Thursday, May 31, 2018

Dr Mahathir kena jelaskan maksud pergerakan Anwar

GEJOLAK JIWA

Erat dan kekalkan persalaman ini selamanya.
DALAM seronok merayakan kemenangan Pakatan Harapan menerajui Malaysia, dan seronok campur was-was melihat susunan kabinet PH Dr Mahathir Mohamad, orang ramai terus dilanda dengan pelbagai persoalan.

Ada persoalan berat ada persoalan bersifat lelucon yang mudah sahaja berlalu di angin lalu.

Yang lelucon seperti pelantikan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan kurang sesuai, perkara itu mudah diatasinya.

Umno masih "kemamaian", Najib berhentilah bercakap

PENDAPAT

Annuar Musa boleh dilantik jadi
Ketua Pembangkang.
SELEPAS mengalami kekalahan sehingga hilangnya kerajaan berusia 61 tahun, Umno masih buntu mencari jalan untuk bangkit kembali. Rasa terkejut menjadikan para pemimpin Umno seperti hilang akal bagaimana hendak menggerakkan semula parti itu. Masih "kemamaian".

Keadaan yang berlaku dalam Umno kini sudah dijangka, tetapi kesannya tidaklah seperti hari ini. Hilang hampir semua negeri diperintahnya sejak berdekad tewas kecuali Pahang dan Perlis.

Setelah tiga minggu, Umno masih berkabung, belum ada apa-apa majlis bersifat rakyat diadakan oleh untuk menyuntik semangat kalangan ahli parti itu. Pemimpin masing-masing seakan masih mengosok-gosok kesakitan dialaminya. Ada juga yang tersipu-sipu malu dengan kekalahan masih belum keluar rumah.

Wednesday, May 30, 2018

Selepas 100 hari saya akan melukis bayangan masa depan PH

TERASA dan teringin benar untuk memberi gambaran awal mengenai perjalanan kerajaan Pakatan Harapan ini. Bayangan masa akan datang sudah ada yang tersilau masuk ke dalam mata dan kepala. Kadang kadang ia terbawa-bawa masuk ke dalam tidur pula.

Bayangan atau silauan itu ada kalanya tajam menikam, ada kalanya ia sebam sahaja. Ada suara dan cakap-cakap di kuping telinga yang perlu dihindarkan dahulu.

Nawaitu itu biarlah, ditangguhkan dahulu. Sekurang-kurangya selepas 100 hari, di mana tempoh itu dianggap tempoh berpantang dalam budaya kuno Melayu, tidak baik kalau diperapa-apakan. Sebaik-baiknya juga sebelum sampai ke tempoh itu semua pihak dalam PH mengejapkan saf dan menyempitkan jurang perbezaan.

Insya-Allah selepas tempoh itu saya akan cuba melukiskan bayangan terhadap kerajaan PH yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad dan Dr Wan Azizah Wan Ismail kini dan membuat spekulasi berdasarkan maklumat yang ada dan berpandukan kepada makrifat pengalaman lalu.  [wm.kl.5:38 pm 30/05/18]

Halangan terhadap Husam dan Wan Rahim atas arahan Istana

SUSUPAN SUBUH

Tindakan kerajaan Kelantan menghalang dua pemimpin PH Kelantan Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah daripada memasuki premis kerajaan Kelantan dan semua istana di negeri itu yang menimbulkan kejutan dan persoalan sudah terjawab semalam apabila Setiausaha Kerajaan Kelantan memaklumkan tindakan itu atas arahan pihak Istana Kelantan.

Tindakan atau haangan itu adalah sebahagian daripada tindakan ke atas beberapa individu sebelum ini termasuk juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Penjelasan itu dikira muktamad dan semua pihak kena akur atas prinsip menghormati institusi raja dan menyedari tindakan itu tidak pun menjejaskan mana-mana pihak.  

Marilah kita semua bangkit untuk membangun sambil itu kita berdoa apa yang berlaku semoga mendapat rahmat Allah di sebaliknya. Kita semua kena yakin yang benar itu tetap benar yang salah itu tetap salah. Titik. [wm.kl.6:01 30/05/18]

Tuesday, May 29, 2018

Halang Husam dan Wan Rahim tindakan kebudak budakan

PANDANGAN

SEMALAM telah tular satu surat arahan (Pekeliling) daripada Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK), SUK D200(01)15/1/1 Jld 3(35) bertarikh 1 Ramadhan 1439 bersamaan 27 Mei 2018 yang memberi maklum agar tidak membenarkan dua rakyat Kelantan bernama Husam bin Musa dan Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah daripada memasuki premis kerajaan Kelantan dan juga istana di negeri itu.

Berbagai reaksi diberikan oleh orang ramai berhubung dengan arahan tersebut. Kerana surat itu dikeluar dan ditanda tangani oleh Setiausaha Kerajaan Kelantan, maka ia adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Bermakna surat itu atas arahan kerajaan negeri dimana Menteri Besar sebagai ketua eksekutifnya bertanggungjawab sepenuhnya di dunia dan di akhirat.

Monday, May 28, 2018

Jumpa Hishamuddin sebelum menang

MUSAFIR PIRAUM (2)

Bersama Hishamuddin Rais.
RAMAI orang seronok dan bergembira dengan kejatuhan Najib Razak dan tumbangnya Umno. Ada yang menyembunyikan keseronokan itu atau merainya dengan anak isteri dan keluarga sahaja. Ada yang tidak dapat melindunginya dan diwara-warakan sebagai menunjukkan mereka berpuas hati kerana impian mereka selama ini berjaya.


Macam-macam pula gaya orang menzahirkan keseronokan itu. Ada yang mengolengkan (membotakkan) kepala, ada yang membelanja kawan makan, ada yang bersujud syukur dan macam-macam lagi. Bagaimana pun tidak ada yang merai kejayaan itu dengan membayar hutang lapok. Kalau yang bayar hutang lapok suka lebihlah saya...

Semua menteri kena bergerak ke hadapan segera

SUSUPAN PETANG

TAMPAK semua menteri menumpukan kepada usaha untuk membersihkan daki dan kotoran kementerian masing-masing yang ditinggalkan menteri sebelum ini. Tidak dinafikan menteri sebelum ini banyak meninggalkan sampah hatta najis dalam rumah kementerian masing-masing. Ditinggal dan membusuk.

Ia memang perlu dibersihkan untuk mewujudkan suasana kondusif dalam sesebuah kementerian, menyenangkan menteri merancang agenda untuk pembangunan negara. Memulakan sesuatu yang baharu serta menyambung mana-mana tersisa baik. Polisi atau pun perancangan sebelum ini yang baik hendaklah diteruskan. Jangan tinggal dan ubah semua.

Rumah atau kementerian paling teruk dan busuk ialah Kementerian Kewangan. Kita mengikut pendedahan dibuat oleh Lim Guang Eng. Kerja Guan Eng sehari dua ini membuang kotoran ditinggalkan Najib. Dapat dibayangkan macam mana dia terpaksa memakai mask menutup hidungnya dari luapan busuk ditinggalkan oleh Najib Razak yang menjadi menteri kewangan.

Saturday, May 26, 2018

Jangan ganggu dahulu kerajaan Harapan

PENDANGAN 

USAHA pihak tertentu untuk merapatkan hubungan Pas dengan kerajaan Harapan, secara prinsipnya perlu disokong. Itulah yang patut berlaku selepas selesai pilihan raya dan rakyat sudah membuat keputusan muktamad. Bukan sahaja dengan Pas tetapi dengan Umno juga wajar diambil kira.

Kuasa atau kerusi dimenangi kedua-dua parti itu mewakili hampir separuh 222 atau 32% kerusi parlimen kesemuanya yang berjumlah 72 kerusi. Bahkan jika dikira perolehan kerusi mengikut kerusi Umno merupakan parti dominan memiliki 54 kerusi atau 24.3%.

Keputusan rakyat itu perlu dihormati dan seharusnya memberi pulangan istimewa buat mereka. Ia juga sesuai dengan seruan Dr Mahathir Mohamad sendiri agar orang Melayu menghentikan perbezaan politik dan kembali menyatu-padukan kekuatan ummah. Dr Mahathir menekan kepada orang Melayu kerana seruan itu dibuat semasa iftar Ramadhan.

Friday, May 25, 2018

Pergolakan politik Perlis kian buruk

ULASAN 

Azlan menunjukkan laporan akhbar
politik Perlis bergolak.
[kemaskini] WAJAR kalau Raja Perlis murka kepada Shahidan Kassim dan sembilan Adun negeri itu kerana mereka tidak menghormati majlis raja. Majlis angkat sumpah jawatan MB oleh Azlan Man yang berlangsung petang semalam bolehlah dianggap sebagai majlis raja.

Apa lagi kesemua mereka, Adun terlibat den
gan pemulauan itu sudah dijemput untuk menghadiri upacara berkenaan. Apabila mereka enggan menghadirinya bermakna mereka senganja mengagalkan upacara berkenaan.

Thursday, May 24, 2018

Perhatian kepada penjengok sekalian

REAKSI SAYA

Sejak saya membuka seluas-luasnya kotak komen dalam blog ini saya menerima banyak komen, berbagai-bagai. Saya percaya mereka yang komen ada idea dan buah fikiran tersendiri untuk dikongsikan. Tetapi sayang masih ada juga yang membawa emosi sendiri, sampai isu-isu yang diposting tidak dapat difahami dengan jilan. Itu saya masih tidak melepaskannya.

Ada juga penjengok yang meminta saya memberi penjelasan dan penghuraian lanjut ke atas komennya, (ia bersifat peribadi) tentang sesuatu isu. Namun saya sedia untuk melayannya jika pengomen itu menggunakan nama orang, maksudnya bukan Anonymous. 

Insya-Allah penjelasan yang diminta itu akan saya penuh dari masa ke semasa bila ada waktu. Sekian terima kasih. 

JPP Kelantan juga perlu dimansuhkan

PENDAPAT 

PENGUMUMAN pemansuhan lima agensi dan jawatan kuasa kerajaan yang dikira tidak memerlukan, dan dapat menjimatkan perbelanjaan wang negara oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selepas mengadakan mesyuarat kabinet pertamanya semalam sangat dialu-alukan.

Ahmad cadang nak
jumpa Dr Mahathir.
Tindakan itu ia dianggap bijak sebagai langkah awal penjimatan wang negara serta bagi menyelamatkan keadaan kantung kewangan negara yang dalam keadaan"kasik" kini. (Kasik ialah sesak, miskin dan terdesak).

Agensi atau jawatankuasa tersebut ialah, Majlis Profesor Negara (MPN), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Jabatan  Hal Ehwal Khas (JASA), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di JPM (Pemandu) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Wednesday, May 23, 2018

Dr Mahathir usah jera rakyat negeri sebelah Timur banjaran Titiwangsa

ULASA KABINET

Azan, Husam, Aziz dan Fauziah perlu
diberi perhatian.
NASIB negeri-negeri di sebelah timur banjaran Titiwangsa; Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak sebaik nasib negeri-negeri di sebelah barat banjaran itu; Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Dalam kabinet Harapan, kerajaan baru, negeri-negeri di sebelah barat banjaran Titiwangsa yang menang besar dalam Piraum lalu mendapat hadiah istimewa apabila wakil rakyat mereka dilantik menjadi menteri. Walaupun pelantikan menteri bukan sesuatu yang didambakan, tetapi pelantikan itu boleh dianggap saguhati dan penghargaan kepada rakyat negeri-negeri itu yang padu menyokong PH.

Tuesday, May 22, 2018

Pendedahan Shukri serius, memalukan

STOP PRESS

PENDEDAHAN Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Shukri Abdull yang beliau disekat dan diugut daripada menjalankan tugasnya ketika menyiasat akaun  syarikat SRC International yang ada kaitan dengan skandal 1MDB dua tahun lepas sesuatu yang serius.

Tindakan itu cuba menganggu pentadbiran awam daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya demi negara. Ia turut menyerlahkan betapa kotornya penguasa Malaysia sebelum ini yang dibawah pimpinan Najib Razak. Gangguan itu menunjukkan betapa sadisnya kerajaan Najib.

Bukan itu sahaja, Shukri juga mendedahkan beliau diugat dan cuba disogok agar tidak menyiasat kes berkenaan. Tanpa menyebut nama perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh seorang wakil rakyat dari Utara. Elok kalau wakil rakyat itu diheret ke muka pengadilan agar orang ramai mengenali siapa dia.

Apa yang diterima Shukri ketika itu menakutkannya sehingga beliau terpaksa melarikan diri ke Amerika Syarikat dan mendapat perlindungan polis negara itu.

Biarlah kejadian menimpa Shukri itu merupakan yang terakhir. Kerajaan PH perlu mengambilnya sebagai pengajaran agar kejadian sangat tidak bermoral itu tidak berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan baharu Malaysia.  [wm.kl.8:43 pm 21/05/18]

Salahuddin: Siswa universiti Kelantan yang berjaya

NUKILAN RASA

Kenangan: Salahuddin dan Nik Aziz dimajlis
"menghantar menantu".
PENGUMUMAN Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub akan dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dialu-alukan orang ramai. Penyertaaan Salahuddin ke dalam kabinet Harapan baru Dr Mahathir dikira tepat. Ini terbukti bila mana dalam media sosial, bukan sahaja kawan-kawan rapat dengan Salahuddin, tetapi rakyat di luar sana juga mengucapkan tahniah kepadanya dan mengalu-alukannya.

Monday, May 21, 2018

Menteri baharu jangan berbulan mandu

ULASAN

13 Anggota jemaah menteri Dr Mahathir Mohamad fasal pertama hari ini telah mengangkat sumpah dan menerima surat cara pelantikan di hadapan Yang diPertuan Agong, Sultan Muhammad Ke V yang berlangsung di balai khas di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Memulakan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, diikuti Muhyiddin Mohd Yassin (Menteri Dalam Negeri), Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) dan Mohammad Sabu (Menteri Pertahanan).

Kemudian diikuti oleh Dr Maszlee Malik, (Menteri Pelajaran) Rina Mohd Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar), Mohamaed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi)

Kehebatan seorang Azmin?

PERTANYAAN

SULTAN Selangor memberi perkenan kepada Mohamed Azmin Ali untuk menyertai kabinet Dr Mahathir Mohamad dan meninggalkan jawatan MB Selangor. Azmin yang telah mengangkat sumpah menjadi MB Selangor petang ini dijangka akan mengangkat sumpah pula sebagai menteri Hal Ehawal Ekanomi.

Apa yang berlaku di Semenanjung berbeza dengan apa yang berlaku di Sabah. Di Sabah dua orang mengangkat sumpah memegang jawatan Ketua Menteri, di Semenanjung seorang ahli politik mengangkat sumpah untuk memegang dua jawatan penting berbeza.

Di Sabah mula-mula Musa Aman mengangkat sumpah jadi Ketua Menteri Sabah, dua hari kemudian Mohd Shafei Afdal pula angkat sumpah untuk jawatan yang sama.

Sunday, May 20, 2018

PERHATIAN

SEBAGAI MERAIKAN PERUBAHAN KERAJAAN BARU MALAYSIA SAYA MEMBUKA KEPADA UMUM UNTUK IKUT SAMA BERFORUM DALAM BLOG SAYA. SETIAP PENJENGOK BOLEH MEMBERI KOMENTAR, PANDANGAN DAN SEBAGAINYA SELAGI IANYA MASIH DALAM BATAS-BATAS DIBENARKAN DEMOKRASI, ADAT DAN JUGA AGAMA.

PENGOMEN TIDAK PERLU MENGGUNAKAN ID GOOGLE, MENERUSI EMAIL ATAU PUN ID KHAS.

SEKIAN DIMAKLUMKAN.

Pelantikan Dr Mazlee tidak perlu dibimbangi

SUSUPAN PETANG

Dr Maszlee pelantikannya
jadi kontroversi.
1. PELANTIKAN Dr Maszlee Malik, 44 menjadi Menteri Pelajaran menimbul reaksi pro kontra daripada pelbagai pihak, Ngo juga termasuk masyarakat pendidik sendiri. Nampaknya Dr Maszlee yang sebelum ini kurang dikenali menjadi terkenal sebelum beliau mengangkat sumpah memegang jawatan itu yang dijangka esok. Kenapa?

Mungkin selepas beliau mengendalikan kementerian itu beberapa bulan selepas perubahan dan kemajuan terserlah namanya terus menjadi harum. Mudah-mudahan.

Dari telaga makrifat saya

NOTA TENGAHARI

SAYA hendak bercakap fasal pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehawal Ekonomi walaupun dia sudah mengangkat sumpah sebagai MB Selangor. Pandangan saya mungkin berbeza dengan pandangan lain, kerana saya ada makrifat politik tersendiri.

Ramai orang melihat Dr Mahathir Mohamad menarik Azmin untuk mengendali dan menguruskan ekonomi di kementerian baharu diwujudkan itu sesuatu yang tepat. Iya, kita tidak tahu sejauh mana kehebatan dan kemampuan Azmin. Apakah Selangor menjadi panduan Dr Mahathir untuk melihat kehebatan Azmin boleh membantu kabinetnya?

Keistimewaan dan kejutan Pilihan raya 14

NOTA PENTING

PIRAUM (Pilihan raya umum) ke-14 meninggal dan mencatatkan beberapa peristiwa cukup istimewa dan mengejutkan. Segala yang berlaku ini memperlihatkan perubahan dalam landskap politik negara ini yang sebelum ini sukar untuk berlaku evolusi sebesar ini.

Apa yang berlaku 9 Mei lalu persis rakyat negara ini mencapai kemerdekaan kedua, selepas kemerdekaan pertama 61 tahun lalu. Kemerdekaan kedua ini adalah merdeka daripada cengkaman regim UBN yang dianggap sebagai mencengkam rakyat selama ini.

Perubahan yang berlaku ini memecah "mental blok" sesetengah golongan selama ini yang menganggap kerajaan UBN tidak akan terlawan kerana ia dianggap sebagai keramat, setengah orang mengkhurafatkan kononnya UBN sahaja layak dan menjadi pembela Melayu.

Saturday, May 19, 2018

Biarlah Najib belajar mengenali erti hidup

CATATAN PETANG

Najib khusyuk mengaminkan doa di sebuah masjid.
KEHIDUPAN Mohd Najib bin Razak bin Hussein sebenarnya baru bermula semalam, tepatnya 10 Mei 2018 selepas beliau tergolek turun dari singgahsana kekuasaan. Erti kehidupan sebenar, beliau akan mengenalinya selepas partinya (Umno) mengalami kekalahan teruk sehingga menumbangkan kerajaan dipimpinnya sembilan tahun.

Friday, May 18, 2018

Anwar tidak tergoda dengan panggilan syaitan

SESUDAH SUBUH

Anwar: Tidak tergesa-gesa untuk jadi PM.
SELEPAS Dr Mahathir Mohamad diterima menghadap Yang diPertua Agong, Sultan Muhammad ke V kemudian mengangkat sumpah menjadi PM ke -7, kita semua rakyat rasa cukup lega dan bahagia. Keresahan yang meladum diri lebih enam jam pada malam 9 Mei terubat dengan segera. Mulanya Dr Mahathir dijadwal menghadap YDP jam 3:30 petang tetapi ditunda hingga jam 10:00 malam.

Wednesday, May 16, 2018

Anwar: Dari penjara ke istana, penjara bukan pusara


CATATAN 

Anwar bersalam dengan Dr Mahathir yang kelihatan
sebak merenung tepat ke wajah Anwar.
SELEPAS enam hari (10 Mei) Malaysia mencatat sejarah baru dan rakyat menerimanya penuh kesyukuran dengan pembentukan kerajaan Malaysia baru — kerajaan PH dengan Dr Mahathir Mohamad menjadi PM kali kedua serta melantik Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai TPM wanita pertama, hari ini 16 Mei, satu lagi sejarah dicatat berlaku di Malaysia.

Sejarah dilakari hari ini adalah penerusan kepada sejarah manis enam hari lalu, ianya mengenai pembebasan Anwar Ibrahim daripada penjara yang dilalui selama tiga tahun dua bulan. Anwar mendapat pengampunan daripada Yang di Pertua Agong Sultan Muhammad ke V. 

Memaknakan kemenangan, mengertikan perjuangan

LUAHAN PAGI
SEMUA orang yang "kegelian" kerana seronok, dan sedang dilambung ombak keseronokan dan bergembira dengan kemenangan besar PH sehingga berjaya membentuk kerajaan baharu Malaysia hendaklah waras dan syukur menerima kemenangan itu.

Jangan menyambutnya dengan emosi yang berlebih-lebihan atau sebak yang boleh mengulai diri kerana ia membahayakan diri. Rasional, di sini menerima kemenangan itu sebagai sesuatu anugerah dan menyedari ianya bukan mudah untuk digapai. Hasil kemenangan itu perlu dianggap amanah bukannya ghanimah. Mengisi kemenangan itu dengan tanggungjawab bukan mendabik dada.

Monday, May 14, 2018

Kabinet - jangan cicirkan Husam

SESUDAH SUBUH

Husam Musa diharap jadi
penawar duka untuk Pantai Timur.
KETEWASAN kubra Pakatan Harapan (PH) 59 - 0 di Kelantan dan 40 -  0 di Terengganu sesuatu menyedihkan. Bertambah sedih apabila rakannya di negeri-negeri sebelah Barat banjaran Titiwangsa menang besar.

Bukan setakat menang besar, tetapi boleh menguasai negeri-negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Makin membaca dan menganalisa kehebatan PH di sebelah Barat itu, makin berat jiwa menanggungnya. Mereka menang besar manakala kita pula kalah parah. Kosong, telur tembelang.

Sunday, May 13, 2018

Faktor rakyat Kelantan tolak PH

MENYOROT POLITIK KELANTAN

KE MANA saya pergi saya akan ditanya mengenai nasib Pakatan Harapan (PH) di Kelantan. Entah kenapa saya seolah-olah menjadi papan hitam untuk ditulis dengan pertanyaan dan persoalan itu. Selama saya berada di pusat pengawalan (kem berhimpun) wakil-wakil rakyat PH di sebuah hotel di Petaling Jaya, setiap kawan dan orang mengenali hubungan saya dengan Kelantan bertanya tentang negeri ku itu.

"Kenapa Kelantan dan apa jadi dengan Kelantan, Tokti?" Semua bertanya dengan mempamerkan  bayangan wajah sedih mendukacitakan.

Mereka hairan dan anih dengan apa berlaku di Kelantan, nasib yang menimpa PH. Kelantan dan Terengganu menjadikan dua buah negeri yang seakan tersisih dari negeri-negeri di sebelah pantai Barat. Penyisihannya begitu ketara sekali apabila PH tidak mendapat satu kerusi pun di negeri berkenaan hatta sekadar untuk dijadikan benih untuk menanam di musim mendatang.

Percayai Dr Mahathir jangan cepat melatah

ULASAN PAGI

Dr Mahathir perlu sokongan padu dari PH.
SECARA umumnya pengumuman kabinet Dr Mahathir Mohamad semalam yang menamakan tiga pemimpin tertinggi parti komponen PH memegang kementerian penting disambut baik oleh umum. Pelantikan mereka itu dilihat tepat dari sudut semangat perpaduan dalam PH juga mengikut hierarki PH.

Pembentukan kabinet awal Dr Mahathir itu menjelaskan dirinya berlaku adil dan saksama setelah memikir segenap aspek.

Friday, May 11, 2018

Keadaan kritikal di Perak dan Kedah.

ULASAN 2

Ahmad MB penggal ke dua.
KELANTAN menjadi negeri pertama membentuk kerajaan baru selepas Piraum ke 14. Upacara mengangkat sumpah dan penyerahan watikah pelantikan MB berlangsung di Istana Kota Lama semalam, tidak sampai 24 jam selepas pilihan raya selesai. Ahmad Yakob sekali lagi mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar untuk penggal kedua.

Terengganu menyusul negeri Kelantan. Malam tadi Sultan Terengganu menerima perkenaan Dr Samsuri Mokhtar menghadap untuk mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu bersama barisan Exconya.

Upacara yang membulu hati

ULASAN 

Dr Mahathir melafazkan sumpah menyimpan rahsia.
SETELAH menanti dengan penuh resah dan debaran selama hampir lima jam upacara penyerahan watikah pelantikan Perdana Menteri kepada Dr Mahathir Mohamad akhirnya ia selesai dengan jayanya.

Tempat jam 10:05 minit tadi Dr Mahathir menerima watikah pelantikan dan mengangat sumpah memegang rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 di hadapan Yang DiPertuan Agong Sultan Muhammad Ke V. Dr Mahathir kini sah menjadi perdana menteri Malaysia yang baru.

Thursday, May 10, 2018

Kemenangan PH adalah milik semua orang

MESEJ PAGI

KEMENANGAN manis penuh bersejarah Pakatan Harapan semalam bukan milik para pemimpin PH semata-mata, tetapi ia miliki semua rakyat yang mahukan perubahan dan mahu menumbangkan kerajaan kleptokrasi. Justeru sewajarnya kita merasa bangga dan bersyukur sedalam-dalamnya kepada Tuhan.

Seluruh pengundi PH perlu dikalungkan ucapan tahniah dan syabas atas keberanian dan kesedaran mereka. Semoga titik sedar ini akan diikuti atau pun disedari sama oleh mereka yang sebelum ini melemparkan berbagai-bagai tuduhan kepada PH. Hentilah kebencian bermusim itu yang tidak memberi menguntungkan kita untuk kita hidup dalam sebuah keamanan.

Tidak terlupa juga disebalik kemenangan itu ia membawa makna besar kepada sang wira penggerak kebangkitan bangsa, Anwar Ibrahim. Tentu Anwar gembira dan bangga dengan kemenangan itu. Kemenangan PH juga pastilah akan melenyapkan segala suka duka dan penderitaan yang ditanggungnya selama ini.

Friday, May 4, 2018

Setelah lima hari berkempen BN, Pas dan PH sama-sama ada peluang

ULASAN AWAL

Antara suasana perarakan untuk proses penamaan calon.
KEMPEN Piraum ke 14 sudah masuk ke separuh masa pertama. Pukul 12:00 tengah malam ini bermakna sudah 120 jam kempen berlalu. Ertinya ada separuh masa lagi, sebanyak lima hari atau 120 jam sebelum ia ditamatkan jam 11:59 tengah malam 8 Mei.

Setelah berkempen selama lima hari, sedikit sebanyak sudah dapat dilihat cula, kedudukan parti (komponen)  masing-masing. Untuk negeri Kelantan, di sini saya akan membuat penilaian dari beberapa aspek external sahaja, apa yang saya lihat dan juga dibuat oleh pemerhati lain. Rasanya tanggapan saya tidak jauh beza.

Fenomena Nik Omar dan gambaran awal Piraum 14

PERHATIAN

SAYA memohon berbanyak kemaafan kepada penjengok blog ini kerana mungkin kecewa apabila tidak ada pengeposan baru sekerapnya dua tiga hari ini. Ini kerana saya sangat kesuntukan masa. Bagaimana pun catatan-catatan ringan terus dibuat yang dikongsikan dalam Facebook MSO II dan tweetir. Anda boleh menjejaki saya di situ.

Insya-Allah malam ini saya akan "bersiaran" dengan membuat ulasan awal perkembangan pilihan raya ke-14 ini khasnya di Kelantan. Setelah lima hari berlangsung kempen secara rasmi sedikit sebanyak kita sudah dapat mengintai parti (komponen) mana ke depan dan yang mana ketinggalan di belakang.

Wednesday, May 2, 2018

UBN dan Nik Omar

DARI FB

PETANG semalam semasa menyerah sebahagian poster pilihan raya Nik Omar kepada petugas parti PH di Hulu Kelang, sebelumnya saya sempat berjumpa dengan dua orang anak muda yang akan mengundi buat pertama kali dalam Piraum ke 14 di sebuah restoran mamak.

Mereka meminta untuk berjumpa dan minum kopi dengan saya. Saya faham kenapa mereka ingin berjumpa kerana ingin mendapat penjelasan atau cerita mengenai pilihan raya. Ingin mendapat tip untuk mengundi? Saya berbangga dengan sikap mereka berdua kerana ambil berat kepada politik.