Sunday, November 29, 2020

PERHATIAN PENTING

SAYA mengucapkan terima kasih banyak kepada penjenguk blog Merah Tinta yang menyokong dan membantu saya dengan memiliki buku terbaru saya KEMENANGAN YANG DIKHIANATI, POLITIK BIPOLAR OT95 yang kini sedang berada di pasaran maya. Alhamdulilah sambutan sangat membanggakan walaupun kita kini diancam pandemik Coronavirus.

Perhatian kepada yang belum memilikinya boleh berbuat demikian selagi stok masih ada. Kerana buku ini cetakannya terhad ianya boleh dimiliki oleh mereka yang membuat tempahan awal. Untuk maklumat stok yang masih tersisa kini 142 naskah sahaja lagi sehingga malam ini.

Untuk penjelasan lanjut boleh WhatsApp langsung kepada saya No 019 233 6996 atau 016 844 3996. Terima kasih. [wm.kl. 11:20 pm 29/11/2020]

Wednesday, November 25, 2020

OT95 tidak mengaku tahinya walaupun dia yang berak

RESPONS 

OT95 terus psywar orang.
BARU lepas dengar wawancara eksklusif Nazri Kahar dengan Dr Mahathir Mohamad (OT95) menerusi Astro Awani. Saya dengar setelah wawancara itu sudah berlangsung 15 minit. Isu-isu 15 minit pertama terlucut. 

Dalam tempoh 40 minit, ada beberapa isu dibangkitkan merupakan perulangan apa yang telah ditegaskan berkali-kali sebelum ini. Cuba ditimbulkan oleh Nazri untuk mengetahui apakah OT95 konsisten dengan pendiriannya atau ada perubahan ekoran perkembangan terbaru politik di era pandemik ini.

Bajet 2021 indikator senario Piraum ke-15?

PERSEPSI

MATA pemerhati dan pemain politik kini tersorot kepada isu Bajet 2021 yang akan menemui titik akhir esok, 26 November. Esok Bajet 2021 akan diletakkan atas mirzan demokrasi. Persoalan yang tersebal dalam kepala hari ini apakah Bajet itu akan lepas ataupun tersekat. 

Bajet sulong kerajaan Curitokrasi ini benar-benar kontroversi menjadi Muhyiddin Yassin berdebar-debar dan tidak nyenyak tidur.

Debaran terhadap Bajet ini lebih tinggi denyutan debar semasa kali pertama Parlimen dibawah kerajaan PN bersidang untuk lantik Speaker dulu. 

Saturday, November 21, 2020

OT95 tulis hikayat membela diri

SUSUN PAGI

OT95 telah mengarang hikayat menafikan bahawa dia bukan penghalang kepada Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri. Hikayat itu ada diposkan dalam Facebooknya mungkin ditulis sepanjang malam tadi. Beliau menulis apabila mengenangkan janjinya untuk berundur sebagai perdana menteri selepas Apec.

Semalam sidang Apec sudah berlalu. Mungkin dia ingat dia masih perdana menteri dan hari ini dia perlu berundur demi menunaikan janjinya. OT95 terlupa bahawa sejak 25 Februari dia tidak lagi perdana menteri. Begitulah kalau sudah tua, segala-gala jadi lupa tetapi kita tetap mengagahi kita yang benar. Itu sifat lumrah seorang tua.

Wednesday, November 18, 2020

PERHATIAN

 

Terima kasih kepada penjengok dan rakan-rakan 
yang telah membuat tempahan pra-cetak. Tawaran 111 naskah
untuk pra-cetak sudah pun habis. Kini dibuka jualan umum. 
Terima kasih atas sokongan semua. 
 

Tuesday, November 17, 2020

Mengenali kelicitan Annuar Musa

CERMIN HIKMAT 

Annuar jangan
perkecilkan politiknya.

WALAUPUN sudah lebih lapan bulan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk tetapi ia masih belum menunjukkan kestabilan dan menenangkan semua orang. 

Pergolakan dan "soksek-soksek" yang kedengaran menjadikan ramai orang gundah gulana. Salah seorang yang begitu jelas keresahannya dengan kerajaan PN ialah seorang anggota jemaah kabinetnya yang juga ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa. 

Sunday, November 8, 2020

Menjawab kemusykilan Dr Lokman Hakim Sulaiman

REAkSI

Dr Lokman Hakim
Sulaiman

PERSOALAN yang diutarakan oleh Prof Kesihatan Awam daripada IMUKL Dr Lokman Hakim Sulaiman yang tertanya-tanya dengan langkah kerajaan mengenakan PKPB di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis, mungkin telah dijawab oleh mereka yang menghadami hujah-hujah dan persoalan dilontarkan Dr Lokman itu.

Mereka yang fasih dan tahu membaca kilat dalam kilau, ada ilmu politik, dimana "terkilas ikan di air sudah tahu jantan bertinanya" dengan mudah memahami kenapa kerajaan mengambil langkah mengenakan PKPB ke atas negeri-negeri berkenaan walaupun ia tidak sepatut dilakukan.

Friday, November 6, 2020

Rakyat Kelantan perlu berani untuk bela diri sendiri.

SUSUPAN MALAM

HARI ini ada ruang sedikit untuk mengisi blog setelah sibuk meyiapkan buku baru beberapa hari lepas. Apa yang hendak disentuh dalam post kali ini mengenai cadangan kerajaan Kelantan untuk meluluskan rang undang-undang bertujuan untuk meminda Enakmen (Saraan) Anggota-Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri 1980.

Tujuan pindaan ini adalah untuk membolehkan saraan atau gaji pokok wakil rakyat Kelantan dinaikkan dari RM3,000 hingga RM5,000. 

Thursday, November 5, 2020

Tawaran pra-cetak buku baru saya khas untuk penjenguk blog MT.

PERHATIAN

[Kemaskini]. Dimaklumkan tawaran pracetak sebanyak 111 naskah buku baharu saya telah habis ditempah sejak semalam. Maaf kepada mereka yang tidak sempat untuk menempah dan mendapat naskah tawaran berkenaan. Kepada yang telah menempahnya diucapkan berbanyak terima kasih.

Insya-Allah apabila buku berkenaan siap dicetak saya akan ikhlan menerusi blog ini dan juga media sosial saya di Fb, Twitter dan Instagram. Cetakan buku ini terhad. Wassalam.

Alhamdulilah menjelang pembentangan Bajet 2021 esok, pagi ini saya uar-uarkan tentang buku terbaru saya berjudul "Kemenangan Yang DiKhianati, Politik Bipolar OT95". Buku ini merupakan kronologi kejatuhan kerajaan PH lalu serta merungkaikan beberapa episod atau segmen yang tidak terungkap sehingga jatuhnya kerajaan 22 bulan itu.

Serentak itu bukan ini memperkatakan watak dan juga politik orang bernama Dr Mahathir Mohamad alis OT95. Kenapa ia dipanggil OT95? Sejarah kejahatan OT95 ini dapat dibaca di sini. 

Tuesday, November 3, 2020

Perhatian, sibuk mengerjakan buku baru.

Artwork beberapa
bab buku tersebut.
 
SEMINGGU saya tidak mengangkat apa-apa post atau bahan dalam blog ini kerana sibuk dan "kelelahan" menyiapkan buku terbaru yang kali ini merupakan buku yang paling tebal mencecah 500 muka surat. 

Buku ini merakamkan detik-detik  kebobrokan kerajaan PH dan juga kronologi kejatuhannya awal Februari lampau. 

Selain itu  buku ini juga memperkatakan untuk kesekian kalinya politik hati kering Dr Mahathir Mohamad, yang saya istilahkan sebagai "Politik Bipolar OT95". Apa dia politik bipolar itu?