Friday, February 28, 2025

Pemilihan PKR akan hangat (Bhg I)

ULASAN 

TUMPUAN para pemerhati politik kini kepada kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan membuat pemilihan majlis pimpinan tertingginya (MPT) parti itu. Walaupun ia masih belum bermula secara rasmi, tetapi bunga bunga kehangatan pertarungan sudah jelas berlaku di peringkat cabang. 

Kempen peringkat cabang sudah kalut dan rancak. Pemilihan cabang akan bermula bulan Mac, manakala pemilihan peringkat pusat dijangka bulan Mei. Kempen dan lobi sudah bermula. Majlis majlis anjuran parti parti terarah ke situ.

Pertarungan akan hangat dan panas selepas proses penamaan calon kelak.

Seperti biasa gambaran dan gelora pemilihan peringkat cabang akan memberi indikator pemilihan diperingkat pusat. Air di hulu akan mengeruhkan lopak dan kolam di hilir. 

Di Kelantan dilaporkan hampir semua 14 cabang akan berlaku pertandingan di semua jawatan. Terdapat satu cabang akan membabitkan tujuh penjuru untuk merebut ketua cabang.Gambaran itu menjelaskan betapa pemilihan bakal meriah.

Pemilihan parti tidak ditangguhkan walaupun parti ada peluang berbuat demikian. Ertinya parti itu tidak merasakan proses pemilihan memberi impak negatif kepada parti itu. Mungkin presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya ahli partinya sudah matang untuk berkongres. Membiarkan pertandingan menobatkan demokrasi.

Penerusan ini apabila presiden memberi lampu hijau kongres dijalankan mengikut jadual. Cadangan tidak rasmi agar tidak ada pemilihan timbalan presiden semacam tidak direspon. Bahkan khabarnya cadangan itu tidak disenangi presiden sendiri.

Pemilihan terakhir MPT Keadilan pada tahun 2022. Ada berpendapat pemilihan kali ini akan memberi peluang untuk membolehkan presiden menyusun kabinetnya, menukar mana mana yang tidak performce daripada partinya. Dalam kabinet kerajaan Madani hari ini seramai 13 orang pimpinan Keadilan dilantik memegang jawatan menteri dan timbalan menteri.

Bagaimana pun hakikat pemilihan itu kerana mengikut perlembagaan parti, yang menetapkan pemilihan perlu diadakan dalam tempoh setiap tiga tahun sekali. Yang jelasnya pemilihan dalam PKR punya signifikan penting berbanding dengan pemilihan dalam mutkamar Pas tahun ini.

Daripada PKR ada tujuh orang menteri, Mohd Rafizi Ramli, (Ekonomi), Saifuddin Nasution Ismail (Mendane),Chan Lih Kang (Sains, Teknologi dan Inoversi), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seumber Asli dan Kelesatarian Alam), Fahmi Fadhil, (Komunikasi), Fadhlina Siddik (Pendidikan), Dr Zaliha Mustafa (JPM Wilayah Persekutuan).

Manakala enam orang timbalan Akmal Nasullah Mohd Nasir (Peralihan Tenaga dan Daya Guna Alam), Fuziah Salleh (Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Sara Waswathty (Perpaduan), Adam Adli Abd Halim (Belian dan Sukan), Mustapa @Yunus Sakmud (Pendidikan Tinggi) dan Ramanan Ramanskisnan (Pembangunan Ushawan dan Koperasi).

Semua yang diberi jawatan terdiri daripada penjawat jawatan tertinggi dalam parti, terdiri  timbalan presiden, naib-naib peresiden, dan juga pegawai eksekutif parti.

Selain menteri dan timbalan menteri dua naib presiden memegang jawatan Menteri Besar, Amiruddin Shaari (Selangor) dan Aminunddi Harun (Negeri Sembilan).

Kerana kedudukan itu menyebabkan ramai yang berminat untuk merebut jawatan penting parti dengan harapan akan dinilai untuk mengisi jawatan bertaraf menteri atau eksekutif parti. Hanya Nurul Izzah Anwar seorang walaupun naib presiden tidak dilantik ke jawatan penting kerajaan sebaliknya diberikan jawatan lumayan di kementerian kewangan.

Yang sudah pasti kini, mereka yang menyandang jawatan tertinggi itu akan memgekalkan jawatan mereka kerana jawatan itu akan mengekalkan kedudukan mereka dalam kerajaan. 

Walaupun itu bukan ketatapan wajib, tetapi itulah amalannya, konvensyen. Rafizi Ramli sudah pasti akan mempertahankan jawatannya kerana jawatan itu memungkinkan dia dilantik Menteri Ekonomi bahkan jawatan dipegang Rafizi itu relevan untuk jadi timbalan perdana menteri. Jika mereka terlepas atau tidak memegang jawatan kini, ia bakal kehilangan jawatan dalam kerajaan.

Walaupun ada pendapat nakal mengatakan Rafizi akan mencuba rebut jawatan presiden, tetapi pendapat itu sudah mansuh kini. Mungkin kalau Keadilan seperti dahulu masih gagal untuk jadi kerajaan, pandangan itu relevan, kerana melawan Anwar bertujuan untuk mengubah PKR daripada berterusan dikaitkan dengan Anwar untuk keluar daripada persepsi itu. Suatu masa Rafizi agak skeptikal dengan Anwar selaku presiden. 

Dengan Keadilan hari ini sudah jadi kerajaan dan Anwar adalah perdana menteri, jika ada niat untuk mencabarnya ia adalah untuk cari fasal. Kita kira ura-ura itu tidak lagi terbetik dalam jiwa Rafizi hari ini untuk mencabar Anwar. Anwar sudah pasti akan tidak diganggu sesiapa. 

Bagaimana pun kedudukan Rafizi walaupun cuba diendorce, tetapi belum selamat kerana ada desas desus kedengaran ada calon akan mencabar kedudukannya sekali. Apakah Saifuddin Nasution akan mencuba nasib sekali lagi atau ada calon lain mengambil giliran. Tunggu dalam ulasan bahagian II nanti.  [wm.kl. 28/02/2025 4:42 pm]

Saturday, February 22, 2025

Kejahilan politik Abdul Hadi, merugikan Pas


Kebijaksanaan politiknya
boleh dipertikaikan.
PENDAPAT

PAS mengkultus Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti itu terbaik sepanjang sejarah kewujudannya 71 tahun. Rata rata ahli Pas dari peringkat cawangan sampai ahli jawatankuasa agung puji Hadi hebat, pemimpin supersonik tidak terlawan dek sesiapa.

Lagak mereka yang melihat kehebatan Hadi Awang ini tidak ubah seperti kisah tujuh orang buta yang mahu mengenali dan menganalisa seekor gajah. Mereka mengenali gajah dengan pengetahuan yang terbatas dan teori rigid.

Ketujuh tujuh orang buta yang mahu mengenali gajah dari persepsktif mereka tetap mengatakan gajah seperti apa yang dirasainya dengan deria rasa dan pancaraindra bukan dengan ainun, yang jauh menepeti hakikat haiwan berkenaan.

Yang megang ekor mengatakan gajah panjang seperti tali, yang memegang telinga mengatakan gajah besar dan lebar macam dulang. Manakala yang memegang tubuh gajah mengatahkan gajah seperti bukit. Yang memegang kaki mengatakan gajah seperti tiang.

Begitulah dengan para penyanjung dan pengtaksub Abdul Hadi sebagai presiden Pas. Kerana taksub kubra itu menyebabkan Hadi damai bersemayam atas singgahsana kemegahannya tanpa terusik. Hadi mendapat protection percuma walaupun ada tindak tanduk dan strategi politiknya ke laut. Sebab itu hari ini seorang demi seorang mengaku tidak sanggup untuk melawan Hadi.

Salah satu aspek orang Pas mengkukutus dan mengikhtiraf kehebatan Hadi ialah apabila Pas menang besar pilihan raya ke-15 dengan meraih sebanyak 43 kerusi dan mengekalkan Kelantan dan Terengganu serta menguasai Kedah dan Perlis. Memang diakui kejayaan itu terbesar dan sejarah buat Pas. Dari sisi ini benar kalau dikatakan Pas hebat sewaktu Hadi jadi presiden.

Dari sudut itu benar, tetapi masih ada sudut dan penilaian lain yang perlu diteliti untuk melihat apakah Hadi "sengoti" hebat atau pun tidak, apakah Pas mendapat manfaat dari kemenangan itu.

Untuk menilai Hadi sebagai presiden bukan setakat itu sahaja, banyak lagi aspek atau kriteria yang perlu diselidiki. Lagipun pencapaian itu bukan mutlak.

Kejayaan Pas capai 43 kerusi bukan mutlak kerana kejayaan itu hasil berkongsi dengan Bersatu. Kemenangan itu bukan atas kekuatan Pas, tetapi kerana perpecahan dalam kelompok Melayu. Pas hanya menumpang sahaja atas perpecahan Umno. Wave yang membawa kemenangan itu tidak semestinya berulang.

Justeru kemenangan hebat Pas itu kerana kelemahan lawan bukan kekuatan sejati Pas. Kemenangan atas takdir berkebetulan. Maka kondisi itu boleh berubah bila bila masa mengikut iklim dan situasi semasa.

Dalam politik kemenangan dan kebenaran seseorang ketua bukan atas sandaran kejayaan memenangi kerusi sahaja, tetapi banyak lagi juzu lain yang perlu ditenguk. Politik adalah untuk merubah suasana dan membawa iltizam dan harapan seperti mana diperjuangkan. Kekuatan 43 kerusi tidak dapat melakukan apa-apa melainkan menjadi pembangkang yang kuat. Kegagalan memanfaat kemenangan inilah kelemahan Pas dan Hadi.

Kelemahan besar Pas atau Hadi ialah kerana tidak bijak mengambil kesempatan atas kejayaan itu. Jumlan kerusi terbesar itu tidak dimanfaat sepenuhnya menyebabkan ia sia-sia. Belum tentu selepas ini Pas mampu mencapai jumlah kerusi itu. Itu realiti.

Dalam politik memerlukan kebijaksanaan, dan yang dikatakan bijaksana itu apabila dapat mengeksploitasi kemenangan untuk parti seoptimanya. Apa lagi kalau kemenangan itu kecil, tetapi memberi kesan besar, itu baru dikatakan bijaksana. Itulah falsafah politik.

Dalam hal ini Hadi tidak bijaksana kerana kemenangan besar gagal memberi impak besar buat Pas. Memilik kapal tetapi hanya sungai hendak direntasi.

Kemenangan besar itu tidak memberi manfaat kepada Pas. Hadi gagal meletakkan Pas sebagai parti signifikan dengan kejayaan itu. Hadi tidak tahu mengambil kesempatan atas kemenangan bersejarah itu apabila Pas menolak menjadi kerajaan Perpaduan.

Sepatutnya dengan jumlah kerusi itu Pas mendominasi secara bersama PH untuk bentuk kerajaan. Tampak itu tidak teraih oleh Pas gara-gara kelemahan dan kepandiran Hadi membaca falsafah politik.

Jadi peluang ini terlepas, macam mana kita hendak nobatkan Hadi sebagai presiden terhebat sedangkan dia gagal memanfaatkan kemenangan untuk parti. Keadaan Pas jadi seperti nasib Pak Kadok ayam menang kampung tergadai.

Seharusnya dengan kemenangan besar itu banyak perkara boleh dimanfaatkan oleh Pas. Ia boleh meletakkan Pas dipersada politik negara dan mendunia seperti dialami PH dan BN. Misalnya apa yang pernah dicapai oleh Mohd Asri Muda semasa menjadi presiden Pas, beliau telah meketakkan Pas dipersada negara dengan menjadi kerajaan bersama (BN).

Jasa terbesar Asri ialah berjaya menyatupadukan politik orang Melayu Umno dengan Pas. Dengan jumlah kerusi relatif jauh lebih kecil berbanding sekarang tetapi, Asri berjaya membawa Pas jadi kerajaan. Itulah kehebatan sebagai seorang presiden parti.

Banyak manfaat dengan strategi Asri itu. Ia bukan sahaja menguntungkan Pas, tetapi turut menguntungkan bangsa Melayu dan Islam. Umumnya langkah Asi membawa Pas bersama Barisan Nasional dapat menghormonikan negara dan mewujudkan kedamaian politik dan ukhwah sesama Melayu. Keadaan itu secara tidak langsung menggerumkan kaum lain.

Namun hal itu gagal dilakukan Hadi, justeru adalah tidak tepat untuk bangga dan kagumkan Hadi sebagai presiden terhebat. Kemenangan besar Pas mendapat 43 kerusi langsung tidak membawa apa-apa erti sebaliknya menggambarkan Hadi yang jahil berpolitik.

Inilah kelemahan Hadi sebagai presiden tidak bijak mengambil kesempatan untuk maslahat ummah dan kekukuhan parti. Dan Pas tidak akan mengalami anjakan kubra selagi Pas mengekalkan Hadi sebagai presiden dan mengekalkan cara politik Hadi. [wm.kl 11: 59 am 22/02/2025]
Mohd Asri bersama
arwah abang saya,

Monday, February 17, 2025

Konvensyen Perpaduan Kedah: Menyemai benih untuk menuai buah

CATATAN PERJALANAN

Penanda tangani plat solusi konvensyen,
1 Tekad 1 Visi 1 Hati.
WALAUPUN kondisi diri tidak seperti 10 atau 20 tahun lalu, tetapi semangat untuk melihat sendiri event politik masih membakar dalam diri ini. 

Kerana itu saya mengagahkan juga diri untuk hadir ke Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 anjuran Pakatan Harapan dan Barisan Nasional negeri Kedah di Sungai Petani kelmarin 15 Februari.

Mulanya cadang untuk ke Sungai Petani menaiki kereta, tetapi disebabkan tak larat untuk memandu, ubah menaiki kapal terbang. Kebetulan sdr Zulaimi akan bawa balik kereta dari Alor Setar, jadi sepakat pergi menaiki flight, balik dengan kereta.

Alang alang di Kedah dua malam juga tidur disana. Entah macam mana saya begitu mesra dengan politik Kedah sejak dari dahulu lagi. Pada saya politik Kedah ada keunikan dan persamaan dengan politik Kelantan, sama tetapi tidak serupa dengan Kelantan, situasi ini menjadi tarikan kepada saya.

Sebaik sampai rumah jam 6.15 petang semalam, selepas rehat satu jam, saya cuba buat catatan perjalanan ke konvenysen berkenaan seperti lazimnya, kerana perangai saya, selagi sesuatu peristiwa, apa lagi penting dan menarik tidak dicatat (diluahkan) selama itu ia menggaru-garu tempurung kepala dan rasa tidak selesa menggodam diri. 

Konvensyen itu event penting bagi saya untuk memerhatikan dan buat kayu ukur senario terkini politik di Kedah khususnya di pihak pembangkang. Tetapi saya tewas kepada ketuaan, tidak mampu meneruskan semalam, dan selepas Subuh baru mula menyambuung catatan pagi ini dan kini sudah siap. 

Pengamatan.

Sebahagian peserta Konvensyen.
Konvensyen semalam dalam pengamatan saya, berjaya menjadi satu kebangkitan baru bagi pembangkang di Kedah. Konvensyen itu menjadi pencetus ataupun pemotongan ribbon untuk PH/BN Kedah memulakan pecutan menuju garis penamat pilihan raya akan satang.

Melihat suasana dan mood konvensyen itu saya yakin ia mampu mengejutkan pihak di sebelah sana. Walaupun ada ejekan dan persendaan nanti, tetapi secara senyap pihak sebelah sana terkesan dengan aura konvenysen itu.

Secara umum sekurang-kurang ada dua faktor kenapa saya kata konvensyen itu berjaya dan beraura. 

Pertama, sambutannya hebat dan luar biasa apabila semua parti komponen BN dan PH walaupun ia diadakan dalam tempoh relatif singkat. Katanya waktu diambil untuk mengurus dan mengendalikan konvensyen itu tidak sampai seminggu. 

Ia cambah atau digerakkan sebaik sahaja pelantikan pengerusi Pakatan Harapan Kedah yang baru Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail 8 Februari lalu bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar. Perubahan itu mengorak semangat untuk Pakatan Harapan Kedah bangkit menyusun barisan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Pertukaran pengerusi itu merupakan peliup untuk bergerak lebih ke depan dengan terbentuk team baru dan tuangan idea komtemporari berstrategi. 

Pengarah Konvensyen sdr
Basir Ismail.
Kehadirannya sangat memuaskan. Saya mulanya tidak percaya dewan tempat berhimpun akan penuh. Timbul kebimbangan kepada saya konvensyen itu gagal. Sangkaan saya meleset, Dewan Ghandi tempat berlangsung konvensyen itu penuh sesak. 

Menurut penganjur sebanyak 1200 kerusi di sediakan, tetapi saya kira angka kehadirannya melebih dari jumlah itu dan konvensyen itu juga diikuti secara live streamyx. Konvensyen juga berjalan licin berdisplin ini membuktikan bahawa setiap peserta yang hadir penuh prihatin untuk merubah keadaan. Cuma semasa para pemimpin parti menyampaikan ucapan keadaan bertaburan sedikit apabila peserta kehausan keluar untuk mendapatkan air.

Paling bermakna peserta yang hadir daripada semua parti komponen yang membentuk komponen itu; BN (Umno, Mca dan Mic) PH (Keadilan, Dap, dan Amanah). Kebanyakan yang hadir pimpinan peringkat bahagian atau cabang. Ia juga sepadu dan satu, hakikat ini terpancar melalui konstium merah biru yang dikenakan para hadirin. Merah domankan kepada PH manakala biru BN. Merah biru berpalut menjadi satu gelombang mengindahkan suasana.

Kedua, konvensyen itu dilihat terbuka, maksudkan ia benar-benar menjadi wadah untuk membincang masa depan parti dan juga negeri Kedah secara telus dan ikhlas serta tanpa segan silu. Konvensyen itu memberi sepenuhnya kebeasan untuk menyampaikan pendapat dan pandangan.  

Konvensyen itu juga menjadi medium meluahkan rasa tidak puas hati, menyatakan kelemahan masa lalu dan tekad untuk meninggalkan perkara titik bengkit yang timbul di antara kedua komponen itu selama ini dimana elemen itu membawa kekalahan parah. Konvensyen cuba memulihkan semangat dan mencari keserasian dan persefahaman, sehati sejiwa.

Semua wakil pimpinan parti diberi peluang secara bebas menyatakaan apa sahaja pandangan dan kritikan ke dalam. Inilah saya katakan konvensyen itu unik dan istimewa. 

Semua pemimpin parti bercakap sebebasnya, setengah tanpa teks menyatakan apa tersekang di hati, terbetik difikiran tanpa ada batas dan segan silu. Semua fikiran dan idea dilontarkan disambut tempukan gemuruh peserta diterima secara insaf.

Atas semangat dan pengertian itu kadang-kadang ada bicara yang menyinggunng pihak lain, tetapi diterima tanpa sunggutan atau "sokses sokseh" di belakang.  

Keduanya, kesemua wakil-wakil parti komponen semua hadir. Tidak ada seorang pun yang ketinggalan. Semua mereka mengambil bahagian. Paling membahagiakan juga para pemimpin veteran, aktivis dari semua parti turut memberi partisipasi. 

Antara yang ternampak oleh saya, bekas MB Kedah Ahmad Bashah, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir, dan beberapa yang saya tidak hafal namanya. Daripada Amanah turut hadir bekas Pengerusi Amanah, Datuk Phahrorazi  Zawawi, Ustaz Redhuan dan para veteran yang juga aktivis semasa dalam Pas. Hanya dua tokoh Amanah yang terlihat Mahfuz Omar dan Dr Ismal Salleh, mungkin mereka keuzuran atau sibuk berpodcas.

Kesediaan mereka yang untuk hadir bergabung dengan tokoh-tokoh muda memberi semangat ini merupakan komitmen bagi menjayakan konvensyen itu yang bertema 1 Tekad 1 Visi 1 Hati. Kehadiran dari semua fraksi itu melambangkan wujud kesatuan hati dalam muafakat rakyat BN/PH.

Chua Tiong Gee
Konvensyen itu dijalankan tiga sessi. Sessi pertama ialah ucap utama disampaikan oleh Pengerusi Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya Mahadzir Khalid. Secara simboliknya kemunculan kedua tokoh ini menunjukkan PH dan BH terus akan bersama untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Mereka bukan tegak sepentas, tetapi akan menghayung langkah ke serata ceruk Kedah.

Kemunculan mereka menafikan cerita buruk dari belakang yang menujum tidak ada akan ada keserasaian di antara BN dengan PH.

Dengan keduanya muncul mengepalai konvensyen berkenaan, menjadi seperti induk ayam yang akan dibuntuti anak-anak dari belakang. Keikhlasan, iltizam yang dipancarkan keduanya juga mengkagumkan. 

Tidak cukup dengan apa yang dilowongkan Saifuddin dan Mahadzir, ia juga disusuli oleh ucapan pemberian semangat, dan pernyataan keyakinan daripadaa ketua-ketua parti nyang membawa naluri ahli akar umbi.

Asmiru Anuar Aris

Yang tampil ke pentas untuk berucap dan menyampaikan gagasan dan wawasan mereka serta menyatakan nekad kebersamaan dan sehati sejiwa ialah; Pengerusi Mic Kedah S Suresh a/l Subramaniam, Pengerusi Mca Kedah, Chua Tiong Gee, pengerusi Amanah Kedah Asmirul Anuar Aris dan pen gerusi DAP Kedah Tan Kok Yewe.

Turut sama berucap membentang pandangan dan harapan masing-masing, timbalan pengerusi badan Perhubungan Umno Kedah Abdul Azeez Abd. Rahim dan pengerusi Keadilan Kedah Nor Azrina Surip.

Sebelum itu satu sessi wacana bebas bagi membincang halangan dan solusi memadukan PH/BN Kedah juga diadakan dengan menampilkan dua tokoh wanita pusat Ketua Penerangan Wanita BN Rosni Zahri, ketua wanita PH Aiman Athirah al Junid dan tokoh muda ahli parlimen Sungai Petani Taufik Johari. Wacana atau town hall itu dipengerusikan sdr Omar Mokhtar.

Sebelum konveysen menutup tirai dengan pembacaan resolusi konvensyen, penggulungan keseluruhan konvensyen dilakukan oleh Pengerusi Umno Kedah Madhazir Khalid dan pengerusi Perpaduan Kedah Saifuddin Nasution Ismail. Kedua mereka menzahirkan rasa syukur dan teruja dengan perjalanan konvensyen yang dilihat pada semangat yakin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional mampu memberi cabaran kepada Perikatan Nasional dalam pilihan raya kelak.

Pembacaan resolusi oleh sdr Dr Taufik Johari.
Saifuddin tanpa berselidung menyebut, halatuju, serta nekad dan visi utama konvesnyen itu adalah untuk merealisasikan bagi capai kerajaan dalam penantian. Nasihatnya jangan mudah tergugat dengan ugutan persendaaan PN atau mana-mana pihak sebalik seluruh ahli PH/BN bergerak ke hadapan untuk mencapai visi itu. 

Dan atas kejayaan konvensyen berkenaan ucap tahniah harus disampaikan kepada jawatankuasa pelaksananya yang juga merupakan gabungan di antara PH/BN manakala pengarah konvesnyen sdr Basir Ismail. [wm.kl.12:47 17/02/2025]



Wednesday, February 12, 2025

Sedekad ketiadaan Tokguruku Nik Aziz


Kenangan bersama Tokguru. 
DIRGAHAYU

HARI ini genap satu dekad pengembalian Allahyarham Tokguru Nik Aziz Nik Mat ke alam baqa. Dalam tempoh itu banyak peristiwa berlaku yang tidak sempat disaksikan oleh Allahyarham, tetapi dipersaksikan oleh para pengikutnya, muridnya dan penyokongnya khusus dalam politik.

Antara beberapa peristiwa itu ada yang membahagiakan, ada yang menyedihkan dan ada yang tersimpang jauh daripada minda dan naluri siasah Allahyarham. 

Antaranya pemutusan hubungan tahlul syiasi dengan DAP, berlaku sengketa besar dalam Pas penyingkiran golongan prolib menyebabkan tertubuhnya parti Amanah. Dua peristiwa ini mungkin tidak berlaku sekiranya Allahyarham masih ada dan berkuasa ke atas Pas. Tokguru seorang sedarhana dan sangat mencintai perpaduan dan berhemah. 

Selain peristiwa itu, satu dekad juga memberi kejayaan istimewa kepada Pas apabila dalam pilihan raya 2022 Pas berjaya menambahkan penguasaan ke atas negeri Perlis disamping mengekalkan negeri Kelantan, Terengganu dan merampas semula Kedah.

Dalam pada itu Pas juga mencatat sejarah memperolehi kerusi parlimen terbanyak, sebanyak 43 kerusi. Kejayaan ini dibanggakan oleh seluruh ahli dan penyokong Pas, ia menjadikan Pas sebagai parti terbesar dari segi bilangan kerusi, namun sayangnya kejayaan itu tidak membawa apa-apa erti apabila Pas kekal sebagai pembangkang dan gagal kerana tidak bijak mengambil peluang untuk membentuk Kerajaan.

Pengekalan itu kerana penolakan dan politik sempit presiden Pas Abdul Hadi Awang yang diperangkap oleh tipu helah musuh-musuh Anwar Ibrahim yang memperdayakannya kononnya mereka (PN) berjaya telah memperolehi jumlah cukup untuk membentuk Kerajaan.

Peluang terhidang untuk Pas menjadi kerajaan bersama kerajaan Perpaduan seperti mana dicadangkan Yang diPertuan Agong disia-siakan sahaja. Ini berlaku disebabkan ketumpulan akal politik presiden Pas yang dinasihati oleh mereka berkepentingan. Peluang keemasan buat Pas yang tidak tentu akan hadir lagi itu disia-siakan sahaja.
Sekiranya Nik Aziz ada ketika itu keadaannya berubah.

Mencaritkan perpaduan.

Dalam satu dekad itu juga Pas mencaritkan banyak tirai perpaduan dan pengukuhan politik sebangsa dan seagamanya. Misalnya Pas membuang Anwar sebagai rakan dan sahabat serta melupai jasa-jasa Anwar yang membelek ruang faktor kepada kemenangan Pas dalam pilihan raya 1999 sehingga berjaya merampas Terengganu.

Kita yakin dan percaya Pas tidak akan bermusuh dengan Anwar, bahkan kemantapan Pas sebagai parti Melayu dan Islam kian kukuh sekiranya Pas menjadi sebahagian kerajaan untuk menyemak dan mengimbangkan perjalanan kerajaan Madani hari ini. Namun sayang "cik Minah sayang, bulu ketiak panjang," cita-cita itu disia-siakan oleh kelemauan politik Abdul Hadi Awnag.

Permusuhan Pas dengan Anwar Ibrahim dan kerajaan Madani hari ini bukan disebabkan penolakan Pas seratus peratus, atau pun lantaran pertentangan idealogi dan jihad Pas, tidak. Namun penolakan itu kerana faktor peribadi Abdul Hadi dengan pemimpin kerajaan Madani Anwar Ibrahim. Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Hal ini sudah diketahui seantero dunia.

Penolakan Pas terhadap kerajaan Madani atau kerjasama politik dengan Anwar diputuskan bukan atas semangat ukhwah yang diambil dari muktamar, keputusannya itu bukan secara kolektif dan konsesus (musyawarah) dalam muktamar, tetapi ia dibuat dengan veto Hadi Awang sebagai presiden.

Sekiranya Tokguru masih ada ketika Anwar memimpin menjadi Perdana Menteri, kita yakin Pas akan menjadi penyumbang utama kepada kerajaan hari ini, kerana dari segi konsep dan dasar perjuangan politik Anwar dan Pas tidak berbeza. Juga tidak mustahil dengan jumlah kerusi yang diperolehi Pas sekarang, mungkin Pas berada dalam posisi istimewa dalam kerajaan hari seperti jabatan timbalan Perdana Menteri disamping beberapa kementerian kanan.

Keberadaan Pas dalam kerajaan juga dapat menjamin keutuhan politik orang Melayu dan menjadi benteng kepada orang bukan Melayu khasnya DAP daripada cuba-cuba untuk menunjukkan kekuatan mereka. Dalam kata lain Pas juga boleh menjadi pengawas kepada DAP yang baik dalam kerajaan. Dengan adanya Pas dalam kerajaan DAP tidak akan terlalu galak dan orang-orang Cina juga tidak mudah melakukan try and error

Realiti ini harus disedari oleh Pas dan perlu bangkit membaiki segera keadaan dan kembali dimakam yang betul. Mereka tidak boleh hanyut disebabkan kedegilan dan keegoisan seorang presiden. Pas perlu ingat peluang dan kemenangan seperti yang ada hari ini tidak mungkin kekal selama-lamanya. Dalam politik kita tidak hanya perlu pandai bercakap, bersyarah tetapi perlu juga bijak merancang dan mengambil peluang.

Masa masih ada waktu untuk Pas membaiki kepincangan dan kekhilafan politik yang didayungkan Hadi Awang secara peribadi ini. Pas harus berani bertindak memperbetulkan iltizam politik. Meletkan semula lokomotif Pas yang tergelecah ke atas landasan. Tagline Pas politik "matang dan sejahtera" hendaklah dipraktiskan sebagai suatu kenyataan bukan hanya retorik.

Untuk itu tidak ada cara lain melainkan Pas harus meminta Hadi Awang berihat. Pas perlu menggantikan Abdul Hadi dengan seseorang yang boleh membawa politik Pas ke arah lebih progresif menepati citarasa politik negara ini. Tentu ada seorang tokoh yang boleh diangkat untuk memimpin Pas di masa-masa hadapan. Untuk membuang Hadi sesuatu yang amat pahit, namun demi kebaikan ia perlu dilakukan seperti mana pesakit terpaksa memakan ubat walaupun yang pahit.

Sekiranya dengan cara baik tidak boleh dilakukan, perlu ada tindakan agresif demi masa depan Pas.

Konsep kepimpinan ala Mullah dalam Pas tidak wajar diteruskan apa lagi kalau pemimpinnya mempunyai sifat dendam peribadi dan juga miskin dengan ilmu-ilmu politik kontemporari atau hanya fakih dalam bidang agama soal agama semata-mata tetapi tidak menguasai aspek keduniaan lain seperti diplomatik, pentadbiran, pengurusan kewangan, sosial dan sebagainya.

Dalam Pas masih ada mereka yang berkelayakan untuk mengganti Hadi Awang, bahkan lebih baik. Sifat individu itu ketika seperti lampu suluh ketika ini yang tidak ternampak saat siang diterangi matahari. Tetapi apabila di malam hari saat matahari sudah tergelincir, lampu itu akan mampu menerangi lebih terang daripada sebelum ini. InsyaAllah saya akan cuba memberi panduan untuk Pas melakukan tindakan baik pulih atau menyelamatkan Pas daripada politik "lengguh" Hadi Awang ini. [wm.kl.9:29 am 12/02/2025]

Tuesday, February 11, 2025

Pembangkang yang tidak berkualiti dan masak politik

PANDANGAN

PEMBANGKANG sekarang ini sudah tidak ada tanggungjawab langsung kepada negara. Fungsi check and balance yang patut dimainkan dan suatu tugas hakikinya tidak dipraktis langsung. Pembangkang hari ini bukan oposisi (barisan hadapan yang konstruktif) untuk membantu kerajaan demi rakyat yang diwakilinya. 

Apa yang mereka tahu lakukan ialah menimbulkan keresahan kepada rakyat dan ganggu kerajaan dengan pelbagai cara agar rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan.

Setiap hari, malam siang pembangkang melakukan provokasi, membuat persepsi dan membina naratif yang negatif untuk burukkan kerajaan mengharap rakyat membenci kerajaan. Mereka hidangkan menu menu negatif dan prejudis kepada rakyat agar membenci kerajaan tanpa mengira fakta dan alasan.

Hasilnya sedikit sebanyak rakyat termasuk kakitangan kerajaan yang tohor ilmu dan malas menelaah, ikut sama termakan menjadikan mereka lemah dan tidak bersemangat untuk melaksanakan dasar dan polisi-polisi baru kerajaan. Mereka ini jadi tunggul sebagai pemakan gaji buta. Inisiatif disediakan kerajaan mereka ambil tetapi kenyal untuk membalasnya.

Lebih dahsyat lagi ada segelintir yang turut sebar naratif atau menu buruk itu kepada khlayak menerusi grup-grup whatsAaap atau pelbagai medium meda sosial dengan menggunakan akaun palsu dan tidak wujud.

Naratif terbaru yang dibina pembangkang ialah meramalkan pilihan raya umum (Piraum) akan diadakan dalam masa terdekat. Untuk menampakkan realiti kepada provaksi itu, pihak mereka telah mengarahkan persiapkan jentera pilihan raya. Hasil dari provokasi itu rakyat mula sibuk bertanyakan soal pilihan raya. Situasi ini menjajaskan kerja mereka. 

Dari sudut lain ramalan itu yang dibuat oleh Bersatu hanya untuk mengikatkan Pas agar terus kekal bersama mereka. Dengan membayangkan pilihan raya hampir tiba Bersatu berharap Pas akan mengeratkan hubungan bersama. Timbul kebimbangan dipihak Bersatu yang Pas akan perlahan-lahan melepaskan genggaman tangan dengannya.

Serentak dengan itu ada pula yang membawa cerita tentang kuasa ataupun hak perlembagaan, yang mana mengikut perlembagaan perdana menteri boleh ditukar bila-bila masa sahaja tanpa menunggu pilihan raya. Pandangan itu juga merupakan pandangan untuk menganggu kententerman rakyat dengan memberi gambaran bahawa kerajaan hari ini akan tumbang dan PM akan bertukar.

Pihak kerajaan dan bijak pandai politik sedikit pun tidak tercalar dengan mainan persepi dan naratif itu semua. Namun ia boleh menganggu penganut politik atau orang politik "bodoh dungu" yang mempercayai dan menelan apa sahaja yang diluahkan tanpa ada pemeriksaan dan penyelidikan oleh cytro politik khasnya bergelar haiwan ternakan. Keterjuaan mereka untuk melihat kerajaan tumbang menjadikan mereka tidak perlu menyelidik akan kebenaran dan kemunasabahan apa yang dibawa itu.

Walhal urusan untuk mengadakan pilihan raya bukan terletak kepada pembangkang, tetapi ia menjadi tanggungjawab dan kuasa prerogatif perdana menteri bersama Yang diPertuan Agong. Hakikat ini kena difahami sebaik-baiknya. Demikian juga walaupun perlembagaan mengatakan PM boleh ditukar bila-bila masa tanpa menunggu pilihan raya,  tetapi ia ada peraturan, ada SOP tersendiri bukan sebebas seperti keluar masuk jamban tahi.

Kesimpulan cerita pembangkang dan naratif yang dibangunkan, mendedahkan akan kualiti pembangkang di zaman ini tidak ada tanggungjawab atau responsibiliti langsung kepada negara. Mereka bolehlah disifatkan pembangkang yang tidak ada kualiti dan maruah sebagai pihak oposisi dalam sesebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Tindakan dan aksi mereka juga boleh disifatkan sebagai subversif.

Maksud, tujuan dan matlamat politik kita sudah rosak hampir secara total oleh tangan-tangan yang hanya tahu erti politik tetapi tidak pernah memahami dan masak politik. [wm.kl. 1:32 pm 11/02/2025]