Monday, May 31, 2010

Susupan Tengahari

Tolak MEB
MPM Telah Menyusahkan Najib


PENOLAKAN Model Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Najib Razak oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) merupakan satu pukulan teruk kepada wawasan ekonomi Najib. Penolakan ini adalah satu permulaan bagaimana Najib selepas ini akan dikecam dan diserang oleh kalangan Melayu sendiri kerana pendekatan dan polisi pentadbiran (iktisad) nya dikatakan kurang pedulikan Melayu.

Penolakan itu sebagai lorong awal untuk menggodak dan menyusahkan Najib.

Najib bercadang untuk mengemukakan satu model baru ekonomi negara (MEB) sebagai mengganti DEB yang dilaksanakan sebelum ini. Model baru ini dilihat salah satu mekanisme politik Najib untuk mengambil hati orang bukan Melayu yang kini semakin menjauhi Umno dan BN. Ia dicadangkan akan dibentang pada persidangan Parlimen Jun depan.

Atas kesedaran itu Najib menggubal DEB yang akan memberi semangat, pendekatan dan rupa Melayu agar orang Melayu tidak melupai Umno dan membuang jauh persepsi amalan kronisme dan nepotisme ekonomi yang diamalkan dalam Umno selama ini.

Penggubalan MEB itu juga dilihat selari dengan konsep 1 Malaysia yangh menjadi ikon pentadbiran Najib. Walaupun sebelum ini sudah ada protes dan penolakan terhadap MEB tetapi ia tidak lantang dan sehebat apa yang dilakukan MPM. Penolakan itu diambil dalam satu kongres khas yang diadakan Sabtu lalu. Para perserta kongres berkenaan terdiri kalangan bekas pemimpin Umno, veteran Umno dan ahli ekonomi yang bersara. Boleh dikatakan penolakan DEB itu dari Umno sendiri.

Antara alasan penolakan itu, ialah MEB yang digubal Najib itu dikatakan tidak berteraskan kepada semangat Perkara 153 Perlembagaan Negara dan ia juga tidak menjadikan perkara itu sebagai teras dalam penggubalannya. Dalam kata lain pada kanta mata MPM, modal baru ekonomi itu tidak memberi keuntungan kepada orang Melayu.

Penolakan MPM itu boleh disifatkan penentangan orang Melayu kepada Najib. Cuma apakah keanggotaan MPM itu jumlahnya seramai yang diuar-urakan? Ataupun ianya hanya suara segelintir manusia saja yang menjadi alat kepada pihak tertentu dalam Umno yang kini mulai curiga dan sangsi kepada semangat nasionalisme Tun Razak yang cuba disambungkan Najib?

Jemputan Najib ke majlis itu untuk menutup dianggap sebagai kerja secara rasmi memalukan Najib apabila penyerahan resolusi mengandungi 31 perkara menolak gagasannya. Walaupun alasan tindakan itu bagi menggambarkan keikhlasan mereka kepada Najib tetapi cara itu tetap menghina dan memalukan Najib.

Sekekalipun MPM menolak MEB, ia boleh disampaikan kepada Najib secara tertutup dan senyap dan bukannya secara terbuka. Kehadiran Najib itu bukan menjelaskan gantleman Najib tetapi kepandiran para pegawainya kerana tidak membuat pemeriksaaan terlebih dahulu. Dalam masa Najib baru menjadi PM, hal-hal seperti itu tidak sepatutnya dilakukan secara terbuka. Seharusnya wibawa dan aura Najib sebagai PM perlu dijaga sebaik mungkin.

Justeru bagi saya apa yang berlaku itu satu usaha mengaibkan Najib secara simbolik.

Masyarakat luar yang ingin disunting Najib untuk mendapat sokongan dalamn pilihan raya akan teruja dengan cara MPM lakukan kepada Najib itu. Mereka akan mula membuat perkiraan apakah Najib mampu dan berdaya untuk melakukan perubahan. Kalau awal-awal lagi Najib sudah ditentang dan dicincang bagaimana untuk Najib melakukan perubahan lebih global.

Apakah Najib tersilap menghadiri kongres berkenaan, ataupun memang beliau diperangkap? Sekiranya apa yang berlaku itu merupakan perangkap ke atas Najib, maka selepas ini Najib perlu bersiap sedia untuk menghadapi tentangan dari dalam. Penolakan terhadap dasar Najib itu akan berakhir di situ saja. Mereka yang bersikap ultra Melayu dalam MPM akan terus mendesak Najib sehingga apa yang cuba dibawa menerusi 1 Malaysia akan dimansuhkan.

Sebelum ini pun sudah ada desas desus mengatakan ada usaha kalangan veteran Umno yang melahirkan rasa kurang percaya kepada Najib. Slogan 1 Malaysia amat mengelirukan mereka.

Harapan kepada mereka suapaya Najib memperkukuhkan kedudukan orang Melayu termasuk dalam aspek ekonomi dan politik meleset bila mana beliau merombak beberapa ikatan dibuat Umno sebelum ini menerusi slogan 1 Malaysia. Pertemuan yang dihadiri veteran Umno dan penubuhan apa yang dinamakan PAKKU - Persatuan Bekas Wakil Rakyat Umno, adalah antara badan yang tidak senang dengan pendekatan liberal politik dan ekonomi Najib. Dr Mahathir sendiri tidak pernah mengulas dan menyebut perkataan 1 Malaysia.

Lebih ironis lagi jika dilihat kepada gelagat Mahathir. Dalam keadaan masih panas dan berwap pujian sesetengah pemimpin kepada Najib ekoran penyerahan tanah milik KTM kepada Singapura di Tajung Pagar, Mahathir telah bermadah bahawa masalah Malaysia dengan Singapura masih belum selesai semuanya. Katanya masih ada yang belum beres.

Ulasan segera Mahathir itu menunjukkan beliau tidak gembira cara penyelesaian dibuat Najib dengan Singapura.

Sebab itu kalau diperhatikan ada kalangan pemimpin Umno tidak bersungguh melaungkan slogan 1 Malaysia dan mereka bersikap ala kadar saja. Misalnya Muhyiddin Yassin tidak pernah menyangkut lencana 1 Malaysia kebanggaan Najib di kolar bajunya. Kenapa? Kenapa, ada apa-apa ke?

Apakah Muhyiddin menjadi dalang di sebalik kongres anjuran MPM Sabtu lalu bersama Mahathir? Orang-orang Najib harus menyiasatnya sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Penerimaan Najib terhadap bantahan MPM itu menandakan Najib mula kehilangan senget sebagai Perdana Menteri yang ingin memilik wawasan dan trade mark sendiri.

Kalaulah Najib tidak berwaspada dengan fenomena ini tidak mustahil beliau akan berdepan dengan masalah sebelum genap satu penggal menjadi Perdana Menteri. [wm.kl. 11:40 am 31/05/10]

Sunday, May 30, 2010

Laporan Lewat

Protes Judi Sampai Ke Tangga Rumah Awang Adek Hussein

JUMAAT lepas saya berjumaat di masjid Muhamadi Bachok Kelantan. Apa yang menarik saya ke sana ialah protes kelulusan lesen judi perlawanan bola sepak piala dunia yang menjadi perhatian dan bantahan umum dewasan ini. Satu protes ringkas mengenai kelulusan lesen judi itu akan diadakan di perkarangan pejabat Pas Bachok yang kedudukan bertentangan dengan masjid Muhamadi itu.

Dengan bertemankan tiga orang kawan termasuk, sdr Ramli Abdul Halim (Meli Kapak Jangak) saya ke Bachok. Mengajak Meli untuk ke demostrasi seperti itu bukan mudah. Meli jenis bukan boleh ikut orang tidak tentu 'kalu' - tentu fasal. Tetapi kalau dengan saya, Alhamdulilah setakat ini kalau saya heret ke mana pun dia akan ikut

Kepatuhan (ikut erel) Meli kepada saya bukan kerana politik. Bukan kerana tekanan. Walaupun saya dengannya tidak senada dalam hal-hal tertentu dalam siasah namun itu bukan bermakna kami tidak boleh makan dan tidur bersama. Apa yang mengukuhkan kami ialah ikatan persahabatan yang lama.

Saya lebih lama mengenali Meli daripada kawan-kawan dalam politik lain. Justeru apa saja tuduhan dan sindiran terhadap Meli, pedih dan ngilunya akan menyelinap juga ke jantung saya.

Meli tidak pun bertanya saya untuk apa ke Bachok, tetapi mengikuti saja. Lagipun pemergian itu juga untuk menunaikan fardu Jumaat.

Sebaik selesai solat Jumaat, berlansgunglah protes ringkas itu. Bukan di hadapan pejabat Pas Bachok tetapi di perkarangan masjid. Seperti mana diiklankan dalam akhbar lidah rasmi parti Pas, protes itu diurus dan digerakkan oleh kalangan pemimpin Dewan Pemuda Pas. Ianya dikepalai oleh Ketua Pemuda Pas, Abdul Latiff Abdul Rahman. Sayangnya semasa Latiff berucap saya tidak perasaan, ini menyebabkan semasa protes itu bersurai Latiff ketika bersalaman dengan saya menyapa saya dengan sinis; "gambar ana enta tak ambil?"

Saya sedikit terkejut dengan sapaan Latiff itu dan benar baru merasai kehadirannya. Saya menjawab secara diplomasi dengan mengata; ada ana ada ambil. Begitu mendengar kata-kata Adun Mengkembang itu saya teringat apa yang berlaku di Parlimen pada satu ketika dulu. Beliau bukan main lagi mengelak daripada saya merakam gambarnya yang sedang duduk makan bersama beberapa kawan dan Adun dari Kelantan. Sampai dia menutup mukanya dengan sebelah tangan dan sebalah lagi menjamah hidangan bimbang wajahnya akan tersambar ke dalam lensa kemara saya.

Mengenangkan gelagak sombong Ketua Pemuda Pas Kelantan ini di parlimen itu, kalaupun saya melihatnya berucap dan mencerca kerajaan kerajaan meluluskan perjudian pada protes judi itu saya tidak akan merakamnya kerana dia pernah melarangnya. Bukan saja Latiff sesiapa yang melarang saya merakam wajah mereka saya akan akur selagi ingatan saya waras. Lensa kemera saya juga akan menjadi kabur untuk menagkap objek di sekeliling mereka. Saya tidak akan rakam kalau pun sesudah itu mereka sudah pun bersalam dan duduk makan dan minum bersama saya.

Jadi kepada Latiff yang pernah minum air di rumah saya bersama abangnya, sewaktu minta melobikan calon untuk kerusi Dun Mengkebang tahun 2004, maaflah kalau saya tidak merakam gambar anda dalam apa-apa juga event kerana saya mematuhi larangan saudara.

Lain-lain pemimpin Pas yang berucap mengutuk dan kesal pemberian lesen pada protes itu ialah, bekas Ketua Pemuda Pas Kelantan, Zaki Ibrahim yang juga Adun Kalaboran dan kini menjawat jawatan Timbalan Spekar. Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli juga turut sama kelihatan dan memberi ucapan ringkas. Naib Ketua Pemuda Pas, Azman Safawi ikut sama hadir.

Ucapan dan protes itu mendapat sambutan dan rangsangan dari kira-kira 1,000 jemaah solat Jumat hari itu. Dengan lilitan kain merah di hijau di kepala bertulis Judi Bola dan kalimah Lailahaillallah mereka melaungkan takbir dan mengecam perlulusan lesen judi berkenaan dan minta ianya dibatalkan.

Turut sama mengangkat kain sepanduk mengecam kelulusan lesen judi itu ialah kaum Muslimah Pas Bachok.

Bagaimana pun agak anih juga walaupun protes itu diadakan di Bahcok, tetapi tiada kelihatan ahli Parlimennya, Nasharudin Mat Isa, dan begitu juga dengan dua Adunnya, Omar Mohamad (Perupuk) dan Hassan Mahmod (Tawang). Apakah mereka tidak diberi tahu ataupun sengaja tidak hadir untuk tidak mahu mencampuri kerja anak-anak muda? Bagaimana pun saya percaya mereka telah memberi green light terhadap protes itu kalau tidak masakan ianya boleh diadakan.


Protes itu adalah dalam siri protes secara menyeluruh terhadap kelulusan lesen judi itu. Ia dirancang akan diadakan di seluruh negara. Serentak dengan apa yang berlaku di Bachok itu juga tunjuk perasaan diasakan di Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain.

Walaupun potes itu ringkas tetapi ia memberi impak yang mendalam. Apa lagi ia berlaku di Bachok yang merupakan kawasan pilihan raya dan kubu Awang Adek Hussein sendiri. Protes itu juga boleh disifatkan ia telah memasuki ke halaman rumah Awang Adek Hussein. Apa yang berlaku itu benar-benar mamalukan Awang Adek, dan anak beranaknya.

Mungkin kalau sebelum ini penduduk Bachok tidak tahu menahu penglibatan Awang Adek dalam meluluskannya, tetapi dengan ada protes berkenaan yang diikuti dengan banner dan kain rentang menyebut nama Awang Adek dan partinya menyebabkan masyarakat mulai tahu penglibatan Awang Adek. Bahawa selaku timbalan menteri kewangan Awang Adek ada saham dalam perjudian negara ini.

Kepada Awang Adek masa masih ada untuk beliau membersihkan dirinya. Penglibatan ataupun pemalutan nama dengan judi sesuatu yang sangat buruk dan keji. Bagi orang Islam judi, arak, zina adalah mengaibkan. Ia memberi gambaran kerendahan moral dan kejahilan ilmu agama terhadap seseorang pelaku atau pensubahat.

Kalau benar Awang Adek dikatakan terdesak dan hanya memathui arahan orang atas semasa mengumumkan kelulusan itu, beliau boleh jelaskan duduk perkara sebenarnya. Cara terbaiknya dengan mengadakan pertemuan dengan Dewan Pemuda Pas yang menjadi penggerak kempen bantah judi bola sepak dan membenci BN dan Awang Adek itu.

Penasihat politik atau peegawai Awang Adek, baik Setiausah Akhbar, Setiasauah Politik, maupun penasihat privete yang kerjanya lebih untuk mencari makan, boleh aturkan pertemuan dengan Dewan Pemuda Pas atau mana-mana NGO yang membantah perlulusan lesen berkenaan. Panggil mereka dan jelaskan kedudukan sebenarnya. Rasanya tidak akan hilang bisa dan akan luak kekayaan Awang Adek Hussein kalau memanggil Dewan Pemuda Pas dan sesiapa saja untuk tujuan itu.

Langkah itu juga akan dilihat Awang Adek sebagai seorang yang gentleman dan tidak akan membisu bila diasak dan dikecam.

Dan katanya semasa protes lesen judi diadakan di Bachok Jumaat itu, kesemua ahli badan perhubungan Umno Kelantan termasuk Awang Adek dan Mustapa Mohamed tidak ada di Kelanyan. Mereka khabarnya ke Surabaya, Indonesia. Apakah pemergian mereka secara gerombolan itu kerana tidak mahu mendengar jeritan dan laungan protes mengenai kelulusan lesen judi itu kerana ianya membingkitkan telinga mereka? Begitukah, atau kerana ada agenda nlain yang lebih spesifik? [wm.kl. 1:00 t/hari 30/05/10]

Kongres PKR di Kota Bharu

Kongres Bahas Lapan Usul

KONGRES PKR ke – 6 di Kota Bharu Kelantan telah membahas lapan usul yang mencakupi soal politik, visi kerajaan Pakatan Rakyat, ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain. Usul berkenaan seperti mana berikut:

1. Ketuanan Rakyat.

Kemenangan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak pada PRU 12 bukanlah lesen untuk kita ke Putrajaya. Sebaliknya ia hanyalah pencetus dan pengiktirafan perjuangan rakyat yang perlu dihargai dan diurus dengan baik untuk kesinambungan kemenangan di PRU13.

Kekalahan pada PRK P094 baru-baru ini menunjukkan bahawa kegagalan menghargai peluang dan kepercayaan rakyat tidak diberi keutamaan sebagai agenda kepimpinan yang diamanahkan rakyat.

Kepekaan kepimpinan terhadap pendokong perjuangan akan menguatkan
motivasi penerusan agenda perjuangan. Parti adalah wadah menjana kemenangan, kekuatan Parti adalah kekuatan wadah perjuangan. Kelemahan Parti adalah manifestasi kelemahan perjuangan.

Pemuafakatan kepimpinan dan kesatuan matlamat menjanjikan kejayaan, sebaliknya perpecahan, keangkuhan dan mementingkan diri sendiri adalah punca kemusnahan.

2. Perkongsian Sumber Negara - Harapan Baru Selamatkan Malaysia.

Mengutamakan keselamatan rakyat sebagai pra syarat keselamatan Negara.
Keselamatan sumber makanan, kesihatan awam, kelestarian alam sekitar.
Keselamatan Malaysia juga bermaksud keselamatan dan kestabilan tetangga dan rantau.
Keadilan pengagihan sumber penentu keselamatan Negara dan toleransi bangsa.
Menghormati dan menghargai kepelbagaian bangsa dan agama merupakan asas keselamatan Negara.

Pengiktirafan hak dan keusahawanan kelompok masyarakat orang asal, Felda, Risda, Felcra dan peneroka bandar asas kesejahteraan rakyat.

3. Pendemokrasian Pilihan raya Umum 13.

Menyedari agenda pemartabatan suara rakyat, suara keramat sebagai aspirasi pendemokrasian di Malaysia memerlukan ruang bersuara yang seluasnya demi pembentukan demokrasi yang tulin.

Ruang demokrasi negara semakin mengecil dan meruncing akibat kebiadapan pemerintah melanggari nilai-nilai demokrasi dan hak-hak perlembagaan dan pemerhambaan jentera kerajaan sebagai alat pembunuh demokrasi.

Keadilan sejagat menuntut pematuhan prinsip-prinsip keadilan universal dan perlanggaran dan ketidakpedulian pimpinan pemerintah menyinggung dan menjejaskan imej dan maruah negara.
Membuka ruang kebebasan bersuara dan media, menjanjikan ketelusan dan pencegahan penyalahgunaan kuasa yang dimungkinkan oleh sikap pemerintah yang rakus menindas hak dan ruang rakyat (public sphere).

Institusi kerajaan yang bebas memberi ruang kepada rakyat membuat pilihan tanpa tekanan

Kerjasama dan interaksi sesama parti dan badan suadaya (NGO) memasyarakatkan politik ke arah merealisasikan masyarakat madani. Menyokong cadangan kriteria pemilihan Calon PRU 13 yang lebih ketat agar semua wakil rakyat setia berkhidmat kepada pengundi di kawasan pilhanraya masing-masing berlandaskan 17 matlamat perjuangan Parti.

Menggiatkan usaha pendaftaran pengundi baru untuk memasyarakatkan politik negara.

4. Kedaulatan Undang-undang (Political Dignity & Rule Law) Politik Bermaruah.

Mengangkat maruah rakyat melalui politik bermaruah dengan menghormati hak-hak berperlembagaan rakyat dan kedaulatan Negara.
Mempertahankan keselamatan Negara tanpa mencemarkan maruah agama, bangsa dan adat.
Memelihara kehormatan dan maruah agama, bangsa dan Negara tanpa mengorbankan maruah dan kehormatan orang lain.

Menghargai kepelbagaian dan perbezaan kaum sebagai kekuatan dan bukan kelemahan.

5. Urus Tadbir (Good Governance) Mentadbir Parti Sebelum Mentadbir Negara.

Kemantapan pentadbiran Parti cerminan keyakinan untuk memimpin Negara.
Disiplin anggota parti dan pimpinan mesti dititikberatkan dengan menekankan semangat perjuangan parti yang asal.

Keutamaan merancang belanjawan mengikut dedikasi aspirasi kepimpinan.

6. Dasar Pembangunan Negara (Nation Bulding) Agenda Ekonomi Malaysia.

Mengangkat agenda keadilan sosial sebagai teras dasar pengagihan hasil mashul Negara.
Memanfaatkan potensi modal insan dengan berteraskan merit dan integriti.
Mengutamakan impak sosial dan pemberdayaan insan sebagai kayu ukur kejayaan ekonomi.
Membuka peluang dan ruang seluas-luasnya untuk bakat, kesungguhan dan daya saing sebagai kunci penyertaan inisiatif ekonomi.

7. Hak Asasi Manusia (Human Right) Kesetaraan Gander Substantatif.

Hakikatnya wanita sangat berpengaruh dan berkuasa bukan sahaja dari segi jumlah undi tetapi juga mempengaruhi kuasa ekonomi dan keadaan sosial negara. Penglibatan wanita sebagai penyumbang kritikal dalam lapangan utama Parti iaitu gerakerja pilihanraya.

Keazaman politik baru perlu menunjukkan kesungguhan dan keazaman Parti untuk memastikan kesetaraan gender substantif dilaksanakan di peringkat Parti, Pakatan Rakyat dan di Kerajaan-Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Ketetapan perencanaan berstruktur harus memberi laluan kepada wanita yang berkelayakan memegang jawatan-jawatan yang wajar mengikut perlembagaan parti.

8. Kepimpinan Muda (Future Leadship) Masa Depan Malaysia.

Menjadikan keberanian sebagai katalis aspirasi perjuangan.
Menjadikan ilmu dan keimanan sebagai teras kepimpinan.
Menggilap kepakaran untuk mendepani cabaran semasa.
Keyakinan dan kewibawaan cermin kepimpinan masa depan.
Kepekaan dan keperihatinan terhadap ketidakadilan sebagai pengesan dan halatuju kepimpinan.

Ketangkasan menggarap perkembangan semasa dan global sebagai indikator kepimpinan masa depan. [wm.kl. 11:30 am 30/05/10]

Ulasan Kongres PKR

Kongres PKR Tetap Meriah Dan Bersemangat

BEBERAPA hari menjelang kongres tahunan PKR kali ke - 6 di Kota Bharu yang akan berakhir hari ini, Ezam Mohamamd Nor, alias Senator Boy telah turun ke Kota Bharu dalam rangka road shownya yang membawa apa yang dinamakan Kisah Benar. Beliau turun bersama boy-boy penjilat air ludah yang lainya.

Senator boy itu telah mengadakan ceramah sekurang-kurang di dua tempat, Kota Bharu dan Bachok. Ketika saya lewati jalan Merbau Kota Bharu petang semalam banner menghebahkan kehadiran Senator Boy berkenaan masih lagi belum diturunkan. Mungkin Bandaran Kota Baru memberu peluang untuk orang ramai mengetahui kegiatan senator boy berkenaan.

Dalam Kisah Benar, senator boy itu menceritakan seribu kebusukan bekas bosnya Anwar Ibrahim. Beliau menggunakan sepenuhnya jawatan senator yang diperolehnya itu untuk menjadi boy bagi menghentam Anwar semahu-mahunya. Ezam dari seorang hero merendah menjadi seorang kuli haprak demi survival politik dan popularitinya.

Seperti mana ulas seorang tokoh akademik, katanya kemasukan Ezam dalam dewan senat memberi peluang membolehkan Ezam terus menghentam dan mendedahkan keburukan Anwar. Pentafsiran yang menyalahi minda seorang pendita itu menjelaskan bahawa Ezam dijadikan perkakas menerusi jawatan berkenaan. Dan nampaknya beliau melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik setakat ini.

Pandangan tokoh akademik itu begitu dangkal sekali, tetapi itulah hakikat yang berlaku kepada sesetengah tokoh akademik dalam usaha menjamin keutuhan diri dalam profesyennya sanggup menjadi pengampu. Pandangan seperti itu langsung tidak mencerminkan kualiti dan nilai sebagai seorang akademik yang seharusnya matang dan berwibawa serta melampau sempadan kewarasan orang lain.

Mungkin dinafikan oleh pihak senator boy berkenaan, road show ke Kota Bharu itu ada kena mengena dengan kongres yang sedang berlangsung sekarang ini. Road show itu sengaja dirancangkan untuk mesebotaj kongres berkenaan. Mungkin apa diharapkan dengan pendedahan kisah benar yang kebenarannya boleh dipertikaikan senator boy mengharap kongres itu tidak mendapat sambutan.

Road show yang dibuat itu sedikit pun tidak memberi bekas dan menjejaskan kongres berkenaan. Mereka yang menanti untuk melihat dewan Kelantan Trade Centra (KTC) tempat berlangsungnya kongres berkenaan lenggang dan penuh dengan kerusi kosong ternyata hampa dan kecewa.

Semasa hari perasmian dewan KTC yang boleh memuatkan kira-kira 3,000 orang menjadi penuh sesak. Pemerhati pula melimpah sampai ke luar. Bukan itu saja ada pemerhati yang kesal dan marah-marah kerana tidak dapat masuk untuk mengikuti upacara perasmian.

Limpahan para pemerhati dan orang ramai ini menunjukkan minat orang ramai kepada PKR masih ada. Mereka sanggup datang dari jauh untuk memerhati kongres berkenaan. Rasanya sengaja kongres diadakan di Kota Bharu untuk menguji sejauh mana minat, kesetiaan dan pengorbanan ahli dan penyokong PKR kepada parti itu.

Dari pemerhatian saya apa yang berlaku, tindakan meninggalkan parti oleh beberapa orang ahli parti itu termasuk wakil rakyatnya tidak menjejaskan PKR sebalik membawa rahmat lain kepada PKR. Ia menimbulkan kemarahan kepada pencinta keadilan yang dibawa parti berkenaan dan menjadikan mereka murka kepada tindakan itu. Sebagai hukumannya mereka ramai-ramai datang memberi sokongan kepada kongres berkenaan dan ada juga yang terus menyertai PKR sebagai ahli.

Penambahan ahli parti secara mendadak menjelaskan betapa PKR sedang menuju ke arah pemulihan dan pengukuhan yang jitu. Hari ini kira-kira 5,000 permohonan keahlian diterima pada setiap bulan. Sementara keahlian sah pula sudah mencecah ke angka 300,000. Angka ini sekaligus mengecewakan mereka yang ingin melihat PKR rebah.

Pada saya kongrs ke enam PKR itu ada kelas dan ada rohnya. Ada semangat baru yang berkobar-kobar dicetus atau pun lahir darinya. Mungkin secara keseluruhannya ia boleh disifatkan sebagai sedarhana tetapi sangat mantap. Kongres berkenaan juga boleh disifatkan sebagai penyaringan keahlian untuk membuang mana-mana ahli yang tidak yakin dengan perjuangannya.

Seperti mana kata Setiuasaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, kejayaan kongres di Kota Bharu melambangkan kejayaan PKR. Ia menunjukkan PKR masih utuh, kental dan mampu meneruskan perjuangan membela rakyat. Paling mustahak dari kongres itu ia menyerlahkan bahwa parti itu masih bernyawa dan sedia untuk berhadapan dengan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Seperti biasanya kehadiran pemerhatian dari beberapa buah kedutaan asing dan juga kepimpinan parti gabungan Pakatan menyerlahkan PKR masih hidup dan menjadi perhatian umum. Lebih bermakna lagi Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik juga hadir diberada di atas pentas utama yang diapi oleh Saifuddin dan Anwar Ibrahim. [wk.kl. 10:15 am 30/05/10]


Dr Wan Azizah sedang menyanpaikan ucapan dasar.

Sebahagian daripada perwakilan memenuhi dewan KTC.


Nik Aziz diapik Saifuddin dan Anwar di pentas utama


Dr Wan Azizah dalam skrin.


Beberapa wakil kedutaan asing yang turut hadir.

Kepimpinan Pakatan, kelihatan Mustapa Ali dan Husam Musa.

Salah satu kounter pendaftaran perwakilan.


Pemakluman Malam

Besok Kita Bercerita, Malam Ini Kita Rehat!

DUA hari saya tidak berblog. Saya percaya ramai penjenguk yang menanti khabar dan juga laporan di sekitar kongres PKR di Kota Bharu. Minta maaf banyak kerana tak sempat untuk mengisinya. Saya percaya laporan di blog atau portal lain berhubung kongres itu sudah pun dipostkan.

Hajat sebaik sampai dari Kota Bharu sekejap tadi saya ingin postkan beberapa catatan dan gambar di sekitar kongres berkenaan. Tetapi badan tak daya, letih sangat. Biasalah kalau balik ke negeri banyak cerita dan 'pertemuan' dengan kawan dan lawan berlaku. Orang kata tak dan tangan dan masa untuk melayannya. Al hasilnya diri jadi lembek lotek.

Selain pulang khusus untuk melihat dan memerhati kongres berkenaan, semalam juga saya ke Dataran Ilmu, lokasi di mana Tok Guru Nik Aziz mengajar pada setia Jumaat. Agak lama saya tidak singgah dan 'bermain' di situ. Saya ada merakam beberapa keping gambar untuk tatapan penjenguk blog ini gambaran dataran berkenaan dan soksek soksiknya.

InsyaAllah gambar berkenaan dan sekitar kongres ke 6 PKR akan dipostkan esok. Salam MSO. [wm.kl. 1:00 pagi 30/05/10]

Saturday, May 29, 2010

Maklumat Ringkas dari Kota Bhjaru

Kongress PKR Di Kelantan

Kongres PKR ke 6 sedang berlangsung di Kota Bharu. Ketika ini Presiden Dr Wan Azizah sedang berucap merasmikan kongress. Kira kira 2,000 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak hadir.

Seperti biasa para pemimpin komponen Pakatan hadir. Antara yang hadir, Mursyidul Am Pas Nik Aziz, Setiausaha Agung, Mustafa Ali, Husam Musa, Takyuddin Hassan dan lain lain.
Turut sama hadir pemimpin DAP Lim Kit Siang.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail keanggotaan PKR kini mencecah lebih 200 ribu.

Sempena kongres diadakan ceramah perdana. Malam ini ceramah perdana akan diadakan di Padang Perdana Kota Bharu.

Malam tadi ceramah diadakan di Tanah Merah dihadiri lebih 10 ribu.

Wednesday, May 26, 2010

Mogok Politik

MIC Sudah Jadi Lembu Tua Dalam BN

KEMELUT kepimpinan dalam MIC nampaknya menjadikan liabiliti kepada BN. Ada tanda-tanda menunjukkan BN yang diketuai Umno kurang senang dengan krisis yang berlaku di dalam parti berkenaan. Tindak tanduk pemimpinnya dilihat sebagai memberi masalah kepada BN.

Apa yang jelas kini pemimpin Umno tidak begitu senang dengan kemelut dalam parti tersebut, terutamanya kedegilan pemimpin nombor satunya, Samy Velly untuk tidak berundur. Kedegilan Samy Vellu (foto) itu memuakkan Umno. Sedar atau tidak sedar ada semacam campur tangan Umno bagi mengatasi kemelut dalam MIC termasuk menyingkirkan Samy Vellu.

Aksi ini dilakukan tersembunyi oleh Umno dengan memberi sokongan kepada kumpulan tertentu dalam MIC yang menyerang presiden MIC itu.

Sikap judis Umno kepada MIC ini bermula apabila parti tidak dapat mengekalkan prestasinya dalam pilihan raya umum lalu. Disebabkan corak politik diktator Samy Velly dalam MIC menjadikan parti berkenaan kalah teruk pada pilihan raya umum lalu. Gara-gara itu menjadikan BN kehilangan majoriti 2/3 di parlimen.

Sebenarnya Umno tidak boleh meletakkan kesalahan itu kepada MIC seratus peratus. Kegagalan itu juga adalah tanggungjawab Umno. Umno juga berada dalam keadaan lemah ketika menghadapi pilihan raya umum ke - 12 lalu. Jadi kalau Umno menyalahkan MIC seratus peratus ianya sangat tidak adil. Tetapi itulah apa yang berlaku dan begitulah perangai Umno. Parti Melayu itu mudah menunding jari kepada pihak lain tanpa melihat kesalahannya sendiri. Beginilah perangai parti yang ego dan sombong dan terus bernostalgia dengan kehebatan masa silam.

Umno terus menerus menyalahkan MIC terutamanya Samy Vellu. Mungkin alasan itu benar. Tetapi kenapa sewaktu Mahathir Mohamad menjadi presiden Umno selama 22 tahun tidak ada siapa dari Umno yang mempertikaikannya. Tidak ada desakan besar. Kalau bukan kerana reformasi yang dipimpin Anwar Ibrahim 1998 mungkin Mahathir tidak akan turun lagi dan masih tercokol dalam Umno seperti Samy Vellu duduk atas tunggul MIC sampai berakar umbi.

Disebabkan itu apabila Umno beriya ingin menggugurkan Samy Vellu jelas Umno cuba campur tangan dalam kepimpinan MIC dan tidak menghormati piagam BN. Apa yang berlaku di Hulu Selangor baru-baru menjelaskan realiti itu. Umno terang-terang menolak calon dikemukakan oleh MIC, G Palanivel sebaliknya mengemukakan calonnya sendiri. Kamalanthan. Penolakan Palanivel itu satu penghinaan yang mengaibkan Samy Vellu dan MIC.

Jadi apabila anak Samy Vellu Vella Paari menuduh Umno melakukan politik membunuh berdasarkan aksi-aksi Umno itu ia adalah satu kebenaran. Walaupun cara Umno ingin mengembalikan kekuatan MIC seterusnya mengukuhkan kedudukan BN, tetapi cara Umno melayan musuh-musuh Samy Vellu tidak kena.

Umno sepatutnya tidak bercakap membela Mugilan apabila Samy Vellu memecat Naib Ketua Pemuda MIC itu. Pembelaan Tengku Adnan Mansor terhadap Mugilan dengan menafikan Mugilan sebotaj calon MIC di Hulu Selangor, itu membuktikan Umno memcampuri urusan MIC secara langsung. Campur tangan itu juga merendahkan kedudukan Samy Vellu sebagai presiden parti. Inilah menyebabkan anak Samy Velly marah kepada Umno dan bersikap membela bapanya.

Dengan apa yang berlaku dan dilakukan BN terhadap MIC kini sudah cukup untuk memberi peluang kepada parti itu mengenali stail dan budaya oportunis politik BN yang diketuai oleh Umno. Umno akan mencari kesempatan atas apa saja untuk kesenangan dan mendapat kuasa. Umno akan menyokong mana-mana juga pihak asalkan memberi hasil kepadanya. Dan Umno sanggup menendang mana-mana sahabatnya yang tidak lagi menguntungkannya. Apa yang berlaku ke atas Pas tahun 1974 yang ditendang dari BN sepatutnya diingat oleh MIC.

Hari ini Umno lihat MIC semakin lemah dan ditolak oleh orang India. Jadi untuk apa lagi Umno terus memelihara Umno dan komponen BN. MIC dan Samy Vellu sudah jadi macam lembu tua buat Umno. Lembu tua sudah lemah dan tidak dapat digunakan untuk melakukan kerja-kerja tenggala tanah atau menari pedati lagi. Jadi untuk apa dipeliharanya lagi sedangkan makan dan minum harus disediakan. Untuk memudahkan kerja lembu tua itu perlu dibuangkan saja.

Saya tidak mahu meramalkan sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas MIC dan Samy Vellu. Tetapi melihat kepada gaya hari ini hubungan Umno dengan MIC khususnya Samy Vellu sudah terlalu teruk dan mulai mengusut. Apakah mungkin MIC akan ditendang dari BN atau meminta keluar dari BN, adalah sesuatu pengakhiran yang ditunggu oleh kita semua. [wm.kl 10:15 am 26/05/10]

Tuesday, May 25, 2010

Oleh-ole Tumasik

Betulkah Ghani Kita Juga Untung?

KATA MB Johor Abdul Ghani Othman penyerahan tanah KTMB kepada Singapura tidak merugikan negara kita. Sebabnya kata beliau penyerahan itu merupakan pertukaran dengan tanah - penempatan setsen keretapi di Woodlands atas tanah yang bernilai tinggi.

Kata beliau pertukaran dengan tanah yang terletak di Marina South dan Rochor Ophir itu dalam kawasaan stretegi yang bermutu tinggi. Pertukaran itu juga adil untuk kepentingan bersama. Jadi katanya tidak timbul penyerahan itu yang kita mengalah dengan Singapura.

Baguslah kalau apa yang dikatakan Ghani itu benar. Memanglah penyelesaian masalah dengan Singapura termasuk soal tanah keretapi dan isu-isu lain sudah berlarutan begitu lama. Walaupun berbagai formula dianjurkan bagi menyelesai masalah tersebut tetapi ia bukan mudah untuk selesai.

Tahniahlah kepada PM Najib Razak atas kejayaan menyelesaikan isu berbangkit antara kita dengan Singapura itu. Kejayaan ini menunjukkan kewibawaan Najib sebagai PM. Sekejap saja Najib ke Singapura isu yang berbelit itu sudah beres.

Cuma apa yang menjadi harapan kita janganlah apa yang dianggap positif dan menguntungkan bersama itu lain pula jadinya. Sebelum ini setiap berlaku penyelesaian bersama, rakyat digambarkan dengan suasana yang baik.

Semasa penyelesaian tuntutan bertindeh pulau Batu Putih dulu, kita diberi gambaran kemenangan akan berpihak kepada kita. Menteri Luar ketika itu Rais Yatim memberi keyakinan penuh yang perbicaraan dan keputusan mahkamah timbang tara dunia itu menyelesakan kita. Alih-alih pulau Batu Putih yang kita kuasa sejak zaman penjajah akhir menjadi milik Singapura. Kesalaha kuita seidkit saja, kerana kita mengabaikan penjagaan dan pengawalan hak milik ke atas pulau berkenaan. Maklumlah orang banyak tanah katakan!

Rais terus berdendang menyedapkan hati sendiri kita mendapat sebuah lagi pulau. Walhal pulau yang kita dapat itu hanya hampas tebu saja, tidak semacam pulau Batu Putih.

Begitu juga mengenai pemberian blik M dan blok L kawasan gas dan minyak kepada Brunei. Semasa perundingan untuk menyerahkan kedua blok itu kita diberikan gambaran yang menguntungkan kita. Walhasilnya selepas kedua blok itu masuk dalam tangan orang baru kita menyedari penyerahan itu tidak menguntungkan kita.

Jadi kita tidak mahu dengar cerita sama mengenai penyerahan tanah KTMB kepada Singapura itu. Jangan pula selepas ini selepas siasatan dibuat, penyerahan alias pertukaran itu rupa-rupanya rugi di sebelah kita untungnya di sebelah orang lain.

Mengenai kenyataan Ghani Othman itu saya tidak yakin ia menguntungkan kita, maksudnya untung lebih besar dari Singapura. Pada saya Singapura selamanya lebih cerdik daripada kita. Sebagai buktikan Singapura dulu berada dalam Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi kerana kecerdikan politik Lee Kuan Yew akhirnya Singapura meninggalkan Malaysia. Saya tidak tahu apakah tindakan menyerahkan Singapura itu kita mendapat manfaat setimpal dengan harga sebuah pulau bernama Temasik itu?

Dan paling menyesalkan sekrianya kejayaan menyelesaikan isu tanah KTMB dengan Singapura ini yang untungnya nanti bukan negara tetapi individu-individu tertentu yang menjadi brokernya. [wm.kl. 4:45 pm 16/05/10]

Ulasan Isu

Raja-Raja Perlu Peka Terhadap Isu-isu Melibatkan Melayu dan Agama

PENGHARAPAN dan pergantungan orang Melayu dan umat Islam negara ini kepada Raja-Raja Melayu begitu besar sekali. Raja-Raja menjadi tempat mengadu dan meminta sesuatu. Institusi raja telah menjadi ibu dan ayah kepada orang Melayu dan mereka beragama Islam.

Semua ini kerana kegahan dan kuasa yang diberikan kepada institusi itu dalam konteks sejarah dan perlembagaan negara ini cukup tinggi sekali. Terutamanya mengenai hal ehwal dan adat resam orang Melayu dan juga berhubung kedudukan agama Islam. Raja-Raja adalah menjadi tonggak dan kepala kepada agama Islam di negara ini.

Jadi tidak hairanlah bila orang Melayu menghadapi apa-apa masalah mereka mengadu atau menyampaikan kepada Raja-Raja mereka dengan harapan Raja-Raja memberi pandangan, buah fikiran atau memutuskan atas kebaikan bersama. Bila timbul saja isu-isu yang sukar untuk diselesaikan dan memerlukan pandangan Raja-Raja maka orang Melayu dan orang Islam akan berarak ke istana, ataupun membuat himpunan simbolik bagi menyatakan perasaan mereka terhadap sesuatu itu kepada raja-raja.

Apa yang mereka harapkan raja akan menggunakan kuasa mutlak dan kebijaksanaan mereka menyelesaikan sesuatu yang timbul itu. Iya, kalau bukan kepada Raja-Raja yang dianggap sebagai payung dan pelindung mereka, siapa lagi. Orang politik tidak boleh dipercayai kerana sikap dan pendirian mereka yang rencam begitu.

Terbaru ialah mengenai isu kelulusan lesen judi bola sepak yang diberikan oleh kerajaan UBN kepada syarikat Berjaya Gorup yang dikenali sebagai syarikat yang mengendali beberapa aktiviti perjudian terbesar negara ini. Kelulusan itu yang mulanya diumumkan oleh Awang Adek Hussein mendapat tentangan hangat oleh umat Islam.

Berbagai badan NGO, pertubuhan Islam dan parti politik termasuk Pas dan pemimpin tertentu dari Umno telah menyuarakan kebimbangan mereka ekoran kelulusan lesen perjudian itu. Semuanya menyifatkan kelulusan itu tidak patut.

Tetapi malangnya sehingga kini kerajaan masih bersikap tunggu dan lihat perkembangan seterusnya. Kerana bimbang kerajaan akan meneruskan juga kelulusan itu Pas telah mengambil inisiatif memaklumkan kebimbangan mereka kepada raja-raja Melayu. Semalam Pas telah menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

Kita berharap bantahan Pas itu akan diperhati dan diteliti oleh Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja Melayu. Sudah tentu bagi Pas kelulusan lesen judi itu akan menambahkan lagi maksiat dan dosa ke atas negara ini. Dosa itu juga akan terpikul ke atas batu jemalan Raja-Raja Melayu juga kerana baginda adalah kepala agama yang wajib bertanggungjawab menghalangnya.

Mungkin Pas menyedari dengan pelbagai bentuk lesen judi yang diluluskan sebelum ini telah menimbulkan gejala sosial kepada rakyat negara ini. Menghairankan macam mana menteri beragama Islam seperti Awang Adek bersetuju dengan kelulusan itu. Dalam orang riuh randah mempertikaikannya Awang Adek terus menikus seolah cuba melepas tangan atas apa yang beliau mulakan.

Seperti dikatakan tadi kenapa memorandum itu diserahkan kepada raja-raja, kerana kedudukan mereka itu begitu tinggi dan dikira dapat memberi kata pemutus mengenai hal ini. Bagi Pas mungkin mereka merasakan gerakan yang dilakukan dengan pelbagai cara termasuk mengadakan demonstrasi di masjid-masjid tidak akan memberi bekas sehingga akhirnya mereka terpaksa memanjat tangga istana negara.

Satu perkara dalam hal ini apa yang menjadi pertanyaan saya ialah kenapakah hal-hal berkaitan seperti judi, maksiat isu-isu sensitif mengenai agama dan sebagainya yang boleh menjejaskan negara, Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja akan bercakap setelah ada laporan dan desakan dari mana-mana pihak. Atau pun suara Raja-Raja terdengar di hujung waktu. Dalam isu-isu sebgini saya perhatikan Raja-raja Melayu lewat dalam bersuara atau memberi kata dua wahal mereka sepatutnya bersuara lebih awal memandangkan kekeramatan suara mereka.

Sepatutnya Raja-Raja Melayu tidak payah menunggu desakan dari mana entiti tetapi bagida harus terus bersuara sekiranya baginda merasakan sesuatu isu atau kegiatan bercanggahan dengan adat Melayu dan menyalahi hukum Allah s.w.t. Saya percaya Raja-Raja Melayu ada panasihat dalam semua bidang yang perlu peka kepada masalah sekeliling. Walaupun kita telah menerima konsep raja berpelembagaan, tetapi tidak salah dalam soal kepentingan berhubung bangsa dan agama kalau Raja-Raja mendahului daripada lain-lain pihak demi melindungi agama dan hak orang Melayu. [wm.kl. 2:45 pm 25/05/10]

Monday, May 24, 2010

Laporan Lewat

Zaid Fail Petisyen Keputusan Pilihan Hulu Selangor

SEPERTI mana yang diumumkan dua minggu lepas calon PKR pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, Zaid Ibrahim hari ini telah mefailkan petisyen meminta mahkamah membatalkan keputusan pilihan raya kecil berkenaan yang dimenangi oleh Kamalanathan a/l Panchanathan pada 24 April lalu.

Petisyen itu dikemukakan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Shah Alam jam 11:30 pagi ini oleh sepasukan peguam bela yang dilantik Zaid yang terdiri dari Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan, @ Harun, Gobind Singh Deo, Ang Hean Leng, Leong Sher- How dan Sreekant Pillai.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di rumah Zaid di Tropicana, Petaling Jaya lewat petang ini, para peguam menjelaskan petisyen itu dibuat di bawah seksyen 32(a) dan 32c Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Menurut penal peguam itu petisyen itu dibuat berasaskan kepada dakwaan penyogokan wang yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Mohd Najib Razak untuk menjamin kemenangan Kamalnathan. Dalam pilihan raya itu Najib berjanji akan memberikan wang kepada pengundi sekiranya calon BN itu memang.

Pilihan raya itu dimenangi Kamalanathan dengan 1,725 undi. Kamalnathan memperolehi 24,997 undi manakala Zaid meraih 23,272 undi.

Petisyen itu akan didengar dalam tempoh enam bulan dari tarikh ianya didaftarkan hari ini. Kes membabitkan salah laku mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya membabitkan menteri ini adalah kes kedua. Sebelum ini pernah berlaku bantahan sama apabila Tengku Razaleigh Hamzah semasa menjadi Menteri Kewangan pernah membuat janji sama.

Dalam pada itu Zaid yakin bantahan yang dibuat itu menempati kehendak akta SPR dan berharap mahkamah akan memberi keptusan yang adil kepadanya. Sekiranya mahkamah menerima petisyen berkenaan mahkamah boleh mengistyharkan pilihan raya tempoh hari tidak sah dan menyebabkan kemenangan Kamalanantah terbatal. Berikutan itu kemungkinan pilihan raya kecil akan diadakan semula di kawasan berkenaan. [wm.kl. 6:50 pm 24/05/10]

Susupan Pagi

Abu Kassim: Tidak Payah Mengecap Pelangi


SEMALAM pembaca terdendang dengan cerita (laporan) indah tetapi tidak mungkin akan menjadi kenyataan. Ceritanya ialah SPRM akan menyiasat Najib Razak yang didakwa telah melakukan rasuah politik dalam pilihan raya kecil Sibu, Sarawak dengan berjanji untuk memberi bantuan kewangan sebagai balasan menyokong calon BN.

Kata pengerusinya, Abu Kassim Mohammad, (foto) pihaknya akan menyiasat apa saja aduan yang dibuat ke atas Perdana Menteri itu.

“Semua aduan berkaitan politik wang akan disiasat oleh SPRM. Kami akan menyiasat selagi aduan yang dibuat itu berkaitan dengan politik wang,” begitulah kata Abu Kassim dipetik dari sebuah laporan portal berita. Betulkah begitu duhai Abu Kassim?

Kenyatana itu tegas dan mampan bunyinya. Seronok pula rakyat di bawa yang mendengarnya. Apa lagi anggota polis atau pegawai imigresen yang menerima rasuah seringgit dua kemudian dikenakan hukuman, lagi seronok mendengar kenyataan Abu Kassim itu.

Kenyataan itu menggambarkan seolah-olah SPRM benar-benar badan bebas. Seolah-olah SPRM tidak pernah tunduk kepada mana-mana tekanan sebelum ini. Seolah-olah SPRM setelah menjadi sebuah Suruhanjaya ini tidak akan memandang bulu dan akan menyiasat sesiapa saja.

Memang satu sejarah kecil kepada SPRM dengan kenyataaan bersifat umum oleh Pengerusinya itu, sedia menyiasat sesiapa saja termasuk Perdana Menteri. Dari sisi lain dilihat kenyataan Abu Kassim itu menggambarkan keberaniannya dan ketelusan SPRM.

Sebenarnya Abu Kassim tidak payah mengulangi ketegasan dan tanggungjawab institusi berkenaan. Memang SPRM perlu dan boleh menyiasat sesiapa saja tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Bukan saja Perdana menteri, tetapi diri sendiri juga kalau Abu Kassim ada membuat salah ia perlu disiasat. Bukankah SPRM itu ditubuhkan untuk membenteras rasuah demi keselamatan dan kesejahtraan negara?

Jadi sesiapa yang membuat salah mereka harus disiasat. Makanya dalam soal ini Abu Kassim tidak payahlah susah-susah mencari galah panjang untuk mengecap pelangi yang sudah indah dan unik itu.

Perkara paling pokok apakah kata-kata beliau itu akan menjadi kenyataan. Itu yang ditunggu. Mungkin ianya ya, dalam saat SPRM dibebaskan dari belenggu mana-mana kuasa politik ia boleh bertindak dengan bebasnya. Abu Kassim juga ingin mencipta sejarah untuk dirinya sendiri. Dia mahu muncul sebagai seorang ketua yang menyiasat Perdana Menteri di akhir zaman menurut dunia Umno itu.

Kita sokong dan berterima kasih kalau SPRM benar akan menyiasat Najib Razak, hatta Rosmah Mansor juga kalau ada laporan. Itu tugas mereka. Tetapi apa yang menjadi tanda tanya di sini kalau ada penyiasatan ke manakah akhirnya siasatan itu akan diperutkan?

Kepada saya kerja bakal dilakukan SPRM itu sia-sia sahaja. Daripada Abu Kassim kini selesa dengan kedudukanya itu, beliau akan jadi tidak tenteram kalau apa yang dikatakan itu akan dikotakan. Katalah ada pegawai SPRM ke pejabat Najib mengambil kenyataan, sudah tentu akan berlaku rasa kurang senang Perdana Menteri, kalau pun tidak orang-orang Perdana Menteri. Kerana kunjungan pegawai SPRM ke sesebuah pejabat itu membawa pengertian dan tanggapan yang negatif dan ianya akan disensasikan oleh media massa kelak. Ini boleh mengaibkan Najib.

Apakah sanggup dan berani Abu Kassim melakukan itu. Antara tungas dan kepentingan diri mesti dalam perhitungan Abu Kassim sebelum mengarahkan pegawainya menyiasat dakwaan ke atas Najib apa lagi untuk memanggil Najib.

Juteru saya jamin mengatakan kalaupun ada prima farsi dalam kes ini, Najib melakukan penyalahgunaan kuasa, ia tidak akan didakwa. SPRM hanya setakat siasat sahaja tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Tetapi pihak yang akan menyediakan kertas pendakwan ialah Peguam Negara. Peguam Negaralah akan menentukan sama ada ada kes atau tidak ada kes. SPRM tidak bertanggungjawab apa-apa selepas menyerahkan kertas siasatan.

Kekurangan inilah yang dituntut oleh SPRM tetapi enggan diberikan oleh parlimen. Jadi kalau SPRM tidak ada kuasa mendakwa dimanakah kebebasan dan ketelusan institusi itu yang dilaung-laungkan itu sebagai bebas dan telus. Boleh tangkap tetapi tidak boleh dakwa, samalah melakukan kerja menangkap angin, ada tetapi tidak boleh ditenguk.

Kalau Abdul Ghani Petail kata tidak ada kes, maka Najib tidak akan didakwa. SPRM kena akur saja. Siasatan yang dibuat oleh SPRM itu hanya boleh dijadikan kertas modul untuk para pegawai baru SPRM melatih diri menjadi seorang penyiasatan yang cekap sahaja.

Dalam konteks hari ini saya kira Abdul Ghani Petail tidak berani untuk membuat pendakwaan kepada Najib. Beliau akan menggunakan apa-apa juga helah dan kuasa yang ada kepadanya untuk menolak pendakwaan itu kalau sekalipun siasatan SPRM itu ada menunjukkan Najib cenderong melakukan penyalahgunaan kuasa atau rasuah seperti mana didakwa.

Kesimpulannya mudah, jangan kita merasa syok dan meriah dengan kenyataan Abu Kassim itu. Ia tidak akan menjadi pun. Saya rasa bukan sahaja Peguam Negara akan menolak, tetapi penyiasatan ke atas Najib pun akan difikir lebih 10 kali oleh SPRM untuk menyiasatanya. Abu Kassim hanya seorang Pengerusi kepada sebuah suruhanjaya yang dibentuk oleh kerajaan di mana ketua kerajaan kini ialah Mohd Najib bin Abdul Razak bin Hussein Ibni Raha Mohd Noh apakah Abu Kassim sanggup melanggar adat? [wm.kl. 8:45 am 24/05/10]


Sunday, May 23, 2010

Ulasan Penubuhan Dewan Himpunan Pas

Tawar Jawatan Kepada Dewan Himpunan Pas Satu Kesilapan

MULANYA saya berhajat benar untuk mengikuti pelancaran Dewan Himpunan Penyokong Pas yang diadakan di Klang hari ini. Semalam saya sudah menghubungi Mujahid Yusuf Rawa bertanya lokasi berlangsungnya majlis berkenaan. Tetapi kerana masalah menghalang niat itu tak kesampaian.

Apa yang saya nak tengok pada upacara itu, semangat dalam dewan berkenaan. Mengetahui serba sedikit bagaimana dewan itu diuruskan dan sejauh mana ianya berfungsi memberi nilai tambah kepada Pas dan Islam pada masa akan datang.

Kalau dulu ahli kelab itu hanya duduk di luar dewan mengikuti muktamar Pas menerusi skin CCTV, kali ini mereka akan berada di rumah dan tidak mustahil ketuanya akan diajak naik ke pentas utama.

Saya menjadi sedikit, 'mendesah' dan bimbang berhubung dengan keperluan menubuhkan dewan berkenaan yang dulunya dikenali dengan kelab penyokong Pas itu. Ini kerana rata-rata dewan berkenaan disertai oleh mereka bukan Islam. Ia semacam ada sedikit masalah (kontradik) sebab Pas dikenali sebagai sebuah parti dan sebuah gerakan Islam nombor wahid di negara ini.

Apakah ianya tidak akan menimbulkan kecelaruan atau conflict interest nanti. Apa lagi kalau takdirnya anggota dewan itu diberi hak sama dengan ahli biasa Pas, tentu ia menimbulkan kecelaruan. Saya tidak pasti bagaimana Pas ingin mengendalikan 'perbezaan' ini kelak.

Sebagai parti Islam Pas mengutamakan soal halal dan haramnya. Perjuangan Pas bertunjangkan kepada aqidah Islamiah. Kerana paksi dan tunjang itulah menjadikan Pas istimewa dan berbeza dengan parti-parti Melayu atau parti nasional lain. Dan kerana tunjang dan paksi itulah juga menjadi ahli atau wakil rakyat Pas kebal dan jadi lebih setia dan tidak mudah goyah berbanding dengan ahli parti-parti lain kalau pun didebur ombak ataupun ditiup ribut taufan.

Walaupun Islam itu luas (syumul) tidak ada batasnya, tetapi bukan menjadi lesen untuk Pas membuka pintu kepada semua orang. Kesyumulan Islam ada kesempurnaan dan bukan kebebasan tanpa batas. Apa lagi kalau hajat membuka pintu itu atas satu matlamat untuk mendapatkan kuasa semata-mata. Saya tidak bersetuju kalau Pas meninggalkan langsung kemelayuannya dan melihat kesejagatan Islam semata-mata. Kesejagatan Islam dalam negara terasnya Melayu, kalau tanpa mempeduli dan meletakkan kepentingannya pada saya adalah silap.

Saya bukan berfikiran sempit di dalam soal ini. Saya sedar sebagai parti politik yang menyertai pilihan raya Pas memerlukan kepada sokongan. Undi dari bukan Islam sama nilainya dengan undi orang Pas walaupun nawaitu undi itu mungkin berbeza. Jangan kerana obses inginkan kepada undi maka Pas sedia mengorbankan segala kepentingan-kepentingan dan keistimewaan-keistimewaannya sebagai sebuah gerakan agama. Selain itu Pas juga harus sedar bahawa sokongan tegar kepadanya masih dari kalangan orang Melayu.

Dalam masa Pas tergila untuk mendapat undi Melayu, Pas juga perlu 'gila-gila' untuk mengekalkan sokongan Melayu kepada mereka. Ini saya nampak ada pengabaian oleh Pas. Pas lebih berminat dan berusaha menyakini Cina, India, Orang Asli, Dayak dan Iban kepada Pas, sedangkan usaha sama ke atas Melayu tidak dibuat. Saya sangat khuatir nanti berlaku kepada Pas bak kata arwah ayah saya, "melepaskan kura-kura di kaki kerana mengejar burung yang terbang!" Maksudnya mungkin Pas akan mendapat sokongan bukan Islam atas maksud menyokong politik baru tetapi hilang orang Melayu yang melihat Pas pejuang Islam dan Melayu disebabkan kelengahan Pas dalam menjaga kepentingan Melayu.

Hari ini Pas telah sekali lagi menawarkan kebendaan kepada para penyokongnya. Seperti mana dipetik, Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub berkata Pas bersedia untuk memberi tempat kepada bukan Islam (ahli dewan itu) sebagai anggota Dewan Negara. Manakala Presiden Pas, Abdul Hadi Awang (foto) yang melancarkan dewan itu menjelaskan Pakatan Rakyat - Pas akan melantik bukan Islam sebagai anggota dewannya. Apa yang dipraktikan di Terengganu semasa Pas memerintah negeri itu 1998 - n2004 dulu akan diperluaskan ke negeri-negeri lain jika Pakatan (Pas) menang.

Pasti anggota dewan itu senang dengan tawaran dan janji oleh dua pemimpin Pas itu. Mereka mendapat sesuatu yang mereka belum minta walaupun sudah diharapkan. Bak kata orang belum menguap sudah dihulurkan bantal. Nampaknya Sallahudin dan Abdul Hadi dapat membaca apa yang terpeta di dalam hati anggota dewan! Alangkah malangnya kalau tawaran itu dibuat kerana kedua pemimpin itu inginkan populariti atau untuk menampakkan mereka sebagai seorang yang liberal. Lebih malang lagi kalau cadangan itu dibuat sesuka hati tanpa melihat apakah impak dan implikasinya. Bagi saya tawaran itu melewati soal polisi dan dasar parti.

Sekali lagi saya katakan tidak salah untuk memberi imbuhan atau baksis kepada mana-mana penyokong. Tetapi sebelum menganugerahkan ia perlu dilihat keperluannya, kepentingannya dan natijah daripada apa yang diberikan itu. Memberi sesuatu yang di kalangan kita sesama sendiri pun tidak mencukupi satu perbuatan yang kurang bijak. Begitu juga kalau meletakkan kepercayaan dan harapan kepada orang yang tidak kamil dengan perjuangan kita, lagi tidak bijak.

Janji dan tawaran dikemukakan itu masih bersifat 'madiyah'. Sebagai sebuah parti Islam, Pas seharunya tidak menawarkan kebendaan kepada sesiapa. Pas sebagai gerakan Islam sepatutnya memberi ilmu, petunjuk, hidayah dan sir kepada mereka. Pas perlu mempertahankan tanggungjawab dan amanah ini, mendakwah manusia. Tawaran untuk melantik mereka sebagai anggota Dewan Negara dan ahli Dun adalah tawaran kebendaan yang pasti akan direbut seperti ghanimah.

Mungkin mereka menyertai dewan itu kerana ingin pembaharuan dalam politik. Mereka sudah muak dan benci dengan budaya politik merebut kuasa dan mengejar kedudukan yang melampau. Mereka mengharapkan Pas membawa islah dalam politik. Mereka menyertai Pas kerana melihat tahap kebolehpercayaan kepada Pas masih tinggi berbanding dengan parti-parti lain. Ataupun mungkin juga mereka melihat kemurahan hati pemimpin Pas ataupun kemelampauan tolak ansurnya.

Pasti juga mereka melihat kepada apa yang berlaku di Kelantan yang dijana dan dilaksanakan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka melihat bagaimana kelunakan dan keadilan Nik Aziz dalam melayani umat bukan Islam di sana. Itu kita tidak nafikan. Tetapi perkara yang perlu diinsafi suasana, angka dan nafsu umat bukan Islam di Kelantan berbeza dengan umat Islam di luar Kelantan. Dalam keadaan minoriti umat Islam di Kelantan tidak ada agenda besar melainkan menjamin keselamatan hidup mereka anak beranak.

Jangan cuba menyamakan, sikap, penerimaan dan keikhlasan umat bukan Islam di negeri majoriti Melayu dengan sikap dan sifat umat Islam di negeri yang Melayunya minoriti!

Dalam konteks ini bila mereka menyertai Pas sebagai anggota dewan, mereka mengharapkan harapan yang mereka sangka baik itu hendaklah dipenuhi. Tetapi dalam masa sama, lebih baik kalau Pas mengemukakan pendekatan Islam syumul mereka dalam politik. Pas memberi keyakinan kepada mereka bagaimana Islam menjamin keselamatan ummah tanpa mengira warna kulit dan anutan agama. Dengan menawarkan kebendaan itu akhirnya menyebabkan kemasukan - pendekatan mereka kepada Pas dilihat untuk mendapat habuan kebendaan. Sudah tentu mereka tidak akan menolak sesuatu yang menguntungkan mereka.

Salahkah kalau Pas, selain dari melayan mereka memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah sosial, ekonomi dan politik mereka, Pas mengambil kesempatan cuba menanam semangat dan akidah Islam kepada mereka? Mendedahkan seluasnya falsafah dan jihad Muhammad s.a.w. Salahkah? Rasanya ini lebih afdal dan penting Pas menerima mereka sebagai anggota bukan saja untuk menjamin mereka berada dalam sistem yang selamat di dunia, tetapi juga sejahtra di akhirat.

Kalau Pas hanya memikirkan untuk keselamatan di dunia dengan memberi habuan kebendaan, projek dan pangkat ini bermakna perjuangan Pas tidak ke mana. Ia tidak ada bezanya juga dengan perjuangan UBN yang selamanya cuba menyogokkan kebendaan kepada mereka dan membawa manusia lain menjauhi laman jannah. Untuk mencapai matlamat ini maka menjadi obligasi mereka yang menjadi pelopor dan penggerak maufakat semua bangsa menerusi dewan itu memikir bagaimana untuk membawa anggota himpunan itu sama-sama mencapai mardathillah seperti juga anggota Pas yang sedia kala Islam.

Dalam permasalahan dan implikasi ini tidak seharusnya Pas begitu ghairah menawarkan anggota himpunan dengan kebendaan berupa pangkat dan kebendaan atau sejuta janji indah lainnya. Sekali lagi ditegaskan paling afdal Pas perlu menawarkan pembaharuan politik kepada mereka dan dalam masa sama mentarbiyahkan mereka bukan saja memahami politik Islam tetapi juga agama Islam. Beri ilmu kepada mereka dan bukan beri pancing.

Pada saya kalau separuh ahli dewan itu dapat memahami kesucian dan kemuliaan Islam ianya lebih bererti daripada Pas memenangi beberapa kerusi di luar Kelantan, Terengganu dan Kedah atas sokongan dewan berkenaan. Buatlah sesuatu yang disukai Allah di dunia dan akhirat. [wm.kl. 7:45 pm 23/05/10]

Susupan Pagi

DUN Kedah Tidak Jadi Bubar!

ANGAN-ANGAN UBN untuk menyaksikan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah bagi membolehkan pilihan raya diadakan tidak kecapaian. Manakala buat sementara waktu Kerajaan Pakatan Kedah dibawah pimpinan Azizan Abdul Razak, boleh menari nafas lega buat seketika. Semua ini ekoran himpunan yang melibatkan semua Ahli Dewan Undangan Kedan dari Pakatan Rakyat yang diadakan malam di kompleks Pas Kedah Kota Sarang Semut malam tadi berjaya.

Semua wakil rakyat terutamanya mereka yang dikaitkan akan berpaling tadah hadir pada malam tersebut. Mereka ialah tiga anggota Exco, dua dari PKR dan satu dari DAP. Seorang Ecco dari DAP ialah Adun Kota Darulaman, Lee Guan Aik, manakala dua anggota Exco dari PKR ialah Adun Bukit Selambau, S Manikumar a/l Subramanian dan Adun Sidam, Tan Chow Kang.

Begitu juga Adun Kulim yang juga dispekulasikan akan meninggalkan PKR, Lim So Nee juga turut sama hadir. Kesemua mereka dilaporkan berucap pada majlis itu dan menyatakan kesetiaan bersama Pakatan Rakyat.

Ekoran suksesnya majlis penerangan dan penjelasan malam semalam berita liar yang sengaja dibawa oleh pihak UBN akan berakhir. Dalam hal ini orang yang merasa lega ialah Azizan Razak. Walaupun sebelum ini beliau berkali-kali menjelaskan bahawa keadaan kerajaan Kedah stabil namun ia tidak mudah untuk dipercayai.

Pihak UBN terus menyerang dan membuat provokasi sehingga ia tidak menyenangkan rakyat Kedah. Walaupun semua pihak membaut pengakuan apa yang didakwakan itu sebagai bohong tetapi hasil perang saraf yang tersusun menyebabkan ia menjadi tanda tanya. Kejayaan pyswar UBN itu juag disebabkan kelemahan pihak Pakatan Rakyat dalam memberi penjelasan kepada rakyat. Ada ketikanya pihak Pakatan Rakyat tanpa disedari menuruti gendang yang dipalu oleh musuhnya.

Kemuncak kepada desas desus itu apabila beberapa orang yang kecewa dalam Pas dan termakan dengan pujuk rayu pihak Umno telah mengistyharkan diri menyertai parti itu beberapa minggu lalu.

Dengan penampilan semua Adun Pakatan Rakyat malam tadi juga diharap ia akan mengisanfkan UBN daripada terus mengadu domba bagi menimbulkan masalah kepada kerajaan Pakatan Kedah. UBN yang kononnya sebuah parti yang menyanjungi tinggi demokrasi hendaklah menerima hakikat bahawa mereka telah ditolak rakyat pada pilihan raya lalu.

Provokasi melampau dan usaha untuk merogol demokrasi dan menafikan mandat rakyat ia tidak membawa kebaikan kepada parti itu sebaliknya akan dilihat rakyat yang celik sebagai kejahatan yang berterusan. Ada baiknya bagi UBN Kedah daripada mereka berusaha untuk menumbangkan kerajaan kedah diluar edah pilihanraya, lebih afdal kalau mereka berkerja untuk mengukuhkan kedudukan dalaman parti itu. [wm.kl. 10:45 am 23/05/10]

Ketawa Ahad

Awang Adek Tetap Akan Dikenali Sebagai Raja Judi Bola Sepak

BAKAL Menteri Besar Kelantan yang tewas dalam dua pilihan raya, pada pilihan raya umum lalu, Awang Adek Hussein (foto bertopi) semakin tertekan dengan isu kelulusan lesen judi bola sepak. Isu paling hangat memenuhi ruang politik negara hari ini ialah isu judi bola sepak berkenaan. Bukan saja anak-anak muda Pas, tetapi orang tua Umno juga turut sama bercakap dan menyinggungnya.

Bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi juga turut sama menyentuhi mengenai isu berkenaan. Kata Abdullah kerajaan perlu mendengar suara rakyat. Dalam kata lain Abdullah mahu pemberian lesen judi itu dikaji atau ditarik balik.

Bantahan juga datang beberapa NGO dan pertubuhan agama. Tetapi yang lantang ialah dari Dewan Pemuda Pas.

Bekas Perdana Menteri seorang lagi, nampaknya tidak memberi apa-apa komen berhubung perjudian ini. Sikap membisu itu tidak menghairankan. Perdana Menteri ini lebih cepat untuk memberi reaksi yang negatif terhadap agama Islam, dari dulu, sekarang dan mungkin selamanya. Pada masa beliau menjadi Perdana Menteri dulu, banyak juga lesen-lesen perjudian, kasino, toto, empat nombor ekor yang dibenarkan. Jadi tidak hairanlah kalau dia tiba-tiba pekak dan tidak berminat untuk mengulas mengenai perjudian ini. Apa lagi taukeh judi yang mendapat lesen berkenaan adalah kawannya.

Selepas mengumumkan lesen judi itu diluluskan Awang Adek tidak terkata apa. Mungkin dia terkejut dengan reaksi yang berlaku. Dia tidak fikir perlulusan itu menimbulkan kemarahan umat Islam dan memberi damege kepadanya.

Dalam pada itu ada pihak yang cuba hendak selamatkan Awang Adek dengan tidak menimbulkan namanya. Nama Awang Adek yang terlibat dalam meluluskan itu diganti dengan nama lain yang dikira wajar. Sebuah akhbar milik Umno tidak menyebut langusng nama Awang Adek dalam membicarakan lesen judi bola sepak berkenaan, sebaliknya memetik nama Timbalan Menteri Kewangan dari kaum Cina, Chor Chee Hueng. Dua tiga kali nama Chee Hueng disebut seolah-olah dialah yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi bola sepak berkenaan dan Awang Adek tidak ada sankut paut.

Betapa pun akhbar berkenaan hendak membela dan menyelamatkan Awang Adek, ia tidak akan terbela lagi. Umno sudah melakukan silap teknik bila mana orang yang melontar atau mengemukakan cadangan itu ialah Awang Adek Hussein. Sepatutnya kalau nak tutup (tetapi akan 'terbahar' juga), biarlah Chee Heung yang menjelaskan kepada Dewan Rakyat bukannya Awang Adek.

Bila Awang Adek yang menjelaskannya maka seluruh pemikiran umum akan ingat kepada Awang Adek. Tambahan pula hari ini Awang Adek diam sejuta bahasa, tidak memberi apa-apa ulasan. Beliau tidak bangun untuk mempertahankan kenapa lesen judi itu perlu diluluskan. Keadaan ini menampakkan bahawa beliau kini sedang menangis dengan isu berkenanaan.

Jumaat depan Dewan Pemuda Pas akan berhimpun di masjid di kampung Awang Adek di Bachok untuk membantah perlulusan lesen berkenaan. Tindakan Pas ini tambah memalukan lagi Awang Adek. Orang Bachok semua akan tahu perangai bakal MB Kelantan itu. Bagi orang Kelantan judi adalah sangat sensitif sekali. Bantahan itu akan mendedahkan siapa dia Awang Adek sebenarnya. Orang tua pasti akan mempersoalkan macam mana Awang Adek hendak jadi MB Kelantan, kalau lesen judi pun beliau luluskan.

Tindakan Dewan Pemuda Pas itu pada saya kurang wajar sedikit. Kenapa hendak menaikan kain rentang untuk memalukan Awang Adek di depan masjid. Lebih afdal rasanya kalau Dewan Pemuda Pas minta berjumpa dengan Awang Adek dan menerangkan kesan buruk perjudian, serta mengenai halal dan haram mengenai perjudian. Dengan berdemon di depan masjid kerana ingin menekan dan memalukan Awang Adek rasanya tidak sesuai.

Semalam Muhyiddin Yassin bila diajukan pertanyaan oleh wartawan mengenai perkara iyu memberi gambaran seakan-akan lesen itu akan ditarik balik. Ada bunga-bunga ke arah itu. Katanya kerajaan akan meneliti pemberian lesen berkenaan. Secara jujur katanya dia masih belum mendapat feed-back dari bawah berhubung perkara itu. Betulkah? Memalukan sebagai TPM kalau Muhyiddin tidak tahu riuh randah berhubung perkara itu.

Timbalanya sendiri, Puad Zarkasi awal-awal telah membantah dan menyatakan sikapnya dengan pemberian lesen judi berkenaan. Kalau timbalan boleh sedar awal, anih pula kalau ketua tidak mengetahui apa-apa mengenainya.

Semuanya masih belum terlambat. Pertandingan bola dunia di Afrika masih belum bermula. Kalau lesen itu hendak ditarik balik, masih ada masa lagi. Bagaimana pun sama ada lesen itu ditarik balik atau tidak, persepsi umum terhadap Timbalan Menteri Keewangan asal kampung Perupuk, Bacok Kelantan itu sudah buruk. Dalam kepala orang sudah terbenih tanggapan bahawa Awang Adek bukan saja seorang penghisap ceruk tetapi seorang yang boleh berkompromi dengan perjudian.

Mengenai lesen judi bola sepak ini, walaupun ianya tetap haram tetapi rasanya lebih ringan sedikit kalau Awang Adek meluluskan lesen laga ayam di Kelantan. Kerana laga ayam satu kebudayaan berunsur perjudian masih berlaku di Kelantan. Elok sangatlah kalau Dewan Pemuda Pas juga menaikkan sepanduk agar perlagaan ayam, ikan sepilar, juga dihapuskan. [wm.kl. 8:30 am 23/05/10]