Sunday, August 30, 2020

Pirake Slim jadi ruang menilai Mahathir dan Anwar

ULASAN

Mohd Zaidi Aziz. Foto: BH.
TAHNIAH diucapkan kepada Umno-BN kerana berjaya mengekalkan kerusi DUN Slim dalam pilihan raya berakhir semalam dengan memperolehi majoriti 10,945 menerusi calonnya, Mohd Zaidi Aziz. 
Kemenangan dengan majoriti besar itu menggembirakan UBN. Nama lagi kemenangan, ia menggembira pihak yang mendapatnya.

Berbagai ulasan segera telah dibuat oleh para pemerhati dan penganalisa politik berhubung kejayaan BN itu, serta unjuran dan pencitraan politik selepas ini. 

Friday, August 28, 2020

Si pelahap jawatan tidak akan akur gesaan Tengku Razaleigh

ULASAN MALAM 

AHLI Parlimen Gua Musang yang juga selalu Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah menyeru para menteri kabinet daripada Umno yang menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) berundur sebagai anggota menteri secepat mungkin.

Tengku Razaleigh memberi pandangan itu setelah melihat perkembangan terbaru dan perubahan dalam parti Bersatu kini yang mana ia bukan lagi sebuah parti Melayu tulen seperti di awal penubuhannya dahulu. 

Wednesday, August 26, 2020

Pendedahan Zafrul tidak lengkap: Yang ditunggu siapa pemilik syarikat

NOTA 

Zafrul perlu dedah sama nama
pemilik syarikat yang dapat kontrak.

SETELAH didesak dan diasak oleh pelbagai pihak akhirnya Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan mendedahkan 101 kontrak-kontrak yang telah diberikan secara runding terus oleh 19 Kementerian dan Jabatan Perdana Menteri seperti mana berikut: 

Tuesday, August 25, 2020

Bersatu: Sang ular Lidi nak jadi Naga

ULASAN 


Zahid dan Najib: Mereka bukan lagi aset
tetapi liabiliti kepada Umno. 

SEBELUM ini beberapa pemerhati dan penganalisa politik membuat penilaian mengenai masa depan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM atau Bersatu) yang sudah berpecah dua itu. 

Ada secara simplistik meramalkan Bersatu tidak boleh bergerak jauh dan akan menghadapi masalah. Tanpa adanya Dr Mahathir bersama yang menjadi roh kepada parti itu, Bersatu akan terkulai. 

Sunday, August 23, 2020

Umno sang gajah dan gembala yang sakit

ULASAN

KEKALAHAN dan kehilangan kerajaan pada 10 Mei 2018 memberi kesan besar kepada Umno-BN. Kekalahan itu seolah-olah menjadi parti Melayu itu terhuyung hayang dan masih berputar kepeningan sampai kini. 

Begitulah orang tidak pernah mengalami kekalahan, belum ada pengalaman pahit dan memeritkan apabila ditimpa musibah  menjadikan ia berpinar biji mata. Nasib Umno seperti orang kaya kedekut yang rumahnya terbakar. 

Khairuddin tetap bersalah walaupun derma empat bulan gaji

SESUDAH SUBUH
Khairuddin menteri kerajaan PN yang melang.

KEMURAHAN  hati ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aiman Razali memulangkan empat bulan gajinya sebagai Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi sebagai  pernyataan menyesal dan bersalah kerana melanggar peraturan tetap daripada menjalankan kuaratin kendiri selama 14 hari tidak menamatkan isu mengenainya. 

Tindakan memulangkan wang gaji sebagai menteri selama empat bulan dianggarkan kira-kira RM75,000 itu bukan hukuman yang boleh memaafkan Khairuddin. 

Saturday, August 22, 2020

Dalam tafsir Hishamuddin, Anwar nak bentuk pakatan baru

CATATAN 
[Bahagian 2]

PERSOALAN kenapa Hishamuddin Rais tidak akan bersama Anwar tetap akan menjadi tanda tanya dan tidak akan ada jawaban konkrit. Boleh jadi hingga kiamat? Jawaban sebenar ada kepada tuan tubuh, khasnya Hishamuddin. Anwar tidak akan mempersoalkannya. 

Semasa berjumpa dengan Hishamuddin,
bersama sdr Rozali.
Kita hanya dapat membaca dan mentafsir daripada gerak, kata-kata yang terdengar dan diberitakan kemudian dipercayai sesetengah orang.

Yang jelasnya ketidaksenangan Hishamuddin kepada Anwar yang terserlah daripada kritikan dan sinisme beliau kepada Anwar. Hishamuddin menama dan menggelarkan Anwar sebagai seorang retorik (menggunakan istilah lebong = tipu) dan seorang yang berahi untuk jadi perdana menteri. 

Saturday, August 15, 2020

Mengapa Hishamuddin Rais dengan Anwar?

CATATAN
(Bahagian Pertama)
Ketika bertemu Hishamuddin di Lumut Perak
masa road show Mahathir jelang Piraum 2018.

SEPERTI mana dijanjikan lewat satu status di FB semalam saya akan membuka rahsia atau menjawab kemusykilan sesetengah pihak kenapa Hishamuddin Rais tidak menyenangi Anwar Ibrahim atau dalam konotasi bambastik tidak mahu melihat Anwar jadi perdana menteri?  Rahsia ini berpangkal kepada perbualan saya dengan sdr Kamaruzaman Yaacob petang semalam.

Friday, August 14, 2020

Jangan pandang enteng kepada parti Pejuang

ULASAN

Mahathir serah watikah kepada 
Amir Khusyairi untuk bertanding.
KELMARIN Dr Mahathir Mohamad telah umumkan parti barunya bernama Parti Perjuang Tanah Air. (PEJUANG). Pengumuman itu dibuat sempena pengumuman  Amir Khusyairi Mohamad Tanusi seorang peguam syariah sebagai calon babas dalam Pirake (pilihan raya kecil) Slim. Proses penamaan calon akan berlangsung esok. Hari mengundi 29 Ogos.

Wednesday, August 12, 2020

U.p Pas: Kebatilan itu macam bangkai

SESUDAH SUBUH

SELEPAS hubungan dan kerjasama politik di antara Pas dengan Umno menjadi realiti baru pemimpin Pas berani untuk berkata benar dan mengakui apa yang didakwa sebelum ini. Hari ini sekurang-kurang dua pemimpinan Pas tampil memberitahu bahawa mereka bertanggungjawab menjadi orang yang diarah atau memainkan peranan untuk menyatukan Pas dengan Umno. 

Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan menjadi orang pertama mendedahkan kornologi agenda itu dan apa peranan dimainkannya selama ini. 

Ketika berucap merasmi mesyuarat Pas kawasan Kota Bharu beliau dilaporkan sebagai berkata, beliaulah mengusahakan untuk mengaturkan kerjasama politik antara Pas dengan Umno.

Saturday, August 8, 2020

Apa keperluan Dr Mahathir tubuh parti baru?

Mahathir umum tubuh parti baru.
ULASAN

SELEPAS Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  menerima permohonan Muhyiddin Yassin  sekaligus menepis saman Dr Mahathir Mohamad dan beberapa yang lain bagi membatalkan tindakan Bersatu memecat mereka daripada parti itu, bekas Perdana Menteri itu telah mengadakan sidang akhbar memberi tahu yang beliau akan tubuhkan sebuah parti politik baru. 

Parti baru itu bersifat bebas dan mendukung dasar-dasar perjuangan yang dibawa oleh bekas partinya sebelum ini Bersatu, dan parti baru itu bersifat parti Melayu. Parti itu nanti akan menjadi parti Melayu keempat di negara ini selepas, Umno, Pas, Bersatu. Walaupun Mahathir sebelum ini berkata orang Melayu dipecahkan dengan wujudnya berbagai parti, tetapi beliau sendiri nampaknya lupa kepada apa dikatakan itu. Sudah tua...

Penyakit Melayu sebelum ini yang mudah lupa sudah menghinggapi diri Mahathir pula yang sudah berusia 95 tahun. Mahathir sebagai OT95 sendiri sudah lupa mengenai dirinya, apa yang dikatakan, tetapi ramai di kalangan kita mengingati apa yang pernah diucapkan itu.  

Pengumuman rengkas semalam itu yang ditemani beberapa pemimpin Bersatu (MP) yang tidak bersama Muhyiddin bukan mengejutkan kerana itulah pilihan terbaik buat Mahathir dan orang-orang bersamanya bagi meneruskan perjuangan. Tidak ada pilihan lain lagi baginya setelah gagal kekal dalam Bersatu dan gagal menguasainya. 

Penubuhan parti baru itu diakui sendiri oleh Mahathir bagi membolehkan beliau serta yang lain mengambil bahagian dalam pilihan raya akan datang kerana mereka tidak lagi akan dibenarkan oleh Bersatu kerana sudah tidak menjadi ahli parti itu. Pengakuan itu menjelaskan semangat Mahathir untuk berkecimpung dalam politik masih kuat dan beliau masih berselera untuk berperang.

Dari sisi lain penubuhan parti baru itu sebagai wadah meneruskan perjuangannya yang tersisa.Ia juga sebagai penawar atau aktiviti riadah untuk dirinya yang mana akan sihat dan bersemangat kalau terus bermain politik. Politik bagi Mahathir bukan sangat untuk mencapai agenda perjuangan, tetapi lebih kepada untuk menyihatkan diri. Politik adalah satu bentuk senaman baginya. 

Justeru tidak hairan kalau dalam suasana dan keadaan politik negara sudah mempunyai banyak pertubuhan politik beliau bercadang untuk menubuh satu lagi parti.  

Difahamkan bakal dilantik jadi presiden parti itu adalah anaknya, Mukhriz manakala beliau sendiri  sebagai pengerusi. Kedudukan atau pun struktur itulah yang dimahui Mahathir sebelum ini dalam Bersatu. Apabila ia gagal maka perlu parti baru dengan struktur yang sama yang tidak tercapai dalam Bersatu itu demi merealisasikan apa yang diangan-angankan. Terlihat semacam penubuhan parti baru itu sebagai bekas untuk anaknya Mukhriz terus berpolitik. 

Berbagai telahan.

Ekoran itu orang membuat berbagai telahan dan andaian dengan parti baru Mahathir itu? Apakah ia boleh hidup atau pun sebaliknya. Sesiapa pun bebas membuat ramalan dan menenung nasib parti yang belum dilahirkan itu.

Tetapi apa yang mengejutkan semasa mengumumkan hasratnya itu, Mahathir mengatakan parti baru itu tidak akan bersama mana-mana gabungan sedia ada. Ia tidak akan bergabung dengan PN maupun PH. Parti itu itu akan bergerak sendiri secara bebas. Kesediaan itu menunjukkan Mahathir yakin parti itu boleh survive. Langkah bersendirian itu satu langkah berani.

Saya tidak yakin kalau parti baru itu akan bergerak secara solo dan tanpa kawan yang ia boleh memastikan kelangsungan hayatnya. Kerana itu saya mengira akhirnya kelak, ia akan bergabung juga dengan mana-mana parti lain (atau gabungan) yang lebih besar. Walaupun Mahathir memberi tahu ia tidak akan bergabung dengan mana-mana, tetapi itu adalah kenyataan politik semata-mata yang pernah berlaku sebelum ini dan tidak boleh dipegang. Dalam dunia ini tidak ada satu pun kerja yang boleh dibuat secara bersendiri kecuali berkhayal.

Dalam kondisi rakyat Malaysia yang sudah memahami keperluan politik multi-racial mana-mana parti politik perlu kepada penggabungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak. Hatta parti agama (Pas) sendiri yang sebelum ini, (semasa jadi pembangkang), angkuh untuk kekal bersendirian tanpa bergabung dengan parti bersifat liberal, atau mahu memiliki Syurga seorang diri, tetapi sudah mengubah nada selepas jadi kerajaan, kerana mereka sudah menyedari hakikat yang perlu ditempuhi.

Perhatikan nada para pemimpin Pas sejak menjadi sebahagian daripada kerajaan kini. Isu perkauman seperti sudah dikendurkan, demikian juga dengan sikap obsesinya untuk melaksanakan Hudud juga sudah hanyut ke Laut Cina Selatan dengan berbagai alasan diberikan. Setiap apa yang ditegas dan diperjuangkan sebelum ini sudah tidak kedengaran lagi. Pas sudah jadi macam tikus jatuh ke genak. Semua itu menunjukkan perubahan sikap dan pendekatan politik Pas yang realistik dengan situasi negara ini. (Baguslah, tetapi itu munafik).

Oleh sebab itu parti Mahathir juga nanti terpaksa mencari rakan kongsi. Terlalu awal di sini untuk saya nujum dan memfirasat siapakah bakal menjadi rakan kongsi parti Mahathir nanti. Tetapi yang tidak mustahil, parti itu akan terbuka seperti nasib wanita janda yang akan menerima sesiapa sahaja sebagai semua kerana demi meneruskan kehidupannya. Bila sampai masa Mahathir akan membuat perhitungan dengan parti atau gabungan mana dia harus menyatu.

Untuk melalui pilihan raya secara bersendiri tidak mungkin kerana parti itu tidak ada kekuatan. Kalau sekali pun ramai ahli Bersatu bersama Mahathir dalam parti baru kelak, ia tidak mampu menjelmakan sebuah jentera pilihan raya seperti berlaku dalam PH dahulu. Kemenangan 13 kerusi parlimen Bersatu dalam Piraum lalu adalah menumpang kekuatan jentera pilihan raya PKR dan DAP. 

Pun begitu kehadiran parti baru itu telah dilihat oleh pemimpin pembangkang. Anwar Ibrahim dalam memberi reaksi awalnya walaupun mendengar Mahathir tidak akan bersama mana-mana gabungan tetapi tidak menolak sekiranya ada permohonan daripada Mahathir kelak, ia akan dipertimbangkan untuk bersama PH. Anwar cukup memahami suasana dan kondisi politik bahawa tidak boleh hidup secara bersendirian. 

Cuma perlu dingatkan disini sekiranya Mahathir berjaya menubuh parti dan berhajat untuk berkolaborasi dengan PH, pastikan bahawa beliau (OT95) bukan lagi menjadi kepala atau pun orang yang mempunyai suara untuk memutuskan sesuatu. Mahathir hanya boleh dibenarkan berada dalam PH dengan parti baru itu tetapi jangan diberikan ruang dan kuasa tetapi harus jadi pengikut sahaja. 

Pemerhati sekarang ini melihat apakah kesan penubuhan parti baru itu kepada PN dan PH. Dalam hal ini saya melihat kesan yang mungkin dirasai ialah kepada parti-parti berasaskan Melayu yang sinonim dengan parti baru Mahathir itu. Kalau dalam PN ia adalah parti Bersatu dan Umno. Manakala dalam PH ia tidak memberi kesan kepada baik PKR ataupun DAP, cuma mungkin sedikit terkesan kepada Amanah. 

Kesimpulannya bagi DAP dan PKR, mereka tidak perlu bimbang dan cemas dengan kewujudan parti baru Mahathir itu kerana ia bukan saing mereka sebenarnya, tetapi saingan kecil buat Umno, Pas, Bersatu dan juga Amanah. Parti baru Mahathir itu malahan melabakan mereka. 

Dan tanpa parti baru Mahathir itu bergabung dengan mana-mana parti, amat mustahil ia boleh menjadi king maker bagi menentukan kerajaan akan datang, kerana bukan mudah untuk menang sekurang-kurang 30 kerusi ataupun mengekalkan enam kerusi yang dimiliki sekarang ini. Kerana itu parti baru Mahathir itu kalau secara solo ia hanya pengacau daun sahaja, lebih kurang macam parti Putra Malaysia. 

Ohya dalam pada itu ada juga kemungkinan tindakan Mahathir membentuk parti baru itu sebagai persiapan ke arah pembentukan satu lagi gabungan parti politik. Kemungkinan ini tidak boleh ditolak. Mahathir tentu membaca masalah dan hambatan yang bakal dihadapi oleh Bersatu dalam PN sekarang ini yang dicemburui oleh Umno. Suasana itu boleh menyebabkan Bersatu tidak akan dilayan dengan sempurna menyebabkan mereka akan ditepis keluar saat pilihan raya nanti. 

Nah, begitu juga dengan kumpulan serpihan PKR (kumpulan 10 budak hitam) pimpinan Azmin Ali. Kumpulan itu juga akan berhadapan dengan masalah bakal ditepi oleh Umno kerana mereka adalah melukut di tepi gantang dalam PN ataupun cebisan sampah di birai sungai politik sahaja. 

Bersatu, kumpulan Azmin akan bercakaran dengan Umno dan Pas dalam perebutan kerusi. Menanti percakaran itu berlakulah maka menyebabkan Mahathir menubuhkan parti baru  berkenaan untuk dijadikan lukah yang akan dipasang di pergentingan untuk mengaut ikan atau sampah takala banjir berlaku. [wm.kl.12:04 pm 08/08/20]

Thursday, August 6, 2020

Ke mana dan macam mana Muhyiddin?

PENDAPAT


Muhyiddin dalam keadaan tidak 
menentu?
SUDAH lebih empat bulan Muhyiddin Yassin jadi perdana menteri. Sudah cukup atau habis pantang
jika tempoh pantang itu diambil sempena dengan tempoh sesuatu pantang menurut budaya Melayu, yakni 100 hari. Muhyiddin jadi PM sudah masuk hari ke 169.

Nasib Muhyiddin sebagai PM berbeza dengan apa dilalui PM-PM sebelum ini kerana beliau jadi PM secara luar biasa. Beliau bukan mengambil alih secara semula jadi seperti mana berlaku sebelum ini, selepas PM berhenti atau sesudah selesai pilihan raya umum. 

Kerana kelainan itu menyebabkan beliau jadi PM dalam keadaan kontroversi dan timbul perdebatan hangat. Justeru kedudukan beliau pro kontra. Ada yang sayang dan ada yang benci kepadanya.