Saturday, November 30, 2019

Amanah perlu dijana jadi parti Islam efektif

KONVENSYEN

PARTI Amanah Negara (Amanah) akan mengadakan konvensyen nasional kali ke 3, tanggal 6 hingga 8 Dismber depan berempat di IDCC Shah Alam, Selangor. Ia akan bermula dengan konvensyen Awan (Muslimat) dan Pemuda lebih awal. Tema konvensyen ialah, entah?

Konvensyen kali ini dikira hangat kerana ia membabitkan pemilihan dianggap kurba sejak parti itu ditubuhkan empat tahun lalu. Barisan kepimpinan yang ada sekarang walaupun merupakan barisan kepimpinan dipilih, tetapi ia masih bersifat "protem", kepimpinan asal apabila kebanyakan yang memanggungnya adalah pemimpin awal dari kalangan mereka yang bertanggungjawab menubuh Amanah.

Thursday, November 28, 2019

Tiada rombakan kabinet?

SERABUT MALAM

SELAIN daripada abu Chin Peng, bintang lima bucu bukan 14 bucu yang tersendak dalam kepala umum kini, persoalan lain yang sedang menari-nari dan mengigit kepala ialah rombakan kabinet.

Perkara merombak kabinet oleh Dr Mahathir ini dinanti-nanti macam menunggu hujan setelah guruh berbunyi sahaja. Tidak jadi-jadi dan tidak menjelma, macam setengah ahli kerohanian (tarikat) menunggu lama ketibaan Imam Mahdi.

Saya sendiri dah naik mual memikirkan perkara ini. Bagaimana pun saya konsisten, menunggu genap dua tahun Dr Mahathir memegang jawatan PM. Selepas dua tahun saya jamin ada perubahan besar akan berlaku. Dr Mahathir akan mengotakan apa dikatakan.

Tuesday, November 26, 2019

Tindakan dua Adun sebabkan kerajaan Melaka tercemar

ULASAN 

Adly perlu panggil
kedua-dua Adun tersebut.
APA yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri Melaka semalam mungkin ia dianggap kecil dan satu kejadian yang tidak dirancang. Namun dari segi maruah politik ia tidak boleh dipandang enteng sebab ia memberi kesan negatif.

Semalam pihak kerajaan gagal mendapat sokongan Dewan sebulat suara untuk dilantik Hasan Bachik sebagai anggota Dewan Negara.

Apabila cadangan dibawa oleh Ketua Menteri Adly Zahari itu terpaksa dijalankan undian pihak kerajaan kekurangan satu undi. 12 menyokong manakala 13 menentang.

Monday, November 25, 2019

Yang perlu dipecat Azmin bukan Zakaria

ULASAN

PKR sepatutnya mengambil tindakan
ke atas mereka ini.
TINDAKAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Ketua Cabang Bera Pahang Zakaria Abdul Hamid tidak memberi kesan besar jika tindakan itu bermaksud mahu meredakan suasana dalam PKR kini dan mengharapkan "musuh" berundur, sebalik ia menambah robekkan lagi liang luka dalam PKR.

Pemecatan itu tidak tambah menyembuhkan situasi yang ada, sebaliknya memporak perandakan lagi keadaan.

Saturday, November 23, 2019

Anwar perlu berada dalam kabinet segera

STOP PRESS

Dr Mahathir dalam sidang akhbar memberi tahu
tidak mustahil Anwar akan dibawa ke kabinet.
DENGAN mengambil kira apa yang diucapkan oleh Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad "tidak ada sesuatu yang mustahil boleh berlaku" ia bermaksud termasuklah Presiden PKR Anwar Ibrahim dibawa masuk ke dalam kabinet dalam masa terdekat.

Apa yang berlaku itu bukan sesuatu mengejutkan jika ia tertakdir demikian bahkan itulah yang dinanti-nantikan.

Tuesday, November 19, 2019

Majlis Aqiqah di Putrajaya gimik orang terdesak

ULASAN 

Inisiatif Azmin menyusahkan
Dr Mahathir?
MALAM tadi sekumpulan 22 ahli parlimen Umno telah bertandang ke rumah Azmin Ali di Putrajaya. Antara nama disebut Sembrong (Hishammuddin Hussein), Tanjung Karang (Noh Omar), Arau (Shahidan Kassim), Kinabatangan (Bung Mokhtar Radin) dan lain-lain.

Turut sama bertandang lima orang ahli parlimen Keadilan. Daripada lima ahli MP Keadilan yang dikenal pasti ialah Kamaruddin Jaafar (Bandar Tun Razak),  Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Abdul Rashid Hasnon (Batu Pahat).

Monday, November 18, 2019

Abstrak Pirake Tanjung Piai

ULASAN SUBUH

Calon BN Wee Jeck Seng diumum sebagai pemenang.
PIRAKE Tanjung Piai sudah berakhir secara rasminya jam 10:00 malam tadi apabila  Pengurus Pilihan raya kecil itu mengumumkan kemenangan kepada calon BN Wee Jeck Seng. 

Semua sudah tahu berapa majoriti diraih  Wee Jeck Seng serta undi yang diraih calon-calon lain. Di sini saya tidak perlu mengulangi menyebutnya lagi sebab ramai yang sakit hati membaca digit majoriti berkenaan. 

Saturday, November 16, 2019

Sejarah kekalahan paling buruk bagi parti pemerintah di Pirake Tanjung Piai

NOTA

[kemaskini] 
Keputusan rasmi Pirake P 165 Tanjung Piai.

Wee Jeck Seng (BN) 25,466. Majoriti 15,086.
Karmaine Sardin (PH) 10,380.
Dr Badrulhisham Abd Aziz (Berjasa) 859.
Wendy (Gerakan) 1,707.
Bebas (1) Ang Chuan Lock 380.
Bebas (2) Faridah Ariayani Abdul Ghafar 32.

KELMARIN dalam catatan saya dalam blog ini saya menyebut kalau PH kalah dengan majoriti lebih 5,000 ia sesuatu mengejutkan. Apa yang berlaku Pirake Tanjung Piai itu benar-benar mengejutkan, ia bukan sahaja memeranjatkan para penyokong PH tetapi penyokong BN juga.

Mereka tidak percaya kalau mereka boleh belasah PH sampai memperolehi majoriti lebih banyak daripada undi diraih PH. Sebagai parti kerajaan apa berlaku di Tanjung Piai itu cukup memalukan. Kekalahan itu satu sejarah dan rekod buat parti memerintah. Belum pernah berlaku parti kerajaan tewas dengan begitu besar.

Keputusan belum rasmi calon BN Wee Jeck Seng menang dengan majoriti lebih 10,000 undi.

Kalau pemimpin PH, (sebut sahaja namanya Mahathir Mohamad,) mengambil tanggungjawab atas kekalahan itu, beliau perlu meletakkan jawatan tanpa didesak. Dia perlu ikhlas untuk memikul kemaluan besar itu demi masa depan PH. Maruah PH hancur dan musnah dengan apa berlaku di Tanjung Piai itu.

Saya melihat kekalahan PH itu bukan suatu gurauan atau kenakalan kecil daripada BN. Tetapi ia isyarat besar yang boleh menumbangkan kerajaan PH dalam pilihan raya akan datang. Kekalahan PH dan kemenangan BN di Tanjung Piai itu seumpama terbukanya pintu empangan yang akan memecah dan memancutkan air ke luar.

Ia menyuntik semangat luar biasa buat BN.

Sewajarnya kalau keputusan Pirake Tanjung Piai itu dijadikan asas untuk gabungan PH dan kerajaanya melakukan sesuatu secepat mungkin. Majlis presiden perlu lebih berani untuk bercakap secara terbuka dan tidak perlu menghormat dan malu alah dengan pengerusinya bagi menyebut sesuatu

Saya akan mengulas lebih panjang dan mendalam esok. Izinkan saya rihat. [wm.kl.8:48 pm 16/11/19]

Friday, November 15, 2019

Hanya keajaiban memungkin PH menang di Tanjung Piai

PIRAKE TANJUNG PIAI (3)

Banner kempen PH yang memaparkan wajah
calonnya Karmanine Sardini.
MENITI masa-masa tersisa kurang 20 jam menjelang pengundian di Pirake Tanjung Piai, esok 16 November kita percaya para pengundi di Tanjung Piai yang sedia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih sudah pun membuat keputusan dan ketetapan masing-masing. Mereka sudah memutuskan calon mana dan parti mana yang hendak dipilih.

Bagi mereka yang berparti, menjadi ahli parti dan penyokong tegar sudah tentu telah membuat keputusan muktamad. Mereka sudah mengunci pilihan masing-masing tanpa boleh diganggu gugat lagi.

Nama calon dan warna parti sudah ada dalam kepala dan mata mereka.

Tuesday, November 12, 2019

PH hadapi Pirake Tanjung Piai tidak profesional

PIRAKE TANJUNG PIAI (2)

Ceramah PH di Ulu Pulai 10 November. 
APABILA saya mencadangkan agar Dr Mahathir Mohamad membuat suatu pengumuman mengejutkan di Tanjung Piai sempena lawatan berkempennya esok, saya rasa orang dapat memahami kenapa saya membuat cadangan itu.

Kejutan itu penting untuk mempengaruhi 52,000 pengundi di Tanjung Piai yang akan menunaikan kewajiban mereka pada 16 November nanti.

Tanjung Piai: Dr Mahathir perlu buat kejutan

Suasana di satu simpang jalan ke Serkat Tanjung Piai. 
PIRAKE TANJUNG PIAI

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memanggil Najib Razak untuk membela diri ke atas ketujuh dakwaan menyeleweng dalam perbicaraan syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta tidak banyak mempengaruhi mood pengundi di Tanjung Piai. 

Pun begitu keputusan mahkamah itu tidak begitu menggegarkan Tanjung Piai.

Friday, November 8, 2019

Parti agama kerasukan di Tanjung Piai

ULASAN

Hadi jinjing tangan Wee Jeck Seng
tanda sokongan penuh.
PENERIMAAN secara terbuka Parti Agama Malaysia (Pam) terhadap calon BN daripada MCA di Pirake Tanjung Piai bukan satu tindakan mengejutkan. Bagi yang sudah lama "geli geleman" dengan cara Pam berpolitik ia sikit pun tidak menghairankan.

Bagaiman pun bagi mereka yang selama ini menerima setiap segala hukum dan doktrin politik parti itu, mungkin terperanjat dengan keputusan diambil Pam itu, menyokong seorang calon yang bukan apa yang ditegaskan sebelum ini. Wee Jeck Seng adalah seorang bukan beragama Islam. Dia adalah kafir.

Apabila Pam memalingkan kiblatnya menyokong bukan Muslim satu kelakuan yang pelik. Jika ia diibaratkan kepada manusia, tindakan itu seperti orang dirasuk hantu. Orang dirasuk tidak tahu apa yang berlaku kepada dirinya.

Dongeng Wagyu berakhir dengan kelahiran "Sauda'."

SUSUPAN PAGI
Sauda' selepas beberapa jam dilahirkan.
SEJUJURNYA apabila Senator Husam Musa memberi tahu sepasang Wagyu akan sampai ke rumahnya, reaksi saya tidak begitu merujakan. Saya hanya dengar acuh tak acuh sahaja.

Saya terfikir itu adalah ilusi bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan era Tokguruku Nik Aziz itu yang suka bermain dengan pelbagai cita-cita anehnya mengenai dunia pertanian dan penternakan. Husam memang begitu mencintai dunia pertanian.

Saya tidak mengambil pot "setara" mana pun.
Sehinggalah Wagyu itu sampai ke rumahnya dan gambar mengenainya di WhatsApp kepada saya, baru saya mengira, beliau serius.

Apa khabar Tanjung Piai?

RINGKAS
BARU mendapat maklumat mengenai Pirake Tanjung Piai daripada seorang teman wartawan veteran yang bermukim di sana sejak Isnin lalu. Kempen Pirake Tanjung Piai sudah memasuki hari ke lapan hari ini, bermakna sudah lebih separuh ia berjalan. 

Hari mengundi pada 16 bermakna ada enam hari sahaja lagi.

Daripada laporan teman itu, kedudukan dan peluang di Tanjung Piai di antara PH dengan BN masih belum berubah. Apa yang saya gambarkan sebelum ini, PH akan kecundang masih kekal.

Apa yang ketara berlaku di Tanjung Piai pengundi berbangsa Cina sudah berpihak kepada BN. Undi Cina untuk BN ada peningkatan. Adapun undi Melayu masih kekal seperti Piraum lalu. Kenapa ini berlaku seperti saya katakan, Cina tetap mengundi Cina walaupun di mana mereka berada. Inilah perbezaan dengan orang Melayu yang sangat diplomasi dalam berpolitik dan sedia bertolak ansur.

Friday, November 1, 2019

Tanjung Piai serlah politik "songsang kala" Pam

SUSUPAN PAGI

PEMIMPIN tertinggi Parti Amanah Negara (Amanah) termasuk dua Naib Presiden, mempertikai dan "bersendakwa hanyir" dengan tindakan Pam yang menyokong calon BN daripada MCA Wee Jeck Seng dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Mereka menyifiatkan tindakan Pam itu sebagai membodohkan ahli dan juga menelan ludah sendiri sekaligus menjelaskan parti itu bukan tidak sahaja konsisten dalam kata-katanya tetapi menjurus ke arah bersikap munafik.