PANDANG BALAS
SEORANG sahabat
cut and page satu artikel panjang lebar yang dipetik dari blog
The True Net kemudian dikirimkongsikan kepada saya. Tujuannya jelas untuk mendapat ulasan dan pandangan saya tentang artikel itu, yang sebenarnya tetantang rupa diri Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam berpolitik. Ia ditulis oleh penama TTN tanggal 22 April 2024.
Intipati artikel itu untuk menyerang Anwar, cuba merendahkan martabat Anwar sebagai PM yang gagal untuk mentadbir negara. Juga cuba menggambarkan Anwar seorang politis yang culas, bijak menyelamatkan diri dari situasi terkini, sehingga sanggup menjadi syaitan bisu, apabila berhadapan dengan masalah.
Katanya Anwar akan mendiamkan diri, play safe dengan sesuatu keadaan yang belaku dalam rumah tangga sendiri. Sebaliknya Anwar berani hanya mempertahankan pengganas Hamas di Gaza yang jarak 7,600 km darinya. Kenapa penulis itu menyebut Hamas sebagai pengganas, bermakna dia tidak empati kepada Gaza kalaupun bukan simpatis kepada zionis Israel.
Penulis itu menyebut isu-isu yang didiamkan Anwar atau cuba melarikan diri, ialah isu kalimah Allah distoking dan dikasut. Katanya Anwar melepas tangan mengatakan, ia isu remeh dan tidak menampakkan kesungguhan dalam bertindak ke atasnya selaku Perdana Menteri. Namun bagi penulis ia besar apabila yang diPertuan Agong memanggil mereka terbabit untuk menghadapnya.
Saifuddin Nasution Ismail menteri KDN pula mengatakan ia tidak mahu masuk campur dan menyerahkan kepada pihak PDRM.
Bagi seseorang yang tahu Perlembagaan, pembahagian tugas dan peranan serta tanggungjawab, tidak akan mudah melihat PM atau menteri KDN dalam isu sebagai, tidak mempedulikannya. Jauh sekali untuk bersikap mendiamkan diri. Apa perlu difahami, isu-isu berkenaan adalah isu berkaitan dengan agama yang menyangkut langsung dengan Yang diPertuan Agong. Eksekutif, polis dan mahkamah hanya boleh menjalankan penyiasatan dan mahkamah menunggu hasilnya untuk pendakwaan.
Isu itu akan disiasat oleh polis dan jika ternyata ada bukti melanggar perlembagaan, atau sebagainya, baru dikenakan tindakan. Di sini tidak timbul PM mendiamkan diri, menteri senyap kerana siasatan telah dibuat. Baik PM atau menteri tidak boleh terus memberi hukuman atau pun nasihat langsung seperti apa boleh dilakukan Yang diPertuan Agong. Isu-isu berkaitan dengan agama ia adalah dibawah bidang kuasa dan prerogatif Majlis Raja-Raja Melayu.
Saya kira penulis berkenaan tidak memahami, atau sengaja tidak memahami akan skop peranan dan bidangkuasa ini kerana obses untuk memburuk dan merendahkan Anwar Ibrahim. Kalau dia melihat dari kata mata politik, bagaimana isu kalimah Allah itu didendangkan jelas ia modal murahan politik. Perhati sahaja bagaimana tergesa-gesa Ketua Pemuda Umno memainkan isu sejadah dijadikan alas kaki.
Apakah perlu kita membeli dan memakan apa-apa yang dihidangkan di pentas politik tanpa menyelidik makanan atau barangan dijual itu berkualiti atau tidak, halal atau haram, memabukan atau sebagainya? Bodoh dan bangang sangatlah kita, kalau terus menelan tanpa direbus, melainkan kita adalah agen propaganda atau haiwan peliharaan pihak pembangkang.
Kepada penulis itu dan mereka sewaktu dengannya elok menukar kanta mata baru tinggal kanta mata lama, untuk melihat peranan dan tanggungjawab Anwar sebagai perdana menteri. Juga, kanta mata perlu ditukar untuk melihat keabstruban (kezenian) politik yang ditunjukkan oleh Anwar dalam negara bermajmuk ini. Saya tegaskan politik Malaysia tidak boleh dilihat secara harfiah.
Penulis itu juga akhirnya menimbul isu pengampunan Najib Razak, beliau persoalkan pengampunan tambahan (addendum) seperti yang hebuh diperkatakan sekarang. Sekali lagi dia cuba mengaitkan Anwar disebalik pengurangan hukuman terhadap Najib itu yang dianggap penjahat, sebagai suatu pakatan di antara Anwar dengan Zahid Hamidi dan Umno bagi menyelamat diri masing-masing.
Penulis mempersaolkan dan tidak mempedulikan kenyataan awal Anwar mengenai pengampunan itu yang beliau tidak masuk campur. Dia juga cuba merekayasakan perwujudan semula Kementerian Wilayah dengan melantik Dr Zaliha Mustafa sebagai helah Anwar.
Sebenarnya tiada guna bercakap atau menyuruh beruk yang tidak pandai memulas kepala, memilih mana yang muda dan mana yang tua, agar diturunkan, kerana ia memeritkan tekak saja. Sia-sia.
Jika ikhlas memahami isu pengampuan Najib ini ia sangat mudah, tidak perlu berpolemik panjang lebar. Tentangan Addedum itu Anwar sudah menjelaskan sama ada ia wujud wujud atau disedari setelah mesyuarat Lembaga Pengampunan diadakan. Wajarkah sesuatu yang berada di luar mesyuarat atau tidak dibincangkan (diputus) diambil kira, waima ianya datang dari peribadi Agung atau perdana menteri atau man-mana ahli Lembaga.
Apa nyang boleh dipersoalkan, kenapa Yang diPertuan Agong (Al Sultan Abdullah) ketika itu tidak membawa Addedum itu langsung ke dalam mesyuarat dan memutuskan disana, kenapa dijadikan lampiran sebagai tambahan? Kenapa ia menjadi perkara tambahan? Agung hanya bersetuju memberi pengampunan dengan mengurangkan hukuman kepada Najib dari 12 tahun penjara kepada enam tahun, dari RM210 juta kepada RM50 juta. Yang perlu disoalkan kenapa perlu ada tambahan? Bukankah addedum itu sebagai pilihan kepada kerajaan apabila ia dibuat demikian?
Tambahan itulah menjadi isu dan polemik sekarang ini yang juga dijuruskan kepada untuk merendah dan mempersalahkan Perdana Menteri, sampai ada mengatakan perdana menteri sebagai bodoh kalau tidak mengetahui syarat tambahan itu. Sebenarnya orang yang cuba membodohkan perdana menteri itu lebih bodoh dan bangang. Bodoh luar dan dalam.
Respon dan pandangan saya terhadap artikel yang dikongsikan itu, tampak sangat penulis adalah seorang penyokong PN, dan merupakan orang yang benci dan ada masalah dengan Anwar Ibrahim. Jadi tidak hairanlah kalau dari A sampai Z penulis itu membelasah Anwar. Baginya tidak ada sebesar hama pun kebaikan dan kebenaran Anwar. Beliau juga cuba membawa naratif semasa Mahiaddin dan Ismail Sabri Yaakob jadi PM mereka tidak pun cuba membebaskan Najib, mengurangkan hukuman. Apabila ia berlaku kepada Anwar, penulis itu melihat ada pakatan antara Anwar dengan Zahid dan Umno?
Seperkara disebut penulis yang bermaksud cuba menunjukkan Anwar tidak bersetuju Najib dibebaskan, apabila ia membuat ramalan sekiranya Najib keluar dari penjara maka akan berbodong-bodonglah orang PKR akan menyertai Perikatan Nasional. Konon itu yang ditakuti Anwar. Jelas penulis tidak mengenali hati budi dan semangat waja orang-orang PKR, (reformis) mereka bukan sehari dua berjuang mempertahankan Anwar, tetapi lebih suku abad. Bagi mereka seribu kali orang membenci Anwar, sejuta kali mereka menyayanginya.
Bagi mereka, mereka tidak kira apakah budi perjuangan untuk membela dan mempertahankan Anwar, dikenang atau atau tidak, yang penting mereka BAHAGIA kerana dapat mengangkat Anwar sebagai perdana menteri. [wm.kl. 10:51 am 24/04/2024].