Abang bersama Mohd Asri yang dianggap sebagai mahaguru politiknya. |
Beliau ikut sama mengikut demostrasi, keluar kampus untuk bergabung dengan mahasiswa mengadakan unjuk rasa di beberapa kedutaan asing sekitar Kuala Lumpur dan masjid negara. Abang juga sempat berdemostrasi sampai ke Baling.
Beliau aktif dalam gerakan mahasiswa dan memegang jawatan Naib Presiden II UPM. Mengulati diri dalam politik kampus. Disitulah abang mangembang bakat sebagai pemimpin dan nekad memperjuangkan nasib rakyat marhean Kelantan.
Apabila berlaku krisis politik Kelantan di antara Allahyarham Datuk Mohamad Nasir dan Datuk Mohad Asri tahun 1977 kemudian membawa kepada darurat yang akhirnya menumbangkan kerajaan Pas pimpinan, tahun 1978, abang ikut bantu Pas Kelantan.
Bermula dari situ selepas tamat pengajian di UPM dan berkerja di MARDI, abang terus aktif dalam Pas. Kerana kegilaanya dalam politik menyebabkan beliau ditukar 24 dari Kota Bharu ke Batu Pahat Johor. Pertukaran politik itu berlaku atas kehendak Menteri Pertanian ketika itu Sharif Ahmad. Abang ditukar kejam selepas menolak tawaran Sharif kepadanya agar melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan biasiswa penuh.
Tawaran itu adalah tektik dan strategi Sharif atau Umno bagi membendung kegiatannya dalam Pas sekaligus mengendurkan pengaruh Pas di Kelantan. Abang pada masa itu adalah pemuka muda Pas Kelantan.
Abang bersama Mohd Asri, Abu Bakar Hamzah, Hassan Shukeri dimuktamar Pas tahun 1977. |
Kekalahan Pas di Kelantan dan kehilangan kerajaan Pas selama 18 tahun pada tahun 1978 menjadikan abang lebih nekad untuk membela Pas Kelantan. Beliau bertindak lebih berani dan latang tidak mempedulikan larangan dan sekatan, sebaliknya dengan berani mengambil risiko berhenti kerja dan pulang ke Kelantan.
Demi minat dan rontaan jiwa perjuanganya dalam Pas, abang mengambil keputusan berhenti kerja. Ini adalah tindakan yang serius dan benar-benar mencabar kehidupannya. Tindakan itu timbul pro kontra dikalangan keluarga, ada yang memarahinya, dan ada yang mengambil sikap menyerahkan kepada kebijaksanaan abang. Ketika itu abang baru mendirikan rumah tangga dengan kekanda Nawiah binti Salleh dan masih belum memperolehi cahaya mata.
Bersama isterinya kekanda Nawiah. |
Setelah meninggalkan kerja abang menceburi bidang perniagaan sebagai sumber kehidupan dan juga bantuan untuk perjuangan. Abang adalah seorang dermawan merupakan penyumbang tetap untuk parti. Dia juga seorang pemurahan, kalau masuk ke mana-mana kedai atau restoran beliau akan membayar sesiapa saja yang makan dalam kedai itu, tanpa dia kenal atau tidak.
Kejatuhan kerajaan Pas tahun 1978 meletakkan namanya di hadapan dan menjadi hero Pas dan satu-satunya profasional dalam Pas atau tidak dikenali dengan ustaz. Beliau jadi pemimpin muda Kelantan yang latang memperjuangkan untuk membangkitkan semula Pas di Kelantan selepas pilihan raya 1978 Dalam pilihan raya selepas Kelantan didarurat itu, Pas menang hanya dua kerusi di Sering (Nik Abdullah Arshad) dan Manek Urai (Abdullah Su).
Dalam usaha memberi semangat kepada Pas ini, pengorbanan abang tidak ternilai. Selepas mengalami kekalahan itu semangat orang Pas seperti hilang dan hancur. Pas juga seperti lumpuh. Ketika itu tidak ada pemimpin yang berani "benguh" kepala kerana malu dengan BN.
Saat inilah abang mengambil tanggungjawab membangun dan pulihkan semulah para penyokong Pas. Beliau bergerak aktif di Pasir Puteh Kelantan dan menjadi ketua pemuda Pas kawasan itu, dan merupakan Exco Pemuda Pas Kelantan, yang ketika itu Dewan Pemuda Pas dibawah pimpinan Abdul Halim Abdul Rahmah. Abang juga menjadi jurubicara Pemuda Pas Kelantan dalam muktamar Pas.
Abang bersama Allahyarham Sallahuddin Ayub. |
Dengan usahanya bersama rakan-rakan aktivis Pas darivcawangan Bukit Abal Pasir Puteh, Allahyarham Pak Muda, Haji Mat Tonek, Penghulu Dollah, Haji Shahir dan lain-lain, Pas mula kembali pulih sedikit demi sedikit. Boleh dikatakan setiap hari diadakan perbincangan mencari idea dan merancang untuk menghidup atau memulihkan semula semangat para penyokong Pas.
Suatu kenduri besar-besaran diadakan di merkaz Pas Bukit Abal dengan menyembelihkan tujuh ekor kerbau dan kerbau. Sempena itu juga diadakan ceramah agung melibatkan para pemimpin tertinggi Pas. Antara pemimpin agung Pas yang hadir, Datuk Mohd Asri Haji Muda, selalu presiden Pas dan beberapa pemimpin dari negeri lain, Abu Bakar Ummar, Wahab Sudin dari Kedah, Haji Zabidi Ali Pulau Pinang, dan jika tidak silap Abdul Hadi Awang juga hadir sama.
Kehadiran dimajlis itu sungguh luar biasa, dianggarkan puluhan ribu. Bermula dari himpunan dan ceramah perdana di Bukit Abal dengan menumbangkan tujuh ekor kerbau lembu itu semangat orang-orang Pas mula bangkit semula. Saya menamakan majlis itu sebagai "menyemah" semangat orang Pas.Selepas himpunan dan majlis ceramah besar-besaran turut diadakan di beberapa daerah dan jajahan di Kelantan.
Abang meminggir diri.
Apabila Pas mengorak langkah dan pulih sedikit demi sedikit abang menarik hand break, terutamanya setelah berlaku pertelingkahan di antara Asri dengan Nik Aziz. Era kepimpinan ulama dalam Pas menjadikan abang dingin hati untuk aktif. Sebagai jalan tengah abang mengambil sikap bertawakuf dari luar Pas.
Abang bersama Zahari Awang (Abang Z) ditengah yang merupakan guru politiknya. |
Justeru tidak harian kalau orang Pas kini tidak mengenali siapa dia Ahmad Laksamana. Namanya seakan tiak tersenarai langsung dalam kitab kehidupan Pas. Apa lagi Pas sebuah parti yang tidak melihat pentingnya sejarah yang dilakar untuk parti itu. Pas tidak cakna kepada sejarah. Pas tidak melihat pengorbanan orang-orang terdahulu sebagai jasa dan budi.
Apa lagi kalau seseorang itu berhenti atau dipecat daripada parti itu kerana sebab tertentu, dia akan dicemuh dan dibenci. Lebih zalim lagi akan dianggap sebagai orang menderhaka kepada perjuangan. Nama dan jasa-jasanya tidak perlu disebut ingat.
Hal ini berlaku kepada semua. Usahkan abang, orang lebih hebat dari itu seperti Mohd Asri, pernah memimpin Pas sebagai presiden, orang yang mengasaskan Pas di Kelantan, Terengganu juga tidak diharga, malahan sejarah dan jasa Asri ditutup begitu sahaja. Demikian juga dengan tokoh-tokoh morden atau professional lain seperti Abu Bakar Hamzah, pernah menjadi Setiausaha Agung Pas langsung tidak dikenang. Datin Sakinan Junid isteri kepada Mohd Asri pernah memimpin Deewan Muslimat Pas, juga seakan tidak pernah wujud dalam maqasid Pas.
Demikian sekelumit kisah dan perjalanan perjuangan abang bersama Pas yang jarang diketahui. Orang lebih ramai mengenali dan menyebut-nyebut sisi buruknya. Orang tidak pernah membelek kitab sejarahnya dalam politik di tahun 1970an hingga 1980an. [wm.kl. 12:15 PM 27/08/2024]