ULASAN PAGI
SEKEJAP lagi sidang khas parlimen akan berlangsung. Menurut aturan dalam mesyuarat hari ini, perdana menteri Mahiaddin Md Yassin akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Tidak dipasti apakah selepas pembentangan itu sidang dibuka untuk ahli parlimen membahas atau tidak?
Kalau mengikut daripada tafsiran pembangkang berpandukan kepada notis mesyuarat sebelum ini, pembentangan beberapa perkara oleh menteri dalam sidang khas selama lima hari itu hanya untuk penjelasan dan pengetahuan ahli parlimen sahaja tanpa boleh membahasnya.
Tetapi sudah ada ralat dibuat oleh Speaker, sepanjang pembentangan itu ahli Parlimen dibenarkan untuk berbahas dan mengemukakan cadangan. Perubahan syarat itu selepas dikiritik dan diprotes oleh pembangkang terhadap peraturan mesyuarat yang cacat itu.
Kalau pun dibenarkan perbahasan, apakah ia akan membawa kepada pengundian? Kalau mengikut amalan biasa, perbahasan sesuatu isu dan perkara dalam parlimen akan diadakan apabila ada apa-apa yang menimbulkan pro kontra, pengundian diadakan untuk mencapai keputusan tuntas.
Apakah pengundi akan dibenarkan oleh Speaker? Kita tahu perkara paling ditakuti oleh Mahiaddin berlaku dalam parlimen sehingga beliau takut untuk mengadakan sidang parlimen ialah apabila apa-apa perkara atau cadangan dibawa oleh kerajaan dalam sidang kalah apabila diadakan pengundian.
Pengundian terhadap apa-apa perkara dalam parlimen ketika ini penting bagi menentuk keabsahan Mahiaddin sebagai perdana menteri. Pengundian akan dijadikan bukti oleh pembangkang untuk menunjukkan bahawa Mahiaddin tidak cukup nombor. Kalau dalam pengundian itu kerajaan kalah, bermakna beliau tidak mempunyai legitimasi. Realiti itu juga tentu akan diambil maklum oleh Yang di-Pertuan Agong.
Kerana memikirkan risiko dan implikasi ini, kita fikir Speaker Azhar Azizan Harun adik kepada Idris Harun akan bertindak mengikut kuasa yang ada kepadanya untuk mengelakkan berlaku pengundian. Azizan dijangka akan menggunakan kuasanya seoptium yang mampu. Azizan akan menggunakan apa sahaja kesempatan yang ada untuk membela perdana menteri dan menjaga air muka Mahiaddin.
Kalau itu berlaku tidak ada guna dan maknalah untuk ahli parlimen pembangkang atau mereka yang tidak bersetuju dengan kerajaan terus berada dalam dewan. Apakah mereka sanggup memekakkan dan sampai memanahkan telinga mendengar penjelasan dan penerangan daripada PM dan menteri-menteri?
Justeru pada hemah saya ada sesuatu tindakan dilakukan oleh pembangkang. Sebaik-baiknya ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai menyatakan protes di atas ketidak adilan sidang yang khilas itu. Tindakan itu pula mestilah sepadu dan bukan dibuat atas nafsu nafsi.
Mereka tidak perlu risau dengan tanggapan rakyat diluar sana dengan tindakan keluar dewan itu. Jangan risau rakyat akan menuduh pembangkang sebagai tidak menjalankan tugas, atau pun tidak menghormati Agong apabila keluar dewan.
Rakyat sudah faham akan keperluan tindakan sebegitu kerana melihat kepincangan parlimen dibawah kerajaan PN. Bahkan rakyat yang sudah jenuh dan muak dengan pemanipulasi pelbagai kuasa oleh Mahiaddin, akan marah kalau ahli parlimen berada dalam dewan mendengar sesuatu yang mengosongkan telinga mereka.
Kalau pembanknag terus berada dalam dewan, rakyat akan melihat pembangkang tidak ada kekuatan atau kuasa apa-apa untuk melawan tindakan pihak menguruskan persidangan yang dianggap sebagai tidak adil dan telah menyalahkan gunakan kuasa itu.
Seandainya pembangkang tidak berbuat sesuatu dan terus memandirkan diri dalam dewan sepanjang sidang berat sebelah itu, maka pembangkang akan disimpulkan sebagai kalah. Kekalahan itu boleh menyebabkan rakyat akan berubah hati untuk menyokong mereka dan beranggapan Mahiaddin berada dipihak betul? [wm.kl.9:43 pm 26/07/2021]
No comments:
Post a Comment