Monday, March 31, 2008

Enekdot Politik

Pendeknya Akal Politik Khir Tempe

PAGI ini baru saya mendapat jawaban kenapa Umno Selangor kalah dalam pilihan raya lalu dan Mohamad Khir Toyo (Khir Tempe) terlepas untuk menjadi MB walaupun partinya mendapat majoriti dalam DUN Selangor.

Sebabnya ialah kerana akal politik Khir Tempe ini sungguh pendek sekali.

Bila akal pendek maka sukarlah untuk Khir menyelami sesuatu yang bersifat zeni ataupun seni. Apa yang beliau nampak hanya apa yang tergalang di hadapan mata sahaja. Begitulah apabila diajukan mengenai evolusi ke atas wajahnya, beliau memberi alasan kerana beliau mengamalkan makanan tradisional Jawa iaitu tempe.

Ramai orang tergelak dan merasa lucu atas jawaban pendek akal Khir Tempe itu.

Dan pagi ini (seperti mana dilapor akhbar), Khir Tempe sekali algi menunjukkan kependekan akalnya. Katanya beliau tidak nampak yang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) serius untuk berentak dengan Abdullah Ahmad Badawi bagi merebut kerusi Presiden Umno.

Apakah Khir tidak tahu apa yang dibuatkan oleh Ku Li sehari dua ini. Bahkan Ku Li bukan sehari dua ini bersiap dan buat homework untuk lawan Abdullah tetapi sejak setahun lalu.

Seharusnya mereka yang menggemari tempe bijak dan berpandangan jauh. Dapat menyelami apa yang tersurat dan tersirat. Kalau benda yang ada depan mata pun tidak nampak, alamat nak ...... lah kata P Ramlee.

Mungkin juga Khir Tempe tidak nampak apa yang berlaku sebab beliau tidak ke mana. Sejak kalah dalam pilihan raya asyik berkurung dalam rumah sahaja. Katanya dua tiga hari selepas kehilangan jawatan MB Selangor, Khir jadi sasau. Menangis dan mengurungkan diri di sebuah hotel di Shah Alam!

Cuba keluar dan lupakan kesakitan kerana kalah itu. Tenguklah alam sekitar yang hijau, lautan yang sudah hilang kebiruannya. Pandanglah dengan mata yang luas laksana mata Keadilan. Renung ke langit pandang dan tenunglah bulan Purnama yang megah tersenyum... barulah Khir Tempe akan tahu sejauh manakah serius atau tidaknya Ku Li.

Satu lagi bukti mengenai kependekan akal Khir Tempe ini, kalau dia berakal panjang pasti beliau masih boleh menjadi MB Selangor.

Kenapa tidak Umno /BN mendapat 20 kerusi di DUN Selangor, PKR hanya 15 dan DAP 13 manakala Pas 8. Tenunlah dari kitab ilmu hisab mana pun Umno/BN mendapat majoriti.

Sepatutnya Khir boleh memohon kepada Tuanku Sultan untuk angkat sumpah menjadi MB atas alasan partinya mendapat manjoriti. Soalnya selepas itu nanti beliau akan menghadapi undi tiak percaya oleh PKR-Pas-DAP, di DUN Selangor itu cerita lain.

Masa 60 hari semasa menjadi MB Khir boleh berunding dan berkira. Penyelesaian boleh dicari. Berbagai formula lagi boleh direka dan dilaksanakan. Tetapi kerana akal pendek, Khir tidak tahu hendak mendarab dan mencongakkan angka-angka itu semua.

Khir harus faham politik Malaysia hari ini sudah terpotang panting, tidak tahu kepala ekor lagi. Dah songsang tergalang. Tenguk apa yang berlaku di Perak, parti (Pas) yang dapat kerusi paling kecil dapat jadi MB, manakala di Terengganu Ahmad Said seorang senyawa sahaja, tetapi alih-alih dapat jadi MB.

Dalam hal ini Khir juga rupa-rupa tidak mempunyai biduwanda politik yang cekap dan bijak. Yang tidak boleh merancang dan menasihat Khir bertindak segera dan melakukan bingkisan-bingkisan ajaib untuk menyelamatkannya. Barang kali begitulah kalau hanya memiliki penasihat yang kerjanya membuncitkan perut dan yang bermulut luas muncung panjang tetapi tidak brilliant.

Tetapi dipendekkan cerita, kerana Khir Tempe sendiri pendek akal maka segala-galanya terlepas. Hendaknya selepas ini Khir jangan sahaja asyik mengevolusikan wajahnya tetapi kenalah juga perpanjangkan akal politik! Maaf. [wm.kl 8:45 am 31/03/08]

Sunday, March 30, 2008

Sebelum Tidur

Siapa Speaker DUN Kelantan?

(kemaskini) TANGGAL 28 April ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), dijangka akan dipanggil ke persidangan khas untuk memilih Yang Dipertua (Speaker) DUN Kelantan. Speaker DUN Kelantan yang lalu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah tidak mungkin lagi dipilih. Wan Rahim kini ahli Parlimen Kota Bharu.
Siapa bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Wan Rahim masih menjadi tanda tanya. Samada Timbalan Speaker, Nasaruddin Daud (Adun Meranti) akan dinaikkan pangkat sebagai Speaker DUN masih menjadi tanda tanya.

Ini kerana ada tanda-tanda menunjukkan kerusi Speaker DUN Kelantan menjadi minat banyak tokoh. Lobi melobi secara halus juga dikatakan sudah pun berjalan.
Sekiranya mengikut ghalib jawatan itu seharusnya diserahkan kepada Nasaruddin. Ada kesesuaian kalau diberikan kepada Nasaruddin. Selain beliau pernah menjadi timbalan Speaker, perlantikan itu juga sebagai proses kenaikan pangkat.
Tidak ditawar

Beliau sudah berkhidmat sebagai Adun, masuk penggal ke empat. Elok kalau Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan itu diangkat menjadi Speaker. Apa lagi beliau juga tidak ditawarkan untuk menjadi ahli Exco.

Bagaimana pun peluang Nasaurddin mungkin terlepas apabila kini timbul nama lain yang dikatakan sedang melobi untuk menduduki kerusi ‘pengadil’ DUN Kelantan itu. Bekas Setiausaha Umno Kelantan, Rosli Ibrahim yang menjadi calon Pas di DUN Kok Lanas dikatakan berminat untuk mengisi jawatan berkenaan.

Rosli dikatakan sudah mula bergerak ‘menjual diri’ untuk mengisi jawatan berkenaan. Khabarnya ada tokoh tertentu di Kelantan memberi sokongan dan galakan kepada beliau. Nampaknya Rosli ke hadapan dalam hal ini. Kesungguhan ini jelas apabila Rosli dikatakan menolak tawaran untuk dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Besar.

Tahap lobinya bukan saja di sekitar restoran Mutiara atau di kaki lima kedai Jaafar Rawas di Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu atau di kedai kopi nasi kerabu daging bakar di Salor, namun sudah sampai ke Kuala Lumpur.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa juga khabarnya telah dihubungi meminta Rosli dipilih sebagai Speaker.

Langkah dan angan-angan Rosli itu nampak terlalu awal. Mungkin ia bukan dari kehendaknya tetapi kehendak tokoh lain yang dilihat menjadi pendayungnya selama ini. Beliau pernah ke China bersama seorang tokoh Pas Kelantan beberapa bulan sebelum pilihan raya. Untuk apa dan mengapa tidak diketahui sedangkan ketika itu Pas melarang Adunnya ke luar negara.

Hubungan intim Rosli dengan tokoh ini mungkin menjadikan Rosli berani untuk menuntut sesuatu yang lebih dari sepatutnya selepas beberapa hari menyertai Pas.

Mempunyai kelayakan

Alasan yang diberikan kenapa Rosli perlu diberikan jawatan itu ialah kerana beliau tewas dalam pilihan raya lalu. Rasanya alasan itu kurang tepat dan relevan kerana selain Rosli masih ada tujuh calon lagi yang tewas. Apakah ketujuh-tujuh calon yang tewas itu tidak mempunyai kelayakan untuk dipertimbangkan dilantik menjadi Speaker?

Tidak sewajarnya juga kalau Pas Kelantan melayani Rosli sampai ke peringkat itu. Pesuruhjaya Pas Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat harus tidak mudah termakan gula-gula yang dihulurkan oleh tokoh tertentu agar menerima Rosli sebagai Speaker.

Jika hendak dikira dengan apa yang Rosli terima sudah cukup daripada sepatutnya. Beliau menyertai Pas umpama baru petang semalam. Sebaik menyertai Pas terus diberi jawatan sebagai Penyelia DUN mengenepikan bekas Adun Ketereh (Kok Lanas) sebelum ini, Shaari Awang Hamat.

Selepas itu pada pilihan raya lalu beliau sekali lagi diberi habuan dengan dipilih menjadi calon Pas di Kok Lanas. Selain mendapat nikmat menjadi Penyelia, menjadi calon, Rosli juga dikatakan mendapat beberapa habuan kebendaan lain (benda keras) yang dianggap fantastik nilainya jika diukur dengan diri beliau.

Beliau juga dilantik menjadi Pengerusi kepada sebuah syarikat yang mengendalikan media massa Pas Kelantan dengan imbuhan dan elaun yang boleh tahan. Jarang orang muhajir diberi peluang sebegitu luas sekali.

Alasan beliau tidak mempunyai kerja juga tidak munasabah. Kerana orang kampung saya yang menyertai Pas sejak Pas menggunakan tangan sebagai lambangnya sampai kini masih belum dapat kerja yang dianugerahkan parti!

Hendaknya Pas dan Nik Aziz khususnya jangan terlalu manja dalam hal ini. Tok Guru harus tenguk belakang depan sebelum bersetuju atau menerima mana-mana cadangan agar Rosli dilantik menjadi Speaker. Lebih afdal dengar dan terimalah juga pandangan daripada pemimpin lain dan bukan taksub kepada seseorang saja! Kalaupun kita sayang kepada seseorang jangan percayakannya seratus peratus!

Memang Rosli kini sudah mengangkat syahadah bersama Pas. Namun peristiwa lampau juga harus dikenang dan diingat kembali. Sewaktu Pas berhadapan dengan masalah kerana bergaduh dengan Parti Semangat 46 tahun 1995 dulu, ketika itu Rosli bukan sombong lagi untuk bersama Pas.
Pas pernah mengundangnya untuk bergabung dengan Pas, namun tidak ada apa-apa respons daripada Rosli. Bahkan bila ada pemimpin Pas waktu itu membayangkan beliau akan menyertai Pas, disamannya pemimpin berkenaan. Ironisnya orang yang disaman itu kini menjadi kawan baiknya pula.
Hanya Allahyarham Haji Nordin Yaacob saja yang berkorban untuk bersama Pas sampai ke akhir hayatnya. Pengorbanan besar Haji Nordin itu pun setakat menjadi Yang Dipertua MPKB selama setahun sahaja dengan imbuhan sebanyak RM1,000 sebulan.

Ada muslihat

Jasa sejemput dan budi setitik Rosli jangan mudah terpesona. Keinginan ataupun usaha pihak tertentu untuk membawa beliau ke DUN itu tentu ada muslihat yang hanya orang itu saja mengetahuinya. Politik serba boleh jadi!

Rosli menyertai Pas hanya setelah beliau ada masalah dalam Umno. Sekiranya beliau tidak ada penyakit dalam Umno pasti beliau tidak akan meninggalkan Umno.
Adalah elok sebelum dimuktamadkan untuk melantik Rosli Pas Kelantan dan Nik Aziz hendaklah menyelidik dan membuka fail peribadi Rosli. Dalam Islam pun kalau seseorang itu masih telor bacaan (Quran) ia tidak diangkat untuk menjadi iman.
Sekiranya Rosli diangkat juga menjadi Speaker atas desakan tokoh yang ke Cina bersamanya, dibimbang ia akan menimbulkan implikasi lain. Akan timbul kemarahan di kalangan ahli Pas lain, dan mereka yang merasa berhak untuk menjadi Speaker pula akan terkilan.

Sekiranya Pas tetap tidak mahukan kepada Nasaruddin menjadi Speaker, Pas masih ada seorang lagi calon yang layak dan sudah pun berpengalaman menguruskan persidangan DUN Kelantan. Tokoh itu ialah Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh. [wm.kl. 9:10 am 30/03/08]

Enekdot Politik

Tahniah Ahmad Said dan Dr Hassan Ali

ADA dua visual disiarkan TV3 lewat Buletin 1:30 sekejap tadi menarik perhatian saya. Pertama ialah majlis angkat sumpah Ahmad Said sebagai MB Terengganu. Kedua visual Dr Hassan Ali potong reben menandakan perasmian loji air di salah satu tempat di Selangor.

Perasaan berbeza bila melihat kedua visual itu. Tak kala melihat visual majlis angkat sumpah (yang disiarkasn secara sedarhana saja) perasaan terusik apabila melihat MB Terengganu yang baru berpelukan dengan bekas MB Terengganu, Idris Jusoh.

Mereka berpelukan dan sambil membisik sesuatu. Aksi itu menyentuh kalbu kerana itulah sifat-sifat yang dikehendaki oleh agama, bermaaf-maafan apabila antara satu sama lain ada terasa hati atau tersinggung perasaan.

Apa yang ditunjukkan oleh kedua mereka itu adalah satu sikap orang politik yang gentlemen dan bernilai tinggi. Mereka mampu melupai segala titik bengik demi kebaikan bersama.

Dalam dunia politik, pemainnya boleh bergaduh macam dunia hendak khiamat esok! Namun adapabila sudah ada penyelesiaan pergaduhan pun selesai serta merta. Biasanya rakyat dan pengikut menjadi mangsa kerana terbawa dengan sentimen mempertahankan juara masing-masing.

Sebaiknya bagi para penyokong selepas juara berbaik, maka pengikut dan penyokong juga hendaklah berbaik sama.

Syabas diucapkan kepada Ahmad Said dan Idris Jusoh yang sangup hadir pada majlis yang tentu sangat menyentuh jiwanya itu. Itulah semangat ahli politik sebenar, berani mengaku kalah dan cepat insafkan diri.

Manakala takkala melihat visual Dr Hassan Ali memotong reben merasmikan loji air, timbul satu perasaan puas di dalam jiwa! Kerana bukan saja Dr Hassan tetapi banyak orang mahu melihat ada pemimpin Pas dan pembangkang lain yang berbuat demikian.

Kalau selama ini yang tarik langsir, letak plak, potong reben atau tembak pistol melepaskan sesuatu perserta hanya di kalangan pemimpin Umno dan BN saja. Kali ini tugas itu sudah bertukar tangan kepada pemimpin pembangkang pula.

Cuma beberapa minit selepas memerhati aksi itu, tertusuk di dalam hati sebuah harapan, aksi itu tidaklah pula menjadikan orang seperti Dr Hassan Ali seronok melampau sehingga melupai daratan.

Walaupun sudah mengambil sebahagian tugas pemimpin Umno dan BN, namun diri hendaklah senantiasa istiqamah dengan sifat sedarhana dan tidak mudah lupakan daratan.

Tahniah dan syabas juga kepada Dr Hassan Ali, yang mana selepas ini bolehlah beliau berkira-kira untuk mengembalikan semula kerusi Naib Presiden Pas yang ditinggal tanpa sepatah berita ketika muktamar tahunan tahun lalu. [wm.kl. 2:00 am 30/3/08]

Susupan Pagi

Mustapa Mohamed Pula Nak Pelihara Kambing

SAYA tersenyum simpul sendiri apabila membaca cadangan Musatapa Mohamed hendak tingkatkan pengeluaran daging kambing dalam negara dan melihat gambarnya sedang melawat kandang kambing di Negeri Sembilan Darul Khusus.


Dua perkara yang mengamit kepala saya tatakala membaca kenyataan itu dan melihat gambar Mustapa bersama kambing itu; pertama mengenai nasib seseorang menteri yang saling tidak tumpah seperti robot.


Mereka akan berkerja di mana saja yang tuan mereka letak. Dipulas spring maka mereka pun bergerak. Sebelum ini Mustapa berkerja di universiti jaga mahasiswa. Belum selesai di universiti kini diletak di padang pula untuk menjaga kambing dan sayur-sayuran.


Walaupun kerja Mustapa tetap sama iaitu menjaga mahkluk yang hidup, namun naluri dan nafsu mahluk itu sangat berbeza.


Sekali imbas lebih senang jaga orang daripada mengawal binatang berjanggut itu. Yalah orang ada otak dan akal, manakala binatang hanya ada otak saja tetapi tidak ada akal.


Tetapi jika dihalusi, menjaga orang lebih susah sebab dia ada akal, di mana ada kalanya ia bertindak jauh daripada orang lain. Berbeza dengan kambing yang hanya fikir soal, makan, seks dan tidur sahaja. Namun ada kalanya kambing lebih jujur dan ikhlas berbanding manusia!


Sebagai menteri alias robot pula, Mustapa akan bergerak ke mana sahaja. Apakah pertukaran kementerian itu daripada Menteri Kewangan, selepas itu Pembangunan Usahawan, selepas itu Pengajian Tinggi dan terbaru Pertanian, Industri Desa dan Asas Tani untuk melatih dan memberi cukup pengalaman kepada ahli Parlimen Jeli itu? Kalau untuk melatih apa tujuanya?


Mustapa yang jujur dan agak ikhlas dalam politik selamanya akan menjadi mangsa politik rakus dan gila kuasa di Kelantan. Secara nisbinya Mustapa jauh lebih baik daripada Annuar Musa, namun di Kelantan mereka yang buruk kepala menjadi pemimpin Umno.


Perkara kedua yang tergamit dalam kepala saya bila melihat Mustapa di kandang kambing, saya jadi teringat kepada kisah yang saya alami sendiri berkaitan kambing ini. Ia berlaku kira-kira 22 tahun lalu. Saya juga pernah melawat dan melihat kandang kambing seperti itu bersam seorang yang kalau tidak sikap saya bernama **** yang gemar pakai baju petak-petak merah.

Orang itu berminat dengan binatang berjanggut itu dan memasang angan-angan untuk menjadikan negerinya Darul Kambing. Semacam Mustapa duduk dengan kambing itulah orang berkenaan duduk di birai kandang dan mendukong anak kambing berwarna putih bertompok hitam, hidung mancung bermata sepit macam Cina.


Dipendekkan cerita dibuatlah ladang bintang berjanggut di suatu tempat di sebuah daerah dalam negerinya. Bukan main gah lagi seluruh rakyat ditabuh dan diwar-warkan dengan projek berkenaan. Seolah jumlah kambing akan melebihi dari jumlah penduduk negeri berkenaan sebanyak kira-kira 1.5 juta nyawa itu.


Dipendekkan lagi cerita, ladang itu berjalan hanya beberapa ketika saja. Menteri Besar pun tidak sempat menjenguknya! Hasilnya tidak sebesar yang dihebuhkan. Ladang itu musnah atas alasan kerana kambing yang dibeli untuk ladang itu mahal. Ekoran itu bergaduh pihak ladang dengan pembekal kambing itu dan semuanya jadi terburai.


Hari ini ladang yang seluas bertus ekar sudah kosong. Yang tinggal hanya rangka kandang kambing berkenaan bersama dengan monumen-monumen tertentu. Projek nak nak jadikan negeri berkenaan Darul Kambing pun hilang dalam buku cerita.


Kepada Mustapa Mohamed ambillah iktibar atas apa yang berlaku di negeri berkenaan. Beringat-ingatlah dengan binatang berjanggut itu. Ia adalah haiwan peliharaan Rasullulah s.a.w. tidak sesuai untuk dijadikan gimik dan modal politik. Setakat projek itu musnah tidak mengapa, apa yang dibimbangkan lagi kerjaya politik mereka yang terlibat menganiayakan kambing juga bimbang turut termusnah! [wm.kl. 8:00 am 30/03/08]

Saturday, March 29, 2008

Kilasan Nurani

Mengapa Pas seakan terlupa Subky Latif

(kemaskini) SEBELUM saya terbaca tulisan yang mencadangkan agar Muhammad Sabu dilantik sebagai Senator, cadangan itu juga sudah terpeta di dalam kepala saya. Apa lagi nama Muhammad Sabu antara 10 nama yang saya senaraikan patut berada dalam Parlimen pada penggal ini. Apabila beliau kalah tipis di Kuala Terengganu dengan kekurangan 628 undi, ia benar-benar mengecewakan saya. Ada beberapa sebab kenapa Muhammad Sabu harus dan perlu berada dalam Parlimen bersama sembilan nama lain yang saya senaraikan itu.

Muhmmad Sabu telah menunjukkan keupayaan sebagai ahli Dewan Rakyat yang berjaya sebelum ini. Isu-isu atau perbahasan yang beliau ambil bahagian mengaitkan kepentingan rakyat marhaen, kepentingan Islam, dan bangsa Melayu. Beliau akan mendepani sesiapa saja dan penjara baginya adalah bukan penghalang lagi.
Dalam membentangkan hujah beliau tidak pergi terlalu professional, lengkap dengan slide atau rakaman video sehingga sukar untuk difahami, namun dalam laras bahasa yang mudah.

Pejuang bawahan

Muhamamd Sabu bagi saya benar-benar memperjuangkan denyut nadi rakyat dan seorang pejuang bawahan yang sangat simple. Kerana itu Muhammad Sabu menjadi kegemaran orang kampung. Kalau hendak pastikan ceramah Pas dibanjir ribuan orang maka senarailah nama Muhammad Sabu sebagai pemidato. Ada kalanya Muhammad Sabu dijadikan pelaris untuk meramaikan orang bagi mendengar pemidato profesional.

Apabila ada orang menulis mencadangkan beliau agar dilantik menjadi Senator, maka saya menyokong penuh kalau mana-mana negeri, Kelantan dan Kedah khususnya memberi kouta Senator kepada Muhammad Sabu. Bukan untuk survival kehidupannya. Muhammad Sabu boleh hidup dengan duit lima ringgit dan dia boleh menjelajah ke seluruh Malaysia dalam tempoh tiga hari tiga malam.

Tetapi kita mahu Dewan Senat panas dan hangat dengan perbahasan seperti juga Dewan Rakyat sesuai dengan kebanjiran 82 ahli Parlimen Barisan Rakyat (BR) kini. Kita tidak mahu Dewan Senat hanya menjadi rubber stam yang mengendorcekan apa yang Parlimen luluskan. Atas kepentingan itulah perlunya bekas MP Kuala Kedah dan Kubang Kerian itu dilantik menjadi ahli Senat untuk menjadi pemantau di Dewan Senat.

Apabila berbicara soal kerusi Senator ini, kepala saya juga sudah lama tersumbat sendiri memikirkan sesuatu polisi Pas yang saya tidak faham. Dalam pengamatan saya ada seorang tokoh yang cukup layak untuk diangkat menjadi ahli dewan Senat namun ia seakan tidak pernah terfikir.

Sewaktu Pas menguasai kerajaan Terengganu tahun 2004 saya sudah ingin menyuarakan agar melantik tokoh berkenaan. Namun kerana Pas telah membuat peraturan dan ketetapan bahawa kerusi Senator hanya untuk muslimah menyebabkan saya mendiamkan diri.

Namun kerana kini sudah ada anjakan, di mana muslimah juga sudah menjadi Exco dan wakil rakyat DUN dan Parlimen, bermakan kerusi Senator bukan lagi menjadi kerusi muslimat mutlak. Sehubungan itu adalah baik kalau Kerajaan Kelantan atau Kedah yang memiliki masing-masing dua kouta kerusi Senat melantik tokoh banyak berjasa ini.

Tokoh yang saya maksud itu tidak lain dan tidak bukan ialah sdr Subky Abdul Latif, seorang penulis dan wartawan politik terkenal. Sebenarnya beliau bukan wartawan biasa tetapi lebih wajar dianggap sebagai bapa wartawan moden Malaysia khususnya keterampilan dalam mengulas isu-isu politik kontenporari. Kemuculan puluhan penulis politik dan wartawan politik dua tiga dekad ini adalah sedikit sebanyak kerana menumpang semangat beliau.

Kehebatan ini satu aset kepada Pas apabila beliau memilih Pas sebagai wadah perjuangan. Namun Pas semacam tidak merasai akan kehebatan beliau ini. Bahkan saya mendapat tahu suatu masa dulu untuk beliau menulis dalam Harakah, akhbar rasmi Pas pun menjadi masalah walhal Harakah itu adalah hasil buah tangannya.

Berhutang dengan orang Umno

Generasi muda mungkin tidak tahu sejarah dan jatuh bangun beliau dalam perjuangan Pas. Beliau pernah bertanding beberapa kali baik dalam pilihan raya kecil maupun piliahan raya umum. Seingat saya kali pertama beliau bertanding ialah dalam pilihan raya kecil di Klang dalam tahun 70-an. Menurut seorang teman beliau pernah berhutang dengan orang Umno untuk membayar deposit pilihan raya.

Demi perjuangan Pas beliau telah mengorbankan masa depan dan kerjayanya dalam bidang wartawan. Saya yakin kalau beliau tidak memilih untuk bersama Pas beliaulah orang yang akan mengendalikan Utusan Malaysia apabila ditawarkan untuk diantik menjadi Ketua Pengarang Kumpulan. Jelas kerana perjuangan Pas – Islam, beliau rela mengenepikan tawaran glomor itu.
Manakala di dalam Pas pula beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Agung beberapa penggal. Antara jawatan tertinggi pernah dipegang ialah selaku Ketua Penerangan Pas Pusat dan juga Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan.

Adalah tepat sekali dan sesuai kalau kerusi Senator diberikan kepada Subky. Pemikiran, ulasan dan kritikan-kritikan beliau masih relevan dan hijau. Kelebihan dan keistimewaan beliau menghayati dan mengulas sesuatu isu sangat berguna untuk diwacanakan dalam Dewan Senat.

Manakala dari segi sejarah dan peranan pembangunan bangsa menerusi journalis, Subky mempunyai pengalaman yang luas dan tidak semua orang memilikinya. Sebahagian yang ada dalam khazanah pemikirannya tidak ada dalam kepada wartawan muda atau veteran hari ini.
Kalau membaca catatan-catatannya menjelaskan beliau adalah antara orang penting (setidak-tidak menjadi pendengar dan saksi) bagaimana kerajaan Tuanku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein dibentuk dan menyaksi dan merasai sendiri kemelut negara-bangsa disaat-saat berlakunya Tragedi 13 Mei.

Walaupun kini penulis dan wartawan itu sudah sering uzur kerana gaout, dan kadang kala berjalan bertemankan tongkat, namun pemikirannya tidak pernah usur. Kerajinan dan kemampuan menulis dan mengolah isu dalam beberapa akhabar termasuk Siasah, Harakah dan Buletin Rakyat menjelaskan beliau masih sihat dan bersemangat. Semangatnya dalam dunia penulisan mengalahkan anak mudah baru tumbuh susuh.

Hendaknya Pas yang ada kalanya terlalai terhadap budi dan jasa orang terdahulu tidak sama mengkesampingkan budi dan jasa Subky sejak berpuluh tahun itu. Ingat dan sedarlah apa yang dinikmati kini adalah atas rintisan beliau.

Pun begitu melantik Subky sebagai Senator tetap tidak sepadan dengan pengorbannya dalam perjuangan Islam (Pas) selama ini, namun setidak-tidaknya perlantikan itu kelak akan dapat dijadikan sebagai cenderamata perjuangannya selama ini. [wm.kl 7: 00 am 29/03/08]

Rencana Khas

Ku Li Dan Anwar Memburu Mangsa Yang Sama

MSO

JIKA Abdullah Ahmad Badawi kini dianggap sebagai rusa yang kesakitan akibat mengalami luka-luka teruk hampir-hampir menumpaskannya dalam satu perlawanan beliau kini sedang diburu oleh dua pemangsa yang ganas dan tidak tahu erti simpati. Kedua mangsa itu kini sedang menjejaki Abdullah untuk menerkam dan menggulingkannya.

Sudah menjadi fitrah dalam dunia political animal, pemangsa akan mencari mangsa yang lemah untuk dijadikan habuan.

Kedua pemangsa politik Abdullah itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan Anwar Ibrahim. Kedua mereka sedang menanti peluang terbaik untuk menerkam Abdullah dan menggulingkannya. Kalaupun ada bezanya niat antara satu sama lain.

Berusaha menggomol

Bekas Menteri Kewangan itu akan berusaha menggomol Abdullah untuk menyelamatkan keadaan Umno yang terumbang ambing kini dan memerlukan seorang superman bagi memastikan Umno terus hidup bagi menjadi payung kepada orang Melayu.

Manakala Anwar Ibrahim pula yang kini berada di luar Umno dan sudah serit dengan segala kancah dan bauan kurang menyenangkan dalam parti berkenaan sejak beliau dibuang, 1998 akan menerkam Abbdullah dan sekaligus menumbangkan kerajaan BN yang sudah bertakhta selama lebih setengah abad.

Posisi atau tempat mereka melakukan serangan juga berbeza. Ku Li menyerang Abdullah dari dalam sesuai dengan statusnya sebagai ahli Umno. Manakala Anwar menyerang Abdullah dari luar sesuai dengan kedudukannya bukan ahli Umno dan kini diberi kepercayaan oleh pembangkang untuk menjadi pemimpin utama mereka.

Kedua mereka mempunyai kemahiran serang hendap dan pengalaman memburu tersendiri. Keduanya mempunyai track record sebagai pemimpin yang ulung. Keduanya memiliki keistimewaan yang sukar untuk ditolak banding antara satu sama lain. Keduanya pernah memegang menteri kewangan. Ku Li adalah seorang veteran Umno yang banyak jasa kepada Umno.Memiliki semangat nasionalisme tulen dan terkenal sebagai seorang pemain politik yang berperaturan dan tidak tahu berdendam dengan orang-orang yang mengkhianatinya.

Kalau boleh disebut, Dr Mahathir Mohamad pernah memungkiri janji kepadanya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri, namun hingga ke hari ini Ku Li masih menerima Dr Mahathir sebagai sahabatnya. Beliau tidak pernah mencampurkan antara nilai sahabat yang baik dengan nilai ahli politik yang rencam terhadap seseorang yang dikenalinya.

Dalam masa dan keadaan tertentu demi bangsa dan negara mereka masih berhubung dan bertukar maklumat kalau pun tidak sampai merancang bersama!

Ku Li mempunyai intergriti dan digniti tinggi bukan saja kerana beliau anak raja, keturunan bangsawan namun itulah amalan hidupnya setiap hari. Memiliki kekayaan tetapi corak dan stail hidupnya seperti rakyat biasa. Dalam pergaulan tidak membezakan status dan kelas dan boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakyat marhean.

Dalam persiapan untuk mencabar Abdullah untuk kerusi presiden, kita percaya Ku Li berbuat begitu bukan kerana tergilakan jawatan Presiden dan Perdana Menteri. Namun kepentingan bangsa dan masa depan Melayu adalah menjadi pendorong utamanya. Seorang Ku Li sudah cukup daripada apa yang dimilikinya selama ini. Masalah dan kelemahan yang menimpa Umno menyenak jiwanya sehingga memaksakan beliau tampil mengambil tanggungjawab.

Semakin rancak

Persiapan awal untuk menentang Abdullah pada pemilihan Disember hadapan nampaknya sudah pun diatur. Sudah ada majlis-majlis tertentu disusun. Ia semakin hari semakin rancak dan mendapat sambutan luar biasa.

Rumput-rumput dan daunan di perkarangan Rumah Puith di Langgak Golf, yang hijau dan subur selama ini juga sudah mulai runyai dan layu kerana diligam tayar kereta dan kaki manusia untuk ke istana Ku Li itu. Nampaknya kali ini hasrat Ku Li untuk beradu tenaga merebut jawatan Presiden kali kedua akan kesampaian.

Setiap hari khabarnya ada-ada sahaja ahli Umno pemimpin peringkat bawah hingga ke atas mengunjungi Rumah Putih di Langgak Golf itu untuk mendapat pandangan dan ulasan daripada beliau berhubung perkembangan politik tanah air. Para korporat, ahli perniagaan dari dalam dan luar negeri juga turut sama bertandang untuk mendapat maklumat perkara yang sama.

Berbeza dengan Anwar Ibrahim. Pemangsa politik ini akan menerkam Abdullah dari luar Umno.
Kedudukannya sebagai bukan ahli Umno menyebabkan beliau tidak berpeluang untuk beradu kekuatan dari dalam Umno.

Anwar mempunyai sejarah dan kejayaan tersendiri bagaimanan beliau telah menyingkirkan mangsa politiknya semasa didalam Umno dulu. Peristiwa yang menimpa Ghafar Baba (Allahyarham) tahun 1993 menceritakan kehebatan dan kelicitan Anwar dalam politik. Ghafar yang ketika itu selaku Timbalan Presiden Umno terpaksa mengaku kalah kepada Anwar.

Dalam hal ini ada dua kaedah atau ‘teori’ bagaimana untuk Anwar menggulingkan Abdullah Ahmad Badawi. Pertama ialah menerusi undi tidak percaya di parlimen. Kemungkinan ini boleh berlaku dengan syarat Anwar harus menjadi ahli Parlimen terlebih dahulu.

Buat masa ini Anwar masih belum dibenarkan bertanding dalam mana-mana pilihan raya. Tempoh perlepasannya akan valid pada hujung April ini. Apabila berlaku mana-mana kekosongan kerusi Parlimen, Anwar dikatakan akan menyertai pilihan raya yang akan diadakan. Barangkali kalau pada pilihan raya lalu Anwar dibenarkan bertanding mungkin kini Perdana Menteri Malaysia bukan lagi Abdullah Ahmad Badawi.

Popular dikatakan kerusi yang dikatakan akan diadakan pilihan raya semula ialah parlimen Bandar Baru – Kulim, apabila petisyen yang akan dikemukakan oleh BN bakal diterima oleh mahkamah.

Apabila beliau menjadi MP beliau akan mengambil alih tempat isterinya Dr Wan Azizah Ismail sebagai Ketua Pembangkang dan sekaligus menjadi ketua kepada pakatan pembangkang – Barisan Rakyat (BR). Di sinilah pembangkang yang memerlukan 30 kerusi saja lagi untuk mengatasi kerusi BN bagi membentuk Kerajaan. Masa ini pembangkang mempunyai 82 kerusi.

Kaedah kedua ialah menerusi pilihan raya. Anwar akan menumbangkan Abdullah dan BN sekaligus dalam pilihan raya akan datang. Pilihan raya akan datang pada tahun 2012. Bagaimana pun tempoh itu terlalu lama bagi Anwar. Justeru, kemungkinan teori kedua itulah paling popular dan akan diusahakan. Anwar harus menggunakan keadah pertama tadi untuk mencapai dan merealisasaikan cita-citanya.

Seperti dikatakan tadi memandangkan Ku Li juga sedang bergerak untuk menggulingkan Abdullah pada Disember hadapan, maka Anwar perlu mempercepatkan langkahan buruannya. Beliau harus pastikan Abdullah akan digulingkan sebelum Abdulah terbungkus di dalam rangkulan Ku Li.

Semakin mantap

Sekiranya Ku Li berjaya menyita Abdullah Disember hadapan atau sebelumnya, peluang Anwar untuk menumbangkan BN agak sukar dan sekaligus impian Anwar untuk menjadi PM pudar. Apabila Ku Li menjadi presiden Umno dan BN, sudah tentu kedudukan gabungan BN dan parti Umno semakin mantap semula.

Manakala bagi Ku Li pula sekiranya Anwar berjaya memerangkap Abdullah sebelum berlangsung pemilihan Umno, ini menjadikan impian Ku Li untuk memperbetulkan dan memperkasakan semula Umno sudah terlepas. Sekaligus juga cita-cita Ku Li untuk menjadi PM turut sama terburai.

Persoalan sekarang ini siapa antara kedua mereka dapat menangkap mangsa (Abdullah), ia akan bergantung kepada siapa yang cekap dan pintar. Mereka yang cekap orang itulah akan berjaya.
Kecekapan ini pula bergantung kepada sejauh mana isu-isu dan alasan yang dibangkitkan oleh kedua pemangsa politik itu dipercayai dan diyakini oleh orang ramai. Ia ditambah siapa lebih diperlukan kepada Malaysia untuk mengharungi era globalisasi yang kian mencabar ini.

Manakala orang ramai dalam hal ini bolehlah disifatkan sebagai pukat atau jaring yang akan bertindak menjerut Abdullah atas gesaan dan ajakan mereka.

Senario hari ini menjelaskan kedudukan Abdullah amat meruncing. Beliau sangat keletihan kerana terpaksa melepaskan buruan dari dua pemangsa serentak. Yang pastinya sekiranya kedua pemangsa itu boleh sepakat dan tidak berebut untuk membaham Abdullah, sudah tentu Abdullah akan terjelapak di tangan mereka dalam tempoh tidak sampai enam bulan dari sekarang! [wm.kl 8:00 am 28/03/08] PERHATIAN: Kepada teman blogers yang ingin memetik ataupun download artikel ini atau lain-lain artikel diminta memberi kredit kepada blog ini. Kerjasama anda insya-Allah dirahmati Allah s.w.t.

Friday, March 28, 2008

Ulasan Peristiwa

Iktibar apa yang berlaku terhadap Idris Jusoh

MSO

(kemaskini) NASIB malang yang menimpa bekas MB Terengganu, Idris Jusoh bukan perlu diinsafi oleh dirinya seorang sahaja. Pengalaman dan peristiwa itu boleh dikongsi oleh banyak manusia khususnya manusia politik. Bila kejadian itu menimpa Idris janganlah ada yang bertepuk girang atas apa yang berlaku.

Kejadian itu ada iktibarnya. Ada pengajaran tersembunyi di sebalik apa yang berlaku itu. Apa yang boleh dilihat dengan jelas bahawa manusia itu sekadar mampu berusaha sahaja, tetapi yang menentukan Tuhan juga.

Ia juga memberi jawaban bahawa kalau pun kita beriya untuk jadi MB, melakukan apa saja termasuk mewujudkan media untuk naikkan diri sendiri, menggunakan wang, menyusun dan mencaturkan parti, tetapi kalau Tuhan tidak izin ia tetap tidak diperolehi.

Dalam hal ini kuasa dan ketentuan Tuhan itu megatasi kuasa dan keinginan nafsu manusia.
Rancanglah, apa-apa pun keputusan akhirnya ia ditangan Tuhan juga. Sesetengah ahli politik bukan main lagi merancang untuk masa depannya dalam politik. Menyusun strategi sampai menyeksa dan menganiayakan orang lain. Setengahnya lupa bahawa kuasa penentunnya ditangan Tuhan.

Akhirnya perancangan itu bersepah di tengah jalan juga.

Apa yang berlaku ke atas Idris Jusoh adalah gambaran apa yang berlaku ke atas beberapa orang ahli politik. Cuma kerana isu Idris Jusoh dominan orang nampak hanya Idris saja gagal kali ini. Malahan masih banyak tokoh politik yang mengigit jari selepas pilhan raya lepas, salah satunya ialah Shahidan Kassim.

Tidak kesampaian

Mereka menang pilihan raya tetapi tidak memperolehi apa yang dihajati. Ada yang ingin menjadi Exco, tetapi tidak kesampaian. Ada yang ingin menjadi Speaker tetapi ditolak. Ada yang hendak jadi Timbalan Menteri Besar (TMB) namun terus kempunan.

Di Kelantan semasa pilihan raya lalu bagaimana percaturan dibuat oleh orang tertentu untuk memastikan puaknya naik kemudian menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Harapannya bila kumpulannya naik maka senanglah beliau menongkah ke atas merajui negeri.

Percaturan dibuat di peringkat kawasan lagi degan menamakan orang-orangnya sebagai calon dan cuba menyingkirkan calon-calon yang popular di peringkat bawahan. Dalam usaha ini kerja menafikan hak orang lain, memburuk dan memfitnah dilakukan. Poltik Machiavelli berleluasa di Kelantan dalam pilihan raya lalu, yang mana ia seolah-olah Pas semacam tidak berpegang lagi kepada Quran dan Hadith.

Isu perebutan calon adalah hasil daripada keghairahan orang-orang yang ingin melonjak cepat dalam politik. Sebab itu nama-nama calon di Kelantan dalam pilihan raya lalu berubah beberapa kali. Mulanya nama si anu sudah dipilih, kemudian di sebelah petang nama lain pula dinaikkan dan nama asal digugurkan. Esok nama lain pula naik, lusa nama lain pula dimasukkan.
Perebutan dan lobi melobi sungguh hebat sekali.

Apa yang berlaku sangat mencemaskan. Namun Pas masih terselamat kerana wujud gelombang yang inginkan Pas menang. Kepulangan anak-anak Kelantan di perantuan yang dianggarkan lebih 20,000 menyelamatkan Kerajaan Pas. Mereka ini tidak tahu apa yang berlaku di dalam jubah Pas dan menerima Pas sebagai parti yang ideal daripada BN.

Hakikat di dalam Pas sendiri agak parah pada pilihan raya lalu. Jadi kesyukuran dan tahniah harus diberikan kepada gelombang dan kesungguhan anak-anak Kelantan yang pulang untuk mempertahankan Kerajaan Pas Kelantan! Projek debu, kambing, kifalaah dan dinar tidak memberi sumbangan besar dalam kejayaan Pas dalam pilihan raya lalu.

Strategi dan percaturan bukan saja semasa menamakan calon-calon pada pilihan raya. Semasa membentuk barisan Exco juga khabarnya berlaku kegawatan. Sekurang-kurang dua senarai diserahkan kepada pihak Istana untuk disahkan. Dalam usaha ini ada orang yang menggunakan kedudukan dan popularitinya menafikan hak orang lain. Tok Guru Nik Aziz juga telah diperkotak katikan. Mengejutkan nama yang disenarikan oleh orang berkenaan ditolak oleh Istana!


Situasi ini sampai memeningkan kepala Tok Guru Nik Aziz. Sebab itulah kalau dilihat kepada barisan Exco Kelantan hari ini ia semacam tidak seimbang. Benarlah kritikan Ibrahim Ali, semasa berceramah di Putik dua tiga malam lepas, bahawa perlantikan Exco Kelantan tertompok di sesuatu kawasan sahaja dan bukan menyeluruh.

Bernafsu besar

Politiking dalam Pas Kelantan akhir-akhir ini membimbangkan. Ia boleh mendatangkan masalah kepada Pas jika dibiarkan. Kemenangan cemerlang Pas dalam pilihan raya 8 Mac lalu tidak menjamin Pas akan selamat dan terus kuat. Selagi ada mereka yang bernafsu besar untuk berkuasa dan menunjukkan hebat, Pas Kelantan tetap terdedah kepada masalah perebutan kuasa dan pembentukan empayar untuk kepentingan peribadi.

Apa yang dapat dirasakan, menjelang penguduran Nik Aziz sebagai MB Kelantan akan mencetuskan ruang kepada pergolakan itu. Di sini saya tidak bercadang mengulas lanjut.

Cuma ingin berpesan supaya menjelang penguduran Nik Azi sebagai MB, Pas harus bersiap sedia. Paling penting Nik Aziz sendiri perlu menamakan siapa penggantinya dengan mengambil kira sokongan akar umbi.

Cadangan beliau sebelum ini untuk menyerahkan kepada badan Perhubungan Pas Kelantan memilih dan menentukan siapa yang layak menjadi MB adalah baik dan sangat tepat. Pilihan badan itu mencerminkan kehendak akar umbi dan bukannya dari telunjuk pihak tertentu.

Apapun nasib yang menimpa Idris Jusoh hendaklah diinsafi oleh semua ahli politik. Mereka jangan mengira perancangan yang mereka lakukan sempurna, sebaliknya perancangan Allah lagi sempurna dan kamil. [wm.kl 3:00 am 28/03/08]

Thursday, March 27, 2008

Rencana Khas

Abdullah dan para gundik belajarlah jadi berani


PERPECAHAN dan kerosakan didalam Umno hari ini semakin parah tidak boleh dinafikan oleh sesiapa dan tidak boleh disembunyikan lagi. Jika bangkai ia sudah berbau, kebusukannya sudah memasuki ke bilik tidur orang ramai. Di mana-mana orang memperkatakan dan memerhati apa yang berlaku dan menimpa Umno pada masa ini.

Sehubungan itu kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Umno dan PM juga turut sama terjejas. Semakin hari kedudukannya semakin lemah dan tercabar. Apa yang sedang dilakukan oleh ‘gundik-gundik’ beliau dalam Umno nampaknya tidak menjadi.

Kemelut dan perebutan kuasa (jawatan MB) di Terengganu seakan sedang membawa satu bala besar kepada Abdullah. Kredibilitinya tercabar dan kuasa Umno yang diperolehi menerusi demokrasi juga tidak lagi dihormati.

Apa sebab dan kerana apa menyebabkan istana Terengganu tidak bersedia menerima calon MB, Idris Jusoh yang dicadangkan Abdullah itu soal lain. Yang jelas bahawa beliau sudah tidak dihormti lagi.

Menyedari itu para gundik Abdullah sedang berusaha. Padangan secara peribadi, berkumpulan dan menerusi bahagian Umno dilontar dari segenap penjuru. Cara ia dibangkitkan seperti ianya dirancang demikian rupa untuk mempertahankan Abdullah. Begitu pun segala pandangan dan resolusi itu tetap tidak memberi kesenangan dan keselesaian kepada Abdullah.
Dunia melihat beliau makin tercabar dan lemah.

Salah satu usaha yang dikira dapat menyelamatkan kedudukan Abdullah dan menstabilan kerajaan yang tidak mendapat majoriti 2/3 itu ialah dengan menangguhkan permilihan dalam Umno.

Sejak awal-awal lagi sudah diduga Abdullah akan menggunakan kedudukan dan kuasa preogatif sebagai presiden Umno untuk berbuat demikian. Majlis Teringgi (MT) Umno yang merupakan ‘gundik jalang’ Abdullah dijangka akan bermesyuarat esok (hari ini Khamis) dan membuat keputusan itu.

Gundik-gundik bernama Ahmad Zahid Hamidi, Muhammad Muhd Taib, Shahril Abdul Samad dan lain-lain telah pun menyarakan dan memberi berbagai alasan kenapa pemilihan itu perlu ditangguhkan. Gundik-gundik yang bercakap itu adalah sang gundik baru mendapat kuasa. Mereka ini juga berada dalam ketakutan dan bimbang jawatan yang baru disandangkan itu akan hilang. Gundik ini begitu sayang kepada kuasa dan kedudukan yang baru dicapai itu.

Jadi disamping untuk mengukuh dan menyelamatkan keadaan Abdullah yang dalam sesak nafas itu, mereka juga mahu menyelamatkan kedudukan mereka.

Para gundik yang baru mendapat jawatan dan kuasa menteri sangat takut kepada pemilihan itu. Mereka tahu mereka juga akan dilanda. Jadi mereka yang sama nasib dan kedudukan dengan Abdullah akan bersetuju agar pemilihan ditangguhkan. Mereka juga takut kalau pemilihan diadakan mereka juga turut sama hanyut bersama Abdullah.

Di sini untuk pengetehuan Abdullah dan para gundik yang pengecut kehilangan jawatan baru disandang itu mereka harus sedar. Gelombang yang berlaku sekarang ini tidak dapat ditahan dan dibedung lagi. Tidak ada guna Abdullah menggunakan kuasanya menagguhkan pemilihan itu kalau ianya tidak dihormati.

Sebaliknya beliau akan mendapat kesan buruk, orang akan melihat beliau pengecut dan penakut dan menggunakan para gundik untuk menjadi benteng kekuasaanya.

Sebelum ini pemilihan telah pun ditangguhkan. Mula ianya bakal diadakan tahun lepas. Tetapi memandangkan pilihan raya diadakan menyebabkan pemilihan itu dicadangkan selepas pilihan raya. Kononnya pemilihan seelum pilihan raya akan menjejaskan parti tersebut. Apabila pilihan tidak berpihak kepada BN dan Umno pemilihan akan ditangguhkan lagi.

Apa yang dibimbangkan kalau penangguhan dilakukan ia akan ditentang dari dalam. Katakan kalau 50 ketua-ketua bahagian menolak penangguhan itu ia membahayakan kedudukan Abdullah. Apa lagi kalau kebetulan kesemua ketua bahagian itu adalah ahli Parlimen.
Keadaan jadi runyai lagi kalau mereka bersedia menyokong pembangkang di parlimen. Semuanya boleh berlaku.

Justeru cara paling baik ialah Abdullah menolak cadangan penaggguhan itu.Hadapi relaiti dan masalah secara gentelemen dan sebagai anak jantan. Kalau hendak kalah, kalahlah dalam gelnggang dan bukannya mati di atas rumah berjendelakan kaca.

Abdullah perlu buktikan dakwaan sebelum ini yang beliau masih mendapat sokongan padu. Walaupun tidak dapat 2/3 di parlimen beliau masih mendakwa BN masih menang besar. Kalau benar dakwaan itu kenapa perlu takut untuk berhadapan dengan ahli Umno?

Kepada Abdullah dan para gundik jalangnya hendak bertanggungjawab dan belajarlah menjadi ahli politik yang berani mencincang dan berani memikul. [wm.kl 8:00 am 26/03/08]

Wednesday, March 26, 2008

Berita Ringkas

Tidak Ada Sebab Untuk Agong Panggil Tengku Razsleigh Menghadap!

ADA info dari blog seorang kawan mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah akan menghadap Yang Dipertuan Agong hari ini. Sejauh mana maklumat itu boleh dipercayai sukar untuk ditentukan.

Dalam keadaan sekarang berbagai cerita berbentuk psywar dilakukan oleh pihak tertentu untuk menaikan pihak tertentu.

Dalam hal ini kita seharusnya rasional dan tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita atau khabar yang berbaur perang saraf itu. Apa lagi kalau ia melibatkan individu tertentu dan institusi Raja di mana kemuliaan dan martabatnya perlu dijaga agar intergitinya utuh.

Mengenai khabar Tengku Razaleigh akan menghadap Yang Dipertuan Agong itu apakah logiknya untuk memanggil beliau menghadap? Jangan murahkan peranan dan martabat Agong.

Tengku Razaleigh tidak mempunai apa-apa keistimewana untuk dipanggil menghadap Yang Dieprtuan Agong ketika ini. Lainlah kalau ianya dibuat atas dasar peribadi dalam konteks hubungan darah dan daging antara mereka sebagai kerabat di Raja.

Kita juga tidak mahu status dan kedudukan Tengku Razaleigh boleh dipermainkan. Kepada pihak yang mendokong dan meletakkan Tengku Razaleigh sebagai penyelamat bangsa hendaklah bersikap rasional dan tidak menggunakan propaganda murahan dalam usaha menaikan ahli Parlimen Gua Musang itu. Bertindaklah dengan bijak dan penuh kewarasan! [wm.kl 10:00 am 26/03/08]

Tuesday, March 25, 2008

Kenyataan

Pantau saran pergolakan di Terengganu selesai cara baik

PENGERUSI Persatuan Anak-Anak Setiu (Terengganu) di Perantauan (Pantau) mahu pergolakan yang meruncing di Tetengganu sekarang ini antara parti politik (Umno) dengan institusi raja hendaklah diselesaikan dengan penuh hikmah dan bukannya secara bertegang leher.

Pengerusinya, Mohd Faudzi Musa (foto) berkata tidak sepatutnya isu yang berlaku ini berpanjangan kerana ia boleh merugikan orang Melayu.

“Kita berharap pergolakan yang berlaku ini diselesaikan dengan baik tanpa menyakiti hati mana-mana pihak demi perpaduan orang Melayu,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kota Bharu pagi ini.

Penyelesaian secara bertegang leher ujarnya tidak menyelesaikan masalah dan menguntungkan mana-mana pihak sebaliknya akan tambah merumitkan lagi keadaan.

Menurut Mohd Faudzi, Pantau juga akan menyokong sesiapa saja yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu.

“Kita akan menyokong sepenuhnya sesiapa saja bakal dilantik menjadi MB. Kita perlu menerima sesiapa yang menjadi MB kerana ia adalah ketetapan Ilahi,” katanya lagi.

Berhubung perlantikan MB, bagi Pantau katanya tidak penting siapa mereka tetapi yang penting tokoh yang boleh membawa perubahn dan mengubah nasib rakyat Terengganu.

Dalam pada itu katanya Pantau menghormati kepimpinan Idris Jusoh selama ini yang banyak membawa perubahan dan pembangunan di Terengganu.

Bagaimana pun ujarnya memandangkan perkembangan semasa yang memerlukan pengorbanan dan demi kesejahatraan rakyat beliau (Idris) perlu akur dengan apa yang berlaku.

“Kita tidak boleh menafikan jasa-jasa Datuk Seri Idris Jusoh tetapi beliau harus akur dengan hakikat yang berlaku hari ini,” katanya lagi.

Pantau ditubuhkan 2007 dengan keahlian seamai lebih 1,000 orang.
Antara lain matlamat penubuhan Pantau merapatkan hubungan anak-anak Setiu di perantauan dan menjadi wadah untuk anak-anak Setiau di perantau mendapat input maklumat dan sebagainya. [perdana kb 10:00 am 25/03/08]

Ulasan Pagi

Idris Jusoh Gagal Jadi “Sultan” Perlu Kosongkan Kerusi Jertih

MELIHAT dan memerhati apa yang berlaku di Terengganu – kemelut dan perebutan jawatan MB Terengganu ia semuanya berpunca daripada sikap keras kepala dan degil Idris Jusoh. Kalau Idris Jusoh tidak keras kepala dan degil, pasti kemelut itu tidak akan terheret begitu jauh sehingga menimbulkan ketegangan antarta Majlis Penasihat Pemangkut Rajaya (MPPR) dan Umno.

Tetapi gara-gara Idris keras kepala menyebabkan hubungan istana dengan sebilangan Umno di Terengganu begitu meruncing dan tegang. Jika tidak dibendung masa depan Umno dengan istana juga akan menjadi tidak ‘lendik’.

Dari segi demokrasi memanglah parti Idris Jusoh (Umno) berhak untuk menerajui kerajaan Terengganu. Salah seorang daripsada 24 Adun itu boleh dilantik menjadi Menteri Besar. MB bukan seharusnya Idris Jusoh walaupun sebelum ini beliau menjadi MB. Hakikat ini seakan cuba dinafikan Idris dan merasakan dirinya saja yang layak menjadi MB.

Kuasa demokrasi dan istana dalam konteks amalan dan tardisi orang Melayu memerintah negeri adalah sama berkuasa. Rakyat dan dengan istana saling bergantungan dan kukuh mengukuh antara satu sama lain.

Dalam satu-satu hal demorkasi kena akur kepada kemuliaan raja, dn dalan hal-hal tertentu dan keadaan tertentu pula raja atau istana perlu menghormati kuasa dan aspirasi rakyat.

Apabila Sultan Terengganu tidak mahu menerirma Idris Jusoh menjadi MB maka adalah sebab musababnya. Sultan tidak akan bertindak sewenang-wenangnya kalau tidak ada sebab musabab. Tentulah pula tindakan itu lebih menjaga kepentingan rakyat dan negeri daripada menjaga dan mahu mengambil hati segelintir manusia lain.

Istana atau sultan sangat arif mengenai itu. Apa lagi Sultan Ternegganu adalah antara sultan yang berhemat, berbudi tinggi dan pengamal syariat (Islam) yang membanggakan umum. Baginda tidak ada kepentingan peribadi dalam kemelut di Terengganu itu. Apa yang dilakukan ialah demi rakyat dan negeri.

Apakah rahsia maka Idris berkeras tetap mahukan jawatan MB itu tidak pula diketahui. Cuma jika dilihat kepada sikap keras kepala Idris itu ianya memberi gambaran ada sesuatu perkara besar yang cuba dipertahankan dan sedang diselindungi oleh Idris. Apakah beliau bimbang jika beliau tidak menjadi MB beliau akan berhadpan dengan maslaah.

Ataupun beliau sebenarnya sedang cuba berusaha melindungi rahsia orang lain. Kedudukannya sebagai MB selama empat tahun lalu (2004 – 2008) beliau telah melakukan sesutu yang jelek di mana kalau ia terbongkar boleh menjejaskan kehormatan dan kredibiliti orang lain. Begitukah?
Maksudnya Idris hari ini sedang berjuang kerana ingin menyelamatkan orang lain walaupun beliau terpaksa membakar diri sendiri!

Dari segi zahiriah dan moralnya, Idris sudah tidak layak menjadi MB. Beliau cakap tidak serupa bikin, dan bikin tidak serupa cakap. Mulanya beliau menyerahkan dirinya kepada qoda dan qadar. Beliau juga memperakui akan menyerahkan segala-galanya kepada istana.

“Apa saja yang diputuskan oleh istana, saya akan ikut,” begitulah tutur Idris Jusoh.
Idris Jusoh ternyata tidak berpegang kepada kata-katanya sendiri. Beliau seakan mahu melawan qoda dan qadar dan cuba menjadi raja. Beliau seakan yakin bahawa kedudukannya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu serta watikah yang diberikan oleh Abdullah Ahmad Badawi itu mengatasi ketentuan Allah dan juga mengatasi kuasa raja.

Inilah silap dan puncanya mengapa kemelut dan perebutan itu berpanjangan. Sekiranya beliau akur dan sedia menerima ketentuan Allah s.w.t. sudah tentu gelora dan kemelut itu tidak akan berpanjangan. Hari ini negeri Terenggau sudah pun mempunyai Kerajaan baru seperti mana negeri-negeri lain.

Pun begitu masa masih belum terlamat untuk Idris mahasabah diri. Kemelut di Terengganu boleh dilengsaikan. Apa yang Idris perlu fikirkan bukan soal air mukanya tetapi kedudukan rakyat Terengganu.

Sebaiknya Idris memohon ampun kepada Sultan Terengganu, dan ‘perkenankan’ Ahmad Said (foto) menjadi Menteri Besar. Selepas itu sebagai tangungjawab ke atas apa yang berlaku Idris hendaklah dengan terhormatnya melepaskan kerusi DUN Jertih. Afdal juga Rosol Wahid perlu melepaskan kerusi DUN Ajil kerana beliau adalah hulubalang Idris dalam mengeruhkan keadaan politik di Terengganu hari ini. [perdana kb 9:00 am 25/03/08]

Monday, March 24, 2008

Renungan Tengahari

Lantik Abdul Hadi Jadi MB
Formula Menyelesaikan Kemelut di Terengganu

MSO

PERKEMBANGAN dan kemelut politik yang berlaku di Terengganu hari ini sungguh menarik. Ada beberapa kemungkinan yang akan berlaku dan boleh dilakukan! Kalau kemungkinan ini benar-benar berlaku maka sesuatu kejutan akan berlaku di negeri Tokku Paloh itu.

Kejutan ini akan melengkapkan beberapa siri kejutan yang berlaku dalam pilihan raya ke – 12 yang berlangsung 8 Mac lepas.

Kejutan atau keganjilan yang sebelum ini tidak pernah terfikir oleh umum ialah mengenai perlantikan Adun daripada parti yang tidak mendapat majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN). Lazimnya MB di pilih dari kalangan parti yang mendapat majoriti dalam pilihan raya.

Namun apa yang berlaku di Perak dan Selangor menunjukkan parti yang lemah dan bilangan ahlinya sedikit dilantik menjadi MB.

Di Perak, Pas menang di enam kerusi DUN sahaja, manakala Umno 20, DAP 18 dan PKR 7. Kalau mengikut kebiasaannya MB akan dipilih dari kalangan Umno kerana parti berkenaan mendapat bilangan kerusi lebih, sebanyak 20.
Namun kepelikan berlaku bila mana Pas yang mendapat enam kerusi bergabung dengan DAP dan PKR dipilih menjadi MB. Ir Mohd Nizal Jamaluddin (Adun Pasir Panjang) dipilih menjadi MB Perak yang baru.

Bergabung

Begitu juga di Selangor. Umno memperolehi 20 kerusi, PKR 15, tetapi MBnya dipilih dari kalangan Adun PKR yang bergabung dengan DAP yang mendapat 13 kerusi dan Pas yang memperolehi lapan kerusi. Adun Umno tesengeh!

Apa yang berlaku di Perak dan Selangor menunjukkan peraturan demokrasi itu bukan sesuatu yang rigid dan boleh berubah sifatnya. Bahawa tidak semestinya parti yang mendapat bilangan kerusi banyak akan dipilih untuk mengetuai Kerajaan. Ada kaedah dan formulanya bagi sekecil melawan si besar.

Apakah keganjilan juga akan berlaku di Terengganu dalam tempoh sehari dua ini?

Begini, katakan kesemua 22 Adun yang ‘menderhaka’ kepada Sultan itu benar-benar mengambil keputusan nekad untuk melepaskan kerusi masing-masing. Maka pilihan raya kecil disemua kerusi berkenaan akan diadakan.

Bila kesemua 22 Adun itu letak jawatan ini bermakna Umno hanya ada dua wakil sahaja, Idris bin Jusoh dan Ahmad bin Said (keduanya calon MB). Manakala Pas pula tetap memiliki lapan kerusi.

Apakah tidak boleh dilakukan dan berlaku dalam keadaan kritikal ini, Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) memanggil Pas untuk membentuk Kerajaan sebab mereka merupakan parti mendapat majoriti di DUN Terengganu pada masa kesemua 22 Adun itu melepaskan jawatan?

Apa akan berlaku sesudah pilihan raya kecil dikesemua 22 kerusi itu diadakan itu perkara lain. Takdirnya kesemua kerusi itu dimenangi semula oleh Umno, sudah pasti mereka akan mengadakan undi tidak percaya ke atas MB Pas itu. Sudah pasti kalau undi tidak percaya dilakukan maka Kerajaan Pas itu akan tumbang.

Majoriti selesa

Tetapi bagaimana kalau separuh daripada kerusi itu dimenangi oleh Pas? Ini bermakna Pas mempunyai 19 kerusi dan akan dapat mengekalkan kerajaannya dengan majoriti selesa.

Apakah kejadian seperti itu sesuatu yang mustahil? Kalau ianya tidak mustahil pastilah Presidan Pas, Abdul HAdi Awang (foto) akan dipilih menjadi MB. Rasanya sekiranya ada peruntukan dalam perlembagaan Terengganu dan tidak berlaku percanggahan besar dengan perlembagaan Persekutuan teori atau formula berkenaan boleh diguna pakai bagi menyelesaikan kemelut politik Terengganu yang hangat kini.

Kerajaan Terengganu akan dapat dibentuk walaupun ia ditentang oleh Umno dan tanpa menungu selesai keputusan pilihan raya di kesemua 22 kerusi DUN berkenaan.

Namun saya percaya dan yakin kesemua 22 Adun yang dikepalai Adun Ajil itu, (Rosol Wahid) tidak akan berani bertindak demikian. Apa yang dilakukan itu ugutan dan cakap kosong saja. Sebaliknya pula kalau mereka tidak berbuat begitu maka mereka adalah Adun-Adun yang bacul dan persis si jalak yang kokoknya berderai ekor bergelumang tahi kerana mereka sudah sepakat untuk membaikot perlantikan MB sekiranya Idirs Jusoh tidak dipilih.

Yang jelasnya dalam situasi hari ini adalah mustahil untuk Idris Jusoh dilantik sebagai MB. Pihak istana nampaknya sudah terluka dengan apa yang berlaku. Hanya sesuatu yang juga anih dan pelik sahaja yang memungkinkan boleh membuka pintu hati istana untuk menerima Idris semula. Pun begitu apa yang berlaku terhadap Idris Jusoh dan Umno Terengganu ia tetap meninggalkan parut dalam dan besar yang akan diingati oleh semua orang. [perdana kb 12:00 t hari 24/03/08]

Enekdot Politik

Apabila Nama Kambing Jamnapari Disebut-sebut

PAGI tadi (jam 1:30 pagi) ketika menjamu selera di gerai ayam kampung di Lubuk Jong, Rantau Panjang saya jadi sedikit terkejut apabila sekelompok pelanggan kedai itu bercakap perihal projek kambing Jamnapari di Rong Chenak, To Uban.

Begitu mendengar kelompok itu bercerita hal kambing saya jadi hilang selera untuk makan dan terus memasang telinga ke arah mereka untuk mengetahui apakah intipati cerita berkenaan. Soal kambing mengambing ini cukup sensitif bagi saya! Al maklumlah komisyen yang diharapkan dibahan orang di tengah jalan!

Saya tidak tahu apakah mereka jujur memperkataka soal projek bernama Jihad Ternak itu, ataupun sekadar ingin memberi tahu kepada saya apa yang sudah jadi dengan projek berkenaan. Tentu penjenguk blog ini tidak lupa mengenai kisah kambing dan seseorang lelaki sasa berbaju petak-petak merah yang pernah muncul dalam blog ini.

Saya perturunkan antara petikan dialog kelompok berkenaan yang juga merupakan pelanggan kedai ayam kampung itu yang rata-rata berusia lingkungan 40 hingga 55 tahun.

"Apa jadi dah dengan projek kambing di Rong Chenak, agaknya dah pecah kandang kot?" kata yang berbaju Melayu lusuh. Pecah kadang, maksudnya kesemua kadang kambing bernilai hampir sejuta di Rong Chenak itu sudah penuh dengan anak-anak kambing yang baru dilahirkan.

"Entahlah..." jawab pula yang seorang lagi sambil menggongong paha ayam. Yang seorang ini nampak kurang berminat dan lebih kemarut untuk makan.

"Ba kali perserta projek berkenaan dah kara raya...!" sambung yang tadi. Saya sesekali menjeling ke mukanya ingin mencerapi saiap dia sebenarnya. Di hujung hati semacam ada bara api.

"Kawan dengar dah lingkup. ?"kata pula yang berada disebelah yang berbaju Melayu lusuh.

"Takkan lingkup dah..?" acah yang berkupiah putih. Bumbung kupiahnya tajam macam kubah masjid Tibet.

"Dah... dah lingkup, dah lama hancur dah. Di Rong Chenak la ni tinggal gok (kandang) sahaja dengan tangki air yang mahal itu.... kambing dah tak ada sekor rabuk," jelas yang tadi hanya diam dan asyik makan. Dia seolah tahu dan arif apa yang berlaku di Rong Chenak.

"Betul ke?" tekan yang agresif tadi.

"Betul.... dah tak tahu ke mana dah. Bunyi khabar kambing tu dah dibahagikan kepada orang ramai. Ada setengahnya dapat dua tiga ekor seorang. Wakil rakyat pun ada juga hak dapat, dia bagi sesama dia" jelasnya lagi.

"Sapa dia...?" tanya yang berada disebelah pakai kupiah.

"Bunyi khabar wakil rakyat hak nak jadi Exco tetapi tak leh jadi tu pun ada ambil juga. Dia gi curi letak rumah dia. Ada dua tiga ekor di rumahnya.... besar-besar pula tu..." lanjut yang pakai kupiah lagi seperti tahu benar apa yang berlaku dan melihat sendiri kambing-kambing di rumah wakil rakyat yang tidak boleh jadi Exco itu.

Mendengar kata-kata itu saya tergaman. Dalam kepala terus mencari siapakah gerangan wakil rakyat berkenaan. Yang nak jadi Exco tak boleh ... sapa? Masakan dia tergamak curi kambing yang diuntukkan untuk rakyat. Tidak mungkin, wakil rakyat Pas tahu halal dan haram. Semuanya tahu hukum hakam. Mereka tidak pernah makan duit rakyat walaupun setengah dinar!

Terasa ketika itu juga ingin bertanya kepada orang yang menutur cerita itu. Biar jelas, tidak elok kala dia buka budu tengah kedai begitu. Malu kerajaan Nik Aziz , kalau wakil rakyatnya makan kambing rakyat. Saya tak percaya... tetapi kalau tidak berlaku masakan cerita itu boleh diecer begitu sekali.

Tetapi kerana saya tidak kenal yang bercakap itu tidak berani nak tanya dia sendiri. Saya kurang senang sungguh mendengar cakap-cakap kelompok berkenaan. Mungkin dia sengaja membuka cerita itu supaya saya tahu. Saya rasa mereka juga kenal saya dan tahu kerja saya.

Selepas makan mereka berlalu begitu saja tanpa menoleh kepada meja kami yang jaraknya tidak sampai 15 kaki dari mejanya. Hanya yang berkupiah putih melemparkan senyuman hamar kepada saya sambil megangguk 'pok ka' dua kali.

Dalam perjalanan pulang fikiran jadi tidak menentu. Terasa ingin menyiasat siapakah wakil rakyat hak nak jadi Exco tetapi tak leh jadi Exco itu yang dikatakan mencuri kambing jantan di Rong Chenak itu.

Tetapi bila mengenangkan projek berkenaan sudah berkubur, tidak ada gunanya untuk bangkar dan bangkit lagi. Lagipun saya sudah ramalkan awal-awal projek binatang berjanggut itu akan musnah dan gagal akirnya kalau orang yang bertanggungjawab membawanya balik tidak ikhlas dan jujur. Asal kapas menjadi benang, dari benang di buat baju...

Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya! Wowwww...wowwww....! [lbk. jong. 1:30 am 24/03/08]

Sunday, March 23, 2008

Sebelum Tidur

Politik Terengganu Semakin Meruncing

KEMELUT politik Umno Terengganu semakin gawat dan meruncing. Perebutan untuk menjadi Menteri Besar masih belum ada keputusan muktamad. Idris Jusoh yang sudah ditolak oleh istana masih berharap dan berdoa agar dapat menyambung jawatannya.

Pihak istana pula menerusi Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu telah memberi surat watikah perlantikan kepada Adun Kijal, Ahmad Said. Pemilihan Ahmad Said itu menjelaskan istana tidak mahukan kepada Idris Jusoh.

Ahmad Said dijangka mengangkat sumpah menjadi MB pagi semalam (23 Mac). Bagaimana pun majlis itu ditunda apabila 22 Adun Umno yang diketuai Rosol Wahid telah menanda tangani surat bantahan mereka atas pemilihan Ahmad Said sebagai MB. Mereka juga memberi amaran akan membaikot majlis angkat sumpah kalau Ahmad Said tetap dipilih sebagai MB.

Ketua kumpulan itu Rosol Wahid ialah calon MB yang ditunjukkan oleh Idris Jusoh sekiranya Idris sudah ditakdir tidak diterima oleh pihak istana.

Pegolakan ini mungkin akan berterusan dan jalan penyelesaiannya semakin buntu. Paling membingungkan lagi Ahmad Said diugut untuk dipecat sebagai ahli Umno. Ugutan kilat itu dibuat bagi menghalang beliau daripada mengangkat sumpah menjadi MB.

Dalam perhitungan Umno apabila Ahmad Said diugut demikian Umno mengira (kumpulan 22) Adun Kijai itu secara automatik tidak boleh mengangkat sumpah menjadi MB. Sebaliknya strategi berkenaan menimbulkan implikasi lain pula. Dari sudut lain sekiranya ugutan untuk memecatkan Ahmad Said sebagai simbol bahawa Umno Terengganu tidak menghormati kepada istana Terengganu.

Disebabkan Ahmad Said tidak mengangkat sumpah semalam, tarikh majlis angkat sumpah perlantikan MB Terenggan masih samar dan menjadi tanda tanya.

Keadaan di Terengganu kini meletakkan Umno sudah berkrisis dengan pihak istana. Cara Umno lakukan ke atas Ahmad Said itu suatu tindakan biadab ke atas istana. Walaupun mereka ingin mengajar istana yang enggan akur kepada pilihan mereka, tetapi tidak sepatutnya Umno bersikap demikian. Pergaduhan dengan istana sama sekali tidak menguntungkan Umno.

Sejarah di beberapa buah negeri sudah terbukti, siapa saja yang bergaduh dengan sultan atau raja, akhirnya merana dan berkubur sendiri. Contoh klasik di Kelantan apabila Umno bergaduh dengan istana menyebabkan parti itu menerima bahana kalah dalam pilihan 1990.

Dalam konteks di Terengganu pihak istana Terengganu masih menghormati kepada Umno yang mendapat majoriti dalam pilihan raya lalu. Ahmad Said juga adalah orang Umno, bukannya orang Pas. Sepatutnya Umno terima saja Ahmad Said untuk menyelesaikan kemelut berkenan.
Sekiranya istana Terengganu cuba melanggar kebiasaan dan perlembagaan pihak istana pasti akan menyerahkan watikah perlatikan kepada mana-mana calon Pas yang menang seramai lapan orang itu.
Bagaimana pun kerana para pemimpin Umno Terengganu ego dan ingin menunjukkan kuasa, mereka bersedia membelakangkan sultan. Jadi kalau sultan tiba-tiba ingin juga menunjukkan kuasa mereka ia adalah sesuatu yang wajar dan kena pada tempatnya. Tindakan Umno itu boleh disifatkan sebagai buku bertmu ruas.
Apakah kesudahan mengenai isu ini? Apa agaknya akan terjadi kalau pihak istana tetap mahukan kepada Ahmad Said? Apakah ke semua 22 Adun Umno akan meletakkan jawatan sebagai Adun? Berani dan bersediakah mereka berbuat demikian?
Saya kira kumpulan Adun yang berketuakan Rosol Wahid itu tidak akan berani berbuat demikian. Mereka hanya mengugut pihak istana saja. Tetapi apa kata kalau pihak istana tidak takut dan gentar dengan ugutan itu?
Di sinilah akan bermulanya satu episod baru dalam politik di Terengganu. Mungkin pilihan raya di kesemua 24 kerusi milik Umno itu adakan diadakan semula apabila kumpulan itu berpegang pada prinsipnya yang ingin meletakkan jawatan sekiranya sultan tidak akur kepada tuntutan mereka yang mahukan Idris Jusoh sebagai MB.
Sama-sama kita tunggu apa perkembangan esok! [kb.kel 1:20 pm 24/03/08]

Saturday, March 22, 2008

Sorotan Isu

Politik Gertak Ke atas Khir Toyo
Mengapa Khir Toyo Lepas Jawatan Dalam Parti?

AWAL-AWAL lagi saya sudah merasakan pengakuan Mohamad Khir Toyo dalam tv sewaktu mengumumkan beliau melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor kononnya atas kerelaan beliau dan tidak ada sebarang tekanan ke atasnya saya tidak mempercayainya. Sebabnya, masakan semudah itu Khir melepaskan jawatan yang cukup berprestaj itu.

Semua orang bermati-matian berusaha untuk memegang jawatan itu. Khir pula dengan senang melepaskanya, macam melepas merpati putih tanda kedamaian! Alasan Khir Toyo beliau lepas kerana ambil tanggungjawab atas kekalahan teruk BN/Umno di Selangor. Benarkah?

Tidak masuk akal alasan berkenaan. Khir sengaja mencari alasan untuk menghalalkan tindakannya. Dalam soal ini bekas MB Selangor itu ada menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum. Khir tidak jujur kepada dirinya sendiri.

Dalam keadaan sekrang beliau seharusnya tidak menjadi pandir. Beliau harus berani berterus terang dan membela diri sendiri. Dalam keadaan sekarang tidak ada gunanya ikhlas dan berkorban untuk kesejahteraan parti. Umno dalam apa keadaan dan lakulah apa sekalipun ia tidak akan sejahtera lagi. Umno sudah parah!

Bagi saya Khir tetap kena tekan. Atau kena masukkan dalam botol dan mulut botol ditutup! Ini menyebabkan Khir tidak dapat bernyawa dan menjadi sempuk. Kalau beliau tidak ditekan dan diasak, saya kira bukan semudah itu untuk Khir keluar dari pintu pejabat Umno Selangor.

Kalau benar alasan yang dikatakan Khir itu, ini bermakna bukan beliau saja yang kena berbuat begitu. Orang lain juga yang partinyanya kalah perlu berbuat demikian.

Mahadzir Khalid di Kedah kena lepaskan jawatan Pengerusi Umno Kedah. Kedah juga mengalami nasib sama dengan Selangor. Kedah juga terlepas kepada pembangkang. Pas telah membentuk kerajaan di sana. Menteri Besarnya, Azizan Abdul Razak.

Menangis dua jam

Begitu juga dengan Perak. Tajol Rosli Ghazali bukan saja perlu menangis kerana tidak mahu tinggalkan kediaman Menteri Besar atau menangis dua jam kerana nak serahkan kerusi Gerik kepada MCA. Tetapi beliau juga kena menangis dan lepaskan jawatan pengerusi perhubungan Umno Perak.

Perak juga bukan menang. Pembangkang, PKR-Pas-DAP telah menubuhkan kerajaan di negeri berkenaan. Mohd Nizal Jamaluddin sudah menjadi Menteri Besar.

Begitu juga dengan Annuar Musa di Kelantan. Annuar Musa dan Awang Adek Hussein juga gagal untuk merampas Kelantan. Annuar juga perlu melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan. Bukan itu saja jawatan-jawatan lain juga perlu dilepaskan termasuk jawatan Presiden Kafa, pengerusi surau Bukit Marak dan sebagainya. Sebab tanggungjawab dan malu Annuar sangat besar di Kelantan. Selain dia kalah taukeh dia juga kalah!

Di Kelantan MBnya ialah, *****.... eh... bukan...bukan masih lagi Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan bukan Awang Adek, Awang Adek sudah terkorban khbarnya masih nanar sampai hari ini.

Tetapi kenapa mereka tidak ambil tanggungjawab seperti Khir Toyo? Apakah mereka itu tidak ada muka atau jenis muka ditampal dengan belulang biawak? Tidak tahu malu muka! Manakala Khir pula yang suka makan tempe itu tahu malu dan ada perasaan bertanggungjawab?

Justeru apa yang Khir kata itu hanya alasan sahaja. Apa yang berlaku beliau kena tekan agar melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Kalau bukan kena tekan tidak semudah itu Khir bersedia untuk berundur. Masakan sebagai bekas MB beliau hilang penyokongnya sekelip mata sahaja. Ke mana menghilangnya Exco yang mengelilingi beliau selama ini?

Khir ini pun satu jenis manusia juga, orang tekan sikit sudah mengaduh, sudah mengaku kalah. Apalah jenis ahli politik kalau serapuh itu! Jelas Khir bukan seorang fighter.

Siapa yang menekan Khir Toyo di Selangor?

Untuk mengetahuinya cukup mudah. Tenguk siapa yang dilantik oleh Abdullah Ahmad Badawi mengetahui Umno Selangor. Dia ialah Muhammad Mohd Taib bekas menantu Sultan.

Suara ghaib

Jadi orang yang menekan Khir tidak lain dan tidak bukan, ialah bekas MB Selangor itu. Dalam hal ini sudah pasti Muhammad Taib akan gunakan suara ghib untuk tidak menampakknya.

Mungkin Muhammad Taib ada sound sesuatu kepada Abdullah mengenai Khir sehingga Abdullah merestui agar Khir Toyo berundur.

Abdullah yang terkenal dengan hobi suka tidur itu tidak akan mengetahui apa yang berlaku di Selangor kecuali ada orang yang memberi tahu dan membisikan sesuatu di telinganya. Selalunya Abdullah mengendorsekan sahaja apa-apa yang telah diputuskan.

Kemalangan yang menimpa Khir Toyo itu ialah kerana beliau kurang cekap dan tidak dapat membaca riak dalam ombak. Beliau kurang bijak membaca teka teki politik. Beliau seperti jahil dengan Machiavellism.

Jadi ada apa yang berlaku di Selangor terhadap Khir Toyo ialah beliau telah menjadi mangsa permainan politik gertak dan kodeta. Sesiapa yang mudah gelabah dan cemas maka mudahlah pula kuasa yang digenggamnya akan dikodeta! [klang 4:00 pm 22/03/08]

Susupan Pagi

Selamat Berjaya Kepada Shabery

PENDEKATAN yang diambil oleh Menteri Penerangan baru, Ahmad Shabery Cheek (foto) untuk berkawan dan tidak memusuhi penulis blog (bloggers) dialu-alukan. Begitu juga sikap untuk mempeduli dan menghormati media alternatif sesutau langkah bijak.

Sudah tentu sekiranya penulis blog didekati segala masalah yang bergelumbang dalam minda para blogers dapat dicungkil dan dikenal pasti. Penulis blog bukan saja-saja melontarkan isu, masalah dan pendedahan tanpa ada tujuan. Mereka juga ada peranan dan tanggungjawab sosial kepada agama, bangsa dan negaranya.

Kalau mengambil kira kenapa penulis politik kadang-kadang menjadi iseng mendedahkan hal-hal peribadi dan membongkarkan penyelewengan sehingga mengaibkan mereka terlibat, ianya dibuat atas satu niat ingin mengajar mereka berkenaan. Orang politik hanya boleh ditegur menerusi media saja.

Nasihat dan teguran secara baik dan bisik-bisik di balik pokok tidak akan dipedulikan. Segala nasihat atau pandangan itu masuk telingan kanan keluar telinga kiri saja. Pemimpin paling sombong dalam dunia ialah pemimpin politik!

Selepas kita tegur, dedahkan keburukan dan kebobrokan hawa nafsunya barulah mereka mula melihat ke dalam diri. Selagi tidak berbuat demikian selama itulah mereka merasa nyaman dengan (keburukan) yang mereka lakukan itu. Selalunya mereka insaf selepas kehilangan kuasa dan kedudukan.

Pun begitu ada setengah yang ego tidak mahu berganjak langsung dan tetap menegakkan benang basah. Ahli politik yang keras pedal dan bersikap kucing timbus tahi seperti itu hanya tunggu masa saja untuk masuk ke lubang kubur. Selepas masuk linag lahad (politik) dan bersendirian barulah menyesal tidak habis.

Eloklah kalau Shabery mengambil pendekatan itu. Berjumpa dan berdialog dengan blogers secara terbuka menyelami perasaan mereka dan mengetahui perjuangan mereka. Kita yakin kalau blogers didampingi mereka akan berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan untuk 'melutu' seseorang ahli politik.

Bukan semua blogers atau penulis politik mengharapkan imbalan, sampul bersurat, atau makan malam dan sebagainya. Mereka juga ada agenda perjuangan dan bertolak dari rasa ikhlas dan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Hendaknya Shabrey yang dikenali sebagai ahli politik yang rasional dan sedarhana tidak terikut dengan perangai bodoh sombong menteri penerangan sebelum ini yang berperasan dirinya dirinya hebat, kuat, bijak dan berpengetahuan, walhal apa yang sebenarnya beliau ternyata lebih haprak dari segala kumpulan haprak.

Kepada Shabery diucapkan selamat berjaya dan semoga niatnya hendak memberi fokus baru dalam dunia media Malaysia (RTM) akan berjaya. [wm.kl. 22/03/08]

Friday, March 21, 2008

Analisa Isu

Berapa Harga Kerusi Menteri Pembangunan Luar Bandar?

MSO

MUNGKIN bagi mereka yang jahil mengenai liku-liku dan sepak terajang politik Umno merasa hairan dan teronggak-conggak sendiri bagaimana Muhammad Mohd Taib yang sudah hampir menjadi najis dalam Umno tiba-tiba boleh kembali semula dan mendapat kedudukan istimewa dalam parti Melayu itu. Siapa pun tidak terfikir bagaimana Abdullah Ahmad Badawi pelopor Islam Hadhari boleh menerima semula Muhammad! Apakah itu type Islam Hadhari?

Semua orang tahu dosa dan kesalahan Muhammad Taib. Dosanya bukan setakat mencuri tetapi 'merompak' dan 'melanun'. Peristiwa beliau ditahan di lapangan terbang Brisbane, Australia tahun 1986 masih segar dalam ingatan.
Suatu perbuatan tidak masuk akal telah dilakukan oleh bekas MB Selangor itu di lapangan terbang berkenaan bila mana beliau ditahan atas kesalahan membawa wang yang tidak istyharkan sebanyak RM2.4 juta.

Beliau telah membawa RM2.4 juta dalam sebuah guni dan ditahan di lapangan terbang berkenaan. Bayangkan betapa banyak wang beliau kalau wang dimasukkan dalam guni macam orang kampung bawa rambutan pula lagaknya.
Menurut ceritanya wang itu bukan kepuanyaannya tetapi kepunyaan adiknya? Adapun wang itu dibawa ialah untuk urusan pembelian ladang 'kerbau' di sana?
Kotor dan cemar.
Riwayat dan latar belakang Muhammad Taib sungguh kotor dan cemar. Kekalahan dan kegagalan beliau mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno juga ada sangkut paut dengan peristiwa berkenaan. Begitu juga rasa hormat Dr Mahathir kepada Muhammad Taib berpunca daripada kejadian itu di mana menyebabkan jawatan Muhammad Taib digantung kemudian jawatan MB Selangor dipecat.

Diri dan rupa Muhammad Taib sungguh comot. Tidak siapa boleh memikirkan beliau boleh kembali semula dalam kloni Umno. Mungkin kalau selagi Dr Mahathir menjadi presiden Umno Muhammad tidak akan dapat merangkak ke dalam Umno. Muhamamd adalah barang terbuang di zaman Dr Mahathir yang dipunggut semula dizaman Abdullah.

Beliau hanya berjaya memulihkan diri dan kembali ke dalam inner cirle Umno apabila Abdullah jadi presiden dan perdana menteri. Sikap Abdullah ini sungguh menghairankan. Apakah kerana beliau (Abdullah) terdesak untuk membentengkan kedudukannya maka orang seperti Muhammad Taib itu pun diguna pakai? Kalau pun terdesak masakan najis pun sanggup diletakkan di atas sejadah!

Dalam pada itu ada juga orang mengira penerimaan Muhammad itu kerana ketulusan dan baik budi Abdullah Badawi. Kononnya Abdullah seorang pemaaf dan baik hati sesuai dengan latar belakang dirinya sebagai berketurunan ulama.

Benarkah begitu? Sebenarnya tidak semudah itu orang yang bercepuah dengan dosa untuk kembali semula dalam sesebuah perjuangan sesuci Umno! Tidak tahulah kalau Umno dapat menerima orang yang kotor di sebabkan wadah itu sendiri kotor dan berbau. Kebusukan Umno kini bukan saja nilai demokratik dalam parti itu susut tetapi ia diburukan lagi oleh watak-watak antogis yang liar dan rendah moral yang berlambak di dalamnya.
Jawatan dibeli
Menurut seorang menteri, Muhammad Taib membayar 'kemasukannya' semula dalam Umno itu dengan harga yang mahal. Beliau dikatakan telah menderma kepada Umno sebanyak RM10 juta. Selepas beliau bermurah itulah beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan, kemudian diikuti dengan Senator. Dalam erti kata lain jawatan dan kedudukan yang dimiliki hari ini dibeli.

Sekiranya turur menteri wanita berkenaan benar, berapakah pula Muhamamd Taib derma untuk mendapat kerusi Menteri Pembangunan Luar Bandar yang diterimanya kelmarin. Kalau untuk jawatan Ketua Penerangan bernilai RM10 juta mungkin kerusi menteri 10 kali ganda daripada itu. Soal wang tidak menjadi masalah kepada Muhammad Taib.

Kalau beliau boleh membayar denda mutaah kepada bekas isterinya Tengku Zahariah (Ku Yah) sebanyak RM16 juta, apalah sangat wang sebanyak RM100 juta sedangkan dengan jawatan yang dibeli itu beliau boleh membina super kilang wang yang baru.

Daripada sinerio itu maka jelaslah bahawa sesiapa yang memiliki wang banyak, mereka boleh membeli dan membidal apa saja kedudukan didalam Umno. Bukan saja setakat artis, model, bintang filem atau jawtaan menteri, tetapi jawatan Perdana Menteri juga boleh dibeli.

Wang kini menjadi kuasa utama dalam Umno bukannya undi daripada ahli. Suara ahli sudah lama dilupuskan oleh kuasa wang atau sistem-sistem pengkuotaan untuk bertanding sesuatu jawatan. Kalau Umno yang ditangani oleh orang seperti Abdullah yang diwar-warkan sebagai cucu ulama, apalah lagi kalau Umno dikuasai oleh orang seperti Najib Razak anak bangsawan yang tidak mempunyai latar belakang ulama, keadaannya tentulah lebih parah.

Jadi kepada sesiapa yang berhajat untuk jadi PM sediakan wang sebanyak mungkin. Air liur dan idealisme sudah tidak laku lagi dalam Umno hari ini. Dan kalau kedekut dan bakhil untuk mengeluarkan wang jangan mimpi usahkan hendak menduduki jawatan itu hendak mendapat pencalonan pun sukar! [wm.kl 10:00 am 21/03/08]

Thursday, March 20, 2008

Berita Panas

Mahathir Akan Keluarkan Kenyataan Menggemparkan

PARA veteran Umno dikatakan akan mengunjungi bekas PM Dr Mahathir Mohamad untuk menerima pandangan berhubung pergolakan yang berlaku dalam Umno kini.

Sumber Yayasan Perdana memberi tahu pertemuan itu dijangka hari ini. Ianya dihadiri oleh pemimpin veteran Umno yang kini sudah tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam Umno peringkat bahagian.

Selepas pertemuan itu Dr Mahathir dikatakan akan mengeluarkan satu kenyataan yang menggemparkan Umno khsusnya!

Apakah ianya ada hubungan dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah di Kota Bharu semalam yang menyatakan kesediaan untuk menentang Abdullah Ahmad Badawi untuk jawatan presiden Umno Julai depan tidak dapat disahkan.

Bagaimana pun difahamkan Tengku Razaleigh mengunjungi Dr Mahathir dua hari lepas.

Dipercayai kunjungan itu ada kaitan dengan perkembangan mutakhir dalam Umno.

Beberapa hari lalu Dr Mahathir membuat seruan agar Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Perdana Menteri ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihan raya lalu sehingga terlepas empat buah negeri.

Dalam pada itu satu sumber menyebut satu gerakan yang digerakan kumpulan tertentu untuk merapatkan bekas Perdana Menteri dengan bekas Menteri Kewangan itu giat dijalankan.

Mereka diminta agar kedua tokoh itu duduk bersama dan bekerjsama untuk mengatasi masalah dalam Umno hari ini.

Tengku Razaliegh adalah satu-satunya tokoh yang dapat menyelesaikan kemelut yang melanda Umno hari ini dan ia akan berjaya sekiranya Dr Mahathir memberi sokongan padu. [wm.kl 11: 00 am 20/03/08]