Bentara siap untuk bawa Husam keluar. |
Persidangan kali ini dianggap sebagai persidangan terakhir untuk parlimen ke 13. Sebab itu beberapa orang Adun dari BN seakan mengucap sayornara kepada Dun Kelantan, dengan memohon kemaafan jika selama menjadi wakil dan berada dalam Dun itu melakukan salah dan silap.
Permohonan itu mungkin merasakan mereka tidak lagi akan bertanding dalam Piraum akan datang dan tidak lagi berada dalam dewan berkenaan. Setengahnya sudah lima hingga enam penggal berada dalam Dun berkenaan. Piraum ke-14 dijangka akan diadakan pada tahun ini. Manakala parlimen ke 13 genap pada Mei tahun depan.
Berbeza dengan Adun dari kerajaan (Pas), tidak ada seorang pun menyuarakan nada apologetik walaupun ada setengahnnya sudah empat penggal. Seolah-olah mereka yakin dalam sidang akan datang mereka masih akan memasuki Dun berkenaan. Optimis bahawa parti mereka masih menguasai Kelantan.
Apapun sidang Dun terakhir ini mencatat sejarah dan membawa signifkan tersendiri. Sejak 27 tahun lalu Pas menguasai dewan berkenaan, dengan tiga orang Speaker, bermula dengan Allahyarham Omar Mohamad, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, kemudian terkini Abdullah Yakob, pada sidang kali ini menyaksikan seorang Adun dihalau keluar dibawah peraturan Dewan.
Abdullah Yaakob asalnya Imam Kampung. |
Husam yang dinafikan haknya untuk mengambil peluang membahas titah ucapan Pemangku Sultan semalam dan pagi ini, mencuri peluang semasa Ahmnad menggulung perbahasan, dengan harapan ada ehsan dari MB itu tetapi gagal. Lebih dua kali Husam merayu meminta peluang kepada Ahmad tetapi tidak diendahkan. Entah macam mana kali ini Ahmad tidak jadi pemurah mungkin kerana terkesan dengan isu pembubaran Cawangan Pas Kampung Laut yang terletak dalam kawasannya.
Husam respons untuk mendapat peluang itu apabila Ahmnad diawal penggulungan lunak merdu membaca ayat Quran menjelaskan Islam membenarkan perundingan dan menyatakan kehadiran setiap anggota Dewan untuk berbincang dan berunding demi kepentingan rakyat dan negeri, tetapi Ahmad tidak sedia menuruti apa yang dibaca seperti dimaksud ayat Quran itu.
Memandangkan Husam enggan duduk, Speaker yang sebelum ini menggunakan kuasa veto untuk menghalang Husam daripada berbahas selepas Dewan berhenti rihat, dengan angkuh menggunakan kuasa vetonya sekali lagi untuk memerintah Husam diiring keluar.
Tidak ada apa masalah bagi wakil tunggal Amanah itu dan boleh jadi beliau sengaja bertindak begitu untuk diperlakukan demikian kerana tindakan Speaker itu akan memberi keuntungan (political mileage) kepadanya.
Orang diluar akan melihat Husam adalah pejuang rakyat yang berdiri di Dewan yang bangkit membawa suara rakyat. Orang akan mentafsirkan suara Husam disekat kerana dia cuba membangkitkan apa-apa yang tidak betul dilakukan kerajaan.
Penyekatan itu akan diterjemahkan kerajaan sebagai pengecut dan cuba melindungi sesuatu keburukan dari dibentangkan dalam Dewan.
Pemerhati di luar tentu suspen apakah yang akan dibangkit dan dibongkar kali ini sehinggakan dia dihalang. Tentu orang berfikir isunya besar dan mengejutkan?Tindakan itu tidak mengutungkan pihak kerajaan.
Tindakan membawa Husam keluar itu adalah sejarah bagi Dun Kelantan. Sejarah yang anti klimeks. Pemerhati akan melihat Dun Kelantan sama juga dengan Dun-Dun negeri lain atau Parlimen sendiri yang dikuasai UBN yang dituduh sebagai bersikap tidak adil ke atas pembangkang selama ini.
Speaker khasnya di Parlimen sering menggunakan kuasa yang ada kepadanya untuk menutup keburukan dan mempertahankan wakil kerajaan dengan bertindak menggantung ahli dewan atau pun menghalau keluar.
Tindakan Abdulah itu bukan sahaja tidak demokratik, tidak adil dan tidak saksama tetapi dia mempertahankan sesuatu perkara yang boleh menjejaskan nama baik dan reputasinya sebagai Speaker. Tindakan itu tidak bijak dan menggambarkan beliau seorang pengadil yang gagal melaksanakan persidangan dengan adil dan berat sebelah. Apakah beliau faham fungsi dan falsafah seorang Speaker?
Jelas beliau tidak bijak dan tidak reti mengira masa kerana hanya beberapa minit selepas beliau mengarahkan Bentara mengiring Husam keluar, beliau menangguhkan persidangan. Sungguh tidak berbaloi.
Rasanya belum sampai Husam melangkah meninggalkan pintu Dewan, Dewan ditangguhkan oleh Speaker. Bukankah lebih baik dan manis kalau beliau menangguhkan Dewan ketika semua 59 ahli Dewan berada di kerusi masing-masing memandang persidangan mungkin yang akhir. Tentu ia dilihat harmonis dan ini menggambarkan Dewan itu di sebuah negeri Islam.
Sekiranya Abdullah mempunyai integriti dan mahu dilihat Speaker yang mesra Dewan dan profesional beliau tidak menggunakan peraturan Dewan itu yang dikira paling akhir dan terdesak untuk menghalang Husam. Selamanya sejarah akan mencatat Abdullah telah mencorengkan punggungnya dengan dakwat hitam.
Beliau akan dianggap bukan sahaja seorang Speaker yang tidak adil, tidak profesional tetapi juga seorang Speaker yang digerahamnya dipasang ensel untuk mempertahankan kerajaan sehingga mengorbankan intergitinya seorang Speaker yang seharusnya terbuka dan adil bagi dihormati. Abdullah adalah penjaga pintu kurang berhemah lebih kejam dari Malik Zabaniah. [wm.kl. 1:20 pm 22/03/17]
18 comments:
Seorang Ahli Parlimen/ADUN yang baik ialah bila dia patuh pada peraturan. Peraturan sekecil ini pun Husam tak patuh, inikan pula peraturan besar yang lain? Contohilah Dr Tan Seng Giaw walaupun beliau bukan Islam.
Lepas ni takde la kelibat husam dlm dun klate..pengundi salor akan halau terus dari arus politik kelantan
Apakah contoh yg baik yg telah ditunjukkan oleh ADUN PAS..... langsung tidak menggambarkan ciri2 islamik. Amat memalukan bilamana ADUN PAS yg juga MB Kelantan tidak berani memberi laluan ADUN Amanah yg juga merupakan mantan exco negeri. Itu belum lagi memerintah Malaysia.... sudah pasti sikap tidak adil akan menjadikan musuh politik akan lebih mudah dihukum dibawah undang2 Islam
Baik klate gi semula ke bn..puak2 isle terlopong..
Dari hari pertama sampai habis langsung tak bagi peluang. Dah la bersidang 2 hari setengah je. Exco pun sibuk nak berceramah. Betul betul buang masa
Cukuplah.... kali ini ana tidak akan Undi PAS...
Rasanya lepas ni takde kelibat PAS dlm DUN Kelate. Samada Amanah/PH atau UMNO/BN yg akan ambil alih.
Assalamualaikum wbt. Hingga kini kami masih lagi tercari-cari contoh persidangan yang betul-betul Islamik. Semoga contoh itu akan kelihatan juga nanti. Amin. Wassalam.
Betol tu...PRU blom mula ada yng dh tau Husam ada ke x der..mcm2 bole jadi..kuasa Allah melebihi segalanya..jngn confiden sngt..
Mgkn pas ni saya tak akan undi PAS lagi..cukup lah 3 kali sy undi pas..pas da banyak berubah berbanding dulu..
Semoga Allah permudahkan segala urusan YB Huse yg mendatang ..
Huse ni lahir bukan untuk cakno kelate sajo tapi untuk negaro malaysia, kato2 TGNA masih kawe ingat .. Demo hebat gu .. keep it up..
Di maklum kan dari awal ketika MB mengulung hujah beliau memetik ayat Al Quran yg mengatakan di dalam Islam perundingan adalah di benarkan . MB ni TMA & ahli majlis syura ulamak , jika beliau sendiri x beriman dengan ayat2 Al Quran yg beliau sendiri petik & di jadikan hujah , apa jenis ulamak macam ni . Cakap x serupa bikin .Ya jadikan Tan Seng Giaw sebagai contoh walaupun bukan ulamak beliau selalu cakap serupa bikin . Ini jelas menunjukkan Cina kapir DAP lebih mulia dari Ulamak PAS . Pelik jugak bila walaun PAS amik cina DAP sebagai contoh sedangkan PAS x nak berkawan langsung dgn DAP . Pelik Puak2 PAS la ni . Bila berhujah cakap dan macam pemimpin2 mereka . Buat lain cakap lain . Kasihan
terbaik saudara lan ..kita serupa ...cakap tak serupa bikin
Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid Bin Harithah RA katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Lalu terkeluarlah isi perutnya dan berpusing lelaki itu dalam neraka seolah-olah keldai memusing kisaran“ Lalu ahli neraka berkumpul kepadanya dan bertanya, “Wahai fulan, mengapakah engkau ini? Tidakkah engkau dahulu menyuruh kepada kebajikan dan melarang daripada kemungkaran?” Jawabnya, “ Ya, aku menyeru kepada kebajikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan melarang daripada kemungkaran tetapi aku mengerjakannya”.
Bukhari dan Muslim
Alhamdulillah Sidang Dun Kelantan telah tamat / ditangguhkan, Sejarah telah tercipta begitu indah di negeri membangun bersama Islam.
Semua rakyat malaysia bahkan dunia Islam dapat menyaksikan akan kehebatan sidang Dun kali ini, sedang asik kawe berfikir akan kehebatan nya timbul satu perasaan sedih malah hampir keluar air mata, bila mana mata di penuhi air lalu kawe pejamkan mata, tetiba kawe terlihat wajah aruah tuan guru nik abdul aziz dihadapan kawe, lalu bertanya tok guru yang ku kasihi kenapa kerajaan kelantan sekarang berubah jauh pertadbiran dari tok dulu nampak macam keretapi nak jatuh dari landasan, adakah Allah sudah murka.
Wajah tok guru ku hilang aku pun buka mata rupa rupanya aku berkhayal (koyal seorang ).
sudah lah bertengkar kata sama ada pauk pas atau amanah tingkat kan usaha untuk PRU yang dah hampir tiba. kawe tengok pimpinan pas tidak berapo peduli rakyat doh, pimpinan amanah peduli rakyat bawa jalan aruah tok guru. ..maka bila Pru kawe balik untuk amanah.
Belum lg memerintah negeri2 lain mereka menunjukkan yg mereka adakah ularmak sejati.. tak mau menyemarakkan demokrasi dlm dun. Kamu lah makhluk yg membuat Islam dipandang rendah oleh bukan Islam. Sesungguhnya kami bermohon kpd Allah swt supaya mereka ini tidak lag dipilih oleh rakyat kerana mereka menggunakan agama Islam utk kepentingan peribadi mereka. Manusia2 laknatullah yg bertopengkan ugama
ligat juga politik Kelantan ni mcm ligat gasing berpusing tapi tak ke mana-mana, duduk di situ juga. Bila ada teguran dan tegutan itu disekat nyatalah bhw saat kehancuran telah tiba, sama mcm Malaysia yang menuju kehancuran. just
sunguh jauh dr amalan dan cara tindakan arwah tokguru apabila berhadapan dgn apa2 masalah. masih berfikir dan akan berfikir
Unsur2 permusyawarahan diketepikan. Teguran dan nasihat tidak diendahkan. Golongan seislam yang tidak sehaluan dilabelkan sebagai munafik dan disumpah-seranahkan. Saban hari hanya pangkat dan parti yg sibuk untuk dipertahankan. Jarang sekali didengar permasalahan rakyat diperbincangkan.
Aku sudah malu dengan pemimpin-pemimpin yang kononnya ulamak yg ada sekarang. Seandainya Tok Guru masih ada....
Mohon maaf pada pejuang2 terdahulu yg sehabis kudrat bermandi keringat untuk menolak UBN dr tampuk pemerintahan. Aku terpaksa berpaling kerana hala tujunya sudah tidak seperti dulu lagi. Selamat tinggal dan selamat maju jaya untuk Pas.
Post a Comment