Sunday, September 30, 2012

Rakyat Bachok Tidak Perlu Harapkan Awang Adek Untuk Dapat Hospital

SUSUPAN PETANG

Mungkin impian rakyat Bachok untuk mendapat hospital besar di daerah itu tidak akan tercapai sekiranya falsafah politik ala-ala Awang Adek Husein dilakukan. Kenapa tidak, dalam prinsip politik Awang Adek hospital itu tidak akan dibina selagi UBN tidak menang. Walaupun projek berkenaan sudah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-9, tetapi kerana UBN tidak menang menyebabkan peruntukan hospital itu dibawa lari ke tempat lain.

Keratan akhbar jawaban Awang Adek, beredar di internet.
Hakikat ini bukan rekaan tetapi diakui sendiri oleh Awang Adek dalam jawabannya ruangan forum di sebuah akhbar. Orang Bachok khasnya boleh menilai sejauh mana cerdik dan bodohnya politik Awang Adek. Politik menghukum, mendera yang diamalkan oleh bekas PM yang berkawan dengan syiatan menjadi ikut dan dan amalan Awang Adek Hussein.

Politik mendera seperti itu tidak akan membawa kebaikan dan keuntungan kepada rakyat. Politik seperti itu menyebabkan Awang Adek tidak layak menjadi pemimpin. Khabarnya orang Umno juga tidak setuju dengan politik kebudak-budakan Awang Adek itu. Mungkin sebab itu sebahagian besar ahlijawatankuasa Umno bahagian menentang Awang Adek.

Ertinya kalau itulah amalan beliau ini bermakna rakyat Bachok akan kompunan untuk mendapat hospital kandati 1,000 tahun lagi. Ini kerana Awang Adek tidak akan menang di Bachok hatta lima kali pilihan raya lagi. Beliau telah ditolak macam beruk menendang kepala kotel dengan kaki di Bachok.

Belum pernah berlaku di Kelantan ada calon Umno yang kalah di dua kerusi sekaligus. Nik Aziz pernah bertanding dua kerusi pada tahun 1986, beliau kalah di Bachok tetapi menang di Chempaka. Mustapa Mohamed pernah bertanding dua kerusi di Jeli, parlimen Jeli dan Air Lanas, beliau menang kedua-duanya.

Kemenangan Mustapa di kedua buah kerusi itu mudah untuk dihisabkan sebaba beliau tidak praktik politik dera seperti Awang Adek. Mustapa laksana apa saja projek di kawasannya tidak kira kawasan itu kuat Pas atau tidak. Saya rasa kalaulah orang Umno menerima Mustapa 10 tahun dulu kini Bachok sudah menjadi bandar kedua terbesar selepas Kota Bharu. Perbezaan pegangan dan amalan politik Mustapa dan Awang Adek hampir sama.

Kalau diperhatinkan, stail politik Awang Adek sama dengan stail politik Annuar Musa. Annuar juga mengambil pendekatan sama menghukum rakyat Kelantan kerana tidak memberi kemenangan kepada Umno. Khabarnya kenapa projek perlebaran lapangan terbang Pengkalan Chepa dihalang oleh Annuar Musa.

Pendeknya selagi Awang Adek tidak ralat stail politiknya taburlah wang dan janji sebanyak mana dia akan tewas di parlimen Bachok. Dan bagi rakyat Bachok pula tidak akan bersedia untuk mengundi timbalan menteri kewangan itu selagi bangunan hospital Bachok tidak dibangunkan.

Kesimpulannya kalau rakyat Bachok ingin hospital pilih seorang tokoh yang mesra rakyat dan juga ada kepakaran dalam pembangunan. Rakyat Bachok boleh mula merisik siapakah orang yang patut mereka pilih bakal menjadi wakil mereka nanti. Hanya seseorang yang arif mengenai pembangunan, pakar dalam perancangan bandar saja yang boleh diharap untuk membawa idea pembangunan seperti hospital itu. [wm.kl.3:11 pm 30/09/12]

Kunjungan Yang Tidak Akan Terlupa Selamanya

PERASAAN AHAD

Saya sungguh teruja dan terharu apabila melihat beberapa keping foto Sultan Muhamad Ke V bersama adinda baginda yang juga Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra berangkat menziarahi Tokguruku Nik Abdul Aziz dirumahnya kelmarin. Foto itu sudah bertaburan di wall Fb dan ada yang di like sampai 30,000.

Katanya, baginda berdua mengampuni perkenan untuk menziarahi Tok guru bertanya khabar mengenai kesihatan MB itu kerana semasa Tok Guru berehat beberapa hari di wad, baginda tidak kesempatan berbuat demikian.

Kunjungan Sulatan disambut dengan penuh kerendahan jiwa.
Sultan dan Tengku Mahkota berjemaah dengan Tokguru.
Tersayat sayu kebanggan hati saya apabila mendengar bayangan itu. Betapa baginda seorang sultan tidak kedudukan dan suasana untuk memayungi rakyat apa lagi memanda menterinya. Baginda meletakkan kemuliaanya sebagai sultan jauh ke bawah kemuliaan seorang hamba Allah. Apa dilakukan oleh baginda jarang sekali kedengaran di zaman raja-raja sudah berada di bawah perlembagaan di mana segala hak dan kepentingan baginda dijamin seratus peratus. Hari ini sultan boleh duduk diam dan senyap di istananya tanpa mempedulikan rakyat kerana mereka sudah dilindungi sepenuhnya oleh perlembagaan.

Kunjungan baginda itu adalah kali kedua dalam tempoh 15 tahun. Semasa baginda bergelar Tengku Mahkota Kelantan baginda telah pernah menziarahi ke Pulau Melaka. Ertinya kunjungan semalam adalah kunjungan pertama kali setelah baginda menaiki takhta kesultanan Kelantan.

Tuanku tidak pernah lupa untuk memberi hadiah.
Tidak tokguru atau sesiapa, semua orang merasa senang dengan apa diteladankan oleh baginda itu. Itulah yang rakyat ingin dari seorang pembesar negara. Tidak sombong dan bermegah dengan kedudukan. Tahu menimbang tara di antara kedudukan sesama insan. Tok Guru Nik Aziz tidak akan terkedu kalau pun baginda tidak mengziarahinya.

Tuanku bergambar kenangan dengan bersama keluarga Tok Guru.
Baginya cukup merasa bertuah kalau Tuanku hanya mengirim salam atau wakil untuk menjengoknya. Namun apabila baginda datang sendiri, saya dapat bayangan kebanggan Nik Aziz terhadap kunjungan dan keprihatinan Tuanku itu melimpah sehingga memenuhi sungai Melaka yang berada di belakang rumahnya. Bak kata orang tidak cukup nyiru dengan tangan ditadahkan.


Tentu tidak kena tingkah dan laku bagi Nik Aziz untuk menerima kunjungan itu. Ia bukan kunjungan orang biasa, tetapi kunjungan seorang bergelar raja bertahktha yang pula dimulia dan dikasih rakyat jelata. Meskipun Tuanku berdua beradik tidak meminta disusun dan diatur keberangkatan ziarahnya begitu rupa penuh dengan protokol dan adat istiadat, tetapi sebagai seorang memanda menteri dan hamba yang tawaduk, Nik Aziz pasti sedikit sebanyak menyedaikan keperluan seadanya.

Kunjungan bermula dengan Tuanku mendirikan solat Asar di masjid 'berdepetan' dengan rumah MB itu. Sebelum itu baginda berdua bersalaman dengan jemaah masjid dan orang ramai. Ruang di mana Tuanku dan Tengku Mahkota itu bersemayam untuk berbual dengan Tok Guru dan isterinya Tuan Sabariah Tuan Ishak, disitulah juga tempat selalu saya berbual dengan Tokguru dan tetamu lain bila setiap kali berkesempatan bertamu dengan Tokguru.

Selalunya selepas solat bersama di masjid, jika beliau ada masa dan kesihatannya membenar, Tokguru akan ajak naik ke rumah dan berbual hal ehwal negeri dan politik sambil mengenakan tea secawan dan sedikit kueh mueh. Ertinya dalam hidup Tokguru tidak ada pengasingan kelas dan semuanya dilayan sama rata sesuai dengan apa diajar oleh Nabi.

Jadi apabila diruang itu juga Sultan Mohamad ke V dan Tengku Mahkota bersemayam betapa saya makin dapat meraskaan sifat kehambaan dan tawaduk Tuanku Sultan bersama Tengku Mahkota yang tidak kekok untuk duduk 'bersidang' di ruang tamu seluas 20 kali 15 kaki itu.

Gambaran atau peristiwa semalam ia satu lagi sejarah buat Menteri Besar dan juga Sultan. Apa lagi rakyat menerima dan melihat kejadian itu satu kebanggaan besar buat mereka. Rakyat merasa bertuah memiliki  seorang MB seperti Nik Aziz, dan Nik Aziz juga lebih merasa bertuah kerana dianugerahkan Allah seorang sultan yang penuh prihatin dan humble. Apabila dikenang kedua itu ia menyebabkan rakyat Kelantan lebih-lebih merasa bertuah kerana mereka mempunyai uli amri yang sedemikian tinggi hemat dan sifat kemanusiaanya dan kehambaannya. Kedua mereka Sultan dan MB menjadi penawar kepada kedukaan rakyat Kelantan atas segala macam pencemuhan dan penghinaan ke atas mereka olah anarki politik.

Atas perilaku itulah tidak hairan kalau ketaatan dan kasih sayang Nik Aziz kepada sultannya semakin menebal dan mendalam. Beliau sendiri sempena kunjungan itu mendokan akan kerahmatan untuk sultan bersama usrah di raja dan seluruh jajahan takluknya dan rakyat jelata. Rasa sayang, bangga dan kasih Nik Aziz makin terserlah lagi apabila beliau berkata; saya tidak akan baiki rumah ini kerana ia pernah di singgahi dan dijejaki oleh Tuanku Sultan. Kata-kata ini menggambarkan Nik Aziz telah mengisytiharkan bahawa rumahnya itu satu bekas mulia dijejak sultan beradat tinggi yang tidak mungkin dirobohkan selagi hayatnya dikandung badan.

Namun apabila mengenangkan kerendahan diri dan akhlak Tuanku Sultan menyebabkan hati kecil saya tertanya-tanya, apakah pernah anggota Exco bersam wakil rakyat Pas mengadakan kunjungan khas ke rumah Tok Guru untuk bertanya khbar sakit demam wali mereka seperti mana Tuanku Sultan lakukan itu. Apakah kunjungan beramai-ramai ke rumah MB begitu satu yang tidak perlu diadakan ataupun kunjungan seperti itu memang tidak ada tercetus dalam mana-mana kepala Exco Kelantan kerana mereka menganggap Tok Guru seorang manusia yang simple yang tidak memerlukan kunjungan dan peraian seperti itu? Begitukah?

Seorang ayah memang tidak mengharapkan jasa dan budi dari anak-anaknya. Hadiah teristimewa dari anak kepada ayah ialah kejayaan. Tetapi seorang ayah akan merasa lebih bangga dan bertuah lagi kalau anak-anaknya berbudi dan mempamirkan akal budi yang tinggi untuk dicontohi oleh sekalian orang yang lain. Mungkin untuk masa depan akan ada kunjungan ramai-ramai Exco Kelantan ke rumah tokguru, kalaupun ia bukan atas permintaan tokguru, biarlah dibuar atas kesedaran dan keinsafan anggota Exco dan wakil rakyat. [wm.kl.11:40 am 30/09/12]

Ps: Foto 'dicuri' dari album Zam Zamani. Harap dizinkan.

Hasan Tidak Perlu Mengenang Pas Lagi

NALURI SABTU

Hasan Ali alias Hasan Akidah yang telah dipecat oleh Pas dan enggan merayu sepatutnya tidak lagi berfikir mengenai Pas. Nur bulan purnama seharusnya tidak lagi menyimbah ke par atmajiwanya. Soal Pas seharusnya tidak menjadi tanggungjawabnya lagi. Pemimpin Pas yang ada bertanggungjawab sepenuhnya ke atas parti itu tanpa perlu koreksi Hasan.

Hasan: Masih terkenang Pas.
Apabila kita sudah tidak setuju dengan sesebuah parti atau pertubuhan atau apa saja, kita tidak wajar mempertikaikan apa-apa yang dibuat oleh parti yang kita tinggalkan. Baik atau buruk bukan lagi tanggungjawab kita. Tuhan kita tidak marah kalau kita tidak mempedulikan lagi. Apabila kita keluar meninggalkan kemunkaran, kejahatannya kita sudah bebas dari menanggung dosa.

Laksana kita sudah meninggalkan isteri kerana kita yakin dia telah melakukan kesalahan, tidak perlu mempersoalkannya lagi. Biarpun dia melacurkan diri untuk mencari nafkah hidup ia bukan ada kaitan dengan kita lagi. Pintu syurga kita tidak akan dilaluinya lagi. Mungkin Tuhan menyediakan pintu syurga yang lain. Pintu syurga sesungguhnya bukan satu tetapi lapan atau 16.

Tetapi tidak dengan Hasan Akidah. Dia masih bercakap mengenai Pas. Mengkritik Pas dan kedua biji matanya terjolor melihat Pas buruk dan cemar. Apakah Hasan masih teringat akan kedudukan dan nikmat yang diperolehinya semasa sepanjang berada dalam parti itu. Masih ingat jawatan Exco terpaksa dilucutkan. Jawatan yang memberi ruang dan peluang untuknya berkhidmat membela Islam? Jawatan yang melambangkan prestajnya. Atau pun mengingati kepada Pas yang berjasa kepadanya melengsaikan hutang pituang yang dipunyai sebelum ini?

Terbaru Hasan terus mengungkitkan dan mengkritik Pas kononnya Pas mengubah slogan negara Islam kepada negara berkebajikan. Perubahan itu katanya kerana Pas takut kepada DAP dan ianya dibawa oleh parasit. Lebih baik Hasan tidak bercakap mengenai perkara ini (politik strategi) kerana selagi dia bercakap kebodohannya akan kelihatan sampai ke atas belikat.

Benar seperti diakui ramai bahawa Hasan tidak faham mengenai politik, malahan buta langsung mengenai politik. Hasan mengira politik seperti dia cara berfikir dengan ilmu yang dia ada. Sebenarnya kegagalan Hasan meletakkan dirinya utuh dalam Pas kerana kejahilan dia berpolitik. Dia sudah silap semasa membuat pilihan menyertai politik bukan kekal bersyarah dalam summer camp.

Selamanya Hasan Akidah akan ditimpa malang walaupun di mana dia berada dalam politik. Kalaupun dia menyertai Umno dia juga akan menghadapi kucah dan godaman ombak yang sama. Politik tidak boleh diurus semudah menaburkan air liur menerusi motivasi atau melakarkan pelan pelaksana di white board. Politik tidak boleh berfikir secara harfiah. Politik itu bengkang bengkok tidak sesuai orang yang merasakan didirinya lurus. Motivasi hanya cakap tetapi politik dengan cakap, tindakan dan penuh imiginasi. Motivasi adalah sesuatu praktikal, manakala dalam politik tidak semua praktikal adalah kalanya terkeluar dari normal akademik hatta mitos dan tahyulmacam 'didolar' Umno.

Lantaran itu Hasan Akidah tidak perlu kesal terhadap apa terjadi apa lagi mengenang Pas. Kini dia sudah ada wadah sendiri yang mendapat bantuan dan segala macam kemudahan untuk bergerak. Nah bergeraklah dengan wadah itu. Gumba dan tubalah rakyat agar meninggalkan Pas. Hasan boleh tonjol dinamisme  pemikkirannya untuk menguatkan Melayu dan Islam melalui Ngo itu. Lakukan tidak siapa membantah.

Hasan tidak perlu bimbang. Sekiranya perjuangannya betul dan benar dia akan disokong. Hatta ahli Pas dan Umno akan meninggalkan parti masing-masing dan akan menyertai Ngo  berkenaan. Selepas berjuta orang menyokongnya tidak mustahil Hasan dapat menjadi khalifah dalam Ngo berkenaan dan mengambil alih penguasaan negara ini memerintah secara Islam dengan akidah yang murni. Seluruh jemaah kabinetnya boleh dipilih dari mereka yang suci dan murni akidahnya. Orang yang suci akidah tidak khianat dan mencerca orang lain.

Hasan bangunlah jemaah anda sendiri. Buktikan yang anda benar. Untuk membuktikan itu bukan dengan terus menjadi alat kepada mana-mana kuasa dan individu. Selagi anda bercakap kotor selama itu orang akan pertikaikan kesucian akidah anda. Mengenai strategi Pas menukar slogan dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, seharusnya Hasan kena akur kepada Dr Haron Din yang tidak mempertikaikan perubahan itu. Apakah Hasan merasakan dia lebih Islamik dan akidahnya lebih suci dari Haron Din? Hakikatnya bahawa Haron lebih awal dan istiqamah dengan Pas berbanding Hasan yang masuk Pas kerana tersalah lorong.

Yang nyata siasah Haron Din lebih tinggai dan mampan dari siasah Hasan Akidah. Jadi siapa yang kena ikut siapa dalam soal ini, Hasan ikut Haron atau Haron ikut Hasan? Sebaiknya Hasan selepas ini jangan sebut Pas lagi kerana Hasan tidak ada kena mengena dengan Pas. Saya juga tidak mahu menyebut Hasan lagi selepas ini, kerana setiap kali saya menulis nama Hasan skrin laptop saya akan berkelip macam ada kilat seolah-olah mesin yang tak ada perasaan ini juga bencik dengan Hasan. Betul tak Mat, Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan. Mat Said masih sakit telinga. [wm.kl.10:44 am 30/09/12]

Saturday, September 29, 2012

Ezam dan Hasan Akidah Bakal MB Selangor?

SUSUPAN MALAM

Is Noh bin Omar kata Umno Selangor ada banyak tokoh yang boleh dilantik menjadi menteri besar. Ada tokoh korporat, ada tokoh agama, ahli akademi dan juga profesional. Jadi katanya Pakatan Rakyat tidak perlu heboh bertanya fasal siapa bakal dilantik menjadi MB Selangor.  Yang penting katanya biar menang dulu. Iya tak iya juga kalau sebelum menang tak perlu heboh fasal siapa MB.

Mungkin mengikut firasat Is Noh sendiri bahawa sukar untuk Umno merampas balik Selangor. Penerimaan rakyat kepada Khalid Ibrahim dan simpati umum kerana selalu dipermainkan pihak tertentu menyebabkan kedudukan Khalid semakin kukuh dan mantap. Simpati tinggi dari rakyat diterima Khalid.

Mengenai siapa MB, Noh sendiri disebut-sebut untuk dilantik menjadi MB Selangor. Kedudukannya sebagai timbalan pengerusi Umno Selangor adalah sesuai dan 'tanggung' untuk dilantik menjadi MB. Tetapi soalnya Is Noh sendiri tidak yakin dia dapat menang di salah satu kerusi DUN dalam parlimen Tanjung Karang.

Katanya dalam PRU 12 lalu nama Noh sudah dicalonkan untuk bertanding disalah satu kerusi DUN dalam parlimen Tanjung Karang dan diura-urakan untuk dilantik jadi MB, tetapi beliau tidak mahu. Mungkin Noh dapat merasai Umno akan kalah dan Selangor terlepas. Ternyata rasa hati kecil Noh itu benar apabila Umno tertumus makan pasir di Selangor.

Kalau dia bertanding DUN baru-baru ini dan menang paling tinggi kedudukannya sebagai ketua pembangkang di DUN Selangor sahaja. Jadi kerana masih dihinggap trauma itu menyebabkan Is Noh sendiri tidak begitu ghairah untuk bertanding DUN meskipun disebut-sebut akan dijadikan MB.

Apabila Is Noh mengatakan Umno Selangor ada tokoh untuk dilantik menjadi MB, kita dapat mengenali nama-nama atau tokoh itu. Ia tentu sekali bukan Mohd Zain Abdullah atapun ketua pembangkang di DUN sekarang ini yang bernama "bin Diman" itu. Kedua mereka ini jauh lebih rendah martabatnya dari Is Noh sendiri.

Nampaknya Mohd Zain Abdullah yang dikenali dengan nama Mohad Zain Badak di kalangan Umno seakan cuba capture dirinya untuk dijadikan MB Selangor. Acap juga dia bangkit membuat kenyataan akhbar mengkritik kerajaaan Selangor. Namun semua kritikannya tidak ada ummppp dan diketawa oleh budak-budak.

Selain Mohd Zain Badak, dan ketua pembangkang Bin Diman itu, ada dua lagi yang dilihat berhajat dan mempunyai nafsu besar untuk menjadi MB Selangor. Mereka merasakan layak kerana status dan juga latar belakang mereka. Secara tidak langsung dua orang ini juga termasuk dalam kategori disebut Is Noh itu.

Mereka ialah Mohamad Ezam Mohd Noor bekas ketua angkatan muda Keadilan dan seorang lagi Hasan Akidah. Ezam lebih tua berbanding Hasan dari segi tempoh menyertai Umno. Kononnya beliau menjadi harapan anak muda Selangor untuk dilantik menjadi MB. Manakala Hasan Akidah lebih muda bahkan masih pun belum menyerahkan borang Umno meskipun kalau sudah diisi.

Atau pun keahlian Hasan sebelum ini, sebelum dia menjadi ahli Pas masih ada atau dihidupkan semula. Elok kalau Umno mempertaruhkan Hasan Akidah untuk jadi MB. Kerana sebelum ini pun dia begitu terhingin untuk menjawat jawatan itu dan merasakan dia lebih layak kerana sedari kecil lagi sudah membaca khutbah Jumaat serta merasai lebih Islami dari orang lain.

Apakah bila Is Noh Omar mengatakan partinya ada tokoh dari berbagai bidang untuk dilantik menjadi MB itu ia termasuk dua tokoh politik imigran atau nomad ini? Ezam boleh dikategorikan sebagai seorang ahli pofesional. Kebijaksanaannya boleh dilihat bagaimana enam kotak kosong boleh dihidupkan menjadi isu. Namun usaha untuk membawa Ezam ke tempat itu nampaknya layu sebelum berkembang. Orang Umno Selangor tidak dapat menerima pelarian nomad seperti Ezam. Ezam sendiri sebenarnya tersalah lorong ketika masuk Umno kerana orang yang hendak dijadikan god father berundur lebih awal.

Sementara Hasan Akidah pula boleh dikategorikan sebagai ulama kerana betapa obsesnya dia hendak memperbetulkan dan memurni aqidah umat Islam. Tidak ada tokoh didalam Umno yang memiliki kepakaran seperti Hasah Akidah itu. Hanya orang berada di tahap mutakim saja boleh mencheck akidah orang lain. 

Soal dia masih belum menjadi ahli Umno tidak menjadi masalah, Umno boleh mengambilnya menjadi winnable candidate di dalam pilihan raya akan datang dan letaklah bertanding di Gombak Setia kerusi yang dimenanginya atas tikit Pas sekarang ini.

Ezam hendak letak di mana pula? Kerusi paling sesuai bagi Ezam ialah Bukit Antarabangsa berdepan dengan Mohamed Azmin Ali yang juga antara orang yang disebut-sebut bakal dilantik menjadi MB Selangor kalau Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kekuasaan di Selangor. Kalau Ezam dapat menewaskan Azmin lantiklah dia sebagai MB Selangor. Ezam juga merasakan dia lebih perfect dalam politik berbanding dengan Azmin. Urkhhhhhhh.... khabarnya Mat Said yang sakit telinga sudah beransur pulih. [wm.kl. 7:22 pm 29/09/12]

Empat Bukti SPR Menipu?

 SUSUPAN PAGI

Beberapa penemuan menunjukkan ada usaha oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SP)R) memanipulasikan daftar pemilih untuk memastikan kemenangan UBN di dalam pilihan raya akan datang. Perkara ini didedahkan oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim seperti mana yang ditemui di dalam laporan Odit Persempadanan dan Pemetaan Daftar Pemilih yang mereka perolehi.

Sekurang-kurang ada lima bentuk penipuan yang sedang berlaku sekarang atau sengaja dilakukan walaupun kesalahana dan kecatatan itu boleh diperbetulkan. Beliau mendedah perkara ini semasa berucap di majlis makan malam Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi.

Perkara itu jelasnya;

1. Terdapat 64,100 pengundi pos yang namanya dimasukan dalam daftar undi pos dalam tempoh satu hari di mana proses ini tidak menerusi proses semakan dan bantahan.

2. Sebanyak 77,246 nama pemilih yang tidak terdapat dalam PRU 12 tetapi tiba-tiba muncul dalam daftar pemilih baru untuk PRU 13. Nama-nama ini sudah lebih lima tahun memohon sebelum ini tetapi baru dimasukkan, keadaan ini memelikkan.

3. Sebanyak 304,136 pemilih yang tarikh permohonan mereka diragui atau tidak ada langsung tetapi terdapat dalam daftar pemilih yang disahkan untuk dipakai dalam pilihan raya akan datang.

4.Sebanyak 252,000 nama pengundi polis dan tentera yang tidak disertakan dengan lokaliti. Lokaliti pula sekarang ini dikurangkan menjadikan pengundi disesuatu lokaliti itu besar menyebabkan sukar untuk membuat semakan dan pemantauan.

5. Terdapat 4.3 juga pengundi yang tidak beralamat atau tiada nombor rumah. 1.99 juta boleh diperbaiki segera tetapi tidak dilaksanakan.

Dengan terdedahnya beberapa perkara itu jelas menunjukkan SPR bersubahat melakukan kebusukan untuk memastikan UBN menang. Menurut daftar pemilih hingga Mac tahun 2012 terdapat 13 juta pemilih.

Sehubungan itu Anwar meminta supaya pemimpin Pakatan Rakyat yang ditugaskan menyelesai dan mengambil tindakan berhubung perkara ini menyegerakan tindakan. [wm.kl.10:51 am 29/09/12]

Friday, September 28, 2012

Kerabat Di Raja Akan Sertai Pas?

KEJUTAN SENJA                                                                                                                     

Parti Islam se Malaysia (Pas) terus mendapat suntikan semangat apabila seorang kerabat di raja dari negeri pantai timur tanah air akan menyertai Pas tidak lama lagi. Menurut satu sumber di raja, tokoh berkenaan akan menyertai parti itu di dalam masa terdekat.

Kata sumber itu, kerabat di raja berkenaan pernah terlibat dalam politik sebelum ini. "Dia telah memberi tahu saya akan tujuan berkenaan," kata sumber berkenaan sambil menambah kerabat di raja berkenaan telah pun menghubungi pihak Pas.

Tambah sumber itu lagi penyertaan kerabat di raja berkenaan memberi impak besar kepada Pas di negeri berkenaan.

Dari maklumat lain pula memberi tahu kerabat di raja berkenaan akan muncul buat pertama kali di pentas Pas pada minggu pertama Oktober ini di negeri asalnya itu.

Harap penjengok dapat bersabar dengan perkembangan ini. [wm.kl.6:36 pm 28/09/12]

Thursday, September 27, 2012

Najib Rayu Agar Jangan Saman AG dan Bekas IGP?

SELANG HARI                                                                                                                         

Malam kelmarin sekali lagi saya berjumpa dengan seorang wakil rakyat ini. Beliau menceritakan sesuatu agak sulit yang boleh menjadi bahan atau isu politik yang berlengas. Kes ini ada kena mengena dengan bekas Pegawai Tinggi Polis yang dihadapkan mahkamah kemudian dilepaskan.

Pegawai polis itu bercadang untuk menyaman Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara untuk membela penganiayaan ke atas dirinya. Katanya Najib telah memanggil bekas pegawai tinggi ini dan merayu agar pegawai tinggi itu tidak mengambil tindakan waktu ini.

Najib, katanya tidak menghalang tetapi biarlah selepas pilihan raya? Kita faham kenapa selepas pilihan raya. Tetapi apakah keperluan pegawai polis itu untuk akur dengan kehendak dan rayuan Najib. Apakah benafit yang beliau perolehi? Dan tidakkah bila memenuhi rayuan Najib itu ia dianggap membantu Najib?

Bukankah dengan melengakan tindakan itu satu persubahatan besar melindung orang yang kita rasakan melakukan jenayah? Hendaknya cerita wakil rakyat itu benar dan dia akan persampaikan apa yang saya pertikaikan ini.

Kalau kita sudah nekad untuk apa kita berundur lagi, teruskan. Rakyat sendiri menanti tindakan-tindakan berani ke atas orang yang juga berani. [wm.kl.12:11 t/hari 27/09/12]

Lawatan PBT, Exco Dan Kakitangan Berkanun Kelantan Habiskan Duit

SINGGUNGAN PAGI

Perkara ini sudah lama tersekang di dalam benak saya untuk mendapat penjelasan dimanakah relevannya perkara ini. Saya telah menghulur persoalan ini kepada beberapa orang tetapi jawaban yang diberikan tidak begitu memuaskan bahkan mengeliru apabila dibanding dengan apa yang dihasratkan. Semacam ada ketempangan mengenai perkara ini. Saya tidak pasti apakah perkara ini disedari atau tidak oleh pihak-pihak berwajib?

Perkara yang saya maksudkan ini ialah mengenai kekerapan lawatan ke luar negeri oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ahli Majlis Daerah, anggota Exco Kerajaan Kelantan, wakil rakyat dan ahli lembaga pengarah syarikat atau badan-badan berkanun negeri Kelantan.

Water Front di Kuching, bila nak bikin di Kelantan?
Saya tidak pastikan apakah lawatan ke luar negeri ini sesuatu yang wajib dilaksanakan, yang ditetapkan pekeliling wajar dipatuhi dikeluarkan oleh kerajaan di mana jika tidak dilaksanakan menyebabkan ia menjadi kesalahan besar, mengabaikan tanggungjawab dan amanah?

Persoalan ini bermain di dalam kepala saya sebab semacam ada perlumbaan di kalangan ahli Majlis Daerah di Kelantan khasnya dalam mengadakan lawatan atau rombongan ke luar negara. Perkara ini boleh diperhatikan setiap tahun hampir semua ahli Majlis Daerah dan juga ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) akan dibawa ke luar negeri. Kalaupun tidak ke luar negera tetapi setidak-tidaknya ke Sabah dan Sarawak.

Alasan atau pun justifikasi lawatan berkenaan ialah untuk menambah ilmu bagi mempertingkatkan daya tadbir PBT masing-masing. Kononnya dengan adanya lawatan sambil belajar itu ahli majlis dapat mengambil iktibar dan contoh teladan dari apa yang dilihat semasa lawatan itu untuk diterapkan ke dalam PBT mereka. Itulah alasan paling afdal dan sepatutnya berlaku.

Tetapi ada juga ayat-ayat atau cakap-cakap mengatakan lawatan diadakan kerana bagi menghabiskan peruntukan yang diberikan. Kerana kalau tidak peruntukan itu akan dibawa ke tahun depan, dan dimasukkan semula ke perbendaharaan negeri.

Persoalannya pertama, sejauh manakah hasil dari lawatan itu diperolehi dan membantu meningkatkan tahap pentadbiran dan pengurusan PBT, atau badan berkanun atau syarikat berkenaan. Apakah hasil lawatan itu benar-benar membuahkan hasil diharapkan atau ia sekadar sebagai lawatan untuk makan angin saja?  Tidak ada laporan dikeluarkan kepada umum mengenai keberkesanan lawatan-lawatan berkenaan. Saya harap ada sesetengah ahli majlis daerah atau MPKB sudah round ke seluruh dunia dapat menyediakan laporan lawatan mereka.

Seperti mana saya tahu setiap lawatan sedemikian tidak ada laporan atau taklimat diberikan kepada pihak berwajib untuk mengetahui keberhasilannya. Apa lagi rakyat bawahan. Dalam kata lain tidak ada pemantau atau pemeriksaan khusus berhubunng lawatan itu. Ia tidak cukup kalau ada sesetengah ahli rombongan itu membawa buah tangan kepada Tokguru sebagai membuktikan mereka mengadakan lawatan. Makanya adalah baik untuk masa depan setiap lawatan sebegitu diminta laporan mengenainya dan bukan dilepaskan begitu saja.

Persoalan kedua, lawatan itu tentulah ada peruntukan khas. Cakap-cakap mengatakan lawatan perlu diadakan untuk menghabiskan peruntukan agar tidak dibawa ke tahun depan menimbulkan konfius kepada saya. Apakah perlu ada sikap dan pemikiran seperti ini. Bukankah kedudukan kewangan Kelantan tidak berapa memberangsangkan dan semua pihak perlu berjimat cermat.

Wang yang diperuntukan untuk lawatan itu juga jika tidak digunakan boleh disimpan dan dimasukkan semula ke dalam perbendaharaan negeri. Apakah ia menjadi kesalahan dan dosa bagi negeri seperti Kelantan itu? Wang itu boleh digunakan untuk mengurus negeri.  Inilah saya kata diawal tadi senario itu bertentangan dengan apa yang dihasratkan. Tokguru MB bukan main lagi berhemah dan berjimat cermat tetapi pihak lain rakus memboroskan wang kerajaan. Nampaknya yang mengamalkan jimat cermat hanya Tokguru seorang saja tetapi yang lain buat 'sadin'.

Seharusnya tanggungjawab dan perasaan untuk menjaga kewangan negeri bukan saja oleh Tokguru seorang tetapi yang lain juga. Orang lain juga sepatutnya lebih-lebih lagi bersikap jimat cermat. Walaupun wang yang dikumpul hasil jimat cermat itu tidak sebanyak mana, tetapi setidak-tidaknya ada sumbangan 'ikhlas' dari mereka yang diperuntukannya untuk membantu negeri dan Tokguru.

Seperkara lagi mengenai lawatan ini, ada sesetengah ahli PBT atau ahli lembaga pengarah syarikat, atau badan berkanun lebih daripada sekali melawat ke luar negeri. Seolah-olah mereka ini 'berbadi' berlumba pula untuk mencatat rekod siapa paling banyak ke luar negara. Yang memeliknya juga yang pergi untuk lawatan sambil belajar bukan saja mereka yang berkaitan dengan sesuatu bidang tetapi yang tidak ada kena mengena juga ikut sama. Buat menatang apa? Situasi inilah menyebabkan orang akan menuduh lawatan itu hanya untuk makan angin saja.

Misalnya lawatan untuk melihat projek automotif, janakuasa eletrik, industri air dan sebagainya bukan saja mereka bergelar jurutera, juruukur bahan, atau juruukur tetapi pembantu am pejabat juga ikut sama pergi. Untuk apa? Seharusnya anggota rombongan yang hendak dibawa bagi tujuan penyelidikan dan latihan tertakluk kepada yang berkaitan saja. Yang tidak tahu 'wau buta' tidak payah pergilah.

Terbaru katanya satu rombongan akan bertolak ke Mesir hanya untuk melihat bangunan yang akan dibeli oleh agensi kerajaan. Yang pergi bukan saja pengerusi, timbalan pengerusi tetapi semua ahli lembaga pengarah badan berkenaan ikut sama. Untuk apa? Biarlah mereka yang pakar dan ada pengetahuan dalam bidang bangunan saja yang pergi. Yang lain tidak payah menyibuk dan tumpang 'tui'. Ada juga pergi bukan sangat urusan kerajaan tetapi nak jengok anak di sana?

Kerajaan harus mengariskan protokol di dalam hal ini agar ia tidak membazirkan dan mencerminkan profesional sebuah kerajaan. Saya merujuk kepada pemergian rombongan membawa surat ucapan tahniah Tokguru kepada Ikhwan Muslimim Mesir baru-baru ini ekoran kemenangan Dr Mohamad Morsi. Satu gerobak pergi ke Mesir untuk membawa surat itu. Tidak praktikal langsung. Semacamlah surat itu berat sangat. Ia hanya patut dilakukan oleh seorang saja. Memalukan, Dr Morsi tidak pun dapat ditemui.

Mungkin ada alasan untuk menjelaskan perkara ini. Pemergian yang ramai itu bukan ditanggung semua oleh lembaga atau syarikat, atau oleh PBT, mereka keluar belanja sendiri. Tetapi kalau sudah pergi ramai-ramai macam hendak buat umrah, tujuan dan tugas awal itu akan tergganggu. Tarikan untuk melancung dan berpelesiaran itu lebih besar dari hendak laksanakan tugas.

Untuk masa-masa akan datang perkara ini perlu diperbetulkan. Pihak berwajib hendaklah memantau. Laporkan khas setiap lawatan rasmi kerajaan perlu diadakan dan dedahkan kepada umum. Kalau perlu peruntukan untuk lawatan hujung tahun ditiadakan demi menjimatkan wang rakyat, tiadakanlah. Rasanya wang itu lebih baik dikumpulkan untuk membantu projek pembangunan dan sosial untuk rakyat dari berikan kepada mereka untuk makan angin.

Begitu juga mengenai tugasan luar wakil rakyat dan Exco di luar negara. Pemergian mereka dibayar elaun oleh kerajaan. Apalah sangat hasil pemergiannya. Saya mendapat tahu ada wakil rakyat ke luar negeri 25 kali setahun campur yang rasmi kerajaan dan parti sekali. Ada yang ke Cina setiap bulan macam ada anak pinak di sana. Untuk apa? Kalau buka pusat perdagangan apa hasilnya?

Adakalanya hampir separuh wakil rakyat berada di luar negeri, sampai tinggal Tokguru tercokah seorang diri. Mungkin mereka kata Tokguru benarkan.Iya benar, tetapi kena faham mantik Tokguru walaupun dia benar, tetapi kebenaran itu untuk difahami. Tokguru sebagai orang tua dia tidak akan melarang orang tua walaupun orang tua tak berapa cerdik. Kena faham sendiri. Apa yang dia lakukan kena dicontohi.

Adakalanya anggota Exco silih berganti pergi dan balik. Hari ini Exco ini balik, esok lusa Ecxo lain pula dengan rombongan terbang ke luar negeri. Lagaknya sibuk sekali, kalah ahli kongres Amerika Syarikat. Eloklah kalau kerajaan mengadakan peraturan khas mengenai perkara ini. Dan soal lawatan ke luar negeri ini bukan tidak boleh diatasi, ataupun wakil rakyat bukan tidak boleh patuhi. Dulu masa Pas memerintah hanya dengan dua kemudian satu kerusi boleh pula masing-masing menguncikan diri dalam negeri. Kenapa tidak diteruskan sikap itu?

Bukan tidak boleh untuk ke luar negeri tetapi biarlah urusannya mustahak dan memberi faedah. Jangan kerana pergi semata-mata kerana dibayar dan dapat elaun...atau hendak menghabiskan peruntukan tahunan sedangkan faedahnya tidak seberapa. Masa yang dibuang diluar negeri itu lebih baik digunakan untuk mendekati rakyat, mendidik rakyat dan sebagainya.

Semasa persidangan ahli-ahli parlimen di Colombo baru-baru ini ada srorang wakil rakyat Pas bawa bini mudahnya ke sana. Untuk apa...untuk jadi pemerhati persidangan itu? Betul dia menggunakan wangnya sendiri, tetapi tidak payahlah dalam majlis official begitu kita bergambar dan tunjuk yang kita ada bini muda. Orang lain juga ada bini muda. Tirulah akhlak dan sunnah Tokguru bukannya setakat mendengar dan dijadikan modal dan bahan untuk ceramah, tetapi kena praktis. Kalau setakat dengar dan sebut tak guna sedikitpun habuk pun. [wm.kl.11:24 am 27/09/12]

Bila Kadir Menari Sumazau Depan Hj Hadi

SELEPAS SUBUH                                                                                                                  

Politik sekular membenarkan maksiat dan hak asasi mengizinkannya. Namun batas-batas dan hukum agama tidak membenarkan walaupun dalam keadaan apa dan untuk apa sekali pun. Ketegasan ini dikatakan rigid, oleh anti agama tetapi sebenarnya inilah istimewanya agama yang membezakan penganutnya dengan penganut agama lain.

Kiri - Kadir membelakangkan camera mendepa tangan menari.
Atas prinsip itu saya membuat catatan ini dengan harapan ia akan melepaskan tanggungjawab saya sebagai orang Islam dan ia juga melepaskan tanggungjawab orang Islam lain sebagai kewajiban umum, fardu kifayah. Dalam istilah fardu kifayah kalau sesutau tanggungjawab umum itu tidak dilaksanakan oleh semua orang tetapi cukuplah seorang saja memikulnya ia sudah memadai, yang lain terlepas dari dosa.

Semasa kunjungan para pemimpin Pakatan Rakyat ke Sabah dan Sarawak baru-baru ini, dalam satu majlis di Tuaran, Sabah para hadirin khasnya para pemimpin Pakatan Rakyat dijemput untuk sama-sama menari Sumazau di pentas bersama beberapa orang jelitawan Kadazan Dusun yang putih melepak.

Tarian atau komitmen pemimpin PR itu sebagai membuktikan mereka tidak memperkecilkan tarian tradisional Kadazan Dusun itu yang merupakan tarian meraikan tetamu yang menjadi amalan tradisi. Slog untuk tarian itu sebagai menjawab satu fitnah dilemparkan oleh blog yang menyamar atas nama Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memperkecil-kecil dan menghina tarian berkenaan sebagai tidak berakhlak dan tidak tamadun.

Walaupun slog itu tidak perlu dalam majlis sambutan Hari Malaysia itu, tetapi itulah yang disediakan. Untuk menunjukkan semua sporting dipanggil semua pemimpin yang ada naik ke pentas. Sebegitu mendengar pengumuman itu saya yang berada agak jauh dari pentas mendekati kerusi-kerusi viip...di hadapan pentas, bukan teringin hendak menari, tetapi kerana timbul juga rasa bimbang manalah tahu ada pemimpin Pas yang berpinar biji mata naik ke atas.

Di hadapan itu ada Abdul Hadi Awang, Muhammad Sabu, Husam Musa, Dr Mohd Hatta Ramli, Mustapa Ali dan lain-lain. Pemimpin PKR pula, ada Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Khalid Ibrahim, dan lain-lain. Alhamdulilah semua pemimpin Pas dan PKR beragama Islam tidak naik ke pentas dan tindakan mereka itu difahami oleh pihak penganjur.

Persefahaman dan penghomatan kepada budaya dan agama masing-masing ada.

Tetapi beberapa orang pemimpin PKR bukan Islam naik ke pentas. Tidak hairan sebab tidak ada apa-apa masalah dan halangan buat mereka. Namun yang sedikit merujakana saya apabila Kadir Sheikh Fadzil ikut sama naik ke pentas, mendepa tangan dan terhinjuk-hinjuk macam anak kucing kaki terpijak duri menari dengan jelitawan Kadazan Dusun. Untuk pengetahuan, Kadir bukan pemimpin PKR dia hanya menyelit dalam majlis atas kapasiti dirinya sendiri. Setahu saya tidak ada hubungan atau ikatan apa-apa dia dengan Pakatan Rakyat melainkan hadir atas kehendaknya sendiri.

Nampak selamba saja Kadir dengan tarian itu. Seperti saya kata tadi itu adalah hak peribadi dan dibenarkan oleh hak asasi manusia. Tetapi Kadir seorang Islam adalah tidak wajar berbuat demikian. Kalau pun majlis sosial begitu biasa baginya tetapi dia perlu menghormati kepada pemimpin Melayu lain yang ada di bawah. Kalaupun bukan kepada Anwar dan Muhammad Sabu tetapi kepada Abdul Hadi Awang. Dia juga perlu sedar di mana beliau berada, di majlis Pakatan Rakyat.

Janganlah gara-gara tindakan itu menyebabkan Pakatan Rakyat terpalit noda yang tidak diudang.

Saya malas ulas panjang nanti timbul tanggapan lain pula. Cuma kepada Kadir kalau hendak berkawan dengan Pakatan Rakyat khasnya Pas ubahlah perangai dan budaya itu. Beliau kena studi Pas berbeza dengan parti lain. Wajar juga kalau selepas ini Pas memikir banyak kali untuk mengundang Kadir ke majlis ceramahnya.

Kalau selepas ini Pas tidak mengundang Kadir diceramahnya jangan berkecil hati. Pas dalam keadaan apa jua keadaan parti itu perlu menjaga integritinya. Integriti Pas bukan saja individunya tetapi organ itu sendiri.

Pas bukan Umno, Pas bukan DAP dan Pas bukan PKR. Pas adalah Pas yang dikatakan rigid tetapi pendirian dan dasarnya berlandaskan keyakinan apa yang diajarkan agama yang menjadi ideologinya. Kita tidak mahu Kadir masuk ke dalam majlis-majlis Pakatan Rakyat menjadi semak dan masalah kepada Pakatan Rakyat. Lagi pun pengaruh Kadir bukan besar sangat, hadirnya tak lebih dan tak kurang bagaikan melukut di hujung gantang saja. Sebagai melukut Kadir sepatutnya tahu sebesar mana bakul dan sebesar mana cupak. [wm.kl.9:55 am 27/09/12]

Wednesday, September 26, 2012

Jet Peribadi dan Kenyataan Mansor Othman

MENYELAM MALAM                                                                                                  

Antara sebab kenapa saya tidak mahu melibatkan dalam parti politik secara rasmi ialah kerana melihat budaya politik Malaysia tidak ada standard atau tidak ada kelas. Sejak dari dulu lagi saya melihat orang Melayu bermain politik secara bodoh dan bangang. Mungkin beginilah ciri-ciri rakyat di sebuah negara yang berada di pre-kemerdekaan dan pre-tamadun. Saya menyifatkan orang Melayu separuh masak. Keadaan separuh masak ini serba salah, cerdik pun tidak bodoh sangat pun tidak.

Saya masih ingat saya pernah menulis sebuah buku awal tahun 90-an menafikan yang negara ini merdeka dan rakyatnya tamadun. Buku itu berjudul "Merdeka Kedua".

Saya akan cuba membawa cuplikan pandangan saya dalam buku itu satu hari nanti. Buku itu mendapat perhatian seorang naib presiden Umno yang kemudian membawanya kepada presiden parti. Kecut perut juga saya dengan kejadian itu.

Kebodohan politik Melayu terbawa-bawa sampai ke hari ini. Saya tidak perlu mengulas hal ini, boleh disaksikan sendiri dan lihat dari juring mana kecacatan, kesumbangan dan kebodohannya. Usah difikirkan kepada matlamat dan kepentingan Melayu menerusi politik, tetapi tengoklah apa isu-isu yang dimainkan sudah memberi jawaban kepada kita. Isu yang ditimbulkan tidak sedikitpun boleh membangun bangsa dan negara.

Politik adalah satu ruang besar untuk membina negara dan bangsa. Seharusnya perkara besar ini diolahkan secara berkualiti dan tidak dicampuri dengan soal-soal remeh temeh. Apa lagi orang Melayu akan marah kalau dikatakan dia tidak Islam, seharusnya politik ditangani dengan penuh ketertiban?  Kita marah kalau kita dikatakan Islam tempelan dan tidak syumul. Tetapi itulah hakikatnya.

Tanya kepada diri sendiri sejauh dan sedalam manakah Islam kita?

Hampir semua isu-isu yang dicampak ke dalam ruang politik negara kini isu yang remeh dan bersifat peribadi. Kita banyak mengalamai kerugian dan damage kerana kebodohan itu. Tepatlah kalau ada pengkaji bangsa asing mengatakan orang Melayu kuat dengki, cemburu, jahat dan khianat sesama sendiri. Kita kena memperakui kajian itu. Perbuatan nasi tangas atau nasi kangkang, meletak racun dalam pulut, mengumpat adalah sifat-sifat dan kerja rutin orang Melayu. Mengumpat ini berlaku di mana-mana saja, pasar, pejabat, malahan atas angkasa pun berlaku.

Sifat itu tidak pernah sunyi dari kehidupan, budaya dan tradisi orang Melayu. Fitnah bermaharajalela berlaku sepanjang 24 jam. Ia lebih pantas dan cepat lagi membawa manusia tertentu ke neraka dengan ada alat sebaran baru yang canggih dan modern. Perbuatan ini tidak tertakluk kepada mana-mana parti, semua melakukan kerja-kerja jahat atau mengamalkan standard politik busuk begitu. Bezanya bersaiz kecil atau besar.

Perhatikan macam isu yang remeh tidak ada mutu atau kena mengena pun dengan maksud politik (filsafah) itu sendiri dipermainkan. Misalnya isu mengenai kenyataan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mansor Othman yang kononnya menghina Lim Guan Eng dipergajahkan begitu rupa. Saya tidak faham kenapa isu dimainkan setiap malam di tv? Tv itu satu hal bengong sampai ke belakang. Di manakah tanggungjawab atau pun responsibility pihak tv berkenaan? Apakah mereka masih boleh mengaku mereka sebenarnya masih manusia dan mengaku ada Tuhan?

Apakah manfaatnya? Pelik... pihak batang tubuh (Lim Guan Eng) tidak pun mempertikaikan apa yang didakwa dikatakan oleh Mansor Othman itu. Tetapi pihak tv yang menjadi perkakas kepada UBN pula yang beriya-iya. Saya tidak faham bagaimana isu ini boleh mencerdikkan rakyat? Saya tahu ia bertujuan hendak memecah belahkan PKR dengan DAP, tetapi yakinlah apa yang diungkitkan itu tidak akan meretakkan kepaduan kedua-dua parti itu malahan makin kuat dan kemen. Sebab mereka sudah lama menghidu kebusukan dan kejahatan tv berkenaan.

Begitu juga dengan isu Anwar Ibrahim naik jet peribadi. Kenapa diperbesarkan. Naik jet atau kapal terbang ini bukan sesuatu yang dibanggakan lagi. Kalau di negara yang bertamadun dan lama merdeka ia bukan sesuatu yang pelik dan istimewa. Kalau di barat naik kapal terbang dan jet seperti naik bas mini sahaja. Tidak pun menjadi isu.... Itulah saya katakan orang Melayu masih belum tamadun, masih terkejut beruk kalau melihat orang naik jet. Sebabnya mudah kerana masih ada baik orang politik Umno, Pas dan PKR (Melayu) menunggang kerbau.

Mungkin orang barat dan negara yang bertamadun akan gelak terbahak-bahak sampai terkencing bila melihat Melayu bermain politik. Cara kita menimbulkan isu. Apa lagi kalau mereka melihat perbalahan dan penimbulan isu itu dari kalangan dua puak iaitu Melayu. Rasanya ada penerbit filem di barat memilemkan politik bodoh orang Melayu ini.

Dulu kita marah bila ada orang barat kata Melayu masih duduk atas pokok kayu. Sebenarnya apa yang orang Melayu lakukan hari ini lebih teruk berada di atas pokok. Yang menghairankan saya juga, yang menimbulkan isu-isu remeh kelas tahi ini bukan saja budak-budak penyepak kertas yang menjadi barua untuk cari makan, atau untuk beli handphone baru atau gadget baru tetapi para pemimpin atau ahli parlimen juga bersikap demikian. Bodoh! (Tiru nada Azhar Idrus).

Bila saya sebut ini - kebodohan dan kebangangan kerana memainkan isu-isu remeh dan peribadi secara melampau bukan saja tertakluk kepada pihak UBN, tetapi pihak pembangkang juga lebih kurang sama saja. Adakalanya isu-isu yang ditaburkan pembangkang lebih busuk dan tidak bertanggungjawab dari apa yang dilontarkan oleh UBN. Cuma bernasib baik di sebelah pembangkang mereka tidak mengkomersialkan isu-isu busuk itu dalam tv dan akhbar.

Dalam pilihan raya nanti marilah duhai orang-orang cerdik membuat pilihan terbaik. Pilihlah orang yang cerdik, ada kelas untuk menjadi wakil rakyat dan pemimpin negara. Marilah kita sama-sama 'tohok' politik tidak bermoral, politik adu domba melampau dan cuba pertingkatkan kualiti dan mutu politik kita. Kaum lain sudah bergerak terlalu jauh kita masih lagi bermain dalam kelontong nyiur. Selama mana kita semua harus menjadi 'gogat' sementara sayap tumbuh? [wm.kl. 8:52 pm 26/09/12]

Tuesday, September 25, 2012

Kafir dan Munafik: Siapa Lebih Teruk?

SELAM MALAM

Mengenai pendirian bekas timbalan presiden Pas yang kini bermesra dengan Umno dan mungkin juga bakal menjadi winnable candidate BN untuk parlimen Putrajaya dalam pilihan raya akan datang, saya tidak mahu bercerita panjang.

Foto yang dirakam di Kuching, ada lagi yang lebih teruk...
Meruju kepada kenyataan atau bidasan Lim Guan Eng terhadap orang itu, cukup kalau saya menyiarkan sekeping gambar ini yang saya ambil sewaktu mereka bertemu di Kuching sewaktu mengadakan kenyataan bersama selepas selesai pilihan raya negeri Sarawak.

Kata orang gambar menceritakan segala-galanya. Ketika ini bekas presiden Pas itu masih mejawat jawatan berkenaan. Hubungan beliau dengan Lim Guang Eng juga baik, mereka bukan saja bersalaman tetapi duduk di satu meja. Dalam gambar ini pula nampak siapa yang berlebih-lebih sampai nak pegang bahu, bekas timbalan presiden itukah atau Ketua Menteri Pulau Pinang?

Tetapi selepas beliau tidak dipilih sebagai timbalan presiden Pas, kalah kepada Muhammad Sabu, kenyataan beliau sebelum ini mula menjadi "belek" lidah dan renyuk mulut ketika membuat apa-apa kenyataan politik membabitkan DAP.

Jadi kalau Lim Guan Eng mengatakan dia menjadi agen Umno ada benarnya. Apa tidaknya tindakan orang ini menghairakan dan boleh mengelirukan. Kononya dia seorang ulamak, mengaji tinggi sampai ke langit tetapi tidak konsisten dalam pegangan politik. Kelabu dan keliru. Sekejap menerima konsep Pakatan Rakyat sekejap menentangnya. Kalau dia menentang kita salute kepadanya kerana ada kewajarannya bagi seorang Islam tulen.

Semas berada dalam Pas memegang jawatan timbalan presiden, dia tidak menentang sebaliknya menyokong. Tetapi selepas kalah lain pula bunyi nada dan kerenahnya. Barang kali tidak salah kalau dikatakan inilah sikap munafik. Ada tiga tanda orang munafik; berjanji bohong, diberi amanah khianat dan bercakap berlebih-lebihan. Kalau ketiga sifat itu ada itulah sang munafik tulen.

Benarkah kata almaruhm seorang guru, Islam menjadi rosak disebabkan umat Islam sendiri yang menggunakan topeng untuk merosakkan agama. Dia bercakap atas nama Islam tetapi berbuat kerja Yahudi. Dia memakai kopiah tetapi berjudi dan minum di kedai ada arak. Dia menyimpan misai atau janggut tetapi misal macam jambul burung candik.

Renung dan fikirkan sekeping gambar yang saya pos ini. Tenguk dan tiliklah macam mana repat dan kejapnya genggaman mereka berdua. Seolah tidak ada kecurigaan langsung. Tetapi setelah kalah, tidak ada jawatan... lain pula bunyinya. Apa lagi hendak dinamakan atau dibrandkan kalau ia bukan munafik? Memang bukan munafik.  [wm.kl.7:40 pm 25/09/12]

Apakah Zahid Hamidi Yang Bagi Pinjam Jet?

PIDATO DINI

Bila diasak dan ditejel (termasuk oleh mereka yang berkawan dengan syaitan dan meninggalkan malaikat yang yang tidak dikenali) Anwar Ibrahim menjelaskan yang jet beliau naiki itu diberi pinjam oleh kawannya. Anwar tidak menyebut siapa kawan yang baik hati itu cuma beliau ada mengatakan kawan itu tidak mengharapkan apa-apa dari budi baik itu.

Anwar: Apa dia ingat dia saja ada jet...?
Anwar juga menjelaskan jet itu didaftarkan di negara ini. Check dengan Jabatan Penerangan Awam (DCA) akan diketahuilah siapa pemilik dan tuan punyainya. Ada anak syaitan mengatakan jet itu didaftarkan di Amerika Syarikat. Nampak sangat dia bertindak menjadi brua dan cuba hendak mengherekkan Anwar dengan negara asing.

Wei... kalau nak buat jahat pun biarlah cerdik sikit. Rakyat negara ini tidak akan menerima atau mudah terpesona dengan politik puter belit (spin) yang bodohnya nampak sampai ke atas belakang.

Hari ini sama-sama kita membuat pemeriksaan siapakah yang memiliki jet berkenaan. Soal apaklah jet itu diberi pinjaman atau dibayar tidak timbul. Walaupun Tian Chua dan salah seorang yang menumpangi jet itu menyebut kepada saya, ianya dibayar... tidak kisah. Saya percaya jet itu diberi percuma. Sebenarnya kalau diberikan pinjam lagi baik dari dibayar atau disewa kerana bayar dan sewa itu menunjukkan Pakatan Rakyat ada banyak duit.

Persoalan pokok ialah siapakah tuan punya jet itu? Apa yang saya diberitahu tuan jet itu semasa hendak memberi pinjam kepada Anwar ada menyebut; you kena pastikan jadi PM, kalau tidak teruklah I. Aduh... inilah politik Malaysia, sesiapa yang membantu pembangkang walaupun secara halal akan dikenakan tindakan. Orang yang tidak bodoh sampai ke atas belakang faham dengan ayat dan kata-kata berkenaan.

Pemilik pertama yang saya dengar semasa di Sabah jet itu kononnya kepunyaan Tony Fenendez ... tuan punya Airasia itu. Tetapi selepas dibuat pemeriksaan menerusi seorang kawan, di Johor Bharu dia kata tidak. Jet itu kepunyaan orang Kelantan? Wah orang Kelantan ada jet peribadi. Dalam pengetahuan pula saya dan juga orang umum, di Kelantan hanya ada dua orang saja yang ada jet peribadi... yang lain sama ada naik bas cepat ataupun Airasia atau pun firefly.

Kedua-dua mereka ada ahli perniagaan. Ahamd Zahid Hamidi katanya pernah menaiki jet milik orang Kelantan itu untuk ke Makkah. Mulanya Zahid hendak jelaskan jet siapa yang beliau naik pergi ke Makkah tetapi sampai sekarang tidak dijelaskan. Namun orang sudah tahu yang jet itu milik orang Kelantan yang baik sekali dengan Zahid dan keluarganya.

Lupa pula saya nak tanya Husam Musa takut-takut dia tahu apakah jet yang diberi pinjamkan kepada Anwar itu sama dengan jet yang dia tengok ke Jeddah yang dinaiki oleh Zahid? Ada cerita mengatakan Husam ternampak jet berkenaan di parking di Jeddah.

Kalau sama, ertinya besar kemungkinan jet yang dinaiki Zahid Hamidi itulah juga yang dinaiki oleh Anwar Ibrahim. Saya tidak berani hendak mengatakan Zahid Hamidi yang rokmenkan kawannya itu beri pinjam kepada Anwar kerana kita tahu Zahid kini tidak bersama Anwar lagi. Tetapi bila mana Anwar kata jet itu jet kawannya... boleh jadi juga. Sebab bagi Anwar walaupun kawan-kawannya melarikan diri kerana hendka menyembunyikan harta benda dalam perut, dia tetap menganggap orang itu sebagai kawannnya.

Itulah keperibadian Anwar.

Semua itu andaian dan kemungkinan berlaka tetapi boleh dijadikan asas untuk mengenal pasti siapakah tuan punya jet berkenaan. Manakala masalah Anwar naik jet ke bas tidak dia punya hal. Adalah domba --- iaini bonggok atas punggung kibas, kalau ada yang mempertikaikan atau mengatakan Anwar bermewah. Pemimpin seperti Anwar memang layak bermewah begitu hatta kalau Mahathir Mohamd ditakdirkan Allah menjadi borak, Anwar wajar menunggangnya kerana apa diperlakukan itu untuk rakyat bukan sekadar berseronok. Betul tak Mat, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan?  Walahu'alam. [wm.kl.9:27 am 25/09/12]

Monday, September 24, 2012

Kalau Tidak Menipu Bukan....

SUSUPAN MALAM 

MasyaAllah semuanya hendak tipu dan main palsu. Bukan saja mengenai liwat ponggek seseorang, masalah air juga hendak ditipu. Mungkin semua yang ada hari ini adalah palsu dan barang tipu, daripada daftar pengundi sampailah kepada bahan kempen.Boleh jadi juga ringgit yang kita gunanya juga palsu?

Hari ini terdedah pula satu penggambaran mengenai masalah air di Selangor. Untuk tujuan itu 200 orang penduduk rumah pangsa telah dikerah dan diupah sebanyak RM50 untuk berlakun kononnya tempat mereka menghadapi masalah air. Apa mesej yang hendak dibawa ialah negeri Selangor berdepan dengan masalah air.

Bolehkan hidup dengan hayat menipu? Barang kali itulah hasil didikan dan amalan orang yang berkawan dengan syaitan yang dikenali dan meninggalkan malaikat yang tidak dikenali. Kerja-kerja menipu, memalsu itu adalah kerja dan kesukaan syaitan.

Pihak yang membuat penggambaran itu tidak menyebut pihak mana yang mengupahnya. Tetapi cara dia (producer) menjawab jelas bahawa pihak itulah, yang berkawan dengan syaitan yang mengupahnya.

Hari ini juga beberapa ahli serkas negara telah mempertikikan Anwar Ibrahim naik jet peribadi. Diceritakan yang jet berkenaan berdaftar di Amerika. Sekali lagi fitnah dan tipu. Orang jenis ini tidak sah kalau ia tidak bercakap bohong dan tipu. Dia tidak akan rasa selesa dan hidupnya tidak bermakna. Maka kena menipu.

Walhal Anwar sudah jelaskan jet itu kepunyaan kawannya, berdaftar dengan JPA Malaysia. Namun kerana dasar menipu sejak dari dalam tembuni lagi dia akan bercakap bohong selamanya kerana syaitan dikenali sudah ada di dalam mulutnya.

Dasar manusia hati busuk sampai ke ekor. Dia tidak boleh tengok orang senang. Ahli politik bebas konon, bebas kepala bapak dia.

Salahkah kalau Anwar naik jet? Kadang-kadang otak puak-puak ini lebih bengong dan gong dari haiwan yang tidak tahu menilai erti kehidupan. Biarkanlah kepada mereka kerana sudah Tuhan jadikan dia sebegitu rupa, dengki, bohong dan pefitnah. [wm.kl.11:11 pm 24/09/12]

Kalau dikatakan penipu, pemiftnah marah, tapi itulah hakikatnya.

Petronas Pecah Janji Tidak Bayar Royalti

RESPON                                                                                                     
Berikut disiarkan catatan sdr MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF salah seorang dari puluhan ribu rakyat Kelantan yang 'bergalabut' mengenai royalti petroleum yang sepatutnya dibayar. Penulis ini rajin memberi pandangan dan melontarkan kritikan sosial di media massa. Setiap kali beliau mencoret sesuatu akan dikirimkan kepada saya. Syabas atas kerajaan sdr tanpa mengenal penat dan jemu. Ikutilah pandangan dan komenter beliau;

Dengan desakan langsung dari rakyat terhadap kerajaan pusat agar membayar royalty kepada kerajaan Kelantan sebagaimana perjanjian 9 Mei 1975, nyata ia membuka kesedaran pelbagai pihak kepada banyak isu di sebaliknya. Apa yang dilakukan oleh sekumpulan anak muda dalam gerakan yang disebut R terus mendapat sambutan lantas membuka kesedaran yang lebih meluas.
Kini ramai yang menantikan satu prosiding rayuan yang dijadualkan pada 3 Oktober. Dalam pada itu juga, dijangka satu prosiding memohon pengishtiharan mahkamah terhadap ketidakesahan perjanjian tersebut turut akan dikemukakan.

Dalam suasana inilah, saya suka menarik perhatian kepada pemahaman kita kepada satu prinsip asas dalam undang-undang kontrak. Harapan saya dengan pemahaman tersebut seluruh rakyat umumnya dan rakyat Kelantan khususnya akan terus berdiri teguh di belakang keputusan yang akan diambil oleh kerajaan negeri dalam menangani isu royalty ini.
Undang-undang paling asas dalam sesuatu kontrak menyatakan bilamana salah satu pihak gagal memenuhi tanggungjawab dalam perjanjian, ia dikatakan telah pecah kontrak atau “repudiate”. Tindakan ini membangkitkan hak kepada pihak yang satu lagi untuk “rescind the contract” iaitu mengambil tindakan untuk membatalkan terus perjanjian yang dipersetujui.

Dalam hal ini, Petronas yang gagal membayar royalty sebagaimana dipersetujui telah memecah janji “repudiate the contract” dan kerajaan Kelantan dalam hal ini berhak membatalkan dan menamatkan perjanjian tersebut atau “rescind the contract”.

Justeru, pihak-pihak iaitu Petronas dan Kelantan dalam hal ini tiada lagi sebarang tanggungjawab sebagaimana ditetapkan dalam perjanjian 1975. Dengan erti kata lain, Petronas tiada lagi hak untuk memasuki kawasan perairan dan daratan Kelantan untuk meneroka minyak di sana.

Kerajaan Kelantan pula berhak untuk memutuskan dengan apa jua cara bagi meneroka dan mencari gali minyak di kawasan daratan dan perairan Kelantan dengan cara mereka sendiri. Tentunya suasana ini amat menguntunkan rakyat Kelantan kerana hasil bumi mereka boleh diuruskan oleh kerajaan yang mereka pilih melalui pilihanraya yang sah.

Semoga prinsip-prinsip asas undang-undang kontrak ini sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada rakyat Kelantan apatah lagi kepada gerakan rakyat dalam R. – 8 Zulkaedah 1433H. [wm.kl.1:53 t/hari 24/09/12]

Busuk Salentia Juga Merasuk Hidung Orang Umno

POJOK MURAI 89

Dua tiga hari lepas Murai ternampak Selantia di perkarangan rumah mayat HKL. Murai ingat dia hendak pegi tengok mayat siapa. Tidak terfikir dia pergi untuk sama-sama menziarahi jenazah Dr Azmi Setapa setiusaha politik Mustapa Mohamed. Murai perhati dari jauh, wah lagak jalannya bukan main setail lagi. Dengan mengena spek mata hitam, baju kemeja putih terlengak-lengak jalannya macam pengantin lelaki naik bisul, terkangkang kangkang...

Dia berjalan selamba sahaja terus masuk ke bilik mayat. Murai tidak tahu apa yang dia buat di depan mayat itu, atau dia tidak tengok pun. Sekejap kemudian Murai nampak dia keluar, jalan macam tu juga macam pengantin lelaki naik bisul. Dia menuju ke arah Mustapa Mohamaed dan dengan tangan tercekak di pinggang dia berkata sesuatu kepada Mustapa yang kesedihan.

Tangannya tertunjuk-tunjuk macam orang kena pakinson. Entah apa yang diarahnya. Mungkin Salentia minta dia nak baca talkin kok. Murai perhatikan Mustapa selamba sahaja, anggup tidak eleng pun tidak. Ada bersama dua tiga orang, sementara orang politik lain memerhati dari jauh. Tidak siapa peduli atau datang untuk bersalaman dengannya. Orang semacam tenguknya dengan perasaan pesimis saja.

"Uh... mari juga dia ni." begitulah Murai terdengar salah seorang menyebut tatkala melihat Salentia. 
"Dia ni macam lalat, singgah mana saja...," kata yang disebelahnya. Orang itu ternaman juga.

Yang paling Murai teruja ialah tidak ada siapa pedulikan dia. Tidak ada siapa masuk nak bersalam dan bertanya khabar. Mungkin kerana dia merasakan tidak ada pedulikannya, seketika kemudian dia pun berlalu begitu saja. Tidak ternampak pula Murai masa mana dia berlalu. Yang pastinya kehadirannya ke bilik mayat itu semacam tidak dihargai oleh sesaiapa, semacam dia tersalah lorong saja.

Jauh didalam hati Murai  berbisik sendiri, kesian kepada Salentia, tidak lagi menjadi pujaan seperti mana Mustapa. Begitulah kalau tak ada pangkat dan kuasa ditambah lagi dengan bau badan yang semacam. Lalu Murai menyimpulkan rupanya busuk Salentia bukan saja menyocok hidung orang Pas dan PKR serta DAP, tetapi orang Umno juga turut merasa busuk si Salentia ini.

Murai: Pakai minyak attar setiap hari Jumaat kaliwon.

Setiausaha Pakatan Tanding Di Demit?

BAKAL CALON                                                                                                             

Setiausaha Pakatan Darulnaim, pertubuhan yang menghimpunkan anak-anak Kelantan di perantauan pro Umno, Roslan Mohamad disebut-sebut bakal diturunkan Umno untuk bertanding di salah satu Dun di Kelantan. Roslan kelahiran Kubang Kerian katanya akan diperuntukan Dun Demit yang terletak dalam Parlimen Kubang Kerian.

Roslan: Bakal calon Demit.
Sebelum ini Dun Demit ditanding oleh Mohamad Abdul Ghani yang tewas kepada Muhammad Mustafa dengan kekurangan undi sebanyak, 4,799.

Roslan yang juga merupakan pegawai eksekutif di Proton. Beliau seorang aktif dan mempunyai personaliti yang menarik serta seorang aktivis Ngo yang rajin.

Semasa bertemu dengan beliau dua hari kepas, Roslan tidak menolak desas desus itu dan berkata; "kalau parti berkehendakkan saya sedia untuk mengambil risiko."

Bagaimana pun katanya perbincangan lanjut dengan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed difahamkan masih belum diadakan lagi.

Sebelum ini Najib Razak mengatakan Umno akan meletak calon yang boleh menang tidak kira ianya merupakan pimpinan bahagian atau pun tidak. Kemungkinan Umno meletakkan Roslan juga dikira tepat dengan profesyen dan juga personaliti Roslan yang sedarhana dan seorang berhemat.

Sementara itu seorang lagi winneable candidate Dr Junaidi Abdu Bakar yang disebut-sebut kononnya akan diletak bertanding di Kuala Krai dikatakan sahamnya kini mulai merudum ekoran pemasangan posternya di sepanjang jalan sempena hari raya lalu. Pemasangan poster yang mengalu-alukan kepulangan anak perantau sekali gus untuk mempromosinya itu tidak disenang oleh orang ramai dan ada setengah menganggapnya yang tidak wajar dan satu perbuatan yang ganjil.

Orang ramai menganggap pemasangan papan tanda itu sebagai melampau dan tidak kena pada tempatnya sekaligus menyerlahkan akan keghairahan timbalan naib cencelor (hal ehawal pelajar dan alumni) UPSI. Dalam papan tanda itu beliau turut menyebut jawatan dan kedudukannya serta jawatan dalam pasukan awam. Lantaran itu ada yang mempersenda-sendakan bila pula UPSI membuka cawangan di Kuala Krai.

Sehubungan itu kerusi parlimen Kuala Krai besar kemungkinan Umno akan serahkan kepada Ketua Bahagian Ramzi Abdul Rahman untuk berhadapan dengan dengan calon Pas Dr Mohd Hatta Ramli. Selain Junaidi, Razmi juga berhajat untuk menjadi calon di parlimen Kuala Krai.

Sikap Ramzi yang dikatakan merendah dan tidak menonjolkan diri seperti mana Dr Junaidi mendapat perhatian pucuk pimpinan. Begitu juga dengan jasa dan bakti Ramzi lebih dirasai oleh rakyat Kuala Krai berbanding dengan Junaidi.

Selain itu pengalaman yang dilalui Umno dengan meletakkan Prof Che Musa Che Omar dalam pilihan raya menjadi Umno takut dan phobia untuk meletakkan seorang lagi tokoh akademik di Kuala Krai.[wm.kl.11:02 am 24/09/12]

Sunday, September 23, 2012

Shahidan Kassim Tewas Presiden KOM

LINTAS SENJA

Sudah lama atlik negara dan juga kesatuan sukan lain mahu melihat bekas MB Perlis Shahidan Kassim meninggal KOM, cuma tercapai hari ini. Mesyuarat kesatuan hari ini telah mengugurkan Shahidan Kassim sebagai presiden dalam pertarungan sengit.

Zainal Abidin: Kalahlan Shahidan.
Beliau dikalahkan oleh Presiden Kesatuan Olahraya Negeri Sembilan, Zainal Abdin Ahmad yang mendapat 23 undi manakala Shahidan 21 undi sahaja. Mesyuarat agung kesatuan itu berlangsung hari ini dalam keadan kontroversi dan songsang apabila penutup mesyuarat itu masih dilakukan oleh Shahidan. Tindakan itu tidak disenangi oleh presiden KOM yang baru.

Kekalahan Shahidan itu memberi indaktor lain kepadanya. Apakah ia menunjukkan Shahidan juga akan berundur atau diundur dari arena politik? Shahidan yang masih termimpi-mimpi jawatan MB Perlis masih berusaha untuk memegang semula jawatan berkenaan.

Dalam pilihan raya lalu beliau gagal angkat sumpah sebagai MB Perlis apabila pihak istana dikatakan tidak 'hingin' kepadanya. Mohamad Isa Sabu yang langsung tidak terlintas untuk jadi MB dilantik menjadi MB Perlis.

Perlantikan Isa Sabu mengecewakan dan mengaibkan Shahidan Kassim. Menurut cerita pada malam Isa Sabu dipanggil ke Istana Perlis untuk angkat sumpah Shahidan juga ke istana bersama penyokongnya malangnya pintu istana tidak dibuka, menyebabkan Shahidan 'terkuas-kuas dan terkinyen-kinyen' macam kera kena belacan di luar istana.

Apakah dengan kekalahan sebagai presiden KOM yang dipegang sejak 2006 itu akan membawa kepada kekalahan beliau dalam pilihan raya dalam pilihan raya akan datang? Ada kemungkinannya juga?

Tahniah kepada KOM mendapat presiden baru mudah-mudahan KOM akan lebih maju dibawa teraju baru yang jauh dari elemen dan kepentingan politik. [wm.kl.7:51 pm 23/09/12]

Najib Sedia Lindungi Taib Demi Kuasa...?

DARI HATI KE HATI

Keterdesakan dan ketakutan Najib Razak dari kehilangan kuasa semakin jelas dan nyata. Beliau semakin gelabah dan diserang insomnia. Semua tindakan Najib hari ini ke arah mengukuhkan kuasa dan bukan fokus untuk melakukan perubahan seperti mana dilaung-laungkan. Dalam usaha mempertahankan diri ini Najib sudah tidak peduli lagi apakah tindakannya halal atau haram disukai rakyat ataupun tidak.

Najib: Yid tolong saya sekali, ya?
Terbaru mengenai perkembangan politik di Sabah dan Sarawak. Najib sudah menyedari fenomena yang berlaku di kedua buah negeri itu tidak akan memihak kepadanya. Najib kini seakan sudah takut untuk mengunjungi kedua buah negeri berkenaan kerana sambutan amat dingin. Gelombang yang meledak di Sabah dan Sarawak hari ini bakal menghanyutkan Najib. Simpanan tetap UBN telah dicuri Pakatan Rakyat?

Kerana memahami fenoeman itulah jadi tidak hairan kalau Najib cukup menjaga hati dan perasaan rakyat kedua-dua negeri itu. Najib dilihat sangat berhati-hati untuk mengulas apa-apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak walaupun sebagai PM beliau berhak berbuat demikian dan menunjukkan akan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin nombor satu negara.

Menyedihkan Najib dilihat bersedia menyembunyikan sesuatu yang sepatutnya beliau didedah seperti mana diharap-harapkan oleh rakyat kedua-dua buah negeri berkenaan, seperti isu penyelewengan dan pembolotan harta benda oleh pemimpin tanpa ada hentinya sangat dirindu rakyat untuk mendapat campur tangan dan pencegahan tidak langsung dari Najib.

Misalnya sikap dan pendirian Najib terhahap ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud berhubung dakwaan ketua menteri itu memiliki berbillion kekayaan yang disaut dari hasil negeri Sarawak membuktikan akan sikap takut dan menggeletar Najib itu. Najib telah membayangkan supaya tiada tinakan diambil kepada Taib. Dengan mengatakan laporan korupsi Taib itu tidak perlu dilayan menjelaskan Najib memberi laluan kepada Taib untuk terus membolot harta benda Sarawak dan hidup senang di atas air mata darah rakyat. Cara Najib itu memberi nafas kepada Taib untuk terus bernyawa dan meneruskan kerja pembolotan harta rakyat dan negeri.

Seperti mana laporan sebuah Ngo berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion). Menurut Ngo berkenaan kekayaan Taib saja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Najib seperti tidak mempercayai apa didesakkan oleh Ngo berkenaan. Tidak menjadi masalah kalau kekayaan Taib itu didapat secara halal dan bukannya dengan menuba rakyat (menipu dan menganiaya) kemudian mengaut kekayaan Sarawak untuk menjadi miliknya. Apa nyang hendak diragui mengenai kekayaan Taib itu. Kalau Mahathir dalam masa 22 tahun dapat menjadikan dua anaknya sebagai 10 orang terkaya di Malaysia, apalah hendak hairan dengan Taib yang sudah berkuasa di Sarawak selama 26 tahun. Tentu kekayaannya jauh lebih tinggi daripada bukit karun Mahathir Mohamad.

Sebagai seroang pemimpin atau amir kepada sebuah negeri Najib tidak sepatutnya cuba melindungi orang seperti Taib itu. Beliau perlu insaf rakyat menjadi miskin dan dhaif kerana kekayaan yang patut diberikan kepada mereka disangat oleh seorang manusia saja. Kalaupun beliau tidak mahu mengarahkan agasr siasatan dijalan segera (sebab SPRM dibawah bidang kuasanya), tetapi cukuplah kalau beliau mendiamkan diri. Apabila Najib bersabda, jangan layan dengan tuduhan itu ia menyakiti hati nurani rakyat Sarawak.

Kenapa Najib menjadi serendah dan sehina itu, dan tidak menggunakan kuasa yang ada kepadanya untuk membela rakyat? Jawabnyua kerana beliau takut dengan kuasa dan titik penentuan yang ada kepada Taib mahmud. Najib takut kalau Taib tidak memberi sokongan kepadanya. Najib tahu Taib mempunyai kuasa yang boleh menjadikan beliau terus atau turun. Justeru beliau kena akur atau ikut saja apa yang dikehendak Taib hatta tidak mengungkitkan 'jenayah' dilakukan Taib. Di sinilah orang boleh mengenali sejauh mana kredibiliti dan integriti Najib sebagai perdana menteri.

Ukuran juga boleh dibuat nanti, saya kira kalau Pakatan Rakyat menang kandatipun atas pertolongan Taib Mahmud tetapi komponen itu tetap juga akan menyiasat Taib dan mengenakan tindakan. Mungkin juga menyedari apa yang bakal berlaku nampaknya Taib menjadi seperti kucing kejatuhan anak dalam mencari partener dan pelindungi baru kepada kekayaannya.

Makanya di sini rakyat semua dapat menilai sendiri sejauh mana integeriti beliau sebagai seorang PM. Apakah Najib terlepas dari bersuhabat dengan penyeleweng atau penyangak harta rakyat atau tidak? Apakah diri dan hati Najib bersih. Apabila beliau sedia menuruti permintaan atau pun permohonan hantu dan polong yang kononnya boleh memberi kuasa kepadanya? Kaji dan telitilah sendiri.

Menyimpulkan apa yang bakal berlaku kepada Najib terhadap Taib Mahmud, Najib akan melepaskan begitu saja kasus Taib itu ataupun dijadikan sandaran untuk meminta sesuatu dengan Taib. Dia akan membela Taib sampai habis kerana mungkin Taib sudah menjanjikan untuk memberi kuasa kepada Najib. Itu antara janji dan harapan Najib dan Taib. Tetapi rakyat Sarawak sebenarnya berkuasa ke atas apa juga hak mereka. Rakyat Sarawak sebenarnya lebih berkuasa dan agung dari Taib Mahmud.

Kalau rakyat Sarawak berani bertindak, mereka boleh melumpuhkan Taib dan bersekaligus bersama Najib dengan syarat dalam pilihan raya umum akan datang rakyat Sarawak tidak mengundi Taib Mahmud. Dan bagi saya juga usah ceritalah soal merdeka atau mengisi kemerdekaan, rakyat Sarawak masih dibawa belenggu penjajah bernama Taib Mahmud. Selagi rakyat Sarawak tidak menghapuskan dan menghalau (turunkan) Taib Mahmud maka selama itu mereka berada dalam penjajahan seorang raja bernama Sultan Taib Mahmud. [wm.kl.11:54 am 23/09/12]

Saturday, September 22, 2012

Tenat Benar Najib Sampai Merayu....

PANAS PERUT

Wah Najib Razak sampai merayu-rayu persis lagu Ziana Zain lah.. supaya rakyat memberinya sepenggal untuk membolehkan dia bawa pembangunan kepada rakyat. Sayu juga mendengar rayuan Najib itu. Beliau membuat rayuan itu ketika berucap di hadapan 1,000 orang semasa melancarkan Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi ini.

Najib tidak payah merayu kalau apa yang beliau laksanakan dalam tempoh tiga tahun ini, menampakkan perubahan dan memberi manfaat kepada rakyat. Setelah merdeka 55 tahun rakyat sudah cerdik tidak perlu dipujuk rayu lagi. Tetapi malangnya cara Najib layan rakyat, macamlah rakyat kita seperti penduduk kampung pedalaman di Mongolia.

Tengok bila dia pergi Kelantan dia akan mempermain-mainkan hati rakyat Kelantan dengan bertanya; "hendaklah lebuh raya?".... rakyat pun jawab, "hendak...." Najib tanya lagi, "nakkan air bersih?" Rakyat pun jawab ramai-ramai macam awak-awak fikir barat mengikut kata tok juara, "hendak." Lepas itu dia balik rakyat Kelantan terngangga dan mengetik kuku menanti janji Najib. Politik seperti itulah menyebabkan rakyat tidak menghormati Najib.

Apabila Najib sampai merayu-rayu begitu menunjukkan Najib begitu penat sekarang ini. Dia tahu yang dia tidak poplar dan sedang ditolak oleh rakyat. Makin kuat BN melancarkan strategi pelik-pelik menyebabkan orang makin tahu yang beliau penat. Sehari dua ini Umno memainkan isu DAP dan cuba melaga-lagakan Pas dengan DAP. Untuk pengetahuan Najib, Pas dan DAP bukan jenis macam lembu laki Sharizat? Mereka tidak akan berlaga kerana azam mereka untuk menumbangkan UBN begitu tinggi mengatasi segala yang lain.

Najib perlu menang sepenggal untuk tidak meletakkan dirinya sebagai PM terpendek. Dia mahu mengatasi rekod Abdullah Badawi. Ini yang penting bagi Najib. Kalau dia gagal menyambung jawatannya selepas pilihan raya akan datang bermakna dia berada di bawah Abdullah dan menjadi PM dari Umno yang terpendek tempohnya.

Tugas Najib besar bukan saja dia hendak menjaga kredibiliti dan rekod dirinya tetapi rekod Umno juga. Najib kena pastikan UBN menang. Najib tidak mahu sejarah negara mencatatkan Umno kalah sewaktu ditangan beliau. Ini yang Najib ingin elakkan bagi mengelakkan malu sebesar tahi gajah. Dia juga mahu meninggalkan legasi kononnya baik macam ayahnya juga.

Dua beban atau pun tanggungjawab inilah menyebabkan Najib terpaksa menari poco-poco untuk menghilangkan rasa resah dan gelisah. Namun tindakan beliau silap kerana cara itu mendedahkan yang beliau sedang bermasalah. Buka balik klik video itu dan perhatikan macam mana tarian Najib tidak seirama atau pun sejalur dengan tarian Rosmah. Tarian Najib macam rama-rama kepatahan sayap saja.

Berbalik kepada rayuan tadi saya rasa rakyat tidak akan peduli lagi. Sudah lebih setengah abad rakyat memberi kuasa kepada Umno tetapi Umno semacam mengsia-siakan kuasa berkenaan. Selama 22 tahun kemenangan Umno diperdagangkan oleh Mahatir untuk mengaut keuntungan buat dirinya sendiri dan anak beranak. Rakyat tertipu di sebalik projek mega Mahathir akhirnya rakyat memikul beban masalah hingga kini.

Beban ditinggal Mahathir ikut sama terhandas di bahu Abdullah dan kini tercampak di bahu Najib. Memang ada rakyat yang kasihankan kepada Najib tetapi sikap dan perbuatan pemimpin Umno sebelum ini menyebabkan mereka tidak boleh memaafinya. Rakyat sudah jadi serit dan celika. Jadi rayuan Najib itu tidak akan dihirau lagi.

Cadangan saya Najib baik mengaku kalah saja. Surender yang kita tidak mampu untuk jadi PM. Seseorang untuk jadi PM bukan calang-calang orang. Jawatan ini bukan perkara yang boleh diwarisi dari keturunan atau pun orang tua. Ia juga bleh dikongskikan dengan bini. Jawatan PM berlainan dengan kerja memanjat kepala seperti di Nepal yang dipusakai dari jenerasi ke jenerasi. PM adalah milik rakyat Malaysia yang berani, berwibawa, ada idea serta diyakini oleh semua kaum dan bangsa. Wachou....[wm.kl.9:49 pm 22/09/12]

Friday, September 21, 2012

Main-Main Tunjuk Perasaan

RENUNGAN SENJA

Selepas Jumaat tadi telah berlangsung dua tunjuk perasaaan oleh dua puak atau kumpulan berbeza secara serentak. Sekali pandang tujuan tunjuk perasaan itu mempunyai tujuan sama untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kedurjanaan rakyat Amerika yang menghina Nabi Muhammad s.s.w. menerusi sebuah filem yang berjudul "Innocence of Muslims"
Cuplikan tunjuk perasaan. Foto dari tv internet.

Penerbitan film ini mendapat bantahan dan kecaman di kalangan orang Muslim di seluruh dunia. Sejak minggu lepas lagi sampai ke hari ini tunjuk perasaan dan bantahan dilakukan dengan pelbagai cara, sehingga ada yang telah terkorban dalam ledakan amrah isu ini.

Kononnya kedua-dua puak itu juga marah dan kesal atas penghinaan kepada Nabi Muhamad s.a.w. Satu kumpulan dipelopori Dewan Pemuda Pas yang diketua sendiri oleh ketuanya Nasharudin Hasan. Mereka menanakam tunjuk perasaan itu sebagai himpunan "Expresi Hijau Kasih Nabi"

Tunjuk perasaan oleh Pas diadakan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di jalan Tun Razak. Ia berlangsung sebaik selepas solat Jumaat. Menurut laporan lebih 5,000 menggabung diri dimana dua pemimpin tertinggi mereka, Naib Presiden, Sallahuddin Ayub dan Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man juga hadir sama.

Sementara tunjuk perasaan satu lagi dipelopori Pemuda Umno. Ia berlangsung di perkarangan masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ia juga diketuai sendiri oleh ketuanya yang tidak diberikan kuasa oleh Najib, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Menurut laporan 3,000 yang hadir. Bagaimana pun tidak ada pemimpin tertinggi Umno yang dilaporkan hadir sama.

Ikut sama bergabung dengan Pemuda Umno ialah beberapa Ngo termasuk Perkasa(m) dan Ngo senama dengan sejenis beras kampit. Sebenarnya jumlah kehadiran 3,000 itu tidak 'tanggung' berbanding dengan penglibatan berbagai Ngo dalam himpunan rasa itu. Sepatutnya jumlah kehadiran di lokasi pemuda Umno itu mencecah 40,000 ataupun 150,000 kerana ia melibatkan lebih 30 buah Ngo. Ngo itu juga sebelum ini obses memperjuangkan akidah umat Islam.

Apabila kehadirannya tidak sampai 4,000 ianya sama ramai dengan pengunjung pasar Chow Kit saja, ini menunjukkan jelas bahawa tunjuk perasaan itu kuat talun dari laung. Ia juga menjelaskan anggota Ngo berkenaan yang sesetengahnya mendakwa sampai mempunyai 100,000 ahli tidak peka dan prihatin terhadap agama dan Nabi mereka. Atau pun dakwaan itu sebagai dakwaan Lebai Kedaun saja.

Begitu juga melihat kepada lokasi diadakan tunjuk perasaan itu, ternyata tunjuk perasaan pemuda Pas lebih berani dan relevan berbanding dengan pemuda Umno. Kenapa pemuda Umno adakan di Kampung Baru? Bukankan tunjuk perasaan itu untuk dinyatakan kepada Amerika, bukannya penduduk kampung baru. Atau Khairy sememangnya untuk menarik perhatian penduduk kampung baru bagi menunjukkan pemuda Umno berani. Kalau hendak dikira pemuda Umnolah sepatutnya 'rukah' pagar dan 'baling batu' kepada keduataan Amerika bukannya melakak dari jarak 3 km.

Bukankah pemuda Umno dan juga pemuda Perkasa(m) berani. Sebelum ini mereka melontar cat merah kepada bas PKR dan juga menyerang orang sedang memberi tazkirah dalam masjid di Kedah. Apabila hanya menjerit dan berani menjadi beruk (pinjam istilah Khairy yang menyifatkan penunjuk perasaan sebagai beruk) di kampung Baru, ternyata pemuda Umno dan Ngo itu jenis bungkus telor dalam kain pelikat sahaja.

Bagaimana pun saya tidak hadir di kedua-dua lokasi hari ini. Saya rasa tunjuk perasaan itu tidak banyak memberi keuntungan. Saya setuju dengan apa ditulis oleh Ngeh Koo Ham dalam twitternya sehingga menimbulkan kemarahan Pemuda Umno itu dan menyebabkan beliau dilaporkan kepada polis, tunjuk perasaan itu membuang masa. Nampak sangat tunjuk perasaan itu bukan bertolak dari nawaitu unntuk membela maruah dan kedudukan Nabi s.a.w. tetapi lebih untuk menjual suara politik. Kali ini insiden berkenaan diambil untuk menggoreng rakyat.

Mengapa saya berkata begitu. Kalau baik Pas atau Umno benar-benar concern kepada apa yang berlaku mereka tidak perlu berada dalam keadaan terasing. Mereka tidak payah berpisah dan menunjukkan kekuatan masing-masing. Mereka seharusnya berpadu dan bergabung menjadi satu gerombolan menghayun langkah ke kedutaan Amerika. Apabila mereka masih berasingan, dalam soal ini Pemuda Umno... jelas bantahan itu bukan ikhlas untuk membela maruah Rasulullah tetapi hendak menunjuk gagah, menjual minyak angin dan menganggu di antara satu sama lain.

Apa yang dilakukan pemuda Umno lebih terserlah akan kemunafikannya. Kenapa di himpunan untuk membantah rakyat Amerika tetapi diambil kesempatan mengecam Pas. Seperti mana ucapan Khairy dipetik, beliau mempersoalkan Pas yang masih terus bergabung dengan Pakatan Rakyat. Baginya Pas gagal mempenagruhi DAP walaupun dalam perkara asas seperti itu. Kecerdikan Khairy untuk melaga-lagakan Pas dengan DAP terjeluah di masjid.

Khairu jenis bercakap tidak menggunakan mulut, dia lupa... yang Umno juga gagal mempengaruhi rakan-rakan MCA, MIC dan Gerakan untuk sama-sama berdemon membantah Amerika di atas isu yang dikatakan asas itu. Apakah Khairy merasakan anggota MIC dan MCA tidak perlu hadir sama? Kalau macam itu mengapa bersusah payah kalau Pas tidak berjaya menarik DAP agar sama-sama mengecam Amerika dan filem berkenaan.

Kerana saya tidak pergi maka saya hendak tanya Khairy berapa orang pemimpin dan ahli MCA, MIC atau komponen lain BN yang hadir. Apakah beliau mengambil kira kehadiran ahli Parkas(m) itu sudah mewakili komponen BN? Hohoho..

Kalau hendak diambil kira Pas lebih anggun dari Umno. Katanya Naib Presiden PKR Tiang Chua ikut sama menunjuk perasaan bersama Pas di depan Kedutaan Amerika. Molek kalau Khairyu lain kali sebelum bercakap dan membuat dakwaan pandang kiri dan kanan dulu.
Sebarnya dalam kes ini saya kurang bersetuju dengan kedua-dua pihak mengadakan tunjuk perasaan itu. Baik dipihak Pas maupun di pihak Umno serta Ngo terlibat. Malah kalau mereka bergabung pun saya tidak sokong. Kepada saya tunjuk perasaan tanpa memilih isu sebegitu membuang masa sahaja. Tunjuk perasaan hari ini lebih kepada 'main-main tunjuk' untuk tunjuk-tunjuk kejantanan politik saja.

Kenapa saya kata ia membuang masa dan tidak memberi kesan. Siapa yang hendak dengar bantahan yang dilakukan itu. Amerika tidak akan pedulikan apa yang dilakukan Pemuda Umno bersama Ngo itu, kerana ia awal-awal lagi tidak relevan bila mana ruang awam itu digunakan untuk mengkritik Pas.

Begitu juga tunjuk perasaan dan bantahan Pas itu. Amerika tidak pun mendenagrnya. Apabila Amerika menghantar pengawal pintu pagar, yang juga (mungkin) warga negara Malaysia, itu menunjukkan negara itu tidak merasa harian sedikit pun dengan aksi itu. Sebuah negera jahat dan berstatus tinggi begitu, Amerika tidak akan peduli. Mungkin bagi pegawai di kedutaan itu melihat '"hoha-hoha" di luar itu sebagai satu keributan yang tidak tentu hala sahaja.

Kita boleh mengadakan tunjuk perasaan dan membuat bantahan, bukan kepada pihak yang tidak ada kuasa atau tidak mendengar kuasa kita. Tunjuk perasaan boleh dilakukan kalau ia berkaitan isu-isu berkepentingan dengan kita secara bersama dan kuasa mendengar isu itu juga dari negara kita. Tunjuk perasaan dalam keadaan dan kondisi begini barulah tidak membuang masa, kerana apa yang kita bangkitkan itu didengar langsung.

Tetapi apa yang kita bantah itu tidak berkepentingan kepada kita secara bersama, ia tidak ada guna. Benar, isu Nabi itu adalah isu kita sebagai orang Islam, tetapi ia bukan isu sejagat untuk seluruh rakyat negara ini. Makanya untuk menghereknya menjadi isu nasional tidak berapa tepat dan kurang berimpak tinggi.

Sebab itu isu-isu sebegitu akan dilihat sebagai isu terpencil hanya untuk satu kaum saja. Mungkin ada yang menyoal bukankan isu agama itu penting dan ia merupakan isu hidup dan mati. Iya.. benar, tetapi kalau pun ia isu hidup dan mati tetapi kalau perbuatan itu sia-sia tidak ada gunanya, apa lagi kalau menyebabkan kita mati katak?

Isu penghinaan film itu tidak seperti isu dibawa oleh Bersih, Lynas ataupun isu-isu kenaikan harga barang, isu NFC, isu royalti petroleum dan sebagainya. Isu ini adalah isu langsung dengan rakyat dan negara kita. Pihak kerajaan atau berkuasa akan meneliti dan mengambil kira bantahan kita itu. Ia berbeza dengan isu soal penghinaan itu, di mana kerajaan tidak ada kuasa untuk mendengar dan bertindak. Apakah kita mahukan kerajaan kita memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika?

Kepada saya lebih kita tidak begitu bising dengan isu seumpama itu. Pertamanya ia bukan berlaku di negara kita. Ia bukan ditayang di negara kita.Makanya dalam kita rasa moden dalam tindakan politik menerusi aksi tunjuk perasaan kita perlu memilih isu yang tepat dan relevan dengan kita bagi memastikan tindakan kita bermutu. Apabila ia tidak tepat maka apa yang disuarakan oleh Nyeh Khoo Ham itu sebagai benar.

Sekiranya kita benar-benar kasih dan ingin memuliakan Rasulullah marilah kita bersalawat ke atasnya serta mempraktikan apa yang dibuat oleh baginda. Berbaik-baik sesama Islam adalah antara suruhan dan tuntutan baginda.  [wm.kl.8: 27 pm 21/09/12]