MENJOLOK MENTARI
Sehingga tulisan ini diperbuat kedudukan parti-parti pembangkang yang berhajat untuk menentang BN dalam Piraum akan datang masih belum memutuskan pendirian mereka. Kerjasama menerusi Pakatan Harapan (PH) yang sudah digagaskan juga belum mendapat konsensus menyakinkan. Belum mantap.
Kalau ia boleh dianggap padu dan jelas hanya di antara dua buah parti sahaja, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). Dua buah parti lagi, PKR dan PPBM masih berjerubu, ketidaktentuan hala tuju, sementara sebuah parti lagi (parti agama) sudah boleh di ignore.
Kedua-dua parti ini, DAP dan Amanah tidak banyak membuat kerenah. Mereka nampak kosentrek untuk berhadapan dengan BN walau apa pun akan berlaku. Kedua-dua parti ini tidak mengelirukan pandangan umum dan rakyat. Inilah gaya politik yang dimahui, tegas dan pantas.
Sementara dua buah parti lagi, PKR dan PPBM masih lagi belum kejap dan masih teraba-raba mencari jalan yang dianggap paling ideal. Kedua-dua parti ini umpama berada dalam guni yang diikat kemudian dicampak ke dalam gelap gulita. Strateginya tidak jelas dan kabur.