Thursday, December 29, 2022

Perhatian: Sudah siap buku yang mungkin anda tunggu

IKLAN PRECETAK

Alhamdulilah penulisan buku baru saya Noktah Sebuah Penantian: Anwar PM10 Kemelut Piraum Ke-15 (NSP) sudah selesai. Proses seterusnya ialah ke percetakan. Seperti biasa sementara buku siap saya memberi peluang kepada para penjenguk blog ini yang berminat untuk membuat tempahan awal (pra cetak). 

Wednesday, December 21, 2022

Anwar sudah dapat keabsahan parlimen

ULASAN LEWAT

KEBIMBANGAN mengenai kedudukan Anwar Ibrahim sebagai PM10 sudah berakhir menjelang tengah hari semalam (20 Disember) apabila rang undang-undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 bernilai RM107,718,676,650 diluluskan dengan sebulat suara tanpa perbahasan. 

Kelulusan dengan selamatnya bajet mini itu melegakan permerhati dan rakyat umum kerana ia telah menamatkan spekulasi yang bajet itu akan dipulau oleh pembangkang untuk menumbangkan Anwar Ibrahim (Tambun) sebagai perdana menteri. 

Tuesday, December 20, 2022

Sanusi dan Takiyuddin perlu ambil tanggungjawab, letak jawatan

 ISI HATI

KESIAN dan simpati kita dengan nasib parti gemulah chek saya, Pas. Parti itu berada dalam keadaan seperti tidak tentu arah dan hilang pedoman, persis sudah tertukar dan tidak dapat mengenali di antara bintang dengan bulan purnama. Lantaran itu menyebabkan perjuangan parti itu, maksudnya kemenangan besar diperolehi dalam pilihan raya lalu macam sia-sia sahaja. 

Pas tidak reti dan bijak mengolah kemenangan untuk perkara serta faedah lebih besar lagi. Pas gagal memanfaatkan anugerah emas daripada Allah buat parti itu. Pas kini jadi laksana sang petani yang tahu menangkap Pelanduk tetapi tidak tahu untuk mengandangkannya.  

Wednesday, December 14, 2022

Ismail Sabri perlu diberi peranan dalam kerajaan Perpaduan

ULASAN PETANG

Anwar sambut kunjungan Ismail Sabri.
BEKAS perdana menteri Ismail Sabri Yaakob telah menafikan kononnya beliau terlibat dalam satu
grand design untuk mengganggu kerajaan Perpaduan nasional. Laporan liar berupa ciapan mengatakan beliau berada di Jakarta dan bertemu dengan beberapa orang ahli politik termasuk Mahiaddin Yassin untuk projek berkenaan adalah satu laporan palsu dan bersifat fitnah. 

Tuesday, December 13, 2022

Membaca maksud kunjungan MB Perlis terhadap PM

 SESUDAH SUBUH

MB Perlis Mohd Shukri mengunjungi 
Anwar bawa salam Pas. 
KUNJUNGAN Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli terhadap perdana menteri Anwar Ibrahim semalam dilihat perkara biasa yang menjadi amalan seorang MB dengan Perdana Menteri.

Ia dilakukan sebagai tanda hormat seorang menteri besar kepada seorang perdana menteri. Walaupun MB berkenaan daripada parti lain, tetapi atas semangat federalisme, Mohd Shukri sedia berbuat demikian. Kunjungan itu tentu sedikit sebanyak dapat mengundang ketenangan politik.

Saturday, December 10, 2022

Pas masih ada waktu untuk jadi bijak politik

ULASAN SABTU

PERKEMBANGAN terkini politik di Sabah boleh mencetuskan kemelut politik kebangsaan berterusan. Walaupun ia tidak mengganggu kerajaan Perpaduan yang kian kukuh dan padu, tetapi senario di Sabah itu memberi suasana tidak damai kepada iklim politik negara. Ia mencetuskan satu lagi isu yang memadatkan minda umum. 

Semalam dilaporkan semua wakil rakyat Bersatu Sabah mengumumkan meninggal parti tersebut untuk berada dalam GRS sebagai parti atau pertubuhan mereka. Ketua Bersatu Sabah yang juga Ketua Menteri Hajiji Noor mengumumkan mereka keluar daripada Bersatu beramai-ramai.

Monday, December 5, 2022

Mesyuarat khas kabinet serlah keseriusan kerajaan

ULASAN KABINET

BARU 10 hari Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, telah mula nampak hasilnya. Dalam mesyuarat khas kabinet hari ini, beberapa tindakan dan arahan segera sudah dilakukan oleh beliau berhubung perkara yang menjadi perhatian yang sangat ditunggu-tunggu dan dituntut oleh rakyat. 

Hari ini semua menteri sudah mulai masuk ke pejabat masing-masing di Putrajaya dan menghadiri mesyuarat khas kabinet dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Semua menteri termasuk dua timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof hadir, kecuali Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Zafrul Abdul Aziz tidak hadir.

Kegagalan bekas menteri Kewangan di zaman Ismail Sabri dan Mahiaddin Yassin menjadi PM itu menimbulkan tanda tanya, tetapi mungkin beliau ada urusan lain lebih besar daripada kepentingan negara pada saat ini. 

Saturday, December 3, 2022

Kabinet Perpaduan untuk kestabilan politik dan kesenangan rakyat

ULAS KABINET

SETELAH lapan hari mengeram (25 Nov hingga 2 Disember) akhirnya “telor emas” bernama kabinet2022 menetas tepat pada jam 8:30 malam tadi apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai kabinet pertamanya terdiri 28 kementerian atau portfolio dengan 25 anggota. Kabinet bersaiz kecil dan kompak untuk jimatkan wang rakyat.

Selama telor itu diram, pelbagai tohmahan dan spekulasi dilemparkan, ada mengatakan Anwar menghadapi masalah. Kononnya ada protes dan sebagainya. 

Paling dahsyat dan tidak masuk akal lagi, ada mengatakan ia ikut dirundingkan dengan Najib Razak yang kini meringkuk dalam penjara. Kononnya Najib dipindahkan ke hospital sekejap untuk membolehkan perbincangan dilakukan bersamanya.

Hebat manusia yang membuat spain berkenaan, mungkin kerana mereka sudah mendapat insuran untuk masuk ke syurga dengan percuma.

Keadaan sedikit jadi tambah suspen apabila masa pengumuman itu yang mulanya dilaporkan akan diadakan pada jam 5: 00 petang tetapi tertunda tiga jam kemudian. Kelewatan itu sudah mula "dimenganjingkan” oleh mereka berfikiran haiwan dan tidak pernah tahu berterima kasih dan seronok berada dalam sengketa selama-lamanya.

Bukan mudah untuk menetas telor emas berkenaan. Penubuhan kabinet dalam suasana seperti kita sedia maklum, tiada mana-mana parti mendapat kemenangan mutlak dan parlimen tergantung, ianya memerlukan penghayatan yang mendalam bagi menjamin kesejahteraanya. Kerajaan atau kabinet dibentuk itu bukan kerajaan mutlak milik sesebuah parti (PH), tetapi ia milik semua yang bersedia bekerjasama.

Mencermati.

Thursday, December 1, 2022

TPM - Anwar lebih mengenali hatibudi Zahid

SUSUPAN MALAM 

Zahid dan Anwar sudah
lama bersahabat.
INSYA-ALLAH esok penantian umum untuk melihat dan seterusnya menilai kabinet pertama Anwar Ibrahim akan berakhir. Maklumat terbaru yang diterima, senarai kabinet sudah pun dimuktamadkan hanya menunggu perkenan Yang di Pertuan Agong sahaja. 

Sekiranya tidak ada pindaan, besok Perdana Menteri ke-10 itu akan umumkan barisan kabinet pertamanya. 

Siapa masuk siapa tercicir akan terjawab esok. Penjawat paling penting ialah siapakah Timbalan Perdana Menteri dari Semenanjung. TPM dari Sabah - Sarawak seperti sudah pasti akan diberikan ketua whip GPS Fadillah Yusof.

Saturday, November 26, 2022

Asas dan konsep perlu diteliti Anwar bentuk kabinet

ULASAN

Melangkah ke hadapan
SELEPAS selesai dan sempurna Anwar Ibrahim mengangkat sumpah dan melapaz ikrar memegang jawatan Perdana Menteri ke-10 (PM10) petang 24 November lalu tumpuan kini kepada pembentukan kabinet. Pembentukan kabinet ini penting dan ia sedikit mencabar. Proses ini jika tidak dibuat secara lendik ia boleh mencetuskan pertikaiaan dan menjadi modal buat para anasir anti perpaduan.

Friday, November 25, 2022

Kebahayaan Pas dalam politik Malaysia

ULASAN 

RAMAI yang menyangka kemenangan besar Pas dalam pilihan raya umum (Piraum) ke-15 Sabtu lepas akan membawa Mahiaddin Yassin untuk kembali menduduki kerusi perdana menteri semula buat kali kedua. Mahiaddin diperkirakan akan mencatat rekod menyamai Dr Mahathir Mohamad menjawat jawatan nombor satu itu secara berkembar. 

Kemenangan Pas sampai memperolohi 43 kerusi akan membantu pengerusi PN (Mahiaddin Yassin) menjadi perdana menteri. Kejayaan itu juga meletakkan Pas sebagai parti yang bakal dilihat gah di negara ini pada masa akan datang kerana ia meninggalkan kehebatan Umno sebelum ini.  

Thursday, November 24, 2022

Anwar PM ke-10

ULASAN 

Anwar Ibrahim angkat sumpah
sebagai PM ke-10.
 
AKHIRNYA penantian selama lebih 20 tahun Anwar Ibrahim untuk dinobatkan sebagai perdana menteri tercapai hari ini. Yang dipertuan Agong Al Sultan  Abdullah Riya'tuddin al Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan untuk melantik Anwar. 

Perkenan itu dianugerahkan selepas Yang diPertuan Agong mengadakan persidangan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara untuk pemakluman dan mendengar apa-apa pandangan bagi menjamin perkenan itu sempurna.

Wednesday, November 23, 2022

Agong perlu tegas beri perkenan kepada Anwar

 ULASAN 


Anwar tenang menanti
perintah. Foto Sinar.
SEANDAINYA saranan murni Yang diPertuan Agong dipatuhi Mahiaddin Yassin semalam, kemelut politik pasca pilihan raya umum ke-15 ini sudah pun selesai. Sudah tamat dan kita sudah pun mengetahui siapa yang akan menjadi perdana menteri. 

Tetapi keranan keengganan Mahiaddin untuk menerima saranan itu serta patuhi dengan nasihat Agong, menyebabkan kemelut terheret sampai ke saat ini berpotensi untuk memarahkan keadaan negara dan menyeksakan jiwa rakyat.

Tuesday, November 22, 2022

Selesai kemelut dengan formula Hang Nadim dan Muhammad

SESUDAH SUBUH

KEPUTUSAN pilihan raya ke-15 mempunyai hikmah tersendiri. Ia menjadi medan ujian kebijaksanaan para ahli politik kita sejauh mana mereka dapat menyelesaikan kemelut yang terhasil daripada pilihan raya berkenaan. Pilihan raya kali ini menjadi kelam kabut dan membimbangkan apabila keputusan tidak ada mana-mana parti mencapai majoriti mudah (simple majority) untuk membentuk kerajaan. 

Akibat daripada itu menyebabkan kerajaan baru Malaysia masih tidak dapat ditubuh hingga ke saat ini. Parlimen ke-15 tergantung. Berbeza dengan 14 pemilu sebelum ini dimana kerajaan akan ditubuh dalam tempoh 48 jam sahaja. Apa yang berlaku hari ini pengalaman baru buat para ahli politik kita dan juga rakyat negara ini. Walaupun ia memejelmakan sesuatu yang rumit, tetapi dari sisi lain memberi peluang menguji bagaimana kita berpolitik. Mencabar sejauh mana kebersamaan kita menanggung masalah negara. 

Monday, November 21, 2022

Menanti titah Yang diPertuan Agong

SUSUPAN PAGI

Raja Abdullah Ri'ayatuddin
Al Mustafa Billah Shah
PAGI ini dijangka Anwar Ibrahim akan menghadap Yang diPertuan Agong untuk mempersembahkan jumlah kerusi yang menyokongnya bagi dinobat sebagai perdana menteri. Beliau akan membawa nama-nama atau 82 kerusi yang diperolehi PH. Bersama itu Zahid Hamidi juga akan hadir sama untuk menyatakan sokongan daripada Umno (BN) berjumlah 30 kerusi bagi mengenapkan jumlah diperlukan 112 kerusi. Maklumat terkini katanya Zahid dan Anwar akan berada di suatu tempat untuk bergerak ke Istana Negara secara serentak. 

Dengan sokongan BN itu Anwar mempunyai sokongan mencukupi 112 kerusi. 

Persoalan kini, timbul pula berita boleh mengganggu jiwa apabila 20 daripada 30 ahli parlimen Umno itu tidak menyatakan persetujuan dengan keputusan Zahid itu membawa BN menyokong PH itu. Ada individu tertentu telah mengeluarkan kenyataan bercanggah atau menentang Zahid. Sebagai tindakan penentangan itu dikatakan mereka telah membuat SD mengatakan sokongan kepada Mahiaddin Yassin.

Sunday, November 20, 2022

Keupayaan PN mengejutkan [Analisa Pertama]

ULASAN

PILIHAN raya ke-15 telah selesai kira-kira jam 4:30 pagi tadi (semalam) apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh mengumumkan keputusan dengan rasmi hasil pilihan raya itu. Muktamad PH memperolehi 83 kerusi yang menjadi parti yang mengungguli pilihan raya kali ini.

Manakala PN mengikuti rapat dengan mendapat 73 kerusi hanya sembilan kerusi membezankan kekuatan, sementara Umno hanya dapat mempertahankan 30 kerusi cukup untuk menyelamatkan parti itu agar tidak hilang dari radar politik. 

Thursday, November 17, 2022

Dr Khairuddin berpeluang pertahankan kerusi Kuala Nerus

SESUDAH SUBUH


PILIHAN raya umum kali ini agak pelik dan ganjil. Ada beberapa kejadian (pertandingan) yang boleh dianggap aneh dan sukar dipercayai. Ini menjadikan pilihan raya ke-15 ini jadi suspen. 

Keadaan ini juga menyebabklan bukan mudah untuk membuat ramalan atau prediction calon mana akan menang kemudian parti mana akan dapat menguasai parlimen kemudian membentuk kerajaan. 

Setakat ini semua pihak mendakwa dengan hujah masing-masing akan menang dan membentuk kerajaan.

Wednesday, November 16, 2022

G70 sokong dan pilih Anwar sebagai perdana menteri

 ULASAN

Anwar disokong sebagai PM Ke-10
ANWAR Ibrahim terus mendapat dokongan dan sokongan untuk memimpin negara ini dengan memegang jawatan tertinggi negara selaku perdana menteri ke-10. Sokongan dan dokongan itu berdasarkan kepada akhlak, ketokohan serta kemampuannya sebagai pemimpin dan pasukannya yang diyakini.

Dokongan kali ini bukan sahaja diterima dari kalangan masyarakat marhaen dan komuniti politik yang mendokong gerakan Reformasi diperjuangnya 20 tahun lampau, sebaliknya dokongan dan sokongan juga diterima daripada profesor Melayu yang bernaung dibawah apa dinamakan G70.

G70 terdiri daripada para professional intelektual dari berbagai bidang dan displin ilmu. Antara yang bernaung di bawah G70, adalah:   

Gelora rakyat sudah melaut

SESUDAH SUBUH

Orang ramai dari jarak
300 meter dari pentas.
KEMPEN pilihan raya sudah hampir ke kemuncak. Sudah lebih separuh kawasan parlimen mendapat sentuhan langsung oleh Anwar Ibrahim ataupun Rafizi Ramli. PH tampaknya terus bergerak laju ke hadapan berbanding dengan parti-parti atau gabungan lain. 

Semua majlis anjuran PH diberi sambutan mengejutkan. Gelora rakyat sudah melaut.

Monday, November 14, 2022

Harapan PH di Kelantan dan Terengganu masih kabur

LANCONGAN POLITIK (2)

Bendera Pas dan BN di Terengganu
menggambarkan kekuatan parti itu.
SENARIO pilihan raya ke-15 tidak banyak berbeza dengan pilihan raya ke-14 lalu di Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua buah negeri pantai timur ini yang dipisahkan oleh banjaran Titiwangsa dengan negeri-negeri di pantai barat itu masih seperti dahulu.

Gelombang kebangkitan rakyat seperti di tahun 2018, tidak mengimbau ke Kelantan, Terengganu dan Pahang. Banjaran Titiwangsa sepanjang 500 km dan tinggainya 900 - 2,100 meter menjadi penghadang. 

Friday, November 11, 2022

Kebangkitan rakyat Kelantan makin menyerlah

CATATAN

Anwar, Husam dan lain-lain mengaminkan
doa dibaca Haji Mokhtar.
NEKAD dan semangat rakyat Kelantan untuk melakukan perubahan di negeri ini terserlah malam tadi apabila ribuan rakyat Kelantan keluar hadir ke majlis himpunan bersama pengerusi PH Anwar Ibrahim di beberapa lokasi. 

Walaupun cuaca buruk di Kelantan ketika ini, hujan lebat turun sepanjang hari yang akan membawa banjir, namun ia itu tidak sedikit pun menghalang orang ramai hadir. Semangat berkobar-kobar untuk merubah Kelantan melawan segala kesulitan itu. 

Tuesday, November 8, 2022

Bulan tenggelam di Pantai Barat dan Utara

NOTA PELANCUNGAN 

Satu pose di Bagan Serai.
SUASANA cerita dan cakap-cakap selepas penamaan calon berbeza dengan suasana dan cakap-cakap sebelum penamaan calon. Sebelum penamaan calon spekulasi yang dimainkan, siapa bertanding dan siapa lawan siapa. Selepas selesai penamaan calon spekulasi itu tidak timbul lagi.

Saturday, November 5, 2022

Semoga harapan & impian Allahyarham Tok Guru dimakbulkan

KENANGAN

SEWAKTU turun ke Kelantan Khamis lalu semasa berucap dalam majlis bertemu mata dengan para ahli dan penyokong parti Keadilan dan PH di Tendong Pasir Mas, Anwar Ibrahim menceritakan suatu kenangan kehadirannya ke Kelantan yang tidak dapat dilupanya apabila dijemput oleh Tokguru Haji Abdullah Lubuk Tapah ke rumahnya di Lubuk Tapah dan menginap di sana. 

Anwar mengimbau kenangan itu apabila peristiwa itu diungkitkan oleh Husam Musa, yang menceritakan betapa sayangnya Tok Guru Haji Abdullah kepada Anwar. 

Friday, November 4, 2022

Menanti kejutan di hari penamaan calon esok

ULASAN PETANG

Khairuddin Al Takiri
antara jadi tumpuan.
BESOK 5 November 2022 akan berlangsung penamaan calon pilihan raya umum (Piraum) ke-15. Kesemua di 222 Pusat Penamaan Calon (PPC) akan dibuka seawal jam 9:00 hingga 10:00 pagi. Proses itu akan tamat sekitar jam 10:00 pagi. Selepas sahaja selesai proses penamaan calon itu, jika pilihan raya diibaratkan seperti sepak bola, maka wisel permainan rasmi bermula dibunyikan. 

Menjelang tengah hari esok kita akan dapat mengetahui berapa ramai jumlah calon dan juga parti-parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya kali ini.

Sudah pasti jumlah calon yang akan mengambil bahagian dalam pilihan raya kali ini besar memandangkan banyak parti-parti politik terlibat. Mungkin jumlahnya kali ini mencatat sejarah tersendiri. 

Wednesday, November 2, 2022

Jom bantu Aishah Bagi Pastikan Anwar Jadi Perdana Menteri

PERHATIAN PENTING

Semalam saya ternampak calon PH untuk kerusi Bagan Serai Aishah Sheikh Ismail menohon dana dari orang ramai untuk membantunya merampas kerusi Bagan Serai.

Tersendu hati saya dengan rayuan berkenaan. Saya sangat memahami akan kemampuan kewangannya yang tidak setanding dengan lawannya di kerusi berkenaan.


Umum tahu bahawa beliau tidak memiliki kekayaan seperti calon-calon lain.

Justeru bagi meringankan bebannya dan sebagai memadu keringat bersama Aishah memastikan kerusi P058 itu menjadi kerusi pengenap untuk Anwar Jadi PM.. Ayuh... kita sama-sama membantunya sekadar termampu.

Bersama Aishah ketika bertemu di 
R&R Sungai Buloh.
Disini saya merayu rakan² Facebook dan pengikut blog ini dengan mencadang setiap daripada kita menyumbang sekurang² RM10.00 seorang.


InsyaAllah saya akan memulakan. Mereka berhajat boleh WhatsApp kepada saya nombor 016 8443996. Wassalam. Trims. 



Monday, October 31, 2022

Politik banjir kepala air di Kedah

ULASAN MALAM

Mereka sedang memberi 
kenyataan akhbar berhubung banjir kepala
air di Kedah?
 
TIDAK siapa menjangka di sebalik keteguhan gunung Jerai yang tersergam indah dan gah itu ia menyimpan sesuatu yang misteri; kolam takungan air yang boleh membawa bencana dan petaka. Tidak ramai menduga akan kewujudan kolam tersembunyi berbahaya itu.  

Apabila kolam itu sarat dengan air menyebabkan takungan pecah dan menghemburkan banjir yang dinamakan banjir kepala air.

Sunday, October 30, 2022

Usaha pastikan Mohd Amar tidak jadi MB

ULASAN MINGGU

WALAUPUN ada tanda yang rakyat Kelantan tidak senang dengan pembawaan politik Mohd Amar
Nik Abdullah
namun tidak begitu kepada anggota Pas. Orang Pas termasuk pimpinan atas tidak dapat menghidu akan kesan buruk akibat pembawaan politik timbalan menteri besar Kelantan itu kepada parti berkenaan.

Jika melayari media sosial dengan mudah dapat ditemui kritikan, sindiran dan perasaan marah ditumpahkan kepada Mohd Amar oleh rakyat Kelantan. Setiap kali beliau memberi ulasan atau jawaban bersifat simplistik dan mengenakan orang beliau akan dikecam dengan pelbagai kata-kata huduh, setanding dengan apa yang tumpah dari mulutnya. 

Tuesday, October 25, 2022

Politik Dajjal tidak perlu dibawa ke Sabah dan Sarawak

MENJOLOK MENTARI

Zahid Hamidi tidak perlu
menjaja idea bolos.
TERSERLAH sangat orang Semenanjung (baca parti politik) kecut perut dengan orang (baca
politik) Sabah dan Sarawak. Ketakutan ini jelas terbayang apabila berlaku politik Dajjal, tawar menawar jawatan berupa habuan kepada ahli politik daripada kedua negeri itu. 

Orang Semenanjung sedang rancak menjaja jawatan TPM di Kota Kinabalu dan Kuching seminggu dua menjelang Piraum ke-15 ini. 

Lagak mereka macam peraih durian musang king di tepi-tepi jalan di Raub yang saling bersaing dan memberi tawaran dan harga runtuh untuk menarik hati pelanggan. 

Saturday, October 22, 2022

Rahsia Dr Mahathir mahu menjilat ludahnya?

PENDAPAT

Mahathir sangguk ke mahkamah
untuk memperdayakan Anwar.
KETIKA para penyokong PH khasnya yang mendambakan Anwar Ibrahim jadi perdana menteri selepas pilihan raya ke-15 nanti, tanpa mengharapkan apa-apa bentuk kerjasama dan bantuan Mahathir Mohamad, tiba-tiba sahaja bekas perdana menteri dua kali itu merendahkan diri menghulurkan salam silaturhami untuk bersahabat sekali lagi dengan Anwar.

Wednesday, October 19, 2022

Musa Hitam pilih Anwar sebagai perdana menteri?

ULASAN PAGI

Banner pengakuan ikhas Musa.
BEKAS Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam dengan penuh diplomasi menyetujui kalau Anwar Ibrahim dipilih sebagai perdana menteri berbanding dengan dua calon lain Ismail Sabri Yaakob dan Mahiaddin Yassin.  

Menurut penilaian negarawan itu, ketiga mereka, Anwar, Ismail Sabri dan Mahiaddin mempunyai kualiti, daya tahan serta karisma dalam memimpin negara yang sedang mengharungi cabaran masa kini.

Friday, October 14, 2022

Pas terpaksa buat keputusan yang berat

 SUSUPAN PAGI


PAS akhirnya membuat keputusan atas dua perkara penting pada hari ini (semalam). Keputusan itu sangat berat bagi Pas. Apabila ia terpaksa dibuat tentu setelah difikir dan dinilai semasak-masaknya baik buruk dan implikasi berbagai sudut sebab ia bakal memberi kesan kepada parti itu. 

Lantaran itu Pas mengabil masa agak lama untuk memutuskannya salah satu perkara berkenaan.

Thursday, October 13, 2022

Kedangkalan seorang ketua

ULASAN

GURAU Zahid Hamidi ketika berucap di perhimpunan agung tahunan MIC Isnin lepas mendapat
perhatian dan diberi persepsi berbagai-bagai oleh orang ramai. Petikan ucapan itu juga tular dalam pelbagai laman media sosial dan dijadikan bahan kempen pilihan raya bagi menghentam UBN. 

Ucapan beliau itu bernada gurauan atau seloroh sahaja, yang memberi peringatan kepada para pemimpin BN supaya memastikan Piraum ke-15 dimenangi BN jika mereka mahu selamat daripada didakwa di mahkamah.

Tuesday, October 11, 2022

Parlimen dibubar, pisau kuasa ditangan rakyat

SUSUPAN PAGI

Ismail Sabri umumkan pembubaran 
parlimen dan melepas beban dipikulnya
.
PENGUMUMAN pembubaran parlimen oleh perdana menteri Ismail Sabri Yakob semalam agak mengejutkan. Ramai tidak menjangka Ismail Sabri mengambil keputusan itu ketika orang tidak berfikir ia berlaku. Bagaimana pun fahamlah kenapa beliau tergamak mengambil keputusan yang tidak popular dalam kalangan rakyat.  

Kita sedia maklum dan percaya keputusan itu bukan atas kehendak peribadi beliau, melainkan kerana akur dengan kehendak Umno

Friday, October 7, 2022

Pas Kelantan boleh tumbang jika para pembela sepakat

RENCANA KHAS

HASRAT dan keinginan para politis Kelantan dan rakyat yang sudah merasa "naik muak" dengan pemerintahan Pas di Kelantan sungguh tinggi. Semangat itu sedang membakar. Mereka ini sudah tidak boleh berkompromi lagi dengan Pas kerana enggan bersubahat dengan kebobrokan dilakukan parti itu. Bagi mereka sudah tiada maaf bagi mu. 

Pendirian dan sikap ini sedikit berbeza dengan sikap dan pendirian peribadi saya sebagai pemerhati politik. Bagi saya kerajaan Pas di Kelantan masih boleh dimaaf dan diselamatkan dengan syarat, parti itu perlu sedia menyalin lebih separuh pemimpinnya yang ada hari ini. Pas sebagai badan siasah masih relevan dengan citarasa orang Kelantan. 

Thursday, October 6, 2022

Harapan Zahid tidak kesampaian

ULASAN MALAM

Gambar ini menunjukkan Zahid
yang beriya bukan Ismail Sabri.
PENANTIAN mendebarkan hari ini ialah pengumuman pembubaran parlimen. Atau pun setidak-tidaknya bayangan parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat. 

Peranan Menteri Ismail Sabri Yakob telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong petang tadi. Walaupun pertemuan Ismail Sabri dengan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah itu adalah rutin sebelum mesyuarat kabinet, tetapi ia diharap Ismail Sabri akan mengemukakan permohonan untuk membubarkan parlimen.

Tuesday, October 4, 2022

Mengapa tutup mata melihat realiti Anwar?

MERENUNG

Anwar keistimewaannya tidak tidak dinilai
oleh sesetengah pihak. 
Anwar Ibrahim telah mencatat rekod sebagai tokoh politik dari Malaysia paling popular dalam kalangan negara-negara luar berdasarkan kekerapan beliau dijemput atau dikunjungi oleh pembesar negara luar. 

Walaupun beliau tidak mempunyai jawatan penting dalam kerajaan dan hanya berstatus selaku ketua pembangkang, beliau sering mendapat penghormatan daripada pembesar negara luar serta dijemput untuk memberi syarahan (talk). Populariti dan penerimaan terhadapnya persis sebagai PM.

Monday, October 3, 2022

Apabila Zahid sudah berlunak dengan Pas

RENCANA

DALAM riuh randah dakwaan Umno mempunyai kekuatan untuk kembali berkuasa sehinggakan mendesak agar parlimen dibubarkan, tiba-tiba presidennya Ahmad Zahid Hamidi berubah sikap menjadi lunak dengan Pas secara tiba-tiba. Mimpi apa yang menjolok tidur ahli parlimen Bagan Datuk itu.  

Sunday, October 2, 2022

Parti mana hendak disokong?

RENCANA KHAS

SAYA sering ditanya oleh rakan-rakan media sosial (medsos) khasnya dari kalangan anak muda, parti mana yang hendak sokong dalam pilihan raya akan datang. Saya faham kenapa mereka mengajukan demikian kerana mereka tidak begitu arif dengan "fiil rupa" parti politik. Mereka orang baru yang mengikuti perkembangan politik lewat medsos.

Pertanyaan sebegitu juga tidak terkecuali datang daripada mereka yang berparti, dan ada yang memegang jawatan diperingkat cawangan, bahagian atau kawasan. Ini sedikit memelikkan saya kenapa sampai begitu sekali. Apakah mereka menyertai parti dahulu dibuat bukan atas kesedaran atau ketaakulan sendiri, sebaliknya kerana ikut-ikutan atau pun disuruh menyertai parti politik?

Telatah golongan pertama itu tidak menghairankan kerana mereka orang baru. Tetapi golongan kedua itu agak pelik sedikit. Kenapa mereka bertanyakan saya, walhal mereka setengah adalah pejuang parti, bahkan ada yang terbabit sebagai pengasas parti berkenaan.

Saturday, October 1, 2022

Apakah sejarah 44 tahun lalu berulang di Kelantan?

RENCANA KHAS

Mohamad Nasir
SEJARAH sering kali berulang. Banyak kejadian berulang semula setelah beberapa tahun atau berpuluh dekad kemudian. Kalau pun ia berbeza, ialah plot dan temanya saja, tetapi signifikannya tetap sama. Kalau pun yang berubah ialah pelakon, pengarah, atau pun tempat kejadian, bersesuai dengan peredaran masa. 

Namun yang pastinya sejarah itu selalu berulang sama ada disedari atau tidak. Itu adalah lumrah dunia.

Bertolak kepada hakikat itu, apakah sejarah politik di Kelantan yang berlaku 44 tahun lampau akan berulang. Sebenarnya setiap detik yang berdekap dan kita lalui, ia umapama kita sedang menyirat semua bilah-bilah sejarah hidup. 

Sejarah yang dimaksudkan lewat catatan ini ialah kejatuhan kerajaan Pas Kelantan pada tahun 1978. Kini sudah 44 tahun sejarah itu berlalu ditelan waktu, banyak orang tidak mengetahuinya apa lagi mempedulikannya.

Wednesday, September 28, 2022

27 kerusi kritikal jadikan Pas, Umno dan Bersatu meroyan

ULASAN

GARA-GARA 27 kerusi parlimen yang dikategorikan sebagai kritikal menyebabkan tiga buah parti bernuansa Melayu - agama; Umno, Pas dan Bersatu seperti sedang meroyan kini. Ketiga-tiga parti itu masih mencari formula terbaik untuk mengatasi dan menghuraikan masalah itu. 

Pas yang menggunakan slogan politik sejahtera cuba menyatukan dua kelompok Melayu itu dengan menggunakan landasan penuh retorika perpaduan ummah. Walaupun landasan diambil oleh Pas itu boleh meragukan kejilahannya dan bersifat "rasis" dalam konteks masyarakat Malaysia, tetapi itulah modal besar Pas, mengajak menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran daripada "aurad"  fahamannya.   

Pas sangat memahami jika kedua parti itu tidak didamaikan sehingga berlaku perebutan di 27 kerusi kritikal itu harapan kelompok bernuansa Melayu - agama itu menang tidak akan tercapai. 

Friday, September 23, 2022

Semua parti perlu sedia pelan khusus untuk hapus rasuah

ULASAN

MASALAH rasuah yang melanda negara dan sekaligus menyebabkan negara terkesan apabila dipandang buruk oleh dunia luar, antara kesannya, para pelabur berhati-hati untuk melabur terus mendapat perhatian Raja Nazrin Muizuddin Shah (foto) apabila baginda menekankan masalah rasuah tidak boleh dibiarkan dan mengibaratkannya sebagai barah.

Raja Nazrin Muizuddin Shah antara sultan yang kerap memperkatakan mengenai bahaya rasuah dan meminta ia diberi pehatian serius, jujur dan berani untuk menangani serta tidak berhelah.

Wednesday, September 21, 2022

Tiada pilihan raya umum tahun ini?

TERKINI

MESYUARAT kabinet hari ini dilaporkan telah membincang mengenai pilihan raya umum ke-15. Memetik sebuah laporan perkara itu disahkan oleh seorang anggota kabinet Shahidan Kassim tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Jurucakap kabinet juga tidak melaporkan apa-apa tentang perkara itu. Selalunya apabila selesai mesyuarat kabinet, adalah menteri yang menjadi jurucakap kabinet akan melaporkan apa-apa atau putusan yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. 

Baru-baru ini pemuda BN telah mendesak Ismail Sabri Yaakob agar membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan. Semasa menghadiri majlis peluncuran jentera pilihan raya BN, Ismail Sabri didesak secara bersemuka menyebabkan beliau memberi respon (jaminan) mengatakan "sedikit" (masa) sahaja lagi parlimen dibubarkan. 

Sunday, September 18, 2022

Dua veteran Umno tidak yakin BN akan menang

SESUDAH SUBUH

DALAM koboran semangat pemuda Barisan Nasional (BN) melaung dan menekan Ismail Sabri
Yaakob
membubarkan parlimen bagi membolehkan Piraum (pilihan raya umum) diadakan, dua pemimpin veteran Umno memberi pandangan negatif yang kontras dengan kehendak itu yang menunjukkan mereka tidak yakin dengan kekuatan yang ada kepada parti tunggal BN, yakitu Umno sekarang ini.

Bekas ahli parlimen Segamat yang juga bekas timbalan presiden Umno Musa Hitam dan bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah masing-masing memberi pandangan dan pendapat yang mereka tidak yakin Umno (BN) boleh menang dalam pilihan raya itu nanti.

Monday, September 12, 2022

Rapat Mega KEADILAN warm-up untuk berpilihan raya

CATATAN

Anwar Ibrahim yang tidak pernah giveup.
LAMA saya tidak menghadiri mana-mana himpunan atau rapat parti politik. Sejak negara diancam Covid akhir 2019 menyebabkan aktiviti politik terhad,  malahan sunyi sejak kira-kira dua tahun, kita semua tidak mengikut himpunan politik. Bagi peminat politik seperti kempunan. 

Selepas dua setengah tahun kemudian baru ada kegiatan politik itu pun bersifat kecil-kecilan terhad dalam ruang tertutup sahaja. Kehadiran juga terbatas dan perlu mematuhi sop yang ketat. 

Friday, September 9, 2022

Laporan polis oleh Dap terhadap Hadi tidak bijak

ULASAN 

KURANG bijak dan kurang untung. Itulah perkataan yang boleh diluahkan ekoran tindakan seorang
Adun Dap kerusi Seri Delima, Syerleena Rashid (foto) yang membuat laporan SPRM terhadap presiden Pas Abdul Hadil Awang kononnya presiden parti agama itu menerima wang hasil pengubahan wang haram RM90 juta.

Laporan Adun berkenaan dibuat berasaskan video Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown yang tular baru-baru ini, yang dikatakan “mengesahkan” dakwaannya bahawa Umno memberi rasuah RM90 juta kepada Pas untuk mendapatkan sokongan parti itu pada pilihan raya umum ke-14. 

Wednesday, September 7, 2022

Anwar tidak perlu peduli strategi Pas

REAKSI 

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyelar Pas yang mahu jadi "king maker" dengan menyasarkan menang 40 kerusi pada pilihan raya umum ke-15 nanti kerana cara itu menurutnya Pas boleh ugut kerajaan bagi mendapatkan jawatan.

Menurut Anwar cara Pas itu berbahaya kerana memberi ugutan ia seolah-olah menggunakan kerusi itu untuk scam bagi mendapat jawatan, sebaliknya tidak mengetegahkan agenda perjuangan parti tersebut. 

"Itu satu pendekatan merbahaya kerana akan memberi ugutan. Umpamanya (dengan menjadi) king maker, maknanya kami (Pas) nak scam (jawatan) menteri, kami nak scam kedudukan seperti berlaku sekarang," ujarnya mengulas tindakan Pas itu dipetik.

Monday, September 5, 2022

Kesan dan implikasi ekoran Najib terhukum

ULASAN

PEMENJARAAN bekas presiden Umno dan bekas perdana menteri Mohd Najib Razak, 69 kerana bersalah menyalahgunakan dana SRC Internationl RM42 juta memberi kesan dan implikasi politik yang besar. 

Najib Razak
Kesan dan implikasi itu automatik menimpa dan dirasai segera oleh parti Umno dan BN. Parti itulah yang menghadapi bahana (dampak) yang kurba ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan Najib dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Jadi tidak hairan, kalau ada pemimpin Umno termasuk dari kalangan pemimpinnya menjadi "gila" dan "naik angin" dengan
tindakan Mahkamah Persekutuan itu, sehinggakan terbit prejudis kononnya keadilan tidak diberikan kepada Najib Razak. 

Wednesday, August 31, 2022

Semua gabungan tidak mantap untuk hadapi pilihan raya

SUSUPAN PAGI 

KETIKA kian hampirnya pilihan raya umum ke-15, keadaan dan suasana politik makin celaru, huruhara dan tidak menentu. Kenyataan yang dikeluarkan daripada para pemimpin politik baik secara persendirian atau mewakili parti atau gabungan, menunjukkan keadaan yang tidak harmonis. Ia saling bercanggahan antara satu sama lain. 

Percanggahan itu menunjukkan tidak konsenkuensi mereka dalam menangani senario politik hari ini. Kondisi itu juga menggambarkan pilihan raya akan datang akan berlangsung dalam ketidaktentuan arahan. Tidak ada mana-mana gabungan atau parti politik yang kompak. Ini sedikit sebanyak boleh mengelirukan orang ramai, atau pengundi untuk membuat pilihan tepat. 

Justeru munasabahlah kalau orang berpendapat dalam pilihan raya akan datang tidak ada mana-mana parti atau gabungan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian. Tidak ada mana-mana koalisi yang boleh menubuhkan kerajaan tanpa bergabung dengan pihak-pihak lain.

Tuesday, August 23, 2022

Signifikan hari Selasa buat Najib

ULASAN

Wajah akhir Najib di luar 
penjara.
HARI ini Selasa hari yang menjadi kesukaan Najib Razak kerana pada hari inilah yang beliau sebut-
sebut akan menyaman Sarawak Report yang melaporkan berita mengenai penglibatan Najib berhubung 1MDB. Semua orang menunggu hari Selasa, tetapi tidak ada kenyataan Najib berhubung hasratnya itu. Lama-lama hari Selasa menjadi "olok-olokan" orang kepada bekas perdana menteri ke-6 itu.

Namun hari Selasa memberi signifikan juga kepada Najib. Kerana hari ini, Selasa beliau ditakdir akan mulai menjalani hukuman penjara selama 12 tahun berserta dengan denda apabila Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan sabit kesalahan ke atasnya dan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

Monday, August 22, 2022

Sumpah laknat sumpah terdesak

ULASAN

Najib sedang meluahkan sumpah 
laknat di masjid Kg. Baru.
ESOK Mahkamah Persekutuan akan sambung bicara mendengar rayuan terakhir Naib Razak yang telah pun dihukum 12 tahun penjara dan denda RM210 juta kerana salah guna dana RCI International. 

Malam tadi berlangsung majlis solat hajat dan menunajat perdana sebagai solidariti kepada laki Rosmah Mansor itu. Majlis itu diadakan diseluruh negara.

Friday, August 19, 2022

Seandainya Najib ke penjara?

CATATAN SEBELUM JUMAAT 


Najib mengaku dia sendirian.
SAYA tidak mahu tahu serta membuat spekulasi apakah kesudahan dengan rayuan Najib Razak di Mahkamah Persekutuan yang sedang berjalan kini. Yang saya cuba hendak perkata dan persoalkan, apa akan jadi dengan Najib dan para penyokongnya sekiranya mantan PM itu gagal dalam rayuannya dan akan dibawa ke penjara? 

Warga Umno amnya dan penyokong tegar Najib khasnya, perlu membuat pertimbangan dan persediaan awal untuk menghadapi segala kemungkinan itu. Mereka harus bersedia, apakah jalan dan langkah seterusnya untuk diambil. Sebuah perjuangan tidak boleh dimatikan apabila seseorang ketua itu hilang. Patah tumbuh hilang berganti. 

Thursday, August 18, 2022

Perbezaan Najib dengan Anwar Ibrahim

SESUDAH SUBUH


Anwar dikeliling penyokong
di mahkamah.
MALAM tadi saya dengar seorang pengulas politik yang juga pendokong Umno membebel dan menzahirkan rasa kesal dengan sikap orang Umno khasnya peringkat pemimpin bertaraf menteri kabinet dan juga ketua-ketua bahagian yang bersikap pasif dan tidak menumpahkan simpati kepada Najib Razak yang sedang menghadapi dugaan kini.

Pengulas berkenaan kesal dengan sikap dan perangai orang Umno yang bersikap seperti kacang lupakan kulit. Yang memuja dan mencium tangan ketika seseorang itu berkuasa dan berkedudukan dan akan menjauhi bila kuasa dan kedudukannya lenyap.

Tuesday, August 16, 2022

Jajaran baru politik selepas pilihan raya

MENJOLOK MENTARI

KITA sambung perbualan menerusi panggilan terjah seorang kawan saya malam kemarin dahulu. Selain ingin memberi maklumat (senario) kepada saya berhubung isu LSC yang tidak menguntungkan UBN itu, mauduk kedua yang dibicarakan mengenai prihal pilihan raya umum ke-15. Kawan saya itu merupakan seorang ahli dan propagandis Umno (BN) sangat mengharapkan agar BN kembali berkuasa.

Banyaklah manfaat yang diperolehinya kalau UBN kembali berkuasa. Baginya pengembalian kuasa UBN bukan untuk kepentingan bangsa dan negara, tetapi lebih kepada untung diri sendiri. Maaf.

Monday, August 15, 2022

Panggilan terjah daripada seorang kawan

SUSUPAN PAGI

Bentuk kapal LCS yang dikatakan dalam 
proses pembinaan.
 LEWAT tengah malam tadi (semalam 14/8/22) seorang penganalisa politik veteran yang cukup
pengalaman menghubungi saya. Saat itu mata saya sudah keluyuan. Tetapi melihat pemanggilnya seorang yang saya hormati, saya nyalakan semula lampu dan terus ngomong dengannya. 

Sudah lama dia tidak membuat panggilan terjah kepada saya. Selalunya bila ada panggilan terjah begitu adalah perkara penting hendak disampaikan ataupun dibincang. Pada hujung perbualan itu, dia mengharap dalam waktu terdekat saya dapat minum atau mengopi bersamanya. 

Saturday, August 13, 2022

Transformasi kepimpinan dalam Keadilan

SUUPAN PETANG

PELANTIKAN pengerusi-pengerusi MPN Negeri dalam Keadilan sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 telah pun selesai dilakukan. Pelantikan itu memperlihatkan parti itu khas presidennya Anwar Ibrahim telah melaksanakan transformasi atau peralihan kepimpinan dalam parti berusia 22 tahun itu. 

Rata-rata pengerusi MPN negeri dilantik merupakan pemimpin pelapisan dibawah usia 55 tahun. Kebetulan pula mereka dilantik itu berkedudukan dalam harakat kepimpinan utama parti tersebut. 

Rafizi Ramli yang juga timbalan presiden Keadilan yang baru dinobatkan telah diberi tanggungjawab untuk menerajui Keadilan negeri Johor. Tiga naib presiden, masing-masing Aminuddin Harun yang juga MB Negeri Sembilan diberi tugas mengendalikan Melaka disamping kekal memimpin Negeri Sembilan. 

Wednesday, August 10, 2022

Tiga nama disebut bakal MB Kelantan

SUSUPAN PETANG

Dr Fadzli Hassan
SELAIN daripada isu kerjasama Pas dengan Bersatu menerusi Perikatan Nasional (PN) di Kelantan, timbul juga cerita lain yang tidak kurang menariknya dalam kubang politik Pas Kelantan. 

Ceritanya mengenai kedudukan jawatan MB selepas Piraum ke-15 kelak. Siapakah akan jadi menteri besar selepas pilihan itu nanti, subjek itu menjadi tanda tanya, penilaian dan perhatian apabila ada desas desus Ahmad Yaakob ingin berundur atas faktor kesihatan.

Perhatian itu berpusat dalam kalangan Pas apabila dilihat parti itu masih mampu untuk mengekalkan pemerintahan di negeri berkenaan. Ukuran ini berdasarkan situasi semasa dimana pembangkang khas PH dalam keadaan lemah,  berkecamukkan sesama sendiri dan tiada strategi. Keadaan ini menjadikan oposisi tidak mungkin dapat mencabar Pas. 

Friday, August 5, 2022

GTA: Gerakan Gila Talak Mahathir dan Ibrahim

ULASAN

Dr Mahathir ketika umum penubuhan
gerakan Gila Talak. 
SEMALAM Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan pembentukan gabungan politik yang dinamakan Gerakan Tanah Air (GTA). Gabungan itu dikepalai oleh partinya, Pejuang dengan ditemani oleh tiga buah parti kerdil lain, Putera, Iman dan Berjasa

GTA ditubuhkan kononnya untuk membela bangsa Melayu dan juga Islam setelah parti-parti lain yang sedia ada khasnya Umno yang gagal. 

Tuesday, August 2, 2022

Buku: Gerakan Reformasi Dua Dekad, rakam sejarah dan denai perjuangan reformasi

ULASAN BUKU

Buku yang merakam sejarah
reformasi.
GENERASI Malaysia yang lahir selepas tahun 1998, yang cenderung dalam politik negara tidak akan mengetahui perjalanan politik negara secara peribadi, khususnya era reformasi yang sudah pun melangkah dekad kedua.

Mungkin sebahagian daripada mereka ketika api reformasi mula melepuh, mereka masih berada dalam rahim ibu masing-masing. Ibu dan bapa mereka yang mengambil bahagian dalam siri-siri tunjuk perasaan, melaungkan slogan Reformasi, membawa sama mereka ke Jalan Tunku Abdul Rahman, Dataran Merdeka dan menjelajah ke pelusuk negara dalam kandungan.

Friday, July 29, 2022

Akta lompat disokong sebahagian pengkhianat

ULASAN

Parlimen tempat gubal undang-undang
jangan pula undang-undang dilanggar.
SEMALAM (28 Julai 2022) parlimen Malaysia telah meluluskan rang undang-undang pindaan perlembagaan (No 3 2022) bagi membolehkan akta anti lompat parti digubal. RUU itu disokong oleh 209 suara, sementara 11 ahli parlimen tidak hadir. Sokongan itu melebihi daripada dua pertiga yang diperlukan untuk membolehkan sesuatu pindaan mengaitkan perlembagaan dilakukan. 

Tuesday, July 26, 2022

Rakyat Kelantan bersemangat untuk tumbangkan Pas

SUSUPAN SUBUH

Masjid Razaleigh di Gua Musang 
boleh mengaspirasikan rakyat Kelantan
untuk berubah.
DALAM dua bulan ini sudah dua kali saya balik ke Kelantan. Dikesempatan itu saya berpeluang untuk berintraksi dengan sebilangan rakyat dari berbagai lapisan dan latar belakang untuk meninjau keadaan politik di Kelantan hari ini, khasnya kedudukan kerajaan Kelantan peninggalan arwah Nik Abdul Aziz yang sudah berusia 32 tahun. 

Tuesday, July 19, 2022

Najib imam yang baik tetapi solatnya terbatal

WAU WAU BULAN 

Pukkkkkkk......!
BUDAK-BUDAK (bodekis) Najib Razak yang jadi setiawan dan menjadi pendolor punggungnya terus mengemukakan bukti berupa fakta yang Najib adalah PM terbaik.  

Berbagai fakta dihimpun dan dieksploitkan bagi menggambarkan kehebatan dan kemurnian bekas perdana menteri sembilan tahun itu. 

Diceritakan dibawah pentadbiran Najib selama sembilan tahun, asset negara meningkat, manakala ekonomi berkembang macam bunga raya kembang pagi. Dan merujakan kononnya Najib tidak menjahanamkannya? 😂😄😄