Tuesday, July 30, 2019

Piagam kerjasama Umno - Pam letak Hadi sebagai Perdana Menteri?

TAZKIRAH

ABDUL HADI AWANG, bakal PM ke 9. 
SEBAGAI seorang berbangsa Melayu beragama Islam yang sedari kecil mengharapkan dua parti Melayu Umno dan parti agama (Pam) duduk bersama membentuk kerajaan, saya jadi tidak sabar untuk menyaksikan upacara menanda-tangani piagam muafakat, ta'awun siyasi di antara kedua parti itu.

Lebih penting dari itu untuk menghayati apakah terma atau pun akujanji yang dimaktubkan dalam piagam berkenaan. Katanya piagam itu akan mengambil semangat piagam Madinah yang tersohor itu, ertinya ia nanti akan penuh keberkatan?

Tuesday, July 23, 2019

Mahathir tidak akan pecat Azmin

MEMBACA KATA 

KENYATAAN dikeluarkan Dr Mahathir Mohamad hari ini berkaitan video lucah Haziq menjelaskan beliau tidak bersedia untuk memecat Azmin Ali sebagai anggota kabinet. Stop. Penjelasan Dr Mahathir itu sebagai mengesahkan gambaran diberikan oleh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador malu-malu, yang polis semacam mahu melindungi Azmin.

Sekurang-kurang dua kenyataan Hamid Bador sebelum ini berkaitan video lucah itu memihak kepada Azmin. Siasatan berhubung video berkenaan bukan mahu mencari pelaku tetapi dalang menerbitnya. Bahkan Azmin telah memberi kredit kepada polis mengucap syukur kerana menyelamatkannya.

Besarnya jasa polis Azmin telah berkumpul dan mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran atas pembelaan itu.

Monday, July 22, 2019

Himpunan di atas dua bukit...

ULASAN LEWAT

Antara tetamu Vip di majlis Azmin.
MALAM tadi telah berlangsung dua himpunan di dua bukit; satu di Bukit Segambut di kediaman Anwar Ibrahim dan satu lagi di Bukit Melawati di kediaman Menteri Besar Selangor.

Kedua-dua dibuat di atas bukit, lokasi yang agak tinggi dan mempunyai kenyamaan berbeza. Kedua-dua himpunan itu membawa maksud yang sama, untuk mendapat petunjuk dan keampunan daripada Allah swt.

Saturday, July 20, 2019

Betulkah Daim kata Azmin finish?

MENUJU SENJA

Mahathir memberi isyarat jelas tentang tindakan
yang bakal diambil. 
DALAM tempoh tidak sampai 73 jam ini saya melihat Anwar Ibrahim mendapat semangat dan kekuatan baharu untuk menghadapi musibah kemelut yang menimpa partinya waktu ini.

Semangat itu juga secara tidak langsung memberi keyakinan kepadanya, bahawa ombak yang ditimbulkan timbalannya Mohamed Azmin Ali tidak akan sampai Keadilan karam dan tenggelam.

Friday, July 19, 2019

Isu video lucah Haziq hanya Mahathir boleh selesaikan

SEBELUM JUMAAT

ISU video lucah Haziq Aziz nampaknya masih berterusan. Tangkapan dan remand oleh polis terhadap lima individu termasuk Haziq Aziz tidak mudah menamatkan siasatan. Sehingga ini individu yang diremand termasuk Haziq masih belum dibebaskan. Kenapa?

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador telah pun mengeluarkan kenyataan yang nampak mudah tetapi sedikit berbelit-belit nadanya. Katanya, status video itu didapati tulen, bagaimana pelakunya tidak dapat dipastikan. Satu kenyataan yang agak aneh dan pelik bunyinya. Mengikut kenyataan Hamid Bador ini tiba-tiba saya teringat kepada AR Badul, seorang pelakon, pengarah yang penuh dengan humour.

Mengenai kes video lucah Haziq itu boleh diibaratkan kisah kerbau yang dicuri sudah ditemui, tetapi belum dapat dipastikan apakah kerbau itu yang direport sebagai yang dicuri.

Thursday, July 18, 2019

Perbalahan Azmi - Anwar Majlis Presiden perlu bertindak

PANDANGAN

MEMANDANGKAN kemelut dalam Keadilan kini makin merebak dan boleh menghanyirkan dan berpotensi mengganggu kesejahteraan kerajaan PH elok kalau majlis presiden membuat satu pernyataan sebagai memberi panduan kepada Keadilan. 

Rakan komponen PH, Keadilan itu kini dalam keadaan hilang arah panduan dan terhapus pedoman. Mereka yang beremosi lebih ramai daripada yang waras.

Jika tidak dipandu, keadaan boleh memberi kesan buruk kepada PH. Presiden parti komponen, PH, Muhyiddin Yassin (PPBM), Mohamad Sabu (Amanah) dan Guan Eng (DAP) tidak boleh duduk diam dan merasakan diri selesa kerana parti sendiri tidak ada masalah. Itu bukan sikap rakan yang baik.

Sebagai rakan kongsi dalam pakatan mereka patut alert kepada apa yang berlaku dalam Keadilan itu. Mereka kena ingat masalah menimpa dalam Keadilan - perbalahan antara Azmin dengan Anwar jika tidak dibereskan ia akan ikut menyusahkan PH. Jika perlu kedua yang menjadi masalah itu (Azmin dan Anwar) diselam air, elok selam air biar mereka kabar (sedar).

Saya raya kalau majlis presiden menegur Keadilan dalam mereka dalam situasi seperti hari ini tidak dilihat sebagai mencampuri urusan Keadilan, sebaliknya ia adalah kewajiban bersama dan suatu yang bijaksana.

Jangan mengharap Mahathir akan memulakan cetusan untuk menasihati Keadilaan ini kerana beliau sendiri terjempit di antara dua nilai dalam dirinya sendiri; Double standard dan integriti. Sesungguhnya perbalahan di antara Azmin dan Anwar itu juga mengganggu tanggung awab dan tugasnya untuk membaiki negara yang dirosakkan Najib kini. Trims. [wm. kl. 1:29 pm 18/07/19]

Tuesday, July 16, 2019

Isu video lucah sudah ke titik hujung

SUSUPAN PETANG
SUDAH ada riak-riak kes video lucah Haziq Aziz sudah mahu menemui titik akhirnya. Pihak polis walaupun nampak sedikit slow menyiasat kes ini, tetapi mereka terus menjalankan tugas seperti biasa dengan caranya tersendiri.

Asakan dan desakan rakyat berhubung kasus itu menyebabkan polis tidak boleh tidur malam. Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador sendiri dilaporkan berkata kes video gay merugikan masanya. Kenapa merugikan masanya, apakah jenayah itu tidak penting bagi polis?

Kerana video itu membabitkan menteri kanan ia bukan sembarangan. Ia bukan macam video pondan di Lorong Haji Taib atau pun sama dengan video pemuda cabul gadis di mini merket yang tular di media sosial. 

Monday, July 15, 2019

Formula Husam dan seruan Mat Sabu ke arah kukuhkan kerajaan PH

ULASAN

Husam dan Mat Sabu
lontar idea perteguhkan PH.
DUA pandangan hampir sama maksudnya tetapi berbeza dari segi pendekatan atau teknikalnya telah dilontarkan oleh dua pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Husam Musa.

Mohamad Sabu menyeru agar PH menguasai sekurang-kurangnya 30 kerusi majoriti Melayu lagi untuk mengimbang kuasa politik antara kaum dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Mat Sabu, penguasaan itu juga penting bagi menolak tanggapan yang kerajaan Persekutuan dikuasai oleh bukan Melayu. Dengan menambahkan 30 lagi kerusi Melayu ia akan menghapuskan tanggapan negatif itu.

Saturday, July 13, 2019

Membaca teori Husam dalam peralihan kuasa kerajaan PH

ULASAN PETANG

Pemimpin masa depan dalam PH mengikut teori
penyilangan.
CADANGAN yang boleh dinamakan sebagai "Teori Husam" dalam transisi kepimpinan kerajaan PH pasca Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dikira teori cukup harmoni untuk menjamin kestabilan kerajaan PH di masa akan datang.

Teori itu juga sebagai teori kesenimbungan kerajaan PH dan peralihan kuasa secara tradisi.

Teori ini tidak boleh dilihat sebagai sesuatu yang iseng, sebaliknya sesuatu yang mustahak yang perlu diusahakan agar ia menjadi kenyataan. Ia dilihat sukar tetapi ada logik di situ.

Monday, July 8, 2019

Seruan Mahathir tidak praktikal

ULASAN

APABILA Dr Mahathir Mohamad menyeru agar parti-parti Melayu (sebenarnya orang Melayu) menyertai partinya Bersatu, timbul berbagai spekulasi dan tafsiran mengenainya. Walaupun seruan itu sesuatu yang dinamik namun sukar untuk dilaksanakan, tetapi kerana ia disuarakan oleh orang berjawatan PM bertaraf negarawan maka ia perlu diberi respon.

Ajakan kepada penyatuan oleh sesiapa sahaja asalkan ia bermaksud baik perlu disokong dan diberi perhatian. Dan mengenai seruan Mahathir itu ia juga tidak tersisih dari pandangan saya.

Apakah rasional dan istimewanya maka semua parti Melayu perlu berada di bawah naungan Bersatu? Kenapa Bersatu harus menjadi pemersatu? Apakah kerana ia kebetulan dibawah pimpinan Mahathir seorang pemimpin Malaysia yang cukup berpengalaman. Dan layak atau sesuaikah Mahathir menjadi ikon perpaduan Melayu jika disuluh kepada laluan politiknya selama ini?

Saturday, July 6, 2019

Apakah agenda tersembunyi Zahid kembali memimpin Umno?

ULASAN DAN ANALISA

Ahmad Zahid Hamidi
SAYA telah membaca dan menganalisa semua komen-komen mengenai Ahmad Zahid Hamidi yang menamatkan cuti "sabatikal" daripada menjalani tugas dan tanggungjawab sebagai presiden Umno. Tindakan Zahid itu ada pro dan kontra di kalangan Umno.

Kalau tidak sikat, lebih enam bulan beliau bercuti dan berada di luar koridor kekuasaan Umno sebagai pemerhati.

Beliau mengambil cuti, apabila ada desakan agar beliau berundur kononnya gagal meletakkan hala tuju Umno selepas mengambil alih jawatan itu dari Najib Razak secara rasmi.

Wednesday, July 3, 2019

Najib perli Mustapa dan ungkit kisah lampau

PANDANGAN

Mustapa menghormati Najib sebagai  ketuanya,
tetapi tinggal bila tahu ketuanya  tidak jujur. 
DALAM usaha untuk memulihkan keadaan Umno dan mengharapkan rakyat memberi sokongan padu kepada parti itu seperti sebelum ini, Umno Kelantan turut membawa Najib Razak ke negeri tersebut dua tiga hari lepas.

Di Kelantan Najib diberikan kesempatan untuk bertemu dengan orang ramai dan berucap dibeberapa majlis termasuk merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Jeli.

Monday, July 1, 2019

Debat dengan si Jebeng yang tidak berfaedah

ULAS ISU

PANDANGAN peribadi yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama Pam yang baru (si Jebeng) yang kerajaan PH hari ini WAJIB ditumbangkan telah menjadi isu hangat apabila ia diberi reaksi demikian rupa oleh beberapa individu dan juga parti komponen PH sendiri khasnya dari Parti Amanah Negara.

Bagi mereka pandangan ketua dewan ulama berJebeng itu sebagai serius dan mencabar. Maka lanjutan dari itu beberapa individu bangkit menyatakan kesediaan untuk berdebat dengannya mencari justifikasi hukum terhadap pandangan si Jebeng itu.

Sehubungan itu pihak TV Hijrah yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga turut memberi reaksi dengan menyatakan kesediaan untuk menyiarkan debat dengan Jebeng itu secara langsung.