Tuesday, July 31, 2012

Kerusi Kuala Krai Jadi Rebutan Sesama Sendiri

MENJELANG TENGAH MALAM 

Boleh dikatakan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun)  dan parlimen di Kelantan sudah bertuan atau sudah ada sang pemilik. Baik dipihak Pas maupun Umno sudah ada calon masing-masing. Tapisan nama-nama calon di peringkat akhir sudah dibuat dan berada dalam tangan ketua parti masing-masing. Bagi Pas ia tergenggam erat ditangan Nik Abdul Aziz Nik Mat, manakala Umno pula tergenggam erat ditangan Mustapa Mohamed.

Sesiapa yang boleh 'menyekah' tangan kedua orang ini mereka akan dapat mengetahui apakah nama mereka ditanda (right) atau pun dipangkah. Nama-nama calon yang sudah ada dalam genggaman Nik Aziz sukar untuk diketahui. Sebagai pemegang amanah beliau tidak akan berkongsi maklumat dengan sesiapa. Sukar untuk Nik Aziz membuka mulut dan semuanya menjadi rahsia beliau seorang.

Mustapa Mohamed
Kedudukan anaknya, Nik Mohamad Abduh sendiri tidak diceritakan kepada sesiapa. Apakah timbalan Dewan Pemuda Pas Pusat itu bertanding atau tidak belum dapat dipastikan. Tanya berapa kali pun beliau tidak akan membuka mulut. Tetapi saya pasti kali ini Nik Abduh akan turun gelanggang.

Berlainan dengan Mustapa. Beliau agak bertolak ansur dan terbuka mengenai calon. Walaupun sesetengahnya sudah dikenal pasti tetapi berubah kembali. Mustapa juga tidak lokek untuk berbincang dan bertanya pihak-pihak tertentu mengenai calon yang dikemukakan kepadanya. Ini menjelaskan Mustapa tidak ada 'kunci' khas untuk memuktamad calon-calon. Bahkan yang pernah dikunci pun ada yang terbuka dan terlepas balik.

Makanya walaupun nama-nama calon Umno sudah ada dalam kocek Mustapa, tidak bermakna nama-nama itu sudah muktamad. Masih dalam penilaian dan semakan terakhir. Semakan secara menyeluruh bukan saja mengenai latar belakang diri, tetapi latar belakang keluarga dan 'sain sobat' juga. Ini dirasakan kerana nama-nama ini masih bertukar ganti di peringkat akhir.

Pertukaran ini menyebabkan bakal-bakal calon jadi tidur tidak lena, makan tidak kenyang. Sekali berhajat untuk ke kedai gambar untuk pukul gambar buat poster calon, sekali tangguh dulu. Begitu juga yang terpaksa menanggung biaya sendiri sudah pun ada bayangan untuk mengadai tanah atau harta untuk dijadikan belanja pilihan raya.

Dalam Umno berbeza, mereka yang merasa akan jadi calon sudah membayangkan berapa banyak yang akan mereka perolehi sekiranya menjadi calon. Mereka akan membungkus wang berkenaan. Sebab itu dalam Umno kalau kalah bertanding tidak mengapa kerana wang imbuhan pasti dapat. Dalam Umno pilihan itu  dianggap sebagai perdagangan yang tidak perlu mengeluarkan modal. Perangailah antara punca kenapa berlaku perebutan.

Berbalik kepada mauduk awal tadi hari ini lobi melobi masih berterusan di kalangan mereka berhajat untuk jadi calon. Lobi melobi ini bukan saja setakat bahagian, negeri tetapi yang langkah panjang sedikit sanggup melangkah ke Putrajaya atau pun mengikut ke mana perdana menteri pergi, sampai PM yang mempunyai berbagai masalah itu pun naik pening untuk melayan mereka yang tergila hendak bertanding. Pantang kalau Najib Razak atau Muhyuddin Yassin ajak berbuka puasa mereka akan 'berungga' ke rumah presiden dan timbalan presiden itu sanggup tinggal anak isteri atau penyokong di kawasan. Yang penting kena tunjukkan muka kepada pemimpin dulu.

Bercakap hal ini bagi Umno ada beberapa kawasan di Kelantan nampak gawat berhubung pemilihan calon ini. Bagaimana Mustapa tidak pening... kalau sampai enam orang nama dicadangkan untuk satu-satu kerusi. Bayangkan yang akan dipilih hanya seorang. Masing-masing mengaku dan merasa layak dan boleh bawa kemenangan kepada parti. Yang 'merohakkan' Mustapa beliau tidak boleh membuat keputusan. Walaupun ada kuasa prerogetif sebagai ketua perhubungan tetapi jarang keputusan itu dihormati.

Pernah berlaku sebelum ini nama yang diputuskan oleh Pengerusi Perhubungan kemudian dipotong atau dibatalkan disaat-saat akhir. Implikasinya menyebabkan berlakulah "berkucar wak yah" di dalam parti itu akhirnya membawa kekalahan. Umno di Kelantan bukan lemah dan lawannya Pas bukan kuat. Tetapi kelemahan yang ada kepada Umno ialah ahli tidak dapat menerima dan akur kepada keputusan pucuk pimpinan dan sikap cah keting sesama sendiri terus menjadi kongkalikong politik. Masalah atau budaya inilah menyebabkan Umno kalah.

Sekiranya Umno akur, tenang dan menerima keputusan parti dengan redha, barang kali sukar juga untuk Pas merangkul banyak kerusi dan menang secara berterusan sebanyak empat penggal. Kalau budaya cah keting dan kongkalikong politik itu dibuang Umno tidak mustahil berpeluang untuk membentuk kerajaan di Kelantan.

Salah satu kawasan yang dikatakan bermasalah dan memeningkan kepala Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan hari ini ialah Kuala Krai. Nama calon untuk kerusi parlimen ini sudah pun ada, tetapi Mustapa sendiri tidak dapat memuktamadkan siapa sebenarnya berhak. Perang untuk menaikkan calon masing-masing berlangsung hangat di Kuala Krai. Keadaan dikatakan parah apabila ada pelobi sanggup memburukkan pihak pesaingnya dengan menaikkan sepanduk dan banner memberi gambaran buruk kepada calon tertentu.

Ada tiga nama yang disebut-sebut atau merasakan mereka layak untuk mewakili Kuala Krai, mereka; ketua bahagian Kuala Krai Ramzi Abdul Rahman, bekas calon di pilihan raya kecil Manik Urai, Tuan Aziz Tuan dan seorang ahli akademik Dr Junaidy Abu Bakar. Tuan Aziz merupakan ketua pemuda manakala Junaidy tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno Kuala Krai. Khabarnya kehadirannya di Kuala Krai adalah atas kehendak atasan.

Ramzi (kanan) dan Junaidy kedua berpotensi untuk jadi calon Parlimen Kuala Krai.
Kalau mengikut hierarki Ramzi dan Tuan Aziz memang layak kerana mereka adalah pemimpin peringkat bahagian. Tetapi sekiranya formula winnable candidate seperti mana disarankan Najib ternyata Dr Junaidy mengatasi kedua calon berkenaan berdasarkan kepada latar belakang pendidikan serta pengalaman dalam pentadbiran. Dan apabila beliau dihantar dari Kuala Lumpur sepatutnya Ramzi dan Tuan Aziz akur dengan order berkenaan.

Lagipun tidak ada kemunasabahan untuk Ramzi beralih ke parlimen sebab kalau bertanding di Dun Dabong pun beliau kalah. Macam mana beliau boleh menguasai parlimen yang kawasannya lebih luas dari Dabong. Secara logiknya peluang untuk beliau menang di parlimen lebih sukar. Tetapi inilah yang selalu berlaku terhadap orang politik tetap merasakan kuat walaupun sudah bertongkat.

Begitu juga dengan Tuan Aziz. Kalau dalam pilihan raya kecil pun boleh kalah di mana pilihan raya kecil selalunya berpihak kepada BN, apa pula dengan pilihan raya umum. Kerusi parlimen Kuala Krai tentulah lebih sulit dari kerusi Manik Urai. Jika diukur baju kepada badan sendiri, baik Ramzi dan Tuan Aziz elok bertanding (return) di kerusi masing-masing, Ramzi di Dabong, Tuan Aziz di Manik Urai.

Manakala ada 'kuliha' kalau Dr Junaidy berhajat untuk mencuba kerusi parlimen Kuala Krai. Kedudukan sebagai anak jati Kuala Krai sudah tentu sedikit sebanyak dapat mengaut simpati dari undi anak beranaknya. Junaidy dikatakan mempunyai keluarga besar dan hubungan dengan pelbagai komuniti di Kuala Krai juga baik termasuk dengan orang Pas. Khabarnya orang yang menjadi pembawa jalan untuk beliau memasuki kawasan hari ini adalah orang Pas yang ada hubungan darah daging dengannya.

Selain itu beliau juga ada rangkaian politiknya sendiri kerana abangnya pernah menjadi ketua pemuda Kuala Krai selama dua penggal. Sudah pasti rangkaian dan pengaruh abangnya boleh dipergunakan.

Modal paling besar yang ada kepadanya ialah latar belakang pendidikannya serta pengalaman berkhidmat dalam kerajaan. Kini dia merupakan Timbalan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI) Tanjung Malim. Sebelum ini seorang diplomatik. Beliau menjadi Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Malaysia di Indonesia. Pernah juga berkhidmat di beberapa buah syarikat GLC termasuk Proton.

Kalau diukur dari segi pengalaman, pendidikan serta track rekod dalam perkhidmatan Junaidy jauh ke depan berbanding dengan  Ramzi dan Tuan Aziz. Memang kena kalau Umno membawa pulang Junaidy ke Kuala Krai atas kapasiti sebagai calon berkelayakan.

Persoalan kini sejauh manakah winnable candidate boleh diterima dalam Umno Kuala Krai? Tampaknya ia bukan senang. Hari ini pun bila Junaidy dikatakan sudah mulai bergerak dengan mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dalam bidang pendidikan dan mendapat sambutan beliau sudah mulai diserang hendap dari belakang oleh pihak-pihak tertentu.

Ciri-ciri yang terserlah di Kuala Krai ini penentangan terhadap agenda pucuk pimpinan sebeginilah menyukarkan Umno untuk menang. Seperti diakui kekalahan Umno bukan kerana Pas kuat, tetapi kekalahan Umno kerana kelemahan yang ada kepada parti itu. Tidak dapat menerima orang lebih baik dari kita sebagai calon dan berusaha untuk melemahkan juga termasuk dalam ciri-ciri kelemahan itu yang boleh disifatkan Umno selalu menggali lubang untuk mengambus diri sendiri. [wm.kl.8:41 am 31/07/12]

Monday, July 30, 2012

Tindakan Wilfred, Lajim Ubah Landskap Politik: Azmin

 KENYATAAN MEDIA

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyifatkan pengumuman dibuat Wilfred Bumnbiring di Tauran semalam bakal mengubah landskap politik negara ini. Perkembangan itu juga disifatkan sebagai kejayaan agenda reformasi yang diseramai 10 tahun lalu.

Mohamed Azmin Ali
Dalam satu kenyataan dikirimkan, Azmin sambil mengalu-alukan langkah Wilfred dan Lajim Ukin menyifatkan tindakan itu menunjukkan keberanian dua tokoh itu dan akan menjadi penjana kekuatan rakyat Sabah khansya. Berikut kenyataan penuh beliau:

KEADILAN melihat perkembangan politik Negeri Sabah sebagai kejayaan agenda reformasi yang disemai lebih 10 tahun yang lalu dan kini menyaksikan hasilnya dengan kebangkitan rakyat Sabah yang berani meruntuhkan tembok ketakutan dan kezaliman; lalu menuntut reformasi yang tulen.

Dua pengumuman penting di Tuaran dan di Beaufort pastinya mengubah landskap politik Sabah dan menzahirkan iltizam politik rakyat Sabah untuk mencetus serta melaksanakan agenda perubahan.

KEADILAN mengalu - alukan pengumuman Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang meletakkan semua jawatan dari parti masing-masing; UMNO dan UPKO serta kesediaan mereka untuk bersama Pakatan Rakyat dalam usaha melakukan perubahan dalam sistem kenegaraan.

Kita juga menyambut baik iltizam mereka untuk menjana kekuatan rakyat bagi melakukan perubahan di Negeri Sabah. Makanya kerana komitmen yang jelas di kalangan pimpinan Negeri Sabah yang berani mengambil risiko; KEADILAN tidak teragak-agak untuk bersama-sama mereka demi rakyat Sabah.

Kerjasama yang disepakati bersama Pakatan Rakyat merupakan titik permulaan kepada perubahan politik Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Slogan 'Ini kali-lah' menandakan angin perubahan telah sampai ke bumi Sabah. Sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah sendiri menentukan masa depan Negeri Sabah serta menikmati hasil kekayaan Negeri yang selama ini diagihkan secara tidak adil oleh pentadbiran UMNO - Barisan Nasional (BN). Rakyat Sabah juga perlu menolak UMNO - BN yang mengkhianati semangat pembentukan Malaysia.

Dua pengumuman penting yang bersejarah itu menjadi bukti betapa rakyat Sabah sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak dan BN. Tambah pula, pentadbiran Dato' Seri Najib hanya sekadar menabur janji dan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, ianya ditandai kegagalan untuk menepati janji.

Tekad rakyat Sabah untuk bersama Pakatan Rakyat pada hari ini adalah berpaksikan kepada keyakinan mereka terhadap agenda Pakatan Rakyat untuk melaksanakan perubahan. Mereka yakin dengan dasar - dasar Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga dan perlaksanaannya akan menepati dan memenuhi hasrat dan cita - cita murni rakyat Malaysia yang mahukan urus tadbir yang baik serta pengagihan ekonomi yang adil kepada semua rakyat.

KEADILAN turut mengalu - alukan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) serta kesediaannya bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat untuk menjana arus perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Ini menandakan keyakinan rakyat Sabah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju utama dalam Pakatan Rakyat yang insha Allah akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7. Semoga kebangkitan rakyat Sabah pada hari ini akan menghasilkan kejayaan dengan tertubuhnya Kerajaan Rakyat Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Salam reformasi
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden

[wm.kl.3:55 pm 30/07/12]

Mencari Batu Tergantung Dalam As Sahkarah

CATATAN MUSIR UMRAH (4)

Banyak bungkah-bungkah bangunan dan monumen-monumen di Baitulmaqdis yang boleh dijadikan mercu tanda atau sebagai wajah pengenalan kota berkenaan. Semua bangunan purba yang terdapat di situ layak untuk dijadikan mercu tanda. Ini termasuklah tembok-tembok ketinggian mencecah lebih 35 meter dengan ketebalan 10 hingga 15 meter yang dibina di zaman beberapa kerajaan yang menguasai tanah suci itu sejak ribuan abad lalu. 

Keindahan dan kehebatan As Sahkarah.
Sesuai dengan kota yang penuh dengan ketamadunan dan sejarah agama, maka apa juga monumen yang terdapat di situ boleh dianggap sebagai mercu tanda Baitulmaqdis atau pun sebagai identiti bandar suci yang sangat dirindui itu. Apa tidaknya semua khazanah sejarah itu unik, artifek dan monumen-monumen yang masih wujud mempesona dan mengkagumkan tiada kedapatan di tempat lain.

Apa pun Qubbat As Sahkarah atau Dome of the Rock atau pun Kubah Batu adalah paling wajar dijadikan mercu tanda berbanding dengan menara-menara kuil, gereja ataupun lain-lain bangunan. Ketinggian dan rupa bentuknya mudah disambar mata, bumbungnya yang bersadur emas terpilih itu boleh dianggap sebagai mentari Baitulmaqdis. Tatakala mentari dalam perjalanan pulang ke lubuk tidurnya ia akan memanah bumbung kubah itu menyebabkan pantulan cahaya kekuningan akan menyirai dan jatuh ke segenap laman di Al Haram Al Syarrif. Pemandangan ini sungguh indah dan syahud serta mengharukan rasa hiba. Mungkin inikah syurga?

Secara umum As Sakharah telah melalui tiga zaman atau tiga periode pemerintahan; iaitu zaman Islam, perang Salib, penguasaan sementara British dan zaman kependudukan Israel kini. Cis Isreal.
Kewujudannya mengambil tempat sebagai seni bina Islam termahal dan terawal di dunia. Sejarah pembinaan modennya bermula pada tahun 687 Mesihi sehingga tahun 691 Mesihi oleh Khalifah Abdul Malik Marwan, khalifah kerajaan Ummayiah. Ia dibina selepas setengah abad kewafatan Rasulullah s.a.w. Saya tidak dapat hendak berilusi apa kata dan komen Rasulullah kalau baginda melihat akan kecantikan dan keagungannya?
 
Qubbat As Sahkarah terletak di dalam satu kawasan, Al Haram As Syarrif yang dianggarkan seluas 1,500 hektar. Di dalam ini juga tedapatnya masjid Al Aqsa yang berkedudukan kira-kira 80 meter dari laman kubah Sahkarah. Masjid Al Aqsa adalah masjid suci ketiga dan terpenting dalam Islam. Tiga entiti atau komponen ini; Al Haram Al Syarrif,  masjid Al Aqsa dan As Sahkarah sukar dipisahkan. Ia adalah 'triniti' yang membentuk kompleks agung itu.

Yang jelas, As Sahkarah adalah satu entiti yang memiliki sejarah dan kelebihan tersendiri yang tidak ada kepada masjid Al Aqsa. Bahkan sejarah keagamaan inilah menjadikan kawasan Al Haram As Syariff  itu sebagai tempat suci yang mana diiktiraf oleh Quran tempat suci ketiga bagi Islam. Jika tidak wujud Qubbat As Sahkarah di situ, Al Haram Al Syariff tidak mempunyai apa-apa erti dan keawliatannya.

Di sini saya hendak menceritakan mengenai kelebihan dan keistimewaan Qubbat As Sakharah terlebih dahulu kemudian saya akan memberi gambaran mengenai suasana dan keadaan lapangan Al Haram Al Syariff pada catatan lain. InsyaAllah ia akan dirangkumi dengan catatan atau lakaran rasa terhadap masjid Al Aqsa serta kisah-kisah atau kesan-kesan sejarah lain terdapat di sampingannya yang sungguh mengharukan.

Banyak kekeliruan mengenai kubah yang juga dikenali dengan Kubah Baru ini sebenarnya yang sengaja dipesongkan oleh penentang agama Allah yang benar, Islam. Saya mengira orang Yahudi cuba memesongkan kerana ada tujuan dan strategi tertentu. Satu masa dan sterusnya Yahudi begitu mengidam untuk menguasai tapak masjid al Aqsa kerana mempercayai di situlah terletakkan tapak Kuil Solomon (Nabi Sulaiman) yang menjadi pujaan mereka. Jadi apabila mereka mengalihkan pandangan dengan menamamakan As Sahkarah sebagai masjid al Aqasa menyebabkan pemerhatian dan penjagaan umat Islam akan terfokus kepada kubah batu itu. Dalam masa sama mereka terus berusaha untuk menawan dan merampas masjid Al Aqsa.

Saya sendiri dulu menganggap Kubah Batu ini sebagai masjid Al Aqsa. Sekeping gambar yang saya beli di Sarajevo, Bosnia-Hezegovina, (2003) memberi caption ia sebagai masjid Al Aqsa. Sehinggalah seorang tetamu datang ke rumah yang melihat gambar itu memberi penjelasan bahawa yang tertera itu bukan masjid Al Aqsa tetapi As Sahkarah.

Keizinan Allah membenarkan saya mengujungi Baitulmaqdis dua minggu lepas memberi kesempatan kepada saya untuk menjamah dengan fizikal kubah berkenaan dan merasai akan keajaibannya dengan jiwa sendiri. Kesempatan itu juga memberi peluang untuk saya mengenali kedudukannya serta mengetahui beberapa rahsia yang sulit yang ada di sekelilingnya. Pengenalan saya kepada Sahkarah kini bukan secara zahiriah tetapi menerusi naluri spritual juga. 

Paling bertuah saya masuk sendiri ke dalam kubah berkenaan yang berbebntuk bulat pesegi yang saya anggar keluasan atau saiznya 250 atau 350 meter. Ada beberapa kesan sejarah yang terlindung di bawahnya. Yang paling bernilai ialah tempat di mana Rasulullah mendirikan solat sebelum baginda 'mikraj' ke langit. Tempat ini terletak di dalam sebuah gua kecil yang posisinya menurun ke bawah. Untuk turun ke gua ini perlu melalui beberapa anak tangga. Dipercayai dan dianggap di situlah tempat Rasulullah bersolat sebelum mikraj – naik ke langit.

Hampir setiap hari gua kecil berkeluasan 20 kali 30 meter ini dipenuhi dengan pelawat yang mengambil kesempatan meninjau dan mendirikan solat hajat, berdoa dan bermunajat. Ia dianggap sebagai lokasi mustajab untuk berdoa. Rasanya elok sesiapa yang hendak menjadi calon dalam pilihan raya atau pun bagi mendapat jodoh mengunjungi Baitulmaqdis dan berdoa di sana!
Kehadiran saya itu menjawab persoalan dan teka teki selama ini yang mengatakan di bawah As Sahkarah terdapat batu yang berkedudukan tergantung. Kononnya batu itu mulanya berada dalam jarak tinggi dengan bumi tetapi menjadi semakin rendah dan hampir mencecah bumi kerana terlalu berat menanggung dosa umat manusia.Lebih 'obiuse' lagi di zaman kanak-kanak ada saya mendengar cerita apabila batu itu mencecah bumi maka kiamat pun akan berlaku. Oh... batu itu semacam suis kiamat pula!

Versi keagamaan pula dan banyak diceritakan di dalam hadith, kononnya batu itu juga mahu mengikut Nabi 'mikraj' ke langit tetapi ditahan oleh Jibrail kerana bimbang tidak mampu menghadapi cabaran dalam perjalanan menemui Tuhan. Saya tidak pasti batu mana yang disebutkan itu. Kerana tidak mungkin batu yang membentuk gua berkenaan yang dimaksudkan itu. Kalau batu (gua) itu ia merupakan komponen yang besar dan bukan bersiri individul.

Bahagian dalam kubah itu yang dianggap sebagai inti Sahkarah kini sedang dalam proses pembinaan. Kedapatan besi-besi serta peralatan pembinaan di dalamnya, bercerangahan. Kawasan sekeliling juga ditutup. Mungkin dari belah dalam kita akan dapat melihat batu yang dikatakan. Memang dari sebuah tingkat cermin dapat dilihat akan suasana di dalamnya atau lebih tepat sebagai lantai ia adalah batu. Sekali lagi dipercaya atas batu inilah tempat Nabi kita berdiri kemudian ghaib.

Dari maklumat lain, katanya batu itu memang asalnya tergantung tidak tersentuh bumi. Tetapi akhirnya ia dibina foundation atau tongkat konkrit untuk menahannya dari jatuh. Para pembesar Islam yang mengujungi ke tempat itu dikatakan tidak berani untuk berada di bawahnya kerana bimbang takut menghempap kepalanya. Gambaran ini menunjukkan batu itu tergantung? Sejauh mana benar walah’hualam kerana saya tidak nampak akan batu yang dimaksudkan itu, kecuali masuk ke dalam gua tempat dimana Rasulullah bersolat sebelum mikraj.

Kubah As Sahkarah yang ada kini adalah tambahan kepada kubah asal yang diperbuat dari kayu yang mana arahan pembinaannya dibuat oleh Syadina Ummar Khattab. Pembesaran dan pembinaanya modennya dilakukan pada zaman pemerintahan Ummayiah. Bermula di sinilah ia dibina dengan penuh aritistik sekali menjadikan ia satu-satu kubah yang terindah dan tercantik didunia seperti mana yang ada kini.

Kedudukannya atau posisinya di dalam Al Haram As Syaarif begitu strategik. Ia berada di muka pintu besar daripada 12 pintu yang terbentuk di tembok itu. Semua pintu berbentuk pintu gerbang mempunyai nama masing-masing. Beberapa pintu telah ditutup atau dibina baru kerana mengalami keretakan atau runtuh.

Nama-nama pintu itu ialah; Iron Gate, Counsul Gate, Cotton Merchant’s Gate, Abolution Gate, Chain Gate, Gate of Remission (pintu utama), Gate of the Prives, Gate of Mercy, Gate of Delness, Margibi Gate, (gate ini laluan masuk untuk bukan orang Muslim). Setiap di muka pintu ini tercegak binatang Israel dengan senjata yang mengawal dan memeriksa setiap orang yang hendak bersujud di rumah Allah itu.

Sebaik melangkah masuki menjaguk ke kawasan itu bumbungnya yang kuning keemasan menyilau ke dalam mata dan hati menyebabkan jantung kita akan berdegup kencang dan tertegun beberapa saat. Kehebatan dan keagungan daya cipta manusia menjadikan kita insaf dan tertunduk kepada ke besaran Allah.

Saat masuk keadaanya di dalamnya agak tidak terurusan. Mungkin disebabkan kebetulan proses pembaikpulihan bahagian tengah sedang dilakukan. Debu bertaburan di mana-mana sahaja. Karpet juga sudah ada yang lusus dan agak lama tidak bertukar ganti. Hanya kaum wanita dibenarkan mendirikan solat di bawah kubah ini. Pada hari Jumaat kaum wanita akan memenuhi kubah ini dan melimpah ke sekeliling sehingga hampir rapat dengan laman masjid Al Aqsa yang dikhas untuk kaum lelaki.

Para jemaah akan berhimpun atau bertompok di tepi-tepi mihrab-mihrab kecil yang dibina di sekeliling kawan As Sahkarah. Mihrab itu dulu merupakan tempat para imam muktabar membawa kitab dan mengajar. Imam Ghazali dikatakan pernah mengajar di salah satu mihrab berkenaan. Terdapat sekurang-kurang enam mihrab kecil, al-Silsilah, an-Nabwaj, al-Mikraj, al-Khalili, an-Nahawiah dan sebuah mimer bernama Burhan ad-Din.
 

Menurut seorang pengurus Al Haram Al Syariff mereka mempunyai wang terhad untuk menjaga dan menguruskan As Sahkarah. Biaya yang diperolehinya dari derma tidak mencukupi untuk menanggung kos pengurusan yang agak besar juga. Apa yang mereka dapat lakukan mengikut kemampuan yang ada. Keperluan kini sangat terdesak untuk membaik pulih atau merawat As Sahkarah. Kurang pasti pula sebanyak mana dana diberikan oleh UNESCO untuk penyelangaraan dan memelihara As Shakarah? Khabarnya As Shakarah antara bangunan sejarah dan antik yang dipedulikan UNESCO.

Penguasa binatang Yahudi menurutnya tidak membantu dan tidak akan membantu. Apa yang mereka tahu mengawal setiap pintu masuk ke Al Haram Al Syarrif 24 jam. “Yang boleh membantu ialah kaum Muslim... dan bantuan itu katanya adalah kewajiban kerana walaupun Sahkarah terletak di Baitulmaqdis tetapi dari segi spritual dan historikalnya ialah adalah milik semua umat Islam tidak kira di mana mereka berada,” ujarnya. Iya sekiranya Sahkrah runtuh atau Al Aqsa jatuh ke tangan Israel seluruh umat Islam di dunia ini perlu bertanggungjawab dan merasa malu.

Seperti saya nukilkan dalam “puipen” saya mengenai Sahkarah... “kau adalah pujaanku yang hilang kesekian lama, aku memburu dan mencari.. pertemuan ini tidak lebih dari menggantungkan rasa riduku kepadamu. Kapan lagi aku kemari? Aku sendiri sendiri pandir mengenainya... tetapi wajah mu terus termimpi-mimnpi dalam mindaki.” 

Bersambung...
[wm.kl.1;50 t/hari 30/07/12]


Bahagian dalam As Sahkarah dilihat dari tingkat bercermin.
Anak tangga untuk turun ke bawah gua.
Pemandangan dalam gua tempat Rasulullah solat sebelum mikraj.
Pemandangan bahagian dalam As Sahkarah.
Syiling As Sahkarah indan dan memegunkan.
Lagi pemandangan bahagian atas As Sahkarah.
Mihrab-mihrab kecil di laman As Sahkarah.
Lapangan dari Sahkarah ke masjid Al Aqsa.
Bergambar kenangan dengan dua sahabat, Rushdan dan Fauzi.



Benarkah Mustapa Ali Tanding Di Tititwangsa?

SESUDAH SAHUR

Ada dengar-dengar Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali akan imigrant dalam pilihan raya akan datang dari Terengganu ke Wilayah Persekutuan. Beliau disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa kerusi yang ditinggakan oleh Allayarham Dr. Lo' Lo' Ghazali.

Kalau berita ini benar ia menarik juga kerana inilah pertama kali tokoh veteran Pas itu akan bertanding di luar Terengganu. Sebelum ini beliau tidak pernah meninggalkan negeri penyu menangis itu. Mustapa beberapa kali kalah dan menang di Terengganu. Mungkin Pas ada strategi sendiri kalau benar mahu meletakkan Mustapa di luar Terengganu.
Mustapa Ali

Apakah ini menunjukkan Mustapa sudah tidak laku lagi di Terengganu? Atau beliau sudah menjadi liabiliti kepada Pas. Satu segi tindakan mengalih atau membawa bekas Exco Kanan Ternegganu semasa kerajaan Pas itu ke luar satu tindakan bijak. Kalau di Terengganu Mustapa sudah menjadi liabiliti elok di bawa keluar.

Sebelum ini Mustapa dikatakan mengidam kerusi Kuala Terengganu yang kini disandang oleh Abdul Wahid Endut. Dalam perkiraan beliau kerusi itu lebih senang berbanding dengan Dungun dan lain-lain kerusi kerana kedudukan atau taburan pengundi di Ternegganu yang bercampur dengan orang Cina. Lagipun pengundi di Kuala Terengganu pengundi bandar yang diistilahkan sebagai cerdik atau terbuka.

Mungkin ada kajian dan pendapat baru mengenai cadangan itu menyebabkan timbul cerita Mustapa akan berpindah ke Titiwangsa. Apakah cadangan baru ini tidak menjadi masalah? Apakah menempatkan Mustapa di Titiwangsa itu sudah tepat dan Pas dapat menjamin kerusi itu kekal kepada Pas? Dan apakah relevan atau hubungkait beliau dengan Titiwangsa?

Bagi saya seseorang yang ingin duduk di Titiwangsa harus mempunyai perwatakan dan nilai diri tersendiri. Dia juga harus masak dengan politik dan kerenah masyarakat Kampung Baru yang menjadi kumpulan pngundi terbesar. Pertamanya orang itu biarlah menyamai ketokohan dan watak Dr Lo' Lo' yang rajin, mesra dan bekerja tidak kira waktu. Kalau seseorang itu tidak dapat mewarisi sifat dan pembawaan Dr Lo' Lo' rasanya sukar untuk mengekalkan kerusi Titiwangsa.

Pilihan raya kali ini mungkin berubah senarionya di parlimen itu. Sukar untuk ditentukan perubahan itu nanti positif atau sebaliknya. Peluang yang diperolehi Pas menerusi Dr Lo' Lo' memberi ruang kepada pengundi di situ mengenali secara mendalam ciri-ciri dan juga bentuk kepimpinan Pas. Jadi dalam kata lain pengundi sudah dapat maklumat dan sedikit sebanyak pengalaman dengan  Pas. Justeru calon yang perlu Pas letak di situ setidak-tidak pengundi mengenali mereka adalah perwaris Dr Lo' Lo'. Mereka yang dianggap mampu menerus atau menghidupkan roh perjuangan Dr Lo' Lo' rasanya lebih wajar ditempatkan di situ.

Dan Mustapa serta Pas juga perlu membuat kajian mendalam akan kesan dan akibatnya nanti. Jangan kerana kedudukan Mustapa sebagai setiausaha agung maka beliau boleh dibawa ke mana sahaja. Sebaiknya dengan melihat usia, penglibatan dan prestasi Mustapa ke belakangan ini tidak perlu beliau bersusah payah bertanding di mana-mana kerusi lagi. Paling elok ialah menumpukan kepada usaha Pas untuk mendapat sebanyak mungkin kerusi dalam pilihan raya akan datang. Dalam keadaan sekarang beliau lebih layak menjadi penasihat parti di bilik daripada terus menjadi aktis partinyang inginkan kerusi.

Kerusi yang diperuntukan untuk beliau elok diserahkan kepada calon muda yang ada bakat dan potensi untuk menjadi pemimpin. Kalau Mustapa masih 'tergehan' untuk berbakti kepada parti beliau boleh lakukan dengan apa-apa cara jua kandatipun tidak memegang jawatan setiausaha. Yang penting ikhlas, jujur dan telus.

Kalau tertakdir Pas dan Pakatan Rakyat menang beliau boleh dilantik memegang apa-apa jawatan eksekutif di dalam kerajaan. Rasanya itu lebih baik daripada bertanding tetapi kalah. [wm.kl.5:54 am 30/07/12]

Sunday, July 29, 2012

Tanda-Tanda Kiamat Untuk UBN Sabah Makin Jelas

ULASAN SELINTAS

Pemimpin Umno tidak lagi boleh 'berdendang perantau' mempersendakan Pakatan Rakyat amnya dan Anwar Ibrahim khususnya yang dianggap sebagai bermimpi di siang hari untuk mengambil alih pemerintahan negara. Beberapa perkembangan terbaru menunjukkan sokongan rakyat kepada PR semakin hangat dan menyakinkan. Saham Pakatan Rakyat tampaknya lebih berpotensi dari saham FGVH.

Kalau beberapa minggu lalu Pas menjadi perhatian dan kebimbangan Umno dengan penyertaan beberapa orang pegawai tinggi kerajaan, pegawai tinggi polis dan artis, kini perkembangan dan kebangkiktan politik di Sabah pula mengambil temnpat untuk menganggu emosi UBN. 
 
Welfred Bumburing
Penyertaan bekas pegawai tinggi kerajaan ke dalam Pas memberi nilai tambah kepada parti berkenaan dan secara tidak langsung menyuntik semangat dan keyakinan umum kepada PR. Penyertaan di atas kesedaran sendiri itu kerana bosan dengan corak dan stail pemerintah BN menunjukkan makin ramai orang cerdik hilang keyakinan kepada kerajaan UBN.

Perhijrahan atau bangkangan secara fizikal para pegawai kerajaan itu juga menunjukkan transformasi politik dan pentadbiran ditawarkan Ha Najib Razak tidak memberi apa-apa bekas. Ia tidak 'bersera' ke hati. Mereka menyedari bahawa segala perubahan dan janji-janji itu adalah retorik semata-mata. Ketidakpedulian kepada anjakan Najib itu menggambarkan perdana menteri itu tidak ada wibawa dan kredibilitinya lemah.


Kini di Sabah pula berlaku tindakan yang dianggap sebagai drastik dan dramatik. Dua orang pemimpin utama negeri itu yang lebih merupakan pembela rakyat, Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing telah melakukan “hara kiri” dalam politik apabila mereka mengumumkan meletak jawatan dalam parti dan keluar dari BN. 

Paling merujakan tindakan mereka ini bukan bersendirian tetapi disambut ribuan rakyat. Rakyat Sabah bangkit bersama mereka. Sebelum ini bekas timbalan menteri kabinet BN, Kalakau Untul juga telah keluar meninggalkan parti dan menyertai PKR.

Tindakan mereka itu benar-benar menjadikan Najib bukan saja terkejut tetapi terlupa waktu berbuka puasa dan sahur. Rambutnya juga yang sudah tipis menjadi bertambah menipis menyebabkan daerah kebotakannya semakin meluas. 


Najib tidak terfikir bahawa akhirnya kedua tokoh rakyat yang berpengaruh itu mengambil keputusan. Mungkin selama ini Najib dan pemimpin UBN lain menganggap mereka hanya mengugut dan bermain dengan kata-kata. Shafei Afdal yang sebelum ini menganggap keluar parti adalah perkara biasa juga mungkin, sudah menjadi loyak dan mumai dengan apa yang berlaku. Pengistyharan rasmi penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang dikepalai mereka boleh memabukkan Shafei.
 
Usaha Najib disaat akhir untuk menyelamatkan BN Sabah dari gara-gara goyangan mereka karam tidak berjaya. Sebelum ini katanya Najib terpaksa membatal beberapa majlis di Kuala Lumpur dan terbang malam ke Sabah bagai menyelesaikan kemelut dan ugutan, namun tidak berjaya. Najib pulang ke Kuala Lumpur dengan tangan kosong.

Apa yang berlaku itu bukan salah siapa melainkan salah Najib juga sebagai perdana menteri. Sudah lama mereka berkokok menimbulkan rasa kurang senang baik secara lisan maupun menerusi parlimen tetapi tidak dipedulikan. Najib membiarkan mereka dan menganggap suara mereka hanya suara peribadi dan bukan suara rakyat. 

Najib juga mungkin berfikir mereka berdua dan sekalian rakyat boleh dibeli dengan wang ringgit. Cara Najib berpolitik dengan mengumpankan wang ternyata sudah tersilap.

Bekas ketua penerangan Umno Malaysia Hussein Ahmad penah menyebut kepada saya cara Najib berpolitik tidak ubah seperti pemelihara harimau yang suka memberi harimau daging di mana akhirnya pemelihara itu akan dibaham harimau apabila suatu hari dia gagal menyediakan daging nuntuk harimau. “Politik Najib amat bahaya,” tegas Hussein.

Najib begitu angkuh dengan kekuasaan dan politik tabur janji dan wang. Sudah ratusan billion yang beliau taburkan kepada rakyat. Najib mengira semua rakyat boleh dibeli dan wang adalah kuasa mutlak. Sebenarnya fatwa dan petua itu silap sama sekali kerana bukan semua orang akan lalai dan ralik dengan wang.

Sejujurnya juganya Najib tidak ada cara lain untuk menawan rakyat melainkan dengan memberi wang seberapa sen kepada rakyat. Najib tidak ada modal dan aset peribadi. Dia menyedari akan kelemahannya serta kemampuannya sebagai pemimpin. Najib tidak mempunyai kekuatan diri sebagai pemimpin baik idea, wawasan dan juga  track rekod sebagai pemimpin. Sebagai orang yang tidak pernah diuji dan melalui liku perjuangan panjang Najib kering dengan pengalaman dan sejarah.

Apabila sudah sampai satu tahap di mana ketidakadilan berleluasa, kekejaman berlaku dalam apa juga sudut, penipuan di mana-mana rakyat tidak akan pedulikan lagi kepada wang dan kebendaan. Naluri manusia tidak kira siapa mahukan kepada keadilan dan kebenaran, benci kepada kemungkaran berterusan. Manusia yang sihat boleh ditipu sebanyak dua kali bukan untuk ketiga dan seterusnya melainkan yang otaknya bertompok dengan doktri Umno ala-ala Ahmad Maslan.

Lajim Ukin
Apa lagi bagi orang seperti Wilfred dan Lajim atau Kalakau itu, bagi mereka wang tidak memberi apa-apa makna lagi. Mereka sudah mempunyai wang. Sebagai orang yang ada ehsan dan sisa perjuangan rakyat mereka akan melihat kepada nasib rakyat. Apa yang dilakukan saya melihat kerana mereka ingin membela nasib rakyat negeri mereka yang tidak dipedulikan oleh Kuala Lumpur. Mereka juga sudah mulai sedar dari diperbodohkan oleh pemimpin UBN Semenanjung.

Manusia boleh bersabar, setahun, 10 tahun 20 tahun tetapi tidak selama-lamanya. Dalam kes ini rasa sabar mereka itu sudah pun mencair maka tindakan itu diambil.

Sesungguhnya apa yang berlaku di Sabah membahayakan UBN. Jika dilihat kepada sejarah masa lalu, tidak syak lagi dalam pilihan raya kali ini dunia akan menyaksikan sekali lagi kerajaan Sabah akan bertukar tangan. Kali ini Pakatan Rakyat nampak seperti mendapat keuntungan itu.

Tawarikh telah dicatat di Sabah apabila berlaku perpecahan di dalam parti atau ada pemimpin meninggalkan parti, maka kerajaan yang wujud sebelum itu akan tumbang dan kerajaan baru akan naik. 

Dalam tahun 1967 kerajaan Sabah ketika itu tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmongun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) keluar parti dan bergabung dengan Usno pimpinan Tun Datu Mustapa Harun.

Manakala pada tahun 1976 kerajaan BN Sabah pula tumbang apabila Salleh Sulung dan Haris Salleh meninggalkan parti dan menubuhkan parti Berjaya. Berjaya berjaya memerintah Sabah.

Nasib dialami Usno ikut sama dirasai Berjaya selepas itu apabila Pairin Ketigan dan Mark Koding keluar meninggakan parti dan menubuh parti baru PBS berfeudamental Kristian tahun 1985 berjaya menmgambil alih kerajaan. Bagaimana pun kerajaan BN yang dirampas PBS itu terselamat apabila BN bertindak ‘merampas’ kuasa seperti mana berlaku ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Berdasarkan sejarah dan pengalaman serta hukum karma itu sudah pasti apabila ada tiga pahlawan rakyat Sabah bergabung untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat, kejadian sama akan berulang di mana kerajaan UBN Sabah akan tumbang dan tergolek jatuh dari gunung Kota Kinabalu dalam pilihan raya ke-13 ini. 

Sesiapa pun jika membelakangkan rakyat akhirnya akan dibalas rakyat. Kuasa rakyat adalah kuasa mutlak yang boleh mengugagat mana-mana kerajaan kandatipun sekuat Mahathir maupun Firaun. [wm.kl.5:40 pm 29/07/12]

Sumbangan Untuk Pembinaan Leburaya KK-KB

PEMAKLUMAN

Saya baru mendapat sms daripada Perakan Malaysia - persatuan anak-anak Kelantan di perantau memaklumkan mereka mengadakan majlis berbuka puasa dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 4 Ogos ini di Shah Alam Selangor. Sempena majlis itu juga orang ramai berpeluang menghulurkan sumbangan (sedekah) untuk pembinaan lebu raya rakyat (LRRK) KB - KK sepanjang 73 kilometer.

Saya memaklumkan di sini, sumbangan yang diberikan oleh para penjengok blog saya dan rakan Fb akan disampaikan pada malam tersebut, IsnyaAllah. Sehubungan itu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan sumbangan.

Tabung ini akan ditutup selepas sumbangan diserahkan.
Alhamdulilah wang terkumpul setakat ini membanggakan, cukuplah untuk orang kerdil macam kita. Yang penting bukan nilai tetapi penytertaan dan keinsafan kita. Saya terutamanya merasa bangga dan bersyukur kerana keprihatinan para penjengok dan rakan Fb saya. Tidak terfikir anda semua menjadi semurah dan kepedulian itu mencerminkan semangat kita semua untuk melihat sebuah lebuh raya terbina di negeri Kelantan Darulnaim.

Yakin dan percayalah setiap sen yang dihbulurkan itu merupakan sahutan kepada cabaran dan tindakan kerajaan UBN yang cuba mengasing dan menafikan hak rakyat Kelantan yang dijamin oleh perlembagaan,

Seharusnya sumbangan dan keberanian pengorbanan ini dimalui oleh mereka yang menentang pemnbinaan lebuh raya ini terutamanya jebon-jebon yang telah menghantarkan cangkuk sopek, siku rongga, gergaji tumpul ke perkarangan pejabat MB tidak lama dulu. Insaf dan bertaubatlah demi keharmonian kita semua. Mereka janganlah begitu agah mengilas kain pelikat kesombongan sehingga terkilas sama 'batu-batu' hikmat yang dianugerahkan Allah.

Anda, mereka yang anti pembinaan itu termasuk Awang Adek Hussein dan pemimpin Umno lain, malu dan ambillah iktibar atas keberanian para penjengok blog saya dan rakan Fb saya serta mereka lain yang insaf dan berani mensedekahkan untuk kepentingan umum. Sepatutnya bukan rakyat yang berani menanggung tanggungjawab itu tetapi anda pemimpin bertaraf menteri.

Saya umumkan juga disini, selepas saya menyerahkan sumbangan itu kepada Tok Guru Nik Aziz, tabung punggutan yang dianjurkan blog dan Fb saya akan ditutup dengan rasminya. Sedekah dan sumbangan seterusnya boleh anda lanjutkan menerusi saluran ataupun kaedah-kaedah lain. Sementara tabung kelolaan blog dan Fb saya ini ditutup anda yang ingin dan belum menyumbang tetapi berhasrat boileh menyumbang.

Terima kasih, jazakalah khairan kasira, saya terharu atas keperihanan anda semua dan titisan air mata ini menjadi balasan atas kebaikan itu dan doa syahadu saya kepada Allah, Tuhan kita Allah agar memberi rahmat kepada anda penyumbang selamanya. Saya sayang dan percaya anda semua! Alhamdulilah blog Merah Tinta dan Fb saya turut menyahut aspirasi rakyat Kelantan menerusi sumbangan/sedekah anda semua ini. Wassalam. [wm.kl.1:56 pm 29/07/12]

Saturday, July 28, 2012

Lagu Mana Tengku Razaleigh Hamzah?

IFTAR POLITIK

Orang-orang ini yang melakukan pengkhinatan kepada parti dan pecah amanat terhadap rakyat dan pengundinya apabila mereka meninggalkan parti dan mengoyakkan lambang yang membawa kemenangan mereka dalam pilihan raya umum ke-12 lalu mungkin tidak perlu ditanya lagi mengenai nasib mereka pada pilihan raya akan datang.

Hujung jatuh mereka sudah dapat diramalkan awal-awal lagi, selepas ini mereka akan jadi seperti kerangka layang-layang atau wau yang putus tali dan tersangkut didahan tinggi. Mereka tidak akan dipeduli sesiapa lagi.
Tengku Razaleigh meletakkan dirinya dalam berteka-teki.

Mereka akan kering begitu saja dan tinggallah kerangka di atas dahan kering itu yang tidak sudi pun disentuh dan disapa sesiapa, hatta burung hantu. Ada sekurang-kurang tujuh atau lapan orang yang kini hayat politiknya macam wau terdangkut di dahan tinggi.

Antara mereka ialah Inchek Ibrahim Ali, (Pasir Mas) yang bertanding atas lambang Pas. Sebelum ini beliau berjanji akan bersetia dan menyokong Mursyidul Am Pas, kemudian berpaling tadah sambil memancar kencing kepada tokoh spritual Pas itu. Setiap hari dan masa beliau disumpah dan dihina oleh penyokong dan ahli Pas.

Yang lainnya ialah wakil rakyat 9/10 yang bertanding atas tikit PKR di Kulim - Bandar Baru. Hanya semata-mata kerana untuk menjaga elaun dan mendapat sedikit upah wakil rakyat 9/10 ini sanggup mengkhinati dan pecah amanat kepada partinya. Untuk menunjukkan dia benar hampir setiap kali bercakap dalam dewan bergubal dan bersalut pembohongan demi pembohongan.

Yang lain lagi, Abu Zaharin, Cina bernama Teng Beng, Wee Chee Keong dan lain-lain. Sudah pasti selepas ini mereka tidak akan bertanding lagi dan kalau pun bertanding peluang untuk menang setipis kulit bawang merah. Kalau bawang besar kulitnya tebal sikit.

Atas perbuatan mereka itu bukan saja rakyat dan pengundi yang memberi undi kepada mereka, membenci dan 'murih merana' tetapi saya rasa kerusi di parlimen yang mereka duduki juga ikut sama menyampah dan menyumpah mereka. Bangunan parlimen juga benci meluat melihat muka mereka dan mendengar suara mereka melakukan pembohongan dan fitnah di dewan yang mulia.

Kalaulah pintu pagar parlimen dapat bercakap dan bergerak pasti, mereka ini akan dikejar hingga ke Chow Kit Road oleh pintu pagar parlimen. Usahkan ahli parlimen lain, cicak dan lalat yang tersesat masuk dalam bangunan parlimen juga melarikan diri apabila ternampak wajah mereka bimbang takut berjangkit penyakit munafik mereka. Buruk...sekali.

Biarlah mereka dalam bungkusan sejarah buruk dan busuk. Dunia politik selamanya akan menyebut dan mengenang mereka sebagai seorang politician munafik dan oportunis. Kalau mereka mati perbuatan mereka itu tetap akan disebut dan dijadikan sepadanan hidup manusia politik. Demikianlah mereka akan dikeji bagaimana orang mengeji para diktator dan penjenayah agama dan makhluk lainnya.

Usah sebut dan kenang mereka lagi. Tetapi bagaimana dengan seorang lagi ahli Parlimen yang kedudukan dan pendiriannya kini tidak menentu. Hitam pun tidak putih pun bukan. Dia dimaksudkan itu Tengku Razaleigh Hamzah ahli Parlimen Gua Musang. Kedudukan Razaleigh menjadi tanda tanya, apakah dia akan bertanding lagi dalam pilihan raya akan datang ataupun bagaimana?

Kalau bertanding apakah dia akan terus menggunakan lambang dacing atau pun lambang lain? Umno seakan memberi laluan kepada Razaleigh. Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed ketika ditanya mengenai hal Razaleigh mengatakan tidak ada masalah kalau Razaleigh berhasrat terus bertanding atas tikit Umno. Umno sendiri mahukan kepada Razaleigh kerana dia mampu mengekalkan kerusi Gua Musang dan memberi mata kepada Umno Kelantan.

Itu perkiraan Umno terhadap Razaleigh. Umno membuat perhitungan begitu kerana parti itu merasa takut dan terus mengenang zaman kehebatan Razaleigh sebelum ini. Walhal kalau pun Umno mempertaruhkan Razaleigh belum tentu lagi anak raja itu dapat mempertahankan kerusi yang dimenangi sebanyak tujuh atau lapan kali itu. Perlu diingati dalam pilih raya 1999 Razaleigh menang dengan majoriti jauh lebih rendah dengan dicapai sebelum ini.

Kenapa Umno begitu takut dan bimbang dengan Razaleigh? Di Gua Musang Umno ada banyak tokoh yang boleh diletak untuk menggantikan Razaleigh. Keadaan Razaleigh di Gua Musang kini tidak ubah seperti Quran buruk di mana masih ada pengaruh dan keramat tersendiri. Sampai bila Umno mahu menjaga Quran buruk berkenaan?

Itu dipihak Umno dalam melihat Razaleigh. Tetapi bagaimana dengan pendirian dan prinsip ahli parlimen itu sendiri. Satu masa beliau dilihat tidak sejalan dengan Umno, tetapi di dalam masa lain masih mengharap kepada Umno. Pada ketika lain beliau mengeluarkan kenyataan negatif mengenai Umno Kelantan dan keupayaan Mustapa Mohamed sebagai ketua.

Sebaliknya dimasa lain dia tetap mahukan Umno menang di Kelantan. Semasa merasmikan mesyuarat PIBG di Paloh beliau dilapor berkata menyeru orang ramai supaya memberi kemenangan kepada Umno. Sikap dan pendirian Razaleigh ini membingunkan sesetengah orang.

Bagaimana pun yang pastinya beliau ada agenda dan 'buah kilas' tersendiri. Beliau tentu sudah ada perhitungan untuk diri dan politiknya. Cuma bagi saya, saya nampak bekas menteri kewangan itu begitu sayang dengan Umno walaupun dia mengetahui Umno tidak sayang kepadanya. Apa yang dinanti oleh Razaleigh ialah keputusan pilihan raya umum nanti. Ada sesuatu yang beliau berharap kepada keputusan pilihan raya itu. Keputusan pilihan raya akan menjawab segala teka teki mengenainya.

Pada hemat saya Razaleigh menanti Umno tidak mendapat keputusan dua pertiga. Keputusan itu nanti akan ditafsirkan sebagai kelemahan Najib Razak sebagai pemimpin. Waktu inilah nanti Razaleigh akan muncul bagaikan dewa dari langit akan menawarkan diri untuk menyelamatkan Umno. Jadi boleh disimpulkan Razaleigh kini sedang menahan luka di pergentingan. Dan beliau layak untuk berbuat demikian memandangkan ketulusan dan keikhlasan perjuangan dalam Umno. Jika ahli dan penyokong Umno sayang dan cintakan Umno, Razaleighlah yang perlu memimpin parti itu.

Masalahnya apakah telahan dan ramalan beliau itu akan menjadi kenyataan. Bagaimana pula kalau selepas ini Umno menang cemerlang atau pun hilang kerajaan sama sekali. Dia garis mana ketika itu untuk Razaleigh berdiri? Kita tunggu sajalah kerana detik penentu itu bakal muncul juga? [wm.kl.11:30 pm 28/07/12]

Sah Lajim Ukin Tinggal Umno

MENYEBERANG LAUT


Selepas beberapa hari Ketua Umno Beufort Lajim Ukin menemui Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu bersama 27 ahli jawatankuasa bahagian itu, hari ini beliau telah mengumumkan melepaskan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beufort dan juga selaku pengerusi BN kawasan sama berkuatkuasa serta merta.

Lajim Ukin keluar Umno.
Pengumuman itu dibuat dalam majlis berbuka puasa petang ini dan juga majlis khas pengistyharan penubuhan apa dinamakan Pakatan Perubahan Sabah (PPS). PPS merupakan satu gabungan politik baru di Sabah yang akan menentang Barisan Nasional. Gabungan ini dianggotai oleh beberapa ahli Umno Sabah yang tidak senang dengan tindak tanduk serta perjuangan Umno hari ini.

Pengumuman Lajim selepas berjumpa Nik Aziz itu boleh dianggap kemungkinan beliau mendapat ilham dan petunjuk selepas pertemuan itu. Tiada sebab lain kenapa beliau sedia mengunjungi Nik Aziz bersama anak-anak buahnya (27 Ajk bahagian) kalau bukan untuk mendapat pandangan dan pendapat Nik Aziz.

Setakat ini tidak jelas apakah PPS itu akan terdiri daripada parti politik atau pakatan di kalangan orang-orang berpengaruh di Sabah. Kalau pakatan itu merupakan pakatan individu bukan parti, besar kemungkinan Lajim bersama anak buahnya akan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku mungkin Lajim memilih Pas.

Sebelum ini sikap dan pendirian Lajim menjadi persoalan dan tanda tanya di Sabah. Ia bermula apabila Lajim melepaskan jawatan sebagai ketua cawanhgan Umno di bahagian Beufort beberapa bulan sebelum ini. Ekoran perletak jawatan itu beliau menjadi bulan umum di Sabah dan turut terhimbau juga ke Semenanjung.

Perkembangan terbaru ini menyebabkan sekali lagi UBN Kuala Lumpur mungkin akan membuat kajian semula berhubung kedudukan UBN serta tarikh pembubran parlimen. Sebelum ini rata-rata orang berpendapat parlimen akan dibubar dalam minggu pertama September dan pilihan raya dijangka akhir September atau awal Oktober.

Dengan pengistyharan rasmi penubuhan PPS itu ada kemungkinan Najib Razak akan mengubah tarikh pembubran parlimen dan tarikh pilihan raya. Sabah sebelum ini dianggap sebagai simpanan tetap bagi BN nanum dengan keluarnya Lajim dari parti itu menyebabkan simpanan tetap itu sudah menjadi simpanan longgar.

Dalam perkembangan lain tokoh-tokoh berpengaruh di Sabah termasuk juga sekurang-kurang tiga orang ketua Umno bahagian akan membuat kejutan besar dalam tempoh terdekat. Satu masa Najib terpaksa bergegas ke Sabah kerana menerima ancaman beberapa orang ketua Umno bahagian akan membuat pengumuman akan keluar parti beramai-ramai. [wm.kl.8:35 pm 28/07/12]

Mengenali Fiil Yahudi Dan Kesombongan Mereka

CATATAN MUSAFIR UMRAH (3)

Kawalan keselamatan di Israel agak ketat tetapi seperti mana yang digambarkan sehinggakan kita merasa takut untuk mengunjungi negera yang menyimpan seribu sejarah itu. Tetapi tidak bermakna kawalan itu tidak meloloskan apa-apa yang agak rahsia dari kita. Sehebat mana teknologi peralatan kawalan tetapi ia tidak bisa melakukan semua sekali. Sudah fitrah sesuatu yang baru itu - ciptaan manusia, akan dapat diatasi dan ditandingi, kecuali ciptaan Tuhan kita, Allah s.w.t.

Lagak orang Yahudi berjalan pulang dari pejabat.
Kenapa saya berkata begitu kerana seketat mana dan secanggih mana peralatan kawalannya (mesen pengimbas dan pengesan - skaner) ia tidak mampu mengesan semangat dan setebal mana azam saya untuk ke Baitulmaqdis. Ia juga jauh sekali untuk mengetahui apakah nawaitu dan doa saya untuk mengunjungi masjid Al Aqsa dan As Sahkarah nan dirundui.

Panggilan dan lambaian masjid Al Aqasa dan keindahan serta kehebatan Dome of the Rock akan mencairkan segala rasa gementar dan takut. Seolah-olah sinar kememasan kubah bertakhta emas As Sakhara itu menjadi penawar segala ketakutan.  Sinar itu ibarat pancaran lesen yang menyuntik semangat dan keberanian.

Untuk menapak di bumi Palestin yang digunyai dan dikuasai Isreal semua orang mesti melalui sekurang-kurangnya tiga atau empat tahap pemeriksaan. Selain pemeriksaan secara lisan, soal siasat tetapi harus melalui bilik yang dilengkap dengan CCTV dan juga mesen pengimbas tercanggih saya kira. Semua peralatan dan barangan dibawa akan dapat dilihat dengan jelas. Bukan mudah untuk membawa apa-apa saja yang diketogorikan bahaya dan boleh mengugat kejahatann bangsa perampas itu. Hatta sepucuk jarum pun diketahui?

Segala bentuk logam yang berada ditubuhkan akan diperiksa dan diminta dimasukkan ke dalam bakul untuk diimbas. Syiling, tali pinggan berkepala besi, pen, keychin dan segala macamnya perlu diperiksa. Hatta kasut juga perlu ditanggalkan. Kalau tidak kena gaya kita akan dibawa ke bilik khas untuk diperiksa sampai ke dalam seluar dalam.  Mana-mana anggota yang cedera misalnya pernah patah dan dimasukkan besi, berdepan dengan masalah pemeriksaan kronik di pintu masuk dan keluar Israel.

Pengawal Israel Yahudi mempunyai ilmu psikologi yang lengkap. Mereka akan memerhatikan kepada wajah kita dan ditenung sedalam-dalamnya. Gerak badan (body language) kita adalah isyarat awal untuk mereka menggerudi kita. Rasa cemas dan gerun menyebabkan kita akan disyaiki memiliki sesuatu dan akan soalsiasat. Untuk mengelak ini kita perlu tenang dan bersikap asuh tidak acuh saja di samping banyak berdoa dalam hati agar Tuhan melindungi kita.

Ujian pertama sebelum kita keluar dari airport setelah turun dari kapal terbang ialah di pemeriksaan imigresen. Di sinilah paling cemas kerana ia akan menentukan apakah kita dibenarkan masuk ke Tel Aviv ataupun akan dihantar pulang. Paling menakutkan akan ditahan dituduh sebagai pesalah yang melanggar undang-undang atau piagam khas yang digubal Isreal.

Sebaik keluar dari cabin kita akan disambut oleh seorang pegawai imigresen yang akan mengiringi kita atau umpulan ke ke satu sudut. Di situ kita akan disoal siasat secara ramah. Selepas berpuas hati baru kita dibenarkan menuruni tangga untuk keluar ke balai ketibaan. Sebelum itu harus melalui pemeriksaan imigresen seperti lazimnya.

Saat berdepan dengan kounter imigresen inilah nadi kita kuat berdenyut. Rasa gerun di kalangan pelancong terpancar semasa pemeriksaan imigrsen ini. Semuanya kelihatan macam anak ayam tatkala melihat helang bersewaan di atas langit. Masing-masing sopan dan berdispilin, bercakap sesama sendiri pun tidak. Ketertiban yang terbentuk ini bukan kerana ia satu budaya melainkan kerana di 'hunjah' oleh rasa takut. Kisah dan cerita kejahatan Israel yang didengar sejak zaman berzaman ini benar-benar mencengkam dalam jiwa dan memberi kesan psikologi tinggi.

Seorang demi seorang akan berdiri betul-betul digaris kuning sebelum ke kounter imigresen. Seinci pun tidak melebih dari garis kuning itu. Hujung kasut benar-benar berada 5 cm dari garis kuning itu. Begitu disiplin sekali. Terfikir juga saya betapa kalau orang kita berdisplin seperti semasa berada di Israel tentu negara lebih maju lagi. Semasa di konuter imigresen itu juga saya nampak ada yang tidak berkelip hanya mulut mukmat mukmit mungkin membaca doa dan jampi serapah yang dipesan sebelum bertolak.
 
Sebenarnya saya juga begitu tetapi agak berani sedikit mungkin kerana ego dan kebencian saya kepada Israel melampau-lampau. Bagi saya tidak perlu tunduk dan hormati kepada orang yang sombong dan jahat. Sebab itu saya benci kepada pemimpin (orang politik) yang tidak sedar diri, bongkok, sombong dan melupai akan jasa dan budi orang. Untuk apa ditakutkan kerana kita tidak bersalah, kedatangan kita adalah atas niat untuk mengujungi rumah Allah. Saya yakin dan percaya Allah melindungi saya dan semua orang yang berniat baik membela agama-Nya.

Tiba giliran saya, Alahmdulilah tidak ada apa-apa. Tetapi proses pemeriksaan itu agak lama juga, tidak semudah di negara-negara lain. Saya tidak tahu apa yang pegawai imigresen perempuan yang cantik itu lakukan. Lama dia menghendap ke skrin komputer di depannya, kemudian sesekali menyilau ke wajah saya. Saya cuba senyum tetapi senyuman bodek itu langsung tidak dipedulinya. Mungkin di dalam hatinya menyamnpah dan benci kerana bangsa Israel ini menganggap dialah yang paling mulia di dunia ini sementara bangsa lain lebih kurang haiwan saja. Cis sombong si Yahudi betina ini, bisik hati saya.

Apabila dia mengosok-gosok pipinya sambil terbantuk-bantu kecil dan mata memerhati ke skrin komputer, hati saya sedikit bergeduk. Kenapa? Jejarinya kedengaran mengetuk-ngetuk keyboard berberapa kali dalam irama perlahan dan cepat. Keadaan ini menjadikan saya yang berani mulai kenalin. Dalam hati rasa gelisah mulai berbunga.

Pegawai itu tidak terkata apa-apa.... orang di belakang saya juga makin tertib jadinya. Kalau tadi ada yang bercakap sesama sendiri, soksek-soksek macam dalam kelambu tetapi selepas melihat lama saya terlekat di kounter itu, semua jadi diam, bungkam dengan air muka mengeruh takut.

Akhirnya pegawai itu mengenyit dahi dan memberi isyarat saya supaya berlalu. Lega rasanya selega berada di bawah Dome of the Rock.. Saya terus berjalan keluar dari lokasi imigresen dan menuju ke balai ketibaan. Sebelum masuk koridor untuk ke balai ketibaan, satu lagi pemeriksaan dilakukan. Kita diminta sekeping kertas yang diberikan oleh pegawai yang pertama tadi. Kertas itu kononnya visa, diambil kemudian dikoyakkan di hadapan kita. Selepas itu baru kita dilepas memasuki ke balai ketibaan kemudian keluar.

Sementara menanti ahli rombongan lain keluar saya mengambil kesempatan meninjau suasana airport Tel Aviv khasnya di balai ketibaan itu. Ada sebuah medan selera berbentuk bulat agak besar juga. Ia persis berada di bawah dome. Sekelilingnya dipenuhi dengan kios menjual makanan dan minuman ringan. Kerana rasa takut masih terhunjah di hati saya tidak berani untuk merakam gambar. Manalah tahu menjadi kesalahan dan akan ditangkap.

Berada di situ sebagai orang asing memanglah asing. Keasingan itu ditambah lagi dengan sikap orang Israel Yahudi yang sombong. Saya melempar senyum beberapa kali kepada yang berpampasan untuk menunjukkan kita baik, tetapi tidak dibalas. Malah kalau kebetulan mereka Yahudi kalau diberi salam pun mereka akan memaling wajah ke arah lain. Celaka.

Pertanyaan-pertanyaan mesra alam kita ajukan tidak akan dibalas dan dijawab. Mereka akan hanya berpaling sekilas tanpa menghentikan langkah perjalanan. Kalau menyilau pun dengan mata tajam menggerunkan persis mata pontianak. Ini berbeza dengan bangsa lain khasnya orang Inggeris yang peka dan sedia melayan kita di mana-mana sahaja. Dari gambaran ini menjelaskan dan mengesahkan bahawa benarlah apa diceritakan bahawa bangsa Israel adalah bangsa yang paling bongkok dan sombong. Usahkan kita, Nabi mereka sendiri pun mereka cincang dan bunuh.

Tetapi Israel keagahan dan kerakusanmu itu tidak sedikit pun ditakuti orang yang rukuk dan sujud kepada Tuhanku, Allah. Atas dasar bahawa kamu adalah cipataan Tuhanku, aku juga ciptaan Tuhanku kita sebenarnya dalam kedudukan sama lemah dan sama kuat. Cuma lagi 'kemenangan' kau ke atas Palestin hari ini disebabkan kertergamakan kau menodai segala hukum hakam Allah. Sedangkan umat Palestin masih berpegang kepada pesan-pesan Nabi dan firman Allah. Namun satu hari nanti kau akan tewas juga kerana itulah hukum ditetapkan, kejahatan akan musnah dan sirna.

Bersambung...
[wm.kl.3:47 pm 28/07/12]

Kawan Najib Akan Sertai Pas?

MENANTI SAHUR 

PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengistyhar menyertai Pas.

Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.

Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya.

Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi.

Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.

Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.

Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum. [wm.kl.12:54 am 28/07/12]