Wednesday, September 30, 2009
Catatan Tengah Malam
AKHIRNYA Dr Mahathir Mohamad terpaksa juga menerima pemilihan Mohd Isa Samad sebagai calon UBN di Bagan Pinang. Beliau akur kerana itu adalah pilihan partinya. Walaupun awalnya beliau menentang pemilihan Isa kerana hendak menjaga intergriti parti tetapi Mahathir tidak boleh berkeras daripada menerimanya.
"Isa adalah pilihan parti jadi kita kena terima," begitulah kira-kira ujarnya. Dalam pada itu jelas Mahathir pandangan peribadinya terhadap Isa sebelum ini tidak boleh diterima. Belua tidak mahu orang Umno menggunakan pakai penolakkan beliau ke atas Isa sebagai calon UBN.
Sekiranya pengakuan Mahathir itu ikhlas ia satu perkara yang boleh dipuji. Inilah sikap yang perlu ada kepada semua orang yang berorganisasi. Bila parti atau ketua membuat keputusan hendaklah dipatuhi tanpa mengira siapa kita dan cuba mengunktikan dengan pelbagai alasan lagi.
Dr Mahathir tidak melihat beliau bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno dalam hal ini. Beliau menyedari siapa dirinya kini adalah ahli biasa yang perlu patut kepada keputusan parti dan juga kata orang di atas. Perangai macam Mahathir inilah yang wajar ditiru oleh sesiapa yang berada dalam pertubuhan atau pun organisasi. Mahathir tidak berdegil dengan pandangannya walaupun pandangnya itu disokong sebilang orang.
Sekiranya sikap 'tasamuh' begini digunakan pakai nescaya sesebuah parti atau pun pertubuhan itu akan aman dan dapat mengelakkan berlakunya krsis dalaman yang boleh merosakkan imej dan reputasi parti di mata umum.
Sesetengah pertubuhan atau badan siasah bermasalah bila mana ada orang yang berkeras dengan pendiriannya. Mahu orang menerima pandangannya tanpa mengambil kira pandangan orang lain. Sikap merasa diri hebat, bijak dan pandai sebegitulah yang menimbulkan masalah dalam sesebuah pertubuhan. [wm.kl. 12:00 t/malam 30/09/09]
Tuesday, September 29, 2009
Dari Bagan Pinang
[kemaskini] SAH calon Pas, Zulkefli Mohd Omar, 45 tahun. Ia diumumkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang tiga minit lalu. Zulkefli seorang profesional dan menjawat jawatan pengarah sebuah syarikat. Mempunyai enam orang anak. Dalam pilihan raya beliau bertanding di DUN Lenggeng kalah ditangan Mustapa Salim dengan majoriti 1,285.
DI MAJLIS pengumuman calon Pas untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang saat ini, Naib Presiden PKR, Azmin Ali sedang berucap. Nama calon Pas bila-bila masa akan diumumkan oleh Presiden pas, Abdul Hadi Awang. Nama Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefli Mohd Omar sudah hampir pasti akan diumumkan sebagai calon.
UBN sudah pun mengesahkan bekas MB Negeri Sembilan, Mohd Isa Samad, 59 sebagai calon mereka. Pengumuman nama Isa dilakukan oleh Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin di Port Dickson kira-kira jam 5:40 petang tadi dalam satu majlis khas sempena sambutan hari raya Aidilfitri yang dihadiri kira-kira 3,000 orang. Turut sama dihadir memberi semangat ialah Perdana Menteri, Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan beberapa pemimpin kanan Umno dan BN.
Pengumuman Mohd Isa sudah dijangka awal-awal lagi. Walaupun pengumuman itu tidak mengejutkan tetapi ia menyebabkan sebilangan orang mengeluh dengan pemilihan Isa itu. Mereka yang bersetuju dengan pandangan bekas Presiden Umno, Mahathir Mohamad tentu teruja dengan pemilihan Isa. Bagi mereka Umno Negeri Sembilan sungguh berani kerana meletakkan Isa sebagai calon.
Dari sudut lain pemilihan Isa itu menjelaskan Umno sudah tidak mempedulikan lagi pandangan Dr Mahathir. Apakah ketidakpedulian Umno itu bakal memberi risiko kepadanya? Sekiranya pandangan Mahathir itu benar bahawa dengan mencalonkan Isa ia menjejaskan Umno, nampaknya Umno tidak mempedulikan nasihat bekas presiden mereka itu.
Pemilihan Mohd Isa yang pernah digantung kerana penglibatan dalam rasuah politik itu menurut Muhyiddin adalah atas kehendak akar umbi Umno bahagian Teluk Kemang. Umno bahagian berkenaan terus mahukan Isa walaupun bekas MB itu seeloknya bersara dalam politik dan sepatutnya bersedia menyokong calon lain.
Kelebihan Mohd Isa beliau mendapat sokongan akar umbi yang turut mendesak Umno bahagian Telok Kemang agar mempertahankan Isa. Situasi itulah menyebabkan Umno serba salah dan tidak ada pilihan lain melainkan mencalonkan Isa kandatipun Isa bermasalah.
Apa yang jelasnya pencalonan itu menunjukkan pengaruh peribadi Isa masih kuat di Negeri Sembilan khasnya di Teluk Kemang. Pemilihan Isa sebagai calon Umno menjelaskan Isa bukan calon parti tetapi calon dari orang kampungnya sendiri!
Dari sudut lain pencalonan Isa dilihat sebagai satu perjudian besar oleh Umno. Umno seakan memberi ruang kepada pembangkang untuk menjadikan masalah peribadi Isa sebagai modal kempen Pas. Sudah pasti penggantungan Isa sebagai ahli selama tiga tahun akan menjadi bahan kempen utama. Pembangkang akan menjaja kepada pengundi yang calon UBN tidak mempunyai intergriti dan seorang yang korup.
Dengan pemilihan Isa itu ertinya Umno lebih mementingkan kepada kemenangan parti daripada mengutamakan intergriti parti berkenaan. Umno cukup yakin hanya Isa yang mampu membawa kemenangan kepada parti itu. Dan kerana demi kemenangan Umno yang dikenali sebagai sebuah parti yang tidak mengutamakan soal syaksiah, soal ketelusan dan kebersihan pemimpin rela mengambil sesiapa saja menjadi calon mereka termasuk 'banduan politik wang' seperti Isa asalnya ia bakal memberi kemenangan! Analisa di suasana pengumuman calon akan menyusul. [*** 10:00 29/09/09]
Celoteh Murai 54
WAH.... bukan main lagi si Kakaktua menempelak Tok Lebi Sikul dengan mengatakan Tok Lebai Sikul kena bertanggungjawab atas kegagalannya memajukan negeri yang diperintahnya. Kakaktua merujuk kegagalan Tok Lebai Sikul itu kepada jawaban balas kawannya si Salentia yang dihina oleh Tok Lebai Sikul.
Tok Lebai Sikul tidak boleh tahan dengan sikap mulut berus, stail makan menyodok dan bijak memutar lidah serta sanggup menampal muka dengan kulit seladang (di bahagian jubur) oleh Salentia itu, telah menghina Salentia dengan mengatakan amal ibadatnya tidak diterima Tuhan dan menganggapnya sebagai sampah.
Maka melentinglah dan merasa hina dinalah si Salentia dengan kata-kata Tok Lebai Sikul itu dan dibalas dengan gesaan supaya Tok Lebih Sikul berhenti dari kerjanya. Khabarnya ada lebih 10 sebab yang diberikan oleh Salentia kenapa Tok Lebai Sikul perlu berhenti. Antaran alasan itu ialah kerana gagal membawa pembangunan dan sudah nyanyuk.
Kata-kata dan kecaman ke atas Selentia oleh Tok Lebai Sikul memang pedih dan memanaskan telinga. Kalau Murai pun mungkin akan merasa begitu juga. Betapalah kalau kata-kata itu sahih maka sia-sialah hidup Salentia atas muka bumi ini macam belon yang dipam angin dan dilepaskan ke udara. Ianya akan menanti masa jatuh ke bumi saja tanpa ada apa-apa kemuliaan dan makna. Ibarat belon kalau jatuh ke bumi tidak akan ada sesipa nak mengembumikan jasadnya...
Bagi si Kakaktua pula yang bersahabat baik dan menerima jasa Salentia turut terasa atas penghinaan Tok Lebai Sikul kepada Salentia itu. Perbuatan Tok Lebai Sikul iru dirasai oleh Kakaktua seperti cubit paha kanan paha kiri juga terasa sakit. Kerana itu Kakaktua membuka mulut tumpang sekaki menyerang Tok Lebi Sikul. Sebenarnya juga Kakaktua sudah lama berbulu dengan Tok Lebai Sikul ini. Jadi bila ada bola tanggung dia akan terus melibasnya.... piutttt....piutttt...
Apabila si Kakaktua turut tumpang semangkuk... mengomen dalam 'perbalahan' Tok Lebai Sikul dengan Salentia itu Murai tidak merasa pelik dan hairan sikit pun. Walaupun Salentia adalah mahluk paling hamprak dan tidak bermoral, tetapi ia tidak pada Kakaktua. Bagi Kakaktua yang juga sejenis dengan sifat Salentia, penganutan Machiaveliasm sikap Salentia itu adalah mulia. Sebab itu Kakatua bermadah orang seperti Salentia perlu ada di atas muka bumi ini.
Murai setuju 99.9 peratus dengan kata-kata itu, Salenia perlu ada. Kalau Salentia tidak ada sapa nak makan bangkai labah-labah, tikus, lipan, ular, biawak, cicak, tenggiling, musang dan lain-lain lagi itu. Hanya lidah Salentia saja tergamak menyambar dan cekap memaham segala macam najis Mutawasitan itu.
Selain itu orang lain juga kena faham kenapa si Kakaktua beriya membela Salentia. Semasa si Kakaktua sudah hampir tidak berguna apabila jawatannya sudah tiada, si Selentia inilah yang mengusungnya ke hulu ke hilir macam membawa keranda usang untuk mencari mayat, bagi mendapat perhatian dunia. Ditahan belakangnya untuk 'dirukas' oleh si Kakaktua ke mana-mana sahaja. Masa itu kalau diimiginasikan perbuatan Salentia memikul si Kakaktua itu macamlah Lebai Sikul memikul guni dedak....
Jadi janganlah sesiapa merasa harian kalau si Kakaktua memuji tindak tanduk Salentia yang menghentam Tok Lebai Sikul. Kerja si Kakaktua kini ialah untuk membantu memersihkan jubur Salentia sebagai membalas budi dan jasa yang Salentia lalukan kepadanya selama ini. Yang mana Salentia bukan saja setakat sanggup membersih jubur si Kakaktua yang cepuah dengan najis tetapi Salentia pernah menjilatnya. Jadi kalau Kakakua kata orang macam Selentia perlu ada tepatlah kerana Salentia saja yang tergamak menghidu juburnya!
Murai: Sesekali terasa ingin bertanya Salentia macam mana bau punggung si Kakaktua, wangi ke? Si pembacuh kopi tentu tersenyum... mendengar pertanyaan ini.
Monday, September 28, 2009
Merawat Malam
INSYALLAH petang esok akan diketahui siapa yang akan dicalonkan oleh Pas dan UBN untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang yang akan berlangsung awal bulan depan. UBN sudah hampir pasti akan mencalonkan bekas MB, Mohd Isa Samad. Walaupun pencalonan Isa menimbulkan kontroversi, namun UBN tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa akur dengan kehendak Umno Teluk Kemang yang inginkan Isa.
Suara akar umbi Umno Negeri Sembilan khasnya Teluk Kemang katanya gila-gila mahukan Isa yang juga ketua Umno bahagian itu. Kehendak itu bertentangan dengan naluri pemimpin Umno di Kuala Lumpur yang membenci Isa.
Awal-awal lagi pencalonan Isa itu diserang oleh Umno Kuala Lumpur. Tidak cukup Muhyiddin Yassin yang enggan memberi laluan kepada Isa atas maslahat yang beliau sendiri ketahui, Umno menggunakan bekas Presidennya, Dr Mahathir Mohamad untuk berkempen agar Isa tidak dicalonkan.
Alasan Mahathir ialah kerana Isa kurang bersih apabila bekas Naib Presiden itu digantung dan dilucutkan jawatan itu kerana terlibat dengan rasuah. Mahathir bimbang isu berkenaan akan digunakan dalam pilihan raya berkenaan dan menjejaskan Umno.
Lantaran itu Mahathir bermati-matian tidak mahukan Isa dicalonkan. Tetapi kehendak Mahathir itu nampak tidak dipedulikan. Umno Teluk Kemang tetap bersikeras mahukan Isa apabila hanya menghantar nama Isa sebagai calon tunggal UBN.
Kerana desakan akar umbi itu menyebabkan UBN tidak ada pilihan dan terpaksa menerima Isa. Manakala seorang lagi calon yang dikirimkan ke pejabat Umno di Kuala Lumpur, iaitu ketua Wanita Bahagian, Rohani. Malangnya Rohani sendiri menolak dan bersedia memberi laluan kepada Isa kerana merasakan Isa lebih berwibawa.
Perkembangan itu menjadikan UBN suka tidak suka terpaksa memilih Isa. Kalaulah benar Isa dicalonkan ini bermakna calon UBN kali ini bukan dari parti - pilihan UBN pusat tetapi dari kalangan anak beranak Isa di Bagan Pinang. Katanya Isa mempunyai keluarga yang besar di kawasan berkenaan.
Sebenarnya dari segi hakikat Umno sebagai sebuah parti, pencalonan Isa yang terlibat dengan rasuah dan tidak bersih tidak menjadi masalah. Ini kerana dalam Umno bukan Isa saja yang terlibat dengan rasuah, tetapi boleh dikatakan semua pemimpin Umno terlibat dengan rasuah. Yang bezanya nilai rasuah sahaja. Kebetulan nilai rasuah Isa besar maka beliau menjadi perhatian. Umno itu sendiri merupakan institusi rasuah!
Ketika UBN sudah hampir pasti menurunkan Isa, Pas masih lagi belum membuat keputusan siapa yang akan dicagarkan untuk berhadapan dengan Mohd Isa. Ada tiga nama yang disebut-sebut akan dipertimbangkan Pas. Mereka ialah bekas Ketua Dewan Ulama Negeri Sembilan, Ustaz Kasim Tahir, bekas calon Pas kerusi Bagan Pinang dalam pilihan raya lalu, Ramli Ismail dan seorang lagi, Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefli Mohd Omar.
Bagaimana dari tiga nama itu, menurut sumber Pas, kini hanya tinggal dua saja nama untuk dipertimbangkan. Nama Ustaz Kassim sudah digugurkan atas alasan beliau sudah tua. Pertimbangan kini adalah antara Ramli dengan Zulkefli.
Kedua nama ini tidak banyak perbezaan. Begitu juga dari segi ketokohan. Ramli adalah Yang Dipertua Pas Teluk Kemang. Ini menyebabkan Pas sukar sedikit untuk memutuskan siapakah paling layak. Katanya penghalusan mengenai kedua calon ini terus dilakukan ke saat-saat akhir menjelang hari pengumuman petang esok.
Dalam pada itu ada pendapat mengatakan kemungkinan Ramli akan menjadi pilihan. Ramli dilihat ada sedikit kelebihan kerana beliau pernah bertanding di situ. Kapasitinya selaku Yang Dipertua Pas Kawasan Teluk Kemang juga memberi kelebihan kepadanya.
Dalam pilihan raya umum lalu beliau mendapat 4,097 undi berbanding dengan Allahyarham Azman Mohd Nor yang meraih 6,430 undi. Azman menang dengan kelebihan 2,333 undi majoriti.
Pengkaji politik dalaman Pas mengira sekiranya dalam pilihan raya kecil itu nanti calon Pas berjaya mengekalkan undi yang diperolehi Mac tahun lalu ia dikira satu pencapaian memberangsangkan. Pas menghadapi pilihan raya ini dengan harapan tidak mahu kalah, sebaliknya kejayaan mengekalkan jumlah undi lalu itu dikira satu kemenangan. [wm.kl. 10:00 pm 28/09/09]
Analisa Peristiwa
SEMASA menghadiri rumah terbuka Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa semalam saya berkesempatan berjumpa dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin. Kebetulan Khairy singgah dan duduk di meja yang saya duduk.
Ada bersama di meja itu ialah Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din, Timbalan Dewan Pemuda Pas, Azman Shafawi, sahabat saya lawyer Md Radzi Mustafa, lawyer Swardi dan juga lawyer Razali Ismail yang juga tuan punya Syarikat Air Selangor, Syabas.
Sebagai seorang politik Khairy memang pandai bergaya dan mencuri kesempatan. Sebelum duduk dia bersalaman dengan segenap orang. Ramai yang memberi tumpuan kepadanya dan Khairy nampaknya menguasai keadaan sehingga menenggelamkan Azman Shafawi yang jelas tawaduk. Beberapa orang pegawai yang mengiringinya mengahkan lagi dirinya sebagai seorang ketua.
Kerana ghairah bersalam, Khairy sampai tidak ternampak Razali Ismail. Namun sebagai orang politik, diralatnya kesikapan itu serta merta dengan menyalahkan dirinya sambil mengakui mata sudah berpinar, tak nampak Razali. Untuk ini juga Khairy terpaksa bersalaman dan berpelukan dengan Razali sebagai opoligis atas kecacatan kecil itu kemudian terus duduk di meja yang saya duduk itu.
Kesempatan ini sangat baik. Khairy membuka dirinya untuk ditanya dan diasak apa jua persoalan semasa dan hal ehwal dirinya dalam Umno. Para wartawan yang terliur untuk mendengar perbualan berada di ruang berdekatan penuh beretika. Bagi mereka kehadiran Khairy itu sesuatu mengejutkan dan diharap ada bahan menarik darinya.
Di celah-celah beliau bercakap dengan Azman yang duduk di kanannya dan Haron Din di kirinya, saya menyelakan beberapa soalan berupa pandangan peribadi. Semuanya dijawab dengan penuh diplomasi oleh Khairy. Paling menarik suasana semalam begitu mersa sekali dan Khairy berjaya menunjukkan kerendahan dan kesopannya sebagai orang Melayu bila berbicara dengan orang lebih tua terutamanya ulama Haron Din.
Satu perkataan terpancu dari mulutnya, katanya; saya kena belajar banyak dari Ustaz (Haron). Walaupun kata-kata itu sebagai basa basi namun itulah hemah dan kerendahan yang wajar ada pada diri orang politik. Di mana dan siapa saja bila berdepan dengan orang tua, apa lagi ulama harus bersopan. Mengkritik orang tua di khayalak adalah satu kebiadapan. Selepas itu mereka kedengaran bertanya fasal soal keluarga masing-masing begitu akrab sekali, sehingga rakan saya bertanya saya apakah mereka ada hubungan kekeluargaan?
Di meja itu juga timbul soal rancangan perdebatan (forum) antara beliau dengan Ketua Pemuda Pas, Nasarudin Hassan Tantawi. Katanya bukan beliau tidak bersedia untuk menerima jemputan Nasrudin tetapi mahukan format yang jelas dan tidak menimbulkan masalah. Kalau boleh katanya biarlah dalam suasana jauh dari media massa kerana bimbang ianya akan dieksploitasi yang mana akhirnya menimbulkan masalah.
Katanya tidak ada guna kita berdebat kalau natijahnya buruk, sebab apa yang diharapkan ialah kebaikan bersama. Dalam perdebatan itu katanya bukan mencari siapa yang menang dan kalah, tetapi kebenaran dan kemenangan untuk semua. Makanya kalau diadakan format yang baik, rancangan itu boleh diadakan.
Azman Shafawi yang saya kira hadir mewakili ketuanya bersetuju dengan cadangan Khairy itu dan akan memaklumkan kepada ketuanya. Haron Din juga bersetuju, katanya yang penting pemuda harus berbincang dan membawa satu pendekatan baru. Tidak sepatutnya pemuda meneruskan stail politik lama yang berkonfrantasi antara satu sama lain yang merugikan bangsa dan negara. Sebenarnya untuk membawa pembaharuan dan kebaikan bersama ianya perlu dicetuskan oleh generasi muda.
Rancangan perdebatan ini seharusnya bukan sahaja terbatas kepada perbincangan antara Pemuda Umno dan Pas sahaja tetapi kalau boleh bukakan sama dengan Pemuda PKR. Mungkin satu topik khas yang general boleh dikemukakan untuk ketiga pemuda itu duduk atas satu pentas mewacanakan pembangunan nusa dan bangsa.
Perbualan sambil makan itu diselang seli dengan berbagai topik ringan lain termasuklah soal pilihan raya kecil Bagan Pinang. Saya mengusik Khairy mengenai pilihan raya itu, dengan bertanya mengenai sikap dan komitmennya. Ternyata sejak menjadi Ketua Pemuda, beliau seakan diperkecilkan dan mahu ditenggelam langsung dalam arus perdana Umno.
Apakah peranan Pemuda di Bagan Pinang, apakah Pemdua tidak mahu calon dari kalangan pemuda? Tanya saya. Dengan mencebek bibirnya (stail Khairy) dan mata keli yang berkelip layu serta dengan suara tenang dan insaf beliau menejalsan, Pemuda tidak ke depan, biarlah orang lain. Kesian...
Kenapa, tanya saya lagi. Bagi pemuda katanya sudah cukup. Di Manik Urai calon dari pemuda.... sudah cukup. Jadi biarlah calon lain pula. Jawaban itu menunjukan Khairy semacam tidak ghairah dengan pilihan raya itu. Apakah sikap itu kerana beliau diasingkan dari Umno kini ataupun merasai pilihan raya itu bermasalah kepada UBN. Jadi untuk tidak dibebankan dengan kekalahan bakal menjelma itu beliau mengambil sikap tawaduk begitu?
“Tetapi sungguh pun begitu Pemuda akan menyokong sesiapa saja. Namun hendak ke depan biarlah orang lain, kita patuh saja,” jelasnya.
Penjelasan itu memberi konotasi menunjukkan Khairy tidak ceria dengan situasinya kini. Penyisihan beliau dari berperanan sewajarnya mengikut kapasitit selalu ketua pemuda benar-benar memakan hatinya. “You kena tonjolkan diri dalam pemuda, kalau tidak you akan terus tenggelam. Usaha menggelamkan you menjadi-jadi,” usik saya lagi ala-ala memberi nasihat.
Dia sekali lagi mecebek mulut dan mata berkelip-kelip dan mendengar dengan prihatin sambil mengangguk-angguk. "Saya nampak 1 Malaysia, pemuda tidak pun berperanan? Kenapa tidak suka kepada 1 Malaysia ke...?", usik saya lagi. "Tidak...!, tunakgnya. "Pemuda ada rancangannya sendiri dan selepas raya ini kita akan buat program 1 Malaysia,"balasnya cepat.
“Saya rasa kalau Umno nampak tak nak bagi peluang dan layan you, baik you masuk belah sini pulak...Pakatan Rakyat”, saya sengaja melontarkan persoalan itu yang kurang tergamak dilontar oleh orang lain.
“Boleh ke...?” tanya beliau.
“Kita sedia membuka pintu kepada sesiapa saja, boleh...” Azman Shafawi menyabutnya dan dibalas pula oleh Haron Din dengan berkata, "eh cantik benar tu..." Semua yang berada di meja itu ketawa dengan acahan dan sambutan Khairy itu. Apakah pelawaan tidak langsung itu tersemat di dalam kepala Khairy! Hari ini mungkin beliau merasakan ajakan itu hanya gurauan dan isengan saja. Tetapi kalau beliau terus dihindik dan dinafikan haknya oleh Najib Razak dan terus diperhinakan oleh Mahathir tidak mustahil Khairy akan melihat ajakan itu sesuatu yang serius dan tepat! [wm.kl.8:00 am 29/09/09]
Sunday, September 27, 2009
Bila Mata Bertemu Mata
APAPUN cemuhan ke atas Nasharudin Mat Isa beliau adalah timbalan prresiden Pas yang menang jawatan itu secara sah dan halal menerusi muktamar. Biarlah beliau diejek sebagai tidak cukup saiz, pendek, berlagak, ada stail barat, makan di hotel, namun beliau adalah timbalan presiden Pas. Kalau takdir Abdul Hadi Awang menghadapi masalah dalam sehari dua ini, Nasharudin akan memangku jawatan Presiden Pas. Orang lain tidak berhak untuk memangkunya. Sejarah Pas akan mencatat namanya sebagai pemangku!
Taraf dan kedudukan Nasharudin sama dengan Muhyiddin Mohd Yassin, timbalan presiden Umno. Pendeknya antara beliau dengan Muhyiddin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Walaupun ada orang-orang tertentu dilihat sasa, bijak dalam bidang ekonomi, pandai memanipulasi isu dan keadaan dan sebagainya tetapi hakikat tidak dapat ditolak bahawa jawatan itu Nasharudin yang pegang. Nasharudin yang empunya.
Dalam demokrasi perlantikan pemegang jawatan bukan berdasarkan kepada tubuh sasa, panjang lebar, atau warna kulit, kaya dan miskin tetapi bergantung kepada pilihan ahli. Walaupun seseorang itu disokong oleh orang yang dihormati tetapi kalau ahli tidak peduli tidak ada guna satu sen pun. Dia akan tetap juga kalah.
Maka kerana saya mengikhtiraf Nasharrudin sebagai timbalan Presiden Pas menyebabkan saya rasa perlu untuk menghadiri rumah terbuka Aidilfitrinya. Saya hadir sebenarnya kerana ingin mahu tenguk bagaimanakah suasana rumah terbuka pemimpin Pas yang menjadi kontroversi yang dicipta untuk melenyakkannya sebelum sampai tempoh itu.
Sewaktu saya bertolak dengan seorang penguam yang semakin mencipta nama dan dihormati masyarakat, Md Radzi Mustafa ada dua perkara yang terbata dalam kepala saya kenapa saya ke rumah Nasharuddin selain daripada memenuhi undangannya. Pertama saya mahu lihat sendiri keadaan rumah beliau yang digambarkan sebagai mewah, mirip-mirip rumah Samy Vellu itu. Kononnya rumahnya ada guard khas dan terletak atas bukit. Kedua, ialah saya mahu tenguk sesiapakah pemimpin Pas (ahli jawatankuasa kerja) yang menyempatkan diri untuk hadir meraikan rumah pemimpin nombor dua Pas itu.
Inilah peluang untuk melihat dari dekat rumah timbalan presiden Pas yang digambarkan mewah itu. Lebih mewah daripada rumah bekas Naib-Naib Presiden Pas? Betulkan ada guard yang mengawal 24 jam rumah berkenaan? Saya mahu pastikan sendiri dan mahu menulis mengenai rumahnya.
Biasalah rumah pemimpin atau orang politik boleh dijadikan modal. Tidak kira murah atau mahal boleh dijadikan bahan menarik. Bahkan pemimpin buat porch kereta pun boleh dijadikan isu. Boleh kait pemimpin berkenaan telah bersekongkol dengan rasuah. Kononnya kontraktor membuat porch itu sebagai kontra dengan projek. Begitulah rangupnya tuduhan terhadap orang politik.
Sesampai saya ke Bukit Mahkota ketika memasuki Seksyen 1, mata saya melilau mencari bukit yang dimaksudkan. Pandang ke hulu pandang ke hilir tidak ada bukit. Rumah Nasharudidn bukan berada atas bukit melainkan atas tanah rata sama dengan rumah-rumah lain yang sama besar dan sama lebarnya. Ternyata gambaran mengenai rumahnya sebelum ini salah dan berniat ingin memburukkan Nasharudin saja. Wajarlah kalau beliau menyaman pembuat fitnah itu.
Adapun guard memang ada. Tetapi guard itu bukan untuk mengawal rumah Nasharudin seorang, tetapi mengawal taman berkenaan. Guard itu kawal jalan masuk ke taman berkenaan. Sudah menjadi kebiasaan di Kuala Lumpur ini mana-mana taman perumahan ada guard yang mengawal. Mereka dibayar oleh penghuni taman-taman berkenaan.
Saya menggeleng-geleng kepala sendiri bila melihat suasan rumah Nasharudin itu. Betapalah orang yang menulis dan memberi gambaran terhadap rumahnya berniat jahat dan khianat. Ternyata orang itu tidak tahu membezakan mana gurad peribadi dan mana gurad untuk keseluruhan taman.
Rumah Nasharuddin yang digambarkan mewah dan harga berjuta-juta ringgit itu pun tidaklah sehebat mana. Mungkin orang yang memberi gambar itu teruja dengan design rumah itu saja yang bentuknya bukan macam rumah kampung. Bentuknya ala-ala Barat. Bila tenguk ala Barat terus tuduh rumah itu berharga jutaan ringgit. Apa lagi kalau orang kampung yang baru masuk bandar akan terkejut melihatnya. Tetapi bagi mereka yang biasa sudah tidak hairan, rumah itu biasa saja.
Saya tidak tahu berapa nilainya. Tetapi rumah Nasharudin realitfnya lebih kurang saja dengan rumah wakil-wakil rakyat Pas yang lain. Jika hendak dibandingkan dengan rumah Exco di Kelantan lagi hebat. Seperauh peruntukan sama nilainya dengan rumah Nasharudin. Sebenarnya masalah rumah ini tidak perlu dipertikikan kerana ia adalah keperluan yang mengikut kemampuan seseorang. Apa salah kalau Nasharudin buat rumah sebesar bukit kalau beliau mampu?
Misi kedua saya ialah untuk mengintai siapakah pemimpin Pas yang hadir mengunjungi timbalan presiden mereka itu. Ketika saya sampai orang ramai sudah mengerumini makanan dan pelbagai juadah yang disediakan. Kehadirannya boleh tahan juga. Walaupun 'dipulau' namun tetap meriah. Jenguk situ jenguk sini sambil bertanya, jelas tidak ada seorang pun pemimpin bawahan yang datang kecuali Ustaz Bakar Chik, Ustaz Abdul Ghani Shamusdin yang berada di meja orang biasa dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Haron Din berada di meja VVIP.
Adalah malang bagi Nasharuddin kerana beliau tidak menerima layanan seperti Muhyiddin walaupun dia juga berjawatan sama taraf dengan Muhyiddin Yassin. Pun begitu suasan tetap meriah. Para tetamu yang hadir tidak mengetahui apa yang berlaku. Nasharudin dan isterinya tetap tidak kecucupan tangan untuk melayani para tetamunya. Yang hadir semua golongan masyarakat yang sekaligus menunjukkan beliau mempunyai kenali ramai dan masih dihormati ahli-ahli Pas.
Enam ekor kambing jamnpari panggang semuanya disapu dan yang tinggal hanya besi pemanggang saja.
Saya tidak mahu tanya perasaan Nashardin dengan suasan itu. Apakah dia sedih atau tidak. Atau memang dia tidak mengundang pemimpin-pemimpin Pas lain kecuali dua tiga orang yang terpilih sahaja. Tetapi di sebalik kedukaan itu ada kemeriah lain dan sejarah buatnya. Beberapa orang tetamu istimewanya hadir seolah mahu mengubati kemuraman kerana tidak dikunjungi teman sepejuangan dalam parti sendiri.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan rombongannya dan Pengerusi Syarikat Air Selangor (Syabas) Razali Irbahim serta Pengerusi DAP, Lim Kiat Siang, Ketua pemuda DAP dan Exco Selangoer, Teresa Kok hadir dan menjadi tetamu istimewa. Kehadiran Khairy terutamanya menjadi sejarah kerana inilah pertama kali Ketua Pemuda Umno menghadiri rumah terbuka pemimpin Pas.
Kesimpulannya ternyata pemimpin DAP dan Ketua Pemuda Umno lebih menghormati dan memahami makna aidifitri berbanding dengan sesetengah pemimpin Pas yang lain. Hendaknya kehadiran Khairy ini tidak akan dijadikan modal murahan oleh sesetengah pihak untuk terus memburuk dan prejudis timbalan presiden Pas itu. [wm.kl. 8:00 pm 27/09/09]
Siratan Mingguan
BARANG kali Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah tidak dapat menahan rasa kesal dan marahnya kepada Ibrahim Ali. Kalau tidak masakan di hari baik bulan baik, di rumah terbukanya sempena hari raya, Mursyidul Am Pas itu menggesa supaya wakil rakyat itu melepaskan jawatannya sebagai ahli Parlimen Pasir Mas.
Mungkin kerana tidak tahan dengan kerenah dan sikap dan fiil anjing terjempit yang dilepaskan, maka gesaan itu terpancut juga dari mulutnya. Mungkin juga kerana beliau masih berusaha nak selamatkan Ibrahim Ali di sisi Allah.
Gesaan ini kalau tidak silap merupakan kali kedua. Sebelum ini Nik Aziz turut menyokong cadangan Takiyuddin Hassan supaya Ibrahim mengosongkan kerusi Pasir Mas yang dimenanginya atas tikit Pas. Alasan Takiyuddin, apabila Ibrahim Ali tidak sebulu lagi dengan Pas beliau wajar melepaskan kerusi yang dipinjamkan oleh Pas itu. Iyalah kalau beruk pun tahu tidak akan makan pisang yang penanamnya dimarahi, inikah pula manusia!Kalau dihalusi gesaan Nik Aziz itu bukan sangat soal Ibrahim Ali ‘belawak’ dan munafik dengan rakyat dan Tok Guru, tetapi untuk menyalamatkan Ibrahim dari dijilat api neraka. Bagi Tok Guru soal hidup mati lebih penting dari segala-galanya. Lebih penting dari jawatan MP atau MB. Gesaan kali ini melibatkan soal keimanan dan aqidah. Soal keberertian hidup Ibrahim Ali sebagai as nas dan muslim. Kalau mereka dapat menyelami tujuannya akan melihat gesaan itu ikhlas dan demi sayangnya Tok Guru kepada Ibrahim. Begitulah tugas dan tanggungjawab seorang ulama dalam menjaga amanah Allah s.w.t.
Kata Tok Guru, Ibrahim kena berhenti atau melepaskan jawatannya sekiranya beliau (Ibrahim) mahukan amal ibadat dan amal solehnya diterima Allah. Ertinya selagi Ibrahim tidak melepaskan jawatan itu, amal solehnya tidak akan diterima Tuhan. Ia juga bermaksud segala wang yang Ibrahim makan hasil dari pendapatan sebagai wakil rakyat adalah haram.
Ini sudah kes berat yang sepatutnya direnungi secara mendalam dan penuh keinsafan oleh Ibrahim. Ibrahim tidak boleh merasakan Nik Aziz membencinya dan melihat pandangan itu sebagai pandangan politik. Di sini saya nampak bukan soal politik tetapi soal hidup mati dan hakikat sebagai manusia yang wajib berhadapan dengan Rabuljalil.
Kalau amal soleh kita tidak diterima Allah, segala kebaikan dan kebajikan yang kita buat seperti menabur garam ke lautan sahaja. Apalah erti dan maknanya kita sebagai hamba Rabbi kalau segala perbuatan kita kosong dan nihil. Kerja sebegitu hanya sia-sia sahaja. Geram habis, tenaga habis, wang habis, hasilnya tidak ada.
Ibrahim selalu mendabik dada dia banyak berbuat kebajikan. Ini tidak dinafikan. Setiap kali tiba Ramdhan dia akan bahagikan serunding kepada sesiapa saja. Untuk Mahathir Mohamad sahaja akan dikirim antara 20 hingga 50 kg. Menjelang Syawal pula 'bergeriuk' macam ulat tahi rakan-rakan yang menjadi tukang angguk di kedai-kedai kopi menunggu untuk mendapatkan baksi raya. Orang-orang ini tidak tahu berkata tidak atau membantahnya melainkan yes yes dan ok sahaja. Kerana apa kerana mengharapkan sesen dua daripada Ibrahim.
Ketika pilihan raya usahlah dicerita lagi. Ibrahim akan membahagikan wang macam memberi kertas kelender Cina yang sudah dikoyak. Duit mengalir macam air car. Tenguk cerita Ali Baba Dengan 40 Penyamun, bagaimana P Ramlee membayar gaji penyamu dalam gua begitulah Ibrahim Ali memberi wang kepada orang ramai.
Menurutnya juga wang elaun sebagai ahli Parlimen sebanyak RM7,000 juga dipulangkan kepada rakyat. Begitu juga dengan wang pencen sebagai bekas timbalan menteri dihadiahkan kepada rakyat miskin. Tetapi kalau berpegang kepada fatwa Nik Aziz tadi segala kemurahan hati Ibrahim itu tidak memberi apa-apa kebaikan kepada hidup Ibrahim. Segala amal soleh itu tidak ada nilai kepada Allah. Maknanya Ibrahim tidak dapat membeli tikit syura dengan amal ibadat itu.
Secara tidak langsung juga Ibrahim mencipa dosa kepada para penerimanya. Penerima wang Ibrahim itu dianggap sebagai bersubahat. Mungkin sebab itulah mereka yang mengambil wang Ibrahim kebanyakan buta hati dan mata jadi kelabu iras-iras Ibrahim juga!
Sebagai orang Islam, Ibrahim harus ingat bahawa setiap daripada kita akan mati. Kulinnafsin zaikitimaut! Segala perbuatan baik dan jahat kita akan dihitung. Selepas mati kelak Tuhan akan menanyai apa-apa yang kita lakukan. Setiap kebaikan atau kejahatan sebesar zaharah akan ditanyai dan akan dijelmakan ke muka kita. Berapa jumlah komisyen untuk itu dan untuk ini akan dipamerkan diskrin perdana yang turut disaksikan semua orang.
Amal ibadat, sedekah kifayah itulah yang akan menjadi modal untuk kita menemui Allah. Besok kita tidak akan membawa janji-janji atau pun jasa-jasa politik kepada Allah. Allah tidak menerima pengakuan kita kononnya sekolah itu dibuat kerana aku, jambatan itu dibina hasil usaha kawan, tidak. Kalau kita benar terlibat mengusahakannya pun tetapi kalau kebajikan itu tidak diterima ia tetap ditolak oleh Allah.
Kebajikan dan amal soleh yang kita lakukan hari ini samalah dengan wang yang kita tabungkan untuk digunakan pada masa yang diperlukan. Nah begitu jugalah dengan amal kebajikan yang kita lakukan kini, ia akan digunakan di padang Mashyar kelak. Kalau wang yang kita tabung itu palsu ia tidak ada nilai dan tidak boleh digunakan. Maka begitu juga kalau selaut kebajikan yang dibanggakan itu ianya tidak diterima Allah (kerana hasil wang haram, rasuah, komisyen) ia tidak memberi apa-apa makna pun dalam kehidupan kita. Samalah kita berada di kedai tetapi membawa wang palsu... Makanan yang dibeli dengan wang itu hanya boleh menghasilkan berak rumput mampus saja.
Jadi gesaan Nik Aziz itu hendaknya direnungi dengan hati yang bersih dan kepala yang sihat oleh Ibrahim dan sesiapa juga. Jangan anggap Nik Aziz khianat dan dengki pada Ibrahim, tidak. Dari segi jasa dan budi, rasanya tidak ada pemimpin lain yang boleh mengatasi pengorbanan dan jasa Nik Aziz kepada Ibrahim. Bayangkan kalau Nik Aziz tidak memberi laluan dalam pilihan raya ke-12 dulu Ibrahim tidak akan jadi ahli Parlimen dan dapat menyalak Pas di parlimen dan dipentas ceramah mutakhir ini.
Sebaik-baik Mahathir Mohamad dalam kamus Ibrhaim, Mahathir tidak pernah memberi jawatan sebesar itu. Perlantikan sebagai timbalan menteri hanya tiga bulan saja. Mahathir juga semasa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan tidak memberi jawatan timbalan pengerusi kepada Ibrahim Ali, melainkan Mahathir mengambil Zaid Ibrahim.
Tegasnya, Ibrahim tidak boleh berdolak dalih mengatakan kemenangan di Pasir Mas itu kerana sokongan rakyat. Dunia semua tahu termasuk rakyat Unganda, Jiboti dan Orang Asli Kuala Betis kalau orang Pas tidak memberi sokongan Ibrahim tidak akan menang. Pengorbanan besar Nik Aziz ini seharusnya dikenang oleh Ibrahim walaupun dia ditakdirkan dihidup dan dimatikan Allah sebanyak tujuh kali. Ibrahim akan dilihat bermaruah kalau dia akur dengan gesaan Nik Aziz itu. Tetapi soalnya apakah orang bernama Ibrahim bin Ali ini masih ada sisa-sisa maruah? [wm/kl/ 9:20 am 27/09/090]
Saturday, September 26, 2009
Perang Nafsu di Selangor
“SHEIKH apa dah jadi dengan Selangor? Ulaslah sikit..!” Begitulah pertanyaan seorang kawan dari Kota Bharu yang diemailkan ke dalam Facebook. Beberapa teman lain juga turut sama bertanyakan perkara sama menerusi SMS. Meminta saya mengulas mengenai ‘kegemparan’ yang berlaku di Selangor kini. Apa yang telah terjadi di Selangor sebenarnya? Saya terlepas memantaunya kerana beraya di kampung.
Cuma semasa nak berlepas dari Kota Bharu untuk pulang ke Kuala Lumpur tengah hari kelmarin (24 Sept) saya sempat menyilau sebuah akhbar harian yang melaporkan berita Khalid Samad suruh Dr Hassan Ali meninggalkan Pakatan. Apa fasal? Saya tidak membaca habis laporan itu, tetapi sudah dapat memahaminya sebab musabab yang dihuraikan. Melihat kepada tajuk berita itu saya sudah dapat agakkan apa yang terkandung dalam berita itu seterusnya, ia tentu negatif buat Pakatan Rakyat.
Gambaran berita itu kenapa Khalid bertindak begitu kerana Hassan tidak bersetuju dengan cara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat). Itu saja kesnya. Hassan mempersoalkan prosuder penyiasatan Selcat itu kerana dikatakan ia mengaibkan pegawai yang terlibat. Justeru beliau mencadangkan agar ianya diadakan secara tertutup. Cadangan Hassan itu disalah anggap sebagai menentang dasar kerajaan.
Sebenarnya kalau Khalid Samad kecam Hassan Ali, bagi saya tidak memelikkan. Ia bukan kerja ajaib ataupun perbuatan ganjil lagi. Memang tugas Khalid Samad akhir-akhir untuk mencari salah Hassan Ali saja. Atau mungkin juga Tuhan jadikan Khalid Samad untuk bertindak sebagai penganggu Hassan Ali untuk menguji sejauh mana ketahanan semangatnya sebagai pemimpin. Umpama Tuhan menjadikan syaitan untuk menggoda manusia bagi menguji keimanan hamba-Nya. Kalau godaan yang dilakukan Khalid itu dapat diatasi Hassan maka layaklah beliau menerajui Selangor!
Mungkin ceritanya menjadi ganjil dan menarik kalau pada hari raya lalu Khalid memuji kepimpinan Dr Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor. Atau mereka saling bermaaf-maafan dan bermaufakat untuk memperkuatkan Pas bagi memastikan Pas menang banyak kerusi pada pilihan raya akan datang dan seterusnya memerintah Selangor, dan bukan memperkuatkan mana-mana kuasa individu lain. Itu akan jadi cerita pelik dan menarik bagi saya. Tetapi kalau berita Khalid kritik Hassan sudah klise.
Sesampai di KL saya mencari maklumat di sebalik kenyataan Khalid itu. Saya kelebek situ dan buka sini takut-takut ada lagi masalah atau isu besar di sebalik teguran Hassan Ali kepada tindakan Selcat itu. Sampai disuruh Hassan keluar Pakatan tentulah besar salahnya! Manalah tahu takut-takut selepas beberapa hari lepas raya ini tiba-tia Hassan Ali mengistyharkan diri bergabung dengan Umno dan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakayat. Manalah tau...
Cari situ dan cari sini tidak ada apa-apa perkembangan terbaru mengenai ura-ura penggabungan Pas dengan Umno di Selangor untuk membentuk kerajaan. Ianya menjadi kebimbangan pihak tertentu sahaja, sebahagain dari PKR dan sebahagian dari Pas Selangor sendiri yang dikepalai oleh Khalid Samad. Hassan Ali pun sudah menjelaskan mengenai tuduhan dan prejudis itu, bahawa ia tidak betul. Dalam masa sama Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Roslan Ahmad Shahir sering mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa Pas akan tetap bersama Pakatan.
Pun begitu penegasan dan penjelasan berkala itu bukan mudah dipercayai. Apa lagi ia dibuat mengikut arus angin. Tindakan ini dianggap sebagai pura-pura saja. Dan sikap inilah juga menyebabkan ada prangsangka terhadap Hassan dan beliau dianggap sebagai hipokrit.
Sebenarnya dalam tilikan saya usaha Hasaan nak menggabung diri dengan Umno itu kemudian beliau akan dilantik menjadi MB samalah dengan impian Sang Kurian hendak mengahwani Dayang Sumbi dalam cerita rakyat Indonesia. Di mana Sang Kurian diminta menyiapkan perahu oleh Dayang Sumbi dalam tempoh satu malam sebelum dapat mengahwininya. Kalau Sang Kurian dapat berbuat demikian maka dapatlah dia mengahwini Dayang Sumbi. Masakan dalam satu malam sebuah perahu dapat disiapkan! Nah begitulah cerita Hassan nak jadi MB itu tidak lebih dari itu. Apakah orang-orang seperti Khalid tidak membaca cerita dongeng ini?
Mengenai isu Selcat ini ia tidak perlu diperbesarkan begitu sekali sehingga mendesak Hassan Ali meninggal Pakatan atau keluar Pas. Cara dilakukan Khalid itu tidak berhemah dan terlalu menuruti emosi dan dendam peribadi. Apa yang Hassan Ali buat bukan kesalahan peringkat melawan ketua. Tindakan Hassan itu kalau hendak dibandingkan dengan apa yang Khalid lakukan ke atasnya (Hassan) jauh lebih berat kesalahan Khalid. Namun Khalid tidak pun sampai diminta meninggalkan Pas melainkan dipecat sebagai timbalan pesuruhjaya saja.
Hendak tak hendak buruk atau baik, Hassan Ali adalah pesuruhjaya Pas Selangor. Atas kapasiti jawatan itu walaupun beliau bebal, lembab dan sebagainya sekalipun Khalid kena menerimanya sebagai ketua. Dalam prinsip Islam perlu kena taat kepada ketua selagi ketua tidak melanggar hukum-hukum Allah. Apakah mempertahankan larangan terhadap arak melanggar hukum agama. Atau mempertahankan aib orang (para pegawai kerajaan) melanggar hukum agama?
Isu Selcat ini adalah isu yang sengaja diperpanjangkan dan cuba dibangkitkan oleh Khalid Samad dengan motif yang jelas untuk memburukkan imej Hassan. Tetapi bacaan Khalid itu silap kerana tindakan Hassan itu disokong oleh para pegawai kerajaan. Hassan dapat merasai sokongan pegawai kerajaan penting kepada sesebuah kerajaan kerana mereka agen pelaksana. Ini dilupai oleh Khalid Samad.
Bagi mereka yang tahu sejarah Khalid tidak akan merasa ganjil dengan tindakan beliau itu. Beliau boleh menghalau sesiapa saja agar meninggalkan Pakatan waima meninggalkan Pas, tetapi tidak semua ahli bersetuju dengannya. Khalid kena ingat kelantangan, keberanian dan sikap kurang ajar yang ada kepadanya bukan disenangi semua ahli Pas. Pilihan raya ke-13 kelak Khalid akan dapat mengukur sejauh manakah tindak tanduk dan pendekatannya hari diterima rakyat khasnya orang Melayu. Tindakan menghalau seseorang seperti dilakukan Kahlid itu menggambar seorang yang ego.
Pada saya, apa yang saya nampak kecaman Khalid terhadap Hassan itu bukan isu Selcat. Itu hanya sampingan sahaja. Tetapi yang sebaliknya ialah kerana rasa dendam Khalid kepada Hassan Ali. Kecaman berterusan itu untuk menjatuhkan Hassan di Selangor. Umum tahu beliau tidak senang dengan Hassan Ali bukan baru. Ada beberapa perisitwa yang menjadi Khalid iseng dengan Hassan Ali. Makanya Khalid hanya menjadi kucing liar di sebalik isu Selcat ini.
Punca pertama yang sangat menekan Khalid ialah apabila beliau dipecat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor oleh Dr Hassan Ali setahun lepas. Pemecatan itu menjadi titik mula kebencian Khalid kepadaa kepimpinan Hassan Ali. Khalid tidak dapat menerima dan menduga Hassan bertindak demikian terhadapnya.
Tindakan Hassan Ali itu memang tepat. Sesiapa pun yang tidak dapat berkerjasama dengan satu team dan menjaga amanah parti perlu dipecat. Di Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil kangkah yang sama. Mana-mana pemimpin yang tidak perform akan dipecat dan diganti dengan muka baru waima orang itu adalah besannya sendiri. Di Kelantan tidak ada pula yang memprotes sampai suruh Nik Aziz berhenti. Memang tidak ada guna kalau menyimpan lipan dalam selimut.
Usaha Khalid untuk menjatuhkan Hassan berterusan. Dalam muktamar lalu Khalid sangat berharap si baju petak-petak merah menang sebagai timbalan presiden Pas. Jika si baju petak-petak merah menang mungkin ada tuah kepadanya untuk menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor. Malangnya si baju petak-pertak merah rebah tertiarap dalam muktamar berkenaan. Jadi impian Khalid turut sama sirna, lebih malang lagi Hassan Ali terus diberi kepercayaan untuk memimpin Pas Selangor.
Dendam dalam politik tidak mudah berlalu. Orang politik akan melalukan apa saja dan mengambil kesempatan atas apa sahaja untuk kepentingan dan kemenangannya. Kerana itu bagi Khalid, pantang Hassan Ali bercakap beliau akan kritik. Apa sahaja yang Hassan Ali buat beliau akan bantah dan diperbesar-besarkan untuk menarik sokongan umum bagi mencapai agenda peribadinya. Kalau takdir Khalid nampak Hassan Ali berak menghadap kiblat pun beliau akan dedahkan dan jadikan isu.
Jadi isu teguran Hassan terhadap cara Selcat yang menyoalsiasat para pegawai kerajaan ini sengaja diperbesarkan oleh Khalid Samad untuk memburukkan Hassan Ali. Ia ditimbulkan untuk menunjukkan sikap Hassan tidak sebulu dengan kerajaan Pakatan, dan mengharapkan orang Pakatan akan marah dan kecam kepada Hassan. Itu tujuannya dan motifnya.
Sekiranya Khalid mendinginkan kepalanya, teguran Hassan Ali itu ia tidak akan menjadi masalah. Hassan Ali bukan tidak setuju dengan perwujudan jawatan kuasa berkenaan, tetapi tidak setuju dengan caranya soalsiatnya. Selcat menyoal pegawai kerajaan secara terbuka tidak manis kerana ia mengaibkan pegawai berkenaan. Cara itu boleh mengeruhkan lagi hubungan pegawai kerajaan dengan kerajaan, dan kalau ini berlaku ia memberi masalah kepada kerajaan.
Kena ingat pegawai kerajaan adalah agen pelaksana polisi dan dasar kerajaan. Kalau mereka sebotaj ataupun bersikap dingin ia menyebabkan kerajaan yang susah. Jentera kerajaan akan jam dan semua kerja akan tergendala. Pada masa ini pun berapa urusan kerajaan bergerak perlahan kerana tidak ada komitmen tinggi dari pegawai kerajaan. Khabarnya semasa diadakan majlis sambutan Hari Malaysia 16 September peringkat Selangor baru-baru ini pegawai kerajaan telah memboikotnya. Dalam keadaan ini kalau perkara itu dibuat ke atas mereka ia menambahkan lagi masalah.
Teguran Hassan itu bagi memastikan pegawai kerajaan bersikap lunak dengan kerajaan. Itu sahaja. Apakah dengan membuat cadangan itu Hassan perlu tinggalkan Pakatan atau keluar dari Pas dan lepaskan jawatan pesuruhjaya kepada Khalid Samad? Yang kecam Khalid itu bukan pun ramai hanya Khalid seorang saja. Kalau yang setuju hanya mereka yang sewaktu dengan Khalid Samad dan beberapa rakan tea tarik Khalid di luar Selangor. Secara keseluruhan Hassan Ali masih mendapat sokongan ahli Pas.
Cuma dalam hal ini Khalid bertuah kerana mendapat kerjasama dari beberapa wakil rakyat DAP Selangor yang turut sama mengecam Hassan Ali. Antaranya ialah Tony Pua dan Jef Ooi yang turut sama mengecam Hassan Ali sebagai hendak menjadi hero membela pegawai kerajaan dan hipokrit. Tindakan Tony ini tidak menghairankan kalau dia bersikap lebih sudu dari kuah. Yang hipokrit bukan Hassan tetapi Pua. Anihnya bedalan Tony Pua kepada pemimpin Pas itu dibiarkan saja.
Kenapa ahli DAP lain tidak ikut sama mengecam Hassan Ali. Kalau diperhatikan mereka yang mengecam Hassan Ali itu adalah ahli atau wakil rakyat DAP yang bermasalah. Sama juga seperti Pas, DAP Selangor juga mengalami krisis dalaman sesama sendiri. Satu pihak berketuakan Ronnie Liu manakala satu pihak berpihak kepada, Teng Chang Khim, Speaker DUN Selangor.
Kesimpulannya isu Selcat yang timbul hari ini tidak sepatutnya sampai ada cadangan orang itu dan orang ini keluar gabungan dan sebagainya. Ia sepatutnya diselesaikan dengan baik dan diplomasi dan semangat uhkwah Islamiah yang tinggi. Pertelingkah dan perselisihan pandangan dalam apa jua perkara biasa. Malahan pertelingkahan itulah bakal menghasilkan natijah bermutu. Bukankah semua tahu baca dan faham maksud hadith? Jangan membaca hadith untuk dituju kepada orang Umno saja tetapi tujulah kepada diri sendiri juga.
Cadangan untuk mengadakan mesyuarat khas mengenai perkara itu Isnin depan adalah cara terbaik bagi menyelesaikan isu ini. MB, Khalid Ibrahim diharap dapat menjernihkan pertelingkahan ini. Cadangan untuk membawa ketiga pihak, Exco, pegawai kerajaan dan jawatankuasa Selcat bersemukaka juga adalah baik. Masalah ini menjadi rumit dan kelihatan besar apabila ada orang yang berniat jahat dan merasakan dirinya saja yang hebat, profesional dan kononnya ada pengikut ramai. [wm.kl. 11:15 am 26/09/09]
Friday, September 25, 2009
Catatan Selepas Raya
Raya tetap melalui perjalanan dan suasana yang sama tetapi memberi makna dan ertinya tersendiri setiap kali kehadirannya. Bagi mereka yang tahu dan bijak mengelohnya akan mendapat nikmat dan kelazatan Aidilfitri. Ia bukan saja kerana kita dihidang berbagai juadah, masakan, kenduri kendara, tetapi yang penting pada hari ini dapat merapatkan ukhwah dan persaudaraan sesama kita.
Begitulah...
Ada beberapa faktor yang sudah dikenali kenapa berlaku kesesakan. Pertama, kerana kemasukan kereta ke Kelantan melebih dari biasa. Kedua, kerana sistem jalan raya. Ketiga, kerana tabiat pemandu yang masing-masing nak tunjuk 'gedebe' dan ex. Kejadian memotong di sebalah kiri masih menjadi hobi gila sesetengah pemandu di Kelantan. Perbuatan inilah menyebabkan berlaku kesesakan.
Biasanya rumah tebuka orang politik akan meriah dan hebat kalau raya itu menjelang pilihan raya. Wang raya yang diberikan kepada kanak-kanak juga tidak berapa besar, sekadar seringgit dua sahaja. Ada yang dimasukan dalam sampul yang diluarnya dicetak wang RM5 tetapi di dalam hanya ada seringgit sahaja. Keadaan ini semua menunjukkan hipokrasi orang politik dan menandakan ekonomi masih belum 'jelingah'.
Satu fenomena yang berlaku sejak dulu di Kelantan ialah, mengunjungi pantai pada hari raya. Seolah-olah pantai menjadi tempat kunjungan yang mesti. Raya keiga kebetulan saya melewati bandar Bachok melalui pinggir Pantai Irama. Di pantai itu penuh dengan orang ramai yang berkelah dan mandi manda. Lagaknya macam sebuah pesta. Mereka yang datang dari daerah luar Kuala Krai, Gua Musang, Besut, Tanah Merah dan sebagainya.
Sunday, September 20, 2009
Album Raya
PAGI tadi saya bersama isteri dan anak-anak bersembahyang sunat Aidilfitri di masjid baru masjid Usamah bin Zaid yang terletak di atas bukit di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Inilah kali pertama masjid yang indah permai itu bergema dengan takbir dan tahmid hari raya. Alhamdulillah jemaah hampir penuh sesak.
Rupanya masih ada warga kampung yang tidak mahu bersesak di jalan raya memilih untuk bersolat di KL. Mungkin selepas solat semuanya bergerak ke destinasi masing-masing, meninggalkan Kuala Lumpur menjadi dagang seperti sedia kala.
Semasa bertakbir dan bertahmid memuji dan mengagungkan kebesaran Ilahi, hati tidak dapat menahan dari himbauan kenangan masa silam. Masa zaman kanak-kanak! Satu demi satu wajah-wajah orang kampung yang dirindui dan tidak pernah terlupa selamanya jatuh dan luruh laman hati. Baik rakan-rakan sebaya semasa kecil ataupun mereka yang sudah tiada lagi semuanya datang menggamit rasa.
Paling mencengkam perasaan ialah kenangan bersama arwah datuk, Haji Othman Yaacob. Setiap kali raya dialah yang akan mengiman solat sunat Aidilfitri. Seperti biasa sebelum solat dimulakan dia akan memberi tunjuk ajar dan ingatan kepada mereka yang mungkin lupa, maklumlah solat sunat raya sekali setahun.
Justeru bila khatib masjid Usamah memberi peringatan yang sama, saat itulah ingatan kepada arwah datuk datang menerpa. Air mata berseka di jendela mata tidak dapat tertahan lagi. Saya menangis...sendiri.
Paling mengusutkan jiwa, seluruh kenangan bersamanya menjelma dan ianya seolah-olah baru semalam berlalu. Selepas semahyang dan sesudah bersalaman arwah akan mencari anak cucunya. Dia akan memanggil satu persatu menghampirnya. Diseluknya poket baju gumbang dan diberikan syiling setiap anak cucunya yang datang.
"Sambil menghulurkan wang dia memesan, jangan beli bedil (mercun), beli makanan," Dan saya ketika ini saya merasakan paling istimewa kerana mendapat wang lebih daripada yang lain. Kalau cucu lain, anak-anak Au (ibu saudara) selalunya dapat 10 sen manakala saya akan menerima 20 sen.
Dalam gema takir yang bersahutan gambaran dan aksi arwah itu makin jelas bertabir di mata. Terasa selepas selasai solat pagi tadi saya akan menemui arwah dan menerima wang raya. Ah..
Makin lama bertakbir dan bertahmid makin lebar ingatan kepada kampung halaman. Selepas wajah datuk wajah arwah ayah dan mereka yang sudah lama meninggalkan juga turut menjelma satu persatu. Suara mereka melaungkan takbir juga semakin jelas di kuping telinga.
Semuanya seolah-olah datang untuk beraya bersama dalam masjid Usamah. Hati terus menjadi sayu dan giliran wajah kedua ibu dan ibu mertua pula datang menerpa.
Semua kenangan dan kerinduan itu menggoda, macamlah sudah bertahun saya tidak balik menjejaki kampung halaman dan menjamah tangan sejuk mereka dan mencium pipi jilah mereka.
Sampailah saat hendak mendirikan sembayang kenangan terus menggoda. Segala kenangan baru perlahan-lahan merangkak meninggalkan kolam hati sesudah meningalkan masjid. Ketibaan dua keluarga besar di rumah memberi erti lain kepada raya tahun ini. Rusdhan Mustafa dan Md Radzi Mustapa (bukan adik beradik) telah membawa keluarga besar mereka masing-masing untuk beraya dan merasai nasi baryani kambing ciptaan isteri. Berbaloilah malam tadi kami suami isteri tidak tidak sekacing matapun...
Dan apa yang bertuahnya imam masjid Usamah, Ustaz Mursyidi bersama isteri dan cahaya mata pertama mereka, Bahyaqi turut singgah beraya di rumah. Serentak itu juga adik Ros (Rsomah), dan keluarganya tiba dari Kelantan.
Empat tetamu istimewa ini melengkapkan hari Aidifitri pertama ini. Dan esok saya akan pulang bersama isteri dan anak-anak untuk menyahut panggilan kertok lebaran di kampung yang kini sedang bertalu memalu jiwa. Dan yang pastinya untuk kesekian kalinya kami dapat mencium ibu yang mulia dan tetap bertakhta di jiwa. [wm.kl. 6 :40 pm 20/09/09]
Saturday, September 19, 2009
Ucap Selamat Hari Raya
DI SINI juga tidak lupa saya mengucapkan selamat hari raya Aidifitri kepada penjenguk blog Merah Tinta dan semua rakan-rakan Facebook. Saya berterima kasih banyak atas sokongan anda budiman terhadap blog ini dan juga FB saya. Dikesempatan ini saya mengambil peluang memohon kemaafan di atas apa-apa catatan dan ulasan saya yang dipostingkan dalam blog ini dimana mungkin ada yang tidak menyenangkan.
Percaya dan yakinlah saya tetap istiqamah dengan pendirian saya yang menulis atau mengulas sesuatu isu itu bukan atas apa-apa kepentingan melainkan kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab saya menerusi bakat kecil yang diberikan Allah demi agama, bangsa dan negara. Adalah diharap setiap apa yang saya catatkan ada manfaatnya dan diberi keberkatan jua oleh Allah s.a.w.
Sekian wasalam.
Wangsa Melawati,
19 September 2009.
Friday, September 18, 2009
Memulang Maklumat
SEMASA hendak melelapan mata pagi tadi telinga saya terus terngia-ngia dengan rungutan dan rintihan seorang wakil rakyat Kelantan mengenai masalah dirinya dan diri rakan-rakannya (YB) yang lain yang ketiadaan wang. Katanya dia bimbang mengenai masa depan Pas Kelantan kerana wakil rakyat tidak dapat melayan rakyat dengan sempurna disebabkan ketidakcukupan wang.
Misalnya waktu raya ini, rakyat menjadi makin gila untuk mendapat layanan daripada wakil rakyat. Mereka datang menemui wakil rakyat tidak kira pagi, tengah hari, petang dan malam. Malah katanya waktu bersahur pun ada yang mengirimkan SMS bertanyakan bantuan. Yang datang berjumpa itu pula semua membawa masalah dan cerita. Ceritanya ialah mahu bantuan kewangan.
Alasan atau 'proposal'nya macam-macam, nak beli baju raya anak, nak beli pulut buat ketupat dan macam-macam. Pendekanya wakil rakyat tak ubah seperti bank – tempat mengaduh rakyat susah. Cerita ini menurut wakil rakyat itu sudah lama dan menjadi budaya, dan inilah nasib wakil rakyat di Kelantan.
Rungutan itu menggigit-gigit lubang telinga saya. Saya jadi antara percaya dengan tidak dengan cerita itu. Betulkah wakil rakyat Kelantan tidak ada duit? Teruk sangat ke mereka? Dan begitu sekalikah mereka melayani kerenah rakyat?
“Cuba anta bayangkan, elaun saraan wakil rakyat hanya RM3,600. Lebih murah daripada gaji seorang cikgu lepasan ijazah! Apa yang boleh dibuat dengan wang sebanyak itu. Wang itulah nak bantu rakyat dan nak tampung keperluan keluarga. Memang tidak cukup.”
“Bayangkan kalau ada kematian, wakil rakyat kena pergi, ada sakit kena pergi, ada kenduri kendara pergi. Ada anak yatim, ibu tunggal kena pergi. Pergi bukan tangan saja, paling tidak kena hulur RM10 atau RM50. Kalau sehari 10 tempat, sebulan berapa? Paling tidak dalam sebulan kena siapkan RM1,500 sebulan untuk wang entertaimant itu saja,” jelasnya menerusi telefon.
Lainlah kalau Exco... mereka ada elaun tambahan. Seorang Exco elaunnya mencecah ke angka RM10,000..,” huraian wakil rakyat itu terus terniga-ngia dalam lubang telinga.
Katanya lagi mereka (Exco) juga ada peruntukan tersendiri yang boleh diberikan kepada rakyat. Sebab itulah kawasan yang wakil rakyatnya menjadi Exco kawasannya agak ‘belengah’ sikit. Banyak projek kecil-kecil dilaksanakan, berbeza dengan wakil rakyat biasa, kohor dok mamah gosi saja” tuturnya lagi penuh kekecewaan.
Saya tidak tahu kenapa dia meluahkan itu kepada saya. Apakah sekadar sengaja nak lepas angin yang menyebak di dalam dada atau untuk diangkat ke atas, biar rakyat mengetahuinya. Tetapi kenapa kepada saya? Mungkin untuk diblogkan! (Nah saya blogkan kini).
Sekali dengar sukar untuk dipercayai kebenaran rungutan itu. Bagi orang Umno lagilah mereka tidak percaya. Mereka akan kata aduan itu sebagai auta sahaja. Alasannya bagi orang Umno memang mudah, masakan sesudah 19 tahun jadi kerajaan wakil rakyat Pas masih dibelenggu dengan masalah kewangan? Apakah mereka tidak tahu hendak mencari duit dalam kerajaan Pas Kelantan? Bukankah kerajaan adal sumber kewangan maksudnya bila jadi kerajaan banyaklah lubang belakang tempat mencari duit?
Mungkin orang Umno akan berhujah kalau tidak ada wang masakan ada yang mampu berkahwin sampai lebih pada dua? Biasanya mereka yang berkahwin adalah orang yang mempunyai kemampuan zahir dan batin. Bukan itu saja, kawasan balak kan banyak? Masakan mereka tidak merasai itu semua? Tanah yang diluluskan kepada syarikat untuk dibangunkan juga banyak. Masakan syarikat itu tidak hulur sesen dua? Begitulah fikir orang Umno.
Andaian itu dibuat mungkin berdasarkan kepada pengalaman. Kalau wakil rakyat Umno mungkin ia, mereka pandai dalam mencari wang dan menangguk di mana-mana pergentingan yang ada. Disebabkan terlalu pandai itulah akhir menyebabkan wakil rakyat Umno hilang intergriti.
“Apakah wakil rakyat tidak ada sumber kewangan lain ke? Tidak ada projek?” saya menyoal wakil rakyat berkenaan untuk menjelaskan tanggapan-tanggapan negatif seperti mana dilakukan orang Umno kepada mereka selama ini.
“Ada bukan tidak ada, tetapi bukan semua wakil rakyat ada sumber keewangan lain. Wakil rakyat tertentu saja yang mendapat kemudahan itu. Yang menjadi kroni kayalah, tetapi yang tidak termasuk dalam kroni seperti ana, kering gosi jawabnya,” balasnya.
Dengan penjelasan itu fahamlah saya. Bahawa wakil rakyat yang terjempit dengan masalah kewangan ini yang tidak tahu meletakkan diri mereka dalam kelompok tertentu. Yang tidak sanggup menjadi pandir kepada pihak tertentu. Yang suka melawan orang besar ataupun tidak tahu membuat mukanya tebal untuk mengemis belas ehsan MB untuk dapatkan kawasan balak.
“Siapa dia kroni itu?” saya memancingnya tetapi dia tidak mahu menjawab, sebaliknya menjelaskan; “semua wakil rakyat yang dikelaskan sebagai kroni kaya raya. Semua mereka dapat kawasan balak atau dilantik menjadi ahli lembaga pengarah syarikat itu dan syarikat ini. Dengan cara itu mereka dibayar wang imbuhan atau elaun,"
Selepas mendengar luahan itu barulah saya faham kenapa wakil rakyat itu menceritakan hal itu. Bukan maksudnya hendak memburukkan sesama sendiri tetapi kerana dia bimbang dengan masa depan Pas Kelantan. Baginya kalau wakil rakyat Pas tidak dibekalkan dengan sumber kewangan cukup mereka tidak akan dapat berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Natijahnya nanti Pas akan kalah.
Menurut hematnya dia yakin Jika amalan yang berlaku sekarang di mana sebahagian wakil rakyat saja dijaga tetapi yang lain dibiarkan, dia bimbang mana-mana kawasan yang tidak dijaga akan ditolak oleh rakyat menyebabkan Pas akan kalah. Kalau kawasan itu kalah ini membahayakan Pas Kelantan. Ia boleh menyebabkan Pas akan kehilangan negeri pada pilihan raya ke – 13 nanti.
Almaklumlah kata wakil rakyat itu rakyat kini sudah makin cerdik dan tidak mudah boleh dikelirukan dengan janji dan ucapan semata-mata. Rakyat juga sudah tahu meminta dan menangih apa yang dijanjikan kepada mereka.
Kesimpulannya wakil rakyat itu mahukan mereka diberikan sumber kewangan secukupnya. Kawasan balak hendaklah diberikan sama kepada mereka dan tidak terus diberikan kepada kroni saja. Beliau juga mempertikaikan tidak banyak untungnya kawasan balak diberikan kepada kroni kerana mereka tidak menyumbang kepada parti. Masing-masing himpun duit untuk membeli Mercedez dan buat rumah baru saja.
Sehubungan itu juga memahami daripada luahan wakil rakyat itu saraan hidup untuk wakil rakyat hendaklah ditambah sekurang-kurang RM5,000 untuk sebulan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh wakil rakyat yang kurang kreatif mencari wang.
Makanya eloklah kalau MB, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil perhatian mengenai hal ini. Dalam persidangan DUN akan datang bentanglah rang undang-undang pindaan saraan hidup wakil rakyat dan tambahlah eluan mereka beberapa peratus lagi.
Mudah-mudahan kebimbangan yang disuarakan wakil berkenaan tidakakan berlaku. Tetapi jangan lupa sesudah elaun naik kerja juga kena dipertingkatkan lagi dan ukhwah juga perlu dieratkan. [d'kota kl 6:55 pm 18/08/09]
Sebelum Jumaat
MALAM tadi Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra telah berangkat ke Qaryah Ramadhan di perkarangan stadium Sultan Mohamad ke-IV untuk sama-sama mendirikan solat sunat Tarwih bersama jemaah perkampungan berkenaan.
Baginda diiringi oleh Exco kerajaan negeri, Meja (B) Mohd Anizan Abdul Rahman bersama para pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) Bandarya Islam.
Kehadiran baginda itu benar-benar mengejutkan jemaah yang tidak menduga baginda sudi untuk berangkat bersembahyang bersama rakyat jelata di perkampungan berkenaan.
Keberangkatan baginda itu disambut dengan takbir Allahuakhbar, sebagai menyatakan kegembiraan dan kebanggaan rakyat atas sikap prihatin dan cakna baginda kepada rakyat. Sejak memangku tugas Sultan baginda tidak pernah jemu untuk berangkat menziarahi rakyat baik di bandar maupun di pedalaman bagi mengetahui sendiri masalah dihadapi rakyat.
Sikap baginda itu disenangi oleh rakyat jelatan. Di mana-mana saja di Kelantan hari ini rakyat memperkatakan mengenai sikap prihatin baginda itu.
Ketika bertitah selepas solat tarawih di Qaryah Ramadhan itu baginda nmengucapkan terima kasih banyak kepada seluruh rakyat Kelantan yang mendoakan kesejahteraan ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra yang baru-baru dalam keadaan gering. Foto Ehsan dari sdr Ruzely Abdullah. [wm.kl.11:45 am 18/09/09]Bening Bening Subuh
SAMBIL menunggu berlabuhnya Ramadhan 1430 beberapa jam sahaja lagi kita dikejutkan dengan satu berita mendukacitakan petang semalam iaini mengenai kematian Nordin Mat Top (foto) yang dikatakan telah meletupkan dirinya sampai hancur berkecai.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri. Katanya Nordin mati bersama empat orang yang lain. Nordin bersama empat orang itu digempur oleh polis yang sedang bersembunyi di sebuah rumah di Solo, Jawa Tengah.
Pengesahan Nordin hancur sampai kepala terputus itu berdasarkan kepada cap jari yang menyamai cap jari Nordin dan 14 tanda-tanda lain yang ada dibadan Nordin. Kenapa banyak sekali tanda-tanda itu? Nordin dikatakan bertindak meletupkan diri apabila ia dikepung oleh polis.
Tidak lama dulu Nordin sudah pun dilaporkan maut dalam satu kejadian tembak menembak antara polis dengan sekumpulan penjenayah di sebuah perkampungan di Jawa Tengah. Sudah heboh seluruh Indonesia kononnya Nordin yang dikelaskan sebagai penjenayah nombor satu itu sudah tewas (mati).
Media Indonesia yang sudah lama menunggu saat dan ketika ingin menyiarkan jasad Nordin yang tidak bernyawa beraya sakan. Bagaimana pun perayaan itu hanya disekerat jalan saja apabila forensik mengesahkan yang mati itu bukan Nordin. Naluri mahu menyiarkan jasad Nordin yang kaku secara besar-besaran tidak kesampaian. Pemalsuan kematian Nordin ini sedikit sebanyak menjejaskan media massa Indonesia dan dalam masa sama menjadikan rakyat Indonesia makin berdendam dengan Nordin.
Memang Nordin diburu dan dibenci di Indonesia kerana dikatakan terlibat dengan beberapa siri letupan bom dan pembunuhan kejam di negara berkenaan. Angkara Nordin juga menyebabkan timbul rasa tidak senang segelintir rakyat Indoensia ke atas negara ini. Ada yang menuduh Malaysia melindungi Nordin alasanya gampang saja sebab Nordin rakyat negara ini.
Mengenai laporan kematian Nordin semalam saya tidak terkejut. Sekiranya Nordin benar-benar mati atau sebaliknya itu adalah takdir. Kalau Nordin mati dengan cara itu ia adalah pilihannya sendiri dan takdir Allah yang tidak dapat terelak. Kata orang berani buat berani tanggungung.
Dan kita percaya Nordin sudah memikirkan semasak-masaknya dan yakin atas apa-apa juga tindakannya. Tetapi kesahihan mengenai kematian Nordin itu masih absah sehingga saat ini.
Tetapi apa yang sedikit menyentuh emosi saya dalam hal ini ialah apabila membaca kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishmuddin Hussein yang memberi tahu kerajaan akan membantu keluarga Nordin untuk membawa balik jenazah Nordin. Katanya kerajaan akan bertanya keluarganya siapa yang harus menerima jenayah itu sebaik mendapat pengesahan rasmi dari Indonesia.
Mendengar kenyataan Hismuddin itu apa yang dapat dirasakan betapa kerajaan bertanggungjawab ke atas rakyatnya di mana saja dan sesiapa saja. Biarlah rakyat itu siapa, penjenayah atau ulama atau negarawan namun kerajaan sedia membawa baliknya. Jahat soal lain tetapi hak negara ke atas warganegaranya tetap dijaga. Itulah kesetiaan negara kepada rakyatnya.
Hsimuddin juga melahirkan kesal kerana gagal untuk membawa Nordin balik bagi melalui proses memulihkan dirinya. Kekesalan itu menunjukkan Hishamuddin tidak mahu kalau Nordin mengakhirnya riwayatnya dalam keadaan dianggap jahat begitu. Seboleh-bolehnya kerajaan mahu membaiki dan memulihkan warganya.
Betapalah kenyataan Hismuddin itu menunjukkan kasihnya sesebuah negara terhadap rakyatnya. Mungkin seluruh penduduk Indonesia membenci Nordin atas kejahatan yang didakwa ke atasnya. Namun begitu ia tidak untuk Malaysia, negara tempat tumpahnya darah Nordin. Sebagai rakyat negara ini Malaysia, nuasanya tetap menerima jasadnya untuk dikebumikan di sini.
Alangkah sekiranya hati budi negara itu dapat dihayati oleh kita semua selaku rakyat negara ini betapa indahnya. Betapa kalau kita mengenangkan jasa baik negara terhadap kita tanpa mengira nilai pengorbanan kita terhadap tanahair ini, luhurlah hidup kita selamanya. Kalaulah kasih sayang negara ke atas kita, kita hayati dan dibalas setimpa dengannya sudah pasti negara kita aman dan kita akan hidup harmoni.
Betullah kata pendeta pengorban negara adakalanya lebih besar dari pengorbanan rakyat untuk membenanya.
Dan untuk Hishamuddin itulah buat pertama kalinya saya mendengar satu kenyataan yang menyentuh hulu hati yang mencerminkan akan ketinggian daya fikir beliau sebagai seorang pemimpin negara. Kenyataan Hishmuddin itu adalah kenyataan yang sewajarnya dan perlu dipuji. Iya... biarlah seribu orang Indoensia membenci Nordin tetapi Malaysia sebagai negara nya masih tetap mahu menerimanya. [wm.kl. 8:00 am 18/09/09]
Isu Yang Akan Diulas Esok
SEORANG Adun Kelantan dari Pas merungut kepada saya saraan hidup mereka sebanyak RM3,600 tidak mencukupi. Benarkah wakil rakyat Kelantan tidak ada wang? Dan perlukah elaun mereka ditambah? Kalau tidak ada wang bagaimana ada wakil rakyat yang sanggup membuka dua atau tiga buah 'dapur'? Tunggu ulasan esok. Isu yang perlu difikirkan bersama! Salam.
Thursday, September 17, 2009
Susupan Petang
MINGGU lepas saya berbuka puasa dengan seorang kawan, pegawai kerajaan yang berkedudukan juga. Kami tidak ke hotel ataupun restoran mewah, tetapi cukup membeli dua tiga jenis jaudah dan lauk pauk di pasar Ramadhan di Taman Melawati dan berbuka di satu tempat. Sengaja kami memilih begitu untuk lebih rileks dan tidak membazir.
"Kita beli saja dan makan di mana-mana,"begitulah cadang kawan itu. Ternyata dengan cara itu kami hanya habis tidak sampai RM30.00 jimat dan berbaloi. Lagipun bila usia sudah sebegini apa sangat hendak dimakannya, tak berapa kemaruk lagi dan makan pun tidak banyak seperti dulu. Ya... saya sendiri kini lebih sedap dan terhibur melihat anak-anak makan yang lahap dan berselera. Kata orang lihat anak makan kenyangnya jatuh ke perut kita.
Sementara menunggu tiba masa berbuka kami mengisi masa dengan berborak. Biasalah kalau jumpa dengan penulis politik, isu politiklah yang diborakkan dulu. Dan saya pula suka mendengar kawan ini bercerita, kerana dapat maklumat politik dari versi pegawai kerajaan. Dapat mengetahui bagaimana penerimaan pegawai kerajaan dengan stail pentadbiran Najib Razak. Lepas satu babak ke satu babak dan akhirnya terbawa kepada bidang kerjanya.
Katanya kebanyakan pegawai kerajaan menyambut baik saranan dan iltizam Najib Razak yang diluahkan menerusi slogannya berbunyi; Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Bagi pegawai kerajaan sepertinya merasa polisi itu sangat baik. Sudah lama kepentingan rakyat terabai ataupun dilayan secara lewa saja.
Jadi sesuai dengan slogan itu katanya pegawai kerajaan jadi bersemangat untuk berbakti kepada negara. Ketuanya sendiri telah mengeluarkan satu pekeliling dalaman meminta supaya semua pegawai tegas dalam melaksanakan tugas masing-masing dan tidak melayan kerenah-kerenah mencacatkan tanggungjawab masing-masing. Para pegawai diminta bertindak tegas dalam menentukan projek kerajaan yang dikawal masing-masing agar berjalan lancar, tepat dan siap dengan sempurnanya demi rakyat.
Sehubungan itu katanya, arahan diberikan mana-mana kontraktor yang lambat menyiapkan projek yang diberikan hendaklah diambil tindakan. Tindakan itu termasuklah memberhentikan dan memberi kepada kontraktor lain. Tidak perlu ada lagi nasihat dan amaran! Tujuannya ialah untuk mengawal duit kerajaan dan memastikan rakyat dapat menikmati kemudahan projek berkenaan sesegera yang boleh. Bayangkan berapa banyak duit kerajaan habis kalau projek tertangguh atau pun lewat.
Memang banyak projek yang gagak disiapkan. Paling ketara di sebuah negeri di pantai timur.
Jadi katanya apabila arahan itu dilaksnaakan maka banyaklah kontraktor yang dikenakan tindakan kerana gagal menyiapkan projek. Kontraktor berkenaan lalu diminta berhenti. Surat pemberhentian pun diedar kepada mereka memaklumkan tindakan itu.
Malang ceritanya, apabila mereka dikenakan tindakan mereka mengadu kepada orang politik, Menteri Besar. Mereka memberi berbagai alasan kepada MB termasuklah kalau projek mereka itu ditarik balik, sumbangan mereka kepada parti tidak ada. Maknya sumbangan kepada parti sebelum ini diberikan oleh para kontraktor. Apa lagi kerana merasakan ia menjejaskan kewangan parti MB terus bertindak membela mereka.
MB katanya terus membuat tindakan dan melaporkan hal itu kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri pula bila mendengar hal ini segera bertindak memanggil ketuanya supaya membatalkan balik arahan itu. Apabila ia melibatkan Perdana Menteri sendiri apalah yang pegawai kerajaan dapat lakukan! Jadi katanya arahan itu terpaksa dibatalkan serta merta dan para kontraktor 'malas dan lembab' itu pun diberikan semua projek itu.
Tindakan ini menurut kawan itu benar-benar mengecewakan pegawai kerajaan. Mereka merasakan kuasa yang ada kepada mereka tidak dihormati dan boleh diatasi oleh kuasa politik. Di masa akan datang kalau ada arahan-arahan baru sudah pasti mereka tawar hati untuk mematuhinya.
Kata kawan saya itu inilah yang berlaku dalam jabatan kerajaan dan masalah yang terpaksa ditanggung oleh pegawai kerajaan. Mereka jadi serba salah dalam melaksanakan tugas. Adakalanya mereka diasak supaya tegas dan bila tegas itulah jadinya. Jadi pegawai kerajaan ini katanya tak ubah macam bola ataupun haiwan serkas saja untuk dijadikan mainan mereka - orang politik.
Memahami cerita yang dikisahkan kawan saya itu menjelaskan betapa buruknya kerenah politik. Politik terus membelenggu para teknokrat untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Selagi pengaruh politik membayangi mereka ini bermakna buatlah apa-apa polisi pun ia tidak akan berjaya. Polisi atau dasar itu hanya menjadi slogan saja yang indah disebut dan sedap didengar tetapi hakikitnya hampa. Begitulah juga dengan slogan popular Najib itu ianya hanya retorika saja. [wm.kl. 3:00 pm 17/09/09]
Wednesday, September 16, 2009
Titisan Budi
Inilah sumbangan raya dari DMPP.
Di atas tupper ware itu disematkan secebis kertas putih berbunyi Salam Aidiftri 1430H Maaf Zahir dan Batin dari Warga DMPP 2009. Di bawahnya disertakan dua nombor telefon. Atas notis itu pula dilekatkan sekeping kertas warna kuning emas yang mencatatkan nama saya, MOHD SAYUTI OMAR.
Ini bererti pihak yang memberi sumbangan itu (DMPP- Dewan Muslimah Pas Pusat) menyediakan khas untuk saya dan juga staf lain. Ia bukan sekadar sumbangan ikut terpandang orang akan diberi tetapi disediakan khusus.
Saya jadi teruja dengan sumbangan/ingatan berkenaan. Tiba-tiba hati jadi sebak dan sayu mengenangkannya. Jauh di sudut hati terfikir betapa mulianya mereka yang menyediakan biskut-biskut dan juga kurma itu untuk dijadikan sumbangan. Buat saya inilah sumbangan pertama sepertinya dari DMPP atau mana-mana perkumpulan wanita.
Saya tahu ianya bukan untuk saya saja, tetapi mungkin untuk ratusan mereka lain yang menjadi ingatan DMPP dan secara tidak langsung juga sebagai sedekah kifayah DMPP sempena bulan Ramadhan.
Semoga saja sumbangan yang kecil tetapi amat bererti ini akan mendapat berkat dan DMPP akan terus diberikan Allah s.w.t. kemenangan dalam segala lapangan yang diceburinya. Biarlah apa orang nak kata kepada DMPP, tetapi ternyata bagi saya ia lebih perihatin dan mulia berbanding dengan Pergerakan Wanita Umno, ataupun Angakatan Wanita PKR ataupun mana-mana pergerakan wanita lain. Sebabnya, hanya DMPP - Dewan Muslimah Pas Pusat saja yang ingat dan memberi sumbangan kepada saya.
Insya-Allah bila tiba lebaran nanti saya akan merasai bisut berkenaan bukan kesedapannya tetapi menghayati ketulusan DMPP dengan sumbangan itu. Terima kasih daun keladi. [wm.kl.5:50 pm 16/09/09]