beliau membina wadah politik baru sudah tidak mungkin, kerana selama ini pun Mukhriz menuruti buntut ayahnya sahaja.
Kemungkinan keempat: PAS juga tidak boleh berada dalam keadaan selesa dengan apa yang diterima hari ini. Pas cukup kenal dan mengenali cara Umno berpolitik. Mereka bertaa'wun hanya semasa "banjir" (susah sahaja). Selepas banjir habis mereka kembali bercakaran. Hubungan atau taa'wun dengan Umno hari ini bukan merupakan hubungan sampai ke hati sanubari melainkan kerana dibuat atas rasa benci dan jengkil kepada kerajaan PH. Ia berdasarkan emosi dan dendam.
Umno sedia bergabung dengan Pas kerana mereka kehilangan kerajaan, dan Pas pula banyak lebih kepada irihati dan benci kepada Amanah.
Atas keadaan itu maka Pas kena mencari kekuatannya sendiri. Ini yang mungkin terjadi. Dan jika Pas mahu membina kekuatan sendiri, tidak ada jalan lain, melainkan mengajak untuk bergabung dengan pihak yang sehati sejiwa dan mengenali perjuangan mereka sejak asal, dengan mengajak Amanah untuk bersama. Filsafah dalam politik, musuh tidak kekal selamanya begitu juga dengan kawan tidak kekal seabadinya mungkin boleh diambil kira dalam usaha mengembang dan memantapkan parti agama itu.
Pas dengan Amanah boleh bergabung, menjadi satu entiti atau pun Amanah boleh dihancurkan begitu sahaja. Masalah dan alasan diberikan oleh Amanah kenapa mereka marah dan kecewakan Pas dan sehingga menubuhkan parti itu adalah kerana tidak setuju dengan sifat politik dan cara kepimpinan Abdul Hadi Awang.
Perlu diketahui bahawa Pas itu bukan milik seorang individu selama-lamanya. Sekiranya individu yang tidak disenangi itu sudah tiada, sokongan dan nostalgia mereka kepada Pas tentu akan berbunga semula.
Itulah beberapa kemungkinan dan jangkaan suasana politik yang akan berlaku selepas Coronavirus kelak. Semuanya agak musthail tetapi seperti saya katakan tadi dalam dunia politik ianya serba mungkin. Ada beberapa moment dan tindakan serta aksi yang tidak terfikir oleh kita telah terjadi menyebabkan kita semua terkejut beruk.
Misalnya siapa menyangka Azmin Ali yang ditantang dan dididik berpolitik oleh Anwar, dianggap seperti adiknya sendiri, tetapi berakhirnya dengan Azmin menjadi haiwan yang mengigit jari orang yang menyuapinya makan. Begitu juga dengan Muhyiddin yang tidak pernah termimpi dan tidak pernah pun dipanggungkan untuk jadi PM, tetapi kerana kelicitan dan keberanian serta kertegamakannya kini beliau adalah perdana menteri.
Begitu juga dengan Pas yang boleh berbaik dengan Umno. Sebelum ini Pas mengkafirkan Umno, tiba-tiba sahaja Pas lebih menerima kumpulan kafir daripada kumpulan makruh seperti PKR dan Amanah. Itu semua adalah permainan politik yang perlu difahami tetapi sayang masih ramai yang jahil dam buta huruf mengenai seni yang satu ini.
Jadi berdasar kepada zeninya dunia politik itu, yang sering kali melangkau batas akal logik manusia, apa-apa yang saya jangkakan di atas itu tidak musahil dan ia boleh berlaku pasca Covid-19 nanti. [wm.kl. 9:57 am 23/04/2020]
* Kalau esok kita sudah mula berpuasa, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala ibadah kita sepanjang Ramadhan dan selepas itu diterima Allah dan menjadi modal kita untuk disebut sebagai Muslim.

Soal dan masalah Covid-19 lebih penting kerana ia membabitkan kehilangan nyawa manusia dan kemudian menjadi malapetaka kepada negara. Dalam erti kata lain Muhyiddin perlu disokong dan diberi semangat dalam konteks memerangi Coronavirus ini.

Dalam keadaan ini Muhyiddin terpaksa mengukuhkan kedudukannya. Satu cara beliau kena berbaik dan berkerjasama dengan pembangkang. Mungkin amat mustahil untuk mempelawa DAP bersama kerana ada pihak anti DAP di kalangan sekutu Muhyiddin kini, tetapi tidak mustahil bersama PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Walaupun Amanah ditentang oleh sekutu Muhyiddin dalam PN, yakni Pas, tetapi penentangan Pas kepada Amanah tidak sehebat penentangan mereka kepada DAP. Setidak-tidaknya Pas dan Amanah mempunyai DNA yang sama. Pernah berak sejamban. Sekiranya kesemua kelompok dalam PN ikhlas dan benar-benar untuk mewujudkan kerajaan Melayu berteraskan Islam, maka tiada jalan lain melainkan dengan kaedah itu yang pernah diteladankan oleh Nabi. Apakah benar mereka ingin melaksanakan wawasan itu?
Bagi saya kemungkinan untuk Muhyiddin berkerjasama dengan PKR dan Amanah lebih mudah dan munasabah untuk beliau bergabung semula dengan Dr Mahathir Mohamad. Sekiranya berlaku penggabungan itu kerajaan Curitokrasi juga secara automatik menguasai 2/3 parlimen. Apa lagi buat masa ini Dr Mahathir adalah individu yang dicurigai oleh Muhyiddin kerana terheret dengan phobia masa lalu kepada Mahathir seperti dihadapi Najib dan Abdullah Badawi.
Kemungkinan kedua: Boleh jadi Muhyiddin mengemaskan kerjasama dengan Umno sahaja. Untuk ini beliau boleh dan perlu melupai sengekta peribadi dan perbezaan pendapat dalam soal mengurus negara dengan Ahmad Zahid Hamidi dan juga Najib Razak. Muhyiddin perlu bersedia untuk melupai dosa-dosa mereka itu sekiranya beliau ingin berkeadaan kukuh di kerusi PM. Demi survive politik Muhyiddin boleh menarik balik prinsip integeritinya yang tidak mahu mereka yang tidak bersih.
Jika tidak sanggup menerima samaada Zahid dan Najib, tidak mungkin Muhyiddin dapat bersama berada dalam gerabak Umno kerana mereka kedua adalah kepala geranak Umno. Untuk menerima mereka berdua Muhyiddin boleh ignore tentang segala tuduhan dan dakwaan ke atas mereka. Perdana menteri boleh melakukan apa sahaja dengan kuasa pregogatif yang ada.
Muhyiddin sedar dan dapat merasakan bahawa peranaan parti gabungan PN lain seperti MCA, MIC, GPS dan Pas tidak banyak boleh membantu mereka. Pas tidak mempunyai apa-apa kuasa penarik (super meganetik) bagi menjamin kedudukannya kerana parti itu tidak ada political will melainkan hanya pengikut dan penasihat sahaja.
Segala maksud perjuangan yang dilaungkan hanya retorik dan ilusi semata. Pas hanya sebuah organisasi yang memeriahkan politik bukan organisasi yang ada gagasan dan wawasan hendak dilaksanakan. Ini jelas bila tidak ada kuasa mereka meraung, tetapi apabila diberi peluang dan kuasa mereka mengelak dan berhelah. Muhyiddin mengenali akan peribadi parti agama itu.
Justeru kondisi yang ada kepada Pas tidak menakutkan beliau lagipun beliau dapat membaca yang Pas sukar untuk berpaling untuk bergabung dengan mana-mana kelompok pembangkang kerana beberapa pemimpin mereka sedang menikmati habuan pangkat dan kedudukan. Setengah pemimpin Pas kini persis ayam diberi beras sih di bawah "perukup". Kerana itu ia tidak menakutkan Muhyiddin.
Maka untuk mengukuhkan kedudukan dan menjaga maruah kerajaan sekurang-kurangnya wujud sehingga habis penggal beliau boleh mengambil jalan itu.
Kemungkinan ketiga: Muhyiddin akan berusaha mendapat sokongan Dr Mahathir dan parti sepenuhnya. Peluang ini beliau akan perolehi selepas sahih dipilih sebagai presiden nanti. Kekalahan Mukhriz Mahathir yang mencabar beliau untuk jawatan presiden, mungkin menyedarkan Mahathir dan Mukhriz bahawa mereka berdua beranak tidak mungkin dapat menguasai parti lagi. Kegagalan menguasai parti bermakna mereka sudah tidak ada wadah lagi, sedang nafsu politik perlu dilayani.
Bagi Mukhriz pula beliau lebih betah bersama Bersatu daripada parti-parti lain apa lagi Umno sekiranya beliau ingin terus berpolitik sekiranya beliau gagal mencabar Muhyiddin kelak. Untuk beliau membina wadah politik baru sudah tidak mungkin, kerana selama ini pun Mukhriz menuruti buntut ayahnya sahaja.
Kemungkinan keempat: PAS juga tidak boleh berada dalam keadaan selesa dengan apa yang diterima hari ini. Pas cukup kenal dan mengenali cara Umno berpolitik. Mereka bertaa'wun hanya semasa "banjir" (susah sahaja). Selepas banjir habis mereka kembali bercakaran. Hubungan atau taa'wun dengan Umno hari ini bukan merupakan hubungan sampai ke hati sanubari melainkan kerana dibuat atas rasa benci dan jengkil kepada kerajaan PH. Ia berdasarkan emosi dan dendam.
Umno sedia bergabung dengan Pas kerana mereka kehilangan kerajaan, dan Pas pula banyak lebih kepada irihati dan benci kepada Amanah.
Atas keadaan itu maka Pas kena mencari kekuatannya sendiri. Ini yang mungkin terjadi. Dan jika Pas mahu membina kekuatan sendiri, tidak ada jalan lain, melainkan mengajak untuk bergabung dengan pihak yang sehati sejiwa dan mengenali perjuangan mereka sejak asal, dengan mengajak Amanah untuk bersama. Filsafah dalam politik, musuh tidak kekal selamanya begitu juga dengan kawan tidak kekal seabadinya mungkin boleh diambil kira dalam usaha mengembang dan memantapkan parti agama itu.
Pas dengan Amanah boleh bergabung, menjadi satu entiti atau pun Amanah boleh dihancurkan begitu sahaja. Masalah dan alasan diberikan oleh Amanah kenapa mereka marah dan kecewakan Pas dan sehingga menubuhkan parti itu adalah kerana tidak setuju dengan sifat politik dan cara kepimpinan Abdul Hadi Awang.
Perlu diketahui bahawa Pas itu bukan milik seorang individu selama-lamanya. Sekiranya individu yang tidak disenangi itu sudah tiada, sokongan dan nostalgia mereka kepada Pas tentu akan berbunga semula.
Itulah beberapa kemungkinan dan jangkaan suasana politik yang akan berlaku selepas Coronavirus kelak. Semuanya agak musthail tetapi seperti saya katakan tadi dalam dunia politik ianya serba mungkin. Ada beberapa moment dan tindakan serta aksi yang tidak terfikir oleh kita telah terjadi menyebabkan kita semua terkejut beruk.
Misalnya siapa menyangka Azmin Ali yang ditantang dan dididik berpolitik oleh Anwar, dianggap seperti adiknya sendiri, tetapi berakhirnya dengan Azmin menjadi haiwan yang mengigit jari orang yang menyuapinya makan. Begitu juga dengan Muhyiddin yang tidak pernah termimpi dan tidak pernah pun dipanggungkan untuk jadi PM, tetapi kerana kelicitan dan keberanian serta kertegamakannya kini beliau adalah perdana menteri.
Begitu juga dengan Pas yang boleh berbaik dengan Umno. Sebelum ini Pas mengkafirkan Umno, tiba-tiba sahaja Pas lebih menerima kumpulan kafir daripada kumpulan makruh seperti PKR dan Amanah. Itu semua adalah permainan politik yang perlu difahami tetapi sayang masih ramai yang jahil dam buta huruf mengenai seni yang satu ini.
Jadi berdasar kepada zeninya dunia politik itu, yang sering kali melangkau batas akal logik manusia, apa-apa yang saya jangkakan di atas itu tidak musahil dan ia boleh berlaku pasca Covid-19 nanti. [wm.kl. 9:57 am 23/04/2020]
* Kalau esok kita sudah mula berpuasa, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala ibadah kita sepanjang Ramadhan dan selepas itu diterima Allah dan menjadi modal kita untuk disebut sebagai Muslim.
No comments:
Post a Comment