Monday, November 29, 2021

80 peratus setuju Keadilan bertanding guna logo sendiri dan tinggal DAP

RUMUSAN
Simbol yang dipertikaikan?

SERAMAI lebih 600 dan 500 yang memberi komen dan like terhadap survey untuk mengetahui apakah
perlu untuk Keadilan bertanding menggunakan lambang sendiri dan tidak bersama DAP dalam pilihan raya ke-15 nanti. 

Persoalan yang dilontar untuk mendapat pandangan umum khasnya dari kalangan pelayar Facebook MSO II, berbunyi; Apakah Keadilan perlu bertanding sendiri tanpa kerjasama dengan DAP dalam pilihan raya umum akan datang?"

Thursday, November 25, 2021

Royalti petroleum kerajaan Kelantan tertipu?

ULASAN 

MENTERI Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam jawaban bertulis kepada pertanyaan seorang ahli parlimen berkenaan bayaran royalti petroleum di negeri-negeri terbabit termasuk Kelantan, memaklumkan bayaran royalti (bayaran tunai) tidak akan diberi termasuk kepada Kelantan sebaliknya ia diberikan atas nama wang ehsan sahaja.

Alasannya kerana perolehan minyak di Kelantan di luar kawasan milik Kelantan. Wang ehsan bermakna Kelantan tidak berhak menerima 5% hasil daripada sumber petroleum di Kelantan seperti mana yang dituntut.

Wednesday, November 24, 2021

Jangan kerana setitik budi, Anwar hendak dibuang

PANDANGAN 

Anwar jawab pertanyaan wartawan
berhubung desakan terhadapnya.
SAYA ada masa terluang waktu ini untuk berbicara secara mendalam sedikit berhubung desakan oleh sesetengah pihak dalam PH khasnya, agar Anwar Ibrahim berundur daripada menjadi pemimpin utama pembangkang; sebagai ketua pembangkang di Parlimen dan juga pengerusi PH. 

Walaupun desakan itu tidak langsung datang daripada komponen PH secara rasmi, hanya disuarakan oleh pemimpin kecil dan "sibecak" di bawah, tetapi ia telah memberi gambaran tentang wibawa Anwar berada di "cagak" itu sudah tidak relevan atau membawa hasil lagi. 

Tuesday, November 23, 2021

Perhatian

PERHATIAN

SAYA tidak sekerap dahulu menghantar catatan atau mengisi blog ini kerana akhir-akhir ini agak dikekang masa sedikit kerana sibuk menyiapkan sebuah buku baharu. Untuk tahun 2021 ini belum sebuah buku pun diterbitkan. Walaupun antologi puisi persendirian "Bayangan Diri" sudah siap diproses untuk dicetatkkan tetapi masih belum selesai-selesai juga. 

Tampaknya Bayangan Diri terus dirundung malang kerana akan dipintas sebuah buku politik yang akan menjelma beberapa minggu lagi. Disebabkan giat mengusahakan buku berkenaan menjadikan pengisian dalam blog ini tidak begitu serajin dahulu. Ohya mungkin juga faktor usia atau bad mood dengan perkembangan politik mutakhir.

Pun begitu saya terus mengirimkan status kecil di Facebook dan Twitter saya. Yang mesra dengan blog ini mungkin tidak menemui catatan dan membawa perasaan saya di sana. 

Berbalik kepada buku yang dalam prsoes akhir penyiapannya, ia mungkin buku terakhir daripada saya membicarakan tentang sosok bernama Anwar Ibrahim. Selepas ini mungkin saya perlu berhenti menulis tentangnya? Sudah banyak saya menulis buku mengenai Anwar, buku ini adalah menjawab ibu persoalan tentangnya.

Kepada pembaca budiman dan pemeriksa terhadap segala kegiatan saya dan buku-buku saya, yang menyokong saya diharap sabar menanti. Insya-Allah apabila semuanya sudah beres saya akan notis atau mengiklannya dalam blog ini. Buku itu nanti cetakannya terhad. 

Dengan penjelasan ini diharap dapat menjawab persoalan kenapa saya agak kurang mengisi blog ini tidak sekerap sebelum ini. Wassalam. [wm.kl. 7:21 am 23/11/2021]


Monday, November 22, 2021

BN jangan ghairah, dosa Najib belum terampun

SUSUPAN MALAM

EKORAN kemenangan bergaya BN dalam Pirane Melaka sekaligus mengejutkan pemerhati politik, ada
ura-ura dan gesaan supaya pilihan raya umum ke-15 diadakan dalam waktu terdekat. 

Ismail Sabri Yaakob selaku perdana menteri oknum bertanggungjawab untuk menasihatkan kepada Yang diPertuan Agong bagi membubarkan parlimen sudah diberi tahu mengenai hasrat itu. 

Hal ini dilaporkan telah oleh timbalan presiden Umno Mohamad Hassan sendiri. Menurut perkiraan Mohamad Hassan waktu ini BN ada feel good factor untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 itu. Semuanya berpandukan kepada keputusan Pirane Melaka semalam, dimana BN mendapat 21 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Sunday, November 21, 2021

Beberapa sebab kegagalan PH dalam Pirane Melaka

 SESUDAH SUBUH

Sulaiman mengangkat sumpah sebagai
Ketua Menteri Melaka.
SELAMAT pagi dan salam Subuh. Pilihan raya negeri Melaka ke-15 sudah selesai dan muktamad. BN menang besar mendapat 21 kerusi, manakala PH hanya menang lima (5) kerusi dan PN dua (2) kerusi. Umno yang menulangi BN menjadi parti mendapat kerusi terbanyak apabila menang 18 kerusi, manakala McA dua (2) dan MiC satu (1).

Wednesday, November 17, 2021

Kejahatan bermula dalam beberapa jam lagi

SESUDAH SUBUH

Foto: Ambilan dari Fb Najah Asri.
PILIHAN RAYA negeri (Pirane) Melaka akan berakhir kira-kira 72 jam sahaja lagi. Kempen sudah masuk ke selekuh terakhir. Dalam tempoh 72 jam dikira tempoh yang sangat genting dan mencabar. Mulai malam ini semua parti bertanding akan melipat gandakan usaha kempen mereka. 

Selalunya kerja-kerja jahat, tindakan tidak bermoral sampai melanggar undang--undang pun akan berlaku dalam tempoh kritikal ini. Penentuan pihak mana akan menang atau kalah dapat dilihat secara lebih realistik pada tempoh ini. 

Wednesday, November 10, 2021

Adly pemimpin humble disukai rakyat, pentadbirannya dirindui

Adly tidak mahu dipayung,
enggan dilayan sebagai Vvip.
 
BARANGKALI bukan saja saya yang merasai, tatkala Pengerusi PH Anwar Ibrahim mengumumkan nama Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka pada suatu majlis petang tadi, tetapi orang lain juga seperti pengumuman itu akan menjelma menjadi kenyataan selepas 20 November nanti.

Pengumuman calon PH Dun Bukit Katil itu sebagai bakal Ketua Menteri disambut dengan tepukan bergemuruh yang hadir pada majlis pengumuman itu.

Monday, November 8, 2021

Mencari signifikan Pirane Melaka

ULASAN PETANG

Tempat penamaan calon. Foto: Bernama.
TUMPUAN umum kini kepada pilihan raya negeri (Pirane) Melaka. Pirane Melaka kali ini adalah yang ke-15 sejak Merdeka. Ia berbeza dengan pilihan raya sebelum ini, yang selalunya diadakan serentak bersama pilihan raya umum kebangsaan. Jadi pilihan raya kali ini hanya membabitkan pemilihan wakil rakyat di 28 kerusi Dun sahaja, tidak termasuk kerusi parlimen. 

Hari ini adalah hari penamaan calon dan hari pengundian 20 November. Proses penamaan calon sudah pun selesai. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan seramai 112 calon yang bertanding dalam pilihan raya itu, di mana sebahagian besar kerusi berlaku pertandingan tiga penjuru antara komponen BN, PH dan PN. Walaupun ada penyertaan beberapa calon bebas dan parti lain, ia seperti tidak penting. 

Sunday, November 7, 2021

Sah pertandingan tiga penjuru, pilihan raya mendebarkan

ULASAN MINGGU 

Perubaan pertama PN.
MENJELANG penamaan calon Pirane Melaka ke-15 esok, sudah sah tiga komponen BN, PH dan PN akan berentap antara satu sama lain di semua kerusi. Semalam semua ketiga-tiga komponen itu telah mengumumkan nama calon masing-masing. 

BN mengumumkan mereka akan bertanding di semua 28 kerusi dengan pecahan Umno bertanding 20 kerusi sementara McA  tujuh (7) dan MiC satu (1). Pengumuman itu dibuat di ibu pejabat Umno oleh timbalan presidennya Mohamad Hassan. 

Tuesday, November 2, 2021

Tiga penjuru dalam Pirane Melaka?

ULASAN

LIMA hari sahaja lagi akan berlangsung penamaan calon bagi pilihan raya negeri (Pirane) Melaka, 8 November, manakala 20 November hari mengundi. Pirane itu merupakan pilihan raya Melaka yang ke-15. Ia diadakan ekoran DUN Melaka dibubarkan apabila kerajaan negeri dipimpin BN yang dicuri daripada PH tumbang setelah empat Adun menarik sokongan. 

Beberapa hari sebelum ini sebaik Dun Melaka diisytiharkan terbubar, parti-parti politik utama sibuk membuat persiapan dan mencatur untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. Walaupun pembubaran itu dicabar kerana keabsahannya dipertikaikan, tampaknya ia berbekas dan sudah pasti pilihan raya akan dilangsungkan.