IKLAN PRECETAK
Alhamdulilah penulisan buku baru saya Noktah Sebuah Penantian: Anwar PM10 Kemelut Piraum Ke-15 (NSP) sudah selesai. Proses seterusnya ialah ke percetakan. Seperti biasa sementara buku siap saya memberi peluang kepada para penjenguk blog ini yang berminat untuk membuat tempahan awal (pra cetak).Thursday, December 29, 2022
Wednesday, December 21, 2022
Anwar sudah dapat keabsahan parlimen
ULASAN LEWAT
KEBIMBANGAN mengenai kedudukan Anwar Ibrahim sebagai PM10 sudah berakhir menjelang tengah hari semalam (20 Disember) apabila rang undang-undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 bernilai RM107,718,676,650 diluluskan dengan sebulat suara tanpa perbahasan.Kelulusan dengan selamatnya bajet mini itu melegakan permerhati dan rakyat umum kerana ia telah menamatkan spekulasi yang bajet itu akan dipulau oleh pembangkang untuk menumbangkan Anwar Ibrahim (Tambun) sebagai perdana menteri.
Tuesday, December 20, 2022
Sanusi dan Takiyuddin perlu ambil tanggungjawab, letak jawatan
ISI HATI
KESIAN dan simpati kita dengan nasib parti gemulah chek saya, Pas. Parti itu berada dalam keadaan seperti tidak tentu arah dan hilang pedoman, persis sudah tertukar dan tidak dapat mengenali di antara bintang dengan bulan purnama. Lantaran itu menyebabkan perjuangan parti itu, maksudnya kemenangan besar diperolehi dalam pilihan raya lalu macam sia-sia sahaja.Pas tidak reti dan bijak mengolah kemenangan untuk perkara serta faedah lebih besar lagi. Pas gagal memanfaatkan anugerah emas daripada Allah buat parti itu. Pas kini jadi laksana sang petani yang tahu menangkap Pelanduk tetapi tidak tahu untuk mengandangkannya.
Wednesday, December 14, 2022
Ismail Sabri perlu diberi peranan dalam kerajaan Perpaduan
ULASAN PETANG
Anwar sambut kunjungan Ismail Sabri. |
grand design untuk mengganggu kerajaan Perpaduan nasional. Laporan liar berupa ciapan mengatakan beliau berada di Jakarta dan bertemu dengan beberapa orang ahli politik termasuk Mahiaddin Yassin untuk projek berkenaan adalah satu laporan palsu dan bersifat fitnah.
Tuesday, December 13, 2022
Membaca maksud kunjungan MB Perlis terhadap PM
SESUDAH SUBUH
MB Perlis Mohd Shukri mengunjungi Anwar bawa salam Pas. |
Ia dilakukan sebagai tanda hormat seorang menteri besar kepada seorang perdana menteri. Walaupun MB berkenaan daripada parti lain, tetapi atas semangat federalisme, Mohd Shukri sedia berbuat demikian. Kunjungan itu tentu sedikit sebanyak dapat mengundang ketenangan politik.
Saturday, December 10, 2022
Pas masih ada waktu untuk jadi bijak politik
ULASAN SABTU
PERKEMBANGAN terkini politik di Sabah boleh mencetuskan kemelut politik kebangsaan berterusan. Walaupun ia tidak mengganggu kerajaan Perpaduan yang kian kukuh dan padu, tetapi senario di Sabah itu memberi suasana tidak damai kepada iklim politik negara. Ia mencetuskan satu lagi isu yang memadatkan minda umum.
Semalam dilaporkan semua wakil rakyat Bersatu Sabah mengumumkan meninggal parti tersebut untuk berada dalam GRS sebagai parti atau pertubuhan mereka. Ketua Bersatu Sabah yang juga Ketua Menteri Hajiji Noor mengumumkan mereka keluar daripada Bersatu beramai-ramai.
Monday, December 5, 2022
Mesyuarat khas kabinet serlah keseriusan kerajaan
ULASAN KABINET
BARU 10 hari Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, telah mula nampak hasilnya. Dalam mesyuarat khas kabinet hari ini, beberapa tindakan dan arahan segera sudah dilakukan oleh beliau berhubung perkara yang menjadi perhatian yang sangat ditunggu-tunggu dan dituntut oleh rakyat.
Hari ini semua menteri sudah mulai masuk ke pejabat masing-masing di Putrajaya dan menghadiri mesyuarat khas kabinet dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Semua menteri termasuk dua timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof hadir, kecuali Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Zafrul Abdul Aziz tidak hadir.
Kegagalan bekas menteri Kewangan di zaman Ismail Sabri dan Mahiaddin Yassin menjadi PM itu menimbulkan tanda tanya, tetapi mungkin beliau ada urusan lain lebih besar daripada kepentingan negara pada saat ini.
Saturday, December 3, 2022
Kabinet Perpaduan untuk kestabilan politik dan kesenangan rakyat
Hebat manusia yang membuat spain berkenaan, mungkin kerana mereka sudah mendapat insuran untuk masuk ke syurga dengan percuma.
Keadaan sedikit jadi tambah suspen apabila masa pengumuman itu yang mulanya dilaporkan akan diadakan pada jam 5: 00 petang tetapi tertunda tiga jam kemudian. Kelewatan itu sudah mula "dimenganjingkan” oleh mereka berfikiran haiwan dan tidak pernah tahu berterima kasih dan seronok berada dalam sengketa selama-lamanya.
Bukan mudah untuk menetas telor emas berkenaan. Penubuhan kabinet dalam suasana seperti kita sedia maklum, tiada mana-mana parti mendapat kemenangan mutlak dan parlimen tergantung, ianya memerlukan penghayatan yang mendalam bagi menjamin kesejahteraanya. Kerajaan atau kabinet dibentuk itu bukan kerajaan mutlak milik sesebuah parti (PH), tetapi ia milik semua yang bersedia bekerjasama.
Mencermati.
Thursday, December 1, 2022
TPM - Anwar lebih mengenali hatibudi Zahid
SUSUPAN MALAM
Zahid dan Anwar sudah lama bersahabat. |
Sekiranya tidak ada pindaan, besok Perdana Menteri ke-10 itu akan umumkan barisan kabinet pertamanya.
Siapa masuk siapa tercicir akan terjawab esok. Penjawat paling penting ialah siapakah Timbalan Perdana Menteri dari Semenanjung. TPM dari Sabah - Sarawak seperti sudah pasti akan diberikan ketua whip GPS Fadillah Yusof.
Saturday, November 26, 2022
Asas dan konsep perlu diteliti Anwar bentuk kabinet
ULASAN
Melangkah ke hadapan |
Friday, November 25, 2022
Kebahayaan Pas dalam politik Malaysia
ULASAN
RAMAI yang menyangka kemenangan besar Pas dalam pilihan raya umum (Piraum) ke-15 Sabtu lepas akan membawa Mahiaddin Yassin untuk kembali menduduki kerusi perdana menteri semula buat kali kedua. Mahiaddin diperkirakan akan mencatat rekod menyamai Dr Mahathir Mohamad menjawat jawatan nombor satu itu secara berkembar.
Kemenangan Pas sampai memperolohi 43 kerusi akan membantu pengerusi PN (Mahiaddin Yassin) menjadi perdana menteri. Kejayaan itu juga meletakkan Pas sebagai parti yang bakal dilihat gah di negara ini pada masa akan datang kerana ia meninggalkan kehebatan Umno sebelum ini.
Thursday, November 24, 2022
Anwar PM ke-10
ULASAN
Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai PM ke-10. |
Perkenan itu dianugerahkan selepas Yang diPertuan Agong mengadakan persidangan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara untuk pemakluman dan mendengar apa-apa pandangan bagi menjamin perkenan itu sempurna.
Wednesday, November 23, 2022
Agong perlu tegas beri perkenan kepada Anwar
ULASAN
Anwar tenang menanti perintah. Foto Sinar. |
Tuesday, November 22, 2022
Selesai kemelut dengan formula Hang Nadim dan Muhammad
SESUDAH SUBUH
KEPUTUSAN pilihan raya ke-15 mempunyai hikmah tersendiri. Ia menjadi medan ujian kebijaksanaan para ahli politik kita sejauh mana mereka dapat menyelesaikan kemelut yang terhasil daripada pilihan raya berkenaan. Pilihan raya kali ini menjadi kelam kabut dan membimbangkan apabila keputusan tidak ada mana-mana parti mencapai majoriti mudah (simple majority) untuk membentuk kerajaan.
Akibat daripada itu menyebabkan kerajaan baru Malaysia masih tidak dapat ditubuh hingga ke saat ini. Parlimen ke-15 tergantung. Berbeza dengan 14 pemilu sebelum ini dimana kerajaan akan ditubuh dalam tempoh 48 jam sahaja. Apa yang berlaku hari ini pengalaman baru buat para ahli politik kita dan juga rakyat negara ini. Walaupun ia memejelmakan sesuatu yang rumit, tetapi dari sisi lain memberi peluang menguji bagaimana kita berpolitik. Mencabar sejauh mana kebersamaan kita menanggung masalah negara.
Monday, November 21, 2022
Menanti titah Yang diPertuan Agong
SUSUPAN PAGI
Raja Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah |
Dengan sokongan BN itu Anwar mempunyai sokongan mencukupi 112 kerusi.
Persoalan kini, timbul pula berita boleh mengganggu jiwa apabila 20 daripada 30 ahli parlimen Umno itu tidak menyatakan persetujuan dengan keputusan Zahid itu membawa BN menyokong PH itu. Ada individu tertentu telah mengeluarkan kenyataan bercanggah atau menentang Zahid. Sebagai tindakan penentangan itu dikatakan mereka telah membuat SD mengatakan sokongan kepada Mahiaddin Yassin.
Sunday, November 20, 2022
Keupayaan PN mengejutkan [Analisa Pertama]
ULASAN
PILIHAN raya ke-15 telah selesai kira-kira jam 4:30 pagi tadi (semalam) apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh mengumumkan keputusan dengan rasmi hasil pilihan raya itu. Muktamad PH memperolehi 83 kerusi yang menjadi parti yang mengungguli pilihan raya kali ini.
Manakala PN mengikuti rapat dengan mendapat 73 kerusi hanya sembilan kerusi membezankan kekuatan, sementara Umno hanya dapat mempertahankan 30 kerusi cukup untuk menyelamatkan parti itu agar tidak hilang dari radar politik.
Thursday, November 17, 2022
Dr Khairuddin berpeluang pertahankan kerusi Kuala Nerus
SESUDAH SUBUH
PILIHAN raya umum kali ini agak pelik dan ganjil. Ada beberapa kejadian (pertandingan) yang boleh dianggap aneh dan sukar dipercayai. Ini menjadikan pilihan raya ke-15 ini jadi suspen.
Keadaan ini juga menyebabklan bukan mudah untuk membuat ramalan atau prediction calon mana akan menang kemudian parti mana akan dapat menguasai parlimen kemudian membentuk kerajaan.
Setakat ini semua pihak mendakwa dengan hujah masing-masing akan menang dan membentuk kerajaan.
Wednesday, November 16, 2022
G70 sokong dan pilih Anwar sebagai perdana menteri
ULASAN
Anwar disokong sebagai PM Ke-10 |
Dokongan kali ini bukan sahaja diterima dari kalangan masyarakat marhaen dan komuniti politik yang mendokong gerakan Reformasi diperjuangnya 20 tahun lampau, sebaliknya dokongan dan sokongan juga diterima daripada profesor Melayu yang bernaung dibawah apa dinamakan G70.
G70 terdiri daripada para professional intelektual dari berbagai bidang dan displin ilmu. Antara yang bernaung di bawah G70, adalah:
Gelora rakyat sudah melaut
SESUDAH SUBUH
Orang ramai dari jarak 300 meter dari pentas. |
Semua majlis anjuran PH diberi sambutan mengejutkan. Gelora rakyat sudah melaut.
Monday, November 14, 2022
Harapan PH di Kelantan dan Terengganu masih kabur
LANCONGAN POLITIK (2)
Bendera Pas dan BN di Terengganu menggambarkan kekuatan parti itu. |
Gelombang kebangkitan rakyat seperti di tahun 2018, tidak mengimbau ke Kelantan, Terengganu dan Pahang. Banjaran Titiwangsa sepanjang 500 km dan tinggainya 900 - 2,100 meter menjadi penghadang.
Friday, November 11, 2022
Kebangkitan rakyat Kelantan makin menyerlah
CATATAN
Anwar, Husam dan lain-lain mengaminkan doa dibaca Haji Mokhtar. |
Tuesday, November 8, 2022
Bulan tenggelam di Pantai Barat dan Utara
NOTA PELANCUNGAN
Satu pose di Bagan Serai. |
Saturday, November 5, 2022
Semoga harapan & impian Allahyarham Tok Guru dimakbulkan
KENANGAN
SEWAKTU turun ke Kelantan Khamis lalu semasa berucap dalam majlis bertemu mata dengan para ahli dan penyokong parti Keadilan dan PH di Tendong Pasir Mas, Anwar Ibrahim menceritakan suatu kenangan kehadirannya ke Kelantan yang tidak dapat dilupanya apabila dijemput oleh Tokguru Haji Abdullah Lubuk Tapah ke rumahnya di Lubuk Tapah dan menginap di sana.Anwar mengimbau kenangan itu apabila peristiwa itu diungkitkan oleh Husam Musa, yang menceritakan betapa sayangnya Tok Guru Haji Abdullah kepada Anwar.
Friday, November 4, 2022
Menanti kejutan di hari penamaan calon esok
ULASAN PETANG
Khairuddin Al Takiri antara jadi tumpuan. |
Menjelang tengah hari esok kita akan dapat mengetahui berapa ramai jumlah calon dan juga parti-parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya kali ini.
Sudah pasti jumlah calon yang akan mengambil bahagian dalam pilihan raya kali ini besar memandangkan banyak parti-parti politik terlibat. Mungkin jumlahnya kali ini mencatat sejarah tersendiri.
Wednesday, November 2, 2022
Jom bantu Aishah Bagi Pastikan Anwar Jadi Perdana Menteri
PERHATIAN PENTING
Semalam saya ternampak calon PH untuk kerusi Bagan Serai Aishah Sheikh Ismail menohon dana dari orang ramai untuk membantunya merampas kerusi Bagan Serai.Tersendu hati saya dengan rayuan berkenaan. Saya sangat memahami akan kemampuan kewangannya yang tidak setanding dengan lawannya di kerusi berkenaan.
Umum tahu bahawa beliau tidak memiliki kekayaan seperti calon-calon lain.
Justeru bagi meringankan bebannya dan sebagai memadu keringat bersama Aishah memastikan kerusi P058 itu menjadi kerusi pengenap untuk Anwar Jadi PM.. Ayuh... kita sama-sama membantunya sekadar termampu.
Bersama Aishah ketika bertemu di R&R Sungai Buloh. |
InsyaAllah saya akan memulakan. Mereka berhajat boleh WhatsApp kepada saya nombor 016 8443996. Wassalam. Trims.
Monday, October 31, 2022
Politik banjir kepala air di Kedah
ULASAN MALAM
Mereka sedang memberi kenyataan akhbar berhubung banjir kepala air di Kedah? |
Apabila kolam itu sarat dengan air menyebabkan takungan pecah dan menghemburkan banjir yang dinamakan banjir kepala air.
Sunday, October 30, 2022
Usaha pastikan Mohd Amar tidak jadi MB
ULASAN MINGGU
WALAUPUN ada tanda yang rakyat Kelantan tidak senang dengan pembawaan politik Mohd AmarNik Abdullah namun tidak begitu kepada anggota Pas. Orang Pas termasuk pimpinan atas tidak dapat menghidu akan kesan buruk akibat pembawaan politik timbalan menteri besar Kelantan itu kepada parti berkenaan.
Jika melayari media sosial dengan mudah dapat ditemui kritikan, sindiran dan perasaan marah ditumpahkan kepada Mohd Amar oleh rakyat Kelantan. Setiap kali beliau memberi ulasan atau jawaban bersifat simplistik dan mengenakan orang beliau akan dikecam dengan pelbagai kata-kata huduh, setanding dengan apa yang tumpah dari mulutnya.
Tuesday, October 25, 2022
Politik Dajjal tidak perlu dibawa ke Sabah dan Sarawak
MENJOLOK MENTARI
Zahid Hamidi tidak perlu menjaja idea bolos. |
politik) Sabah dan Sarawak. Ketakutan ini jelas terbayang apabila berlaku politik Dajjal, tawar menawar jawatan berupa habuan kepada ahli politik daripada kedua negeri itu.
Orang Semenanjung sedang rancak menjaja jawatan TPM di Kota Kinabalu dan Kuching seminggu dua menjelang Piraum ke-15 ini.
Lagak mereka macam peraih durian musang king di tepi-tepi jalan di Raub yang saling bersaing dan memberi tawaran dan harga runtuh untuk menarik hati pelanggan.
Saturday, October 22, 2022
Rahsia Dr Mahathir mahu menjilat ludahnya?
PENDAPAT
Mahathir sangguk ke mahkamah untuk memperdayakan Anwar. |
Wednesday, October 19, 2022
Musa Hitam pilih Anwar sebagai perdana menteri?
ULASAN PAGI
Banner pengakuan ikhas Musa. |
Menurut penilaian negarawan itu, ketiga mereka, Anwar, Ismail Sabri dan Mahiaddin mempunyai kualiti, daya tahan serta karisma dalam memimpin negara yang sedang mengharungi cabaran masa kini.
Friday, October 14, 2022
Pas terpaksa buat keputusan yang berat
SUSUPAN PAGI
PAS akhirnya membuat keputusan atas dua perkara penting pada hari ini (semalam). Keputusan itu sangat berat bagi Pas. Apabila ia terpaksa dibuat tentu setelah difikir dan dinilai semasak-masaknya baik buruk dan implikasi berbagai sudut sebab ia bakal memberi kesan kepada parti itu.
Thursday, October 13, 2022
Kedangkalan seorang ketua
ULASAN
GURAU Zahid Hamidi ketika berucap di perhimpunan agung tahunan MIC Isnin lepas mendapatperhatian dan diberi persepsi berbagai-bagai oleh orang ramai. Petikan ucapan itu juga tular dalam pelbagai laman media sosial dan dijadikan bahan kempen pilihan raya bagi menghentam UBN.
Ucapan beliau itu bernada gurauan atau seloroh sahaja, yang memberi peringatan kepada para pemimpin BN supaya memastikan Piraum ke-15 dimenangi BN jika mereka mahu selamat daripada didakwa di mahkamah.
Tuesday, October 11, 2022
Parlimen dibubar, pisau kuasa ditangan rakyat
SUSUPAN PAGI
Ismail Sabri umumkan pembubaran parlimen dan melepas beban dipikulnya. |
Kita sedia maklum dan percaya keputusan itu bukan atas kehendak peribadi beliau, melainkan kerana akur dengan kehendak Umno
Friday, October 7, 2022
Pas Kelantan boleh tumbang jika para pembela sepakat
RENCANA KHAS
HASRAT dan keinginan para politis Kelantan dan rakyat yang sudah merasa "naik muak" dengan pemerintahan Pas di Kelantan sungguh tinggi. Semangat itu sedang membakar. Mereka ini sudah tidak boleh berkompromi lagi dengan Pas kerana enggan bersubahat dengan kebobrokan dilakukan parti itu. Bagi mereka sudah tiada maaf bagi mu.Pendirian dan sikap ini sedikit berbeza dengan sikap dan pendirian peribadi saya sebagai pemerhati politik. Bagi saya kerajaan Pas di Kelantan masih boleh dimaaf dan diselamatkan dengan syarat, parti itu perlu sedia menyalin lebih separuh pemimpinnya yang ada hari ini. Pas sebagai badan siasah masih relevan dengan citarasa orang Kelantan.
Thursday, October 6, 2022
Harapan Zahid tidak kesampaian
ULASAN MALAM
Gambar ini menunjukkan Zahid yang beriya bukan Ismail Sabri. |
Peranan Menteri Ismail Sabri Yakob telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong petang tadi. Walaupun pertemuan Ismail Sabri dengan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah itu adalah rutin sebelum mesyuarat kabinet, tetapi ia diharap Ismail Sabri akan mengemukakan permohonan untuk membubarkan parlimen.
Tuesday, October 4, 2022
Mengapa tutup mata melihat realiti Anwar?
Anwar keistimewaannya tidak tidak dinilai oleh sesetengah pihak. |
Monday, October 3, 2022
Apabila Zahid sudah berlunak dengan Pas
RENCANA
DALAM riuh randah dakwaan Umno mempunyai kekuatan untuk kembali berkuasa sehinggakan mendesak agar parlimen dibubarkan, tiba-tiba presidennya Ahmad Zahid Hamidi berubah sikap menjadi lunak dengan Pas secara tiba-tiba. Mimpi apa yang menjolok tidur ahli parlimen Bagan Datuk itu.Sunday, October 2, 2022
Parti mana hendak disokong?
SAYA sering ditanya oleh rakan-rakan media sosial (medsos) khasnya dari kalangan anak muda, parti mana yang hendak sokong dalam pilihan raya akan datang. Saya faham kenapa mereka mengajukan demikian kerana mereka tidak begitu arif dengan "fiil rupa" parti politik. Mereka orang baru yang mengikuti perkembangan politik lewat medsos.
Pertanyaan sebegitu juga tidak terkecuali datang daripada mereka yang berparti, dan ada yang memegang jawatan diperingkat cawangan, bahagian atau kawasan. Ini sedikit memelikkan saya kenapa sampai begitu sekali. Apakah mereka menyertai parti dahulu dibuat bukan atas kesedaran atau ketaakulan sendiri, sebaliknya kerana ikut-ikutan atau pun disuruh menyertai parti politik?
Telatah golongan pertama itu tidak menghairankan kerana mereka orang baru. Tetapi golongan kedua itu agak pelik sedikit. Kenapa mereka bertanyakan saya, walhal mereka setengah adalah pejuang parti, bahkan ada yang terbabit sebagai pengasas parti berkenaan.
Saturday, October 1, 2022
Apakah sejarah 44 tahun lalu berulang di Kelantan?
Mohamad Nasir |
Bertolak kepada hakikat itu, apakah sejarah politik di Kelantan yang berlaku 44 tahun lampau akan berulang. Sebenarnya setiap detik yang berdekap dan kita lalui, ia umapama kita sedang menyirat semua bilah-bilah sejarah hidup.
Wednesday, September 28, 2022
27 kerusi kritikal jadikan Pas, Umno dan Bersatu meroyan
ULASAN
GARA-GARA 27 kerusi parlimen yang dikategorikan sebagai kritikal menyebabkan tiga buah parti bernuansa Melayu - agama; Umno, Pas dan Bersatu seperti sedang meroyan kini. Ketiga-tiga parti itu masih mencari formula terbaik untuk mengatasi dan menghuraikan masalah itu.
Pas yang menggunakan slogan politik sejahtera cuba menyatukan dua kelompok Melayu itu dengan menggunakan landasan penuh retorika perpaduan ummah. Walaupun landasan diambil oleh Pas itu boleh meragukan kejilahannya dan bersifat "rasis" dalam konteks masyarakat Malaysia, tetapi itulah modal besar Pas, mengajak menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran daripada "aurad" fahamannya.
Pas sangat memahami jika kedua parti itu tidak didamaikan sehingga berlaku perebutan di 27 kerusi kritikal itu harapan kelompok bernuansa Melayu - agama itu menang tidak akan tercapai.
Friday, September 23, 2022
Semua parti perlu sedia pelan khusus untuk hapus rasuah
MASALAH rasuah yang melanda negara dan sekaligus menyebabkan negara terkesan apabila dipandang buruk oleh dunia luar, antara kesannya, para pelabur berhati-hati untuk melabur terus mendapat perhatian Raja Nazrin Muizuddin Shah (foto) apabila baginda menekankan masalah rasuah tidak boleh dibiarkan dan mengibaratkannya sebagai barah.
Wednesday, September 21, 2022
Tiada pilihan raya umum tahun ini?
TERKINI
MESYUARAT kabinet hari ini dilaporkan telah membincang mengenai pilihan raya umum ke-15. Memetik sebuah laporan perkara itu disahkan oleh seorang anggota kabinet Shahidan Kassim tetapi beliau enggan mengulas lanjut.
Jurucakap kabinet juga tidak melaporkan apa-apa tentang perkara itu. Selalunya apabila selesai mesyuarat kabinet, adalah menteri yang menjadi jurucakap kabinet akan melaporkan apa-apa atau putusan yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Baru-baru ini pemuda BN telah mendesak Ismail Sabri Yaakob agar membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan. Semasa menghadiri majlis peluncuran jentera pilihan raya BN, Ismail Sabri didesak secara bersemuka menyebabkan beliau memberi respon (jaminan) mengatakan "sedikit" (masa) sahaja lagi parlimen dibubarkan.
Sunday, September 18, 2022
Dua veteran Umno tidak yakin BN akan menang
DALAM koboran semangat pemuda Barisan Nasional (BN) melaung dan menekan Ismail Sabri
Yaakob membubarkan parlimen bagi membolehkan Piraum (pilihan raya umum) diadakan, dua pemimpin veteran Umno memberi pandangan negatif yang kontras dengan kehendak itu yang menunjukkan mereka tidak yakin dengan kekuatan yang ada kepada parti tunggal BN, yakitu Umno sekarang ini.
Bekas ahli parlimen Segamat yang juga bekas timbalan presiden Umno Musa Hitam dan bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah masing-masing memberi pandangan dan pendapat yang mereka tidak yakin Umno (BN) boleh menang dalam pilihan raya itu nanti.
Monday, September 12, 2022
Rapat Mega KEADILAN warm-up untuk berpilihan raya
CATATAN
Anwar Ibrahim yang tidak pernah giveup. |
Selepas dua setengah tahun kemudian baru ada kegiatan politik itu pun bersifat kecil-kecilan terhad dalam ruang tertutup sahaja. Kehadiran juga terbatas dan perlu mematuhi sop yang ketat.
Friday, September 9, 2022
Laporan polis oleh Dap terhadap Hadi tidak bijak
Adun Dap kerusi Seri Delima, Syerleena Rashid (foto) yang membuat laporan SPRM terhadap presiden Pas Abdul Hadil Awang kononnya presiden parti agama itu menerima wang hasil pengubahan wang haram RM90 juta.
Laporan Adun berkenaan dibuat berasaskan video Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown yang tular baru-baru ini, yang dikatakan “mengesahkan” dakwaannya bahawa Umno memberi rasuah RM90 juta kepada Pas untuk mendapatkan sokongan parti itu pada pilihan raya umum ke-14.
Wednesday, September 7, 2022
Anwar tidak perlu peduli strategi Pas
REAKSI
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyelar Pas yang mahu jadi "king maker" dengan menyasarkan menang 40 kerusi pada pilihan raya umum ke-15 nanti kerana cara itu menurutnya Pas boleh ugut kerajaan bagi mendapatkan jawatan.
Menurut Anwar cara Pas itu berbahaya kerana memberi ugutan ia seolah-olah menggunakan kerusi itu untuk scam bagi mendapat jawatan, sebaliknya tidak mengetegahkan agenda perjuangan parti tersebut.
"Itu satu pendekatan merbahaya kerana akan memberi ugutan. Umpamanya (dengan menjadi) king maker, maknanya kami (Pas) nak scam (jawatan) menteri, kami nak scam kedudukan seperti berlaku sekarang," ujarnya mengulas tindakan Pas itu dipetik.
Monday, September 5, 2022
Kesan dan implikasi ekoran Najib terhukum
ULASAN
PEMENJARAAN bekas presiden Umno dan bekas perdana menteri Mohd Najib Razak, 69 kerana bersalah menyalahgunakan dana SRC Internationl RM42 juta memberi kesan dan implikasi politik yang besar.
Najib Razak |
Jadi tidak hairan, kalau ada pemimpin Umno termasuk dari kalangan pemimpinnya menjadi "gila" dan "naik angin" dengan
tindakan Mahkamah Persekutuan itu, sehinggakan terbit prejudis kononnya keadilan tidak diberikan kepada Najib Razak.
Wednesday, August 31, 2022
Semua gabungan tidak mantap untuk hadapi pilihan raya
SUSUPAN PAGI
KETIKA kian hampirnya pilihan raya umum ke-15, keadaan dan suasana politik makin celaru, huruhara dan tidak menentu. Kenyataan yang dikeluarkan daripada para pemimpin politik baik secara persendirian atau mewakili parti atau gabungan, menunjukkan keadaan yang tidak harmonis. Ia saling bercanggahan antara satu sama lain.
Percanggahan itu menunjukkan tidak konsenkuensi mereka dalam menangani senario politik hari ini. Kondisi itu juga menggambarkan pilihan raya akan datang akan berlangsung dalam ketidaktentuan arahan. Tidak ada mana-mana gabungan atau parti politik yang kompak. Ini sedikit sebanyak boleh mengelirukan orang ramai, atau pengundi untuk membuat pilihan tepat.
Justeru munasabahlah kalau orang berpendapat dalam pilihan raya akan datang tidak ada mana-mana parti atau gabungan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian. Tidak ada mana-mana koalisi yang boleh menubuhkan kerajaan tanpa bergabung dengan pihak-pihak lain.
Tuesday, August 23, 2022
Signifikan hari Selasa buat Najib
ULASAN
Wajah akhir Najib di luar penjara. |
sebut akan menyaman Sarawak Report yang melaporkan berita mengenai penglibatan Najib berhubung 1MDB. Semua orang menunggu hari Selasa, tetapi tidak ada kenyataan Najib berhubung hasratnya itu. Lama-lama hari Selasa menjadi "olok-olokan" orang kepada bekas perdana menteri ke-6 itu.
Namun hari Selasa memberi signifikan juga kepada Najib. Kerana hari ini, Selasa beliau ditakdir akan mulai menjalani hukuman penjara selama 12 tahun berserta dengan denda apabila Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan sabit kesalahan ke atasnya dan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Monday, August 22, 2022
Sumpah laknat sumpah terdesak
ULASAN
Najib sedang meluahkan sumpah laknat di masjid Kg. Baru. |
Friday, August 19, 2022
Seandainya Najib ke penjara?
CATATAN SEBELUM JUMAAT
Najib mengaku dia sendirian. |
Warga Umno amnya dan penyokong tegar Najib khasnya, perlu membuat pertimbangan dan persediaan awal untuk menghadapi segala kemungkinan itu. Mereka harus bersedia, apakah jalan dan langkah seterusnya untuk diambil. Sebuah perjuangan tidak boleh dimatikan apabila seseorang ketua itu hilang. Patah tumbuh hilang berganti.
Thursday, August 18, 2022
Perbezaan Najib dengan Anwar Ibrahim
Anwar dikeliling penyokong di mahkamah. |
Pengulas berkenaan kesal dengan sikap dan perangai orang Umno yang bersikap seperti kacang lupakan kulit. Yang memuja dan mencium tangan ketika seseorang itu berkuasa dan berkedudukan dan akan menjauhi bila kuasa dan kedudukannya lenyap.
Tuesday, August 16, 2022
Jajaran baru politik selepas pilihan raya
MENJOLOK MENTARI
KITA sambung perbualan menerusi panggilan terjah seorang kawan saya malam kemarin dahulu. Selain ingin memberi maklumat (senario) kepada saya berhubung isu LSC yang tidak menguntungkan UBN itu, mauduk kedua yang dibicarakan mengenai prihal pilihan raya umum ke-15. Kawan saya itu merupakan seorang ahli dan propagandis Umno (BN) sangat mengharapkan agar BN kembali berkuasa.
Banyaklah manfaat yang diperolehinya kalau UBN kembali berkuasa. Baginya pengembalian kuasa UBN bukan untuk kepentingan bangsa dan negara, tetapi lebih kepada untung diri sendiri. Maaf.
Monday, August 15, 2022
Panggilan terjah daripada seorang kawan
SUSUPAN PAGI
Bentuk kapal LCS yang dikatakan dalam proses pembinaan. |
pengalaman menghubungi saya. Saat itu mata saya sudah keluyuan. Tetapi melihat pemanggilnya seorang yang saya hormati, saya nyalakan semula lampu dan terus ngomong dengannya.
Sudah lama dia tidak membuat panggilan terjah kepada saya. Selalunya bila ada panggilan terjah begitu adalah perkara penting hendak disampaikan ataupun dibincang. Pada hujung perbualan itu, dia mengharap dalam waktu terdekat saya dapat minum atau mengopi bersamanya.
Saturday, August 13, 2022
Transformasi kepimpinan dalam Keadilan
Wednesday, August 10, 2022
Tiga nama disebut bakal MB Kelantan
SUSUPAN PETANG
Dr Fadzli Hassan |
Ceritanya mengenai kedudukan jawatan MB selepas Piraum ke-15 kelak. Siapakah akan jadi menteri besar selepas pilihan itu nanti, subjek itu menjadi tanda tanya, penilaian dan perhatian apabila ada desas desus Ahmad Yaakob ingin berundur atas faktor kesihatan.
Perhatian itu berpusat dalam kalangan Pas apabila dilihat parti itu masih mampu untuk mengekalkan pemerintahan di negeri berkenaan. Ukuran ini berdasarkan situasi semasa dimana pembangkang khas PH dalam keadaan lemah, berkecamukkan sesama sendiri dan tiada strategi. Keadaan ini menjadikan oposisi tidak mungkin dapat mencabar Pas.
Friday, August 5, 2022
GTA: Gerakan Gila Talak Mahathir dan Ibrahim
ULASAN
Dr Mahathir ketika umum penubuhan gerakan Gila Talak. |
GTA ditubuhkan kononnya untuk membela bangsa Melayu dan juga Islam setelah parti-parti lain yang sedia ada khasnya Umno yang gagal.
Tuesday, August 2, 2022
Buku: Gerakan Reformasi Dua Dekad, rakam sejarah dan denai perjuangan reformasi
Buku yang merakam sejarah reformasi. |
Mungkin sebahagian daripada mereka ketika api reformasi mula melepuh, mereka masih berada dalam rahim ibu masing-masing. Ibu dan bapa mereka yang mengambil bahagian dalam siri-siri tunjuk perasaan, melaungkan slogan Reformasi, membawa sama mereka ke Jalan Tunku Abdul Rahman, Dataran Merdeka dan menjelajah ke pelusuk negara dalam kandungan.
Friday, July 29, 2022
Akta lompat disokong sebahagian pengkhianat
ULASAN
Parlimen tempat gubal undang-undang jangan pula undang-undang dilanggar. |
Tuesday, July 26, 2022
Rakyat Kelantan bersemangat untuk tumbangkan Pas
SUSUPAN SUBUH
Masjid Razaleigh di Gua Musang boleh mengaspirasikan rakyat Kelantan untuk berubah. |
Tuesday, July 19, 2022
Najib imam yang baik tetapi solatnya terbatal
WAU WAU BULAN
Pukkkkkkk......! |
Berbagai fakta
dihimpun dan dieksploitkan bagi menggambarkan kehebatan dan kemurnian bekas perdana menteri sembilan tahun itu.
Diceritakan dibawah pentadbiran Najib selama
sembilan tahun, asset negara meningkat, manakala ekonomi berkembang macam bunga
raya kembang pagi. Dan merujakan kononnya Najib tidak menjahanamkannya? 😂😄😄