Tuesday, February 28, 2017

Anak syarikat kerajaan Kelantan kalah kes saman bernilai ratusan juta?

PANAS 

Kerajaan negeri Kelantan dibawah parti agama (Pas) mungkin menghadapi kerugian (hilang) ratusan juta ringgit apabila beberapa buah anak syarikatnya menghadapi saman oleh pelbagai pihak. Baca juga ini - http://msomelayu.blogspot.my/2014/01/kerajaan-kelantan-disaman-rm230-juta.html#more

Setakat yang terhitung sehingga kini kerajaan negeri Kelantan menerusi beberapa buah anak syarikatnya disaman oleh 10 pihak - maksudnya 10 kes. Berertinya 10 entiti atau anak syarikat membabitkan kerajaan negeri Kelantan sedang menghadapi pertimbangan mahkamah.

Hampir kesemua kes-kes saman itu membabitkan ketidaktelusan atau pun engkar janji oleh anak syarikat kerajaan negeri dengan beberapa pihak yang mana setengah diberikan tander atau kontrak tetapi ditarik balik tanpa jalan penyelesaian sewajarnya.

Thursday, February 23, 2017

30 perkara menarik mengenai Lim Kit Siang dari Sanusi Junid

RENUNGAN

Sanusi Junid meratib nama Kit Siang.
Umum mengenali siapa dia Sanusi Junid (Tan Sri). Dia seorang Melayu keturunan Aceh. Seorang Melayu yang kuat semangat keMelayuannya. Bagi Sanusi selepas agama, bangsalah yang diperjuang dan dipedulikan sepanjang hayatnya. Pendirian, keyakinan dan istiqamahnya dalam perjuangan mendaulatkan agama bangsa ini tidak boleh dipertikaikan dan dikompromi dengan apa-apa jua.

Beliau sedia menghadapi apa sahaja risiko demi membela agama dan bangsanya. Sanusi bukan seorang hipokrit dan akan menyanggah sesiapa sahaja yang cuba mengkhianati perjuangan.

Musuh agama (Islam) dan musuh bangsa (Melayu), adalah musuh kekal baginya. Kerana kekentalan semangat dan pegangan itu golongan liberal agama dan bangsa kurang menyenanginya. 

Wednesday, February 22, 2017

Ada kebenaran ramalan Salahuddin Pas akan berpecah lagi

STORY PANAS

Menarik pendedahan berupa spekulasi oleh Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub (foto) yang meramalkan parti agama (Pas) akan berpecah sekali lagi dalam masa terdekat.

Salahuddin tidak memberi dalil-dalil nyata mengenai kenyataan itu, tetapi sebagai orang pernah bergelumang dalam Pas, kenyataan beliau itu tidak boleh dipandang ringan.

Menurut Salahuddin yang pernah berada dalam Pas lebih 40 tahun beliau yakin perpecahan itu akan dapat disaksikan dalam tempoh sebulan dua lagi.

PKR dan PPBM jangan main tutup pintu buka jendela dengan Pas

RENUNGAN MALAM

Piraum - ke 14 semakin hari semakin dekat. Sayangnya hakikat ini semacam tidak disedari dan dihirau oleh parti-parti pembangkang. Walaupun pembangkang menggerakkan usaha mereka untuk menumbangkan BN lebih awal, tetapi sehingga kini gerakan pembangkang semacam masih belum sempurna lagi.


Perpaduan dan kesatuan di kalangan pembangkang belum sampai ke tahap boleh diangkat jempol. Suatu konsensus bersama menyakinkan umum belum dicapai. Hal ini rata-rata diperkatakan.

Kehancuran Pakatan Rakyat (PR) dianggotai tiga buah parti, PKR, DAP dan Pas yang memberi impak besar kepada BN dalam dua pilihan raya telah mengecewakan rakyat. Rakyat menaruh harapan kepada pakatan itu yang ingin melihat kerajaan Malaysia bertukar tangan menjadi hampa.

Tuesday, February 21, 2017

Kita kena betul-betul jadi singa bukan jadi si ngor

MENGENANG SEMALAM

Insiden yang berlaku di dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu malam tadi adalah rentetan-rentetan keanihan atau kemalangan yang menimpa parti agama (Pas) Kelantan yang sekaligus memberi kesan buruk kepada kerajaan negeri peninggalan Tokguru Nik Aziz.

Kehadiran Husam benar benar mengamankan Nasaruddin.
Ia adalah kesan lanjutan kepada kehilangan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah meninggalkan Kelantan dua tahun lepas. Mungkin rohnya menyaksikan segala kepelikan, keluarbiasaan atau apa-apa yang berlaku di Kelantan di kebelakangan ini dengan tersenyum tanpa tidak dapat membuat apa-apa teguran kerana dipisahkan oleh alam zahir dan alam ghaib (barzah).

Sunday, February 19, 2017

Menilai H355 apakah Pas puas hati?

ULAS H355

Isteri saya sempat rakam suasana berhampiran Masjid Negara.
Selama lebih sebulan parti agama (Pas) mengreklamasikan H355 -- Himpunan menyokong pindaan Akta 355 untuk memartabatkan mahkamah Syariah. Persiapan agak rapi dilaksanakan bagi menjayakan himpunan berkenaan. Pas berangan-angan untuk jadikan himpunan itu satu sejarah, himpunan kuimpulan agama (KUMAGA) terbesar selepas perjumpaan para ulama di kelab Sultan Sulaiman kira-kira 60 tahun lampau.

Maka hebahan meluas dalam media sosial oleh ahli dan penyokong parti berkenaan dilakukan dengan rajin dan bersungguh sekali.

Saturday, February 18, 2017

Keselamatan negara, jaminan yang tidak boleh dipercayai

KENYATAAN

Berkali-kali dan berkali kali kita mendengar jaminan daripada para menteri kita mengenai kesalamatan dalam negeri ini, baik mengenai jenayah, pengedaran dadah, perdagangan manusia, penyongsopan dan sebagainya. Berbueh-bueh sudah mulut mereka menyatakan perkara itu dan menanah pula telinga kita mendengar segala macam jaminan mereka.

Tentang keselamatan ini selalunya yang akan bercakap memberi jaminan dan memberi janji akan memperketatkan tahap keselamatan ialah Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi (foto). Beliau selalu menyatakan tahap keselamatan negara dalam keadaan memuaskan bila ada sesuatu kejadian menyentuh soal keselamatan berlaku.

Dialah yang akan berkokok apabila ada sesuatu perkara bersangkut dengan keselamatan. Suaranya bunyi tegas dan keras tetapi ia tidak sedikit pun menggerumkan. Macam guruh tanpa hujah sahaja...

Wednesday, February 15, 2017

Mahathir, Nurul Izzah rasmikan perdamaian demi negara

PERISTIWA RASA

Nurul Izzah dan Dr Mahathir atas pentas berforum.
Kehadiran penasihat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir Mohamd bersama isteri Siti Hasmah Mohd Ali di majlis makan malam "Jamuan Raih Dana Demi Negara" anjuran Parti keADILan Lembah Pantai malam tadi membawa makna tersendiri dalam genta rasa politik.

Monday, February 13, 2017

Cadang heret Husam ke mahkamah boleh jatuhkan Hadi Awang

ISU PANAS

Isu yang menggelegak ketika ini ialah pengakuan Husam Musa yang dia ada maklumat kononnya berlaku pengaliran wang kepada parti agama (Pas) menerusi Afinbank. Kenyataan beliau dalam ceramah di Selising Pasir Puteh itu menjadi kejutan kepada umum dan lebih-lebih lagi kepada Pas sendiri. Pendedahan Husam itu membuka dimensi baharu perkembangan yang ketika ini "masam" buat parti itu.

Husam menanti...
Tuan Ibrahim cadang..
Pendedahan Adun Salor yang juga Penasihat Amanah Kelantan secara sambil lewa itu juga dilihat muqadimah dan pancingan awal kepada Pas sebelum beliau membongkar rahsia-rahsia lebih besar secara berterusan dalam Pas. Ia juga boleh difahami yang Husam ada menyimpan rahsia Pas bukan sahaja dalam poket seperti Nik Amal Nik Abdullah tetapi dalam gedung besar?

Saturday, February 11, 2017

Siulan Minali menyebabkan tidur Najib terganggu?

STOP PRESS

Tweet oleh MB Selangor Mohamaed Azmin Ali menerusi twitter hari ini sudah tentu menjadikan ada orang tidak senang. Minali telah melepaskan "siulan" mayanya mengatakan seorang menteri kanan telah letak jawatan. Beliau tidak sebut nama menteri berkenaan, tetapi dari siulan-siulan yang dibawa angin ia mengatakan Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II?

Walaupun tweet Azmin itu dilihat sebagai main-main tetapi ia berjaya menarik perhatian Najib Razak. Beberapa jam selepas tweet Azmin itu Najib menyiulkan tweet menafikannya. Menurutnya dia tidak menerima apa-apa maklumat mengenai hal itu - ada seorang menteri kanan letak jawatan?

Dalam politik penuh dengan tafsiran dan persepsi. Kalau tweet Minali itu kosong untuk apa Najib menafikannya. Beliau patut biarkan ia berlalu di angin lalu sahaja. Penafian Najib itu memberi ruang kepada orang mentafsirkan perkara itu sebagai ia ada kebenarannya, berdasarkan bidalan berbunyi; "pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada angin," menyebabkan siulan Minali itu dikaji dan dicari.

Thursday, February 9, 2017

Jangan tunggu Anwar menangis baru kita hafal kesedihannya

PROLOG SENJA

Anwar tetap tersenyum dan melambai tangan.
Esok 10 Februari genap dua tahun Sdr. Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya atas sabit dakwaan liwat II.

Tidak terasa detik dua tahun itu berlalu. Ia bagaikan sekejap sahaja. Mungkin kalangan kita tidak terfikir pun yang Anwar berada dalam penjara sudah 730 hari bersamaan 17,520 jam.

Wednesday, February 8, 2017

Misi Kemanusiaan ke-2 YDH ke Syria 21 - 28 Februari

PENGUMUMAN

Mereka memerlukan bantuan kita semua.
Lanjutan kepada Misi Kemanusiaan "Syria Di Hatiku" anjuran Yayasan Darul Hijrah (YDH) dengan kerjasama Omari Society of Orphans, dan ditumpangi oleh tabung "Sebak Allepo" (kelolaan Merah Tinta) pada akhir tahun lalu (31 Disember 2016 hingga 8 Januari 2017) yang telah membawa erti dan kesan dalam misi membantu pelarian Syria khasnya mempedulikan nasib anak-anak yatim piatu, rombongan kedua YDH akan mengujungi dan menziarahi mereka sekali lagi sebagai susulan.

Tuesday, February 7, 2017

Kenapa Zaid tidak sertai parti pembangkang Melayu?

SUSUPAN PETANG

Hari ini DAP mendapat suntikan tambahan dengan penyertaan Zaid Ibrahim ke dalam parti itu. Zaid mengumumkan kemasukannya dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di rumahnya di Tropicana, Petaling Jaya. Penyertaan Zaid itu menambahkan bilangan Melayu "cerdik" dalam parti itu.

Zaid menyerah borang sertai DAP kepada Kok Wai.
Walaupun majlis itu ringkas ia memberi pengertian besar kepada Zaid kerana majlis itu turut sama disertai oleh Penasihat PPBM, Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin dan tokoh PPBM lain, termasuk Sanusi Junid dan Kadir Jasin.

Turut sama hadir ialah dua pemimpin Amanah, Khalid Samad dan Dr Dzulkifly Ahmad. Tidak pula nampak wajah pemimpin PKR. Mereka mungkin tidak hadir kerana tidak tergamak melihat Zaid menyertai DAP selepas keluar dari PKR.

Sunday, February 5, 2017

Amanah gesa ahli jaga moral politik

SUSUPAN MALAM

Gesaan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Anuar Tahir (foto) supaya ahli dan penyokong parti itu berhenti mengeluarkan kata-kata kesat berbentuk penghinaan kepada pemimpin politik khsasnya dari parrti agama (Pas), suatu langkah baik yang wajar dipatuhi segera.

Gesaan itu sesuatu tindakan terpuji sekaligus mempamerkan sikap atau uslub - pendekatan Amanah sebagai sebuah badan siasah yang mengambil Islam sebagai prinsip perjuangannya. Gesaan itu tepat bagi Amanah sebagai sebuah parti yang membawa Rahmatanlilalamin.

Justeru gesaan itu seharusnya bukan sahaja dilihat terkhusus dan diterima baik oleh ahli dan penyokong Amanah sahaja tetapi dari pihak parti lain juga wajar menerimanya sama.

Saturday, February 4, 2017

Kelantan negerimu negeriku: Ada kebusukan di Pasir Puteh?

NOTA PETANG

Banyak kejadian anih dan pelik berlaku di Kelantan "negermu negeriku" sejak ke belakangan ini. Paling jelasnya selepas ketiadaan Tokguruku Nik Abdul Aziz. Lepas satu, satu perkara pelik berlaku dan terbongkar. Bukan perihal kitab-kitab ilmu yang tidak sempat dibaca Tokguru, ditemui dirak kitabnya, tetapi berbagai bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa dijumpai.

Kematian atau pemergian Tokguru Nik Aziz seakan takdir untuk menjadikan semua penyelewengan dan salah laku dalam urus tadbir itu terdedah. Mungkin kalau Tokguru masih ada ia tidak terdedah, pertama kerana pengurusan masih berjalan dengan teratur, kedua mungkin kerana mereka yang tahu penyelewengan itu tidak tergamak untuk mendedahkannya.

Terbaharu ialah mengenai projek pembinaan pasar baharu di Pasir Puteh Kelantan. Khabarnya ada benda pelik di sebalik projek berkenaan. Saya sudah mendapat beberapa maklumat secara lisan mengenai apa yang berlaku dengan projek berkenaan.

Ada unsur-unsur penyelewengan membabitkan pihak-pihak tertentu yang berkuasa hari ini. Biarlah saya tidak membuka pekung ini dahulu sementara ia mendapat butiran yang tepat dan betul. Sebelum segala-galanya terheret lebih lanjut elok kalau kerajaan pimpinan Ahmad Yakob cuba menyelesaikan secara baik dan jangan membiarkan sehingga apa yang kini masih dalam genggam itu terrelai dan terecer di tengah jalan? [wm.kl. 6:58 pm 04/02/17]

Nautica Alyia sedang melayarkan impian Pas dan Umno

SUARA SABTU

Saat ini kapal Nautica Alyia yang melayarkan Misi Kemanusiaan - Food Flotilla for Myanmar sedang menongkah arus di lautan Andaman membelah gelombang malam menuju ke destinasinya. Arahnya ialah ke pelabuhan Yanggon, Myanmar kemudian ke Teknaf Dhaka, Bangladesh.

Tuan Ibrahim dan Najib bunyikan siren bersama.
Kapal itu membawa 2,200 tan makanan dan keperluan untuk masyarakat Rohingya yang sedang menghadapi musibah dan kini menjadi pelarian di beberapa buah negara termasuk di Malaysia dan Bangladesh.

Misi berkenaan disertai oleh 250 sukarelawan terdiri dari beberapa NGO termasuk dari 13 buah negara luar. Dari jumlah itu, 190 orang sukarelawan daripada negara luar. Dua buah parti politik yang waktu ini sedang bercandarasa (asmara), parti agama (Pas) dan Umno juga mengirim wakil masing-masing untuk ikut sama belayar.

Friday, February 3, 2017

Gema azan di puncak kota Namrud gugah perasaan

CATATAN MUSAFIR (5)

Kedudukan tiang gergasi sesayut mata memandang.
Saya tidak dapat pasti berapa sebenarnya ketinggian kota Namrud dari aras laut dan pula berapa ketinggian puncaknya. Cuma apa yang boleh saya sukat, tempoh pendakian ke puncak itu mengambil masa kira-kira 26 minit dari catatan arlogi saya.

Catatan masa ini subjektif kerana bergantung kepada orang yang memanjatnya.

Wednesday, February 1, 2017

Annuar Musa perlu diasingkan dari Umno Kelantan?

PANDANGAN PAGI

Mustapa perlu tegas dan berani.
Tindakan ahli Majlis Mara mengambil keputusan sebulat suara untuk menggantungkan tugas Annuar Musa sebagai pengerusi Mara dan juga pengerusi Syarikat Pelaburan Mara sedikit sebanyak menjejaskan reputasi Umno Kelantan yang waktu ini dilihat berkaca di mata rakyat Kelantan.

Walaupun tindakan majlis Mara itu tidak bermakna Annuar sudah bersalah melakukan salah guna kuasa atau rasuah menerusi kedudukkan sebagai pengerusi Mara dan Presiden Kafa, tetapi "insiden" tersebut sudah pasti ia menimbulkan persepsi buruk kepada batang tubuh ahli Parlimen Ketereh itu.