Saturday, January 30, 2021

Mengenal prinsip pejuangan Anwar

RENCANA SABTU

WALAUPUN nama Anwar Ibrahim sudah tidak asing lagi dikenali sebagai ahli politik bukan sahaja di negara ini bahkan ke seantero dunia di Timur dan Barat, namun tidak semua orang dapat mengenali dengan selumat-lumatnya. Bayangan dan noda yang dicipta untuk mengambusinya menjadikan orang keliru dan samar tentangnya.
 
Apa lagi generasi muda berusia dibawah 20 tahun yang dizahirkan selepas pasca Reformasi (selepas tahun tahun 1998), tidak begitu mengenali dan mengetahui denai-denai perjuangannya. Apa lagi mereka yang malas membaca, malas menelaah, waima yang berminat dengan politik pun tidak mudah mengenali Anwar yang telah begitu banyak dinodai dengan persepsi buruk angkara politik. Mereka lebih banyak mengetahui sisi gelap yang disogok daripada sisi putih yang perlu diselidiki.

Wednesday, January 27, 2021

Contohi Angela Dorothea Merkel

 PERKONGSIAN 

The Lady of the world - Angela Merkel.
SEMALAM saya dikongsikan rencana pendek mengenai keringkasan hidup Cencelor Jerman Angela Dorothea Mertel yang menjadi Cancelor Jerman selama 15 tahun. Kehebatan Angela Merkel beliau digambarkan setara dengan 6 juta lelaki dan dijoloki dengan "The Lady of the world."

Walaupun rencana itu rengkas tetapi ia cukup mengesankan. Ia merupakan ringkasan citra kehidupan Angela Merkel seorang pemimpin yang tawaduk dan gigih bekerja dengan penuh amanah. Sangat sesuai untuk dijadikan suri teladan kepada para pemimpin dan khalifah di Malaysia.

Tuesday, January 26, 2021

Penarikan PKP bukti kegagalan kerajaan?

SESUDAH SUBUH 

SEMALAM Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah (foto) mengatakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan tamat pada 4 Februari nanti tidak akan dilanjutkan. 

Keputusan itu diambil menurutnya memandangkan PKP memberi kesan negatif, (keparahan) kepada ekonomi. Bagaimana pun untuk melandaikan lekok Covid, PKPB akan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga beberapa bulan lagi.

Pihaknya yakin penurun kes Covid ke angka bawah 2,000 akan dicapai dalam masa dua minggu lagi dengan syarat SOP dipatuhi.

Friday, January 22, 2021

Sikap kita dalam berhadapan dengan Covid

SUSUPAN PETANG

Saya bersama sdr Mustaffa Kamil
dan di sebalah adalah bukunya
.
SETELAH setahun kita bergelomang dengan pandemik Covid-19 banyak pengajaran yang kita perolehi dan banyak lagi yang perlu kita mendalami dan melakukan muhasabah diri. Tanpa mengambil "teori Pandir" kita kena mengaku kelemahan alias kedegilan (kebabilan) kita dalam menangani pandemik ini.

Saya lihat kegagalan kita jelas kerana kita menghadapinya dengan cara sifat dan sikap semulajadi kita. Kita orang Malaysia, khasnya orang Melayu. 

Wednesday, January 20, 2021

Ahli Umno jangan layan oportunis dalam parti

SUSUPAN PAGI

Najib - Zahid apakah setiakawan
mereka akan disingkir bersama? 
KEKALAHAN dan kehilangan kerajaan BN dalam Piraum ke-14 sesungguhnya menjadikan Umno
menanggung risiko dan implikasi besar. Bagaimana pun ia tidak memberi pengajaran baik buat parti kebangsaan itu. 

Kekalahan itu seakan tidak pernah menyedarkan Umno yang mereka kini sudah tidak memiliki apa-apa kecuali gusi dengan dua batang gigi sahaja; satu di atas satu di bawah. Hehe...

Kekalahan itu ditangisi seketika sahaja. Ia tak ubah seperti kesedihan dialami sebuah keluarga yang kematian anggota keluarga mereka yang dikasihi. 

Tuesday, January 19, 2021

Tok Dor Hadi sudah acap kali "berkentut"

 SURAT TERBUKA

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

SALAM sejahtera kepada Tok Dor Hadi semoga diberikan kesihatan fizikal dan kewarasan akal oleh Allah SWT. Tak apa ya, saya panggil Tok Dor sahaja, bukan Ayah Chik atau pun Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Tok Dor lebih mesra dan indah bagi saya. 

Tok Dor kalau dalam pewayangan adalah "Balang Tua" orang yang sakti berlidah masin dan ilmu tinggi.

Mula-mula nak ucap terima kasih kepada Tok Dor kerana terus memberi sumbangan ilmu, baik melalui tulisan, syarahan mingguan di Masjid Rusila dan sebagainya. 

Sunday, January 17, 2021

Buku mendedah fitnah terhadap Asri

ULASAN BUKU 

Muka depan kulit buku
ASRI SAKINAH.
SEBEGITU buku ini siap dicetak, Ratna InzahAsri (Kak Ratna) bersama suaminya Herry Oekoen datang ke rumah membawanya untuk saya. Saya seperti diistimewakan untuk menjadi penerima awal buku yang sememangnya dinanti-nantikan ini.

Di sini saya cuba buat sorotan buku "emas" ini yang sudah habis saya menelaahnya malam tadi.

Buku ini cuba memaparkan kisah perjuangan awal sepasang suami isteri yang merupakan tokoh awal perjuangan kemerdekaan negara – Mohd Asri Haji Muda, dan Sakinah Sheikh Junid. Kedua mereka merupakan pejuang awal kemerdekaan yang gigih, nekad dan berani menerjunkan diri dalam perjuangan untuk bangsa dan negara, sebelum merdeka dan terus berjuang membawa ke era pasca merdeka. 

Friday, January 15, 2021

Muhyiddin bertakhta dengan sejuta masalah

MENYILANG MALAM

COVID menjadi kemalangan buat Muhyiddin Yassin yang mengambil kerajaan secara "Curitokrasi" 10 bulan lalu yang dimurkai sebahagian besar khalayak. Yang tidak marah dan bersetuju dengan cara Muhyiddin, hanya para jemaah menterinya sahaja dan mereka yang mendapat laba langsung daripada pembentukan kerajaan PN itu. 

Setiap hari Muhyiddin dipersoal keabsahannya, dimaki hamun sampai soal penyakitnya juga diungkit. Diberi gambaran akan kelenguhannya untuk mengurus negara. Pantang beliau demam atau batuk, atau kurang tampil maka adalah yang mengirimkan salam maut buatnya.

Tuesday, January 12, 2021

Darurat beri kuasa penuh kepada Muhyiddin Yassin

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) yang bermesyuarat petang ini telah mengeluarkan satu kenyataan mengecam langkah mengisytiharkan darurat dilakukan hari ini sebagai memberi kuasa penuh kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Menerusi proklamasi darurat itu menurut sebaran majlis itu yang ditanda tangani Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng membolehkan Muhyiddin berkuasa penuh dan melakukan apa yang dikehendakinya sewenang-wenangnya.

Penggantungan Parlimen juga sebagai merampas hak rakyat mencacatkan peroses semak imbang dan merencatkan demokrasi.   

Majlis itu juga berpendapat ia bukan semata-mata untuk mencegah Covid sebab dengan undang-undang dan langkah yang sedia ada sudah cukup untuk mengawal Covid. 

Darurat perlindungan sementara buat Muhyiddin

ULASAN 

Muhyiddin istyharkan Darurat Covid.
BARU sekejap tadi Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan darurat setelah mendapat perkenan daripada Yang diPertuan Agong agar darurat di proklamasikan. Beliau dilaporkan menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah semalam memberi taklimat berhubung pandemik Covid-19. 

Persetujuan diambil untuk mengisytiharkan darurat dibawah Perkara 150 Perlembagaan Negara.

Wednesday, January 6, 2021

Annuar beli insurance untuk selamat diri

ULASAN

Sidang akhbar Annuar seperti
melempar bom ke diri sendiri.
 
HARI ini kolam politik negara berkocak dengan sidang akhbar yang diadakan oleh Ketua Umno Bahagian Ketereh Annuar Musa. Sidang media itu memberi bahan panas kepada media massa apabila beliau mendedahkan apa yang berlaku dalam kelambu rumahnya, Umno.

Sidang media itu dibuat sebagai tindakan balas Umno yang memecatnya sebagai Setiausaha Agung BN, semalam dan diganti dengan Ahmad Maslan.  

Sidang media itu itu juga seperti mahu menghantar masej kepada MKT Umno yang akan mengadakan mesyuarat bagi membincang usul daripada bahagian Umno yang menolak untuk terus berkerja sama dengan PPBM yang dianggap ular Lidi nak jadi Naga.

Monday, January 4, 2021

Berlakukah kerjasama PH dengan Umno?

ULASAN

DESAS desus kemungkinan PH akan bekerjasama dengan Umno boleh menjadi berita awal tahun 2021 yang mengejutkan tetapi ia bukanlah sesuatu menghairankan kerana politik itu bersifat dinamika. Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam dunia politik. Yang jelas ura-ura kerjasama Umno - PH itu lebih menarik dari idea Grand Coalition yakni politik "Grekok". 

Kerjasama Umno - PH satu dinamika baru politik yang menarik, suatu sejarah, adapun Grekok itu tidak lebih dari usaha untuk memakai baju baru kepada patung lama sahaja. 

Persoalan kini timbul sejauh manakah kerjasama Umno dengan PH itu? Apakah ia sesuatu yang logik atau sebaliknya. Dengan menerima politik itu sebagai serba mungkin ia bukan hal yang pelik dan aneh. 

Friday, January 1, 2021

Menanti tragedi 2021

SUSUPAN MALAM

Cover cetakan kedua
buku saya.
TAHUN 2020 telah meninggalkan kita dan berlalu dengan membawa seribu kenangan pahit dan manis. Masing-masing ada kisah dan moment tersendiri. Yang pastinya sepanjang tahun 2020 meninggalkan berbagai peristiwa dan kesan buat kita semua. 

Dua peristiwa besar yang tetap dikenang pada tahun 2020, ialah tumbangnya kerajaan PH yang dibangunkan oleh rakyat menerusi Piraum ke-14. Peristiwa itu adalah paling pedih buat orang-orang politik khasnya mereka yang berusaha keras untuk menggulingkan kerajaan UBN. Kepedihan itu menyebabkan banyak air mata mengalir angkaranya.