Tuesday, March 22, 2022

Ismal Sabri tidak perlu akur kehendak golongan bernafsu

ULASAN LAMBAT

Ismail Sabri tidak perlu tunduk.
DUA isu politik yang tidak segera saya beri ulasan. Pertama, berhubung senario dalam perhimpunan agung Umno (PAU), dan kedua patah balik Rafizi Ramli untuk aktif dalam parti dan menawarkan diri untuk mengisi kekosongan jawatan timbalan presiden. 

Kedua-dua isu itu tidak berkaitan di antara satu sama lain, tetapi ia menjadi isu diberi fokus dalam sehari dua ini. Isu menarik dan panas serta sudah ada yang penasaran mengenainya. 

Sambil ingatkan orang, Najib perlu ingatkan diri sendiri

POJOK PAGI 

Najib Razak memberi peringatan berupa "larangan" kepada mereka yang peluk Lim Kit Siang agar jangan datang ke parlimen. Bagus Najib kerana mementingkan kesihatan dan keselamatan diri. Tetapi sayang dia lupa kepada apa yang berlaku kepada dirinya sendiri. 

Beliau tidak mengingat dan melarang dirinya agar tidak dikerumuni orang ramai, khususnya budak-budak muda walaupun dia sudah divonis penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana melakukan rasuah. Sebenarnya antara keselamatan diri dengan maruah diri sama penting. 

Justeru dalam masa menasihati Kin Siang, Najib juga perlu mewaspadai dirinya agar tidak menjadikan orang ramai keliru. Najib perlu kuarantin diri dahulu dari berpolitik sehingga mahkamah membebaskannya. [wm.kl. 8:06 22/03/2021]

Tuesday, March 15, 2022

MB Johor, lain dicadang lain dilantik

SUSUPAN MALAM

Onn Hafiz yang tidak diumumkan parti
tetapi dilantik jadi MB.
ADUN Benut Hasni Mohamad tidak diberi warkah tauliah untuk menjadi Menteri Besar Johor.
Khabarnya 38 SD telah ditanda tangani oleh Adun Umno Johor menyatakan sokongan kepada bekas MB itu dilantik menjadi MB sekali lagi selepas UBN menang bergaya mendapat 40 kerusi, tetapi SD itu tidak bernilai langsung. 

Yang bernasib baik menjadi MB ialah Adun Machap, Onn Hafiz Ghazi. Hasni setelah menyedari beliau tidak dilantik jadi MB membuat kenyataan, kepimpinan negeri Johor perlu diberikan kepada orang muda. Usia Onn Hafiz 44 tahun. Kenapa Hasni tidak berkata demikian terlebih awal, sebelum hari pengudnian misalnya? Ini menjelaskan perubahan berlaku dengan tiba-tiba diluar dugaannya. 

Sunday, March 13, 2022

Pirane Johor pengajaran buat oposisi

ULASAN LEWAT

DALAM mood yang tidak begitu sumringah, saya cuba melengkapkan kerja rutin pengisian blog MT dengan memberi ulas-pandang terhadap pilihan raya (Pirane) Johor yang sudah selesai semalam. Keputusannya seperti sudah diketahuiUmno - BN berjaya menguasai 40 kerusi daripada 56 kerusi sekaligus membentuk kerajaannya di negeri berjiran dengan Temasik itu. 

Parti-parti lawan BN, hanya memperolehi 16 kerusi sahaja, dengan pecahan Perikatan Nasional (PN), 3 kerusi, Pakatan Harapan (PH) 11 kerusi, Keadilan dan Muda masing-masing satu kerusi. Dengan pencapaian itu BN berjaya membentuk kerajaan Johor dengan majoriti dua pertiga, satu pencapaian dikira cemerlang dalam konteks demokrasi berparlimen. 

Thursday, March 10, 2022

Pirane Johor : Siapa akan jadi MB?

KEMPEN selama dua minggu pilihan raya negeri (pirane) Johor ke-15, bermula 26 Februari hingga 11 Mac akan tamat kira-kira 48 jam lagi. Menjelang pukul 00:00 12 Mac kempen akan berakhir. Dalam tempoh itu dipercayai semua parti politik yang meletakkan calon bertanding telah melaksanakan syarat "sunat" berkempen dengan cara tersendiri dan menggunakan semua kesempatan yang termampu. 

Tidak kira apakah cara kempen dan peraturan serta syarat kempen dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sama ada memuaskan hati atau tidak, tetapi semua pihak telah melaksanakan kempen masing-masing. 

Tidak seperti biasa, saya tidak turun ke pilihan raya kali ini. Apa yang saya lakukan semasa pilihan raya negeri Melaka dan Sarawak, untuk Johor, saya juga tidak turun untuk membuat tinjauan dari dekat seperti lazimnya. 

Friday, March 4, 2022

Zahid tumpang berkat Najib Razak

Kemesraan Najib dan Zahid, 
apa yang mereka ketawakan?
 
MENURUT Zahid Hamidi aura "boos"nya (boosmu) Najib Razak tidak pernah pudar walaupun Najib tidak lagi menjadi perdana menteri. Katanya walaupun Najib dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM140 juta beliau masih mendapat sokongan kuat.

“Aura bossku tidak pernah pudar. Malah ketika jadi perdana menteri, auranya cukup tinggi.

“Selepas tidak jadi perdana menteri, aura dia tetap terus tinggi,” memetik kata-katanya kepada pemberita di Mersing hari ini.

Zahid merujuk kehebatan Najib itu kepada pencapaian BN dalam pilihan raya kecil yang dilalui oleh parti itu semasa menjadi pembangkang ketika PH menjadi kerajaan, dimana BN menang 7 kali pilihan raya kecil disamping dapat merampas semula kerajaan Melaka dan Sabah dalam pilihan raya negeri lalu.