Wednesday, September 28, 2016

Mencari PM sementara sebelum Anwar keluar

ENAKDOT PETANG

Semua orang masing-masing ada tokoh untuk dilantik menjadi perdana menteri. Ini menunjukkan jawatan itu menjadi perhatian semua orang. Keupayaan atau pun keinginan untuk melantik seseorang jadi perdana menteri ini samalah keadaanya atau keinginan seorang lelaki yang hendak berkahwin.

Kerana hanya berdasarkan fitrah lelaki harus berkahwin maka dia juga hendak berkahwin walaupun tidak menyedari kelemahan dan kekurangan yang ditanggugnya.

Tuesday, September 27, 2016

Walaupun satu undi Hishamuddin boleh rempuh Zahid

BUAL PETANG

Hari ini Institut Darul Ehsan (IDE) Selangor mengemukakan hasil kajian persepsi pengundi di Selangor berhubung siapakah tokoh dalam Umno yang popular menjadi pengganti Najib Razak. Saya dijemput sama untuk mengikutinya tetapi kerana ada kematian kawan terpaksa batal.

Hishmuddin dan Zahid akan bertempur.
Empat tokoh diletakkan IDE untuk ditinjau dari kalangan 1,761 responden. Mereka ialah Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Mustapa Mohamed dan Annuar Musa.

Kajian itu mendapati Hishamuddin paling popular dengan mendapat 32 peratus undi didikuti oleh Zahid mendapat 31 peratus undi. Bezanya hanya satu undi sahaja. Disebabkan negara kita menerima kaedah (undi pendahulu) maka Hishamuddin dikira menang. Besar makanya satu peratus itu bagi Hishamuddin pada saat dia sedang "beragun" (berlawan) dengan Zahid.

Sunday, September 25, 2016

Amanah kuasa politik baharu di Johor

ULASAN PAGI

[kemaskini] Setelah menyaksikan sendiri sambutan rakyat Kelantan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) setelah Husam Musa secara rasmi berada dalam parti itu ia merujakan saya untuk melihat macam mana pula senarionya di negeri Johor Darul Takzim. Apakah ledakan semangat di Salor akan melantun ke Johor?

Salahuddin dan Muhyiddin sahabat baharu politik. 
Setakat ini saya mengira sambutan terhadap Amanah di Kelantan (yang saya bataskan dalam zon Pantai Timur) cukup memberangsangkan. Semangat rakyat khasnya anak-anak muda yang sedikit sejuk dan semacam "tumpul nafsu" sebelum ini bertukar 360 darjah. Kelewatan Husam mengambil sikap menyebabkan mereka menjadi dingin dan rasa "putus angin".

 Perkembangan berlaku di Kelantan memberi isyarat awal kepada parti agama (Pas) di negeri itu. Pas tidak lagi boleh meremehkan parti berusia setahun itu dan juga pemimpin de facto nya di Kelantan Husam Musa. Mungkin Pas boleh membuat semakan semula kepada sikap "agah" dan "angin"nya selama ini yang enggan menjeling Amanah walaupun dengan sebelah mata.

Friday, September 23, 2016

Mursyidul Am: memang Hadi layak

SESUDAH SUBUH

Muka depan harian Sinar.
Sebelum Subuh ada isyarat mesej menerusi Whatsaap masuk ke dalam telefon saya. Bila dibuka terpapar print skrin muka hadapan surat khabar Sinar harian edisi Pantai Timur terbitan hari ini.

Di bawahnya disertakan dengan sebaris kata-kata yang sinikal mencuit jantung; "Apa sudah berubah pulak ke, tiba-tiba sokong Hadi?" Nama pengirim biarlah saya rahsiakan.

Mulanya saya sedikit tergaman dan kurang fahaman dengan mesej itu. Bukan sekali saya menerima mesej yang sinikal begitu bahkan banyak kali dengan viarasi tersendiri bila setiap kali saya melontarkan idea dan pandangan yang kontradik dengan perkembangan semasa.

Thursday, September 22, 2016

Agong perlu menitah sendiri pertemuan dia dengan Dr Mahathir

ULASAN PAGI

Setelah menanti lebih lima bulan akhirnya Dr Mahathir Mohamad dapat juga menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk mempersembahkan tanda tanya yang dipunggut menerusi deklarasi rakyat. Pertemuan itu berlangsung di luar Istana Negara di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir merekod kehadirannya di Istana.
Mungkin Agong sibuk maka Mahathir terpaksa sabar menanti agak lama untuk menyerahkan dokumen rakyat berupa tanda tangan yang menyatakan kurang senang dengan isu bergeliwat di keliling Perdana Menteri Najib Razak itu.

Mauduk tanda tangan itu juga sebagai menunjukkan protes kepada Najib dan mendesak agar beliau berundur. Bagi penanda tangan itu (rakyat) sangat berharap Najib bertanggung jawab ke atas apa yang berlaku kini seperti skandal 1MDB, penyonglapan wang dana RM2.6 billion dan lain-lainnya yang merosakan imej negara dan reputasinya sebagai PM.

Wednesday, September 21, 2016

Yang perlu bukan pilihan raya awal tetapi mantapkan Pakatan Harapan

SESUDAH SUBUH

Saranan Lim Kit Siang supaya DUN Selangor dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya awal diadakan tidak berapa pratikal. Kit Siang membuat cadangan itu susulan kajian pindaan sempadan pilihan raya yang baharu dikemukakan SPR minggu lepas.

Mohamed Azmin Ali
Lim Kit Siang
Walaupun kebimbangan Kit Siang kepada kajian itu boleh menjejaskan peluang PH untuk mempertahan Selangor dalam pilihan raya akan datang tetapi cadangan itu bukan sesuatu yang perlu dilakukan dan diberi keutamaan.

Bagi pembaca politik matang tahu cadangan Kit Siang itu sebagai usikan kepada Mohamed Azmin Ali (Minali) sebagai balasan sikap Timbalan Presiden PKR itu yang menolak cadangan agar Pulau Pinang mengadakan pilihan raya segera ekoran pendakwaan Lim Guan Eng atas tuduhan kerana rasuah.

Saturday, September 17, 2016

Pertempuran pertama Pas dengan Amanah di Kelantan

PERISTIWA

Suasana di Dataran Stadium.
Malam tadi berlangsung dua majlis politik serentak di Kelantan. Kewafatan Dr Haron Din di Colifornia Amerika Syarikat pagi semalam tampaknya tidak menjadi penghalang kepada penerusan majlis yang sudah disusun atur sejak lama itu. Kejamkah politik? Dalam kamus politik tiada erti simpati, sedih dan dukalara?

Mungkin majlis parti lain boleh diteruskan, tetapi tidak bagi parti Haron Din, parti agama (Pas), sebab Allahyarham adalah Mursyidul Am pemimpin tertinggi dan paling berkuasa dalam parti berkenaan. Adalah baik kalau ia dibatalkan atau diubah maksud majlis itu kepada majlis doa dan tahlil untuk Allahyarham. Berkabun barangkali tidak perlu kerana ia bida'ah?

Sebahagian orang ramai di Salor.
Dua majlis yang dimaksudkan ialah pengistyharan perdana penyertaan beberapa individu dan tokoh dari pelbagai bidang profesional ke dalam parti Amanah Negara (Amanah).

Serentak itu juga perasmian (beri nama) kepada pejabat Adun Amanah di Salor dengan nama Wisma Tokguru. Manakala satu lagi majlis Munajat dan solat Hajat sebagai menyokong "penotisan" semula Rang Undangt-Undang Persendirian (RUU) 355 di parlimen dijangka akan dibawa pada sidang Oktober nanti

Friday, September 16, 2016

Mursyidul Am Pas kembali ke Rahmatullah pagi ini

AL FATIHAH

Mursyidul Am Pas Dr Haron Din telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 10:10 minit waktu Malaysia pagi ini. Perkhabaran dukacita itu dimaklumkan oleh sahabat saya sdr Roslan SMS yang mementik maklumat dalaman Whatsaap daripada Ketua Penerangan Pas, Nasaruddin Hassan.
Allahyarham meninggal di hospital Stanford University San Francisco Amerika Syarikat.

Sejak pagi tadi lagi berita kematian Allahyarham divarialkan dalam media sosial. Allahyarham berada di Amerika sejak seminggu lepas. Sebelum itu beliau dimasukan ke IJN dalam negara apabila mengadu sakit dada.

Kenyataan rasmi berhubung berita duka ini akan dikeluarkan oleh pihak keluarga Almarhum.
Sama-sama kita doakan semoga urusan membawa pulang jenazah berjalan lancar dan selamat. Al Fatihah. [wm.kl.10:47 am 16/09/16]

Thursday, September 15, 2016

Korban di Khlong Nueng di sambut hujan..

CATATAN PERJALANAN

Kunjung hormat ke rumah Imam Haji Ismail.
Alhamdulilah lewat tengah hari tadi selamat tiba di tanah dari ibu negara Gajah Putih, Bangkok. Selama tiga hari dua malam di sana. Urusan ibadat korban dalam misi Kebajikan dan Kemanusiaan anjuran blog Merah Tinta selamat dijalan dengan meriah dan sempurnanya.

Paling mengesankan saya sebaik sahaja lembu korban ditumbangkan dengan iringi gema takbir oleh anak-anak yatim, hujan lebat turun membasahi bumi di mana tempat berlangsung ibadah korban 1437H tahun ini.

Sepanjang saya di sana, saya ditemani isteri Naimah Yaacob. Terima kasih.

Saturday, September 10, 2016

Tengku Razaleigh tarik balik keputusan untuk bersara

STOP PRES

Menurut laporan Bernama, Tengku Razaleigh Hamzah (foto) menarik balik hasratnya untuk berihat dalam politik dengan tidak bertanding dalam Piraum akan datang. Tengku Razaleigh membuat kenyataan di Gua Musang semalam semasa ucapan penangguhan persidangan mesyuarat agung Umno bahagian Gua Musang yang dipimpinnya.

Alasan penarikan balik hasrat yang diumumkan itu, katanya dibuat kerana Umno bahagian mendesak agar beliau terus menjadi wakil rakyat dan memimpin Umno bahagian Gua Musang serta bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Penarikan balik hasrat itu menimbulkan spekulasi apakah ahli Parlimen Gua Musang itu akan ikut berada dalam persada politik untuk menggulingkan Najib Razak demi menyelamatkan negara?

Tuesday, September 6, 2016

RUU 355 Pas perlu dengar pandangan AMANAH

SUDAH SUBUH

Khalid Samad
[kemaskini] Sebagai seorang Islam sesiapa juga akan menyokong apa-apa jua usaha untuk memartabat dan mendaulatkan agama samawi atau agama dari langit itu. Maksud agama dari langit ialah agama berasaskan wahyu. Itulah tanggungjawab dan amanah kita yang menerima Islam sebagai ad-den jalan hidup dan penghidupan - way of life. Antara fungsi dan tujuan Allah menzahirkan kita pula ialah untuk merealisasikan segala hukum dan peraturan-peraturan-Nya.

Hanya dengan menurut dan berpegang kepada peraturan-Nya makhluk dijamin selamat dunia dan akhirat. Islam Rahmatan lil Alamin.

Demikian apabila parti agama (Pas) cuba hendak melaksanakan hukum Hudud, hukum yang disebut dalam al-Quran dan ditafsirkan oleh ahli Hadith, kita sebagai orang Islam tidak perlu ragu-ragu tentang tujuannya dan wajib menyokong seratus peratus. Sokongan itu sendiri memberi gambaran sejauh mana tahap keimanan kita.

Bekas kakitangan syarikat GLC Kelantan disoal siasat SPRM?

CATATAN PETANG

Ini ada sedikit maklumat yang tidak berapa baik untuk kerajaan berslogan "Membangun Bersama Islam", kerajaan Kelantan yang sebelum ini dianggap sebuah kerajaan yang berintegriti dan di sanjungi oleh banyak pihak.

Pihak kerajaan negeri sendiri berbangga dengan pencapaian dan rekod bersih perkhidmatan mereka kepada rakyat selama ini. Kononnya kerajaan peninggalan Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat itu bersih, tiada kaki tangan dan wakil rakyatnya tersangkut dengan sebarang kemungkaran dan penyelewengan.

Pemimpin kerajaan Kelantan juga sering kali "menyongik" ekor kerana berpuas hati dengan ketelusan dan moral kerajaan berkenaan. Sehingga ini setelah 26 tahun Pas mentadbir Kelantan tidak ada seorang pun kaki tangan kerajaan negeri atau wakil rakyatnya ditangkap dan dihadap ke mahkamah kerana kesalahan rasuah. Rekod itu dijadikan mercutanda ketelusan dan kesucian kerajaan Kelantan.

Monday, September 5, 2016

Husam sifat Mahathir Anwar sinergi dua generasi

KENYATAAN

Adun Salor Husam Musa menyifatkan pertemuan Dr Mahathir dengan Anwar Ibrahim hari ini penyatuan sinergi dua generasi yang kesekian lama diharapkan. Pertemuan itu sangat menggembiranya kerana ia menjadi harapan kesekian lama.

"Saya sudah impikan dua tokoh itu yang berseleheng selama 19 tahun untuk duduk sebaris", kata Husam. Berikut kenyataan penuh Husam:


*Sinergi Dua Gergasi*
*Demi Malaysia*: pertautan dua tiang seri politik Malaysia sangat dialukan.

Saya sudah impikan dua tokoh yang bersalingan selama 19 tahun untuk kembali duduk sebaris.

Saya nyatakan 'mimpi' saya itu dalam ucapan saya di depan Tun dalam majlis ceramah Tun yang pertama di atas pentas Pakatan di Pandan, awal Mac tahun ini.

Hormatilah gencatan senjata Dr Mahathir - Anwar

ULASAN PETANG

Anwar - Mahathir bersalam erat.
[kemaskini] Pertemuan dan jabat salam antara Dr Mahathir Mohamad dengan bekas timbalannya Anwar Ibrahim hari ini suatu peristiwa mengejutkan. Keterkejutannya apa yang tersaksi hari ini sama dengan peristiwa 18 tahun lalu di saat Dr Mahathir mengumumkan Anwar dipecat daripada Umno dan jawatan timbalan perdana menteri.

Walaupun getaran rasa keterkejutan itu hampir sama, tetapi ia membawa nada berlainan serta sebak yang berbeza kandatipun air mata yang tumpah berwarna sama - putih bersih dan dingin. Rakyat khasnya penyokong Anwar sebak dan menangis apabila Dr Mahathir bertindak memecat Anwar dulu. Banyak air mata yang gugur dan ada yang karam di hati bertahun-tahun mengenang kesengsaraan dilalui Anwar.

Isu perebutan tanah Fatah hanya broker sahaja?

PEREBUTAN TANAH (Bhg4)

Hendak sambung cerita perebutan tanah di pinggir Lebuh Raya Rantau Panjang - Pasir Mas, antara tiga orang pemimpin parti agama (Pas). Ceritanya makin menarik dan berbagai versi mengenai kisah tanah berkenaan. Yang jelasnya, tanah itu kini sedang dibangunkan dengan projek perumahan mampu milik dikendalikan oleh syarikat perumahan 1 Malaysia (PR1MA).

Latar belakang mengenai tanah berkenaan rasanya sudah sedia maklum, cuma untuk mengesahkan mana satu versi yang benar. Saya mendapat maklumat dari berbagai-bagai pihak dan membuat analisa mengenainya. Terbaharu versi daripada salah seorang yang terlibat dengan "skandal" itu. Individu berkenaan menelefon saya sendiri pada19 Ogos jam 3:38 minit petang dan membuat penjelasan dari sudut matanya untuk membela dirinya.

Saturday, September 3, 2016

Husam mulai atur gerakan mengAmanahkan Kelantan

CATATAN PERISTIWA

Husam mengadakan sidang akhbar sejurus tiba di airport.
Adun Salor Husam Musa yang dipecat oleh Pas sudah memulakan gerakan untuk membina tapak bagi meneruskan iltizam politiknya untuk membina Kelantan menerusi parti baharu yang disertainya Parti Amanah Negara (Amanah). Gerakan dilakukan Husam bakal membentuk satu fenomena baharu di Kelantan.

Kepulangan Husam dari Kuala Lumpur jam 3:30 petang kelmarin diberi sambutan meriah di lapangan terbang Pengkalan Chepa. Beliau dijulang sebagai wira. Ini menandakan benih bakal disemari Husam akan tumbuh merimbun.