Tuesday, August 29, 2023

Juwairiya: Kalah dalam menang.

ULASAN

Juwairiya ketika hair di
hard perarakan calon.
DALAM pilihan raya di enam buah negeri lalu banyak hal yang mengejutkan berlaku. Terjadi di luar kotak fikiran banyak pemerhati politik. Antaranya ialah kekalahan calon-calon yang dijangka menang mudah dan kemenangan lawannya yang tidak terduga. 

Kalau berdasarkan pola pengundian sebelum ini mengambil kira keputusan pilihan raya ke-14 sesetengah penyandang dikira akan menang dengan mudah. 

Penggabungan atau kerjasama politik membentuk suasana baru memberi advantege kepada satu pihak menyebabkan pihak lain pula akan menangis tanpa lagu. 

Thursday, August 24, 2023

Pirane enam buah negeri PN (Pas) wajar menang

SUSUPAN PAGI

PERIHAL dan bicara mengenai pilihan raya (Pirane) di lima buah negeri masih lagi dalam perbincangan dan terus menjadi polemik. Baik pihak yang menang apa lagi yang kalah terus memperdebatkannya. Ulasan ringkas saya mengenai pilhan raya berkenaan dalam tiga siri sebelum ini ikut menjadi ulasan balas serta mengundangkan beberapa maklumat tambahan bagi menyempurnakan ulasan berkenaan.  

Biarpun hadir banyak lagi pandangan tambahan dan analisa, ia tidak akan sempurna kerana pandangan dan dapatan tentang keputusan dan senario pilihan raya dilima negeri itu bersifat subjektif. Ia dilihat dari berbagai dimensi mengikut persepktif dan kecenderungan politik masing-masing. Bahwa tidak ada kesimpulan yang benar-benar jitu mengenainya.  

Wednesday, August 16, 2023

Ustaz Abdul Halim master mind Al Arqam

BELASUNGKAWA


Allahyarham sedang mendengar sesuatu
yang dijelaskan. 
 

ABDUL HALIM ABBAS (Ustaz Halim a.k.a Abang Haji) namanya tidak sehebat nama Ashaari Muhammad (Abuya) dalam jemaah Darul Arqam, tetapi tanpa menyebut namanya jemaah Aurad Muhammadiah yang telah diharamkan itu sebagai tidak lengkap. 

Ustaz Abdul Halim atau dimesrai sebagai "Abang Haji" di kalangan anggota Darul Arqam peringkat adik, adalah orang penting dalam jemaah tersebut apabila jemaah itu digerakkan secara lebih sistemetik, daripada sebuah kumpulan usrah kecil-kecilan bermula di 94 Lorong Keramat 2 kepada sebuah pertubuhan. 

Nama Abdul Halim seakan kembar kepada Ashaari. Abdul Halim merupakan penggerak Darul Arqam di layer kedua sesudah 10 orang pengasas utamanya.

Tuesday, August 15, 2023

Perbaiki kesilapan sendiri (Bhg Ketiga Ahkhir)

ULAS PIRANE

MUNGKIN ketika ini para "arkitek" dan "engineer" serta strategis parti-parti politik yang mengambil bahagian dalam Pirane 12 Ogos lalu sibuk, sedang bertungkus lumus mengumpul segala data untuk membuat post mortem terhadap pencapaian masing-masing. 

Yang pasti kalut ialah PH-BN, sudah tentu mereka sedang menyusun dan menghimpun segala data-data dan maklumat dari pelbagai pihak bagi menjustifikasikan kekalahan mereka. Saya katakan "kalah" kerana PH-BN yang buat pertama kali bergabung gagal mempertahankan majoriti 2/3 kemenangan sebelum ini di Dun Selangor sedangkan mereka adalah penguasa kerajaan Persekutuan yang dilihat mempunyai banyak kelebihan. 

Monday, August 14, 2023

Perang saudara Melayu dalam Pirane 6 buah negeri. (Bhg Kedua)

ULAS PIRAKE  

JIKA diperhatikan kepada pola pengundi yang berlaku pada Pirane (Pilihan Raya Negeri) di enam buahnegeri Sabtu lepas ia menunjukkan pertembungan atau perang di antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu. Tampaknya demokrasi atau pilihan raya menjadi medan perang saudara di negara ini. Kandati pun ada serngan ke atas kaum lain, tetapi perang sesama Melayu lebih ketara dan hebat.

Realiti ini berlaku di Terengganu, Kelantan dan Kedah, ia tidak berlaku di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Pola pengundian ditiga negeri itu undi berdasarkan kaum. Rasis. 

Pihak yang kalah di tiga negeri itu ia membabitkan parti yang didominasi orang Melayu. Ternyata pihak PN menjuarai pilihan raya berkenaan. Apa yang dipilih atau menjadi tarikan orang Melayu ialah tawaran keagamaan dan kebangsaan. Di sini menunjukan isu agama memberi keuntungan kepada mereka dan sekaligua agama menjadi umpan lunak buat Melayu. 

Sunday, August 13, 2023

Kekalahan PH-BN tidak seteruk ditafsirkan (Bhg Pertama)

PASCA PILIHAN RAYA

Syabuddin akan menggalas
harapan rakyat Kelantan.
PILIHAN RAYA di enam buah negeri sudah pun selesai dan muktamad, diadakan semalam dengan
selamat dan tidak ada kejadian buruk berlaku. Keputusannya seperti dijangka mengekalkan kedudukan status quo. PH-BN mengekalkan tiga buah negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, manakala PN juga berjaya mengekalkan tiga buah negeri miliki mereka, Kelantan, Terengganu dan Kedah. 

Tiada kejutan rampas merampas atau terlepas negeri seperti mana yang dikecur dan diharapkan  sebelum ini. Pihak PN penuh confident mereka akan dapat merampas dua negeri Selangor dan Negeri Sembilan sambil mengekalkan Terengganu, Kelantan dan Kedah. Maka hebuhlah ditularkan digit 5 - 1. PN akan menguasai lima negeri dan PH-BN satu negeri sahaja. Dr Mahathir yang berdendam dengan Anwar Ibrahim ikut tumpang kempen dan membuat propaganda kononnya PN akan menang 5 - 1.

Thursday, August 10, 2023

Analisa 40 jam sebelum mengundi, ada kejutan?

ANALISA KEDUA

Poster gergasi PN-Pas menakluki
setiap pesimpangan jalan utama di Kelantan.
PENENTUAN pilihan raya dienam buah negeri akan diketahui kira-kira 43 jam dari sekarang. Parti-parti politik (PH-BN dan PN) kian giat berusaha memastikan kemenangan masing-masing. Dalam tempoh ini parti-parti politik bertanding akan mempertingkat usaha termasuklah membuat langkah dan serangan hendap terakhir. 

Senjata akhir akan dikeluarkan yang sukar untuk ditebak oleh pihak lawan. Senjata atau strategi akhir itulah yang akan melumpuhkan antara satu sama lain kerana pihak lawan tidak berkesempatan untuk menangkisnya yang dilakukan di saat-saat akhir. 

Justeru kedua-dua pihak kena berhati-hati dan waspada dengan senjata akhir, yang merupakan mainan jahat. Sudah ada desas desus senjata pembunuh berupa "panah sakti" akan digunakan? Satu naratif akan dibina untuk mempengaruhi pengundi walaupun ianya jauh dari kebenaran. Sasaran ialah kepada batang tubuh perdana menteri Anwar Ibrahim. Isu moral sekali lagi akan dijadikan senjata ampuh untuk berhadapan dengan Ph-BN (Harapan). Berwaspadalah.

Wednesday, August 2, 2023

Kedudukan pilihan raya enam negeri status quo

ANALISA AWAL

Perang bendera di persimpangan
Jalan AU - Taman Permata.
PERJALANAN pilihan raya dienam buah negeri ketika ini kian rancak sudah memasuki hari ke lima. Keadaanya juga semakin panas, suhu meningkat setiap jam. Parti-parti politik mempertingkat kempen masing-masing. Kemeriahan juga kian terasa apabila poster calon, baner, risalah kempen sudah dipasang atau diedarkan diserata tempat kawasan pilihan raya.

Sepanjang jalan dalam sesuatu bahagian kawasan pilihan raya sudah dipenuhi dengan pemasangan poster, signboard pelbagai bentuk. Keadaan ini akan jadi bertambah rancak lagi apabila masuk ke minggu kedua sehingga hari mengundi 12 Ogos kelak. Di simpang-simpang jalan perang poster calon sudah kelihatan.

Ceramah juga diadakan oleh kedua-dua pihak terutamanya PH-BN dan PN. Kebanyakan ceramah dibuat secara kecil-kecilan diada dipos-pos parti atau pun secara berkelompok. Para calon sudah mula kesuntukan masa untuk menemui pengundi seberapa ramai yang boleh. Dua minggu sebenarnya tidak mencukupi untuk mereka menyatuni pengundi terutamanya dalam kawasan mengandungi lebih 50,000 pengundi.