Tuesday, October 30, 2007

Pelancaran Ecer 2

Umno Letih Sa'ja Petronas Beri Duit Kepada Pas?

MSO

MAJLIS Perlancaran Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) merangkumi negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Mersing sudah selesai dengan jaya dan sempurnanya. Majlis itu menjadi sejarah terutamanya di Kota Bharu kerana ia menampilkan dua pemimpin dari parti berbeza, Abdullah Ahmad Badawi selaku PM dan Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan.

Seperti mana diakui Nik Aziz itulah kali pertama beliau diajak untuk duduk dalam majlis rasmi dan diberi peluang berucap selama 17 tahun menjadi MB dan mentadbir Kelantan. Mungkin beliau tidak akan melupainya dan sekaligus menolak tanggapan buruk ke atas Abdullah selama ini yang kurang menghormatinya berbanding Dr Mahathir Mohamad.

Tiada apa yang tidak sempurna pada majlis berkenaan, melainkan seperti yang dicatat sebelum ini berhubung ucapan Nik Aziz yang dianggap kurang manis. Lainnya berjalan dengan lancar. Kira-kira lebih 20,000 yang hadir (3/4 adalah orang Pas) berpuas hati. Rakyat Kelantan bangga dan gembira apabila MB mereka diberi peluang berucap di pentas sama dengan Perdana Menteri walaupun ucapan Nik Aziz tidak disiar kan secara langsung.Pendeknya semua bersurai dan pulang dengan senyum lebar, mulut hingga sampai ke pipi. Setidak-tidak terbetik dalam hati mereka 'selepas ini Kelantan akan maju' dan mereka mengakui janji Abdullah selama ini bahawa beliau adalah PM untuk semua negeri dan tidak akan menyisihkan Kelantan.

Begitulah persepsi dan tanggapan rakyat bawahan. Sepasang suami isteri berusia 60 tahun ketika berjalan pulang berbisik sesama sendiri, apakah Nik Aziz dah berbaik dengan Dollah Badawi?

Boleh berangan

Samada pelan itu akan mencapai sasaran sukar untuk dibayangkan kerana mengambil masa 12 tahun. Jika mengikut pandangan pengkritik yang dengki kepada Abdullah dan senantiasa prejudis, mereka melihat pelan itu hanya sekadar pelan sahaja sedangkan wangnya tidak ada! Namun yang jelasnya rakyat Kelantan kini boleh berangan-angan dengan projek itu sama dengan negeri-negeri lain yang juga mendapat pelan sedemikian.

Rasa puas hati juga nampaknya timbul di kalangan pemimpin Pas. Bagi Pas majlis itu adalah majlis mereka. Apabila Petronas yang menjadi arkiteknya memberi kuasa dan kepercayaan untuk mengatur dan mengundang jemputan kepada kerajaan Kelantan.

Terutamanaya Tok Guru merasakan mereka kali ini dihormatinya dan kejadian itu adalah takdir Allah kepada Pas Kelantan di atas kesabarannya selama ini.

Timbul juga rasa pelik atas apa yang berlaku itu. Apakah kepercayaan Petronas itu kerana mereka bimbang kalau majlis itu diserahkan kepada Umno dari segi jemputan dan undangan majlis itu tidak akan semeriah itu? Kemungkinan ini ada kebenaran apabila kehadiran Abdullah ke Kelantan tidak lama dulu kurang mendapat sambutan.

Jadi bagi mengelakan majlis itu muram dan kurang mendapat sambutan serta tidak mengecewakan Perdana Menteri setiap kali menjejak kaki ke Kelantan, Petronas bijak menyerahkan kepada Kerajaan Kelantan untuk mengundang orang ramai dan membelakangnya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan juga Umno Kelantan.

Dan ternyata tugas kerajaan Kelantan dan Pas itu tidak sia-sia apabila jumlah yang hadir kelmarin adalah jumlah teramai pernah berlaku dalam majlis melibatkan Abdullah di Kelantan. Seluruh pegawai Kerajaan dan Exco juga hadir.

Bagaimana pun bak kata pepatah, pahat tetap akan berbunyi kandatipun rumah sudah siap. Seperti dalam kenduri ada-ada saja orang yang tidak berpuas hati mengatakan dia tidak dapat itu dan tidak dapat ini. Begitu juga dengan majlis semalam terdengar ditelinga saya bahawa apa yang berlaku semalam kurang disenangi oleh pihak Umno.

Umno Kelantan dikatakan merasa terhina dan marah dengan perjalanan majlis dan menganggap ianya telah memberi political mileage percuma kepada Pas Kelantan.

Menjadi kenyataan

Umno Kelantan kesal dengan apa yang berlaku dan menganggapnya ia sepatutnya tidak berlaku. Perkara yang berlaku itu juga khabarnya telah dibimbangi awal-awal lagi yang mana majlis itu akan mendapat political mileage kepada Pas telah menjadi kenyataan.

Kononnya nasihat dan pandangan sudah diberi supaya jangan membabitkan kerajaan Kelantan terlibat begitu jauh. Sewaktu perbicangan dengan pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sudah ada pihak yang tidak senang dengan tindakan Petronas melibatkan Kerajaan Kelantan itu dan mendesak agar Umno yang menguruskannya.

Bagaimana pun desakan itu tidak dipedulikan oleh Petronas kerana Petronas telah mendapat arahan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) agar Kerajaan Kelantan dibabitkan sama. Sememangnya arahan JPM itu rasional kerana pelan itu melibatkan Kerajaan Kelantan secara langsung.

Khabarnya apa yang menjadi kemarahan dan timbul rasa terkilan Umno apabila MB telah mengambil kesempatan menyinis sebegitu rupa para pemimpin Umno terdahulu di hadapan Prersiden parti mereka, Abdullah.

Dan ada orang Umno menyifatkan majlis pelancaran semalam juga telah merugikan Umno. Umno hanya 'letih saja' (buang tenaga percuma) sementara yang untungnya Pas. Petronas pula turut sama dikecam kerana telah menghabiskan wang berjuta-juta ringgit untuk memberi imej kepada Pas Kelantan dalam saat parti itu sudah mulai diperkatakan ekoran tindak tanduk beberapa kerat pemimpinnya.

Mendengar jeritan pahat ini timbul juga kemusykilan. Kenapa mereka harus mempersoalkan tindakan Ptronas itu? Kalau mereka mendapat arahana dari JPM, bermakna arahan itu adalah atas kehendak PM sendiri. Dan kalau PM sudah berkehendak begitu usahlah pertikai dan terima sahajalah dengan hati terbuka. Lagipun selama ini Umno Kelantan termasuk Annuar Musa serindiri sering melaungkan yang beliau bersedia berkerjasama demi masa depan rakyat Kelantan.

Apa yang penting sekarang ialah buktikan.

Dinasihatklan untuk menyedapkan hati atas ketidaksempurnaan itu bagi Umno anggaplah apa yang berlaku itu sudah tertakdir demikian atau pun tersalah teknik kerana terlalu sangat ingin bermain politik. [perdana.kb 11:30 am 30/10/07]

Pelancaran Ecer 1

Aksi Mengharukan Di Majlis Pelancaran Ecer

MSO

ALHAMDULILLAH perlancaran pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Timur (Ecer) berjalan lancar dan berjaya. Seperti mana disebut sebelum ini majlis itu akan mencatat sejarah tersendiri.

Ternyata apa yang dibayangkan itu benar. Majlis itu memberi signifiken dalam menzahirkan cita-cita dan kehendak rakyat Kelantan selama ini iaitu pembangunan setanding dengan
negara lain.

Majlis pelancaran itu memberi kesempatan untuk rakyat buat pertama kalinya melihat kedua pemimpin kesayangan mereka, Tok Guru Nik Aziz dan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi duduk sekali.

Tentu ada air mata yang gugur ke riba apabila melihat Abdullah memegang mesra tangan Nik Aziz dan memimpin Menteri Besar Kelantan itu ketika naik dan ketika turun dari petas. Lagak mereka seperti anak dengan bapa yang penuh kasih sayang.

Apakah Abdullah sengaja atau spontan berbuat demikian untuk menarik perhatian hadirin, atau memberi mesej kepada setiap yang hadir khususnya mereka yang bernama pemimpin. Ini kerana di bawah sana ada Husam Musa, ada Annuar Musa. Apakah mereka tidak mahu berpimpinan tangan seperti itu dalam misi perjuangan untuk rakyat Kelantan?

Di bawah juga ada Mustapa Mohamad dan ada Mohd Amar Nik Abdullah, apakah mereka tidak terliur untuk berbuat demikian. Dan di bawah juga ada Awang Adik Hussein dan ada Takiyuddin Hassan apakah mereka tidak teringin untuk beraksi demikian?

Kesedaran dan tanggungjawab

Terima kasih kepada Petronas yang mengaturkan pelan berkenaan dan menyusun aturcaranya tanpa ada motif politik yang jelas. Atas kesedaran dan tanggungjawab itu membolehkan pemimpin tertinggi kedua parti Pas dan Umno berada dibawah satu bumbung dan masa sejemut itu memberi kesematan keada mereka untuk berfikir demi kesejahteraan rakyat Kelantan. Suasana begitu jarang kelihatan sejak ke belakangan ini.

Majlis Ecer bukan sahaja memberi peluang kepada rakyat Kelantan bakal menikmati pembangunan tersusun dan sistemetik dalam berbagai aspek, namun ia memberi bukti bahawa rakyat Kelantan boleh menerima apa juga kebaikan yang diberikan tanpa syarat atau kontras dengan undi yang dihulurkan oleh sesiapa sahaja.

Misalnya majlis petang tadi menterjemahkan sikap liberal dan 'mudah basa' rakyat Kelantan akan menerima dengan baik setiap huluran yang ikhlas dari sesiapa sahaja, termasuk Perdana Menteri. Walaupun projek itu adalah dari kerajaan Pusat namun kerajaan negeri menerimanya dan menjunjungnya dengan baik.

Cuma malang sedikit, ada sesuatu yang dikira kurang sesuai pada majlis berkenaan bagi kaca mata saya. Perkara itu ialah mengenai sedikit sindiran Tok Guru Nik Aziz terhadap pemimpin Kerajaan Pusat yang seharusnya tidak berlaku.

Benar sindiran itu kerana ingin melepas rasa marah berbelas tahun atas sikap tidak adil kerajaan Pusat, dan sikap tidak tahu adat pemimpin Kerajaan Pusat ketika datang ke Kelantan tanpa mengetuk pintu dan terus masuk ke rumah (Kelantan), tetapi rasanya luahan itu tidak pada majlis seperti itu.

Pada saya dalam suasana begitu kurang elok kalau bagi Tok Guru selaku MB menyindir dan bermain politik dalam ucapannya. Misalnya pantun antara yang berbunti "mengharap bulan jatuh ke riba" yang diluahkan terlalu emosional dan boleh menyinggung hati setengah pihak.

Tepuk gemilang

Walaupun tepukan dan sorakan kepada ucapan Tok Guru itu namun ia tidak memberi gambaran tepuk yang ‘gemilang’ melainkan berbau sentimen politik yang kering.

Bagaimana pun dalam hal ini Tok Guru tidak boleh disalahkan. Orang yang perlu disalah dan bertanggungjawab atas patah kata-kata Tok Guru itu ialah penulis ucapannya. Penulis ucapan itu seperti tidak peka dan tahu akan senerio majlis berkenaan dan sepanjang masa ingin berpolitik tidak kira musim. Tidak seharusnya Tok Guru diberikan kesempatan untuk memperli tetamu walaupun tetamu itu sebenarnya ada melakukan kekhilafan.

Kerajaan negeri tampaknya berterima kasih atas pelan pembangunan berkenaan. Tetapi apabila ianya disulam dengan perli dan sindiran, seakan terima kasih itu tidak ikhlas dan jujur.

Tuan rumah yang baik dan sempurna ialah yang memaafi tetamunya!

Apapun majlis tadi meninggalkan kesan dan kenangan tersendiri. Bagi mereka yang cintakan perdamaian akan merasakan, bahawa tidak ada sebab kalau kedua pihak kerajaan Pusat dan kerajaan negeri atau pun Nik Aziz dan Abdullah untuk terus duduk sekali dalam tempoh lebih lama.

Bagi mereka yang terlalu taksub kepada ideaologi parti masing-masing, bersihnya cahaya bulan purnama dan jernih dan damainya warna biru mungkin merasa teramat senang dengan majlis itu manakala yang lain kurang selesa dan menyakitkan!

Apapun yag penting bagi rakyat Kelantan ialah mereka harus menerima pelan berkenaan sebagai hak milik mereka secara mutlak tanpa harus memuji satu pihak dan mencaci pihak yang lain. Mudahan keadaan seperti tadi akan terus wujud dalam usaha merealisasikan perpaduan untuk bangsa Melayu (rakyat Kelantan) suatu hari nanti. [perdana kb. 3: 27 am 30/10/07]

Monday, October 29, 2007

Ulasan Berita

Antara ECER dan Projek Kerajaan Negeri Kelantan.

MSO

PETANG nanti Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi akan melancarkan pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur, (ECER) di Perkarangan Sekolah Wakaf Mek Zainab Kota Bharu Kelantan. Pelancaran itu akan menjadi satu sejarah dan bakal membuka satu lembaran baru di bidang pembangunan sosial ekonomi dan politik di Kelantan.

Para penjual pelan berkenaan begitu ghairah mencerita yang Kelantan bakal berubah. Rakyat Kelantan bakal menikmati pembangunan secara drastik. Menteri Besar Terengganu Idris Jusoh meramalkan geraf ekonomi negeri-negeri Pantai Timur akan mencecahkan 7% berbanding 5% kini.

Kalangan Umno yang selamanya hidup atas lipatan ringgit sangat bangga dengan pelan berkenaan dan optimis selepas ini Kelantan akan maju. Serentak itu mereka mendakwa pelan itu adalah hasil ilham mereka!

Dalam menerima baik pelan berkenaan rakyat Kelantan harus sedar, bahawa pelan itu bukan seperti menebang pisang yang sudah masak di ladang. Pelan itu adalah pisang putik ia tidak boleh untuk dimakan terus sebaliknya kena peram terlebih dahulu. Selama mana ia akan masak bergantung kepada cara dan sistem pemeramannya.

Begitu juag dengan pelan itu, ia harus diperam. Maksudnya rakyat Kelantan perlu bijak dan pandai dalam mengisikannya. Kerajaan hanya mengemukakan impian dan angan-angannya saja menerusi pelan berkenaan yang dibuat secara sistemetik mengikut stail pembangunan duniawi masakini. Samada ia mencapai tujuan atau tidak bergantung kepada rakyat Kelantan sendiri.

Seperti telor ayam kampung yang lazimnya akan menetas selama 21 hari, tetapi kalau tidak kena kaedah dan cara mengeramkanya ia tidak akan tetas. Telor itu akan boleh jadi akan jadi tembelar (kosong). Begitulah juga dengan pelan itu, ia tidak akan berjaya kalau tidak kena cara dan rakyat Kelantan tidak bangkit mengisinya dengan keringat dan harta benda sendiri.

Maknanya di sini kejayaan dan kemajuan Kelantan bergantung kepada rakyat Kelantan sendiri. Petronas yang mengemukakan pelan itu hanya mengatur dan meluahkan ideanya sahaja. Mereka akan mengatur dari segi teknikal, profesional, nasihat atau perundingan pembangunan, sementara yang menjayakan kelak rakyat Kelantan sendiri.

Bercakap soal pelan pembangunan ini, rasanya rakyat Kelantan lebih bijak. Apa lagi kalau ECER itu ada unsur politik rakyat Kelantan lebih pandai dan arif. Pelan politik rakyat Kelantan lebih canggih dari pelan pembangunan politik di negeri lain. Jika ianya dipancu atas dasar kepentingan politik Umno, saya percaya pembangunan yang digarapkan oleh pelan itu akan gagal.

Kalau ECER itu dibawa dan dijaja untuk jadi umpan bagi memancing rakyat Kelantan agar memilih Uumno dalam pilihan raya akan datang ia silap. Rakyat Kelantan tidak akan mudah dan bodoh menjual dirinya atau untuk menelan joran yang disaluti umpan pembangunan.

Yang menjadi keinginan dan cita-cita rakyat Kelantan ialah keamana dan kedamaian dalam kehidupan serta jaminan kedudukan dan amalan agama mereka tidak tergugat. Sikap orang Kelantan yang dkenali sebagai kuat beragama walaupun ada mereka yang tidak sembahyang dan puasa, namun mereka akan menjaga agama seutuhnya.

Rakyat Kelantan satu bangsa yang sedarhana hidupnya dan ia berpijak kepada hakikat. Rakyat Kelantan bersikap qanaah tidak menjadi harta kekayaan sebagai matlamatnya dan satu bangsa yang telah diajar berdikari sejak lama dulu. Sebab itulah apabila ada pemimpin baru Pas yang ghairah cuba membawa pembangunan (setengahnya retorik) pemimpin itu tidak terus disanjung dan ia dilihat sebagai startegi pemimpin itu untuk mempopularkan dirinya saja.

Dalam soal pembangunan rakyat Kelantan sudah ada pelannya sendiri. Mereka tidak gelojoh dan bangsa yang penyabar dalam mendapatkan imbuhan dunia. Mereka sanggup menunggu seribu tahun lagi asalkan pembangunan itu menempaticitara dan kehendak pegangan mereka. Hakikat ini boleh diperhatikan kepada budaya orang Kelantan dalam membina rumahnya. Mereka membina mengikut kemampuannya dan dibuat sedikit demi sedikit.

Mulanya mereka bangunkan ibu rumah. Bertahun-tahun kerengka itu ditinggalkan bila ada wang mereka akan buat selasar (anjung), dapur tangga dan dinding. Ada kalanya bertahun-tahun baru sebuah rumah siap. Tetapi mereka berpuas hati kerana dapat membina sendiri dan menggunakan wangn hasil jerih perih sendiri.

Demikian dalam budaya beragama dan menjaga maruah agama. Jika diperhatikan setiap buah kampung mesti ada satu surau atau balaisah tidak kira kecil atau besar. Kalau sesebuah kampung itu tidak ada balai sah yang menjadi sesuatu yang mengaibkan, seolah kampung itu jahil. Jadi kecil atau besar, indah atau tidak balaisah atau surau akan diusahakan juga wujud di kampung mereka.

Memahami konsep membina rumah dan mewujudkan surau di kampung itulah kehidupan rakyat Kelantan. Mereka bersedarhana dan sangat menitiberatkan kepada soal agama. Jadi kalau bawa pembangunan yang tidak mendektikan diri mereka kepada halaman koridor syurga mereka akan tolak.

Akhir-akhir ini Kerajaan Kelantan juga nampaknya cuba menjadikan projek material sebagi alat mendekat dan mengambil hati rakyat. Ada seorang baru didalam Pas gahirah menggunakan pendekatan ala-ala Umno itu. Pemimpin ini menjadikan material sebagai modal politik.

Justeru berbagai idea dikemukakan untuk membangun dan memberi kekayaan kepada rakyat. Walaupun setengah idea itu lebih kepada angan dan retorika pemimpin baru, namun ia menyerlahkan bahawa pemimpin itu cuba mengubahkan pegangan penyokong Pas selama ini daripada bertunjangkan kepada keimanan kepada bergayut kepada kebendaan.

Apa yang dilakukan oleh pemimpin baru ini amat bahaya kerana lama kelamaan ia akan meletakan rakyat beranggapan Pas juga lebih kurang Umno sahaja. [klia. 9:35 am 29/10/07]

Sunday, October 28, 2007

Berita Lewat

Santai di Rumah Kamal Amir dan Cerita Wakil Rakyat Sembunyi Bini

Malam tadi bertempat di Lorong Sulamain off Jalan Sulaiman di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur beberapa orang bloger dan juga rakan politik Sdr Kamal Amir Kamal Hijar (Datuk) berhimpun di rumahnya pada majlis santai-santai perjumpaan hari raya.

Majlis itu terkhusus kepada bloger sahaja, dan tidak begitu terbuka. Ini kerana antara mereka yang hadir semuanya bloger dan beberapa orang saja rakan politik Kamal. Antara bloger yang hadir Raja Putra Kamarudin, Rohanie Ahmad (Ron), Zaharin Yassin, Darmala NS, Eman Jr dan lain-lain.

Sementara rakan politiknya pula Suhaimi Yaacob (Datuk) bekas Setiausah Akhbar Annuar Musa, Mustafa Yaacob, bekas Pegawai Khas Nazri Aziz, Alias Noor bekas Setiasuaha Politik Najib Razak, Zakaria Puteh bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang, Rahman Othman bekas Bendhari PKR dan lain-lain. Mereka ini saya kira diundang khusus oleh Kamal Amir untuk bertukar maklumat dengan blogers.

Walaupun tetamu malam tadi tidak ramai namun ia memberi kesan apabila mereka yang hadir itu antara orang yang dewasa ini dikenali dalam dunia bolog.

Khabarnya Yahaya Ismail juga turut dijemput tapi tidak hadir.

Baisanya kalau penulis berjumpa sesama mereka macam-macamlah isu yang dibincangkan. Perbincangan penulis ini kadang kala mengalah ahli Parlimen. Apa lagi kalau ada dua grop, satu yang menyokong Pak Lah dan satu lagi yang anti Pak Lah. Kebetulan malam tadi semuanya mereka yang anti Pak Lah. Jadi tidak berlaku tepukan meja dan cawan terbalik!

Namun walaupun penulis berbahas dan cabar menyabar antara satu lain mereka akhirnya boleh duduk semeja. Inilah uniknya penulis. Penulis macam tebuan, kalau seorang rakan mereka dilanyak mereka akan ramai-ramai pakat menyerang pengacau itu. Sebab itu jangan usik penulis!

Topik yang dibincang malam tadi ialah mengenai perhimpunan 100 ribu pada 11 November hadapan. Raja Petra Kamarudin orang utama di belakang projek raksasa itu tidak habis bercerita mengenai perhimpunan itu dan siap mengedarkan t-shirt "Daulat Tuanku" sehelai seorang. Nampak bersemangat sungguh beliau tidak ubah semasa zaman reformasi Anwar Ibrahim dulu.

Selain itu, perbicaraan berkisar kepada pendedahan saya dalam blog berhubung seorang wakil rakyat yang menyembunyikan isteri mudanya di apartment di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Beberapa orang yang hadir malam tadi yang tidak jelas mengenai pendedahan itu ingin mengetahui penjelasan selanjut mengenai isu berkenaan.

Nampaknya pendedahan itu menjadi minat rakan-rakan penulis. Mereka mahukan saya dedah wajah isteri muda wakil rakyat berkenaan, dan tidak kurang juga yang mahu saya tutup kes itu. Kenapa ianya menarik minat ialah kerana isteri wakil rakyat berkenaan Cina. Ini yang menjadi gempar, seolah-olah wakil rakyat berkenaan sama dengan Pak Lah yang kahwin dengan Jeanne orang bukan Melayu!

"Buat apa apa you tulis, Ti, aniaya wakil rakyat berkenaan!" begitulah kata salah seorang yang mulanya tidak percaya. Dia tidak sangka kalau wakil rakyat itu melakukan perbuatan itu. "Tidak salah tetapi tidak elok dia tidak gentlemen!" "Setahu aku dia seorang yang waruk, jumpa perempuan pun tak berapa nak salam, tetapi mengapa boleh tusuk bini pulak," celah yang lain seakan membantu saya buat penjelasan.

"Ah kisah wakil rakyat Kelantan itu kahwinkan Cina itu sudah lama, sudah tiga tahun! Aku sendiri pernah terserempak dengannya ketika di sebuah hotel di Pulau Pinang, mulanya aku terkejut juga. Tetapi bila aku ingatkan dia juga ada nafsu macam aku, aku buat tidak kisah saja," balas yang berada dalam gelap. Rupanya dia mengetahui lebih daripada apa yang saya tahu mengenai wakil rakyat berkenaan.

"Jadi maksud kau dia dah bawa perempuan Cina itu merata dah?" soal yang lain mahukan kepastian.

"Aku tak kata merata, tetapi terserempak dengan aku. Nasib baik dia tidak kenal aku, aku mengelakkan diri takut dia ternampak aku. Tapi aku tidak sangka, sungguh tidak sangka, sebab macam kau kata dia nampak waruk! Dan aku pasti perempuan itu bukan bininya hari ini sebab dia tidak pakai tudung!" tekannya lagi penuh yakin.

"Apa partinya tidak boleh ambil tindakan disiplin ke maca Hashim Gera dulu?" tambahya penulis perempuan yang tadi hanya diam membisu.Tetapi pertanyaan itu tidak dijawab oleh sesiapa pun.

"Saiapa dia Ti, wakil rakyat itu. Cakaplah!," rayu yang lain buat-buat tidak tahu. Saya tahu dia mahu saya menyebut nama itu secara terang di hadapan orang ramai. Dia mahu menagguk di air keruh.

"Takkan you tak tahu dia (saya) dah siarkan gambar wakil rakyatnya dalam blog dia, kau baca balik," unjur yang lain. "********** ke?" soal yang lain. "Tidak... ********** , dia kahwin dia tidak susut bini dia, dia tidak hipokrit, tapi kawan dialah," balas yang mengaku pernah terlihat wakil rakyat berkenaan dengan permepuan Cina itu di Penang.

Saya hanya mendiamkan diri saja. Tidak mahu memberi banyak komen. Tetapi apabila mengenangkan ramai yang tertanya-tanya sampai ada yang datang ke rumah, ada wartawan telefon bertanya terrasa ingin mendedahkan sejelas-jelasnya. Saya juga tidak mahu main susuk-susuk macam dia.

Nanti dan tunggulah saya akan dedah secara berperingkat-peringkat. Cuma khabarnya wakil rakyat berkenaan yang sebelum ini liat untuk bawa bini ke dalam majsli-majlis parti dan kerajaan akhir-akhirnya sudah mula bawa bini. Mungkin pendedahan tempoh hari sudah memberi semangat untuk dia pandai dan tahu membawa bini di khalayak ramai seperti orang lain.

Mudah-mudahan di dalam kempen pilihan raya akan datang nanti, isteri mudanya itu akan tampil berkempen di kawasan Cina di Kelantan, sebab di kawasan wakil rakyat berkenaan ada dua tiga puluh orang pengundi Cina. Dalam pada itu apa yang saya harapkan semoga mereka tidak akan bergaduh di hadapan Pasar Siti Khadijah sudah lah, malu! [p.jaya 7:30 28/10/07]

Saturday, October 27, 2007

Renungan

Kalau Matahari Kecil Apalah Lagi...

KITA sering mendengar orang berkata alam jagad ini tidak
terjangkau oleh akal pemikiran kita. Ia sangat luas tidak tercapai oleh alat pengukur (asli) fizikal kita. Walaupun pemandangan akal itu lebih terang dan jauh dari pemandangan mata, namun akal sendiri akan sesat dalam mencari hakikat kehidupan alam ini.

Usahkan hal di luar diri kita, perkara di dalam diri pun sukar untuk difahamkan. Dengan bantuan ilmu sains dan tenologi kita boleh mengenal dan menghuraikan komponen kejadian (jasad) kita, tetapi bagaimana dengan hal-hal lebih zeni dari itu seperti perasaan, naluri dan nafsu (sek)? Unsur atau elemen ini ada pada kita namun ia tidak terungkap secara pasti.

Lewat tengahari ini saya menerima kiriman enam keping gambar (tetapi lima yang boleh dibuka), gambar-gambar mengenai dunia angkasa lepas daripada sahabat Dr Muhammad Syukeri Salleh daripada USM, Pulau Pinang.

Kelima gambar itu (struktur) diangkasa lepas, mengenai kedudukan plenet memberi gambaran yang jelas dan boleh menginsafkan kita jika kita memiliki keimanan dan keyakinan kepada rukun Iman; percaya kepada Allah, malaikat dan hari khiamat di mana ketiga-tiga perkara ini sukar untuk dibuktikan dengan mata kasar dan rasa.

Alam ghaib adalah sesuatu yang tidak ternampak oleh pancaindra kita. Namun apakah alam angkasa adalah alam ghaib? Mungkin ia sesudah kita memiliki ketinggian ilmu, ada rakyat kita telah menjenguk di sana (Dr Sheikh Muszhapar Sukur) angkasa bukan suatu tingkat alam ghaib lagi.

Kini sebahagian yang ada di angkasa, plenet sudah boleh dilihat dan dirasai. Bagaimana pun bukan pula bermakna alam ghaib sudah tidak ada lagi. Apa yang nyata di hadapan mata kita tidak sampai sesuku daripada keseluruhannya? Alam dan ketinggi ilmu Allah tidak terjangkau
oleh akal fikiran manusia.

Mengenai kiriman gamba r oleh sahabat saya itu ia cukup me nginsafkan, bagi mereka yang beriman. Betapa gambar dan struktur atau susun atur dan putaran yang berlaku itu amat canggih sekali. Bumi yang kini kita merasai besar, ianya sebenar terlalu kecil. Mana kala matahari yang lebih besar daripada bumi pun, juga terlalu kecil berbanding dengan cekra wala lain.

Di sebalik yang besar itulebihada yang lagi besar. Begitulah juzuk kehidupan. Kalau kita sudah merasai hebat dan berkuasa, masih ada yang lebih hebat dan berkuasa daripada kita. Dan segala kekuasaan itu berpusat dan menjadi hak milik mutlak qadim Allah s.w.t.

Renungi gambar-gambar di atas untukdijadikan iktibar kita bersama. Terima kasih kepada Dr Muham mad Syukeri yang mengirimkan gambar ini dan rajin juga menghantar maklumat dan informasi lain untuk dikongsi bersama. Sesiapa yang mampu menghurai atau mentafsir mengenai gambar ini hubungi saya menerusi email atau respon catatan ini. Terima kasih. [wm.kl 1:30 pm 27/10/07]

Susupan Tengahari

Politik Zainuddin Maidin
Menyebut Nama Orang Supaya Orang Ingatkan Kita


SEWAKTU saya menatap berita di muka surat 7 Utusaan Malaysia pagi ini sementara menanti isteri selesai menguruskan sesuatu di sebuah kedai di Taman Melawati, tiba-tiba Menteri Penerangan Zainuddin Maidin melintasi di hadapan kereta saya. Mata saya tersorot ke arahnya sejenak dan melihat beliau berjalan 'laih' ke arah keretanya.

Beliau nampak selamba sahaja, tidak ada sesiapa yang mengekorinya. Tidak ada pengawal keselamatan ataupun UTK (Unit Tindakan Khas) yang mengawal gerak gerinya. Beliau selesa begitu dan tidak ada rasa takut. Mungkin juga caranya itu bagi menunjukkan negara ini selamat dan sihat sejahtera dan beliau seorang yang soleh!.

Bahawa seorang menterinya sepertinya boleh bergerak bebas. Tidak seperti menteri atau bekas-bekas menteri di Pakistan ketika ini. Sesiapa yang berjalan bersendiri di Pakistan, seperti mana lagak Zainuddin Maadni hari ini tentu yang sampai ke rumahnya kepala atau pun kaki saja.

Kejadian dua orang anggota polis kena tembak sampai mati di Sungai Buloh kelamrin sedikitpun tidak memberi rasa takut kepadanya. Mungkin juga Menteri itu adalah yang terbaik dan tidak ada dosa dengan sesiapa maka beliau tidak perlu takut!

Terima kasih kerana negara kita selamat. Negara kita sihat. Dalam keadaan orang kutuk Perdana Menteri kiri dan kanan kita masih selesa. Masih rasa mewah dan dapat bersenang lenang. Dalam ura-ura haega gas dan minyak akan naik sekali lagi kita terus rileks di kedai-kedai mamak. Inilah yang dikatakan bumi penuh berkat!

Selepas batang tubuh menteri berwarna hitam itu hilang ke dalam kereta Perdananya saya kembali menatap berita di muka 7 itu. Berita itu ialah mengenai kenyataan dan ulasan menteri Goblok itu terhadap ada seorang yang menggunakan isu kilip video percakapan Lingam dengan Ketua Hakim Negara untuk mencari populariti selepas orang tidak lagi mengingati dan sudah melupai tokoh berkenaan.

Beliau tidak berani menyebut tokoh itu. Katanya, cara tokoh itu menggunakan akhbar untuk mendedahkan isu itu kerana berapalah sangat yang membaca blog atau internet. Maksud Zainuddin blog dan internet tidak diminati ramai. Maksud beliau membuat kenyatana sebegitu bagi memperlecehkan penulisan dan maklumat di blog dan website.

Tokoh yang tidak berani disebut namanya oleh Zainuddin Maidin itu ialah Anwar Ibrahim. Beliau membuat kenyataan dan ulasan itu bagi merendah-rendah dan memperkecilkan Anwar. Itulah kerja Zainuddin Maidin dan kerja orang yang pengecut dan oportunis sepertinya.

Bukan hendak mengatakan, tetapi siapalah kalau hendak dikirakan Zainuddin dengan Anwar. Kata orang panggil tidak dengar dan bezanya umpama langit dengan bumi. Semasa Anwar menjadi TPM Zainuddin masih menjadi wartawan tukang tulis apa yang anak ucapakan.

Anwar tidak perlu mencari populariti murah, dia sudah cukup terkenal dan gah di serta dunia. Sebaliknya dalam hal ini saya nampak Zainuddin mahu mencari populariti dengan menggunakan nama dan politik Anwar sebagai modal.

Kalau dia bercakap dan menyebut nama Anwar mungkin akan terpandang kepadanya. Apa orang nak tahu bukan apa yang beliau katakan, tetapi orang nama sebut dan baca nama Anwar. Bagi orang yang sayang dan percaya Anwar lebih baik daripada Zainuddin Maidin, membaca dan menyebut nama ANWAR pun sudah cukup, itu tidak lagi mendenagr pidato atau syarahannya.

Jadi kalau kita tidak terkenal, kita ada masalah dan kita hanya melukut di hujung gatang usahkan nak cuba memberanikan diri mengomen antah di tengah badang. Kalau kita meluku t baik diamkan diri, tunggu penuh rela apakah orang masih nak pakai dan nak gunakan kita ataupun orang akan tepis ke tepi bila-bila masa saja! [wm.kl 11:55 27/10/07]

Al Fatihah

Othman Saat Kembali ke Rahmatullah

BEKAS Menteri Besar Johor, Tan Sri Othman Saat, telah meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi ini di Hospital Besar Sultan Ismail Johor Bahru. Beliau berusia 80 tahun.

Othman telah mengalami sakit struk dan kencing manis sejak beberapa tahun lalu. Dua bulan lalu beliau dimasukan ke hospital untuk menerima rawatan kakinya yang kemudian terpaksa dipotong.

Berita kematian itu diterima daripada Datuk Ibrahim Ali lewat khidmat pesanan ringkas (sms), kira-kira setengah jam lalu.

Ibrahim yang pernah menziarahi Allahyarham di rumahnya di Johor Bharu bersama saya pada 14 Mei 2006 menyifatkan bekas MB Johor itu seorang pejuang yang ikhlas dan banyak meninggalkan jasa dan bakti kepada negara khasnya di Johor.

Beliau juga menyifatkan pemergian Allahyarham itu sebagai satu kehilangan kepada negara ini.

Allahyarham merupakan antara tokoh Umno Johor yang terkenal. Beliau merupakan penyokong setia bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah dan ikut menyertai Parti Semengat 46 dan menjadi Pengerusinya di Johor.

Ketika parti itu hendak dibubar bagi membolehkan ahlinya kembali kepada Umno tahun 1996 beliau antara yang menentang keras kerana tidak mempercayai kejujuran dan keikhlasan Dr Mahathir Mohamad untuk memberi tempat kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

Sama-sama kita mensedekah al-Fatihah untuk roh Allahyarham. Fatihah.
(wm.kl 9:30 27/10/07]

Thursday, October 25, 2007

Sebelum Tidur

Demam dan Mabuk Pilihan Raya

ORANG politik terus mabuk dan menghidapi demam pilihanraya. Demam ini nampaknya lambat kebah. Ianya mungkin akan terheret sehingga ke saat-saat parlimen dibubarkan. Berbagai rumours mengenai pilihan raya umum ke-12 kedengaran. Yang jelasnya ramalan itu berbeza antara satu sama lain. Perbezaanya bukan seminggu dua tetapi ada yang mencecah hampir enam bulan.

Ramalan dan perbezaan demikian tidak relevan dan ia dibuat bukan oleh pakar penganalisa politik sebenarnya. Semacam ramalan itu sengaja dibuat untuk gimmik saja yang akhirnya boleh menjadikan orang ramai keliru dan sukar untuk menyakini bila tarikh sebenarnya.

Kalau tidak salah, ramalan pertama dibuat oleh pihak parti pembangkang yang menduga pilihan raya akan diadakan pada tahun ini. Bulan yang sesuai ialah pada September hingga November, bah ada yang ghairah meramalkan lebih awal sebelum itu iaitu pada Julai.

Ramalan pembangkang ini berdasarkan kepada beberapa petunjuk misalnya sambutan kemerdekaan, pembentangan Bajet 2008, kenaikan gaji kakitangan kerajaan dan sebagainya. Perkembangan ini dikira sebagai good factor kepada pihak parti kerajaan.

Ekoran ramalan pembangkang itu menyebabkan suhu pilihan raya menjadi hangat dengan tiba-tiba. Dan mereka yang mengidam untuk menjadi wakil rakyat atau sedang menyandang kerusi enggan turun juga mulai kalut, melobi sana meloby sini.

Ternyata ramalan ini tidak konsisten dan ini menjadi ramalan itu sukar untuk dipercayaia. Yang kelam kabut nampaknya pembangkang.Selepas meramalkan pilihan raya akan diadakan pada tahun ini tiba-tiba ia berhak kepada bulan Februari dan Mac tahun depan pula. Apakah indikator atau pun petunjuk yang diguna pakai tidak pula diketahui.

Dan sehari dua ini gamat kononya pilihan raya akan diadakan pada November ini. Selepas perhimpunan agung Umno yang bermula pada 5 hingga 9 September. Kali ini ia lengkap dengan tarikh kononya pada 24 Novermber. Ini bermakna tidak sampai sebulan lagi.

Kononya pihak parti Barisan Nasional (BN) sudah mempunyai berbagai persiapan. Kononya poster BN juga yang ditempah dari China juga sudah sampai di pelabuhan Klang. Begitu juga dengan SPR telah mula menghantar peti undi lut sinar yang akan diperkenalkan pada tahun ini ke Sabah dan Sarawak.

Pembekuan cuti dikalangan kakitangan kerjaan juga sudah dilakukan. Aksi ataupun perkembangan inilah menjadikan suhu pilihan raya menjadi hangat dan panas. Pembekuan cuti itu juga dikira ada kena mengena dengan ketibaan pilihan raya.

Sementara pada hemat saya, amat mustahil sekali kalau pilihan raya akan diadakan pada tahun ini. Alasan mengatakan kedudukan BN semakin lama semakin tergugat bukan mudah untuk diterima. Setiap kali pilihan raya pihak pembangkang sering mendakwa kononnya mereka mempunyai peluang baik, tetapi bila sampai hari mengundi kalah.

Pada saya selagi pilihan raya dan demokrasi negara ini tidak bersih, selama itulah impian pembankang untuk menang hanya mimpi saja. Sertailah dan buatlah berapa banyak pilihan raya kalau penyelewengan dan sistem yang digunakan pakai haricini masih berlaku pilihan raya tetap tidak akan mengubah status quo yang ada.

Justeru menyertai pilihan raya tidak ubah seperti menyertai sebuah pesta warna warni namun ia sedikitpun tidak dapat membawa apa-apa perubahan!

Dalam pada itu saya cukup yakin pilihan raya akan diadakan tahun depan, waktu paling afdal ialah selepas April 2008! Apa lagi dari perkembangan terbaru kononnya ada 'perbincangan' antara bekas TPM Anwar Ibrahim dengan Abdullah Ahmad Badawi. [wm.kl. 3:30 am 26/10/07]

Papan Tagah Usang

Politik Ayam Belanda Golek

MSO

MACAM-MACAM cara dan taktik dilakukan orang politik untuk naik atapun memiliki kuasa tertinggi dalam parti. Ada yang sanggup makan kawan ataupun 'cas genting' kata orang Kelantan. Ada yang bersikap mulut manis, jubur masam; depan baik belakang mengumpat dan mengumpah.

Ada juga yang memperalatkan orang menjadikan orang seperti titian atau jambatan. Selepas berjaya menyeberang akan dilupakan ataupun dibiarkan jambatan itu reput sendiri, tidak dipedulikan. Orang politik macam ini samalah jenis orang buta yang sombong dan bongkok yang akan mencampakkan tongkat selepas menyeberangi sungai!

Tidak kurang pula ada yang menjadi batu api melaga-lagakan antara satu sama lain dan bila dua pihak bergasak dia akan menangguk di air keruh. Melenggang naik ke atas.

Selain itu ada juga yang menggunakan wang. Menjadikan wang sebagai money power dalam politik. Bergerak menggunakan wang dan menguasai orang lain dengan wang. Perkara ini biasa dan sudah lumrah. Jadikan wang sebagai penguat kedudukan dan melanyak orang lain. Membeli kuli untuk melanyak dan menganggui orang lain. Menakut-nakutkan orang lain dan lawan dengan wang.

Kuasa wang ini sedikit merbahaya kerana ia mejerumuskan seseroang itu menyalah gunakan kuasa. Selalunya mereka yang memegang kuasa yang boleh membuat wang tidak akan teragak-agak untuk melakukan penyelewengan. Manusia biasanya bila tenguk wang akan kelabu mata, macam kucing kerong tengok ikan tawar.

Manusia juga akan kretif untuk mencari dan mendapat wang. Direka macam-macam yang tidak terfikir oleh orang lain. Mungkin orang terfikir tetapi tidak tergamak untuk melakukannya kerana lebih mementingkan kepada moral. Mereka yang ada asas Islam kukuh yang tahu halal dan haram tidak mudah dan tergamak untuk melakukannya.

Adapun politik wangn ini sudah mendarah daging dalam kloni politik negara.

Taktik atau pun startegi terbaru yang dikenal pasti sedang berlaku ialah dengan cara membodek orang berkuasa atau pun mereka yang berkedudukan mulia. Orang-orang ini diberikan berbagai hadiah dan dihantar macam-macam jenis makanan, buah-buahan dan haidah termasuk juga wang.

Amalan ini kononnya amalan Islam telah diambil kesempatan sepenuhnya semata-mata kerana inginkan kuasa. Pemberian itu bukan ikhlas lagi melainkan untuk bodek agar dia dilihat baik. Memang sudah menjadi adat manusia kalau dijamu, diberi makanan dan diberi perhiasan, dia akan lena dan mudah terpengaruh dengan si pemberian. Jadi mintalah apa saja akan direstuinya.

Di Kelantan diceritakan ada seorang politik yang sedang rancak mengamalkan taktik ini. Orang ini katanya menggunakan takti membodek orang berkedudukan mulia kerana ingin naik dalam politik. Untuk itu diberi dan dibawa berbagai jenis makanan, buah-buahan kepada orang berkedudukan mulia itu.

Daging binatang apa lagi tidak dikirimkan ke rumah orang berkedudukan dan mulia itu. Rusak, kijang, pelanduk, burung dan macam-macam. Kalaulah biawak dan tenggiling boleh dimakan, daging haiwan itu juga akan dihantar.

Dalam bulan puasa yang lalu katanya orang itu telah menghatar ayam golek. Ayam ini bukan sejenis ayam, tetapi ayam Belanda. Jarang orang Kelantan makan ayam Belanda, tetapi orang politik ini kreatif dicari tukang masak disuruh masakan ayam Belanda golek dan dihantar ke rumah orang berkedudukan mulia itu.

Begitulah kerencaman dan keserabutan dunia politik. Kerana ingin kuasa, inginkan pangkat dan menjadi pemimpin tertinggi tidak boleh cara lazimnya, dengan cara bodek pun dilakukan juga. Apakah politik seperti ini sesuai dan tepat dengan syariah Islam? Ah jangan ceritalah, asalkan apa yang dikehendaki dapat, mereka yang memang sudah lama mengamalkan cara Machiaveli akan lakukan apa saja, bahkan lebih daripada Machiaveli sendiri lalukan.

Saya percaya dalam mengejar kejayaanya Machiavelli tidak akan mengorbankan ayam Belanda untuk mencapai hasrat dan cita-citanya itu. Nampaknya orang politik berkenaan lebih hebat dan 'bijak' daripada Machiavelli. [wm.kl 8:30 am 26/10/07]

Wednesday, October 24, 2007

Pemakluman

Seronok Kerana Selesai Siapkan Buku Baru!
Dua Minggu Lagi Beredar di Pasaran

TEPAT jam 1:35 petang tadi saya selesai menulis dan menyiapkan buku terbaru yang diberi judul "Siapa Berhak Ganti Pak Lah?" Kalau tidak ada aral melintang dua minggu lagi buku berkenaan akan beredar di pasaran. Walaupun dalam serba kepayahan dan terpaksa membahagi masa kerana sekali sekala kena tenguk juga urusan penerbitan Siasah, tetapi digagahi diri untuk menjayakannya.

Buku ini adalah yang pertama untuk tahun ini. Terasa kalau dalam setahun tidak menerbitkan buku semacam hidup tidak lengkap. Semacam ada sesuatu yang tertinggal dan ia perlu dilengkapi.

Allahmudlilah, buku yang ke 47 (kalau tidak silap) sempena dengan usia kelahiran, dikerjakan dalam masa cukup terhad dan agak tertekan. Sudah tentulah banyak kesilapan (ejaan), struktur ayat dan sebagainya di mana ia sudah menjadi satu kesilapan yang sukar untuk dielakkan. Al maklumlah terbit dan menulis secara one man show tanpa pembaca proof, editor dan pengurus penerbitan tentulah tidak berapa sempurna. Bukan itu saja penulis 'secara bersendirian' ini ada kalanya kena pikul dan jaja buku sendiri!

Itulah profesion dan perjuangan sejak lebih 20 tahun lalu. Sedih dan pilu untuk diceritakan kehidupan seorang penulis seperti saya yang semuanya kena buat sendiri. Banyak pancarobanya dan itu tidak termasuklah tuduhan dan anggapan oleh orang politik yang kurang senang dengan buku berkenaan. Ah itu sudah perkara biasa!

Buku berkenaan sebenarnya kompilasi tulisan dan artikel saya yang terpilih yang disiarkan dikolum "Antara Kita" di web Malaysia-today dan juga di dalam blog ini. Semua adalah tulisan saya asli dan bukan cedukan daripada tulisan dan catatan rakan penulis lain. Kebanyakan artikel disiarkan di sepanjang tahun ini. Kesemuanya masih relevan dengan isu-isu yang dibangkitkan pada ketika ini.

Dengan selesainya penulisan dan kini sedang dalam proses penerbitan (cetak), ia memberi sesuatu kepuasan. Begitulah apa yang dirasai oleh penulis. Kepuasan ialah apabila buku sudah selesai ditulis dan dicetak, kegembiraan apabila ada orang membacanya dan memberi komen secara jujur dan sedihnya apabila ada yang menuduh kita diupah oleh orang tertentu!

Kepada anda budiman yang berminat bolehlah dapatkan di kedai-kedai buku terpilih di sekitar Kuala Lumpur atau mengisi borang tempahan yang akan disiarkan dalam akhbar Siasah minggu hadapan. Harganya RM15 sahaja dan tebalnya 200 muka surat. Salam hormat. [wm.kl 6.30 pm 24/10/07]

Tuesday, October 23, 2007

Intraksi

Cerita Wakil Rakyat Sembunyi Bini Paling Menarik


SEMACAM suatu ransangan pula akhir-akhir ini banyak komen-komen yang ditinggalkan dalam email saya oleh mereka yang menjenguk dan membaca blog saya. Ini sungguh membanggakan dan saya ucap terima kasih kerana pembaca bukan saja setakat membaca tetapi ada yang sudi bertukar fikiran, memberi input dan juga teguran ikhlas.

InsyAllah semua itu akan saya ambil kira dan semoga sumbangan anda sekali diberkati Allah s.a.w.


Paling ketara komen ditinggalkan ialah sejak keluarnya cerita wakil rakyat yang menyembunyikan isteri mudanya di sebuah apartement di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Rata-rata terkejut dan hairan dengan kejadian itu dan masih ada yang tidak boleh mempercayainya. Seorang pembaca marah dengan kejadian itu dan sekiranya wakil rakyat itu orang yang dipujanya beliau minta wakil rakyat itu berundur dengan cara terhormat sebelum dia terus dimalukan.


Bukan saja saya disoal dan diminta mendedah identiti siapa gerangan wanita bertuah mendapat gelaran datin kedua itu, tetapi telefon saya juga tidak berhenti menerima sms.


Mana-mana yang tahu nombor telefon saya terus sms atau meghubungi sebaik pendedahan itu disiarkan. Tidak sangka pula saya pendedahan kecil dan belum lengkap itu menarik minat ramai!


Yang menariknya yang menghubungi saya bukan saja budak-budak kemacar yang mendapat upah menjadi broker atau tukang bimbit beg atau driver sambilan orang politik itu yang diupah sedinar dua, tetapi ada juga yang bertaraf pemimpin tertinggi.


Tidak terkecuali, bukan saja daripada Umno tetapi daripada Pas juga ada. Saya tidak tahu apakah Tokguru Nik Aziz turut membaca atau dimaklumkan sama mengenai pendedahan itu?


Di dalam banyak komen atau pandangan yang masuk ke dalam email saya, salah satunya daripada pengirim bernama Nor Hasin Shah Alam yang memberi reaksi pada Rencana Khas dua siri mengenai Kelantan yang dipostingkan dua hari lepas.


Untuk makluman saya tidak boleh lepaskan langsung komen-komen yang tiba sebab ia ditulis tanpa tanggungjawab dan bahasa yang keras dan kurang sopan menghentam tokoh-tokoh tertentu negara ini. Saya tidak mahu blog saya dijadikan gelanggang untuk mengaibkan dan memfitnahkan sesiapa. Bagaimana pun saya berikrar jika ada maklumat shahih walaupun buruk mengenai sesiapa saja akan saya pertimbangkan untuk disiar atau dibicarakan bersama.


Di sini saya siarkan komen dan ulasan sdr Nor Hasin untuk tatapan umum.


“Saya sungguh tertarik dengan ulasan dan kupasan yang saudara tulis dalam rencana ini.

Saya pun orang Kelantan berasal di Machang. Sewaktu saya balik raya tempohari sempat juga saya dok pusing ke Machang, Pasir Puteh, KB, Kubang Kerian, Pasir Mas & Rantau Panjang.


“Hati saya juga berkata sama macam yang saudara tulis. Hampir semua banner selamat hari raya dari wakil-wakil rakyat Pas meletakkan gambar TGA – (Tok Guru Nik Aziz –P). Tahun ni rekod PAS Kelantan meletakkan banner memang banyak.. kalah UMNO.


“Terdetik di hati saya, sampai bila PAS Kelantan nak mengharapkan pengaruh TGA. Ini berbeza dengan UMNO, mereka gentelman hanya gambar mereka saja yang terpampang di banner. Kalau ada pun dengan Pak Lah hanya satu dua sahaja.


“Yang paling nak tergelak ialah satu banner Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang mengucapkan selamat hari raya tetapi yang diletak gambar TGA. Kenapa tak letak gambar Ketua Pemuda PAS dan EXCOnya? Kan itu lebih baik paling-paling tidak rakyat marhaen tahu rupanya ini orang muda yang nak menjadi pelapis kepada pemimpin PAS Kelantan.


“PAS Kelantan kena fikir baik-baik. Jangan terlalu nak advance tetapi rakyat melihat kita tak ada telor (penakut). Saya sendiri pun kadang-kadang naik meluat melihat semua ini. Saya pernah berhubung dengan orang baju petak merah, ceritakan hal-hal yang melibatkan perangai wakil-wakil rakyat PAS.(Saya tak pasti apa tindakan beliau).


“Tempat lain saya tak nak komen, yang saya nak cakap ialah kawasan saya Parlimen Machang, terdapat 3 DUN (Kemuning, Pulai Chondong & Temangan).


“Sebagai contoh DUN Kemuning PAS hanya menang dua undi aje, kalau saya dan isteri tak balik dari Shah Alam itu hari mungkin juga menjadi penyebab PAS akan jatuh. Jangan pertikaikan siapa yang menjadi juara penentu kepadadua2 undi tersebut. Mungkin orang lain juga sama macam saya, kalau tak balik mengundi tentu PAS akan kalah.


“Tetapi yang saya nak perjelaskan ialah apa gerak kerja PAS khususnya pimpinan PAS kawasan Machang untuk menambahkan jumlah kemenangan tersebut? Jangan dok lena sendiri, faktor pengundi luar menjadi penentu kepada kemenangan PAS Kelantan.


“Wakil rakyat DUN Kemuning selepas menang PRU-11 itu hari boleh bilang dengan jari berapa kali masuk kampung.


“Sehingga ke saat ini tidak nampak apa yang PAS Kelantan buat untuk menarik atau mengambil hati pengundi luar. Sesekali bila saya balik kampugg saya bertandang ke pejabat PAS Machang, adalah ‘sekor’ (seorang –P) dua punyalah sombong, nak senyum pun malas. Dalam hati saya berkata "kalau macam ni lah perangai jangan harap PAS nak menang".


“Saya rasa cukup dulu untuk coretan saya untuk saudara MSO. Saya akan menulis lagi tentang pergolakan dalam PAS kawasan Machang. Saya akan hantar kepada saudara dan minta saudara buat ulasan dalam blog. Jangan salah faham pulak, bukannya saya nak kenakan saudara tetapi saudara ada nama maksud saya nama glamour kalau nak banding dengan saya yang "kemacai" macam ni.


“Selain itu juga saya akan dedahkan bagaimana nasib beberapa keluarga di Kubang Kerian yang terkepung oleh projek Koprat Melayu. Laluan rumah mereka di block oleh projek Dato' ini. Walaupun aduan di buat kepada Pejabat Tanah Kota Baharu dan juga Pejabat Menteri Besar namun sehingga kini tida peneyelesaian. Kemana agaknya Salahuddin Ayub?”

Nor Hasin Shah Alam


Terima kasih sekali lagi untuk sdr Nor Hasin kerana ulasan dan perhatian anda terhadap tulisan dan ulasan saya. Sebenarnya banyak lagi ulasan dan komen namun rasanya cukup kalau saya menyiarkan komen menarik Nor Hasin sebagai membuktikan bahawa setiap apa yang disiar atau diperkatakan dalam blog ini mendapat perhatian. [Pengumuman: Disebabkan saya sedang menyiapkan penulisan sebuah buku politik semasa mungkin pengemaskian dan pengisian blog ini agak terlambat sedikit sehari dua, harap maaf – MSO] [wm.kl 23/10/07]

Monday, October 22, 2007

Catatan Sebelum Tidur

Politik Rasional Nik Aziz

ANTARA sebab kenapa saya suka kepada Tok Guru Nik Aziz (Tokguruku) ialah beliau banyak menggunakan rasional daripada muslihat dalam berpolitik. Beliau lebih banyak ikhlas daripada hipokrit dalam politik. Tidak menunju-nunjuk atau pun terlalu bereksperimental usaha mendapatkan kuasa seperti setengah orang.

Setengahnya suka sangat bereksprimen sampai tidak kecukupan alat hingga terpaksa guna seluar dalam atau baju tidur, dan orang lain terpaksa tecungap-cungap cuba memahami dan mentafsirkan politiknya.

Mata Nik Aziz sentiasa cerah dan hatinya juga bersih. Beliau tidak akan mengatakan tahu kepada perkara yang dia tidak tahu dan suka berterus terang. Begitu juga tidak akan mudah mengatakan tidak tahu kepada yang tahu. Apa lagilah mempermainkan orang atau bersikap macam kucing timbus tahi, jauh sama sekali.

Sikapnya memuji projek angkasawan menjelaskan akan politik tulus dan ikhlas yang diamalkan. Beliau tidak kira walaupun pandangan berhubung projek itu berbeza dengan sesetengah ahli dan pemimpin Pas lain, tetapi dia tetap dengan pendiriannya. Yang benar tetap benar walaupun siapa melakukannya.

Beliau memuji dan menganggap projek berkenaan tidak membazir bahkan katanya dituntut oleh Islam. Mungkin orang tidak setuju apabila beliau memuji dan tidak mengkritik atas dasar untuk memburukkan Kerajaan.

Kalau tidak silap saya, kenyatan Nik Aziz itu adalah kenyataan pertama dari pemimpin tertinggi Pas. Pemimpin lain nampaknya sedang mencari idea dan mengenal sudut-sudut negatif untuk mengulas berhubung projek berkenaan.

Walaupun ada dua tiga orang pemimpin bilis mengulas dan menyinis projek angkasawan itu saya menganggap ia adalah habit saja atau jenis kanta matanya tidak akan nampak sesuatu yang baik di pihak lain dan senantiasa nampak kebaikan sendiri saja.

Sewajarnya pemimpin Pas dan sesiapa juga belajar berpolitik dan bercakap benar berdasarkan fakta seperti mana Nik Aziz lakukan. Percayalah perjuangan yang haq itu akan menang dengan hujah, pendekatan dan startegi yang menempati syarie' saja. Mana-mana pendekatan atau strategi lain daripada itu ia tidak akan memenangkan perjuangan yang haq.

Sebenarnya kita tidak perlu takut untuk memuji kebaikan orang lain yang menepati apa yang kita perjuangkan. Sebaliknya kita menyokong apa juga kebaikan itu tanpa mengira siapa melakukannya. Seperti saya tegaskan, keburukan bukan saja datang daripada Umno dan bukan semua kebaikan itu datang daripada Pas. [wm. kl 11: 41 pm 22/10/07]


Sunday, October 21, 2007

Catatan Aidifitri 07(4)

Majlis Raya Anwar: Ke Mana Larinya Harimau!

MSO

KETIKA sedang asyik mengedit gambar yang diambil di sekitar majlis Hari Raya Aidifitri di rumah Anwar Ibrahim dan Dr Azizah Ismail, sore tadi, sdr Kamal Amir Kamal Hijar (Datuk) menelefon saya, memberi tahu perkembangan dan suasana di rumah Anwar. Beliau baru tiba di rumah Anwar setelah saya meninggalkan tempat itu lebih dua jam.

"Ti nampaknya tidak ada muka-muka lama, yang banyak ialah muka-muka rakyat marhen saja, sedihlah!" keluhnya kesal di hujung telefon.

Beliau bergegas dari padang golf di Tample Park untuk ke rumah Anwar apabila mengetahui saya sudah sampai ke Bukit Segambut di rumah baru Anwar itu. Kami sudah berjanji akan sama-sama ke rumah Anwar. Saya membuat janji itu kerana mendapati beliau sudah lama tidak mampir ke rumah sahabat lamanya itu. Dan saya pula mahu tergesa-gesa kerana belum pernah menjejak kaki ke laman rumah bekas TPM itu sejak beliau pindah ke situ.

Melangut

"Beigtulah T, kalau sudah tidak ada kuasa, siapa nak peduli lagi. Jauh bezanya semasa Anwar ada kuasa dulu, pantang ada kenduri atau majlis di rumahnya. Subuh-subuh lagi sudah ada yang duduk melangut di hadapan tangga rumahnya," ujar Kamal lagi lirih campur kesal menebal di dada.

Nampaknya beliau terkilan sungguh dengan sikap dan perangai orang-orang politik. Mereka hanya berkawan dengan seseorang itu dikala orang itu ada kuasa dan pangkat. Apa bila orang sudah jatuh, sudah muflis (kuasa) ia tidak akan dipedulikan lagi. Usahkan nak sebut nama, kalau disebut pun dimaki hamun pula kawan itu.

Saya teringat macam mana sikap Ahmad Zaid Hamid, Timbalan Menteri Penerangan sesuadah Anwar tidak mempunyai kuasa dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Segala sanjungan dan pemujaan beliau kepada Anwar berubah. Seolah-olah di dalam kaca matanya Anwar menjadi seburuk manusia. Paling menyedihkan beliau pernah membangkitkan kononnya Anwar tidak pernah membantunya. Betulkah!?

"Nampaknya apa yang berlaku di rumah Tan sri Mohd Isa Samad, lebih karang saja, Mal. You tulislah sikit Mal," balas saya memberi semangat kepadanya. Tangan terus juga megedit gambar untuk dimuatkan ke dalam blog.

Saya tidak hairan apa yang disebut sdr Kamal Amir itu. Begitulah nasib orang politik. Kalau sudah tidak ada kuasa, dia akan ditinggalkan lebih buruk daripada nasib janda tua beranak lapan belas. Orang politik macamlah juga perempuan GRO dalam kaberet, masa muda bergetah dia menjadi rebutan kaum lelaki. Lelaki jalang sampai sanggup bertumbuk sampai pecah hidung dan mulut kerana ingin mendapat GRO cantik dan lawa itu.

Tidak sudi

Tetapi bila GRO itu sudah tua, muka berkedut, perut bergendur, dan badan dah jadi macam batang pisang, maka ia akan ditinggalkan begitu saja. Sesiapa pun tidak sudi untuk menyapa dan menjamahnya lagi. Usahkan nak duduk bersembang lalu di hadapan pun sudah tidak mahu takut di GRO tua itu menyapanya.

Begitu juga orang politik bila sudah tidak ada kuasa tidak ada siapa mempedulikannya lagi. Usahkan orang, gajah, rimau dan nyamuk juga enggan berbaik. Dan masa inilah juga baru mereka tahu langit tinggi rendah. Kenal mana intan dan permata. Kenal mana kawan dan mana lawan. Tahu mana kawan sejati dan mana kawan yang hanya mencari kesempatan atas kuasa dan kedudukan kawan.

Anwar dan orang-orang sepertinya cukup faham akan keadaan nasib itu. Anwar sendiri pernah melapazkan kata-kaya yang beliau baru kini sedar dan kenal siapa kawan yang sejati dan kawan yang hanya mahu mendapat kesenangan daripadanya. Mana kawan yang makan kawan dan mana kawan yang sanggup berkorban membelanya dan membantu keluarganya semasa beliau berada di penjara.

Tetapi tidak mengapa, kalau kawan lama yang pernah Anwar tolong yang sudah kaya sudah jadi timbalan menteri atau menteri, atau dah jadi ahli korporat tidak membantunya kini tidak mengapa, kerana rakyat marhean sedia mengambil alih tempat itu. Alam kehidupan Anwar tidak sunyi. Beliau tetap juga dikelilingi oleh rakyat yang suci dan bersih hatinya. Rakyat yang melatkakan pergantungan dan harapan kepadanya untuk menjadi pemimpin tetap menyokong dan setia dengannya tanpa menangih apa-apa.

Anwar tidak perlu kesal. Satu yang pergi seratus yang datang memperhambakan diri. Cuma nilai orang yang datang itu berbeza dengan yang pergi. Saya percaya kira-kira 5,000 yang hadir pada hari rumah terbukanya hari ini (pagi dan petang) adalah mereka yang ikhlas dan setia kepada perjuangannya. Mereka ini adalah datang sendiri dengan penuh kerelaan dan tidak dipaksa ataupun diupah.

Mereka datang bukan sangat untuk makan, tetapi untuk bersua muka dan bertanya khabar. Datang untuk memberi semangat dan rangsangan agar Anwar meneruskan perjuangan membela rakyat seperti mana yang dijanji dan diikrarkan sejak dulu.

Muka sama

Ketika berjumpa Anwar beliau gembira kerana kehadiran di rumahnya melebihi daripada kehadiran semasa beliau menjadi TPM. Walaupun kebanyakan yang hadir adalah muka yang sama sejak tiga tahun lalu, namun dicelah-celah itu ada-ada saja muka baru yang datang bukan saja di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, bahkan dari Perak, Selangor, Melaka dan Seremban. Kesanggupan mereka ini datang menunjukkan betapa besarnya harapan yang mereka sangkutkan kepada Anwar. Mereka tidaklah berpangkat dan datang dengan Mercedez tetapi air muka mereka suci dan boleh dipercayai.

Semasa saya di rumah Anwar petang tadi tidak ada orang-orang kenamaan yang hadir, kecuali dua tiga orang datuk, itupun yang sudah hampir muflis dan datangpun sembunyi-sembunyi. Yang sempat dicami ialah bekas Duta Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Abdullah Ahmad. Mungkin kebanyakan mereka sudah hadir pada belah pagi.

Belah pagi majlis di khaskan kepada VVIP. Sementara rakyat marhean di khasnya di sebelah petang. Saya menerima kad jemputan untuk hadir pada sebelah petang. Walaupun Ibrahim Ali menghubungi untuk hadir di sebelah pagi saya menolak kerana sengaja untuk datang waktu petang bagi membolehkan saya melihat rakyat marhean yang datang.

Seperkara yang tidak saya fahami kenapa ada dua sessi atau dua kelas jemputan itu. Kenapa diasingkan antara jemputan VVIP dengan rakyat marhaen. Apakah rakyat marhean tidak layak untuk duduk bersama dengan VVIP, sedangkan tujuan majlis itu ialah untuk beramah mesra dan bermahabbah?

Lain tahun dan lain musim diharap majlis itu tidak dibahagikan kepada dua kasta. Biarlah rakyat marhean bercampur sama dangan VVIP. Dan VVIP pula jangan merasa segan dan geli untuk duduk berdekatan dengan rakyat marhean. Percayalah bau hampak dan hamis seluar dan baju marhaen itu bukan kerana apa melainkan kerana peluh dan keringat mereka yang tertumpah kerana memperjuangkan nasib pemimpin yang mereka kasihi! [wm.kl pm 4:45 21/10/07]

Rencana Khas

Suasana semasa tidak memihak kepada Pas Kelantan?
(Bahagian Kedua dan Akhir)

MSO

ARUS dan perkembangan politik hari ini menunjukkan bahawa Pas Terengganu berada dalam keadaan lebih cerah untuk merampas balik negeri minyak itu berbanding dengan Pas Kelantan hendak mengekalkan Serambi Makkahnya. Perkembangan mutkhir ini di Terengganu benar-benar memberi advantage kepada Pas.

Tragedi apa yang dinamakan rusuhan (oleh polis) mengundang simpati besar rakyat Terengganu kepada Pas. Rusuhan di Batu Buruk itu bukan berlaku secara nature, melainkan ia adalah takdir politik yang menguntungkan Pas sekiranya Pas bijak menggunakannya. Kejadian itu memberi petanda betapa gelisah dan resahnya Umno Terengganu.

Peristiwa itu tidak dicipta kalau bukan untuk melemah dan menghalang kebangkitan pengaruh Pas Terengganu. Polis dan Umno bersekongkol untuk mempertahankan Terengganu. Kenapa? Mempertahankan Terengganu adalah kerja wajib dalam konteks politik peribadi Abdullah Ahmad Badawi kerana beliaulah bertanggungjawab merampas negeri itu daripada Pas sebaik menjadi PM pada 2004.

Terengganu adalah negeri menjadi mercutanda politik Abdullah di negara ini. Bukan itu saja banyak kepentingan-kepentingan berupa kewangan dan ekonomi Perdana Menteri itu di Terengganu menyebabkan beliau harus pertahankan negeri itu. Tentunya beliau tidak mahu perancangan yang dibina di Terengganu menerusi orang bernama Patrick Lim terbangkalai begitu saja!

Peluru hidup

Terengganu adalah legasi kuasa kepada Abdullah dan ianya akan dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Setelah merasakan keadaanya sudah panas, sebab itulah tragedi rusuhan melepaskan peluru hidup itu dicipta dan dilakukan sebagai satu bentuk dan isu untuk mempertahankan Terengganu daripada tumpas.

Berlainan dengan Kelantan. Walaupun gambaran politik Kelantan sungguh meriah dan ceria (dilihat kepada pemasangan bendera dan ceramah) namun tidak ada apa-apa momentun pada masa ini yang boleh membantu Pas mempertahankan Kelantan dengan mudah.

Suasana di Kelantan berlainan dengan di Terengganu. Kalau di Terengganu rakyat mulai kurang senang dengan kepimpinan Menteri Besar, Idris Jusoh yang dikatakan mengutamakan kroni, menumpukan pembangunan di Besut, melakukan kezaliman kepada rakyat dan lain-lain, sebaliknya di Kelantan meskipun selera bukan begitu tetapi sudah ada tanda-tanda yang rakyat mulai keliru dengan pembawaan dan hala tuju sesetengah pemimpin “versi baru” Pas di Kelantan.

Keadaan ini menyebabkan sudah ada sunggutan dan cakap-cakap tentang ini. Selain itu, hakikat yang Datuk Nik Abdul Azuiz Nik Mat sudah berada di ‘pita merah politinya’ juga secara tidak langsung memberi kelebihan tersendiri kepada Umno kali ini. Hari ini Nik Aziz tidak lagi berada dalam kedudukan seperti tahun-tahun 90-an di mana pengaruhnya luas dan rakyat Kelantan benar-benar kagum dengan keperibadiannya.

Walaupun pengaruh dan penghormatan orang masih sama, namun dengan kedudukan di hujung senja itu beliau tidak lagi menjadi daya tarik utama khususnya kepada pengundi muda. Ini menimbulkan masalah kepada Pas kerana kekuatan Pas Kelantan itu didokong pengaruh peribadi Nik Aziz selaku ulama dan tok guru.

Setara Nik Aziz

Adalah diramalkan kira-kira 10 – 15 % pengaruh Pas Kelantan didokong atau dibantu oleh pengaruh peribadi Mursyidul Am Pas itu. Selain batang tubuh Nik Aziz, Pas Kelantan tidak ada apa-apa lagi yang hendak ditawarkan kepada rakyat. Dari sudut kepimpinan Pas Kelantan tidak memiliki sesiapa yang setara dengan Menteri Besar itu.

Perkara ini jelas, semua pemimpin “versi baru” Pas Kelantan ketika ini sedang menumpang “tui” beliau. Hal ini dapat ditenguk kepada banting-banting iklan politik yang dipasang di sekitar Kota Bharu semuanya menempel bersama Nik Aziz. Seolah kalau tidak diletakkan gambar Nik Aziz bersama orang tidak akan hadir pada sesuatu majlis yang dianjur atau melibatkan pemimpin berkenaan.

Begitu juga di Kelantan kini belum ada gelombang yang benar-benar menyentuh perasaan rakyat dan bakal menjadi pemangkin kepada Pas. Kalau pun ada sedikit ialah tentang beberapa projek sosial di bidang pertanian seperti menanam pokok depu, pokok karas dan sebagainya serta bantuan untuk warga emas - skim Kifallah. Itupun sudah dijejaki oleh Umno yang turut melancarkan penanaman ubi kayu (cassava) dan melancarkan skim Insuran Merdeka yang lebih mahal berbanding skim Kifallah.

Pas Kelantan kena sedar hakikat ini dan perlu mengambil langkah awal. Dalam suasana Pas sendiri tidak begitu optimis ini mereka janganlah pula menganggap kata-kata dan ucapan Abdullah itu sebagai memihak kepada mereka. Suka tidak suka orang Pas Kelantan termasuk pemimpinnya kena menerima apa yang pernah saya katakan sebelum ini; bahawa Abdullah Ahmad Badawi kini telah menjadikan Kelantan sebagai negeri sasarannya untuk melebarkan propinsi taklukannya pada pilihan raya akan datang.

Sebenarnya Abdullah memasang angan-angan itu secara diam tanpa menghebuhkannya. Selepas ini beliau akan kerap lagi mengunjungi Kelantan dan akan mengulangi hal yang sama, “kita akan membangun Kelantan walaupun ia terletak di tangan pembangkang.”

Percaya dan yakinlah kenyataan itu adalah lagu untuk mendodoikan Pas agar terus lena dan keasyikan dengan mimpi-mimpi indah. Kita tidak mahu menyaksikan pada pilihan raya ke- 12 kelak Kelantan akan bertukar dengan Terengganu, Terengganu jatuh ke tangan Pas, Kelantan pula jatuh ke tanagn Umno. [wm.kl - rencana ini lewat dimasukan]

Saturday, October 20, 2007

Reaksi

Duhai Sdr Anuar Mohd Nor!

MSO

BUKAN bertolak daripada rasa kesian atau simpati, tetapi saya merasakan perlu untuk tanggungjawab untuk memberi secebis kekuatan dan setitik semangat kepada sdr Anuar Mohd Nor berhubung "blurb pengumuman" yang beliau bentangkan di laman webnya - umno-reform.com. Beberapa hari blurb itu tertera di laman webnya, dan ini menjadikan saya terpanggil untuk memberi sedikit respon mengenainya.

Isunya ialah kononnya Anuar telah dibeli oleh Norza Zakaria (Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju) sebanyak RM200,000. Untuk apa, tidak diketahui, tetapi mestilah ada sangkut paut dengan hal-hal kerja propaganda, al maklumlah sekarang ini kita semua sedang diserang demam pilihan raya, jadi banyak tokoh politik yang ingin berbaik dengan media.

Berita mengenai tuduhan itu disiarkan dalam blog yang menggunakan nama menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin - antikhairy.blogspot.com

Anuar (foto) menafikan yang dia dibeli. Tuduhan dan laporan itu tidak benar. Ertinya dia bukan bahan dagangan atau toys kepada orang politik. Bagus dan syabas.

Anuar juga tidak ghairah mahu menjawab. Nampaknya dia sudah faham dunia dan rempah ratus serta ranjau dan onak dilalui penulis. Tetpai kerana ramai yang menghubungi dan mendesaknya maka beliau menjawab dan menerakan blurb itu di laman webnya dan berjanji akan menjawab selepas raya secara terperinci. Kita tunggu.

Tuduh menuduh

Apa yang hendak saya jelaskan di sini rasanya Anuar sendiri faham. Tentang tuduh menuduh dan dakwa mendakwi tanpa bukti jelas ini sering berlaku dan akan berlaku dan menimpa diri penulis. Inilah satu cubaan dan ujian besar kepada penulis dan kerjayanya.

Kalau mana-mana penulis (khasnya penulis politik) tidak tahan dengan ujian ini mereka akan kalah dan musuh akan menang. Tujuan mereka berbuat begitu ialah untuk menganggui emosi kita daripada berfikir dan menulis membela bangsa dan negara mendedahkan penyelewengan dan membongkar fiil busuk pemimpin. Dan satu-satu senjata dikira ampuh untuk mereka mendamagekan penulis ialah dengan menuduh ia sebagai penulis upahan!

Ancaman dan tuduhan yang dihadapi sdr Anuar itu belum cukup kuat dan hebat. Akan ada lagi selepas ini fitnah-fitnah kubra yang akan dituju kepadanya. Setakat RM200,000 sedikit sdr Anuar, orang lain pernah difitnahkan berjuta-juta ringgit serta pelbagai insentif lain yang mengalahkan menteri atau perdana menteri.

Dalam melakukan fitnah dan menyebarkan berita ini sebenarnya bukan orang lain. Mereka adalah orang-orang di sekeliling kita juga, yang bersifat 'mulut manis jubur masam'. Teman-teman rapat termasuk penulislah yang sering menjual dan menjaja hal ini. Mereka lebih dipercayai kerana mereka rapat dan mengenali kehidupan kita. Merekalah yang rapuh mulut menceritakan kepada tokoh-tokoh politik dengan niat dan tujuan tertentu pula.

Fitnah akan menimpa penulis bukan memerlukan bukti yang jelas. Tidak payah bersekongkol dengan bank untuk mengorek akaun kita. Tidak payah mereka menyelidiki akaun anak bini kita atau waris warah kita. Tetapi cukup kalau mereka melihat perubahan kehidupan seharian kita saja.

Bahan bukti

Kalau kita pakai kereta, pakai baju berjenama atau nampak rileks, naik kapal terbang dua tiga kali sebulan atau sering berada di restoran kentucky fried chicken atau mcdonalds cukup untuk dijadikan bahan bukti bagi mengatakan kita - seseorang penulis itu kaya dengan cara dibayar upah oleh orang tertentu.

Apa lagi kalau mereka sudah tahu kita tidak lagi duduk di kawasan setinggan atau mendiami flat dua bilik dan telah menginap di perumahan teres, maka kita akan dilemparkan dengan berbagai tuduhan. Kononnya si anu belikan si anu hulurkan wang dan si anu membiayai segala keperluan hidup kita.

Seperkara lagi sering berlaku fitnah ialah apabila kita menulis dan menyokong tindak tanduk seseorang pemimpin, maka kita akan mudah dituduh sebagai telah dibeli oleh tokoh-tokoh yang menjadi musuh kepada tokoh yang kita tulis dan sokong itu.

Dalam hal ini saya ingin turunkan pengalaman yang berlaku ke atas diri saya, bukan untuk pengetahuan sdr Anuar saja tetapi sebagai renungan bersama.

Tahun 1991 apabila saya menulis mengkritik Anwar Ibrahim, saya dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuk diupah dan dibayar oleh tokoh yang berseteru dengan Anwar. Bahkan jauh sebelum itu tahun 1986/87 apabila saya menulis menyanjungikan keperibadian politik Abdullah Badawi sebagai tokoh yang bakal jadi PM, saya juga turut dituduh diupah oleh mereka yang dengki dengan Abdullah.

Ironisnya apabila saya menulis membela pemecatan Anwar Ibrahim tahun 1998, saya dituduh diupah dan dibayar oleh orang atau sahabat Anwar. Seorang rakan penulis kelas haprak menjaja kononnya pedagang Arab telah memasukan sejumlah wang ke dalam akaun saya.

Begitu juga halnya apabila saya gila-gila menulis dan memberi ruang kepada Husam Musa dalam tulisan dan buku saya, saya telah dituduh telah dibayar oleh Husam. Husam sendiri pernah menyebut kepada saya, bahawa beliau mendengar tuduhan mengatakan beliau memberikan saya sebanyak RM100,00. (Dan kini apabila saya kurang seronok dengan Husam siapakah pula agaknya yang menghulurkan ringgit kepada saya?)

Jadi sdr Anuar dan sahabat penulis yang budiman, usahlah kita melayan segala tuduhan itu. Ia adalah penyakit yang datang bermusim yang tumbuh dalam hati mereka yang tidak senang dan memang berpenyakit. Ini tidak menghairankan kerana Allah ada berfirman; sesungguhnya di dalam diri mereka ada penyakit (dengki, cemburu dan buat fitnah), maka Allah akan tambahkan lagi penyakit ke atasnya.

Penulis profesional

Dan kalau pun kita dibayar dan diupah dan kebetulan mendapat wang banyak, ia adalah atas hasil usaha kita sendiri dan ingatlah penulis adalah bidang profesional yang mahal harga dan nilainya kerana bukan semua orang yang ingin jadi penulis atau sedang menulis pun masih lagi belum diiktiraf sebagai penulis profesional.

Mereka yang menuduh kena ingat bahawa orang politik di Malaysia tidak sebaik dan semurah hati yang disangka untuk membayar dan membeli penulis begitu mudah sekali untuk kepentingan mereka.

Penulis yang tulen yang jati ada pendirian dan ada prinisp tersendiri. Mereka tidak boleh dibayar hatta seberapa banyak sekalipun. Kami menulis bukan kerana wang tetapi kami menulis ialah kerana semangat, kesedaran untuk membela agama, bangsa dan negara. Kami mengkritik bukan kerana dia musuh, tetapi kami mengkritik kerana dia salah. Kami menyokong bukan kerana dia kawan, tetapi kami menyokong kerana dia bersih, jujur, ikhlas dan tidak hipokrit.

Pun seperti saya sering katakan, saya tidak menafikan ada orang yang berlagak sebagai penulis menggunakan nama dan profesyen selaku penulis politik tetapi untuk menyamun sana dan mengugut sini. Dan janganlah kerana kerbau seekor membawa lumpur maka semua kerbau lain juga dilihat berlumut dan kotor. [wm.kl 20/10/07]