BELASUNGKAWA
Pertemuan terakhir di Pak Punjab 19 Jun 2023. |
Sejak itu aku dibelasah gunda gulana, sampai kekeringan air mata memikirkan
keadaan dirimu. Malahan aku sudah bersiap sedia untuk ke Alor Setar, tetapi
terhalang kerana tikit kapal terbang dan bas tidak ada. Untuk memandu kereta
tidak larat kerana masih dalam berpantang bedah jantung.