TAZKIRAH
SEBAGAI seorang berbangsa Melayu beragama Islam yang sedari kecil mengharapkan dua parti Melayu Umno dan parti agama (Pam) duduk bersama membentuk kerajaan, saya jadi tidak sabar untuk menyaksikan upacara menanda-tangani piagam muafakat, ta'awun siyasi di antara kedua parti itu.
Lebih penting dari itu untuk menghayati apakah terma atau pun akujanji yang dimaktubkan dalam piagam berkenaan. Katanya piagam itu akan mengambil semangat piagam Madinah yang tersohor itu, ertinya ia nanti akan penuh keberkatan?
Berdasarkan kepada apa yang dihasratkan di sebalik tujuan kerjasama itu untuk mendaulatkan bangsa dan memartabatkan Islam, sesiapa yang menolaknya bolehlah dianggap mereka yang tidak sayangkan bangsa dan kasih agama, apa lagi kalau menolaknya berdasarkan kebendaan dan kepentingan politik.
Peristiwa itu pastinya akan jadi satu lagi sejarah politik dan bangsa ini. Permuafakatan itu sesungguhnya terulung dan pertama kali berlaku di antara dua buah parti sesama bangsa dan agama dan kesekian lama berkonflit. Kedua-dua parti itu pernah duduk sekali dalam Barisan Nasional (BN), tetapi ia tidak bertolak dari kepentingan agama dan bangsa seperti dirancang itu.
Permuafakatan kedua parti itu tidak boleh dicemburui oleh sesiapa pun kerana kedua-duanya memperjuangkan satu maksud dan tujuan bersama, memartabatkan bangsa dan memartabatkan agama. Dua teras itu adalah bukan sahaja identiti kepada Melayu tetapi akidah juga.
Mereka yang waras dan tidak dilandasi ideologi politik dan gilakan kuasa tentu akan mengalu-alukan upacara itu, kalaupun tidak dapat duduk bersama, tetapi akan menyokong dari jauh dan dari luar.
Penetapan 14 September ini akan menjadi hari bersejarah. Piagam itu akan ditandatangani oleh kedua-dua presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi mewakili Umno dan Abdul Hadi Awang mewakili Pam. Ia akan berlangsung di PWTC tempat yang alergik kepada Pam selama ini. Semua pemimpin kedua-dua parti itu dikerah akan hadir. Dapat dibayangkan betapa meriahnya majlis itu yang dipenuhi dengan semangat Melayu - Islam yang berkobar-kobar.
Laungan hidup Melayu dan takbir ALLAHUAKBAR akan berpadu menggemai dewan Merdeka yang boleh memuatkan 3,000 hadirin itu.
Telah memuktamadkan.
Perealisasian hal itu tidak mungkin ditangguhkan lagi. Kedua-dua pihak telah pun memuktamadkan isi piagam berkenaan. Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh kedua-dua kedua-dua Setiausaha Agung parti, Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan yang menjadi penggerak utama di sebalik penggubalan piagam berkenaan.
Ada pihak yang gerun dengan terlaksana piagam berkenaan dengan membuat berbagai spekulasi dan ejekan yang sinis. Mereka yang kurang senang dengan ta'awun siyasi itu tentu mereka yang tidak mahu orang Melayu bersatu dan berpadu. Dalam konteks politik kerana kebetulan Umno dan Pam memperjuangkan asas dan tujuan sama, ia menguntungkan politik mereka. Permuafakatan itu tentunya didukung oleh segenap suku bangsa Melayu.
Justeru para pemerhati politik pula membuat analisa dan melihat permuafakatan itu akan memberi cabaran kepada PH, yang memerintah kini. Pihak Umno dan Pam sendiri menganggarkan sekurang-kurang 30 kerusi Melayu yang menjadi milik PH kini akan tumbang dan menjadi milik mereka dalam pilihan raya umum akan datang. Lebih jauh lagi ada yang berpendapat kerajaan PH akan jatuh dalam pilihan raya akan datang.
Walaupun Umno dan Pam menafikan, kononnya muafakat itu bukan mudah untuk menumbangkan PH, tetapi itulah menjadi intipati dan natijah diharapkan daripada muafakat itu. Sebenarnya Pam dan Umno tidak perlu cuba melindungi niat baik mereka itu, sebaliknya disebut secara nyata. Mereka perlu memberi hujah dan alasan konkrit kenapa kerajaan yang ada sekarang ini perlu disingkirkan.
Rakyat di luar sana harus diberi tahu sejelas-jelasnya tujuan di sebalik kerjasama itu. Politik muasir ini politik berterus terang bukannya bersimpang siur lagi. Zaman berselindung berkias-kiasan sudah tamat. Zaman menyembunyikan bangkai gajah dengan nyiru sudah berakhir.
Apakah butiran piagam.
Sungguh pun tarikh menandatanganinya sudah disebut tetapi kedua-dua pihak tidak menjelaskan apakah isi dan butirannya melainkan menyebut beberapa perkara asas sahaja. Ia masih menjadi teka teki dan embargo. Bagaimana pun dari kejauhan ini dan dari luar, dapat dibayangi beberapa perkara yang mungkin menjadi intipati piagam berkenaan. Antaranya;
1. Kedua-dua parti bersetuju untuk tidak berlawan di antara satu sama lain dalam pilihan raya akan datang untuk semua kerusi di seluruh negara. Hanya kerusi-kerusi tertentu mungkin TERPAKSA berlaku pertandingan tiga penjuru, atas maslahat, tetapi itu mestilah atas restu kedua-dua parti.
2. Muafakat itu juga akan menerima mana-mana parti lain dan NGO untuk bersama, tetapi mereka tidak boleh atau berhak menuntut apa-apa melainkan patuh kepada apa yang ditetapkan oleh kedua parti itu. Ngo dan parti lain sebagai penimbal sahaja.
3. Kedua parti itu juga bersetuju untuk saling bantu membantu dalam kempen pilihan raya, baik dari segi, logistik, penerangan (ceramah dan kempen), mengumumkan calon bersama, dan mungkin juga dari aspek kewangan, mencari dana.
4. Pembahagian kerusi akan dimuktamadkan berdasarkan kepada kerusi fundamental, kerusi yang ada kini, khas di negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Kedah, Pahang dan Perlis. Kemungkinan juga piagam itu menetapkan negeri-negeri yang dominasi Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pahang, Pam diberikan kuasa atonomi di situ.
5. Dalam masa sama Umno akan menumpukan kepada kerusi di negeri-negeri Melayu dan campuran di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang. Manakala Sabah dan Sarawak seimbang dan akan dibincangkan kemudian.
6. Piagam itu juga meletakkan Islam sebagai dasar dan landasan muafakat tanpa mengenepikan apa-apa konvensyen dan pendekatan selagi tidak bertentangan dan bercanggah dengan peraturan agama dan perlembagaan negara.
7. Sekiranya kerajaan campuran itu, berkuasa, Pam diberi mandat untuk mengawasi dasar Islam di sekolah-sekolah, institusi keagamaan, ekonomi Islam, manakala Umno akan menumpukan kepada soal kepentingan bangsa Melayu, sosial, sukan, hiburan, pembangunan dan lain-lainnya. Manakala dalam isu ekonomi, kebudayaan dan sebagainya akan ditentukan bersama.
8. Perdana Menteri, dan ini penting, khabarnya mengenai jawatan ini masih belum diputuskan. Pam telah menyacakkan Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan. Manakala mana-mana pemimpin Umno sebagai timbalan.
9. Sebagai mengimbang tuntutan Pam itu, katanya Umno menuntut sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan, perakuan hendaklah dibuat agar kerajaan gabungan itu nanti akan melupuskan segala pertuduhan ke atas Najib Razak dan Zahid Hamidi. Dan sekiranya Najib dan Zahid dipenjara dalam masa terdekat, kerajaan Pam dan Umno akan datang hendaklah membebaskannya.
Kedua-dua tuntutan itu katanya masih diperdebatkan dan dicari apakah ia penting diikatkan dalam piagam berkenaan atau tidak.
Berhubung perkara lapan (8) saya nyatakan di sini berhubung Abdul Hadi jadi PERDANA MENTERI itu orang-orang Pam tidak perlu segan silu untuk mengejapkan tuntutan itu. Memang menjadi hak mereka lagipun Hadi memang layak menjadi PM dari perkamusan orang-orang Pam.
PM daripada Pam juga relevan memandangkan Pam kini menjadi parti lebih dipercayai daripada Umno yang sudah pun memiliki rekod penjawat jawatan itu daripada berbagai jenis dan ragam hidup.
Umno juga seharusnya akur kepada tuntutan Pam itu. Penyelesaian mengenai tuntutan ini akan memberi suntikan keyakinan umum kepada permuafakatan ta'awun siyasi itu.
Itu adalah gambaran mengenai beberapa butiran piagam itu seperti mana difahamkan. Semoga sahaja penggabungan Umno dan Pam akan terlaksana. Jika ia terlaksanakan pilihan raya ke 15, menjadi medan menarik kerana akan berlaku perlawanan dua penjuru. Kita harap mana-mana parti politik bilis dan seluang tidak akan cuba mengasak jerung dan pauh, kerana ombak libasannya boleh menolak mereka ke terdampar ke tepi. [wm.kl. 11:47 am 30/07/19]
ABDUL HADI AWANG, bakal PM ke 9. |

1 comment:
mungkin betul apa yg tuan mso kata... sekiranya letak PAS sebagai PM ok.. tapi kalau umno sorry la...
Post a Comment