Thursday, July 31, 2008
Berita Sore
Tiada Kerjasama Tubuh Kerajaan Dengan Umno, Azizah Kosongkan Kerusi Permatang Pauh
LEWAT petang ini Pas dan PKR membuat dua keputusan penting. Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah membuat ketetapan tidak ada sebarang penggabungan dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan bersama, bagaimana pun membenarkan perundingan diadakan dengan Umno menerusi ruang lingkup muqabalah - bersemuka!
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Agung Pas bersama Majlis Syura Ulama yang berlangsung di Ibu Pejabat Pas Jalan Raja Laut pagi tadi. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri sama Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kehadiran Nik Aziz menunjukkan mesyuarat yang berlangsung lima jam itu penting bagi Pas.
Nik Aziz jarang menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Agung Pas namun akhir-akhir ini beliau kerap diheret sama.
Pengumuman keputusan mesyuarat berkenaan dibuat oleh Abdul Hadi dan disambut dengan takbir Allahuakbar! Takbir itu menandakan kegembiraan atas keputusan berkenaan yang dinanti-nantikan ahli Pas.
Sementara itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dalam masa hampir serentak, lewat tengah hari ini mengumumkan Presidennya, Dr Wan Azizah Ismail telah meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.
Perletakan jawatan berkenaan bagi membolehkan suaminya, Anwar Ibrahim bertanding di situ untuk menempah tikit ke Parlimen dalam tempoh 60 hari dari sekarang.
Pengumuman Wan Azizah itu sekaligus menolak teka teki sebelum ini mengenai kerusi yang bakal ditandingi Anwar. Anwar terdesak untuk berada di Parlimen memandangkan tempoh untuk menumbangkang kerajaan BN sudah hampir iaitu tidak sampai 50 hari saja lagi.
Sebelum ini Anwar telah mengumumkan akan bertanding di kerusi Kulim - Bandar Baru, Kedah dan beliau juga dikatakan berminat untuk bertanding di kerusi Bandar Tun Razak.
Mungkin beliau terpaksa 'memaksa' isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh memandangkan kedua kerusi berkenan (Kulim - Bandar Baru dan Bandar Tun Razak) tidak relevan dan menjamin kemenangan mutlak kepadanya nanti.
Kerusi Kulim - Bandar Baru sedang menghadapi petisyen oleh bekas calon BN, Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang meminta kerusi berkenaan istyharkan kosong. Bagaimana perbicaraan petisyen berkenaan yang sepatutnya didengar minggu lalu telah ditangguhkan sehingga 19 Ogos hadapan.
Penangguhan itu menyebabkan misi Anwar untuk masuk ke Parlimen akan menjadi lewat menyebabkan alternatif lain dicari iaitu dengan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh.
MB Selangor Khalid Ibrahim yang menyandang kerusi Bandar Tun Razak juga dikatakan bersedia untuk mengosongkan kerusi berkenaan untuk diberi laluan kepada Anwar jika ia perlu berbuat demikian.
Dengan pengumuman Wan Azizah itu, kini sudah jelas Anwar akan kembali semua ke kerusi yang pertama kali dimenanginya pada tahun 1982 itu.
Pada pilihanraya 1982 Anwar yang bertanding atas tikit Umno memenangi kerusi berkenaan dengan mendapat 14,352 undi mengalahkan calon Pas, Zabidi Mohd Ali dan calon DAP, Tan Ah Huat. Beliau mendapat 18,849 undi, Zabidi mendapat 4,497 undi manakala Ah Huat mendapat 1,825 undi.
Dalam pilihan raya 1986 dan pilihan raya umum 1990 Anwar terus mengekalkan kerusi berkenaan dengan cemerlang. Pilihan raya 1999 beliau tidak bertanding kerana tidak layak selepas beliau dipenjara selama enam tahun atas tuduhan rasuah menyalahgunakan kuasa.
Tahun 1999 kerusi berkenaan ditandingi Dr Wan Azizah dan menang dengan majoriti 9,077 undi. Tahun 2004 sekali lagi Presiden PKR itu menenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 590.
Dalam pilhan raya 8 Mac lalu Azizah terus unggul di kerusi berkenaan, menang dengan majoriti 13,388. Beliau mendapat 30,338 mengalahkan bekas Imam Masjid Negara, bermuka tirus Pirdaus Ismail yang mendapat 16,950.
Jika Anwar dicalonkan pada pilihan raya kecil ekoran tindakan Azizah itu, Penasihat PKR berkenaan diyakini akan menang dengan mudah kerana Permatang Pauh adalah lubuk dan kubu kuat Anwar sejak lebih 30 tahun lalu. [wm.kl 4:55 pm 31/07/08]
Susupan Pagi
SINDROM membuat laporan polis nampaknya semakin menjadi-jadi. Walaupun pada satu masa polis tidak dipercayai dan dilemparkan dengan pelbagai tomohan namun pasukan itu tetap juga dijadikan sandaran dan tempat mengadu sebarang masalah.
Terbaru sindrom ini berjangkit kepada anak-anak muda dalam Pas yang menganggotai Dewan Pemuda. Semalam di laporkan dua buah cawangan Dewan Pemuda Pas, satu dalam kawasan Kubang Kerian dan satu lagi dalam kawasan Kota Bharu telah membut laporan ke atas bekas MB Perak Mohd Tajol Rosli Ghazali ekoran tawaran yang dibuat kepada Pas Perak untuk membentuk kerajaan bersama.
Laporan itu dibuat kononnya tawaran bekas MB itu ada usur rasuah.
Dan hari ini dilaporkan pula Dewan Pemuda Pas Perak pula membuat laporan yang sama semalam. Adalah dipercayai idea dan ilham Dewan Pemuda Pas Perak itu tercetus apabila anak muda Kelantan berbuat demikian.
Saya tidak mahu soal siapakah di belakang anak muda berkenaan. Saya yakin ada orang tua yang mengajar supaya mereka berbuat demikian. Menurut sahabat saya Ramli Abdul Halim di Kota Bharu ketua Pas kawasan berkenaan tidak berapa segar, tidak berapa sihat. Malangnya beliau tidak menyatakan apakah penyakit yang dihadapi oleh ketua Pas kawasan berkenaan.
Apakah sebelum membuat laporan polis itu anak-anak muda Pas itu sudah membuat kajian berhubung kata-kata Tajol Rosli itu sejauh mana ianya bersifat rasuah dan boleh diambil tindakan. Atau dari segi Islamnya apakah ajakan untuk berbaik itu menjadi satu kesalahan?
Seperti yang dilaporkan Tajol Rosli mengajak Pas untuk menubuh kerajaan bersama dengan memberikan Pas jawatan MB. Beliau sendiri tidak akan memegang apa-apa jawatan.
Dalam hal ini saya tidak nampak di mana rasuah dalam hal ini. Apakah sebarang cadangan, jani, idea boleh disifatkan rasuah?
Kalaulah apa yang dikatakan Tajol Rosli itu boleh dianggap rasuah maka apa kurangnya dengan tindakan dan tawaran yang pemimpin Pas lakukan dalam ceramah-ceramah mereka apa lagi dalam pilihan raya. Atau kalau hendak berlaku adil, apa halnya pula dengan tawaran dan janji Anwar Ibrahim yang akan melantik ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sebagai timbalan perdana menteri dan akan menurunkan harga minyak kalau beliau berkuasa dan ? Apakah ini tidak termasuk dalam rasuah kerana Anwar kita sokong dan kita dokong?
Rasanya maksud, erti dan makna antara kata-kata para penceramah Pas, Anwar Ibrahim dan Tajol Rosli itu sama sahaja. Bahkan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat tawaran / janji kepada pengundi dimana kalau undi Pas akan masuk syurga.
Jangan soal syurga itu tempat terbaik dan dirindui tetapi caranya berunsur rasuah kalau mengikut tafsiran generasi muda Pas yang mendapat nasihat dari orang tua yang tidak berapa sihat itu.
Sebab itu dalam hal ini saya nampak bukan kerana ada usur rasuah di sebalik tindakan Tajol Rosli itu, tetapi laporan polis itu sebagai hendak tunjuk kebencian kepada kerjsama Pas dengan Umno. Anak-anak muda yang mentah ini mudah terpengaruh dengan retorik politik tanpa melihat kepada realiti.
Sebagai generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pelapis, mereka seharusnya bijak menggunakan akal fikiran sendiri dan tidak mudah mengikut telunjuk pemimpin yang berpentingan. Jaganya wibawa dan jangan sampai apa yang kita lakukan ditertawakan orang pula. Saya percaya kalau pemimpin ini menjadi pemimpin Pas tiga atau empat puluh tahun akan datang Pas akan lumpuh. [wm.kl.9:00 am 31/07/08]
Belasungkawa
Sasterawan Negara S Othman Kelantan atau Syed Othman Syed Omar telah kembali ke rahmatullah jam 12:30 tengah malam tadi. Allayrahaman meninggal di hospital Serdang dalam usia 69 tahun.
Menurut novelis Zahari Efandi yang juga adik iparnya Allahyarham mengidap sakit kencing manis dan jantung telah dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lepas.
Jenazah Allahyarham kini ditempatkan di masjid Bangi Perdana, Bangi. Jenazah akan dikebumikan jam 11:30 pagi ini. Alfatihah. Catatan: Terima kasih kepada W Zailan kerana menyampai maklumat. [wm.kl 8:50 am 31/07/08]
Wednesday, July 30, 2008
Sebelum Esok
BESOK Jawatankuasa Agung Pas akan mengadakan mesyuarat bersama Majlis Syura Ulama di ibu pejabat Pas Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Mesyuarat berkenaan dikira penting bagi menentukan berhubung isu kerjasama ataupun muqabalah dengan Umno.
Khabarnya mesyuarat esok dijangka hangat kerana ia akan menjadi medan perdebatan dan tarik tali antara dua kumpulan; yang bersetuju untuk muqabalah dengan Umno dan satu lagi yang tidak bersetuju.
Mereka yang tidak bersetuju akan mempertahankan pendirian mereka habis-habisan. Kebetulan pula mereka yang menentang sebarang rundingan dan kerjsama dengan Umno terdiri dari golongan muda yang dianggap profesional dalam Pas. Mereka juga dikenali sebagai sahabat dan rakan baik Anwar Ibrahim.
Sekiranya mereka menentang muzakarah atau muqabalah itu kerana takut Pas terjerut dalam talihitam Umno, tindakan mereka dikira tepat. Sebaliknya kalau usaha itu kerana hendak mempertahankan perbadi Anwar ia adalah silap dan tidak relevan. Peribadi seseorang tidak boleh ditukar dengan perjuangan.
Bagi mereka yang setuju pula mengambil sikap dan pendirian seperti mana yang diputuskan Majlis Syura Ulamak. Kebanyakan mereka adalah tokoh asal dan veteran PAS. Yang berjuang lebih lama berbanding dengan golongan muda berkenaan yang ternyata bangkit bersama Pas sewaktu arus reformasi yang dilaungkan Anwar berlaku. Sebelum ini mereka di luar Pas bahkan ada yang menjadi ahli Umno dan waktu itu bermusuh dengan Pas.
Majlis Syura ulama yang sebelum ini kurang senang dengan tindak tanduk golongan berkenaan dikatakan akan memberi kata dua besok. Khabarnya majlis itu akan mengambil sikap tegas sesuai dengan kedudukan mereka yang dijamin perlembagaan Pas.
Khabarnya kalau keputusan dan kedudukan mereka tidak dihormati sampai ada yang akan mencadangkan supaya perlembagaan Pas dipinda sahaja untuk mengapuskan majlis syura. Kalau ini terjadi ia sudah sampai ke peringkat parah.
Di pihak golongan muda turut membuat provokasi sama. Ada desas desus kedengaran satu usul hendak dikemukakan supaya undi tidak percaya dikenakan ke atas timbalan presiden Pas Nasharudin Mat Isa. Alasannya kerana Nasarudin membuat kenyataan andaian bahawa orang Melayu percayai yang Anwar kaki liwat.
Mesyuarat esok membimbangkan. Jika masing-masing tidak mengawal diri masing-masing ia boleh membawa bahanan. Eloklah sebelum melangkah ke bilik mesyuarat semuanya beriftighfar sebanyak mungkin dan ingatlah apa juga keputusan hendak diambil demi agama, bangsa dan tanah air dan bukan demi manusia. Sekiranya berlaku perbalahan dan bermasam muka hanya gara-gara mempertahankan batang tubuh seseorang alangkah sedihnya.
Semoga Allah selamatkan mesyuarat besok! [wm.kl 10:00 pm 30/07/08]
Tuesday, July 29, 2008
Lepas Rasa
MULANYA saya tidak bercadang untuk memberi reaksi kepada surat permohonan maaf (apologi) Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar (foto). Tetapi selepas membacanya kali kedua teringin pula untuk memberi sedikit komen untuk pengamatan bersama. Mudahan-mudahan ia memberi maaf bersama!
Bagi saya surat permohonan maaf itu tidak perlu dan bukan sesutau yang wajar dilakukan. Ia tidak mendesak untuk Mahfuz berbuat demikian. Kerana itu kepada saya surat seperti itu dilakukan oleh orang yang tidak ada kerja saja.
Sekali imbas surat itu menggambarkan keikhlasan Mahfuz seorang pemimpin Islam yang memperjuangkan Islam menerusi Pas. Beliau tulus dan bermaksud baik. Di samping itu juga ia ingin menjelaskan rasa ketanggungjawab beliau sebagai seorang pemimpin hirerki Islam.
Baguslah sekurang-kurang timbul rasa itu dalam dhamir Mahfuz.
Cuma apa yang menjadi sedikit kemusykilan apakah perlu beliau membuat permohonan maaf terbuka seperti itu. Apakah teruk sangat kecederaan maruah yang dialaminya ekoran beliau diperangkap dalam suasana itu - membuat penafian. Apakah sampai beliau terganggu, tidak boleh berfikir dan dipertikaikan wibawanya oleh seluruh ahli Pas?
Iya kalau salah perlu memohon maaf, tidak kira sesiapa juga. Mereka yang tidak mengaku kesalahan adalah sangat buruk moralnya dan tidak layak menjadi pemimpin!
Namun sebagai pemimpin seseorang itu perlu bijak, berpandangan jauh dan meletakkan harakahnya dalam keadaan terbaik dan mengatasi keperluan dirinya. Seseorang perlu mengorbankan diri untuk mempertahankan jemaah dan jangan meminta jemaah berkorban untuk diri kita.
Cara Mahfuz itu seakan ingin menyalahkan (merendah) pihak lain atas kerja yang beliau lakukan. Ini kerana menurutnya membuat penafian itu – tiada kerjasama Pas dengan Umno kerana beliau diarah berbuat demikian dan tidak pula mendapat maklumat tepat.
Dalam masa sama beliau persoal kepada orang individu yang tidak jujur dalam memberi maklumat sehingga beliau boleh membuat penafian itu.
Penjelasan ini secara tidak langsung Mahfuz mendedahkan kerendahan mutu kerja dan keupayaan beliau berfikir sebagai Ketua Penerangan. Sepatutnya sebelum membuat kenyataan penting, beliau semak dan selidiki dahulu kesahihan atau kewajarannya. Perlu disebut dalam perjuangan (strategi) adakalanya perlu dibuat walaupun ia tidak sahih!
Apakah kerana sudah membuat kenyataan sudah menjadi habit, menyebabkan Mahfuz terperangkjap dalam keadaan ini?
Desakan beliau agar individu yang tidak memberi maklumat tepat berhubung perkara itu agar tampil memberi penjelasan juga dikira tidak patut. Di sini sudah tidak ada semangat berpasukan dan ada unsur-unsur ingin melepaskan leher. Selaku Ketua Penerangan yang telah terlanjur, beliau harus memikulnya sendiri tanpa mengheret orang lain sama. Janganlah menampakkan sangat ketidakcerdikan kita!
Beliau nampak bertanggungjawab, ikhlas tetapi dalam masa sampai ingin melepaskan tanggungjawab dan cuba bermian politik secara halus tetapi sebenarnya nampak kasar. Apakah ini bukan hipokrit?
Demikian juga seruannya kepada pemimpin Pas supaya jujur. Seruan itu nampak bagus, tetapi apakah dengan kedudukan kita dalam hirerki parti wajar membuat seruan begitu. Cara Mahfuz lakukan itu seolah ingin mendedahkan bahawa ada pemimpin Pas yang tidak jujur dalam konteks ini. Apakah tindakan ini bijaksana?
Akhirnya catatan ini saya perbuatkan kerana terpanggil dengan seruan Mahfuz yang berbunyi; “Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini. “
Kepada Mahfuz untuk masa akan datang beliau perlu menilai sesuatu yang hendak diucapkan sebelum melakukannya. Banyak sedikit semakan dan fikir kesan terhadap apa yang dilakukan. Jangan kerana habit dan syok dengan membuat kenyataan sesutau yang tidak sahih dan memberi impak kepada parti pun terlakukan juga. Beliau sebagai pemimpin jangan mengikut telunjuk orang sebaliknya gunakan telunjung kita untuk mengarah orang! [wm.kl 7:45 am 29/07/08]
Monday, July 28, 2008
Reaksi
Pengerusinya Karpal Singh (foto) antara orang yang tidak dapat menyembunyikan kemarahan dan kebimbangan parti berideologi sosialis itu terhadap niat suci kedua parti Melayu Islam itu.
Kenapa Karpal Singh bimbang dengan niat berkenaan? Apa yang Pas lakukan itu adalah hak Pas dan tidak ada kena mengena dengan DAP. DAP tidak ada urusan dalam soal perpaduan Melayu dan kekuatan Islam. Karpal Singh harus faham benar-benar apakah matlamat perjuangan Pas dan juga Umno. Beliau seolah sengaja buat-buat tidak mengerti kerana semacam ada niat jahat di sebalik ura-ura berkenaan.
Apakah hak DAP untuk menghalang Pas mengadakan perjumpaan dengan Umno? Pakatan Rakyat tidak ada apa-apa rantai besi yang mengikat Pas atau mana-mana parti untuk berbuat mengikut apa saja yang mereka fikirkan baik. Tidak ada peraturan dan hukum dalam Pakatan Rakyat yang melarang mana-mana parti berbincang dengan pihak lain apa lagi untuk kepentingan perjuangannya.
Pakatan Rakyat hanya sebagai persefahaman politik dalam menghadapi BN saja, tidak lebih dari itu. Untuk menjaga keuntuhan Pakatan Rakyat tidak sampai Pas atau PKR terpaksa mengorbankan prinsip dan dasar perjuangan mereka semta-mata kerana ingin ikut atau bersama DAP.
Kerana itu walaupun Karapl Singh menentang Pas berapi-api bila Pas menyuarakan soal Islam, Pas tidak pernah mengemukakan cadangan dan saranan agar kedudukan DAP dalam PR dikaji semula. Pas cukup faham kedudukan dan rupa wajah PR ini, ianya hanya sebuah perjanjian lisan yang bila-bila masa boleh terbelah begitu saja kalau semua pihak sudah hilang rasa hormat dan saling mencurigai antara satu sama lain.
Apakah Karpal Singah lupa apa yang pernah keluar dari rongga mulutnya yang cukup kurang menyenangkan Pas. Bukankah Karpal pernah mengatakan kalau Pas ingin laksanakan Islam mesti langkah mayatnya dulu! Ini satu ancaman dan ugutan bersifat jenayah. Namun Pas tidak memberi reaksi melampau. Kata-kata Karpal Singah itu sesuatu yang boleh mengundang kecelakaan.
Untuk pengetahuan Karpal Singh, Islam tidak boleh dipisahkan daripada Pas. Pas bukan parti sekular. Walaupun akhir-akhir ini ada karektor dari individu Pas menggambarkan ke arah itu, tetapi ia bukan bermakna Pas sedang menunju ke arah sekular dan liberal melampau. Walaupun ada segelintir mereka yang bersedia mengadaikan maruah Pas namun masih banyak yang akan berdiri mempertahakan prinsip jihad Pas. Sebab itulah pada masa ini berlaku perang dingin antara Pas klon dengan Pas sejati!
Pas tidak seharusnya tunduk dan akur dengan gertakan Karpal Singah itu. Pas tidak perlu peduli ancaman berkenaan. Sebaliknya Pas dan Umno serta seluruh orang Melayu perlu menyadari kata-kata Karpal Singh itu ada motif untuk memecahbelahkan orang Melayu.
Karapl Singh sedar kalau Melayu berpecah partinya akan untung. DAP sebagai parti pencelah akan merasa senang jika ada mana-mana puak berpecah kerana mereka boleh menyelit dan mengambil kesempatan daripadanya.
Pas jangan sesekali merasai takut dengan gertakan dan ancam itu. Jangan mudah longlai dan jatuh dalam jerat dan perangkap DAP. Pas boleh bekerjasama dengan DAP dan sesiapa sahaja selagi ia tidak menjejaskan intipati dan tunjang perjuangannya.
Jangan peduli tuduhan Karpal mengatakan Pas sebagai parti perkauman. Sepatutnya sebelum melemparkan kata-kata itu DAP kena renung dulu ke dalam dirinya. Bagaimana komposisi di dalam DAP. Dan apakah agenda DAP yang khusus untuk kepentingan Melayu. Dan bilakah pula DAP tidak memperjuangkan kepentingan-kepentingan Cina dan Sikh!
Sekiranya perlu gara-gara sikap tidak toleran Karpal Singh itu Pas ditakdirkan terpaksa meninggalkan DAP apa boleh buat bukan salah ibu mengandung namun salah nasib sendiri (DAP). [wm.kl. 9:20 am 28/07/08].
Berita Pagi
PENASIHAT PKR, Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman rasmi malam tadi beliau telah memilih kerusi Parlimen P 18 Kulim - Bandar Baru sebagai platform beliau untuk memasuki Parlimen.
Ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 orang di Pusat Rekreasi Cina di Kulim Anwar menjelaskan parti telah membuat keputusan beliau akan bertanding di kerusi berkenaan sekiranya petisyen terhadap kerusi diterima dan kerusi berkenaan kosong.
Katanya ada dua kerusi yang diura-urakan akan dikosongkan untuk memberi laluan kepadanya Permatang Pauh yang diwakili isterinya Dr Wan Azizah dan Bandar Tun Razak yang diwakili Khalid Ibrahim.
Bagaimana pun menurut Anwar, parti telah membuat keputusan agar beliau bertanding di kerusi Kulim - Bandar Baru.
Kerusi Kulim - Bandar baru yang dimenangi Zulkifli Nordin kini menghadapi petisyen yang dikemukakan calon BN Abdul Aziz Sheiikh Fadzir yang meminta mahkamah mengistyharkan kemenangan itu dibatalkan.
Ketika Anwar membuat pengumuman itu, Zulkifli juga turut sama hadir!
Kerusi berkenaan mempunyai 51,995 dengan komposisi Melayu 69.5%, Cina 18.6%, India 11.7% dan lain-lain 0.2%.
Pada pilihan raya lalu Zulkifli menang dengan manjoiri 5,583 dengan mendapat 22,255 mengalahkan Abdul Aziz Sheikh Fadziz yang mendapat 16,672.
Keadaan Anwar kini sangat terdesak untuk berada di Parlimen memandangkan tempoh yang diuar-uarkan untuk membentuk kerajaan baru hanya tinggal 49 hari saja lagi. Anwar bercadang untuk berada di Parlimen sebelum pembentangan Bujet 2009. [wm.kl. 8:45 am 28/07/080
Sunday, July 27, 2008
Marah Pagi
NASIB baik tidak terjeluak apabila membaca kenyataan Menteri Luar (Bandar?) Rais Yatim yang mengulas mengenai tindakan Singapura mahu membuat tuntutan ke atas kawasan perairan dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 12 nautika dari Batu Putih.
Ekoran cadangan itu Rais memberi amaran kepada negara Temasik itu agar jangan menjolok sarang tebuan. Beliau beranggapan dengan cadangan itu Singapura ingin menguji Malaysia. Beliau masih merasakan apa yang dibangkitkan oleh Menteri Kanan Singapura Balaji Sadasivan itu main-main dan sekadar untuk test market Malaysia.
Apakah Menteri Luar (Bandar) ini sedang bermimpi atau baru jaga dari tidur dan belum berkumur dan basuh muka? Ataupun beliau baru bersunat, potong anunya? Nampak macam berani Rais ini untuk berhadapan dengan Singapura. Orang baru potong anunya begitulah lagaknya (berani) tatkala melihat anak dara.
Nampaknya Rais tidak begitu tajam pengamatan politik serta firasat perjuangannya.
Beliau masih tidak sedar apa yang berlaku selama ini tentang Singapura dengan Malaysia. Singapura untuk pengetahuan Rais Yatim bukan saja setakat berani menjolok sarang tebuan tetapi mereka sudah pun membakar beberapa kali sarang tebun.
Apa yang dilakukan oleh Salaji Sadasivan itu ialah proses membakar sarang tebuan seterusnya. Kalau boleh Singapura tidak mahu ada seekor tebuan pun di Malaysia walaupun tebuan di Malsysia mandul dan pondan. Ia perlu dihapuskan kerana hidup buat menyemak saja dan tidak membawa faedah kepada negara!
Rais barang kali terlupa hakikat ini dan sejarah sudah dilakarkan. Negara kita sudah banyak kehilangan laba gara-gara sikap berani, biadap dan pencabulan daripada Singapura. Tidak sampai empat bulan lalu kita sudah kehilangan Batu Putih. Rais mungkin tidak terasa akan kehilangan ini sebab itu semasa mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Batu Putih menajdi milik Singapura, kata Rais kita tidak kalah semua sebab dapat Terumbu Tengah dan Terumbu Selatan.
Maka bergembiralah Rais dengan kemenangan saguhati itu.
Mengenang sikap Rais dalam menerima keputusan ICJ ini tidak ubah seperti perangai Datuk Nikah Kahwin dalam filem Musang Berjanggut. Gara-gara tergilakan Puspawangi, Datuk berkenaan sanggup makan kicap. Katanya, kicap, kicaplah asalkan Puspawangi. Itulah Rais...
Kerugian Malaysia bukan setakat Batu Putih yang terbaru itu saja. Sudah banyak. Kalau ditoleh ke belakang kita merasa sayu, sedih dan hiba betapa kita adalah tebuan jenis Rais penakut dan rela disengit berkali-kali dan berkali-kali oleh Singapura yang asalnya seekor peringat saja. Walhasilnya kita bukan saja sakit tetapi malu kepada bangsa lain dalam menuntut dan mempertahankan hak mereka.
Kita kehilangan republik itu apabila mereka keluar dari Malaysia. Betapa separuh maruah Malaysai di mata dunia menjadi sopek dan sengit. Singapura bukan saja keluar tetapi membawa bersama kepetingan-kepentingan kenegaraan yang kita bina bersama.
Di Johor pula hampir suku tanah Johor sudah menjadi milik Singapura dengan pemilikan tanah, perumahan, shoping comples, kebun dusun dan kawasan untuk tadahan air bagi dihantar ke pepublik itu.
Sekitar Kluang dan Kota Tinggi sebanyak 115,000 hekat tanah diperuntukan untuk membina dam, tempat penapisan air untuk di bawa ke Singapura. Perjanjian dalam tempoh terlalu panjang ini ditandatangani Muhyuddin Yassin ketika beliau menjadi MB Johor. Kawasan itu hari ini dikawal oleh Singapura macam tanah mak bapak mereka sendiri.
Penduduk Johor yang hendak mencari rezeki meracit burung dan menahan jerat ayam hutan atau berriadah di situ pun dihalang dan disekat oleh pengawal dam berkenaan. Sesiapa menceroboh ia boleh ditembak sampai mampus.
Tahukah Rais? Ingat ke Rais. Sedarkah Rais? Faham ke Rais. Mengerti ke Rais... akan hal-hal dan realiti ini semua?
Makanya Rais Yatim tidak usahlah bercakap memberi amaran, itu dan ini. Kembali kepada apa yang berlaku jelas menunjukkan kita menikus kepada Singapura. Menteri Luar (Bandar) kita hanya berani bercakap saja tetapi tidak ada telor.
Kalau Rais benar-benar seekor tebuan jantan dan memiliki telor buatlah kenyataan balas bagi melawan kenyataan menteri kanan Singapura berkenaan bahawa kita ada hak ke atas kawasan perairan EEZ berkenaan. Jangan cakap saja nanti mulut berbueh dan baunya kurang menyenangkan....nanti lalay pun datang megerumu. Dan jangan beralasan atau hendak mepamerkan kita jiran yang toleransi padahal di sebalik toleransi itu kita adalah pengecut!
Walaupun masih belum terjeluak dengan kenyataan Rais itu namun perut masih mual dan tengkuk rasa loya.... loya sekali. Ah weeeekkkkk..... dah nak termuntah! [wm.kl. 8:30 am 27/07/08]
Saturday, July 26, 2008
Catatan Khas
KEBATILAN dan kejahatan tidak akan kekal lama. Betapa pun ianya cuba dilundungi dengan bijak dan licit dan mempergakan seribu helah namun akhirnya ia akan terdedah juga. Kemungkaran dan hipokrit sepertilah bangkai yang akan berbau bila tiba masanya. Hari ini ia boleh diselindungi, namun esok atau lusa belum tentu lagi.
Begitulah juga nasib yang diterima oleh penyembelih dan penghirup darah manusia bernama Radavon Karadzic yang bertanggungjawab melakukan perang penghapusan etnik di Bosnia pada tahun 1992 hingga 1995.
Seluruh dunia dan mereka yang mencintakan damai mengharap keadilan dan hukuman setimpal akan dikenakan ke atas sang penjenayah itu.
Gara-gara nafsu Radavon itu juga seramai 1.8 juta penduduk Bsonia telah mejadi pelarian di bumi sendiri. Dari jumlah itu juga puluhan ribu isteri menjadi janda dan penyembelihan Balkan itu juga menghasilkan puluhan ribu anak yatim.
Tragedi yang berlaku di Balkan gara-gara 'doktor perubatan alternatif' itu merupakan jenayah terbesar selepas berakhirnya perang dunia kedua.
Kebetulan selepas lapan tahun perang itu berakhir saya berkesempatan memijak kaki ke lembah berdarah itu. Bermula dari bandaraya Bosnia di Sarajevo sampailah kepada beberapa kawasan di Tuzla, Sebrenica (tempat dimana pembataian beramai-ramai umat Islam oleh Serb), Mostar dan lain-lain tempat yang sempat disinggahi kesemuanya masih berbekas dengan kesan perang selama tiga tahun itu.
Dari atas sebuah bukit (dinamakan bukit api kerana di situlah tempat Serb melancarkan serangan), kelihatan beberapa buah kubur besar yang terhasil selepas perang berkenaan. Kubur yang dijaga rapi dan nisannya dicat putih ini adalah kubur para syuhada' mereka yang mati kerana mempertahankan bumi Bosnia.
Sewaktu seminggu saya di Bosnia penduduknya yang ditemui masih kelihatan truma dengan peristiwa itu. Pantang terdengar letupan mereka akan cepat memberi reaksi dan bertanya antara satu sama lain bimbang bom atau mortar memuntahkan lagi isinya.
Sewaktu saya berada dalam sebuah restoran dan Sarajevo tiba-tiba satu letupan kuat kedengaran dari arah sebuah kedai kira-kira 60 meter dari restoran berkenaan. Secepat kilat lebih kurang 10 orang pelanggan restoran itu bergegas keluar menyelamatkan diri.
Friday, July 25, 2008
Berita Embargo
BERITA ini belum heboh lagi. Tetapi Penasihat PKR Anwar Ibrahim khabarnya sudah menghidu baunya. Ada seorang ahli Parlimen daripada PKR telah pergi berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak.
Untuk apa? Apakah perjumpaan itu ada kena mengena dengan isu yang timbul ke belakangan ini; isu tuduhan liwat ke atas Anwar dan juga isu muzakarah dengan Pas! Tetapi kalau semata-mata isu itu kenapa sampai pergi jumpa Najib, bukankah Najib itu timbalan presiden Umno?
Kalaulah ahli Parlimen itu pening memikirkan apa yang berlaku akhir-akhir ini takkanlah beliau sampai perlu rujuk kepada Najib. Tentulah ada sesuatu yang tidak kena agaknya. Kalau tidak masakan pergi mencari timba.
Saya belum dapat maklumat sahih mengenai desas desus ini, sedang siasat. Tetapi khabarnya ahli Parlimen itu berasal dari negeri di Pantai Timur. Umurnya di bawah 50 tahun dan baru pertama kali menang dalam pilihan raya pada 8 Mac lalu.
Kalau tidak silap semasa berceramah di Stadium Melawati Shah Alam, Anwar ada menyebut yang maklumat dalam parti PKR banyak yang bocor. Apa-apa yang berlaku dalam PKR sekelip mata sahaja dah sampai ke pengetahuan Umno.
Misalnya cadangan Anwar untuk mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya telah dibocorkan oleh mereka tidak bertanggungjawab. Gara-gara rahsia itu terdedahlah maka laporan polis dibuat oleh Mohd Saiful Buhkari Azlan untuk menghalang niatnya itu.
Berdasarkan apa yang disebut Anwar itu desas desus ini mungkin benar. Cuma agak membingungkan juga untuk apa ahli Parlimen itu berjumpa Najib. Apakah ahli Parlimen berkenaan ada hubungan kekeluaraga dengan Najib atau pun berasal dari negeri yang sama, Pahang? Kenapa tidak pergi jumpa Abdullah Ahmad Badawi?
Persoalan juga timbul apakah tindakan ahli Parlimen ini ada kena mengena dengan kemasukan Mohamad Ezam Mohd Nor dalam Umno?
Kita tunggu perkembangan selanjutnya. Kalau berita ini benar ia mengejutkan. Ini sudah dikira wal asal balik hasil. Harap-harapnya perjumpaan itu tidak berkaitan politik tetapi sekadar berjumpa biasa saja seperti mana pemimpin Pas berjumpa (muqabalah) dengan pemimpin Umno sahaja. Semoga! [wm.kl. 10:30 pm 25/07/08]
Wednesday, July 23, 2008
Sambil Mengantuk
Matlamat Sama Cuma Ubah Nama!
ADA setitik cemas berpusar di lubuk hati sementara menanti apakah keputusan dan hasil pertemuan para Shibul Samaah, ahli Majlis Syura Pas dengan Tokguru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas di Kota Bharu petang tadi.
Resah dan gelisah takut mereka berbalah. Al maklumlah (sekurang-kurangnya) lima lawan seorang. Lima ahli majlis syura dan seorang Tok Guru. Kalau bertumbuk tentu Tok Guru yang rebah!
Mereka tidak berbalah, tetapi berbincang sebenarnya.
Sehingga jam 3:00 petang tidak ada apa-apa berita dari Kota Bharu. Apakah mereka semua sudah cedera jiwa dan hati selepas hebat berdebat dan membelek kitab? Menyebabkan keputusan tidak dicapai?
Puas cuba melongkar internet mencari blog orang-orang di KB takut-takut ada yang lapor. Tetapi tidak ada juga. Nak telefon direct kepada individu berkenaan (ahli majlis syura) rasanya tidak profesional, nanti orang kata menggunakan konteks peribadi untuk dapat bahan berita. Tak aci lagu tu.... jadi kena tunggulah.
Jam 6:36 pm baru ada masuk satu SMS yang memaklumkan perkembangan di Kota Bharu. Bunyi SMS itu; "Asm TGNA beri lampu hijau muqabalah dengan Pak Lah, presiden ketuai urusan politik.."
Terpinar juga biji mata sekejap membaca perkataan muqabalah. Apa menatang muqabalah tu? Lepas tanya di pengirim baru tahu, rupa-rupanya maknanya bersemuka. Tak pa lah tidak muzakarah, bersemuka pun jadilah...
Selepas berita TV3 yang kadang boleh dipercayai dan kadang tidak itu menyiarkan kenyataan ringkas (sambil berdiri) Abdul Hadi, barulah kelegaan sebenarnya terdampar di hati.
Lega kerana cadangan baik itu mendapat restui Nik Aziz. Pertemuan membuahkan hasil yang baik seperti didoakan.
Maknanya pertemuan dan kerja majlis syura ulama itu menyelesaikan masalah yang bertompok hari ini. Semua pihak diharap dapat menerima apa yang diputuskan itu. Bahawa tidak ada perbicangan untuk bergabung dengan Umno. Tidak ada pengkhianatan dengan PKR, tidak ada soal sesiapa nak jadi menteri, timbalan menteri ataupun pemandu kereta speaker.
Alhamdulilah...
Dan sekejap tadi saya menerima satu lagi SMS berhubung hal yang sama. Pelik bunyinya. "He he aku menang...! Siapa yang menang? Saya menumpang rasa menang dengan pengirim berkenaan, aku menang. Bukan aku, tetapi kita orang-orang yang benar dan ikhlas!
Menang kerana melihat pemimpin tertinggi PAS duduk sekali dan masih memakai akhlak Rasulullah s.a.w. dalam berbincang dan membuat keputusan parti. Tahniah kepada Tok Guru Nik Aziz dan semua ahli majlis syura ulama dan mereka yang menerima baik hasil temubincang di Kota Bharu itu.
Setidak-tidaknya kekalutan isu yang timbul kini telah menambahkan perbendaharaan kata yang berbunyi MUQABALAH. [wm.kl 9:30 pm 23/07/08]
Laporan Tengahari
AHLI Majlis Syura Ulamak Pas hari ini mengunjungi Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru hari ini bagi menjelaskan isu mengenai muzakarah Pas - Umno yang menimbulkan kekeliruan.
Perjumpaan dijangka berlangsung selepas Zohor ini di JKR 10 di Kota Bharu Kelantan.
Antara ahli majlis syura yang hadir ialah Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden, Ahmad Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ikut sama dalam kunjungan itu ialah Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din.
Kunjungan bagi menjelaskan isu berkaitan penting memandangkan timbul berbagai kekeliruan dan salah tanggapan mengenai rancangan mengadakan muzakarah berkenaan.
Nik Aziz sendiri dalam soal ini mengerluarkan kenyataan berbagai-bagai di mana ia menyebabkan timbul kekeliruan di kalangan ahli. Dan lebih parah apabila ia menampakkan wujud ketidaksefahaman beliau dengan Presiden.
Kenyaataan terakhir beliau memberi gambaran bahawa rundingan (muzakarah) itu tidak perlu diadakan sama sekali dan dalam masa sama beranggapan jika berlaku ia menyebabkan Pas akan jahanam dan rakyat akan marah.
Kenyataan Nik Aziz juga kelihatan begis dan begitu sombong dan ini menyebabkan tanda tanya apakah sebenarnya yang berlaku.
Pandangan beliau itu dilihat bertentangan dengan keputusan Majlis Syura sendiri yang memberi laluan kepada mana-mana individu dalam Pas untuk mengadakan perhubungan/perjumapan dengan pemimpin Umno bagi membincang masalah pepaduan ummah dan mengenai kepentingan Melayu dan Islam.
Pertemuan majlis syura dengan Mursyidul Am itu dikira satu peristiwa penting yang bakal menentukan apakah status mengenai ura-ura berkenaan. Apa juga hasil dari kunjungan majlis itu ke atas Nik Aziz akan merumuskan semua yang timbul berikutan cadangan itu.
Pertemuan awal ke arah muzakrah itu telah pun diadakan seperti mana didedahkan oleh Umno menerusi Presdiennya, Abdullah Ahmad Badawi.
Satu kenyataan akhbar dikatakan akan dikeluarkan di Kota Bharu lewat petang ini berhubung perkara berkenaan dan hasil pertemuan majlis syura dengan Nik Aziz itu.
Sementara itu Dewan Pemuda Pas yang mengadakan mesyuarat malam tadi telah memutuskan menyokong muzakarah berkenaan dengan mengenakan syarat ianya tidak terarah kepada perbincangan untuk berkongsi kuasa.
Bagaimana pun dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah hari menerusi ketuanya Sallehudin Ayub, Pemuda Pas mengambil pendirian menentang muzakarah berkenaan. Kenyataan Sallehudin itu dikatakan bertentangan dengan pendirian dewan itu dan telah menimbulkan kontroversi di kalangan pemuda.
Sallehhuddin juga dianggap telah memanipulasikan pendirian dewan berkenaan. Laporan dan analisa mengenai Pemuda Pas ini akan menyusul. [wm.kl 1:50 pm 23/07/08]
Tuesday, July 22, 2008
Berita Terkini
MAHKAMAH Tinggi Alor Star yang sepatutnya mendengar perbicaraan petisyen untuk membatalkan kemenangan Zulkifli Nordin bagi kerusi Kulim - Bandar Baru hari ini bagaimanapun ditangguhkan kepada 19 Ogos depan.
Ahad lalu mahkamah berkenaan menangguhkan perbicaraan itu yang sepatutnya didengari hari ini.
Petisyen itu dikemukakan oleh calon BN Abdul Aziz Sheikh Fadzil.
Tidak dapat disahkan apakah punca penangguhan berkenaan. Kes petisyen itu menjadi perhatian kerana sekiranya ia kosong Penasihat PKR Anwar Ibrahim dikatakan bercadang untuk menyertai pilihan kecil bakal diadakan. [wm.kl 12:30 am 22/07/08]
Renung Ke Dalam
PENGERUSI DAP Karpal Singh tidak ada hak untuk meminta Pas memaklumkan apa-apa yang dilakukan Pas berhubung kepentingan bangsa Melayu dan Islam. Pas berhak untuk tidak memaklumkan kepada DAP.
Perasaan kurang senang mengenai perjumpaan pemimpin Pas dengan Abdullah Ahmad Badawi sepatutnya tidak dibangkitkan. DAP juga dalam hal-hal berkepentingan perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara bebas berlandaskan demokrasi berparlimen juga tidak memaklumkan kepada Pas. Dan Pas tidak pun melahirkan apa-apa bantahan secara langsung.
Kalau Karpal sedar sikapn pesimisnya terhadap Pas mengenai negara Islam sepatutnya beliau tidak perlu menyebut Pas. Bukankah Karpal pernah mengatakan sekiranya Pas ingin mewujudkan negara Islam Pas perlu langkah mayatnya dulu?
Dalam hal ini Pas tidak akan tunduk kepada Karpal dan DAP. Perjuangan Pas ialah untuk mendaluatkan Islam dan negara bercirikan Islam. Konsep keduanya berbeza dan kontras sekali.
Karpal juga perlu tahu Pakatan Rakyat hanya bersefahaman longgar dalam menghadapi BN dalam pilihan raya.
Tidak ada apa-apa tali yang mengikat antara satu sama lain.
Baik DAP, Pas dan PKR boleh saja mempertikaikan apa-apa juga tindakan masing-masing yang bertentangan dengan pendirian dan prinsip masing-masing dan sekiranya yang diungkitkan itu menyentuh hal perjuangan masing-masing.
Jangan Karpal Singah bersikap double standard dalam hal ini.
Hak Pas untuk berunding dengan Umno sesuai dengan landasan perjuangan Pas berdasarkan Quran dan Hadith. Perundingan itu adalah untuk kepentingan bersama yang tidak memerlukan petujuk dan formula dari DAP.
Hendaknya dilain kali Karpral menilik rupanya dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan atau melahirkan apa-apa perasaan terhadap Pas. Sebelum ini pun sudah kerap Karpal membuat kenyataan yang tidak menyenangkan Pas dan orang Melayu.
Karpal jangan cuba mengerunkan keadaan atau cuba mengaut ikan di air keruh! [wm.kl 11:00 am 22/07/08]
Tazkirah Pas
Para Pesuruhjaya Perlu Beri Pandangan
(kemaskini) MENELITI dan mengkaji ‘dong ding dong’ berhubung cadangan muzakarah antara Umno dengan Pas menjelaskan wujud dua kumpulan tegar dalam Pas. Satu kumpulan yang telah menguncikan pintu hatinya dan satu lagi yang telah membuka jendela keinsafan dan bijak memerhati realiti siasah semasa.
Kumpulan yang tidak mahu itu, menolak apa juga alasan dan meletakkan Umno begitu buruk dalam kepala mereka. Tidak ada secebis pun kemanisan pada Umno, seolah semuanya ditenggelami kesyumulan Pas yang kadang-kadang berhias retorik! Itulah tanggapan ahli Pas yang taksub dengan pantun seloka sebilangan pemimpinnya.
Pemimpin Pas yang jelas dengan sikap tidak setuju ialah Husam Musa alias si baju petak-petak merah dan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kenyataan-kenyataan mereka berhubung ura-ura itu boleh dirujuk ia sangat negatif sekali dan ada kalanya tidak menggambarkan mereka sebagai pemimpin tertinggi yang bersifat rasional.
Misalnya bagaimana Husam melemparkan tanggapan politik racun terhadap pendedahan Abdulllah Ahmad Badawi mengenai ada pemimpin Pas berjumpa dengan beliau (Abdullah). Bagi tokoh baju petak-petak merah itu, cara Abdullah itu untuk memecah belahkan Pas dan sekaligus cuba mengumpankan Pas agar memasuki perangkapnya yang dianggap dalam keadaan tertekan.
Bagi Husam cara Abdullah itu tidak lebih daripada langkah mengukuhkan kedudukannya setelah Perdana Menteri itu goyang kini.
Di pihak Tok Guru Nik Aziz pula semacam ada karat dendam yang sukar dikikis. Ia telah bersimen dan dikonkritkan lagi oleh pandangan bersifat politik keperibadian. Seolah Tok Guru berkenaan sudah kehabisan doa mujarab untuk mengembalikan Umno ke pangkal jalan keinsafan. Justeru ia tidak ada ikhtiar lain melainkan terus kena memusuhi Umno sampai ke akhirnya!
Walaupun mereka bertolak dari pengkalan pemikiran berbeza namun nawaitunya sama iaitu mengagalkan rundingan dengan Umno!
Kedua mereka adalah pemimpin utama Pas Kelantan. Nik Abdul Aziz adalah Pesuruhjaya dan juga MB menakala Husam salah seorang Timbalan Pesuruhjaya dan Exco yang dianggap kanan. Beliau juga diangan-angankan oleh para 'pendondangsayangnya' akan menggantikan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan sebelum berakhir tahun ini.
Dua lagi Pesuruhjaya Pas Kelantan, Ahmad Yaacob yang juga TMB dan Mohd Amar Nik Abdullah seakan terkunci mulut untuk memberi ulasan dan pandangan mengenai hal ini. Kedua orang ini menjadi pandir dalam hal ini dan bersedia mengikut saja. Mereka adalah orang yang lemah keimannnya dan hanya berdaya melawan apa saja kemungkaran yang dibawa orang dengan hati saja.
Manakala antara tokoh yang bersedia untuk bermuzakarah ialah Abdul Hadi Awang, Nasarudin Mat Isa dan Mustapa Ali. Mereka, kecuali Nasarudin berasal dari satu negeri, Terengganu. Abdul Hadi adalah Presiden manakala Mustapa Ali Pengarah Pilihan Raya Pas, tokoh yang dilihat menjadi master mind dan membayangi suara politik Abdul Hadi dalam politik Pas sejak lama dulu terutama semasa Pas menguasai Terengganu.
Kerana mereka berasal dari dua buah negeri berbeza, seolah perbezaan pendapat mengenai muzakarah itu berlaku antara Kelantan dengan Terengganu. Kedua negeri ini pula dikenali sebagai kubu kuat Pas di negara ini. Justeru apa juga pandangan dan langkah yang diambil kedua negeri berkenaan sering menjadi ikutan dan panduan Pas negeri-negeri lain.
Apa yang sedikit merujakan dalam isu muzakarah ini ialah mengenai sikap Abdul Hadi sebagai presiden Pas. Beberapa dekad sebelum ini Abdul Hadi dilihat tokoh yang ekstrem dalam Pas. Beliau sering kali dikaitkan dengan tanggapan orang yang sukar diajak berunding. Dibrandkan sebagai Taliban dan sebagainya. Ini semua dilihat dan diikuti dari jauh.
Sebaliknya apa yang berlaku kini lain keadaannya. Nik Aziz yang selama ini dilihat sebagai lembut dan bijaksana, sedarhana dalam politik bertukar menjadi keras dan bengis. Mungkin banyak orang hairan dengan sikap beliau ini. Mengapa kalau beliau boleh melayan kedatangan sami Buddha di pejabatnya tetapi tidak untuk melayan Umno?
Mungkin ada sesuatu yang tidak kenal dengan Menteri Besar ini. Apakah kerana beliau terlalu mempercayai dan mendengar nasihat dari orang tertentu menyebabkan beliau bersikap demikian? Seharusnya Nik Aziz membuka kedua belah telinga dan mendengar pandangan dan nasihat daripada semua orang (pemimpin) di Kelantan.
Perubahan sikap politik beliau yang tiba-tiba itu sedikit sebanyak menjejaskan intergriti (kemuliaan) beliau selama ini dalam kotak pemikiran orang Melayu seluruhnya. Dengan sikap beliau menyebabkan orang Melayu Umno yang menghormati tentang sikap terbuka dan lemah lembutnya akan mula berubah. Kita tidak mahu di akhir waktu ini kekeramatan Nik Aziz berkurang.
Manakala pertembungan dan tidak sekata antara dua pemimpin negeri itu dilihat akan membawa masalah kepada Pas jika ianya tidak diselesaikan dengan baik. Ketidaksekataan itu juga memberi gambaran Pas kini tidak sehaluan. Sudah ada semacam dua ulama membaca kitab tafsiran berlainan dalam Pas.
Perkembangan ini harus dipantau segera. Ini penting kerana mereka adalah pemimpin tertinggi dalam parti tersebut. Sekiranya pertembungan berlanjutan dalam isu besar (perpaduan Melayu) ini tidak mustahil Pas akan bermasalah.
Dalam pada itu ahli Pas seharusnya tidak membiarkan dan melihat saja perkara ini. Pas negeri lain yang dianggap sebagai adik bongsu kepada Pas Kelantan dan Terengganu perlu juga bangkit memberi pandangan dan tidak membiarkan mereka berdua saja dalam memutuskan hal ini. Para Pesuruhjaya Pas negeri-negeri mestilah bangkit dan cerah mata dan hati memberi pandangan dan pendapat mengenai perkara ini.
Nampaknya sehingga kini para Pesuruhjaya negeri-negeri semuanya diam membisu. Seolah mereka membiarkan perkara ini diputuskan oleh pihak Presiden dengan Mursyidul Pas. Ilmu yang ditanggung di dada masing-masing dipersaikan. Dalam hal ini para Pesuruhjaya tidak boleh menerima begitu sahaja pandangan Nik Aziz. Tidak mungkin pandangan daripada seorang manusia lebih tepat dan benar daripada pandangan ramai.
Sekiranya pandangan Pesuruhjaya bersetuju dengan Nik Aziz dan menolak keinginan Abdul Hadi Awang, ia akan memberi keyakinan kepada umum bahawa pandangan Nik Aziz itu benar. Maka penting untuk Pesuruhjaya Pas negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah serta dewan-dwaan ulama, pemuda dan muslimat memberi pandangan dan menyatakan sikap mengenai isu muzakarah ini secara berhikmah.
Pandangan dan sikap mereka pula nanti akan diteliti dan boleh mempengaruhi pandangan dan pendirian Musrsyidul Am atau Presiden Pas berkenaan. Hari ini apa yang nampaknya Nik Aziz hanya berpegang pandangan seorang saja yang disampaikan secara sulit menerusi lubang tikus di pejabat MB itu, di mana lubang tikus itu hanya boleh dilalui oleh dua manusia saja.
Mengenai isu ini jangan ahli Pas mempersaolkan siapa yang menang dan siapa yang salah sebaliknya carilah pandangan siapa yang betul dan benar demi agama, bangsa dan tanah air! [wm.kl 5:30 am 22/07/08]
Monday, July 21, 2008
Kenyataan Presiden
PAS MENGAKUI BERTEMU PERDANA MENTERI
PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.
Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS, Dato' Mustapha Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan YB Hj Abd Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam.
Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS. Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.
Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak. PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia.
20 Julai, 2008
Susupan Pagi
MENURUT Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beliau sudah tiga kali berjumpa dengan pemimpin Pas dalam rangka bermuzarakah antara satu sama lain. Pejumpaan itu dilakukan secara senyap dan tidak dihebohkan kepada umum.
Perbincangan menerusi muzakarah itu ialah soal-soal kepentingan Melayu dan agama Islam. Beberapa cadangan daripada Pas juga difahamkan disampaikan kepada pengetahuan Abdulah, dan PM itu bersikap positif.
Abdullah menjelaskan pertemuan itu tidak membabitakn Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perlukah penjelasan itu dan apakah pertemuan itu perlu kehadiran Nik Aziz, lagipun beliau tidak berapa sihat!
Semacam ada sesutau mesej yang ingin disampaikan Abdullah apabila beliau menyebut ia tidak membabitkan Nik Aziz. Bahawa Nik Aziz tidak dilibatkan dalam pertemuan itu. Kalau begitu kenapa? Apa ini kerana Nik Aziz menunjukkan sikap kurang setuju dengan muzakarah itu maka beliau tidak diajak sama? Mungkin dengan penyertaannya nanti menyebabkan usaha baik itu tergendala.
Kalaulah pengecualian Nik Aziz atas alasan itu, maka MB Kelantan itu tidak perlu merasa kecil hati kalau beliau tidak dipanggil, ataupun dirujuk berhubung muzakarah berkenaan. Kerana sikapnya sebelum ini jelas dan nyata tidak mahu muzakarah itu diadakan. Beliau agak vokal menolak muzakarah itu dan menggunakan alasan yang di luar minda ahli politik.
Sukar pula untuk ditelah apakah sikap itu kerana berlandaskan ‘wahyu’ ataupun kerana ada suara lain yang bergelumbang dalam mulut Tok Guru itu? Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa di pejabat Menteri Besar itu ada lubang tikus yang digunakan untuk menyalurkan pandangan dan pendapat terbaru mengenai sesuatu isu kepada MB itu!
Apapun pendedahan Abdullah itu tentulah menimbulkan berbagai persoalan di kalangan orang ramai dan ahli Pas khasnya. Pertama siapakah pemimpin tertingi Pas itu yang menenumui beliau itu? Kedua kenapa ia tidak membabitkan Nik Aziz. Ini semacam ada sedikit yang tidak kena.
Yang penting di sini ialah kenapa ia tidak membabitkan Nik Aziz. Soal Nik Aziz memang sensitif sebab beliau sudah diterima sebagai individu tertinggi dalam Pas. Kerana kedudukan itu walaupun kadang-kadang ada pandangan beliau yang tidak tepat namun beliau tetap dianggap sebagai benar. Kedudukan dan perwatakannya menjadikan beliau dilihat benar dan status itulah beliau sering kali digunakan dan menyebabkan tanpa sedarnya Nik Aziz dijadikan Sultan Shahrul Nizam.
Telah wujud sindrom dalam Pas kata Nik Aziz adalah kata putus. Sebenarnya keadaan itu tidak seharusnya berlaku dan dijadikan satu konsensus. Kerana suara parti mengatasi suara siapa saja hatta Presiden ataupun Mursyidul Am. Antara kata dan pandangan Nik Aziz ia berada di bawa keputusan dan kata putus parti. Kata Nik Aziz hanya boleh dijadi panduan bukan arahan.
Dalam hal ini Pas perlu menjelaskan kenapa rundingan (muzakarah) itu tidak melibatkan Nik Aziz, dan dalam masa sama siapakah tiga pemimpin tertinggi itu juga perlu didedahkan. Mungkin kalangan pucuk pimpinan parti dan pekerja di pejabat agung Pas di Jalan Raja Laut sudah mengetahuinya siapa mereka, namun ahli yang di kampung masih berfikir mengenainya.
Mungkin juga ahli Pas sudah dapat menerima dan berfikir kenapa Nik Aziz tidak diajak kerana sikap dan pendiriannya yang ditunjukkan selama ini.
Tetapi mendedahkan identiti pemimpin tertingig itu penting. Ini untuk mengelakkan timbul kekeliruan dan perdebatan sesama sendiri di kalangan ahli bawahan. Lagipun tidak menjadi dosa kalau pemimpin itu mendedahkan identiti mereka. Apalah salahnya kalau berjumpa dengan Perana Menteri untuk membincang soal kebaikan bersama. Pertemuan dan perbincangan seperti itu juga pernah berlaku dan dilakukan oleh bekas presiden Pas sebelum ini.
Pemimpin berkenaan juga tidak perlu gerun dan rasa malu dengan peristiwa bertujuan membawa kebaikan itu. Kalau ada pemimpin tertinggi Pas lain boleh secara terus terang dan terbuka menyokong dan menumpahkan simpati kepada Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dalam isu tuduhan liewat ke atasnya, kenapa pemimpin yang berjumpa dengan Abdullah itu harus bersikap melindungi diri? Apa lagi menyokong muzakarah itu lebih afdal daripada menyokong dan berdiri di belakang seorang invididu seperti Anwar.
Memanglah tindakan berdiri dibelakang Anwar satu tindakan populis berbanding dengan tindakan mendampingi pemimpin Umno. Rakyat yang terpesona dengan Anwar akan turut memberi tepokkan kebanggaan kepada sesiapa saja yang bermati-matian memperjuangkan Anwar. Kerana itulah mereka yang dulunya keliru dengan Anwar tetapi hari itu kelihatan tercatuk ditangga rumah Anwar.
Bagaimana pun bagi pemimpin apa yang lebih penting di sini ialah melihat manfaat daripada kedua keadaan itu kepada parti dan perjuangan.
Yang nyatanya Anwar dalam proses untuk menjadi Perdana Menteri yang tentu tidak memiliki kuasa ataupun ruang kesempatan yang lebih baik untuk diambil oleh Pas berbanding dengan Abdullah dalam menyelesai masalah ummah dan negara. Bukankah Pas juga berada dalam gelanggang permainan politik seperti Anwar?
Tahukah ahli Pas bahawa ada pemimpin mereka yang bermati-matian berjuang untuk Anwar. Dari cara mereka membela dan memperjuangkan Anwar seolah Anwar itu presiden mereka. Mereka akan bergegas setiap kali locing kecemasan dibunyikan dari rumah Anwar. Mereka ada kalanya seakan menjadi jaga rumah bekas TPM itu. Dan mereka akan resah gelisah kalau terhalang untuk ke rumah Anwar. Merasa bersalah kalau lis kedatangan tercorot!
Lebih menakjubkan lagi ada yang sanggup berdiri berjam-jam di belakang Anwar, ketika bekas TPM itu memberi sidang akhbar. Apakah tindakan itu atas arahan parti ataupun ia ia adalah tindakan kemanisiaan peribadi pemimpin itu saja?
Tidak salah mereka berbuat begitu atas dasar persahabatan dan kemanusiaan. Tetapi ada kalanya kesungguhan seolah mereka melupai bahawa mereka adalah ahli parti berbeza dengan Anwar di mana ada kalanya mereka masih tetap terikat dengan akhlak dan disiplin parti mereka. Aksi dan kelakuan mereka kurang sesuai kerana setiap parti ada disipiin yang harus dipatuhi.
Kalau pemimpin itu boleh mengambil sikap vokal begitu mendampingi Anwar di mana salahnya mereka yang berjumpa dengan Abdullah itu? Walhal usaha mengadakan muzakarah dengan Umno rasanya lebih baik dan tepat daripada tindakan menyokong peribadi Anwar Ibrahim.
Pemimpin Pas sepatutnya bijak meletakkan diri mereka dalam keadaan ini. Sebagai pemimpin mereka harus mengambil kesempatan dari mana-mana keadaan saja untuk kepentingan perjuangan mereka. Misalnya antara Anwar dengan Umno mereka perlu menghisab sebaik mungkin mana yang memberi keuntungan dan mana memberi kerugian kepada mereka.
Jika dilihat dalam keadaan sekarang ternyata Umno mempunyai ‘lokus standy’ untuk didampingi Pas berbanding dengan Anwar secara individu. Sentimen kawan dan persahabatan dengan Anwar boleh di kesampingan sekiranya Umno bakal memberi kebaikan dan membawa kesejahteraan segajat. Perbincangan Pas dengan Umno juga tertentu memasukan Anwar sebagai agendanya!
Apa yang perlu ingat dalam perjuangan peribadi tidak penting, yang penting ialah perjuangan. Peribadi mengiring perjuangan bukan peribadi yang diperjuangkan. Perbezaan dan keadaan-keadaan ini hendaklah difahamii oleh semua pemimpin terkhususnya Pas.
Sekali lagi ditegaskan tidak perlu ada perlindungan oleh tiga pemimpin tertinggi Pas itu kerana apa yang mereka lakukan bertolak dari nawaitu suci dan bersih. [wm.kl 5:30 am 21/07/08]
Sunday, July 20, 2008
Berita Terkini
MAHKAMAH Tinggi Alor Star yang sepatutnya mendengar perbicaraan petisyen terhadap kemenangan calon PKR Zulkifli Nordin di kerusi Parlimen Kulim - Bandar Baru, Kedah hari ini ditanggungkan.
Perbicaraan penuh telah ditetapkan hari ini hingga Khamis tetapi ditangguhkan hingga lusa, Selasa.
Penangguhkan ini menimbulkan pertanyaan apakah ada perkembangan lain di sebaliknya.
Peguam kedua pihak telah menemui Hakim dalam kamar dan persetujuan dicapai untuk menangguhkan perbicaraan.
Calon Umno yang tewas juga pempetisyen Abdul Aziz Fadzil hadir bersama para peguamnya. Beliau sempat bercakap dengan peguam yang mewakili Zulkfili Nordin di luar kamar hakim sebelum mereka memasuki ruang perbicaraan.
Zulkifli Nordin bagaimana pun tidak hadir.
Penangguhan itu sudah pasti ada perkembangan berhubung perbicaraan berkenaan. Sebelum ini telah tersebar khabar mengatakan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim akan bertanding dalam pilihan kecil di Bandar Baru - Kulim yang kemungkinan akan diadakan ekoran kekosongan kerusi berkenaan ekoran petisyen berkenaan.
Semasam berceramah di Kuantan malam tadi Anwar dikatakan sudah mengumumkan akan menyertai pilihan raya terdekat dan kerusi yang dibayangkan ialah Bandar Baru - Kulim.
Apakah perkembangan di sebalik peristiwa itu sama-sama kita tunggu. [wm.kl 4:20 pm 20/07/08]
Saturday, July 19, 2008
Sebuah Pengharapan
Bermuzakarah Bukan Bermakna Bergabung
DENGAN mengenepikan terus isu yang membelenggu Penasihat PKR, Anwar Ibrahim pada masa ini, cadangan muzakarah Pas dengan Umno sangatlah perlu diberikan perhatian. Kedua pihak harus terbuka dan telus untuk mengorak langkah ke arah itu. Biarlah kali ini jadi!
Jangan ada syarat-syarat ganjil yang membawa kepada kegagalan muzakarah berkenaan. Baik Umno maupun Pas jangan berkeras hati apa lagi mempolitikkan cadangan berkenaan. Usah ada hendaknya ada yang menonjol kononnya suka kepada perpaduan tetapi dalam masa sama mencari helah secara senyap untuk mengagalkannya.
Kedua pihak juga perlu melihat kepada kepentingan masing-masing. Kepada kenapa keperluan mengapa muzakarah diperlukan. Janganlah heret rakyat dan orang Melayu dalam kencah perbalahan seperti mana yang berlaku di Semanjung Gaza atau Pelestin!
Rasanya bagi kedua pihak inilah masa terbaik untuk memulakan niat baik itu. Pilihan raya umum lalu seharusnya dijadikan iktibar oleh kedua pihak dan seluruh orang Melayu negara ini.
Umno ada masalah, Pas juga ada masalah. Masalah mereka berbeza! Umno sedang mengalami kepupusan pengaruhnya. Kelemahan kepimpinan dan kegagalan parti berkenaan membawa pembaharuan dan gaya politik baru menyebabkan Umno menjadi semakin lemah dan hilang kepercayaan dan tidak diminati lagi.
Kalah teruk
Namun dalam sudut lain Umno masih utuh sebagai parti yang mendokong prinsip Melayu. Walaupun BN yang ditunjungi Umno kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu namun undi Melayu kepada Umno tidak banyak berubah. Yang menolak Umno tempoh hari ialah undi Cina dan India.
Sebab musabab ini patut difahami. Kenapa orang Cina dan orang India melarikan diri daripada Umno. Mereka tidak akan melakukan sesuatu kalau tindakan itu tidak menguntungkan kedua komuniti berkenaan. Mengapa selama ini mereka akrab dengan Umno (BN) dan kini mula mempunyai kesimpulan lain terhadap hubungan itu?Berdasarkan Umno sebagai parti terulung masih mempunyai kekuatan dan mempunyai nilai sentimental value yang sukar untuk dilupakan. Orang Melayu akan menanagis kalau Umno bermasalah seperti orang Islam akan sedih kalau Pas dikhianati!
Ironi dengan apa yang dihadapi Umno, Pas terus maju dan mendapat kepercayaan orang Cina dan orang India. Dalam pilihan raya lalu sampai ada orang Cina dan India memakai baju bulan. Aksi inilah menjadikan pemimpin Pas teruja dan terus merasakan orang Cina dan India tulus bersama mereka.
Pas harus membuat analisa apakah sokongan itu satu yang ikhlas atau satu perlarian sementara? Pas jangan mudah terperangkap oleh eksplotasi dan manipulasi politik! Dari segi amalan agama dan budaya sukar untuk orang Cina maupun India menerima Pas. Melainkan Pas sedia berkompromi dan menukar perinsip dan dasar-dasar perjuangannya.
Itulah masalah Pas. Kini menerusi Pakatan Rakyat, Pas sudah mulai terperangkap dan merasa mual dengan tindak tanduk beberapa individu di dalam parti pakatan terutama DAP. Pendirian dan tuntutan-tuntutan yang luar batas persefahaman pakatan sudah mula kedengaran dan ini sungguh tidak menyeronokkan Pas. Pemimpin DAP pula terus mempertahankan prinsip mereka untuk mewujudkan sebuah negara bebas berdasarkan prinsip-prinsip sosial liberal.
Kepada Pas kalau DAP berani mempertahankan prinsip perjuangan mereka di mana saja mereka berada mengapa tidak dengan Pas? Apakah kerana terpesona dengan janji dan sihir politik tertentu maka Pas rela membungkuskan prinsipnya?
Keadaan Pas dalam Pakatan Rakyat ini seperti serba salah dan dilema. Pas tidak boleh melawan dan menentang apa-apa yang kontras dengannya kerana ia dianggap sebagai melanggar peraturan pakatan yang tidak ada hitam putih itu. Pas dalam pakatan kini seperti sedang memakan hati berulamkan jantung!
Tidak perlu dilewatkan
Jadi dalam suasana kedua ada masalah eloklah Pas dan Umno mencari jalan untuk sefahaman dalam konteks mengukuhkan kedudukan Melayu dan Islam. Cadangan ini tidak perlu dilewatkan. Baik sekiranya pemimpin kedua parti Melayu dan Islam itu harus berusaha menjayakannya. Mereka jangan pedulikan kepada suara-suara yang menentangnya kerana penentangan itu jelas kerana ada agenda lain disebaliknya.
Pemimpin tertinggi masing-masing yakni Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang hendaklah mengambil inisiatif ke arah itu. Mungkin pertemuan peringkat pegawai seperti mana diamalkan pada pertemuan atau perbincangan dua negara sebelum ini tidak perlu dalam hal ini. Seelokkan keduanya langsung bertemu dan mencari persefahaman baru memberi tahu pegawai (ahli).
Mereka boleh menggunakan kedudukan dan kapasiti mereka sebagai presiden untuk mengambil langkah itu.
Bagi Pas suasana hari ini sangat baik kerana Umno sudah membuka pintu untuk berunding. Pas juga kena ingat Umno mungkin tidak sepanjangnya berada dalam masalah. Sementara Umno bermasalah inilah harus dicuri kesempatan. Yang penting kedua parti jangan memikirkan apakah keuntungan parti perolehi daripada muzakarah itu sebaliknya lebih melihat apakah yang bangsa Melayu dan Islam perolehi daripada persefahaman berkenaan.
Keegoaan kedua parti untuk tidak mahu duduk sekali memikirkan soal masa depan negara yang bertunjangkan Melayu ini tidak menguntungkan sesiapa. Sebaliknya sikap degil dan keras kepalanya itu bakal memusnahkan Melayu.
Jadi sebelum bubur yang dulunya adalah ketulan nasi menjadi basi dan tidak boleh untuk digunakan untuk apa-apa tujuan eloklah kalau kedua pemimpin bermuzakarah. Rasanya tidak ada seorang pun rakyat negara ini yang berbangsa Melayu menentang muzakarah berkenaan kecuali mereka yang sudah dirasuk dengan kuasa ghaib, terpesona dengan janji dan mimpi yang dikarai di siang hari atau mereka mempunyai agenda peribadi! [wm.kl 12:00 nonn 19/07/08]
Friday, July 18, 2008
Berita Letih
SEKIRANYA petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Bandar Baru - Kulim yang mulai didengari Ahnad ini diterima bermakna kerusi berkenaan kosong. Dalam tempoh 60 hari satu pilihan raya kecil perlu diadakan.
Apakah Anwar sudah dapat menghidu kerusi Parlimen Bandar Baru - Kulim itu akan terlepas?
Adalah elok kalau Penasihat PKR segera menyertai mana-mana pilihan raya kecil bagi membolehkan beliau berada di Parlimen. Lebih cepat beliau menjadi ahli Parlimen ia akan membantu proses untuk menggulingkan kerajaan BN menerusi undi tidak percaya seperti mana dirancangkan.
Sekiranya dakwaan Anwar benar terdapat 30 ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat, kemenangan Anwar dalam pilihan raya itu nanti akan membawa perkembangan baru. Ia akan menambahkan semangat keyakinan umum bahawa ura-ura untuk mengambil alih kerajaan dalam tempoh terdekat akan jadi lebih diyakini lagi.
Hari ini dengan beliau berada di luar Parlimen menyebabkan ada orang tidak percaya dengan rancangan berkenaan. Ini menyebabkan orang mengira apa yang dihebohkan itu sebagai gimik saja.
Sesungguhnya lagi cepat kerajaan yang ada kini digulingkan ia lebih baik. Sudah pastiAnwar sendiri tidak mahu berpening kepala dengan apa yang dihadapinya pada masa kini. Beliau harus selesaikan isu hari ini dengan apa saja.
Sekiranya kerajaan hari ini tumbang beliau sudah pasti akan dipilih menjadi Perdana Menteri. Dengan kedudukan itu segala fitnah, tuduhan dan serangan kini akan berakhir. Kerana begitulah apa yang berlaku dan diamalkan di negara ini bila seseorang sudah menjadi orang besar apa lagi nombor satu segala mengenai dirinya diselesai dengan mudah dan akan dilihat semua elok. [wm.kl 5:20 pm 18/07/08]
Thursday, July 17, 2008
Susupan Petang
(kemaskini) RUMAH Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut tengah hari ini dibanjiri para penyokong dan wartawan yang ingin mengikuti sidang akhbarnya berhubung penahannya oleh polis semalam.
Walaupun sidang akhabr akan diadakan jam 2:00 petang namun orang ramai dan wartawan telah berpusu-pusu ke rumah bekas TPM sejak jam 12:00 tengah hari sebaik sahaja menerima pegumuman dibuat oleh peguamnya, Sankaran Nair Anwar akan mengadakan sidang akhbar di rumahnya.
Anwar ditahan polis jam 1:00 petang semalam dan dibebaskan jam 9:45 pagi tadi. Beliau terpaksa bermalam di IPK .
Ketika tiba wartawa sedang berbaris panjang untuk memasuki ke rumah Anwar menerusi pintu khas yang dikawal oleh pengawal keselamatan bagi menyenangkan keadaan.
Wartawan yang belum dikenali diperiksa satu persatu. Kira-kira hampir 100 orang wartwan dan jurugambar memenuhi rung hadapan rumah Anwar di mana tempat berlangsungnya sidang akhbar.
Dua buah khemah yang disediakan untuk orang ramai juga penuh sesak.
Manakala para sahabat, kenalan, saudara mara serta pemimpin parti Pakatan Rakyat, berada dalam rumah Anwar.
Turut kelihatan beberapa pemimpin Pas dan pemimpin PKR. Ahli Parlimen Pas yang awal hadir Kamaruddin Jaaffar, Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli, Dr Mariah Mahamod, Zaliah Yusuff.
Manakala hampri semua ahli Parlimen PKR hadir.
Mereka ialah Saifuddin Nasution Ismail, Johari Abdul, Azan Ismail, Noraidah, Fauziah Salleh, Tian Chua, Abdul Aziz Kadir.
Turut sama kelihatan ialah Naib Presiden Pas, Husam Musa . Bagaimana pun tidak kelihatan pemimpin utama DAP, seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng ataupun Ronnie Liu.
Anwar memberi sidang akhabr selama kira-kira 40 minit menjelaskan proses penahanannya semalam dan menceritakan bagaimana beliau dibawa dan apa yang berlaku di IPK di Jalan Hang Tuah.
Menurut Anwar polis memberi layanan baik setakat ini dan semasa di IPK tidak ada apa-apa kejadian yang buruk berlaku melainkan terpaksa barang di atas simen. Bagaimana pun beliau mempersoalkan tindakan polis yang double standard kerana tidak menyiasat kes yang melibatkan nyawa (pembunuhan) sebaliknya mengutamakan kes liwat terhadapnya.
Beliau merujuk kepada kepada laporan polis terhadap Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor yang dikatakan terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia Anttantuya Shariibuu seperti mana dinyatakan dalam akuan berkanun dibuat oleh Raja Petra Kamarudin.
Sepanjang sidang akhbar Anwar ditemani isterinya, Dr Wan Azizah, anaknya Nurul Izzah dua peguamnya Nail dan Sivarasah serta Naib Presiden PKR Mohd Azmin Ali, Setiausaha Agung Pas, Kamarudin Jaaffar, ahli Parlimen Pas Dr Mariah Mahmod dan lain-lain.
Selepas selesai sidang akhbar, Anwar bereda dan bersalaman dengan para tetamunya. Beliau yang kelihatan tenang tetapi kurang berjenaka seperti selalunya kemudian masuk ke sebuah bilik khas diikuti pemimpn PKR dan Pas.
Husam yang tampil tanpa mengenakan baju warna (petak-petak merah) juga ikut sama memasuki bilik berkenaan.
Laporan terbaru akan menyusul malam nanti. [wm.kl 4:35 pm 17/07/08].
Berita Pagi
SELEPAS 21 jam 45 minit ditahan di IPK Jalan Hang Tuah dan bermalam di sana Anwar Ibrahim dibebaskan jam 9:45 pagi tadi atas jaminan polis, demikian menurut peguam belanya Sankara Nail dalam sidang akhbar ringkas di IPK sekejap tadi.
Anwar ditangkap dan ditahan polis jam 1:00 petang semalam dan terus dibawa ke IPK dengan diiringi 15 buah kenderaan polis. Selepas memberi keterangan Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian kesihatan.
Kemudian Anwar dibawa semula ke IPK dan terpaksa bermalam di sana.
Ketika ini Anwar masih lagi dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Sementara di IPK dipenuhi dengan penyokong Anwar yang datang sejak dari pagi lagi. [wm.kl 10:20 am 17/07/08]
Berita Terus
Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail bersama anak perempuannya Hanan kini sedang bergadai nyawa setelah terperangkap dalam lif di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK) di Jalan Hang Tuah.
Katanya lif yang dinaiki Wan Azizah dan Hanan tiba-tiba meletup dan berasap.
Usaha untuk mengeluarkan Azizah dan Hana sedang dilakukan. Lif berkenaan sedang dikopek, demikian menurut Azmi dalam nafas tercungap-cungap.
Manakala pasukan bomba dan penyelamat yang dipanggil untuk membantu baru tiba sejurus tadi.
Wan Azizah dan Hanan masuk ke dalam lif untuk naik ke satu tingkat bagi menyerahkan tuala dan berus gigi dan sabun kepada suaminya Anwar Ibrahim yang ditahan di ibu pejabat polis itu. [jln phg 12:30 am 07/06/08]
Wednesday, July 16, 2008
Berita Terus
Penasihat PKR Anwar Ibrahim masih lagi sedang memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK).
Isterinya Wan Azizah Ismail dan anak sulungnya Nuru Izzah ikut berada di dalam ibu pejabat polis berkenaan.
Baru sekejap tadi peguam Anwar, Sivarasah kelihatan keluar dair ibu pejabat polis berkenaan. Sekitar jam 2:00 petang beberapa orang pemimpin parti gabungan Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan kepada Anwar. Bagaimana selepas itu mereka kembali semua ke Parlimen.
Orang ramai juga mula berhimpun di tepi jalan berhampiran ibu pejabat polis itu sambil mengangkat sepanduk menyatakan rasa tidak puas hati atas apa yang berlaku.
Tidak diketahui berapa lama lagi Anwar 'dikurung' di IPK berkenaan dan apakah beliau terus ditahan sementara dibawa ke mahkamah esok. [jln phg kl 5:45 pm 16/07/08]
Panas Terkini
(kemaskini) PENASIHAT PKR Anwar Ibrahim kini sedang memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur berdekatan dengan penjara Pudu. Beliau dibawa oleh segerombolan polis ke IPK di Jalan Hang Tuah.
Menurut laporan Anwar ditahan di perkarangan rumahnya sebaik tiba dari Putrajaya setelah memberi keterangan kepada BPR selama dua jam oleh sepasukan polis bertopeng dan berjekat kalis peluru.
Beliau diminta hadir ke IPK untuk diambil keterangan berhubungan laporan polis yang dibuat oleh bekas Pegawai Khasnya Mohd Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat Anwar pada 26 Julai lalu.
Puluhan wartawan dan jurugambar dalam dan luar negeri berserta penyokong Anwar berhimpun di perkarangan IPK berkenaan.
Ketua Penerangan PKR, Tian Chua antara pemimpin PKR yang turut berada di situ bersama sekumpulan peguam yang akan membela Anwar Ibrahim. Lain-lain pemimpin termasuk pemimpin Pas, Dr Hatta Ramli, Zulkifli Ahmad ahli Parlimen Pas Kuala Selangor, Gobalakrishnan dan Lim Kit Siang.
Ekoran itu nasib Anwar masih menjadi tanda tanya apakah beliau akan terus ditahan setelah selesai memberi keterangan ataupun dibebaskan dengan ikat jamin.
Apakah beliau terus dibawa ke mahkamah untuk didakwa hari ini atau esok atau tuduhan liwat?
Semalam sewaktu berdebat dengan Ahmad Shabery Chik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Anwar membayangkan nasib dan kedudukannya sehari dua ini belum tahu lagi. Beliau seolah sudah menyedari bahawa beliau kemungkinan akan ditahan polis.
Malam tadi juga Anwar membayangkan beliau akan bertanding dalam pilihan raya kecil. Isterinya yang juga Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail dikatakan akan mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk membolehkan pilihan raya diadakan.
Tunggu perkembangan selanjutnya. [jln phg. kl 1:30 t/hari 16/07/08]
Tuesday, July 15, 2008
Ulasan Debat
Laporan Langsung
PRESIDEN Pas Abdul Hadi Awang yang dimasukan ke Institiut Jantung Negara (IJN) kerana mengalami stress semalam kini berada dalam keadaan sihat dan ceria. Beliau dijangka akan keluar di IJN hari ini.
Laporan media mengatakan beliau menghadapi masalah jantung tidak tepat. "Saya di minta berihat sahaja kerana stress," jelas Abdul Hadi.
Sehari dua lalu menurutnya beliau agak sibuk dengan beban kerja dan tugas yang meruncing di mana tiga hari berturut-turut tidak mempunyai rihat yang secukupnya."Alhamdluliah jatung tidak ada apa-apa masalah. Tekanan darah juga stabil, dan hari ini sudah boleh keluar," jelasnya.
Ketika singgah mengunjunginya sekejap tadi Abdul Hadi sedang menghadapi laptopnya melayari beberapa web site dan blog. Abdul Hadi dikatakan seorang penagih internet yang tegar!
Beliau juga kelihatan bahagia menerima beberapa tetamunya yang tiba hampir serentak di samping isterinya Toh Puan Seri Zainab Awang di sisi. Beberapa panggilan telefon tidak putus masuk ke telefonnya bertanyakan mengenai kesihatannya.
Ini termasuk panggilan daripada bekas menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Jamaluddin Jarjis yang juga turut mengirimkan jambangan bunga untuk Abdul Hadi. Beliau juga turut menerima panggilan dari Pesuruhjaya Pas Terengganu Mustafa Ali yang mahu mengetahui perkembangan diri bekas MB Terengganu itu. [wm.kl 12:00 t/hari 15/07/08]
Monday, July 14, 2008
Analisa Peristiwa
RAKYAT Malaysia tidak sabar untuk menuggu debat antara Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Ahmad Shaberry Chik yang akan disiarkan menerusi televisyen malam esok.
Debat berkenaan mengupas mengenai janji Anwar jika beliau memimpin negara ini (menang piliha raya) harga minya akan diturunkan.
Debat berkenaan dijangka menarik perhatian. Sejak cadangan itu timbul dan kedua pihak menyatakan kesediaan untuk berdebat perkara itu sudah menjadi topik yang popular. Dimana-mana saja orang bercakap fasal debat berkenaan.
Ia menjadi lebih menarik lagi apabila Shaberry membuat gimik bersedia mengambil risiko sekiranya beliau kalah dalam debat berkenaan beliau akan letak jawatan Menteri Penerangan. Penyataan Shaberry itu menjadikan orang tidak sabar untuk menyaksikan debat berkenaan.
Persoalannya kini apakah debat berkenaan sempat diadakan ataupun tidak. Orang ramai mula mengira debat itu mungkin tidak sempat berjalan kerana Anwar kini dikatakan sedang berhadapan dengan tindakan polis.
Anwar yang sepatutnya hadir ke balai polis Jalan Travers jam 2:00 petang tadi untuk diambil keterangan berhubungan dakwaan liwat dikaitkan dengannya tidak berbuat demikian dan ini menyebabkan polis terpaksa mengambil jalan lain untuk mendapatkan Anwar.
Anwar tidak boleh tidak perlu, hadir ke balai polis untuk diambil keterangan daripadanya.
Sudah pasti sekiranya beliau tidak hadir polis akan bertindak cara lain. Tidak mustahil tangkapan akan dibuat ke atas Anwar.
Tertakdirnya Anwar akan ditangkap malam ini atau pagi esok sudah pasti debat berkenaan akan dibatalkan. Pembatalan itu memberi 'kemenangan' percuma kepada Ahmad Shabeery Chik.
Kalau itu berlaku bolehlah dirumuskan sekiranya polis menahan Anwar bermakna penahanan esok bukan saja polis setia dan betul menjalankan tugasnya tetapi penahanan itu memberi kemenangan kepada Shaberry. Justeru kalaupun Anwar hendak ditangkap atau ditahan, tahanlah selepas beliau selesai berdebat dengan Shaberry! Jangan hampakan harapan rakyat untuk menyaksikan perdebatan yang sudah pasti menarik itu.
Sesungguhnya hasil debat itu penting untuk rakyat Malaysia setidak-tidaknya akan dapat mendengar apakah formula yang bakal Anwar kemukakan untuk menurunkan harga minyak yang kini sangat membebankan rakyat! [wm.kl 9:00 pm 14/07/08]